08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm

7,076 views
6,928 views

Published on

kesusasteraan melayu

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,076
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
402
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm

  1. 1. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU TAJUK 2 PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS2.1 SinopsisBahagian ini mengandungi konsep pendekatan, kaedah, dan teknik yangterkandung dalamnya. Untuk penjelasan konsep, definisi oleh tokoh-tokohilmuan pendidikan diperoleh daripada pelbagai sumber. Penjelasan KaedahStruktural dan Kaedah Mengalami Menghayati berserta contoh turutdikemukakan.2.2 Hasil PembelajaranPada akhir modul ini, anda akan dapat: i. menghuraikan konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam P&P; ii. menjelaskan Kaedah Struktural dan Kaedah Mengalami Menghayati untuk diaplikasikan dalam P&P;2.3 KerangkaTajuk Pendekatan Strategi Kaedah Teknik Kaedah Mengalami Kaedah Struktural Menghayati 1
  2. 2. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU2.4 Konsep Pendekatan, Strategi, Kaedah dan TeknikMari kita lihat pengertian / maksud perkara tersebut:Mungkin anda telah biasa mendengar pengertian pendekatan, strategi, kaedah &teknik. Bolehkah anda membezakan antara keempat-empat perkara ini?(i) Pendekatan Pendekatan dalam pendidikan berkait dengan cara sesuatu pelajarandisampaikan melalui proses P&P untuk mencapai hasil pembelajaran dalammasa jangka panjang. Dalam pendekatan, kita akan memilih satu atau lebihmodel, prinsip dan teori pembelajaran supaya proses pembelajaran berlangsungdan ini memungkinkan kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah lakuberlaku. Ini bermakna, untuk mencapai hasil pembelajaran jangka panjang,pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti akan digunakan.(ii) Strategi Strategi merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepadapencapaian objektif yang telah ditetapkan. Rancangan tindakan inimengandungi kaedah dan teknik mengajar. Dengan adanya perancanganstrategi, kaedah dan teknik dapat diatur secara sistematik, pengagihan masadisusun dengan baik, penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian dankawalan kelas diuruskan dengan rapi. Strategi P&P mestilah berasaskan tigaunsur utama iaitu guru, murid dan bahan P&P. Oleh sebab itulah strategi dalampendidikan dirujuk sebagai P&P berpusatkan murid, P&P berpusatkan guru danP&P berpusatkan bahan. 2
  3. 3. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU(iii) Kaedah Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untukmenyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teoripembelajaran. Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannyadiikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkanproses P&P yang berkesan.Mangantar Simanjuntak 1982: 72 • Kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentuBrown 1980:240 • “Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at time that the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is a general and theoretical view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching.”Currie 1973 • “Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim, thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task is a given subject in that it orientates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are way in which, this philosophy is realised in actual class lessons.”(iv) Teknik Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategiP&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. 3
  4. 4. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUAktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dankemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid. Kemahiran guru dalammengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatanmurid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan,bermakna dan menceriakan.Sekarang anda mungkin sudah jelas dengan pengertian pendekatan, strategi,kaedah dan teknik. Rehat sebentar ...... Aktiviti 1: Daripada definisi dan huraian yang dinyatakan, anda dikehendaki membuat rumusan tentang konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. 4
  5. 5. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU2.5 Kaedah Struktural Rajah 1: Kaedah StrukturalKaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yangmerupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuanmemahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah initidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sasteradianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji,iaitu: • tema • persoalan • latar • plot • sudut pandangan • watak perwatakan • gaya bahasa • simbol / lambang • bentuk 5
  6. 6. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUPerhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuahkarya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktifsesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sasteraadalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi,emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian.Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen diatas.Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dankeunikan sastera dengan mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contohkonkrit digunakan untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera.Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yangmenunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasilkarya yang padu.Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu: • Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan. • Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian.Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalahmakhluk yang aktif.Ciri-Ciri Kaedah Struktural:Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema,plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dansebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam P&P sastera,pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklahdiberikan perhatian. 6
  7. 7. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUKaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencaridan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guruyang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut.Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kiraaspek-aspek lain.Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajarandimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci.Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkanmembincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itutidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru.Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemenstruktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkassahaja.Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.2.6 Kaedah Mengalami MenghayatiKaedah ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu pengalaman itudikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Individu itu adapengalaman tersendiri. Ada hasil daripada pengalaman yang dilalui dan ada nilaipengalaman itu sendiri. Tekankan apa yang dialami oleh pembaca dan sejauhmana pembaca dapat menghayati rakaman penulis melalui bahasa yangdisampaikan.Kaedah ini lebih menekankan penikmatan. Aspek sastera yang dikaji perludirasai dan dihayati sepenuhnya. Guru menggunakan semua himpunanpengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu pengalaman baru. Pelajar biasanyadidedahkan dengan beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek yang dikaji.Persoalan diinterpretasi sehingga ia benar-benar dapat dirasakan.Pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif tertentu tetapi lebih kepadamencungkil pengalaman pelajar. Guru perlu cekap menarik perhatian danmenarik minat pelajar kepada cerita yang dikemukakan. BBM penting bagi 7
  8. 8. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUmenyuburkan imaginasi pelajar. Perlu dilatih berfikiran kritis dan kreatif –memberi pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya.Pelajar boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman mendalam.Kajian intrinsik – kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani, kemanusiaan dankemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan seni halus akanmenusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan danmeninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar menggunakanpengalaman masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera.Perjalanan Kaedah Mengalami-Menghayati Pengalaman Pengalaman Penghayata Pengalaman baharu Penghayata Pengalaman baharu nn lalu dari karya lalu dari karya pengalaman kesusasteraa pengalaman kesusasteraa baharu nn baharu Rajah 2: Kaedah Mengalami MenghayatiCiri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati • Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan. • Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya. • Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan. Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran. • Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan 8
  9. 9. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU penghayatan. Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung dalam perbincangan tentang keindahan karya.• Para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Ini dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik – soalan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian para pelajar. Jawapan guna daya kreatif dan imaginasi masing-masing.• Aktiviti-aktiviti pelajar bersama-sama bimbingan guru amat dipentingkan. Para pelajar digalakkan melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing- masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para pelajar secara menyeluruh.• BBM amat penting dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara.• Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti 2 Anda dikehendaki menjelaskan Kaedah Struktur dan Kaedah mengalami Menghayati dan memberikan contoh-contoh dalam karya sastera yang anda kaji. 9
  10. 10. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYURujukanAb. Razak Ab. Karim (1994), Bahasa Melayu STPM Kertas 1, Kuala Lumpur: Berita Publishing Snd. Bhd.Abdullah bin Hassan ( 1983 ), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Selangor, Petaling Jaya : Fajar Bakti Snd. Bhd.Che Zainon Omar et.all (2005), Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4-5, Kuala Lumpur: DBPKamarudin Hj. Hussin (1988 ), Pedagogi Bahasa – Perkaedahan, Selangor, Subang : Kumpulan Budiman Snd. Bhd.__________________ (1983), Pedagogi Bahasa, Selangor, Petaling Jaya: Siri Longman Sdn. Bhd.________________(1990) Pengajaran dan Pembelajaran Lisan, K.Lumpur : DBP_________________( 1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, K.Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abd. Aziz, (1997) Pengajian Melayu 2 Ketrampilan Bahan, K.L. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Hussin (1998 ), Kaedah Pengajaran Kesusasteraan, Selangor, PJ: Fajar Bakti.Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam, (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia , Selangor, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Safiah Osman, (1990) Membaca Satu Pengenalan , K.L.: Berita Publishing 10
  11. 11. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Sdn. Bhd.Hashim Awang, (1985) Teman Pelajar Kesusasteraan , Selangor, Petaling Jaya: Fajar BaktiHashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman, (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu, KL: Fajar BaktiTAJUK 3 PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS3.1 SinopsisBahagian ini mengandungi konsep kaedah berfokus. Penjelasan KaedahBerfokus berserta contoh perancangan pengajaran dan pembelajaran turutdikemukakan.3.2 Hasil PembelajaranPada akhir modul ini, anda akan dapat: i. menghuraikan konsep kaedah berfokus; ii. menjelaskan contoh perancangan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu untuk diaplikasikan dalam P&P.3.3 KerangkaTajuk 11
  12. 12. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Kaedah Berfokus Contoh Perancangan P&P Kaedah Model Kaedah Berfokus Berfokus3.4 Kaedah BerfokusDiperkenalkan pada 1984 – Unit Bahasa Melayu, Pusat PerkembanganKurikulum. Menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran. Kaedah inimengandungi dua tumpuan: • Tumpuan utama – FOKUS UTAMA • Tumpuan kedua - FOKUS SAMPINGANFokus sampingan mungkin lebih daripada satu. Tugas fokus sampingan untukmembantu dan memperkuatkan fokus utama. 12
  13. 13. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU B- Bahasa FOKUS I- Isi UTAMA ( B) FOKUS SAMPI NGAN Model 1 (I )nota kuliah czo/jk/ipg:kbm I- Isi FOKUS B- Bahasa UTAMA (I ) FOKUS SAMPI NGAN Model 2 ( B) nota kuliah czo/jk/ipg:kbm 13
  14. 14. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU NK- Nilai Kemanusiaan FOKUS SAMPI NGAN ( B) FOKUS UTAMA • Bahasa ( NK) • Kemasyarakatan FOKUS • Kebudayaan SAMPI NGAN (I ) Model 3 • Isinota kuliah czo/jk/ipg:kbm FOKUS SAMPI NGAN ( NK) FOKUS UTAMA • Nilai ( B) Kemanusiaan • Bahasa FOKUS SAMPI NGAN Model 4 (I ) • Isinota kuliah czo/jk/ipg:kbm 14
  15. 15. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU FU ( P) FU ( PN) FU -- Penciptaan FU Penciptaan FU- Penilaian FU- Penilaian Model 5 Model 6 nota kuliah czo/jk/ipg:kbmFokus utama – perkara yang paling menonjol dalam sesuatu hasil karya perludiberikan penekanan utama, manakala perkara lain yang kurang menonjolsebagai perkara sampingan. Fokus utama dan fokus sampingan boleh bertukarganti – fokus utama jadi fokus kedua, fokus sampingan menjadi fokus utama.Bergantung kepada kreativiti guru – apakah yang hendak difokuskan – aspekapa? –isi, bahasa, unsur moral, nilai murni, kemasyarakatan, gaya bahasa dansebagainya. Dalam fokus utama ada objektif pengajaran.Model 1- 6 dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan4. Enam Kaedah Berfokus / Pendekatan Berfokus. Langkah pembelajarannyalebih kemas dan sistematik. Contoh: Model 1 ( 120 minit)Bahasa – Fokus Utama – 80 minitIsi - Fokus Kedua - 40 minitPerhatikan contoh Perancangan Pengajaran dan Pembelajarannya. 15
  16. 16. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Contoh Perancangan MODEL 1 Contoh Perancangan MODEL 1 TOPI K KAEDAH/ LANGKAH PENYAMPAI AN FOKUS MASA BBM  1.1 Guru meminta pelajar melafazkan puisi yang mereka tahu Bahasa 5 minit yang pernah dipelajari. 10 minit 1.2 Guru mengedarkan petikan puisi yang hendak dipelajari.  Bahasa Nota Edaran Baca dan teliti keseluruhannya. 10 minit PUI SI 1.3 Guru memperkenalkan kepada pelajar puisi bebas atau  Bahasa Transparensi terikat. Sifat-sifat puisi bebas/ terikat. 25 minit 1.4 Guru mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu  Bahasa Nota Edaran pelajar mengenal bentuk dan bahasa puisi. LCD-Komputer CD Guru 1.5 Guru berbincang sambil mengemukakan soalan mengenai  perbezaan bahasa puisi lama dan puisi baharu. Bahasa 30 minit Puisi – edaran yang dikemukakan. N.Edaran LCD/Komputer 1.6 Meminta pelajar mencatat idea dan isi-isi utama di dalam  CD Guru puisi yang dipelajari. Isi-isi Kertas Catatan Transparensi 1.7 Pelajar menulis maksud puisi yang dipelajari mengikut  pendapat mereka. Isi-isi Buku Tulis Bahasa – 5 7 Langkah P&P 120 minit 120 minit Isi-isi - 2nota kuliah czo/jk/ipg:kbm 16
  17. 17. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Cont oh Perancangan MODEL 33 Cont oh Per ancangan MODEL TOPI K KAEDAH/ LANGKAH PENYAMPAI AN FOKUS MASA/ BBM  1.1 Guru mengedarkan bahan bercetak yang mengandungi puisi yang Isi 5 minit hendak dipelajari dan memperdengarkan bacaan puisi tersebut melalui Pita rakaman pita rakaman. Kefahaman diutamakan. Edaran/ Transparensi 1.2 Guru meminta pelajar membaca kuat puisi tersebut – pilih beberapa Bahasa orang pelajar. 10 minit PUI SI Nota Edaran Nilai 1.3 Guru meminta pelajar membaca semula puisi tersebut secara senyap kemasyarakatan dan memahamkan isi-isinya yang begitu menonjol. 10 minit Nilai Nota Edaran 1.4 Guru mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar kemasyarakatan memahami unsur-unsur pengajaran yang ada kaitannya dengan nilai-nilai 25 minit yang hendak diajar. Nota Edaran Nilai LCD-Komputer 1.5 Guru berbincang dengan pelajar maksud baris-baris ungkapan, ayat- kemasyarakatan CD Guru ayat yang mengandungi nilai-nilai kemanusiaan. 15 minit Nilai N.Edaran 1.6 Berbincang tentang bahasa puisi tersebut terutamanya dari segi kemasyarakatan keindahan dan kehalusan maksud. 15 minit N.Edaran Nilai 1.7 Meminta pelajar mencatat nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat di kemasyarakatan dalam satu-satu rangkap. Kertas Catatan Transparensi 1.8 Pelajar diminta membentangkan keseluruhan kandungan (isi) sajak Isi-isi tersebut. Buku Tulis Nilai –5 88langkah PP danPP langkah dan Nilai –5 I si-2 120 minit 120 minit I si-2 Bahasa-1 Bahasa-1 nota kuliah czo/jk/ ipg:kbm Kesim pulan Model 3 F. Sampingan F. Sampingan IIsi-isi si-isi -2 langkah -2 langkah Fokus Utama Kemanusiaan -5 langkah F.S. F.S. Bahasa Bahasa -1 langkah -1 langkah MASA= 120 minit MASA= 120 minitnota kuliah czo/jk/ipg:kbm 17
  18. 18. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUAktiviti:Berdasarkan buku-buku sastera yang digunakan oleh anda di sekolah sekarang,dalam kumpulan, anda dikehendaki membuat satu simulasi pengajaran sasterayang menggunakan kaedah: • Struktural • Mengalami Menghayati • Berfokus ( FU- FS )Rancangan mengajar perlu disediakan BBM-Masa- Pedagogi-LatihanTugasan: • Tugasan dalam kumpulan – 5 orang satu kumpulan • Lantik Pengerusi, Pencatat dan Pembentang tugasan • Catat pada transparensi – marker pen dan OHP atau ict (powerpoint) • Masa pembentangan – 10 minit bagi setiap kumpulan • Soal jawab sekadar 5 minit boleh diadakan selepas pembentangan kumpulan. • Kumpulan yang tidak mengemukakan soalan untuk bersoal jawab – kadar markahnya setakat lulus sahaja. 18
  19. 19. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYURujukanAb. Razak Ab. Karim (1994), Bahasa Melayu STPM Kertas 1, Kuala Lumpur: Berita Publishing Snd. Bhd.Abdullah bin Hassan ( 1983 ), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Selangor, Petaling Jaya : Fajar Bakti Snd. Bhd.Che Zainon Omar et.all (2005), Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4-5, Kuala Lumpur: DBPKamarudin Hj. Hussin (1988 ), Pedagogi Bahasa – Perkaedahan, Selangor, Subang : Kumpulan Budiman Snd. Bhd.__________________ (1983), Pedagogi Bahasa, Selangor, Petaling Jaya: Siri Longman Sdn. Bhd.________________(1990) Pengajaran dan Pembelajaran Lisan, K.Lumpur : DBP_________________( 1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, K.Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abd. Aziz, (1997) Pengajian Melayu 2 Ketrampilan Bahan, K.L. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Hussin (1998 ), Kaedah Pengajaran Kesusasteraan, Selangor, PJ: Fajar Bakti.Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam, (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia , Selangor, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Safiah Osman, (1990) Membaca Satu Pengenalan , K.L.: Berita Publishing 19
  20. 20. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Sdn. Bhd.Hashim Awang, (1985) Teman Pelajar Kesusasteraan , Selangor, Petaling Jaya: Fajar BaktiHashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman, (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu, KL: Fajar Bakti TAJUK 7 KESUSASTERAAN BANDINGAN7.1 SinopsisBahagian ini mengandungi penjelasan tentang Kesusasteraan Bandingan suatupengenalan ringkas, asal-usul dan perkembangan kesusasteraan bandingan,kaedah dan pendekatan dalam kesusasteraan bandingan, unsur interteks danparodi. Selain itu contoh hasil karya juga turut dimuatkan.7.2 Hasil Pembelajaran(i) Memberikan pengenalan ringkas tentang Kesusasteraan Bandingan;(ii) Membincangkan contoh hasil karya secara keseluruhan dalam Kesusasteraan Bandingan.7.3 KerangkaTajuk 20
  21. 21. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU7.4 Kesusasteraan Bandingan7.4.1 Suatu Pengenalan RingkasAsal-usul & Perkembangan Kesusasteraan BandinganDefinisi Kesusasteraan Bandingan: Kajian sastera tanpa batas -- merentasbahasa, budaya, bangsa / negara, seni, genre, dan disiplin.Sejarah:7.4.2 Abad ke-19 & awal Abad ke-20 • Pentas utama: Eropah • Konteks: Nationalisme & Imperialisme • Nationalisme *Pencarian watak nasional *Pertukaran pengaruh; memahami budaya lain • Imperialisme *Sikap Erosentrik *Perbandingan karya/sastera yang setaraf sahaja • Model: Model / Sekolah Pemikiran Perancis [Empirikal] *Penekanan pada sejarah *Pendekatan binari [banding karya dua sastera bangsa/budaya] *Pencarian pengaruh; asal-usul • Rapport de faits [hubungan faktual antara teks sastera; dicari secara forensik] • Hutcheson Macaulay Posnett (1882-1901; New Zealand) Comparative Literature 1886. Penekanan kepada sifat antarabangsa. • Pengaruh J.W. Goethe (1749-1832; Jerman); konsep Weltliteratur (Sastera dunia) 1827 – karya-karya besar yang merentas bahasa, budaya; terjemahan daripada Parsi, Arab, Sanskrit dan lain-lain. 21
  22. 22. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU7.4.3 Separuh Pertama Abad ke-20 • Main player / stage: America (USA) • Model: Perancis [penerusan] • Sekolah Pemikiran Amerika: *Penekanan pada sastera; formalistik *Tidak terhad kepada pendekatan binari; juga lihat di luar Barat *Antara disiplin • Tokoh: Henry Remak (1916-2009) “across nations and across disciplines’ • Rene Wellek – kesarwajagatan sasteraAsal-usul & Perkembangan Kesusasteraan Bandingan 22
  23. 23. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU7.4.4 Mulai Pertengahan Abad ke-20 • Pentas: Barat dan negara-negara Pascakolonial • Konteks: • Situasi Pascakolonial Nasionalisme & pencarian jati diri “Emergent literatures” [sastera yang berbeza daripada sastera Barat yang domenen / hegemonik] Kesusasteraan Bandingan sebagai aktiviti politik [un-naming dan naming] Kerelevanan model sastera Barat dipersoal • Situasi Pascamoden Fragmentasi, ketiadaan pusat, ketiadaan naratif besar dan lain-lain7.5 Kaedah / Pendekatan Dalam Kesusasteraan BandinganMod KajianTerdapat dua mod kajian bandingan: Merentas negara / bangsa (Transnational) Merentas disiplin (Interdisciplinary)Di bawah Mod Merentas Negara (merentas ruang & masa): 1. Tematik [cinta, perang, ketaatan, pembelotan dll] 2. Generik [epik, novel, cerpen, sajak, drama dll] 23
  24. 24. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU 3. Genetik [asal-usul, untung nasib, penerimaan, pengaruh, terjemahan dll] 4. Keselarian 5. Konsentrik [holistik, bergerak dari pusat ke pinggir]Di bawah Mod Merentas Disiplin 1. Sastera dan seni lain (seni tampak, seni muzik, seni filem, seni pentas dll) 2. Sastera dan disiplin lain (psikologi, sosiologi, antropologi, sejarah dll) 3. Sastera dan kepercayaan (Islam, Kristian dll)Kajian Antara Disiplin: Sastera dan Sosiologi / IdeologiMerenung Mitos dalam Fiksyen: Karya Alatas dalam sebuah Cerpen MelayuMutakhirPrologBagi Syed Hussein Alatas tanggapan bahawa orang Melayu, Jawa dan Filipinamalas adalah satu mitos dan satu penghinaan besar; tanggapan palsu yangdibentuk dalam konteks ideologi dan amalan kapitalisme kolonial abad ke-19.Inilah tujahan & hujah utama buku beliau The Myth of the Lazy Native: A Studyof the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and itsfunction in the ideology of colonial capitalism,1977.Perbincangan ini akan melawat semula dan merenung pandangan Alatas lewatsebuah cerpen seorang pengarang muda, Muhammad Ali Atan, iaitu “SekuntumMelayu di Taman Ibunda,” (Berita Minggu,10 Jun 2007).Tujuan: meneliti fiksyen tersebut; menilai sejauhmana pengarangnya memahami,menghayati dan mengaprisiasi pandangan Alatas tentang mitos kolonial yangsecara tegas dipertikaikan oleh beliau.Legasi Intelektual Al Atas 24
  25. 25. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUSyed Hussein Alatas tokoh intelektual dari Malaysia yang bertaraf antarabangsa.Mendapat pendidikan tinggi di Belanda; berkhidmat di Malaysia dan Singapura;sepanjang hayat mengabdi diri kepada dunia keilmuan.Kembali ke alam baqa’ pada 23 Januari 2007 pada umur 78 tahun, denganmeninggalkan khazanah penerbitan yang amat bernilai dalam bentuk buku danesei, dan serangkaian idea yang ampuh tentang subjek-subjek penting sepertiideologi kolonial, tradisi intelektual, dan kebobrokan sosial, khususnya korupsi.Sebagai cendekiawan Asia berlatar belakang Islam, Alatas enggan mengikutiamalan lumrah masyarakat pascakolonial, iaitu memimik atau meniru gagasandan teori Barat secara kebudak-budakan. Sebaliknya, amat kritis terhadapbanyak gagasan dan amalan yang diperkenal dan ditinggalkan oleh individu danagensi bekas kuasa penjajah.Menghasilkan karya-karya seminar yang mendedahkan dan mendekonstruksiideologi kolonial dan fabrikasinya tentang sifat dan identiti subjek kolonial,khususnya kaum Melayu, Filipino dan Jawa di Nusantara. Pada masa yangsama, beliau juga amat kritis terhadap golongan elit pribumi sendiri, khususnyamereka yang terlibat dengan mimikri, dipengaruhi dan dibelenggu oleh ideologikolonial.Salah sebuah karya Alatas yang meninggalkan kesan mendalam ialah The Mythof the Lazy Native, London 1977. Sebuah lagi ialah Intellectuals in DevelopingSocieties yang diterbitkan di tempat dan pada tahun yang sama. 25
  26. 26. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Legasi Intelektual Al AtasThe Myth of the Lazy Native / Mitos Pribumi MalasDalam The Myth of the Lazy Native Alatas secara tuntas mendemistifikasikanmitos kolonial yang mendakyahkan bahawa kaum pribumi kepulauan AsiaTenggara malas dan tidak berdaya. Perkara yang sama juga dapat dilihat didalam Intellectuals in Developing Societies, walaupun karya ini lebih tertumpupada sifat dan prestasi para intelektual di negara-negara membangun.Untuk projek demistifikasiknya, Alatas menggunakan metode sosiologi ilmu(sociology of knowledge). Ia menggalurkan asal-usul dan fungsi mitos pribumimalas dan menemuinya pada korpus penulisan para pentadbir kolonial, sarjana,pengarang, paderi dan para pengembara Barat.Sesudah menganalisis dengan cermat dan menimbang dengan adil korpustersebut dan sumber-sumber lain, beliau mendapati bahawa sebenarnya kaumpribumi di Asia Tenggara, khususnya Malaya, Jawa dan Filipina, bukanlahmalas. Mereka hanya tidak berminat bekerja untuk dan di bawah orang-orang 26
  27. 27. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUyang menjajah mereka; enggan bekerja menurut peraturan dan normakapitalisme kolonial yang mereka dapati amat eksploitatif.Malangnya, ketiadaan minat dan keengganan inilah yang sering ditonjolkan olehpihak pentadbir dan penulis kolonial; hingga pribumi diberi label pemalas dantidak berdaya; walhal ini hanya satu mitos!! Apapun, tanggapan salah dan labelburuk ini telah memberi justfikasi untuk penjajah melakukan intervensi ke atassistem politik dan ekonomi pribumi di tanah semenanjung dan seluruh kepulauanMelayu.Justeru inilah juga kaum pribumi dipinggirkan oleh kapitalisme kolonial.……maka tinggallah mereka sebagai nelayan dan petani…Sebaliknya, tenaga yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi kolonial diisidengan mengimport secara besar-besaran dan berterusan kaum-kaum asingyang didatangkan dari China dan India. Citra buruk ini kekal pada orang Melayu,Filipina, dan Jawa sepanjang zaman penjajahan, malah di bawa ke zaman pascamerdeka 27
  28. 28. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYULebih malang, ia telah juga mempengaruhi sebahagian inteligensia pribumisendiri, menjadikan mereka orang dengan “minda yang tertawan” (the captivemind).Di Malaysia, banyak inteligensia pribumi masih melabelkan orang Melayusebagai kaum yang malas, bergantung pada takdir dan lain-lain.Di Indonesia Belanda telah mereka cipta istilah dan konsep “intel Melayu,”ertinya pribumi tidak mempunyai akal yang cerdas; istilah dan konsep ini wujudhingga kini.The Myth of the Lazy Native telah memecah mitos kolonial. Ia telah diulang cetakdan menarik perhatian banyak sarjana di seluruh dunia.Menjadi rujukan pemikir dan ahli teori pascakolonial yang tersohor, Edward W.Said. 28
  29. 29. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUEdward W. SaidDalam bukunya Culture and Imperialism (1993), Said memuji dan berulang kalimerujuk kepada The Myth of the Lazy Native.Culture and Imperialism (1993) 29
  30. 30. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUDi Filipina ia dimanfaatkan oleh Floro C. Quibuyen dalam A Nation Aborted:Rizal, American Hegemony, and Philippine Nationalism (1999).Di Malaysia ia dibicarakan dengan mendalam oleh Chandra Muzaffar dalamProtector?: An Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in Leader-ledRelationships within Malay Society (1979).Membaca Semula Mitos Lewat FiksyenSelepas Alatas meninggal pada 23 Januari 2007, seorang cerpenis muda,Muhammad Ali Atan, telah merenung dan berbicara tentang buku The Myth ofthe Lazy Native lewat fiksyennya “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda” (BeritaMinggu 10 Jun 2007).Inilah pertama kali buku The Myth of the Lazy Native memasuki arena penulisankreatif Melayu secara terus. 30
  31. 31. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Membaca Semula Mitos Lewat Fiksyen Judul cerpen Untuk cerpennya Muhammad menggunakan The Myth of the Lazy Native versi Melayu / Indonesia, iaitu Mitos Pribumi Malas, bersama Intelektual Masyarakat Membangun (terjemahan daripada Intellectuals in Developing Societies). Watak-watak dalam fiksyen tersebut adalah Aku dan Dia. Mereka berdebat tentang isu “pribumi malas” dengan membandingkan kandunganMitos Pribumi Malas dan kandungan Revolusi Mental (1971), sebuah bukuprojek Pemuda UMNO hasil sekumpulan inteligensia Melayu yang diketuai DatukSenu Abdul Rahman.Mitos Pribumi Malas dijadikan titik-tolak.Revolusi Mental (1971), 31
  32. 32. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUDatuk Senu Abdul RahmanBagi Alatas, tanggapan bahawa pribumi di Semenanjung Tanah Melayu, Jawadan Filipina malas adalah satu mitos dan satu penghinaan besar. Ia tanggapanyang palsu dan yang telah memudaratkan mereka; ia sengaja dibentuk dalamkonteks ideologi, dan untuk memenuhi keperluan amalan, kapitalisme kolonialabad ke-19.Sebenarnya orang Melayu, Jawa dan Filipina bukan malas. Sebaliknya, merekapada asasnya tekun bekerja, walaupun tidak sampai tamakkan wang dan harta. 32
  33. 33. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUPetani Melayu bekerja keras di sawah.Orang Melayu, Jawa dan Filipina cuma tidak berminat bekerja untuk tuan-tuanpenjajah mereka, orang-orang British, Belanda, dan Sepanyol. Mereka engganbekerja menurut peraturan penjajah dan norma kapitalisme kolonial yang amateksploitatif. Ketiadaan minat dan keengganan inilah sahaja yang seringdiperhatikan oleh pihak pentadbir dan para penulis kolonial, tanpa mengambilkira sebab musababnya. Lantas mereka diberi label pribumi yang pemalas dantidak berdaya.Malang sekali label dan citra buruk ini kekal pada mereka sepanjang zamanpenjajahan, malah sesudah merdeka.Dan, lebih malang lagi, ia telah juga mempengaruhi pandangan sebahagianinteligensia pribumi sendiri, hingga menjadikan mereka apa yang disebut Alatassebagai manusia dengan “minda yang tertawan” (the captive mind). 33
  34. 34. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUDalam konteks inilah, sebagai ahli teori sosial, Alatas membuat kritikan pedasterhadap para penulis buku Revolusi Mental -- meniru dan menjunjungpandangan bekas penjajah mereka; justeru menghina masyarakat merekasendiri!.Seorang lagi sarjana, Chandra Muzaffar, juga mengkritik buku ini dengan keraskerana katanya ia tidak berasaskan ilmu dan maklumat yang ampuh tentangsituasi sosial yang sebenar(Chandra, Protector?: An Analysis of the Concept and Practice of Loyalty inLeader-led Relationships within Malay Society, 1979).Revolusi Mental terbahagi kepada empat bahagian yang meliputi: sejarah danlatar belakang orang Melayu, keperluan revolusi mental, perubahan sikap, danusaha mencapai kemajuan (Senu 1971).Terjemahan Inggeris 34
  35. 35. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUTerjemahan InggerisBagi Alatas, para pengarang buku ini jelas menampilkan citra orang Melayusebagai mundur, kurang berpendidikan, lesu, tidak tahu menghargai masa, dantiada kepekaan terhadap ehwal ekonomi. Mereka menggariskan ciri-ciri atausifat-sifat dan faktor-faktor kelemahan Melayu yang dianggap menghalangkemajuan -- kekurangan inisiatif, kesungguhan, keyakinan diri, imaginasi, danpemikiran yang asli sampai kepada kecenderungan terhadap pembaziran,penyerahan kepada nasib dan lain-lain.Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut, mereka menganjurkan sebuah revolusimental dalam kalangan masyarakat Melayu.Revolusi Mental menggemakan sebuah teks yang lebih awal, The MalayDilemma (1970) oleh Tun Mahathir Mohamad, yang juga menonjolkankemunduran orang Melayu dan mengaitkannya dengan banyak sebab, termasukfaktor genetik. Orang Melayu mundur kerana bakanya tak bagus! 35
  36. 36. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUMenurut Alatas, Revolusi Mental merupakan satu ... chaotic amalgamation of sound common knowledge of no depth, and absolutely ridiculous inferences ... is perhaps the most naïve, the most simple, and the least well-defined philosophy of capitalism, while claiming to represent the modern and indigenous philosophy of the Malays. (Alatas 1977: 149).Seterusnya, beliau mengatakan bahawa para pengarang Revolusi Mental telahmeletakkan: ... the Malays in negative terms unexcelled in the history of colonialism. While many British colonial writers stressed the laziness of the Malays, they did not strip the Malays of so many other qualities which Revolusi Mental did. (Alatas 1977: 150). 36
  37. 37. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUMuhammad Ali Atan, pengarang cerpen “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda”,nampaknya memahami pandangan dan posisi Alatas.Dalam karya ini protagonis beliau, Aku, membantah antagonis, Dia, denganmengulangi kritikan Alatas terhadap para penulis Revolusi Mental. Ini terutamamengenai salah guna pepatah Melayu dalam menuduh orang Melayu sebagaipemalas, dan kerana dakwaan yang tidak berasas bahawa orang Melayu tidakberinisiatif dan berdisiplin. Tetapi, si antagonis Dia membalas dengan berkatabahawa mengenepikan Revolusi Mental bermakna menolak khazanah intelektualbangsa sendiri. Dia percaya bahawa para pengarang Revolusi Mentalmempunyai maksud yang murni – mereka ingin menyeru masyarakat Melayu kearah perubahan!Dia juga menuduh Aku (dan secara tidak langsung Alatas) sebagai bersikapdefensif dan terlalu nostalgik / idealistik, justeru mengelak realiti masa kini yangburuk. Di bawah pengaruh Dia, Aku membuat negosiasi posisinya dan sampaikepada realisasi berikut: bahawa semasa zaman keemasan Melaka orangMelayu mempunyai keperibadian yang unggul dan hebat; tetapi, kemudiankeperibadian yang unggul itu hilang, dan mereka hilang segala-galanya. 37
  38. 38. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUParameswaraKata pengarang: Nasib mereka “Lebih teruk lagi apabila kolonial bertapak”.Dalam hal ini pengarang nampaknya menerima idea kolonial bahawa orangMelayu sudahpun malas sebelum kedatangan penjajah Barat! Begitulah, Akumenerima / mengambil pendirian / jalan tengah yang berkontradiksi.Di satu pihak ia mengecam mereka yang menghina masyarakat sendiri tanpamemahami situasi sebenar (seperti para penulis Revolusi Mental?). Di pihakyang lain, ia menasihati mereka yang tidak dapat menerima kritikan yang dilontarterhadap orang Melayu (seperti Alatas) agar tidak bersifat emosional.Dengan mengambil posisi demikian Aku menganggap dirinya bijaksana; katanya,ia adalah sekuntum bunga yang mekar -- “Dan kurasakan aku adalah sekuntumMelayu yang berkembang mekar di taman ibunda.”EpilogMelalui cerpennya “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda”, Muhammad Ali Atantelah melawat karya besar Alatas, The Myth of the Lazy Native. Beliaunampaknya tertarik kepada dan memahami projek demistifikasi tokoh teori sosialitu. Namun, ia juga bersimpati dengan Revolusi Mental, sebuah karya mimikriyang dalam pandangan Alatas ikut menghina orang Malayu. 38
  39. 39. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUJusteru keinginannya untuk mencari-cari perimbangan antara The Myth of theLazy Native dan Revolusi Mental telah menarik penulis muda ini kembali kepadamitos yang direka oleh penjajah. Ini mungkin satu petanda bahawa walaupunsesudah kian lama merdeka mitos warisan ideologi kolonial ini masih kuatpengaruhnya dan tidak mudah dihapuskan. Aktiviti Kumpulan: Secara perbandingan bincangkan setiap ciri sebuah karya yang anda baca dengan memberikan penjelasan yang lengkap, berserta contoh-contohnya jika terdapat unsur interteks dan unsur parodi dalam karya tersebut. 39
  40. 40. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYURujukanAlatas, Syed Hussein, 1977. The Myth of the Lazy Native. London: Frank Cass.Alatas, Syed Hussein, 1988. Mitos Pribumi Malas. Jakarta: LP3AS.Alatas, Syed Hussein, 1977b. Intellectuals in Developing Societies. London: Frank Cass.Chandra Muzaffar, 1979. Protector?: An Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in Leader-led Relationships within Malay Society. Pulau Pinang: Aliran.Mahathir Mohamad, 1970. The Malay Dilemma. Singapore: Times Books International.Muhammad Ali Atan, 2007. “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda” Berita Minggu (10 Jun).Said, Edward W., 1993. Culture and Imperialism. New York: Random Housed Inc.Senu Abdul Rahman et al, 1971. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu.Floro C. Quibuyen, Floro C., 1999. A Nation Aborted: Rizal, American Hegemony, and Philippines Nationalism. Manila: Ateneo de Manila Press.Harun Mat Piah (2000). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Gazali Dunia (1992). Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: sDewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Halim Ali (2003). Bingkisan Sastera. Diwangsa Publications & Distributors Sdn., Bhd. 40
  41. 41. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU TAJUK 8 SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA8. Latar Belakang8.1 DefinisiSastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalambentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkankeseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera danestetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalambentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satuelemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorangkanak-kanak. Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberi kankeseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal danmemahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapatmembantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepadaindividu kanak-kanak.8.2 Sastera Awal Kanak-KanakSastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengancara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahanhiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatubangsa (Atan Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripadacerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sasteraawal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatifiaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentukmendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak,bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarna; dan bahan bacaan yangdiaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk menarik minatkanak-kanak membaca. Bahan yang demikian sangat penting kerana kebolehanmembaca banyak bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deriapenglihatan kanak-kanak. 41
  42. 42. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUKanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihatpelbagai jenis buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan bukuberwarna-warni. Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanaktelah mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis danpragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahanumur mereka. Satu konsep yang penting dalam pendidikan berhubung denganpembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan “kesediaan ataupersiapan sebelum membaca” atau “reading readiness”.8.2.1 Fungsi sastera kanak-kanak dan remajaSastera kanak-kanak dan sastera remaja merupakan bidang yang sangatmenarik dan penting kerana peranannya dalam memberikan sumbangan besardalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan pengajaran. Sasterakanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumberpengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentukpenulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburandan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sasterakanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunandiri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran ataukebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakinbanyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembanganberlaku dalam diri kanak-kanak itu. Sastera remaja pula merupakan hasil ciptaan pengkarya untukmenceritakan tentang kehidupan remaja, alam zahir dan alam batin remaja itu.Melalui perasaan-perasaan dan fikiran-fikiran yang dilahirkan dengan bantuanbahasa menjadikan seni sastera remaja sebagai satu hasil kehidupan jiwa yangterjelma yang menggambarkan kehidupan masyarakat remaja. Menurut OthmanPuteh(1988:21) mengatakan bahawa sastera remaja merupakan bahan bacaansastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativitipengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi 42
  43. 43. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUremaja yang berusia sekitar 12-20 tahun. Bahan ini dikatakan sebagai relevankerana segala hasil karya tanpa mengira genrenya yang dapat memperkayapengalaman dan pengetahuan khalayak pembacanya, merangsang minat danberupaya menghidupkan daya imaginasi lalu mendorong daya berfikir secarakritis dan selektif. Kedua-dua genre ini baik sastera kanak-kanak mahupun sastera remajamempunyai peranan masing-masing. Kedua-dua genre ini mempunyai fungsiyang sama, antaranya:i. Sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka denganbahasa sastera. Misalnya sastera kanak-kanak menggunakan konsep ceritabinatang yang berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepadakanak-kanak. Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dankanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang secara semulajadinyamenyukai haiwan dalam dunia realiti. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minatmereka terhadap sastera jika watak haiwan ini dipindahkan ke alam karyapenulisan. Selain itu, sastera remaja pula menggunakan konsep realiti kehidupandi mana remaja didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang pelbagai aspekdalam kehidupan seperti dalam bidang politik, sejarah, agama, psikologi danfalsafah. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan inimengenal realiti sebenar kehidupan. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minatmereka terhadap sastera jika kehidupan realiti ini dipindahkan ke alam karyapenulisan. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja berfungsisebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasasastera.ii. Sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, dayaimaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja. Ia diransang sewaktumereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca. Adadi antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan,nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatihmereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yangterpendam dalam diri mereka. Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola 43
  44. 44. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUkecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada merekamempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan. Manakalagolongan remaja sering didedahkan dengan pertandingan nyanyian, penulisankreatif dan pelbagai lagi. Hal ini menjelaskan bidang sastera telah berkembangluas sehingga mampu menarik minat golongan kanak-kanak dan remajamenceburi bidang ini dengan lebih mendalam.iii. Sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya. Masyarakatzaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional tidakmempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya. Oleh itu, pelbagaicerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatiankhalayaknya. Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dangambar-gambar yang menarik. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapatmenikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur. Manakala karyasastera bagi golongan remaja biasanya diselitkan adegan romantis dan mesraantara satu individu dengan satu individu yang lain kerana pada peringkat inimereka melalui alam berkasih sayang. Faktor perubahan hormon inimenyebabkan mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang. Jelaslahbahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berkembang maju sebagaisuatu medium hiburan yang bergerak seiring dengan permintaan khalayaknya.iv. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja memainkan peranan yangpenting untuk menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepadamasyarakat tradisi. Cerita lisan telah menjadi medium yang penting untukmemberi nasihat dan pengajaran yang baik dan dijadikan panduan kepadasetiap individu masyarakatnya. Hal ini dapat dilihat dalam sastera kanak-kanakmelalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai watak-watakyang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan tentangakibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita “Anjingdengan Bayang-bayang”. Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan,namun ia pada akhirnya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yangterdapat dalam cerita tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri interaktifdan dapat memberi kesan pada jiwa kanak-kanak. Jelaslah bahawa sastera 44
  45. 45. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUkanak-kanak dan sastera remaja memainkan peranan penting dalam mendidik,khususnya bagi golongan kanak-kanak dan remaja yang belum mengetahuisistem pengajian yang bercorak formal.v. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja juga berfungsi untukmenerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murniyang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak dansastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman,saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang.Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awalzaman kanak-kanak lagi. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja iniberperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapatmenyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilaimurni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca olehmereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkandengan nilai dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluhbiarlah dari rebungnya". Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sasteraremaja bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri sebagai alat yangdapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni.vi. Sastera kanak-kanak dan remaja berfungsi sebagai keperluan materialatau kebendaan. Keperluan material ini menggambarkan keadaan kehidupanfizikal yang serba lengkap dan istimewa khususnya dari segi material. Lazimnya,kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran tempat kediaman istana ataurumah yang bangunannya besar dan indah dengan bilik-bilik yang dihiasi olehpelbagai hiasan. Selain itu, putera-puterinya digambarkan kacak dan cantikrupawan dengan hiasan permata gemerlapan, pakaian cantik dan berwarna-warni serta majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah dalamsuasana yang gilang-gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari segalapelosok negeri. Jamuan yang dihidangkan pula pelbagai aneka. Hal ini dapatdilihat dalam cerita Puteri Kayangan dan cerita Alladin dan Lampu Ajaib. Iamencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan cara 45
  46. 46. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUuntuk memiliki kepunyaan sendiri. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak danremaja mampu berfungsi sebagai salah satu keperluan materi.Kesimpulannya sastera kanak-kanak dan remaja bukan sahaja berperanansebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti.Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remajamestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut.Hal ini disebabkan golongan ini adalah golongan yang mudah diberi pendedahanbak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan.”Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak dan remaja itu perlu mempunyaiunsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak dan remaja sebagaigenerasi yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak dan remajayang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaantersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak dan remaja ituterletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.Rujukan 1. Othman Puteh, (1987), Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. http://atim8805.blogspot.com/2010/11/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan- remaja8.3 Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan8.3.1 Perkembangan Bahasa dan KomunikasiPerkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanakmasih di peringkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK,2000) menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukanempat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulisdalam bahasa yang mereka pelajari. Sastera kanak-kanak boleh digunakanuntuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh 46
  47. 47. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUdilakukan melalui bacaan secara kuat kepada kanak-kanak di bilik darjah.Melalui aktiviti bacaan secara kuat ini kanak-kanak akan berpeluangmendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melaluiperbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis ceritayang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen,2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatianmereka. Disamping itu juga pembacaan buku akan dapat memperkayakanperbendaharaan kata kanak-kanak. Bagi pembaca baru pula, membacakan bukusecara kuat ini juga akan memperkenalkan cara menggunakan buku serta fungsibuku kepada mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003).Menurut Tan et all (2003), Kohlberg membahagikan perkembangan moralkepada 6 peringkat yang memfokus kepada keupayaan kanak-kanak mengadilidan bagaimana mereka menyelesaikan dilema yang berkaitan dengan moral. Diperingkat pertama orientasi ke arah hukuman dan ketaatan iaitu merekamengikuti peraturan kerana takutkan hukuman. Di peringkat kedua pula ialahmelakukan sesuatu berdasarkan keinginan dan untuk mendapatkansesuatu balasan. Apabila mereka telah semakin matang, mereka telah berubahkepada tahap 3 di mana mereka melakukan apa yang sepatutnya baik dilakukanoleh budak baik. Pada tahap ini kanak-kanak telah boleh menerima norma yangtelah ditetapkan oleh masyarakat. Menurut Glazer (2000), melalui cerita kanak-kanak akan mendapat pengajaran mengenai sebab dan akibat sesuatuperlakuan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Kohlberg kanak-kanak padaketika ini ingin melakukan sesuatu kerana takutkan hukuman dan inginkanbalasan yang baik. Untuk orientasi seperti ini cerita yang menggambarkanperbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat mendapat balasan buruk akanmemberi pengajaran kepada kanak-kanak. Oleh itu cerita-cerita yang berbentuktauladan amat sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak ketika ini. Melalui ceritajuga kanak-kanak akan mendapat contoh-contoh perwatakan kanak-kanak yangdikatakan baik yang menjadi idola yang ingin diikuti oleh mereka seperti manakonsep seseorang budak yang baik. 47
  48. 48. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUBuku-buku yang banyak menggambarkan perlakuan prososial ini bolehlahdijadikan panduan oleh kanak-kanak yang sememangnya mencari-cari modelyang baik yang boleh ditiru oleh mereka. Melalui pembacaan buku, kanak-kanakmemperkukuhkan lagi konsep keadilan iaitu kanak-kanak dapat membuatpenilaian mengenai perasaan orang lain. Mereka belajar memikirkan mengenaiorang lain juga dan belajar bertolak ansur dalam kehidupan. Jadi mereka harustahu bagaimana mengambil giliran, meminta izin, berkongsi sesuatu,mempelawa, dan lain-lain yang pada mulanya agak sukar dilakukan bagi usiamereka yang boleh digambarkan melalui perwatakan di dalam buku cerita kanak-kanak. Dari sudut kerohanian pula sememangnya sastera kanak-kanak kayadengan cerita-cerita anbiya dan juga kisah-kisah nabi. Guru boleh menggunakancerita-cerita ini sebagai cara menyemaikan sifat kerohanian kepada kanak-kanakmelalui kisah dan tauladan. Guru-guru juga perlu memastikan buku-bukutersebut adalah yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan guru bolehmemperkenalkan istilah-istilah baharu yang harus dipelajari oleh kanak-kanakdalam kurikulum kerohanian prasekolah. Bagi amalan-amalan dalam agamaIslam seperti ibadah dan sebagainya boleh disampaikan menggunakan bukuyang menerangkan perkara ini dengan jelas supaya mudah diikuti oleh kanak-kanak yang beragama Islam.8.3.2 Perkembangan SosialKomponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaanemosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran inimembolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supayadapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat (KPM, 2000). Padazaman ini kehidupan menjadi bertambah kompleks dan ini mengakibatkankanak-kanak turut menerima sedikit sebanyak tekanan. Kanak-kanakmemerlukan contoh bersosialisasi yang baik, dan mempelajari bagaimana untukbersosialisasi dengan baik di dalam masyarakat. Dengan menggunakan buku,kanak-kanak akan melihat apa yang dilakukan oleh watak-watak di dalam bukubagi menyesuaikan diri di dalam kehidupan harian. Melalui model-model yang 48
  49. 49. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUbaik yang terdapat dalam buku cerita kanak-kanak mempelajari bagaimanahendak menangani isu-isu kehidupan. Menurut Tan et al (2003), secara amnyapembentukan pelakuan berlaku melalui proses mengenal pasti dan peniruan.Menurut Bandura (Tan et al, 2003), kanak-kanak mempelajari sesuatu perlakuanmelalui proses pemerhatian dan peniruan. Beliau telah banyak menjalankankajian mengenai proses pemerhatian dan peniruan di dalam bilik darjah dalambidang pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkankebanyakan pembelajaran manusia berlaku melalui proses pemerhatian danpeniruan. Menurut Piaget, kanak-kanak berusia dua tahun hingga keenam tahunbersikap egocentrik iaitu terlalu mementingkan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun semakin meningkat usia mereka, pemikiran mereka mulaberkembang dan mereka telah mula memahami orang lain (Tan et al, 2003).Glazer (2000) menyatakan peniruan boleh berlaku dengan menggunakan buku.Ini kerana melalui buku akan terdapat perlakuan-perlakuan yang prososialseperti bertolak ansur, menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf dansebagainya. Di sini kanak-kanak akan mempelajari dan mencontohi tingkah lakuyang betul dan yang boleh diterima oleh masyarakat. Tambahan pula kanak-kanak di usia ini masih baru dalam proses bersosialisasi dan amat memerlukancontoh yang perlu diikuti oleh mereka. Melalui buku cerita juga kanak-kanakmempelajari mengenai perbezaan-perbezaan individu terutamanya dalamkonteks masyarakat yang berbilang kaum. Melalui buku kanak-kanak akanmempelajari terdapat persamaan di antara mereka dengan rakan-rakan yangberlainan kaum seperti menyukai makanan atau mainan yang sama dansebagainya dan terdapat perbezaan dari segi agama, rupa fizikal, budaya danlain-lain lagi. Melalui cerita-cerita sebegini akan dapat menyatupadukanmasyarakat berbilang bangsa sejak dari usia muda lagi. Begitu juga melaluiperwatakan di dalam buku kanak-kanak akan mengetahui cara yang baik bagimenyuarakan ketidakpuasan hati mereka, kemarahan mereka, kesedihanmereka dan kegembiraan mereka melalui cara yang sesuai. Melalui model yangditunjukkan oleh watak-watak di dalam buku cerita tersebut kanak-kanak secaratidak langsung mempelajari bagaimana menangani masalah emosi mereka 49
  50. 50. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUdengan cara yang sesuai (Lynch-Brown & Tomlinson,1999). Ilustrasi juga dapatmemainkan peranan dalam perkembangan emosi kanak-kanak kerana ilustrasidi dalam buku berupaya menunjukkan perlakuan perlakuan positif dan negatifsesuatu watak. Ilustrasi yang baik akan menunjukkan emosi watak melalui mimikmuka, perlakuan serta personaliti watak yang dapat diperhatikan oleh kanak-kanak. Oleh kerana gambar ini tidak bergerak, ianya boleh diamati oleh kanak-kanak dan secara tidak langsung berlakulah peniruan. Oleh itu pelukis ilustrasiharuslah menggunakan peluang ini seluas-luasnya dalam menyampaikan tunjukajar yang positif kepada kanak-kanak.8.3.3 Perkembangan Kreativiti dan EstetikaKomponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkansifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran (KPM, 2000). Guru-guru harus membantu kanak-kanak memperkembangkan pontesi kreativitimereka dengan mengadakan peluang untuk mereka mengambil bahagian dalamaktiviti kesenian yang menggunakan daya imaginasinya (Glaser, 2000). Guruyang baik memperkenalkan bentuk kesenian yang baru kepada kanak-kanakserta mengembangkan kemahiran ekspresi mereka secara beransur-ansur agarkanak-kanak dapat mengadaptasi maklumat baru dan menguasai teknik-teknikbaru serta menggalakkan kanak-kanak menggunakan segala pontensi dirimereka yang kreatif. Potensi diri yang kreatif adalah cara penyelesaian masalahyang kreatif. Guru boleh menggalakkan dengan mengadakan suasana yangselamat di dalam bilik darjah agar kanak-kanak suka untuk menyuarakanpendapat dan idea mereka. Selalu bertanyakan soalan dan mengadakan aktivitiyang bersifat terbuka supaya kanak-kanak dapat menjawabnya dengan pelbagaijawapan dan cara (Wardel, 2000). Kanak-kanak prasekolah memberikan responskepada pelbagai bentuk seni. Tunjukkan kepada kanak-kanak yang setiap artismempunyai cara tersendiri untuk melukis ilustrasinya (Glazer, 2000). Iniditunjukkan melalui lukisan daripada pelbagai artis yang terkenal. Bantu kanak-kanak membuat pemerhatian dan membezakan hasil satu artis dengan artis 50
  51. 51. BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYUyang lain. Sebagai lanjutan, libatkan kanak-kanak dalam aktiviti seni yangberkaitan dengan teknik yang digunakan oleh artis di dalam buku cerita. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan sensori di dalam meneroka alamsekitar. Bacakan buku yang mengenai penggunaan deria sensori mereka.Begitu juga kanak-kanak gemar menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka.Menurut Wardel, (2000), gunakan buku yang mempunyai lirik lagu danperdengarkan iramanya kepada kanak-kanak atau guru boleh jugamenggunakan CD yang berunsurkan karaoke kepada kanak-kanak. Sambilmendengar lagu atau puisi galakkan juga kanak-kanak membuat pergerakankreatif. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan daya imaginasimereka. Rancang pembacaan buku yang mempunyai pelbagai jalanpenyelesaian dan minta pendapat kanak-kanak cara penyelesaian mereka.Dengan melakonkan semula cerita yang telah dibaca juga akan membantuimaginasi kanak-kanak (Wardel, 2000).8.3.4 Menggabungjalinkan Sastera Dalam Pengajaran Dan PembelajaranAdalah menjadi tugas guru untuk menerapkan kesasteraan ke dalam pengajaranmereka bagi memastikan kanak-kanak mendapat faedah daripadanya. Bagimengabungjalinkan kesusasteraan dalam pendidikan prasekolah beberapa caraboleh digunakan oleh guru bagi menjayakan tujuan tersebut. Antaranya ialah: a. Penggunaan Bahan Bacaan AsasPenggunaan bahan bacaan Asas (basal) telah lama digunakan di United Statebagi pengajaran sekolah rendah. Menurut Durkin (1987, Tomlinson dan Lynch-Brown) bahan bacaan asas adalah bacaan bersiri yang di peringkatkan daripadayang mudah meningkat kepada aras yang agak sukar peringkat demi peringkat.Bahan asas dalam program ini adalah buku bacaan bagi kanak-kanak, bukupanduan guru, panduan penggunaan program secara keseluruhan dan sistempenilaian. Menurut Lapp, Flood dan Farnan 1992, (dalam Tomlinson dan LynchBrown,1999) kekuatan bagi program yang berasaskan bahan bacaanberperingkat ini ialah ianya membantu guru dalam menyelenggarakan program 51

×