• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Tugasan pengenalan pend bm 2
 

Tugasan pengenalan pend bm 2

on

  • 3,211 views

Tugasan OUM Sem 4

Tugasan OUM Sem 4

Statistics

Views

Total Views
3,211
Views on SlideShare
3,211
Embed Views
0

Actions

Likes
6
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Tugasan pengenalan pend bm 2 Tugasan pengenalan pend bm 2 Document Transcript

    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 20121.0 PENGENALAN Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu murid dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan alat dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran. Pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan murid berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, strategi pengajaran yang tertumpu kepada pengajaran berpusatkan murid amat digalakkan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2000), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran danpersekitaran di dalam bilik darjah. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaanmemilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalampengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Dengan kata lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknikperancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuktujuan mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Bahan bantu pembelajaran atau bahan bantu mengajar (BBM) pula merupakanaspek terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkanrangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikanproses pembelajaran lebih baik dan menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah sesuatuyang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. MenurutNoraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk “Alatan Mengajar Dalam PengajaranBahasa, ‘alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalamproses tersebut”. Bahan bantu mengajar bertujuan untuk menambahkan kelancaranperhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid sertamembantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini turutmendapat sokongan Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk “cone ofexperience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses semi-abstrak hinggakepada lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar juga merupakan sebahagiandaripada kaedah dan teknik yang disampaikan oleh guru kepada muridnya. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 20122.0 STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID Perkataan strategi pengajaran memang tidak asing lagi di kalangan kaum guru. Guru sememangnya memahami bahawa strategi yang sesuai boleh menarik perhatian murid dan seterusnya murid mudah memahami apa yang disampaikan. Salah satu strategi pengajaran yang jika dilaksanakan dengan serius boleh membina kemahiran murid secara menyeluruh dan mampu menyediakan murid dengan nilai tambah apabila murid melangkah ke alam mencari pekerjaan kelak ialah strategi berpusatkan murid. Strategi pengajaran berpusatkan murid dapat menggalakkan murid bertangungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti murid supaya murid dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan murid dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dengan strategi berpusatkan guru. Matlamat strategi pengajaran berpusatkan murid adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, murid- murid akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 mengikut tahap kebolehan mereka. Murid kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, murid-murid digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh murid-murid sepanjang masa secara berterusan. Dengan kata lain, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh murid-murid pada setiap masa untuk tujuan tersebut. Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan murid ialah pembentangan hasil tugasan. Semasa pembentangan, rakan-rakan sekelas digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan murid.2.1 Definisi Konsep Pengajaran berpusatkan murid boleh didefinisikan sebagai memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (murid sebagai individu), memberi pilihan kepada murid ( jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari) , terlibat dalam penilaian berterusan, sikap guru yang mendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang. (http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html). Murid bertanggungjawab atas pembelajaran, melibatkan murid secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam, pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Ted Panitz (http://www.newforums.com/newstudentseries.htm) Menurut Esah (2004), pengajaran berpusatkan murid membawa maksud suasana pengajaran di mana murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Murid tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain. Antara kaedah pengajaran berpusatkan murid ialah penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan, inkuiri 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012penemuan dan pembelajaran koperatif. Interaksi dua hala yang wujud antara muriddengan murid , murid dengan guru mewujudkan suasana mesra dan menyediakankeadaan yang kondusif bagi pembelajaran. Menerusi strategi berpusatkan murid, guruberperanan sebagai fasilitator yang membantu murid-muridnya menyelesaikanmasalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi yang dilaksanakan inijuga mengambil kira kesesuaian dengan kebolehan murid, minat murid danpenglibatan murid yang aktif Menurut Mok Soon Sang (1992), di bawah strategi pemusatan murid, muridmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaranmereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandumurid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau secaraindividu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran , lebih banyak masa akandiperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, mainperanan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategiberpusatkan murid. Menurut Rahil Mahyuddin dan rakan-rakan (2009), dalam pendekatanpengajaran berpusatkan murid, murid memiliki kebebasan tetapi dengan bimbingan.Guru berada di belakang dan murid menjadi tumpuan perhatian. Nilai penting yangdipupuk ialah ekspresi kendiri yang kreatif. Iklim bilik darjah dibina bertujuanmengembangkan kreativiti murid supaya mereka mempunyai lokus kawalan dalamandisebabkan yang mengerakkan murid itu ialah diri sendiri. Murid akan bersaingdengan dirinya sendiri dan standard yang hendak dicapai adalah relatif kepada dirinyasendiri. Berdasarkan kepada beberapa definisi konsep yang dtelah diberikan dapatlahdifahami secara ringkas bahawa strategi pengajaran berpusatkan murid membawamaksud murid berperanan penting dengan mengambil alih sedikit tanggungjawabdalam proses pembelajaran di dalam kelas. Murid bertanggungjawab dengan apa-apayang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Sementara guru bertindak sebagaipembimbing dan pemudahcara kepada murid-murid. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 20122.2 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid Strategi pengajaran berpusatkan murid menekankan peranan murid yang menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Di dalam bilik darjah, murid digalakkan melibatkan diri mereka secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Namun begitu, strategi berpusatkan murid ini tidak dapat mencapai objektif pembelajaran setiap murid kerana sifat murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, strategi ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan di mana lebih banyak masa diperuntukkan kepada murid untuk meneroka dan berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator. Salah satu ciri utama strategi pengajaran berpusatkan murid adalah guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan sebagai pemimpin demokratik sementara murid bebas bertanya dan memberi pendapat. Strategi ini berbeza dengan strategi berpusatkan guru yang hanya memberi peluang kepada murid untuk mendengar sahaja. Strategi ini memastikan murid aktif menyertai aktiviti yang dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid aktif , pelaksanaan strategi ini berjaya menjadikan murid fokus dalam pelajaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 Dalam pada itu, komunikasi bagi strategi berpusatkan murid adalahberbentuk dua hala di mana guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya.Keadaan ini akan menjadikan murid berasa lebih rapat dengan guru mereka.Seterusnya mereka lebih mengingati dan menghargai apa yang telah dibincangkan didalam bilik darjah. Apa jua jawapan yang diberi murid hendaklah diterima oleh guru,sama seperti soalan yang diajukan kepada guru hendaklah dijawab dengan pandanganyang optimis dan bersifat demokratik. Strategi ini banyak memberi kelebihan kepadamurid yang berani dan aktif di mana mereka memperolehi peluang untuk meluahkanpandangan mereka serta dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Berbanding strategi pengajaran berpusatkan guru yang lebih mengutamakanpencapaian objektif pengajaran guru, strategi pengajaran berpusatkan murid inimemberi penekanan kepada pencapaian objektif pembelajaran murid. Ini adalahselaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untukmembolehkan murid berkesempatan memperkembangkan potensi diri mereka secaramenyeluruh, seimbang dan bersepadu seperti yang dipersetujui oleh Ee Ah Meng(1997). Dengan demikian, strategi berpusatkan murid akan dapat mencungkil danmeningkatkan potensi murid itu sendiri ke tahap yang maksimum. FPK menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan. Kehendak FPK iniadalah selaras dengan salah satu ciri strategi berpusatkan murid iaitu menekankanperkembangan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh yangdemikian, selain daripada memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, penggunaanstrategi ini seharusnya dapat menimbulkan minat dan keyakinan murid untuk mencariilmu pengetahuan dan pendidikan seumur hidup mereka. Pembelajaran kendiri,pengarahan kendiri, kaedah dapatan dan inkuiri penemuan adalah amat ditekankandalam strategi berpusatkan murid ini. Pembelajaran kendiri itu sendiri akan dapatmeningkatkan perkembangan pembelajaran para murid. Melalui strategi berpusatkan murid, daya berfikir, minat dan perbezaanindividu murid merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran danpembelajaran. Kebanyakan murid lebih berminat dengan pengajaran yang dipenuhi 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 aktiviti tidak kira aktiviti luar atau dalam bilik darjah. Faktor minat seterusnya dapat memberi peluang dan kesempatan untuk murid menunjukkan sifat-sifat kreatif dan inisiatif mereka . Manakala teknik perbincangan yang dijalankan melalui strategi ini dapat memupuk kerjasama dan toleransi di kalangan murid. Walaupun begitu, guru perlu sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mengelakkan murid berselisihan pendapat. Penggunaan strategi berpusatkan murid oleh guru, dapat membuatkan murid lebih berupaya menggunakan segala yang telah dipelajari dan memindahkannya kepada situasi-situasi baru. Selain itu, guru dapat menegaskan perkembangan kemahiran berfikir dan kegunaan dalam interaksi sosial selari dengan salah satu tujuan pendidikan yang bertujuan mensosialisasikan individu yang tidak boleh dipisahkan dari masyarakat. Kesimpulannya, ciri-ciri strategi berpusatkan murid boleh dirumuskan seperti berikut;. 2.2.1 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,murid memainkan peranan utama sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. 2.2.2 Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. 2.2.3 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. 2.2.4 Strategi pengajaran dan pembelajaran murid lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. 2.2.5 Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 2.2.6 Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi perhatian. 2.2.7 Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 2.2.8 Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Oleh itu, peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong- menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) Penyampaian pengajaran yang menarik dan berkesan perlu melibatkan beberapa gabungan komponen yang berkaitan seperti strategi, kaedah dan teknik yang pelbagai serta penggunaan bahan pengajaran. Bahan pengajaran bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia sudah lama sinonim dengan kerjaya guru. Oleh yang demikian, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk murid-muridnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi murid dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Menurut Khairuddin (2011), terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk maksud bahan pengajaran ini. Antaranya, Alat Bantu Mengajar (ABM), Bahan Bantu Mengajar (BBM) , Bahan Bantu Belajar ( BBB), Bahan Pengajaran Pembelajaran (BPP) dan Medium Pengajaran dan Pembelajaran (MPP). Kesemua istilah ini walaupun berbeza sebutan namun membawa maksud yang sama iaitu satu instrumen yang digunakan sebagai sumber untuk memantapkan kaedah dan teknik pengajaran guru dan pembelajaran murid. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 20123.1 Definisi Konsep BBM Menurut Yusup Hashim 1998, bahan bantu mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi, peranan bahan bantu mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi murid dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif . Ab Rahman (1995), memberi maksud bahan bantu mengajar adalah sebarang bentuk benda, bahan, alat, perkakas sama ada konkrit atau abstrak ( alat audio, APD ) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan isi pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan bercetak . Definisi yang hampir sama turut diberikan Mok Soon Sang (2001). Alat bantu mengajar merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transperansi dan projektor. Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di samping dapat menjimatkan masa guru serta dapat meransang minat murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam pada itu, mengikut Kamaruddin Hj. Hussin , 1986 dalam Ahmad Mohd Salleh,1997 bahan atau alatan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu dan sebagainya. Alatan mengajar merupakan apa-apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid Atan Long (1981) pula menyebut bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan .Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012dalam bentuk buku, carta atau diletak pada slaid dan dipancarkan pada skrin. “Mengenai bahan bantu mengajar, kita tidak dapat memberi takrif yang tetapwalaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaanbahan bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalahpengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.( Ngui Kuen Sang, 1981 ) Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G (1963), “…….. hanya alat bantumengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu muridmemperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”Hasil daripada pendapat-pendapat yang telah dikemukan di atas, bahan bantu mengajarboleh dibahagikan kepada 3 kategori seperti yang tertera di bawah ; a. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projector (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD, komputer, radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. b. Bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. c. Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud dan sebagainya. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah danteknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarikdan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001). 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 20123.2 Ciri-ciri Pemilihan BBM Fungsi utama bahan bantu mengajar adalah untuk memudahkan murid-murid memahami isi pengajaran. Bahan bantu mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu, murid memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada bahan bantu mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan adalah bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan murid-murid. Keberkesanan bahan bantu mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah ( Rashidi Azizan et.al, 1996 ). Apabila memilih bahan bantu mengajar yang hendak digunakan bagi sesuatu pelajaran, guru hendaklah menimbangkan tentang sumbangan yang dapat diberikan oleh bahan bantu mengajar tersebut terhadap mata pelajaran berkenaan. Atan Long (1993) memberi beberapa garis panduan untuk memilih bahan bantu mengajar; I. Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh bahan bantu mengajar itu kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak diajar. Elakkan daripada menyediakan alat bantu mengajar yang tidak sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan. II. Rancangkan bagaimana bahan bantu mengajar itu dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid. III. Aturkan supaya bahan-bahan mengajar itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau menganggu pengajaran. IV. Mengkaji maklumat daripada pelbagai punca tentang cara penggunaan sesuatu bahan bantu mengajar untuk mendapat kesan yang memuaskan. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 V. Membuat penilaian sumbangan bahan bantu mengajar kepada pengajaran melalui percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian berkenaan. Seseorang guru harus sedar bahawa murid mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza ( Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990 ). Oleh yang demikian, guru haruslah peka ketika memilih jenis bahan bantu mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.3.2.1 Ciri-ciri BBM Yang Baik Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990) dalam Ahmad Mohd Salleh,1997 telah menyenaraikan ciri-ciri bahan bantu mengajar yang baik.Ciri-ciri bahan bantu mengajar yang baik adalah seperti berikut; 1) Bahan itu dapat menjelaskan idea yang kabur, menunjukkan turutan atau sequence dan menerangkan hubungan antara isi pelajaran. 2) Menjelaskan bahagian-bahagian yang sukar difahami dan juga bahagian- bahagian yang sukar diperhatikan. 3) Alat itu mestilah besar dan jelas untuk diperhatikan dan tidak menyakitkan mata murid walau dari mana-mana bahagian dalam bilik darjah. 4) Bahan bantu itu mestilah diwarnakan untuk menekankan perkara-perkara yang penting dan untuk menambahkan minat murid. 5) Di atas bahan bantu mengajar itu, hanya penerangan bertulis yang perlu, hindarkan sesuatu yang akan menyelewengkan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar itu tadi. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 6) Gunakan bahan yang tahan lama. 7) Label hendaklah dibuat dalam berbagai-bagai warna dan nomborkan bahagian- bahagian itu. 8) Bahan bantu mengajar itu hendaklah mudah dibawa atau diangkat ke mana- mana, umpamanya dari pusat sumber ke kelas atau dari satu kelas ke satu kelas yang lain atau dari bilik guru ke bilik darjah. 9) Boleh disimpan dengan baik semasa tidak digunakan. 10) Setiap bahan bantu mengajar hendaklah diberi tajuk untuk dikenal pasti dan dimasukkan dalam perancangan kerja harian.4.0 PENYESUAIAN BBM BERPUSATKAN MURID4.1 Faktor-faktor Penyesuaian Bahan Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor yang membolehkan mesej atau maklmuat disampaikan secara bermakna ( Norasiah et. Al. 2009). Oleh yang demikian, pemilihan bahan bantu mengajar oleh guru untuk disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid melibatkan banyak faktor yang perlu diberi perhatian. Faktor pertama yang perlu diambil kira oleh guru dalam menyesuaikan bahan bantu mengajar sekiranya guru menggunakan strategi berpusatkan murid adalah dengan memastikan bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012menepati matlamat dan objektif pengajaran. Guru harus menentukan objektif ataumatlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu sebelum memilih danmembina bahan. Seterusnya, dalam usaha menyesuaikan bahan bantu mengajar guru juga perlumemberi penekanan kepada aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaransupaya ketiga-tiga aspek yang dinyatakan itu didapati sama rata. Bahanpengajaran yang baik tidak hanya menekankan aspek bahasa dan penggunaannyasahaja, tetapi mengambil kira perkembangan murid-murid melalui penggunaanbahan-bahan pengajaran yang dipilih. Malah, guru perlu peka terhadap situasimurid-muridnya. Dalam pada itu, guru perlu mengambil kira faktor kepentingan kandunganpengajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid dan kepentinganmereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran, aktiviti yangpelbagai perlu ditimbulkan agar murid-murid memperolehi latihan yang mencukupiuntuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan murid untukberkomunikasi dengan masyarakat. Bahan bantu mengajar yang digunakan khususnya dalam pengajaran yangberpusatkan murid haruslah dipastikan ianya sesuai dengan hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan individu yang berilmupengetahuan. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan belia yang mempunyai jati diridan imej Malaysia. Bahan pengajaran yang dipilih dan dipraktikkan perlu sesuai dan mengikutperedaran zaman atau pun keadaan semasa. Guru tidak hanya menggunakanbahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi harus sentiasa ada pembaharuan . Hal inikerana, murid-murid sekarang ini lebih berminat dan cenderung kepada sesuatu yangbaru seperti membaca petikan melalui tayangan slaid.Guru boleh membina slaidyang pelbagai tema , warna dan bentuk . Jika ini dilakukan, murid-murid pasti gembiradengan pengajaran guru dan akan sentiasa ternanti-nanti kehadiran guru mereka kekelas . 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 Bahan pengajaran yang disediakan hendaklah mencabar pemikiran murid- murid dan disusun daripada pengajaran yang mudah kepada yang sukar supaya murid berkeyakinan untuk belajar apabila berjaya dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan guru.4.2 Cara-cara Penyesuaian Bahan Pemilihan bahan bantu mengajar khususnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu haruslah disesuaikan dengan objektif pengajaran, murid-murid dan suasana pembelajaran. Dalam pada itu, penyampaian bahan juga haruslah disesuaikan dengan masa dan situasi. Murid dan suasana pembelajaran adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam proses pembelajaran. Murid, isi pelajaran, bahan bantu atau sokongan dan guru-guru adalah unsur-unsur utama dalam proses pembelajaran. Dalam proses ini tiga konsep seharusnya terlibat, iaitu rangsangan yang mengarah kepada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu. Sesuatu jenis atau bentuk bahan pengajaran yang telah dipilih hendaklah disesuaikan dengan pencapaian murid-murid sama ada pencapaian tinggi, sederhana atau rendah. Peranan sesuatu bahan bantu mengajar mestilah ditentukan terlebih dahulu sebelum ianya digunakan. Unsur-unsur dan kemahiran bahasa dalam sesuatu bahan hendaklah turut dipertimbangkan. Bahan-bahan bantu pengajaran yang digunakan hendaklah boleh membangkitkan kemahiran bahasa atau aktiviti bahasa melalui penggunaannya. Secara keseluruhannya, pemilihan dan penyesuaian bahan bantu mengajar haruslah mengambil kira beberapa perkara seperti umur dan peringkat ( aras ) murid, pengalaman pengajar, objektif pelajaran serta jangka masa yang telah ditetapkan. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 Menurut Kamarudin (1988) , para guru patut menggunakan beberapa garis panduan dalam memilih dan menyesuaikan alat atau bahan bantu mengajar khususnya untuk pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa garis panduan tersebut adalah seperti di bawah; a. Alat itu tidak semestinya mahal atau dibeli. b. Ia boleh dibuat oleh guru, guru dan murid atau murid-murid dengan bimbingan guru. c. Alat itu boleh dibuat guru dengan kerjasama guru-guru lain. d. ‘Simplicity’ – kesederhanaan alat adalah penting, iaitu ia senang digunakan. Bahan-bahan dari alam sekeliling adalah baik jika digunakan. e. Alat itu mestilah fleksibel, boleh digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran. f. Alat itu sebaik-baiknya mestilah berfungsi dan boleh dibawa ke mana-mana. g. Alat itu mestilah ringan, tidak terlalu besar atau berat. h. Apabila rosak , alat itu boleh diganti dengan senang tanpa perlu membayar harga yang mahal. i. Alat itu harus senang di simpan. j. Alat itu tidak membahayakan murid-murid.5.0 RUMUSAN 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012 Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan rancangan untukmelaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Iamelibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan sesuatu isipelajaran dengan cara yang berkesan. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akanmenjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektifnyasecara optimum. Dalam proses penyampaian sesuatu pengajaran, guru mempunyai pelbagaipilihan strategi yang boleh dilaksanakan. Salah satu strategi yang sesuai dengan corakpendidikan masa kini adalah dengan melaksanakan strategi pengajaran berpusatkanmurid. Strategi ini dipercayai amat berkesan digunakan kerana ia menjadikan muridlebih aktif dalam memperoleh pengetahuan. Malah pelaksanaan strategi inimenggalakkan murid bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri denganmenjadikan murid lebih sedar apa yang hendak dipelajari oleh mereka dan sebabmengapa mereka perlu mempelajari sesuatu. Pelaksanaan strategi ini sudah pastimemerlukan kelengkapan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama menggunakan bahan bantu mengajardalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membantu gurumenyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untukmencapai tujuan ini guru haruslah memahami teknik penggunaan bahan bantumengajar dan menggunakannya dengan cekap dan berkesan. Penggunaannya secaracekap dan berkesan dapat membantu murid-murid memahami dan mengekalkankonsep atau fakta dalam ingatan mereka. Bahan bantu mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan murid, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran danpembelajaran di dalam kelas. Oleh iti, guru-guru disarankan supaya menyusun danmerancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik,terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahanpengajaran kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi murid. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minatmurid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012pembelajaran. Bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkindalam bentuk buku, bahan edaran, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dansebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Dari itu, guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaranmereka dan tidak lagi semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalampengajaran yang ternyata membosankan dan menurunkan motivasi murid untukbelajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran merekaserta mempelbagaikan strategi pengajaran sejajar dengan cabaran pendidikan masakini yang lebih bercorak kendiri . Guru juga perlu mendedahkan bahan bantu mengajaryang mampu membantu kefahaman dan menolong murid ke arah pembelajaran lebihbermakna supaya mereka ini kelak menjadi murid yang seimbang selaras dengankehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012BIBLIOGRAFIAb Rahman Ab Rashid (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa dalam Jurnal Teknologi Pendidikan jilid 1 bil 2 November 1995Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Siri Diploma Perguruan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Atan Long (1981). Pedagogi – Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.Atan Long (1993). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd.Dale, E ( 1964) . Audio-Visual Methods in Teaching.. New York Dryden Press, Holt, Rinehart and Winston.Ee Ah Meng (1988). Pedagogi untuk Bakal Guru. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ee Ah Meng (1990). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II: Bahagian A: Pelaksanaan Pengajaran. Siri Diploma Perguruan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. BhdEsah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Cetak Ratu Sdn. Bhd.Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi . Johor : Universiti Teknologi Malaysia.Habibah Elias dan Rahil Mahyuddin (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan PustakaKamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa: Siri Pendidikan Longman. Selangor : Longman Malaysia Sdn. BhdKhairudin Mohamad (2011). Literasi Bahasa Melayu : Siri Pendidikan Guru. Selangor : Oxford Fajar Sdn BhdKamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaMok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro, Persediaan untuk Pengajaran Praktik. Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budimana Sdn. BhdMok Soon Sang (1995). Asas Pendidikan 3. Kurikulum dan Praktikum. Edisi Keempat. Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd 20
    • E/FARIDAH/Tugasan Sem 4/PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEM: Jan (HBML1103). FaridahHusin:751008035900001 2012Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3: Bahagian A: Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur : Kumpulan Budimana Sdn. BhdNgui Kuan Sang(1981). Penggunaan Alat Pandang Dengar Dalam Pengajaran. Suara Pendidik, Vol. 7 No. 4.Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Siri Pengajian Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. BhdNoraziah Abd Hamid (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa. Kertas Kerja Seminar Perguruan pada 28hb – 30hb Dis. 1981, di Universiti MalayaRahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Siri Pendidikan Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. BhdRashidi Azizan, Abd Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedahdan strategi. Kajang : Masa EnterpriseSharifah Alwiah Alsagoff (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhdhttp://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-engajar-buku-teks/ 16.39 pm 3.2.12http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html 9.15 pm 7/3/2012Ted Panitz from http://www.newforums.com/newstudentseries.htm 20