Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran

on

  • 4,323 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,323
Views on SlideShare
4,307
Embed Views
16

Actions

Likes
1
Downloads
208
Comments
0

1 Embed 16

http://farahliyanasholehhuddin.wordpress.com 16

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran Document Transcript

    • KURSUS : GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK TUGASAN: Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah Pembelajaran DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD DISEDIAKAN OLEH : MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144) FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483)NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”
    • 1.0 Pendahuluan Teknologi pendidikan atau teknolgi pengajaran merupakan satu proses yangkompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, danorganisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta bentuk, menilai dan menguruspenyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan dimana proses pembelajaran ituadalah bermatlamat terkawal. Ini bermakna teknologi pendidikan merujuk kepada prosespengajaran atau alatan yang dapat menbantu guru ke arah pencapaian pengajaran danpembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi iajuga boleh merangkumi maksud yang lebih luas termasuk system, kaedah penyusunan danteknik. Perkembangan era globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan duniateknologi sangat penting dalam pendidikan. Hal ini dapat menyokong kata-kata yangdisampaikan oleh Hjetland (1995) yang berbunyi “ Tecnology can make our lives easier.Everyday tasks are simplified”. Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh WistonChurcil, beliau menyatakan “empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatanpengajaran dan pembelajaran teknologi dalam pendidikan di sekolah perlu di gubahkepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arahmengalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.Hal ini bersesuaian dengan dunia sekarangiaitu dunia tanpa sempadan.Segala maklumat boleh dicapai di hujung jari.Pelajar perlumenerokai bidang teknologi untuk pembangunan sesebuah Negara. Tidak ketinggalan, golongan berkeperluan khas juga amat memerlukan ilmu danbantuan dalam bidang teknologi dalam menjalani kehidupan seharian mereka.Banyaktakrifan yang diberi terhadap golongan keperluan khas dalam masalah pembelajaranini.Secara umumnya, masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalamiketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untukmemahami, mengingati atau menyampaikan maklumat.
    • 2.0 Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnyaingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebihmendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utamamengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumatyang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itusendiri.Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat sertapengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer.Manakala yang ketigaialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusiaterutama pada diri pelajar itu sendiri. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kigdom mendefinisikan teknologi dalampendidikan sebagai suatu pembentukkan, penerapan dan penilaian sistem, teknik danbantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat KebangsaanPembelajaran Terancang, United Kigdom pula mendefinisikan teknologi dalampendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syaratpembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan(Cowen, 1980). Manakala Suruhanjaya Teknologi Penegajaran, USA sebaliknyamendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untukmerekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajarandari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dankomunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusiauntuk membawa kepada pengajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsirkerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dankaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar, iaitudengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengardan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatanpelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapatmembantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
    • masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakanmedia bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernahmereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya. Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak bolehdigunakan untuk menggantikan pengajaran .Ia digunakan untuk membantu guru mengajarsesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukanuntuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tigaperingkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimanamengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan danpenekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepaskegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan danpenilaian. Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajarsememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebihbaik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberikesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa membuat pemilihan bahanteknologi. Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaranyang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alatbantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidangpelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesanoleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Iniselaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapatmemperkayakan teknik pengajaran.Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesinmemproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurusbahan pengajaran yang banyak.Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunamembolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih
    • mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas sertaberoperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat.Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dankomunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara.Ini adalah keranakomputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberi maklumat yang dicari ataudiminta oleh orang ramai. Di samping itu, kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikanproses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaranyang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapatmempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepadateknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dandengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internetadalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai duniapendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajarmendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisientanpa perlu menunggu masa yang lama. Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalamproses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yangsama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidaksemua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar olehguru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahamiapa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebihmenarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.
    • 3.0 Keburukan teknologi dalam pendidikan Teknologi dalam pendidikan bermaksud penggunaan alat bagi menyampaikanmaklumat yang dipersembahkan melalui alat-alat seperti televisyen, projektor, komputerdan sebagainya. Dengan perkataan lain, teknologi dalam pendidikan ialah segala sesuatutentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang-dengar. Terdapat pelbagai kelebihan jikapendidik mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka disekolah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa di dalam keasyikan kita menggunakanteknologi khususnya dalam sistem pendidikan, terdapat juga beberapa kelemahan dankekurangan yang tidak dapat dielakkkan.Hal ini disebabkan tidak semua kemajuan yangtelah dicapai tersebut membawa impak positif.Diantara kemajuan yang telah dicapaitersebut ternyata dapat membawa impak negatif bagi manusia. Dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran sebenarnyamenghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru danpentadbir haruslah bersedia dari awal menerima perubahan ini dengan fikiran yangterbuka dan positif serta cuba mengatasi sebarang masalah yang bakal timbul. Di antarahalangan-halangannya ialah mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi.Untukberalih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yanglama.Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat danmendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yangmendapat kemahiran dari luar. Dengan penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan guru akan menjadi malaslebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka bolehmenukar hasil kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagimenjadi produktif dan efektif. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa adakelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. Hal ini akan memberikesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran. Sebagai contoh,kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Kadangkala,keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalamsesi pembelajaran.
    • Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepadapelajar khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapatmenonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidakdapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapatdikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya,bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah,mereka akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalamisebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanyamanis. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melaluipengalaman mereka di sekeliling. Selain itu, penggunaan teknologi seperti ICT memberi impak yang buruk kepadapelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guru-guru di sekolah boleh menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampauibatas umur mereka.Sebagai contoh, bahan pronografi yang banyak tersebar di dalaminternet dan juga laman „youtube‟. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka lamanweb yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnyakerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Olehsebab itulah pelajar kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui.Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakanyang lain tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah. Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapatdipastikan kesahihannya.Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologikomunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hakuntuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet.Maklumat ini bolehmendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yangbetul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaranmelalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehidaripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supayadapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.Kemudahan yang
    • disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepadapelajar. Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi dalampendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorangpelajar. Pelajar sekarang suka ‟copy-paste‟ maklumat yang dicari dari internet tanpamenyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Masalahini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senangdiperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluarmaklumat tersebut.Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan nilai murniyang perlu ada dalam diri seorang pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjanaidea mereka sendiri apabila menyelesaikan tugasan.Sebagai contoh, teknologi komputertelah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanyamenggunakan arahan file dan hanya dengan menekan “copy” and “paste”, semua kerjasudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawakemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimanapelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk dihadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga ataumasyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurangberkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saingmereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagimemantapan dan pembangunan kejayaan mereka. Dewasa kini, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini jugamemupuk sikap malas dalam kalangan pelajar.Dengan adanya teknologi yang canggih,kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telahdiselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangankemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer.Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akanmenyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.
    • 4.0 Bahan-bahan teknologi 4.1 Kedudukan dan posisi Setiap insan yang lahir inginkan kesempurnaan.Namun, tiada siapa yang tahuhikmah disebalik kejadian-Nya.Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan normalberuntung kerana tidak memerlukan alat bantuan sokongan untuk meneruskan kehidupanseharian berbanding dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan kurang bernasibbaik.Golongan orang kurang upaya dapat dikategorikan kepada 3 kategori iaitubermasalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran.Dalam kategorimasalah pembelajaran, terdapat pelbagai jenis iaitu sindrom down, autism, terencat akal,cerebral palsi, hiperaktif, masalah fizikal, disleksia dan sebagainya.Ada diantara merekamemerlukan bantuan untuk bergerak untuk melangsungkan kegiatan harian mereka. Menurut American National Standards Institute (INSI), orang cacat adalah yangmempunyai kesukaran yang jelas dalam menggunakan sebahagian persekitaran yangspesifik. Ada di antara mereka tidak dapat berjalan dan yang lebih teruk, mereka langsungtidak boleh bergerak.Perkembangan teknologi banyak membantu golongan ini dalampenghasilan peralatan mobility.Teknologi dapat memudahkan pergerakan mereka yangterhad kepada lebih luas.Hal ini jelas dilihat apabila seseorang yang lumpuh dengan tidakmampu bergerak apatah lagi untuk berdiri mampu menggunakan kerusi roda.Bagigolongan sedemikian, alatan bantuan teknologi adalah nadi dalam kehidupan merekauntuk meneruskan hidup. Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah di reka untuk golongan orangkurang upaya (OKU) masalah pembelajaran. Antaranya adalah kerusi roda, Brace, kakipalsu, tongkat, Rex dan sebagainya. Alatan-alatan ini merupakan hasil daripadaperkembangan teknologi yang semakin rancak.Perkembangan teknologi ini jelas tidakmengetepikan golongan yang kurang bernasib baik.Bagi mereka, peralatan ini sangatbermakna untuk diri dan kehidupan mereka.Walaupun alatan ini banyak menggunakanteknologi, individu yang menggunakan peralatan ini perlu mempunyai ilmu dankemahiran dalam penggunaannya.Hal ini dinyatakan demikian kerana setiap peralatanyang di hasilkan mempunyai kaedah penggunaan tertentu.Memiliki kemahiran
    • penggunaan alatan bantuan teknologi ii dapat mengelakkan daripada berlakunnyakemalangan. Individu yang mengalami masalah fizikal, serebral palsi, lumpuh, dan sebagainyaamat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti kerus roda.Terdapat pelbagai jeniskerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan dengan individu-individutersebut.Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua golongan OKU diatas,tetapi aspek-aspek keselamatan dan kesesuaian seseorang individu terlebih dahulu dinilaiuntuk penggunaan kerusi roda. Teknologi telah menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.Walaubagaimana pun, secara umumnya kerusiroda boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu di tolaksendiri atau seseorang dan kerusi roda bermotor yang boleh bergerak sendiri dengan hanyamenekan atau mengawal suiznya sahaja.Untuk penambahan ilmu teknologi terhadapkerusi roda tersebut, ada individu yang memasang tray pada kerusi roda untukmemudahkan pelajar menulis, belajar, makan dan sebagainya. Selain daripada kerusi roda, Brace atau Orthoses juga merupakan alatan teknologiyang dihasilkan untuk membantu kedudukan atau pergerakan OKU terutamanya golonganSerebral Palsi. Brace merupakan satu alat ortopedik yang di pakai oleh sesetengahindividu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan ortopedik. Brace biasanyadiperbuat daripada Plastik tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit ataucampuran bahan-bahan tersebut. Fngsi brace adalah untuk menstabilkan anggota badantermasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot-otot, mengelakkanatau mengurangkan masalah system rangka atau anggota badan yang berposisi abnormaldan meningkatkan fungsi sesuatu badan. Teknologi penciptaan brace banyak menyumbang kemudahan kepada golonganberkeperluan khas. Ramai OKU yang tidak mampu berjalan dengan sempurnamenggunakan bantuan teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan mereka. Terdapatpelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti Ankle-FootOrthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses.Semua jenis-jenis brace ini mempunyai cara penggunaan dan kawasan masing-masing.
    • Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dankerangka gentian karbon bermotor atau diberi nama „Rex‟ telah mengubah keupayaanseseorang individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda semata-mata dan yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orangnormal. Rex digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggangke bahagian bawah badanya. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu, seseorangindividu yang lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan “kakirobot” tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex dapatmembantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perkembangan teknologi juga telah menghasilkan alat bantuan tandas OKU danbekas buangan untuk golongan berkeperluan khas. Tidak semua golongan itu akanmemakai lampin atau pampers untuk membuang air. Ada di antara mereka yang mampuke tandas. Namun begitu,tandas yang biasa digunakan oleh orang normal tidakbersesuaian dengan spesifikasi orang berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, tandasmesra OKU perlu dibina untuk kemudahan OKU. Untuk memudahkan golongan inimembuang air,satu penciptaan alat bantuan berteknologi khas dicipta untuk golongan ini.Bekas buangan yang di reka cipta bersesuaian digunakan untuk mereka.Bentuk dan saizyang sesuai memudahkan mereka. Disamping itu,selepas penggunaan bekas tersebut,ianya hanya perlu di basuh dan boleh dibawa berjalan kemana-mana sahaja. Dengan adanya teknologi ini, golong berkeperluan khas dapat menjalankankehidupan yang lebih baik.Ia juga member peluang yang baik kepada mereka untukbelajar, mengakses maklumat dan berhubung dengan orang lain. Dengan bantuan alatberteknologi yang direka cipta khas untuk golongan ini dapat memberikan peluang kepadamereka untuk hidup berdikari.Selain itu, bidang teknologi juga menampakkan kemesraanatas alat ciptaan yang dihasilkan. 4.2 Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) Bahan atau alat berteknologi juga tidak ketinggalan dalam bantuan untukmenyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan latar belakang pelajartermasuklah kepada pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh alat yang diberi
    • namaKomunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyakmembantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dankomunikasi. Komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan komunikasi yangbolehdigunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehanberkomunikasisecara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991).Kajian Okolo et al.(1993) mendapatikomunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihanberteknologi rendah, sepertibuku bergambar sehingga kepada sistemberkomputer.Pengajaran berbantu komputer bolehmeningkatkan kemahiran, pengetahuandan pencapaian akademik murid. Menggabungjalinkomunikasi pertuturan serta bukanpertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif danalternatif lebih berkesan jikadimulakan seawal usia kanak-kanak. Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar,foto,garisan, gestur, bahasa isyarat, bahasa tulisan,Pictures Exchange CommunicationSystemdanalat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakanbahasa simbolik ketika mengajar bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapatmembantu muridmenjalani tugas seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum,terdapat beberapakategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran,seperti berteknologitinggi dan bahan bercetak. Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan peralatan yangmenghasilkan atau membekalkan kemahiran verbal ( Mustonen, Locke, Reiche elt. 1991)yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sedia ada yang dimiliki olehpelajar. Sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga komponen iaituteknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi ( McCormmick& Shane,1990 ). Bagi teknik komunikasi, terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatandan tanpa alatan ( Vanderheiden& Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidakmemerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk melaksanakannya.Teknik initermasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka.Manakala teknik berbantukan
    • alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik sertamelibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem simbol. AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan merekahanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang terdapat di skrin, dengandemikian orang lain akan faham akan apa yang mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknyaapabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada mereka, penyampai hanya perlu taipperkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya mereka faham akan apa yang ingindituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat lihat bahawa komunikasi dua hala dapatdijalankan dengan bantuan AAC walaupun kanak-kanak tersebut mengalami masalahbahasa dan komunikasi. 4.3 Bahan teknologi buku eletronik E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yangmerujuk kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagaimaklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma..Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya untukmemudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas. E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks.Ia merangkumi bidang pendidikan,teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaane-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datingkelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumbercetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terusdi internet. E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepadapembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat tanpa beban yang berat.Teks dalame-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk dengan menggunakan hyperlink.Inimenjadikan e-buku mempunyai format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan jugasesetengah buku teks.
    • Selain itu juga, penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah merupakansatu inovasi yang sesuai dengan gaya pembaca generasi kini untuk mendapatkanmaklumat. Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa aliranatau kaedah baru dalan cara pembacaan. Penggunaan buku elektronik yang mempunyaiaplikasi buku digital, kompuetr dan internet adalah alat bantu mengajar yang menarikuntuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portalpembelajaran.Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minatdan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat(Gandhi 2001).Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakanadalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas.Maklumat di dalambuku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan systemtertingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar bukuelektronik tersebut. 4.4 Contoh-contoh bahan teknologi: I. Kedudukan dan posisi
    • II. Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
    • III. Bahan Teknologi Bahan Elektronik5.0 RujukanRujukan:http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/Rujukan :http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348