Adik-adik sekalian,    Berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan yang mestiditunaikan oleh setiap insan. Amalan ...
"cis" dan janganlah engkau menggertak kedua-duanya dan ucapkanlahkepada kedua-duanya dengan perkataan yang hormat dan muli...
kasih sayang dan berbuat baik kepadanya?" Jawab Rasulullah S.A.W.:"Ibu kamu." Lelaki tadi bertanya lagi, "Kemudian siapa?"...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Berbuat baik kepada ibu bapa

664

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
664
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Berbuat baik kepada ibu bapa

  1. 1. Adik-adik sekalian, Berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan yang mestiditunaikan oleh setiap insan. Amalan ini sangat dituntut di dalam Islam. Di dalam al-Quran, Allah menegaskan bahawa berbuat baik kepadakedua-dua ibu bapa adalah berada pada tempat yang kedua dalamsenarai amal salih, selepas beribadat kepada Allah S.W.T. Namun, tidaksemua anak melakukan sedemikian.Adik-adik yang dikasihi, Renungilah firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra: 23 memberimaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu janganmenyembah selain daripada Allah dan supaya berbuat kebaikan kepadaibu bapa." Sesungguhnya, ibu bapa adalah untuk ditaati dengan kedudukanyang amat tinggi dalam Islam.Adik-adik yang dirahmati Allah, Ibu bapa bertungkus-lumus dalam usaha mendidik anak-anak. Ibubapa sanggup mengharungi pelbagai pancaroba demi kesejahteraananak-anak mereka. Oleh itu, adik-adik, ibu bapa tidak boleh diingkari, melainkan jikasuruhan mereka bertentangan dengan ajaran Islam.Adik-adik sekalian, Allah Taala telah berfirman di dalam Al-Quran melalui Surah Al-Isra: 23 yang bermaksud: "Dan kalau salah seorang antara kedua-duanya atau kedua-duanya (ibu bapa) ada dekat dengan engkau sampaiumur yang sangat tua, janganlah engkau mengatakan padanya perkataan
  2. 2. "cis" dan janganlah engkau menggertak kedua-duanya dan ucapkanlahkepada kedua-duanya dengan perkataan yang hormat dan mulia."Adik-adik yang dikasihi, Sesungguhnya Ayat tersebut mengajar kita supaya hormat kepadakedua-dua ibu bapa dan jangan mengeluarkan kata-kata kasar, walaupunperkataan "uh". Islam juga mengajar kita supaya jangan mengherdik ibubapa dan jangan meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka.Adik-adik yang dirahmati Allah, Kita hendaklah menyayangi ibu bapa dan mengasihani mereka,sebagaimana mereka menjaga kita semasa kita kecil lagi. Sebagai anakyang salih, kita seharusnya bertanggungjawab untuk menjaga kebajikankedua-dua ibu bapa dan perasaan mereka.Adik-adik sekalian, Kedua-dua ibu bapa, terutamanya ibu, telah melakukan pengorbananyang begitu besar dan murni untuk mendidik anak-anak sejak anak-anakberada di dalam kandungan lagi. Ibu mengalami pelbagai penderitaan dan kesakitan sepanjangkehamilan dan kelahiran. Setelah anak dilahirkan, ibulah yangmenyusukan, mengasuh dan menjaga, merawat serta memberi makan.Adik-adik yang dikasihi, Oleh sebab itulah berbuat baik kepada seorang ibu lebih besardaripada berbuat baik kepada bapa. Sebagai contoh, terdapat sebuah hadis bermaksud: "Telah datangseorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W. lalu bertanya kepadaRasulullah, "Ya, Rasulullah! Siapakah orang yang lebih berhak mendapat
  3. 3. kasih sayang dan berbuat baik kepadanya?" Jawab Rasulullah S.A.W.:"Ibu kamu." Lelaki tadi bertanya lagi, "Kemudian siapa?" JawabBaginda: "Ibu kamu." Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" JawabRasulullah: "Ibu kamu." Lelaki itu terus bertanya lagi, "Kemudiansiapa?" Jawab Rasulullah: "Bapa kamu."Adik-adik yang dirahmati Allah, Hadis ini menunjukkan bahawa kedudukan seorang ibu lebih besardan mulia daripada seorang bapa. Hal ini kerana ibu banyak menanggungkesusahan yang tidak ditanggung oleh orang lain.

×