Your SlideShare is downloading. ×

Tugas warden asrama

14,912

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
14,912
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
529
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TUGAS WARDEN ASRAMA: 1. Menguruskan kemasukan penghuni-penghuni asrama. 2. Menyediakan Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhinya. 3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama. 4. Bertanggungjawab atas kelakuan penghuni-penghuni. 5. Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa tertentu seperti bermalam di luar. 6. Bertanggungjawab atas semua soal makanan, termasuk menu asrama, sekiranya tiada Penyelia Asrama. 7. Mengawas kemajuan pelajaran penghuni-penghuni seperti memeriksa kad laporan dan mengelola kelas persediaan dan kelas tambahan jika ada. 8. Merancang dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni-penghuni. 9. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit. 10. Mengawas kebersihan diri penghuni dan seluruh bangunan dan kawasan asrama. 11. Menjalankan latihan api (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu penggal bagi penghuni asrama. 12. Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni. 13. Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asrama dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaiki sebarang kerosakan. 14. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supaya tidak melebihi had yang telah ditentukan. 15. Bertanggungjawab atas pemungutan yuran asrama dan perkara berkaitan kewangan asrama dan menyelenggarakan rekod-rekod berhubung dengannya seperti Buku Kira- Kira, Buku Resit dan buku Stok, jika tiada Penyelia Asrama. 16. Mengawas kerja kakitangan asrama. 17. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat yang tidak diingini datang ke asrama. 18. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada tiap- tiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, Pengetua hendaklah dihubungi dengan serta merta. (Di asrama yang mempunyai Ketua Warden, tugas ini hendaklah dijalankan oleh beliau). TUGAS HARIAN WARDEN: 1. Berada dalam kawasan asrama/ sekolah pada hari bertugas dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 pagi berikutnya. 2. Memastikian perjalanan jadual harian asrama serta peraturan asrama dilaksanakan. 3. Memeriksa bahan mentah pada hari bertugas bersama pembantu penyelia makanan. 4. Memberi perhatian pada kebersihan dan disiplin pelajar-pelajar. 5. Memeriksa keadaan kamar supaya berada dalam keadaan bersih dan kemas pada setiap masa.
  • 2. 6. Melawat kelas-kelas prep pada waktu prep sebagaimana yang telah ditetapkan bagi memastikan pelajar hadir dan belajar. 7. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dengan kerjasama penyelia kesihatan. 8. Menentukan semua pelajar meninggalkan asrama pada waktu permainan dan bersurai daripada bermain jam 6.30 petang. 9. Menentukan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjemaah. 10. Makan bersama pelajar di dewan makan untuk menilai mutu makanan serta mengawasi peraturan di dewan makan pada setiap waktu makan. 11. Memastikan lampu kamar dipadam pada jam 12.00 malam dan kamar berada dalam keadaan tenteram. 12. Melawat bilik-bilik bacaan asrama untuk menentukan prep lanjutan selepas 11.30 malam dalam keadaan tenteram. 13. Mengambil tindakan sesuai apabila timbul sesuatu masalah seperti disiplin, kemalangan, keselamatan, kebakaran dan lain-lain. 14. Membuat pemeriksaan kamar pada hari Ahad mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. 15. Memeriksa menu mengikut jadual yang telah ditetapkan. 16. Menghantar laporan tuigas warden setiap hari bertugas kepada Tuan Pengetua/ PK HEM. 17. Bermalam di Bilik Gerakan Warden setiap hari giliran bertugas. 18. Menyelia asrama pada jam 7.00 pagi hingga 7.15 pagi untuk memastikan pelajar mengosongkan asrama untuk ke kelas dan melihat pelajar yang ada di Sick Bay. 19. Melaporkan segala masalah disiplin kepada PK HEM atau Pengetua. 20. Menerima dan menjalankan arahan daripada Tuan Pengetua dari semasa ke semasa. PEMERIKSAAN ASRAMA. 1. Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. 2. Semua warden wajib hadir bertugas memeriksa asrama setiap hari Sabtu. 3. Perkara-perkara yang perlu dilihat semasa pemeriksaan adalah seperti berikut; 3.1 Kamar 3.1.1 Susunan katil, almari sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan. 3.1.2 Kebersihan lantai, cermin tingkap, jendela dan siling tidak bersawang. 3.1.3 Susunan kasut teratur, cadar bersih dan kemas serta di hujung katil ada selimut. Terdapat bantal yang bersarung bersih. 3.1.4 Susunan pakaian di dalam almari tersusun dengan kemas dan tidak terdapat pakaian yang dilarang seperti seluar jeans, baju T yang tidak sesonoh. 3.1.5 Setiap kamar ada satu tong/ bakul sampah. 3.1.6 Pakaian tidak bergantungan dalam kamar. 3.1.7 Nama pelajar dilekat pada hujung katil dan almari serta satu senarai nama pelajar. 3.2 Peralatan Pelajar. 3.2.1 Semua jenis kad dipamirkan (Kad pelajar, kad kebenaran keluar) 3.2.2 Buku Undang-Undang/ Peraturan sekolah. 3.2.3 Berus gigi, ubat gigi, sabun, minyak rambut, sikat (Dipamir di hujung katil).
  • 3. 3.3 Pakaian semasa pemeriksaan. 3.3.1 T shirt rasmi, seluar hitam. 3.4 Kekemasan Diri. 3.4.1 Lelaki: Berambut pendek, tidak berkuku panjang, pakaian bersih dan kemas, tidak menyimpan misai dan janggut. 3.4.2 Perempuan: Rambut tidak diwarna, berkuku pendek, pakaian bersih dan kemas, tidak memakai peralatan kemas yang tidak dibenarkan. 3.5 Hal-hal lain 3.5.1 Pastikan pelajar tidak menyimpan benda-benda yang dilarang seperti gunting, pisau dan alatan lain yang merbahaya. 3.5.2 Pastikan pelajar mempunyai songkok hitam dan sampin sekolah. TUGAS PENYELIA ASRAMA 1. Mempastikan makanan disediakan baik, bersih dan mengikut menu. 2. Menyelia kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama. 3. Melaporkan segala kerosakan di asrama kepada Pengetua/ Guru Besar. 4. Bertanggungjawab tentang kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama. 5. Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat. 6. Mempastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan melaporkan kepada Pengetua/ Guru Besar jika terdapat kes-kes yang bahaya. 7. Menyediakan rekod murid-murid sakit. 8. Menyelia dan mengadakan kemudahan di bilik sakit. 9. Bertanggungjawab bersama tentang keselamatan di asrama. 10. Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja lain. 11. Mempastikan makan malam atau ‘supper’ disediakan oleh pembekal makanan. 12. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua/ Guru Besar. TUGAS - TUGAS WARDEN  Menjalankan tugas mengikut portfolio yang ditetapkan  Menjalankan tugas harian seperti dijadualkan  Memastikan supaya mereka senang dihubungi oleh penghuni- penghuni kamsis  Warden dikehendaki berada di kawasan kamsis sepanjang masa bertugas.  Mencatatkan kehadiran bertugas  Memaklumkan kepada Ketua Warden apabila tidak dapat bertugas dan perlu mendaptkan pengganti  Warden bertugas dikehendaki membaca laporan harian petugas sebelumnya supaya tindakan susulan dapat dilakukan
  • 4.  Warden bertugas dikehendaki membuat Laporan Tugas Harian  Memantau kebersihan bilik, bangunan dan kawasan kamsis  Memantau keselamatan bangunan dan kemudahan kamsis  Memantau serta memaklumkan kerosakan bangunan/kehilangan peralatan kepada Penyelia Asrama  Memberi khidmat nasihat kepada penghuni kamsis supaya dapat melahirkan suasana harmoni di kalangan penghuni dan warden  Melakukan pemeriksaan kamsis bila-bila masa jua untuk menentukan penghuni kamsis mematuhi peraturan kamsis  Membantu Ketua Warden dalam merancang, menasihati, dan memantau kegiatan-kegiatan sosial penghuni kamsis  Membantu menjalankan latihan kebakaran (fire drill) sekurang-kurangnya sekali setiap semester  Membantu menyelaras penempatan pelajar baru dan lama  Membantu melaksanakan aktiviti pelajar  Melaksanakan lain-lain arahan yang diberikan oleh Pengarah TUGAS-TUGAS KECEMASAN  Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni kamsis yang sakit.  Melaporkan dengan segera kepada Ketua Warden sekiranya ada kecemasan yang berlaku di kalangan penghuni kamsis.  Menyampaikan maklumat kecemasan kepada penghuni kamsis.  Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes kecurian, pergaduhan, kemalangan dan seumpanya. FASAL A : Kebersihan Dan Kesihatan 1. Kebersihan Diri a. Kebersihan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga. b. Warden asrama akan menjalankan pemeriksaan kebersihan diri pelajar 2 kali seminggu c. Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada AJK pelajar, Warden atau Penyelia Asrama DENGAN SEGERA agar sebarang tindakan yang bersesuaian boleh dibuat.
  • 5. d. Setiap pelajar diwajibkan mempunyai keperluan sendiri seperti sabun, berus gigi, sikat, baldi, dan lain-lain lagi. Semua keperluan ini akan diperiksa sewaktu pelajar mula masuk ke asrama dan semasa pemeriksaan kamar. 2. Kebersihan Bilik Asrama a. Bilik asrama mestilah sentiasa bersih dan teratur sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak asrama. Pemeriksaan asrama akan dibuat pada setiap pagi oleh AJK pelajar sebelum 7.15 pagi setiap hari persekolahan. b. Pemeriksaan umum akan diadakan 2 minggu sekali iaitu pada setiap hari Sabtu minggu tidak pulang. Pemeriksaan mengejut(spot- check) akan diadakan pada bila-bila masa. c. Hanya makanan kering sahaja yang dibenarkan disimpan di dalam kamar. d. Pakaian dan alat keperluan harian seperti tuala, sarung bantal, kain selimut hendaklah sentiasa bersih dan kemas serta ditanda atau ditulis nombor pendaftaran. e. Pakaian dan barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam bilik asrama kecuali hujan. f. Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan kamar masing-masing. Pelajar mesti membuat Jadual Bertugas dan mematuhi giliran untuk membersihkan kamar. g. Setiap katil mesti mempunyai cadar sepanjang masa dan dipastikan terurus serta ceria sebelum ke sekolah. 3. Kebersihan Dewan Makan. a. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan. b. Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan tray disusun dengan baik c. Pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain barang dari Dewan Makan TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari Dewan Makan d. Pelajar hendaklah menanggalkan kasut atau selipar apabila masuk ke Dewan Makan. ↑atas FASAL B : Keselamatan a. Para pelajar bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri. b. Barang-barang kemas TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke kawasan asrama
  • 6. c. Pelajar dikehendaki menyimpan wang tidak melebihi RM10.00 setiap masa untuk mengelakkan daripada kes kecurian. Wang yang selebihnya boleh diserahkan kepada warden untuk disimpan. d. Alat-alat senjata yang berbahaya seperti pisau dan lain-lain TIDAK BOLEH dibawa masuk ke kawasan asrama. e. Pelajar mestilah mengetahui peraturan-peraturan keselamatan apai dan peraturan keselamatan jalan raya. Latihan FIRE DRILL akan diadakan untuk membiasakan diri pelajar dengan situasi cemas. f. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat sambungan elektrik atau menggunakan lilin/ pelita/ ubat nyamuk. ↑atas FASAL C : Perharian Asrama a. Semua pelajar DIWAJIBKAN mengikut jadual perharian yang telah ditetapkan agar semua penghuni dapat menggunakan masa dengan bijak. Warden dengan kerjasama AJK Pelajar akan menilai dari semasa ke semasa tentang bagaimana penghuni asrama mematuhi jadual perharian yang telah ditetapkan terutama sekali yang melibatkan waktu solat dan waktu belajar yang diwajibkan. b. Penghuni yang merasakan sukar untuk mematuhi jadual perharian yang ditetapkan dengan sendirinya tidak layak untuk menginap di asrama. c. Sebarang perubahan Jadual Perharian Asrama akan dibuat oleh unit pengurusan asrama. FASAL G : Rawatan a. Para pelajar yang sakit hendaklah memberitahu Penyelia Asrama atau AJK Bertugas Bilik Sakit, Warden atau guru. b. Pelajar yang sakit mesti masuk ke Bilik Sakit(sick-Bay) dan AJK mencatatkan nama dalam Pendaftaran Bilik Sakit. Tunggu lawatan oleh warden bertugas dan patuhi nasihatnya. c. Pelajar yang sakit tidak boleh kekal di Bilik Sakit tanpa menerima sebarang rawatan melebihi 8 jam. d. Pelajar-pelajar yang sakit dan mendapat cuti dibenarkan pulang dengan dijemput oleh ibu bapa atau di hantar oleh warden atau guru. e. Pelajar yang hendak berjumpa DENGAN Doktor Pakar Mata dan Doktor Gigi hendaklah mendapatkan dahulu kebenaran daripada warden atau guru. f. Jika ada seseorang pelajar sakit teruk hendaklah dilaporkan kepada Penyelia Asrama, AJK Asrama, Warden dan guru-guru pada bila-
  • 7. bila masa untuk mendapat rawatan dengan segera. g. Pihak sekolah akan menghantar balik pelajar-pelajar yang menghidap penyakit berjangkit jika difikirkan perlu. ↑atas FASAL H : Kegunaan Air dan Elektrik a. Setiap pelajar dikehendaki berjimat cermat dalam menggunakan air dan elektrik. Lampu hendaklah dipadamkan pada waktu yang ditetapkan dan pada waktu meninggalkan bilik-bilik rehat, bacaan, darjah dan sebagainya. b. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk sebarang jenis alat yang menggunakan elektrik ke asrama. ↑atas FASAL I : Lawatan Ibu Bapa/Penjaga a. Waktu melawat atau berjumpa dengan anak hanya DIBENARKAN pada hari Jumaat atau kelepasan am antara jam 10.00 pagi-6.00 petang. b. Ibu bapa atau penjaga TIDAK DIBENARKAN membawa masuk kenderaan ke kawasan asrama. Sila letakkan kenderaan di kawasan letak kereta yang telah di sediakan c. Sebarang penghantaran barang di luar waktu melawat hendaklah dibungkus dengan kemas, tulis nama dan dorm, kemudian serahkan kepada pengawal keselamatan atau warden bertugas atau AJK bertugas pada hari tersebut. d. Ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali naik ke dorm untuk sebarang urusan. Sila tunggu anak anda di kafetaria e. Urusan mengambil atau membawa anak keluar dari asrama hendaklah dengan kebenaran warden bertugas atau menelefon warden lebih awal. f. Segala urusan membawa anak pulang hendaklah dibuat sebelum jam 6.00 petang(kecuali kes kecemasan seperti kematian) g. Waktu ‘prep’(belajar) di asrama setiap hari (Sabtu-Khamis) jam 3.00-5.00 petang dan 9.00-11.00 malam kecuali hari Jumaat. Ibu bapa TIDAK DIBENARKAN menemui anak sepanjang waktu ini kecuali kes kecemasan. h. Para pelawat selain daripada ibu bapa atau penjaga pelajar boleh dibenarkan menziarahi pelajar hanya dengan kebenaran pengetua atau wakilnya. NOTA : Selain daripada hari Jumaat dan hari kelepasan am ibu
  • 8. bapa atau penjaga tidak dibenarkan melawat. Lampiran 1 PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG BERAT Di bawah ini diperturunkan perkara-perkara tatatertib yang berat seperti yang disiarkan oleh tatatertib yang berat seperti yang disiarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968 dan siarannya Bilangan KP. 8543 02(12). 1. Membawa senjata-senta yang berbahaya dengan tujuan jahat. 2. Menyerang dan mengancam penuntut-penuntut yang lain. 3. Menyalahgunakan dadah, menghisap rokok, menyimpan rokok dan meminum minuman yang memabukkan. 4. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pendidikan. 5. Merosakkan atau membinasakan harta benda sekolah. 6. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan haram. 7. Mencuri 8. Melawan pihak pentadbir Asrama dan Sekolah. 9. Bergaduh bertumbuk FASAL T : Barang Yang Ditegah 1. Senarai barang yang ditegah 1. Makanan basah yang mudah basi / busuk,tidak dibenarkan dibawa ke dalam dorm. 2. Sebarang jenis makanan / minuman yang memabukkan 3. Makanan yang bersalahan dengan undang-undang Negara 4. Sebarang jenis senjata atau alat tajam kecuali pisau cukur. 5. Alat elektrik / muzik (radio) serta bahan pembakaran. 6. Sebarang alat pertukangan seperti skru driver, tukul dan lain-lain. PERINGATAN
  • 9. Ibu bapa / penjaga diingatkan agar tidak menyediakan perkara-perkara berikut kepada anak jagaanya untuk kegunaan di asrama 1. Pakaian yang berjenama mahal yang menimbulkan tarikan penghuni yang lain 2. Kasut atau alas kaki yang berjenama mahal 3. Alat perakam / radio / permainan yang tidak dibenarkan / majalah yang melekakan Pihak pentadbiran berhak merampas barang-barang yang tersebut di atas untuk menjamin keselamatan di asrama serta pembentukkan budaya asrama yang memberansangkan.

×