Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada penggunaan peta konsep dapat meningkatkan ingatan pelajar kelas 4E dalam mata pelajaran perdagangan. Hasil kajian akan membantu guru mengetahui perbezaan prestasi pelajar sebelum dan selepas menggunakan peta konsep, serta memberikan panduan pengajaran yang lebih baik. Analisis data akan melibatkan ujian pra dan pasca, soal selidik, dan temubual guru serta pelajar
1. 10.0 Signifikasi Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan sama ada penggunaan peta konsep
mampu meningkatkan ingatan pelajar Tingkatan 4E dalam mata pelajaran perdagangan di SMK
Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.
Melalui dapatan kajian ini, guru akan dapat lihat perbezaan keputusan pembelajaran pelajar
selepas menggunakan peta konsep dan sebelum menggunakan peta konsep terhadap ingatan
pelajar kelas 4E tersebut. Kajian ini akan membantu guru mendapat satu gambaran tentang
penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru di SMK Sultanah Engku
Tun Aminah, Johor Bahru. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada guruguru untuk merancang dan melaksanakan tindakan bagi meningkatkan daya ingatan pelajar
dalam mata pelajaran ini.
11.0 Analisis Data
Analisis data akan dibuat dengan menggunakan 3 kaedah iaitu analisis ujian, analisis soal
selidik dan intepretasi data
11.1 Ujian
Ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan gred pelajar
setelah mengumpulkan markah pencapaian pelajar dalam ujian. Terdapat empat kategori gred
iaitu kategori cemerlang, memuaskan, lemah dan sangat lemah. Data akan dianalisis secara
statistik deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai bagi
data ujian pra dan pasca.
11.2 Analisis soal selidik
Cara menganalisis data soal selidik juga adalah jenis statistik deskriptif. Item soal selidik akan
dianalisis dengan mengira peratus pemilihan setiap responden terhadap skala bagi setiap item
yang dijumlahkan.
11.3 Analisis dan intepretasi data
2. Soalan temu bual akan dibina untuk guru dan pelajar. Temubual akan diadakan untuk
mendapat maklumat dari guru mata pelajaran di SMK Sultanah Engku Tun Aminah tentang
mampukah penggunaan peta konsep di kelas 4E meningkatkan ingatan pelajar-pelajar tersebut.
Temubual Pelajar akan dilakukan secara rawak. Hanya 2 orang pelajar akan dipilih daripada
kalangan 26 orang pelajar kelas 4E untuk ditemubual.
12.0 Anggaran Perbelanjaan
Pecahan Perbelanjaan
Jumlah
Percetakan soal selidik /ujian:
(3 m/s x RM 0.10 x 26 orang)
RM
Percetakan laporan kajian (1 jilid x RM 40.00)
RM 40.00
Printer Cartridge (1 x RM 50.00)
RM 60.00
Fotostat Bahan
RM 40.00
JUMLAH
7.80
RM147.80
13.0 Jadual kerja
Bil
Perkara
Tarikh
1.
Mesyuarat Jawatankuasa
07/10/2012
2.
Penulisan kertas cadangan
14/10/2012
3.
Mesyuarat perancangan
21/10/2012
4.
Mesyuarat pembinaan ujian pos
24/10/2012
5.
Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian
05/11/2012
6.
Pelaksanaan ujian pos
08/11/2012
7.
Refleksi dan penilaian
19/11/2012