Demo e. asas k2 ting 4
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Demo e. asas k2 ting 4

on

  • 789 views

 

Statistics

Views

Total Views
789
Views on SlideShare
789
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
54
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Demo e. asas k2 ting 4 Demo e. asas k2 ting 4 Presentation Transcript

  • Klik Di sini… modul interaktif EKONOMI ASAS SPM CONTOH SOALAN KERTAS 2 Keluar TINGKATAN 4 Ash'ari bin Sa'at
  • TOPIK EKONOMI ASAS SPM sila klik BAB 3 untuk demo: BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU BAB 3: ISIRUMAH SEBAGAI PENGGUNA BAB 4: FIRMA SEBAGAI PENGELUAR BAB 5: PASARAN TINGKATAN 4
  • ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA 3.1 Isi rumah 3.2 Permintaan BAB 3 Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab Utama sila klik pada Bab 3.2 untuk demo :
  • Soalan 1 Dengan menggunakan gambar rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dengan kuantiti. Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi permintaan. Soalan 2 Terangkan maksud keanjalan harga permintaan yang berikut: i. permintaan anjal ii. permintaan tidak anjal Soalan 3 Jadual di atas menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi 3 jenis barang. Berdasarkan pekali keanjalan tersebut, terangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang usahawan untuk meningkatkan hasil jualan bagi ketiga-tiga jenis barang itu. Soalan 4 3.2 PERMINTAAN Seterusnya Subtopik Ekonomi Asas Tingkatan 4 sila klik pada nombor soalan pilihan anda : Jenis barang Barang X Barang Y Barang Z Darjah keanjalan 0.6 1.6 1.0
  • Permintaan sesuatu barangan di pasaran hanya ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Bincangkan. Soalan 5 Berdasarkan rajah di atas, tentukan nilai dan terangkan keanjalan harga permintaan bagi setiap barang tersebut. Soalan 6 Berdasarkan jadual di atas, jualan kereta persendirian dari tahun 2 003 hingga tahun 2 005 telah merosot. Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan perubahan tersebut. Soalan 7 Sebelumnya Seterusnya Subtopik Ekonomi Asas Tingkatan 4 Jenis Barang % Perubahan Kuantiti Diminta % Perubahan Harga Barang A Barang B Barang C 2 3 4 4 3 2 Tahun Jumlah (unit) 2 003 2 004 2 005 55 657 43 987 27 186
  • Berdasarkan jadual di atas, mengapakah berlakunya perubahan permintaan terhadap barang A? Soalan 8 Sebelumnya Jelaskan kesan tindakan-tindakan berikut ke atas pasaran tayar kereta di Malaysia (setiap peristiwa berlaku secara berasingan) I Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta ii Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan Soalan 9 Ekonomi Asas Tingkatan 4 Seterusnya Harga barang A Kuantiti Diminta (unit) Januari 2 004 Ogos 2 005 RM5.00 35 689 87 458 Subtopik
  • Berdasarkan jadual di atas, lukiskan keluk permintaan individu bagi barang A dan seterusnya terangkan pembentukan keluk permintaan itu (Gunakan kertas graf). Soalan 10 Sebelumnya Subtopik Pada 3 April 2 003 harga sekotak disket ialah RM11.00 dan kuantiti diminta ialah 120 000 kotak. Manakala pada 21 Oktober 2 004, harga disket itu tidak berubah tetapi kuantiti diminta bertambah menjadi 230 000 kotak. Nyatakan dan jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. Soalan 11 Ekonomi Asas Tingkatan 4 Seterusnya Harga (RM) Kuantit Barang A yang Diminta (Unit) 6 5 4 3 300 500 800 1600
  • Berdasarkan gambar rajah di atas, hitungkan keanjalan harga permintaan setiap barang dan tafsirkan pekali keanjalan itu. Soalan 12 Ekonomi Asas Tingkatan 4 Sebelumnya Subtopik Seterusnya Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM) 11 11 9 45 50 0 35 70 8 10 15 0 0 D D D D D D 100 150 Kuantiti Kuantiti Kuantiti BARANG X BARANG Z BARANG Y
  • Berikut ialah tiga situasi yang berasingan. Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta persendirian tempatan. i Harga petrol dinaikkan sebanyak 33% ii Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli iii Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta SOALAN TAMAT Soalan 13 Sebelumnya Ekonomi Asas Tingkatan 4 Subtopik
      • 3.2 Permintaan
    Soalan 1 Dengan menggunakan gambar rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dengan kuantiti. [9 markah] Jawapan Menu Utama Permintaan Subtopik
  • H4 Bila harga meningkat dari P ke P1, kuantiti permintaan merosot dari Q ke Q1 dan sebaliknya. H5 Pergerakan disepanjang keluk permintaan menunjukkan kuantiti permintaan sesuatu barang adalah dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri. H6 Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan yang menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta. RAJAH = 5 MARKAH HURAIAN RAJAH = 4 MARKAH H1 DD ialah keluk permintaan individu. H2 Keluk permintaan individu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. H3 Menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti secara songsang/ negatif. Permintaan Soalan Harga (RM) Kuantiti (unit) D D P1 P 0 Q1 Q
      • Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi permintaan.
    • [10 markah]
    Soalan 2 Jawapan Menu Utama Dengar Muzik Permintaan Subtopik
  • F1 Harga barang itu sendiri H1a Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang itu diminta. H1b Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti permintaan barang itu. F2 Harga barang lain H2a Barang pengganti. Jika harga barang pengganti meningkat maka permintaan akan meningkat. Contoh: jika harga teh meningkat, permintaan terhadap kopi akan meningkat H2b Barang penggenap. Jika harga barang penggenap meningkat maka permintaan akan merosot. Contoh: jika harga kereta meningkat permintaan terhadap petrol akan merosot. F3 Pendapatan individu F3a Pendapatan individu meningkat menyebabkan kuasa beli meningkat. Oleh itu kuantiti permintaan akan meningkat. H3b Pendapatan individu merosot menyebabkan kuasa beli merosot. Oleh itu kuantiti permintaan akan berkurang. Permintaan
  • F4 Cita rasa pengguna H4a Jika cita rasa pengguna terhadap sesuatu barang meningkat maka kuantiti permintaan akan meningkat. H4b Misalnya jika cita rasa terhadap kereta Proton Wira meningkat maka kuantiti permintaan kereta Proton Wira akan meningkat. F5 Jangkaan harga masa hadapan H5a Jika dijangkakan harga sesuatu barang akan merosot pada masa hadapan, isi rumah akan mengurangkan permintaan pada masa sekarang. H5b Sebaliknya jika dijangkakan harga akan meningkat pada masa hadapan maka isi rumah akan menambah permintaan pada masa sekarang. Permintaan Soalan
  • Terangkan maksud keanjalan harga permintaan yang berikut: i. permintaan anjal ii. permintaan tidak anjal [8 markah] Soalan 3 Jawapan Menu Utama Permintaan Subtopik
    • Permintaan anjal
    • H1 Peratus perubahan harga lebih kecil dari peratus perubahan kuantiti diminta.
    • H2 Jika harga meningkat 1 peratus kuantiti diminta merosot lebih dari 1 peratus.
    • H3 Pekali keanjalan harga permintaan lebih besar dari 1
    • H4 Contoh barang: komputer dan melancong
    • Permintaan tidak anjal
    • H1 Peratus perubahan harga lebih besar dari peratus perubahan kuantiti diminta
    • H2 Jika harga meningkat 1 peratus kuantiti diminta merosot kurang dari 1 peratus
    • H3 Pekali keanjalan harga permintaan lebih kecil dari 1
    • H4 Contoh barang: ikan dan nasi lemak
    Permintaan Soalan
  • Jadual di atas menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi 3 jenis barang. Berdasarkan pekali keanjalan tersebut, terangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang usahawan untuk meningkatkan hasil jualan bagi tiap-tiap jenis barang itu. [9 markah] Soalan 4 Jawapan Menu Utama Permintaan Jenis barang Barang X Barang Y Barang Z Darjah keanjalan 0.6 1.6 1.0 Subtopik
  • Barang X H1 Permintaan barang X tidak anjal H2 Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti diminta H3 Strategi yang digunakan ialah meningkatkan harga jualan. H4 Jika harga jualan ditingkatkan 10 peratus kuantiti permintaan merosot kurang dari 10 peratus. H5 Keuntungan dari kenaikan harga melebihi kerugian akibat pengurangan dalam kuantiti permintaan [MAKSIMUM 3 MARKAH] Barang Y H1 Permintaan barang X anjal H2 Peratus perubahan harga lebih kecil dari peratus perubahan kuantiti diminta H3 Strategi yang digunakan ialah menurunkan harga jualan. H4 Jika harga jualan diturunkan 10 peratus kuantiti permintaan meningkat lebih dari 10 peratus. H5 Kerugian dari kejatuhanan harga lebih kecil dari keuntungan akibat peningkatan dalam kuantiti permintaan [MAKSIMUM 3 MARKAH] Barang Z H1 Permintaan barang Z anjal uniti H2 Peratus perubahan harga menyamai peratus perubahan kuantiti diminta H3 Strategi perubahan harga tidak berkesan kerana jika harga diturunkan 10% kuantiti akan meningkat juga 10%. H4 Bermakna kerugian akibat penurunan harga menyamai keuntungan akibat kenaikan permintaan. Oleh itu hasil jualan tidak berubah. [MAKSIMUM 3 MARKAH] Permintaan Soalan
  • Permintaan sesuatu barangan di pasaran hanya ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Bincangkan. [12 markah] Soalan 5 Jawapan Menu Utama Permintaan Subtopik
  • F1 Permintaan sesuatu barang memang dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri. H1 Jika harga barang itu turun maka permintaan terhadap barang itu akan naik dan sebaliknya. Walau bagaimanapun walaupun harga sesuatu barang itu tetap tetapi permintaannya akan berubah disebabkan oleh faktor-faktor berikut; F2 Musim. H2 Pada musim perayaan permintaan terhadap daging dan rempah akan meningkat. Pada musim hujan pula, permintaan terhadap payung akan meningkat tetapi permintaan terhadap ais krim akan merosot. F3 Pendapatan. H3 Jika gaji meningkat, pendapatan boleh guna meningkat. Oleh itu kuasa beli individu turut meningkat maka permintaan terhadap barangan akan meningkat. F4 Jangkaan harga di masa hadapan. H4 Jika dijangkakan harga akan merosot di masa hadapan maka permintaan akan merosot pada masa sekarang. F5 Cita rasa pengguna. H5 Jika cita rasa pengguna terhadap penggunaan komputer meningkat maka permintaan terhadap komputer akan bertambah walaupun harga komputer tidak berubah. F6 Dasar kerajaan. H6 Apabila kerajaan meningkatkan cukai pendapatan perseorangan, pendapatan boleh guna dan kuasa beli pengguna akan merosot. Akibatnya permintaan terhadap barangan juga akan merosot. Permintaan Soalan
  • Berdasarkan rajah di atas, tentukan nilai dan terangkan keanjalan harga permintaan bagi setiap barang tersebut. [9 markah] Soalan 6 Jawapan Menu Utama Permintaan Jenis Barang % Perubahan Kuantiti Diminta % Perubahan Harga Barang A Barang B Barang C 2 3 4 4 3 2 Subtopik
    • Barang A
    • 2% = 0.5
    • 4%
    • Permintaan barang A tidak anjal
    • Nilai pekali keanjalan harga permintaan lebih kecil dari 1
    • Peratus perubahan harga lebih besar dari peratus perubahan kuantiti diminta
    • Barang B
    • 3% = 1
    • 3%
    • Permintaan barang B anjal uniti
    • Nilai pekali keanjalan harga permintaan menyamai 1
    • Peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti diminta
    • Barang C
    • 4% = 2
    • 2%
    • Permintaan barang C anjal
    • Nilai pekali keanjalan harga permintaan melebihi 1
    • Peratus perubahan harga lebih kecil dari peratus perubahan kuantiti
    • diminta
    Permintaan Soalan
      • Berdasarkan jadual di atas, jualan kereta persendirian dari tahun 2 009 hingga tahun 2 011 telah merosot.
      • Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan peru-bahan tersebut.
    • [10 markah]
    Soalan 7 Jawapan Menu Utama Permintaan Tahun Jumlah (unit) 2 009 2 010 2 011 55 657 43 987 27 186 Subtopik
  • F1 Faktor harga kereta penumpang itu sendiri H1 Harga kereta penumpang yang mahal menyebabkan permintaan masyarakat terhadap kereta berkenaan berkurangan (hukum permintaan) F2 Faktor harga barang lain H2 Harga barang pengganti yang lebih murah atau kos perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih murah menyebabkan pengguna mengurangkan permintaan terhadap kereta penumpang H3 Faktor jangkaan harga masa hadapan F3 Jika dijangkakan harga kereta persendirian akan merosot pada masa hadapan menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian kereta persendirian pada masa sekarang. F4 Faktor cita rasa/ iklan H4 Jika cita rasa terhadap kereta persendirian itu merosot akibat dari cara pengiklanan yang kurang berkesan menyebabkan permintaan terhadap kereta persendirian berkenaan berkurang. Permintaan
  • F5 Faktor pendapatan individu/ kegawatan ekonomi H5 Kegawatan ekonomi yang melanda negara menyebabkan pendapatan individu merosot. Akibatnya kuasa beli pengguna merosot dan permintaan terhadap kereta persendirian turut berkurang. F6 Faktor saiz dan struktur penduduk H6 Pembelian terhadap kereta persendirian boleh berkurang jika bilangan penduduk muda disesebuah negara itu lebih kecil dari bilangan penduduk tua dan kanak-kanak. F7 Faktor dasar kerajaan H7 Dasar kerajaan yang tidak menggalakkan penggunaan kereta persendirian di jalanraya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas (misalnya dengan cara menaikkan kadar tol, meningkatkan bayaran meletak kereta dan meningkatkan cukai jalan) menyebabkan orang ramai kurang berminat memiliki kereta persendirian. Permintaan Soalan
  • Berdasarkan jadual di atas, mengapakah berlakunya perubahan permintaan terhadap barang A? [12 markah] Soalan 8 Jawapan Menu Utama Permintaan Harga barang A Kuantiti Diminta (unit) Januari 2 004 Ogos 2 005 RM5.00 35 689 87 458 Subtopik
  • F1 Cita rasa terhadap barang A meningkat H1 Pengguna mungkin tertarik dengan gaya/ fesyen dan kempen pengiklanan yang agresif sehingga mempengaruhi pengguna membeli barang A F2 Pendapatan individu meningkat H2 Pendapatan boleh guna individu meningkat menyebabkan kuasa beli pengguna meningkat. Pengguna akan menambah pembelian terhadap barang A. F3 Musim/ cuaca H3 Pengguna meningkatkan permintaan barang A untuk membuat persiapan bagi menyambut hari raya. Jika barang itu ialah ais krim maka permintaan terhadap ais krim akan meningkat kerana pada bulan januari hingga ogos dikebanyakan kawasan di Malaysia mengalami musim panas/ kemarau. F4 Harga barang lain meningkat. H4 Kenaikan harga barang pengganti akan menyebabkan harga barang A relatif lebih murah dan ini akan meningkatkan permintaan terhadap barang A. Begitu juga jika harga barang penggenap A merosot maka permintaaan terhadap barang A juga akan meningkat. Permintaan
  • F5 Jangkaan harga akan meningkat di masa hadapan H5 Jika pengguna menjangkakan harga barang A akan naik selepas bulan ogos maka pengguna akan menambah permintaan terhadap barang A pada masa sekarang. F6 Dasar kerajaan H6 Kerajaan telah bertindak meningkatkan cukai bagi barang pengganti A maka permintaan barang A meningkat. Begitu juga dengan kempen kerajaan menggalakkan penggunaan barang A, telah menyumbang kepada pertambahan permintaan barang A. F7 Agihan pendapatan masyarakat yang lebih setara H7 Kuasa beli masyarakat lebih tersebar dan teragih di antara golongan kaya dengan miskin. Ini boleh dijalankan dengan adanya dasar percukaian negara. Permintaan Soalan
  • Jelaskan kesan tindakan-tindakan berikut ke atas pasaran tayar kereta di Malaysia (setiap peristiwa berlaku secara berasingan) I Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta [3 markah] Ii Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan [3 markah] Soalan 9 Jawapan Menu Utama Permintaan Subtopik
    • Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta;
    • F1 Permintaan terhadap tayar kereta jatuh
    • F2 Berlaku lebihan penawaran tayar kereta di pasaran
    • F3 Harga tayar kereta jatuh
    • ii. Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan
    • F1 Permintaan tayar kereta meningkat
    • F2 Berlaku lebihan permintaan tayar kereta di pasaran
    • F3 Harga tayar kereta meningkat
    Permintaan Soalan
  • Berdasarkan jadual di atas, lukiskan keluk permintaan individu bagi barang A dan seterusnya terangkan pembentukan keluk permintaan itu (Gunakan kertas graf). [7 markah] Soalan 10 Jawapan Menu Utama Permintaan Harga (RM) Kuantit Barang A yang Diminta (Unit) 6 5 4 3 300 500 800 1600 Subtopik
  • Keterangan H1 Pada harga RM6.00 kuantiti X yang diminta ialah 300 unit ditunjukkan oleh titik P H2 Harga RM5.00 kuantiti X yang diminta ialah 500 unit ditunjukkan oleh titik Q H3 Pada harga RM4.00 kuantiti X diminta ialah 800 unit ditunjukkan oleh titik R H4 Pada harga RM3.00 kuantiti X diminta ialah 1 600 unit ditunjukkan oleh titik S H5 Keluk permintaan dibentuk apabila titik PQRS disambung. Rajah M/S 67 Harga (RM) Keluk Permintaan Individu 1000 1200 1400 1600 200 400 600 800 Kuantiti (unit) Permintaan S 6.00 3.00 5.00 4.00 P Q R Soalan ● ● ● ● 0 D D RAJAH : 3 MARKAH
  • Pada 3 April 2 004 harga sekotak disket ialah RM11.00 dan kuantiti diminta ialah 120 000 kotak. Manakala pada 21 Oktober 2 005, harga disket itu tidak berubah tetapi kuantiti diminta bertambah menjadi 230 000 kotak. Nyatakan dan jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. [10 markah] Soalan 11 Jawapan Menu Utama Permintaan Subtopik
  • Keadaan ini berlaku kerana faktor-faktor lain selain harga disket itu iaitu; F1 Perubahan harga barang lain H1 Kejatuhan harga komputer menyebabkan permintaan terhadap disket bertambah. Kenaikan harga cakera padat juga boleh menyebabkan permintaan terhadap disket bertambah. F2 Perubahan pendapatan individu H2 Kenaikan pendapatan individu menyebabkan kuasa beli meningkat. Oleh itu permintaan terhadap disket juga meningkat. F3 Jangkaan harga di masa depan H3 Individu menjangkakan harga disket akan meningkat di masa depan menyebabkan permintaan disket meningkat pada masa sekarang F4 Perubahan cita rasa H4 Menyebabkan individu lebih gemar menggunakan disket berbanding barang pengganti yang lain F5 Musim H5 Musim cuti sekolah menyebabkan individu meningkatkan permintaan terhadap disket F6 Dasar kerajaan H6 Dasar kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dikalangan masyarakat menyebabkan permintaan disket meningkat Permintaan Soalan
  • Berdasarkan gambar rajah di atas, hitungkan keanjalan harga permintaan setiap barang dan tafsirkan pekali keanjalan itu. [9 markah] Soalan 12 Jawapan Menu Utama Permintaan Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM) 11 11 9 45 50 0 35 70 8 10 15 0 0 D D D D D D 100 150 Kuantiti Kuantiti Kuantiti BARANG X BARANG Z BARANG Y Subtopik
    • Barang A
    • 100 - 150
    • Ed = 150 = -0.33 = 1.5
    • 11 – 9 0.22
    • 9
    • Tafsiran keanjalan. Apabila harga barang A naik 1% kuantiti diminta akan turun 1.5%
    • Barang B
    • 50 - 45
    • Ed = 45 = 0.11 = 0.41
    • 8 – 11 -0.27
    • 11
    • Tafsiran keanjalan. Apabila harga barang A naik 1% kuantiti diminta akan turun 0.41%
    • Barang C
    • 35 - 70
    • Ed = 70 = -0.05 = 1
    • 15 – 10 0.5
    • 10
    • Tafsiran keanjalan. Apabila harga barang A turun 1% kuantiti diminta akan naik 1%
    Permintaan Soalan
      • Berikut ialah tiga situasi yang berasingan.
      • Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta persendirian tempatan.
    • i Harga petrol dinaikkan sebanyak 33% [4 markah]
    • ii Syarikat kewangan memanjangkan tempoh
    • bayaran balik sewa beli [4 markah]
    • iii Peningkatan dalam teknologi
    • pembuatan kereta [4 markah]
    Soalan 13 Jawapan Menu Utama Permintaan Subtopik
    • Harga petrol dinaikkan sebanyak 33%
    • H1 Permintaan kereta persendirian berkurang
    • H2 Penawaran tetap
    • H3 Berlaku lebihan penawaran kereta persendirian di pasaran
    • H4 Harga kereta persendirian turun
    • Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli
    • H1 Permintaan kereta persendirian bertambah
    • H2 Penawaran tetap
    • H3 Berlaku lebihan permintaan terhadap kereta persendirian di pasaran
    • H4 Harga kereta persendirian naik
    • iii. Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta
    • H1 Penawaran kereta persendirian meningkat
    • H2 Permintaan tetap
    • H3 Berlaku lebihan penawaran terhadap kereta persendirian di pasaran
    • H4 Harga kereta persendirian jatuh
    Permintaan Soalan