Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

on

  • 253 views

ULASAN JURNAL pembangunan sahsiah.pdf

ULASAN JURNAL pembangunan sahsiah.pdf

Statistics

Views

Total Views
253
Slideshare-icon Views on SlideShare
253
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
3
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ulasan jurnal pembangunan sahsiah Ulasan jurnal pembangunan sahsiah Document Transcript

    • Pembangunan Sahsiah ULASAN JURNAL Menggalakkan perubahan sikap yang positif merupakan tajuk jurnal yang telah dipilih oleh kumpulan kami. Melihat kepada tajuk sudah cukup memberi gambaran kepada pembaca mengenai apa yang akan ditulis oleh penulis jurnal ini. Jurnal ini telah di tulis oleh Andrew E. Finch yang mana kajian ini telah dijalankan di salah sebuah universiti terkemuka di Korea. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Pendidikan Bahasa Inggeris untuk mengkaji bagaimana sikap mereka untuk belajar. Disamping itu, faktor kepercayaan turut memberi kesan dalam proses pembelajaran.Sikap untuk belajar merupakan intipati utama bagi seseorang individu untuk berjaya dalam kehidupan. Seorang yang bersikap mulia atau mempunyai sahsiah yang tinggi tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk berjaya. Mereka perlu mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan. Sikap bermaksud cara menempatkan atau membawa diri, atau cara merasakan dan tingkah laku. Selain itu, sikap juga membawa maksud keadaan mental yang kompleks iaitu melibatkan keyakinan dan perasaan, serta tingkah laku untuk bertindak dengan cara tertentu. Penulis turut mengaitkan faktor kepercayaan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, seorang pelajar yang beragama Islam akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dalam urusan pembelajaran dan dikurniakan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hal ini adalah kerana pelajar tersebut percaya dan yakin Allah akan memakbulkan doanya.
    • Penulis menyatakan bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan, para pelajar dilihat mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, cara pembelajaran yang kurang menarik dan mempunyai sikap malas untuk belajar. Oleh yang demikian, guru dilihat perlu menghormati pegangan dan kepercayaan pelajar. Guru juga perlu memahami sikap dan sahsiah pelajar. Sekiranya guru ingin menegur tingkah laku pelajarnya, mereka perlu menegur dengan cara yang betul. Semasa menjalankan kajian ini, penulis telah menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan sikap dan sahsiah pelajar. Faktor yang menyumbang dalam perubahan sikap dan sahsiah pelajar adalah keyakinan diri, motivasi diri, tanggungjawab, kebimbangan dan autonomi. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan aktif dalam kelas semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar tersebut akan bertanyakan soalan jika tidak faham dan sering menawarkan diri untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Penulis telah menggunakan lima kaedah dalam menyempurnakan kajian ini. Lima kaedah tersebut ialah pembelajaran jurnal, persekitaran pembelajaran, penilaian dalam kelas, soal selidik dan umum. Pembelajaran jurnal bermaksud pensyarah memberi satu jurnal kepada pelajarnya untuk membuat refleksi berdasarkan jurnal tersebut. Penilaian diberi berdasarkan keyakinan dan keberanian pelajar untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. Penilaian dalam kelas pula memperlihatkan tahap aktif seseorang pelajar didalam kelas. Sekiranya pelajar tersebut bersikap pasif, hal ini demikian kerana pelajar tersebut mempunyai sahsiah yang kurang memuaskan. Pelajar tersebut perlu menjadi pelajar yang asertif di mana perlu bertanya sekiranya tidak faham. Penulis ada menyatakan pembelajaran melalui kaedah metakognitif sangat mempengaruhi sikap pelajar dalam proses pembelajaran. Secara umum metakognitif bermaksud ‘pemikiran tentang pemikiran’ (Flavel, 1979). Ia merujuk kepada pengetahuan seseorang tentang proses
    • pembelajarannya sendiri. Pengetahuan tersebut digunakan untuk memantau dan meregulasi proses kognitifnya secara sedar ketika menjalankan aktiviti belajar, menyelesaikan masalah dan menakul (reasoning). Osborne (1999) menyarankan bahawa metakognitif meliputi pemantauan aktif, kawalan secara sedar atau regulasi eksekutif bagi proses mental. Metakognitif mengandungi dua proses asas yang berlaku serentak iaitu memantau kemajuan semasa proses pembelajaran dan membuat perubahan atau mengubahsuai strategi yang digunakan jika didapati ianya kurang berkesan (Winn & Snyder,1998). Proses metakognitif ini melibatkan antara lain proses refleksi kendiri, penetapan matlamat, pengurusan masa serta inisiatif dan tanggungjawab kendiri. Ia melibatkan kedua-dua kesedaran tentang pengetahuan dan kesedaran tentang kawalan proses pembelajaran seseorang. Dengan erti kata lain, kemahiran metakognitif meliputi proses kawalan secara sedar pembelajaran seseorang termasuklah dari peringkat perancangan, memilih strategi yang sesuai, memantau kemajuan pembelajaran, membetulkan kesilapan yang dilakukan, menilai keberkesanan strategi pembelajaran yang digunakan serta menukar strategi atau tindakan yang diambil jika perlu (Ridley, Schutz Glanz &Weinstein, 1992). Keyakinan diri ataupun selfesteem ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.
    • TEORI KOGNITIF : TEORI PILIHAN Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori pilihan Terapi Pilihan dan Terapi Realiti. Persamaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep dan aplikasinya kepada pelajar. Teori Pilihan dan Terapi Realiti yang menekankan sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu. Setiap individu bebas untuk membuat pilihan. Pendekatan kognitif berasal daripada perkataan ‘cognitio’ yang membawa maksud ‘to know’ iaitu mengetahui atau memahami. Perkembangan kognitif adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif terbahagi kepada empat aspek iaitu pemikiran, persepsi, penyelesaian masalah dan pembentukan konsep. Teori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang doctor psikologi klinikal yang telah dilahirkan di Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925. Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Pilihan dalam system Pendidikan di California. Tegas Glasser (2000), Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih.
    • Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Tegas Glasser (1998) dan Ahmad Jazimin et al. (2011), berdasarkan Teori Pilihan manusia bertingkah laku berdasarkan beberapa faktor. KEHENDAK KUALITI (QUALITY WORLD) Konsep kehendak kualiti (Quality World) merupakan salah satu kata kunci dalam teori pilihan dan terapi pilihan. Kehendak kualiti membawa maksud setiap orang mempunyai kehendak, harapan atau impian masing-masing. Kehendak seseorang bergantung kepada sejauhmana pengalamannya dengan orang lain, benda, kepercayaan dan situasi yang dialami. Quality World yang ada pada diri seseorang menghasilkan satu kehendak, idaman, harapan yang diinginkan. Melalui jurnal yang bertajuk ‘Menggalakkan Perubahan Sikap yang Positif’ ini, konsep kehendak kualiti (quality world) merupakan salah satu konsep yang boleh dikaitkan di dalamnya. Setiap pelajar mempunyai kehendak masing-masing di dalam diri mereka. Setiap perubahan yang ingin diaplikasikan haruslah mempunyai nilai yang positif agar pelajar dapat mengambilnya sebagai contoh. Sesungguhnya, setiap pengalaman
    • memberi iktibar kepada seseorang. Pengalaman yang positif akan membantu pelajar untuk menjadi lebih baik. Dalam kaedah pembelajaran yang telah dijalankan iaitu kaedah pembelajaran persekitaran, ia merupakan faktor yang amat sesuai dalam proses pembelajaran di mana perubahan sikap yang positif boleh diambil melalui kaedah ini. Kaedah ini membantu menggalakkan keyakinan dan harga diri seseorang pelajar serta menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Pembelajaran persekitaran ini dicipta bagi menghasilkan kesan yang positif dan autonomi dan menggalakkan pelajar bertindak balas dengan kaedah ini. Konsep kehendak kualiti boleh dikaitkan dengan kaedah ini kerana seseorang pelajar mestilah mahukan yang terbaik dalam diri mereka. Berdasarkan pengalaman mereka melalui kaedah pembelajaran persekitaran, sedikit- sebanyak input yang positif boleh diambil dan diamalkan. Pada masa yang sama, pembelajaran bersama-sama orang disekeliling juga dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran. Pelbagai jenis ragam manusia boleh dilihat. Oleh itu, pelajar harus bijak memilih rakan agar rakan tersebut dapat membantu mereka berubah menjadi lebih baik. Justeru, konsep kehendak kualiti boleh dikaitkan di dalam jurnal ini. Hal ini kerana perubahan sikap yang positif perlulah memerlukan kualiti yang baik untuk diamalkan. INDIVIDU HIDUPNYA BERTANGGUNJAWAB UNTUK MEMILIH KEPUTUSAN DALAM
    • Konsep ini membawa maksud setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang itu berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu setiap pilihan berdasarkan kepada keperluan asas, setiap pilihan mempunyai risiko, individu berupaya memilih tingkah laku efektif dan tidak efektif, tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya dan tingkah laku tidak efektif membentuk identiti gagal. Membuat keputusan yang bijak sangat penting kerana ia menentukan kehendak seseorang individu. Waktu dan hubungan manusia merupakan elemen yang amat penting dalam proses pembuatan keputusan. Pembuatan keputusan menghubungkan keadaan organisasi masa kini dengan tindakan yang akan diambil untuk organisasi masa depan. Membuat keputusan juga menggunakan pengalaman masa lalu samada positif atau negatif. Melalui pengalaman tersebut pelajar dapat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Menurut Glasser (1998) keperluan asas menjadi punca dalam konsep ini. Tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi keperluan dan bersedia menghadapi rintangan. Manusia sering mempunyai masalah kerana keinginan tidak dipenuhi. Keperluan asas yang dimaksudkan ialah menyayangi, ingin dimiliki, ingin pengharagaan, ingin bebas, ingin gembira dan ingin terus hidup. Kepuasan akan wujud setelah kehendak telah dipenuhi. Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan. Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan ingin merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Menurut Wubbolding dalam John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti seseorang itu berkembang dalam beberapa peringkat iaitu peringkat ‘lakukan atau buat’ iaitu orang akan
    • mula untuk mengerjakan sesuatu. Seterusnya perkembangan identiti kejayaan iaitu pemikiran yang positif dan seterusnya peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan sesuatu yang seronok, merasakan kasih sayang dan disayangi oleh orang lain. Melalui jurnal ini, terdapat contoh yang berkaitan dengan konsep memilih keputusan dalam kehidupan. Sebagai contoh, pelajar diberi pilihan membuat keputusan untuk memilih cara belajar yang berkesan. Melalui cara pembelajaran persekitaran, pembelajaran jurnal, pembelajaran di dalam kelas dan pembelajaran melalui soal selidik. Kaedah ini juga membantu pelajar berfikir untuk memilih tingkah laku efektif dan tidak efektif di mana kedua-dua tingkah laku ini membentuk identiti berjaya atau gagal. IDENTITI BERJAYA DAN IDENTITI GAGAL Terdapat dua identiti yang boleh menjadi pilihan kepada seseorang itu iaitu identitiberjaya dan identiti gagal. Identiti berjaya ialah apabila seseorang itu mengalami rasa cinta dan rasa dihargai serta keperluan psikologikalnya dipenuhi. Manakala identiti gagal pula adalah apabila seseorang itu tidak ada rasa dicintai, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat berputus asa (Aslina Ahmad, HazalizahHamzahdan Mohammad Aziz Shah Mohamed,2011). Menurut Wiliian Glasser dalam buku ‘Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah’ karya Malek Muhamad Said(2007), manusia bertanggungjawab sepenuhnya
    • menentukan arah kehidupannya. Manusialah yang bertanggungjawab memenuhi keperluan fisiologi dan psikologinya sendiri. Manusia dapat memenuhi keperluan itu membentuk identiti berjaya dan apabila sebaliknya membentuk identiti gagal. Dalam jurnal ini, terdapat banyak identiti-identiti tersebut. Dalam jurnal tersebut ada menerangkan mengenai identiti berjaya. Antaranya, pelajar-pelajar tersebut cenderung untuk mengembangkan pelakuan yang lebih aktif dan juga autonomi yang membolehkan mereka mengambil berat mengenai perihal pembelajaran mereka. Ini menunjukkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai identiti yang secara langsung dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap kejayaan dalam pembelajaran. Tahap realistik mereka yang tinggi membantu mereka membina keyakinan diri. Orientasi mental yang kompleks yang melibatkan kepercayaan dan perasaan menyebabkan pelajar membina identiti yang bergerak menuju ke arah apa yang diingini. Pelajar yang mempunyai identiti berjaya selalunya sentiasa berfikiran positif dan mudah berinteraksi dengan orang lain. Mereka bersikap terbuka dan tidak mudah berputus asa. Ciri-ciri seperti ini merupakan ciri-ciri yang penting dalam mengejar kejayaan dalam pembelajaran. Bagi identiti gagal pula, ada dinyatakan bahawa apabila pelajar-pelajar ini mempunyai kepercayaan yang tidak berasas mengenai pembelajaran bahasa, pada masa yang sama boleh membawa kepada pergantungan kepada strategi yang kurang berkesan, menyebabkan sikap sambil-lewa, kekurangan prestasi kognitif dan sikap autonomi yang negatif. Ini bermakna apabila pelajar bersikap seperti tersebut, identiti gagal telah mula ada dalam diri mereka. Ini akan menyebabkan kurangnya keyakinan, harapan yang tidak realistik, dan
    • lemahnya pembelajaran akan dipamerkan oleh pelajar-pelajar Korea di peringkat pengajian tinggi tersebut. Faktor-faktor seperti mempunyai keperluan yang berbeza, keutamaan, kepercayaan, gaya pembelajaran dan latar belakang pendidikan boleh menyebabkan reaksi negatif terhadap kesedaran pelajar(Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif,2006). TINGKAH LAKU KESELURUHAN Kesemua perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi manusia adalah “total behaviour”. Seseorang itu boleh mengawal perbuatannya tetapi tidak dapat mengawal perasaan atau tubuh kita sebab kita bukan robot (Aslina Ahmad et al,2011). Jurnal ini telah menyingkap kesemua perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi para pelajar. Kajian ini mendapati bahawa sikap untuk belajar dan persepsi serta kepercayaan kendiri pelajar sendirilah yang menentukan siapa mereka. Pelajar akan mendapat hasil daripada pembelajaran mereka selama ini, setelah pelajar berjaya membangunkan kepercayaan yang mendalam tentang proses pembelajaran bahasa, penggunaan stategi pembelajaran yang berkesan dan kebolehan mereka sendiri, yang secara keseluruhan memudahkan pembelajaran. Semua ini menyumbang kepada tingkah-laku pada masa depan, dan mengekalkan motivasi diri.
    • Ini menunjukkan perlakuan keseluruhan pelajarlah yang mencorak diri mereka. Apabila mereka memberi tumpuan, berkeyakinan, bermotivasi, dan bertanggungjawab, maka para pelajar dapat membangunkan perlakuan atau sikap yang positif dalam pembelajaran(Calvin S.Hall dan Gardner Lindzey, 2008). Mereka akan bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai kemahiran menilai yang baik. Ini akan memberi manfaat kepada masa depan mereka dan masa depan mereka akan lebih luas. Teori pilihan : keperluan asas (basic need) Psikologi: menyayangi dan ingin dimiliki,penghargaan,kegembiraan dan kebebasan. Fisiologi:keperluan manusia untuk terus hidup di atas dunia ini. Teori psikologi merujuk kepada reaksi penilaian, emosi iaitu tahap suka atau tidak suka terhadap sesuatu sikap atau tingkah laku.(Zimbardo & Lieppe, 1991). Penyelidikan awal mengenai keperluan asas seseorng pelajar itu berdasarkan hubungan antara sikap dan pencapaian bahasa yang dijalankan oleh Gardner & Lambert pada tahun 1950-an, dan kemudian oleh Schumann (1975), yang mendapati bahawa tekanan bahasa dan kebimbangan adalah faktor penyumbang yang kukuh terhadap keperluan asas seseorang. Menurut Sauvignon (1976) menunjukkan bahawa guru juga mempunyai sikap dan kepercayaan tentang pembelajaran bahasa. Sehingga kita telah melihat tahap kritikal pada sikap dan motivasi seseorang guru samada kita akan bersedia untuk menentukan halangan yang terletak dalamcara yang mewujudkan jenis persekitaran pembelajaran yang akan dapat membantu para
    • pelajar.Selain kepercayaan guru terhadap pembelajaran bahasa,pelajar juga terlalu menginginkan keperluan ingin disayangi daripada seorang guru untuk meneruskan pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan bebas untuk belejar. Dalam usaha untuk menyiasat perubahan sikap, beberapa faktor telah dipertimbangkan iaitu keyakinan, harga diri, motivasi, kebimbangan, dan tanggungjawab. Terdapat sesetengah kajian yang dilakukan secara berasingan yang kajian tersebut telah diakui bahawa kelas bahasa yang dinamik dan kompleks iaitu "sistem terbuka dalam keadaan yang stabil." (Laszlo, 2002, ms 32), di mana setiap faktor berinteraksi dengan lain, dan tidak boleh bermakna belajar di luar konteks.Setiap pelajar memerlukan cara untuk belajar dengan rasa selesa dan kegembiraan.Ini sebagai satu motivasi dan keyakinan kepada pelajar untuk menentukan cara pembelajaran.Kekurangan data yang objektif-diperhatikan kuantitatif tidak dilihat sebagai masalah bagi kajian ini kerana perubahan sikap didorong seseorang adalah kepercayaan dan persepsi individu, yang mewakili realiti bagi pelajar (Rogers, 1951, yang dipetik dalam Pine & Boy 1977, p 111). Penyelidikan selanjutnya dijalankan oleh Peacock (1998), yang melaporkan keputusan yang sama, dan di mana penemuan menyediakan bukti untuk menyokong Horwitz, Kern dan cadangan mantel-Bromley bahawa kepercayaan yang tidak betul boleh menjejaskan pembelajaran bahasa.Mereka membuat kesimpulan bahawa guru harus banyak berinteraksi dengan para pelajar untuk memenuhi basic need (keperluan asas) setiap pelajar supaya mereka dapat meningkatkan pembelajaran mereka. Penyelidikan ke atas harga diri telah menunjukkan hubungan yang jelas antara persepsi kecekapan individu dan prestasi bahasa yang sebenar, walaupun Cotterall (1999, ms. 510)
    • melihat keperluan untuk penyelidikan selanjutnya kepada kepercayaan pelajar tentang keupayaan, keberkesanan diri dan harga diri terhadap keperluan asas seseorang pelajar. Penutup Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian kes ini diiktiraf bahawa perubahan sikap tidak boleh disebabkan oleh faktor-faktor terpencil, dan mana-mana faktor-faktor yang dikaji perlu dilihat dalam konteks untuk mempunyai sebarang makna. Ia juga mengakui bahawa sikap mewakili realiti bagi orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam pembelajaran, dan perubahan sikap adalah fungsi perubahan dalam kepercayaan dan persepsi subjektif, bukannya peperiksaan objektif dan luaran. Oleh itu, kajian ini disiasat perubahan sikap seperti yang ditanggapi dan dilaporkan oleh mata pelajaran itu sendiri. Tidak ada percubaan untuk mengenal pasti faktor penyebab, kerana ia adalah mustahil untuk menyiasat gamut seluruh connectivities memberi kesan kepada pelajar, dan juga tiada percubaan untuk membandingkan keputusan dengan mana-mana kumpulan kawalan, atau untuk umum keputusan. Keputusan menunjukkan petanda yang memberangsangkan perubahan sikap itu, yang berlaku dalam konteks: i) penggunaan pelajar yang interaktif / reflektif jurnal; ii) persekitaran pembelajaran yang tidak mengancam; dan iii) penilaian berasaskan bilik darjah. Analisis sebelum / selepas kursus soal selidik yang lengkap dalam format temuduga oleh pelajar menunjukkan peningkatan dalam penggunaan perbendaharaan kata positif, dan pengurangan sepadan dalam penggunaan perbendaharaan kata negatif, menunjukkan bahawa persepsi dan
    • perspektif sub-sedar telah berubah, bersama-sama dengan bahasa yang digunakan untuk menggambarkan mereka. Perubahan ini telah ditunjukkan dalam jurnal pelajar yang interaktif / reflektif, yang merupakan satu faktor yang pasti dalam perubahan sikap untuk beberapa sebab. 1) Oleh interaktif dan mencerminkan, jurnal yang diberikan kepada pelajar rangka kerja untuk membincangkan isu-isu kepentingan masa kini dan masa depan, yang tidak pernah sebelum ini telah diterokai oleh mereka secara mendalam apa-apa. 2) Dengan membenarkan pelajar untuk menggambarkan individu atas apa sahaja yang mereka dapati adalah penting selepas perbincangan ini, dan dengan menekankan bahawa terdapat jawapan tidak "betul" dan bahawa setiap pendapat adalah sah, jurnal juga menggalakkan pertumbuhan keyakinan dan harga diri pelajar yang sebelum ini dilabel diri mereka sebagai pelajar miskin. 3) Dengan membenarkan kumpulan untuk melalui jurnal pada kadar mereka sendiri, pelajar dibenarkan untuk menghabiskan masa mengenai isu-isu yang mereka dapati yang relevan dan bermakna, sekali gus memberi kesahihan kepada persepsi mereka. 4) Dengan membawa pengajaran / isu-isu berkaitan pembelajaran untuk perhatian pelajar, jurnal mempromosikan penerokaan kerjasama kepercayaan, membawa kepada pengubahsuaian sikap positif kepada pembelajaran. 5) Dengan menggalakkan pelajar membuat refleksi individu secara tetap, tanpa pembetulan yang jelas oleh guru, takut "membuat kesilapan" telah dilumpuhkan, dan kemahiran menulis dibenarkan untuk memperbaiki hanya melalui amalan yang dilanjutkan dan kadang-kadang rakan sebaya-maklum balas.
    • Apabila memberi tumpuan kepada petunjuk seperti keyakinan, motivasi, tanggungjawab dan kebebasan sebagai alasan untuk menyokong penggunaan jurnal pelajar yang interaktif / mencerminkan, ia adalah hipotesis yang menunjukkan peningkatan dalam bidang-bidang ini akan tahan lama dan sendiri diarahkan, dan bahawa pelajar akan membangunkan positif sikap untuk pembelajaran (termasuk menyelesaikan masalah dan kemahiran penilaian) yang akan memberi manfaat dalam kehidupan masa depan mereka. Untuk menguji hipotesis ini, perlu untuk menghubungi pelajar-pelajar ini dalam masa 5 atau 10 tahun, yang mana masa hampir semua faktor yang terlibat dalam kajian ini akan menjadi tidak relevan kepada subjek.Walaubagaimanapun, mereka masih akan memiliki persepsi mengenai penyelidikan dan kursus di mana ia berlaku, dan ini masih akan mewakili realiti untuk mereka. Ia adalah diharapkan bahawa hubungan seperti itu boleh dibuat, dan laporan mengenai persepsi mereka pada masa itu boleh menjadi satu penulisan.
    • BIBLIOGRAFI  Abd Rahim Abd Rashid (2006) KemahiranBerfikir. Kuala Lumpur:Prin-Ad SdnBhd  Aslina Ahmad, HazalizahHamzahdan Mohammad Aziz Shah Mohamed (2011) Pengenalan Pembangunan Sahsiah. TanjungMalim, Perak: Emeritus Publication  AziziYahayadanJaafarSidekLatif (2006) MembentukIdentiti. Pahang: PTS Professional SdnBhd  Calvin S. Hall dan Gardner Lindzey(2008) Keperibadian. Yogyakarta: Kanisius  MalekMuhamadSaid (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional PendidikanSdn. Bhd  MohdAzhar Abdul Hamid (2003) PerkembanganKognitif. Kuala Lumpur: PTS Professional PendidikanSdn. Bhd  Mohd Ismail Mustari(2005)MenjadiBeliaCemerlang.Kuala Lumpur: PTS Professional PendidikanSdn. Bhd  Richard Stanley Lazarus danAtanLong(2001)SahsiahdanPenyesuaian. Kuala Lumpur:DewanBahasadanPustaka, KementerianPelajaran Malaysia.  RobiahKulopHamzahdanFythullahHamzah(2006).Ayuh, SahutCabaran. Pahang: PTS Millennia SdnBhd  Yahya Don (2006)SahsiahKendiri. Kuala Lumpur:PTS Professional PendidikanSdn. Bhd
    •  Flavel, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of cognitive developmental inquiry. American Psychologist, 34, 9-6-911.  Winn, W. & Snyder D. 1998. Cognitive perspectives in pyschology. In D.H. Jonassen, ed. Handbook of research for educational communications and technology, 112-142. New York: Simon & Schuster Macmillan  Ridley, D.S., Schutz, P.A., Glanz, R.S. & Weinstein, C.E. 1992. Self-regulated learning: the interactive influence of metacognitive awareness and goal-setting. Journal of Experimental Education 60 (4), 293-306.  Osborne, J.W. 1999. Metacognition and teaching for learning. (On-Line). Diperolehi di: http://facultystaff.ou.edu/O/Jason.W.Osborne-1/Metahome.html  Ida Hartina Ahmad Tahrbe(2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur,PTS Profesional Sdn.Bhd.