Faktor perkembangan islam

2,312 views
2,212 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,312
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
44
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Faktor perkembangan islam

  1. 1. SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYUSebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan iniberubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikankewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luasIslam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupanharian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan denganakidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandanganini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwahdari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutandengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran SelatMelaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebardi Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalamperjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertamayang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untukmengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliaulagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm RuslanZainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali diSamudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam danmengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masihbelum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telahtersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruhagama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu,
  2. 2. Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besarpenduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yangbercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya danpolitik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undangKanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnyaKanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu &Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di manaorang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkumdalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjirandan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di manakekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindakmengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHANProses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatanganpenjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zamanpenjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya &golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islamdan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu,kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaandan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dantidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannyamasih dapat dipertahankan (JAKIM).
  3. 3. PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAANKemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO,yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepadapihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC)dalam gagasan “Perikatan”, dengan mengekalkan identiti parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu (JAKIM).Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China,India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politikdominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan partiUMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNOsebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yangmasih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orangMelayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islamdi peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islamterus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalamproses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuatperubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkanoleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yangagak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayahmembunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak bezadengan Islam, demikian juga dalam hukum ta‟zirkesalahan-kesalahan maksiat. Selain
  4. 4. daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapidalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaandidapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masihberpegang, kepada adat perpatih (JAKIM).Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti AktaBank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, AktaKoperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasiberterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri &Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaanIslam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM).SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAMSelepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja olehpenjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistemdemokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti initerdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islamsistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyatmemilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islamialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dankelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalamIslam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antarakelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM).
  5. 5. Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistemini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalahtajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya “divide & rule”. Kalau diambil asas yangmasakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukanKelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasapolitik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yangmembina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orangIslam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah “divide & rule” yang kitasendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkanproses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawanegara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negaraIslam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlukepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslimselepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna,kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islampada dirinya (JAKIM).KESIMPULANTidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapatnas Qat‟i yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalammenentukan ciri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu danada mencirikan perlaksanaan syari‟ah sebagai penentu. Dalam pengalaman sejarah politikIslam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Adasecara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang
  6. 6. ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama jugatidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecualibeberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakanilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim ataubukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yangdikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam,keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dankepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim (JAKIM).PENUTUPDengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasidalam kehidupan Muslim.1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalahtanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untukkepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam dimana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patutdielakkan dalam kehidupannya.4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam,serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnyadalam keupayaan masing-masing.
  7. 7. RUJUKANAfifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Ayadurai. (1999). Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mahyuddin Yahya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.www.jakim.gov.my
  8. 8. pengenalan Latar belakang Nusantara. Latar belakang masyarakat Nusantara sebelum kedatangan Islam. Teori kedatangan Islam ke Nusantara. Faktor-faktor perdagangan dan kecergasan budaya tempatan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain tetapi sebaliknya saling berkaitan. Para pedagang Gujerat yang telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan Nusantara boleh dianggap sebagai agen-agen bagi penyebaran agama Islam yang bercirikan Sufisme. Penegasan soalan : Jelas bahawa agama Islam tersebar ke Kepulauan AsiaTenggara bukan sahaja disebabkan peranan pedagang melalui aktiviti perdagangan. Faktor- faktor lain turut menyumbang kepada penyebaran agama Islam ke Kepulauan Melayu.Isi-Isi Penting :Faktor-faktor penyebaran agama Islam ke Nusantara :Faktor Perdagangan : Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Nusantara sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang sebaik-baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di samping itu, pada abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Nusantara. Kedudukan Nusantara yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan.Faktor Ajaran Islam : Kedatangan Islam ke Nusantara terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong, hormat- menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.
  9. 9. Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah : Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Nusantara. Mereka bukan sahaja berpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah. Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah dan pengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Contohnya, pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Mereka menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai Gadang pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah dianggotai oleh 22 orang ulama terkenal di Acheh. Di samping itu, ulama-ulama luar yang datang ke Acheh seperti dari negeri-negeri Semenanjung Arab, Parsi, Turki, India, Gujerat, dan lain- lain telah menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid-masjid.Faktor Penaklukan : Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Nusantara. Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif polotik, kedudukan, ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka Islam dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain.Faktor Kesusasteraan dan Penulisan : Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Nusantara. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai- bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak kitab agama dikarang atau diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Nusantara. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja
  10. 10. Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan sebagainya sering dibacakan kepada penduduk Nusantara.Faktor Perkahwinan : Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya.Peranan Pemerintah di Nusantara : Penyebaran Islam di Nusantara sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah.Hubungan Diplomatik : Penyebaran Islam di Nusantara turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.Perlaksanaan Perundangan Dan Keadilan : Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur Islam. Jadi perlaksanaan undangundang ini mewujudkan keadilan dalam masyarakatFaktor Institusi Pendidikan : Contoh Istana-istana, pondok, balai gadang, Jamiah Baitul Rahman. Para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran Islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian.
  11. 11. KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAN IMPLIKASINYATERHADAP PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYUOlehMilus Hj. Abd. WahadPENGENALAN DAN BEBERAPA TEORIKedatangan Islam ke alam Melayu telah banyak merubah alam pemikiranmasyarakat Melayu, di mana perubahan ini telah menjadikan daya fikir intelektualMelayu terus berkembang sehingga kerajaan Melaka abad ke 15 menjadi pusatintelektual Islam sedunia berkumpul untuk membahaskan pelbagai disiplin keilmuanIslam serta isu masyarakat semasa.Oleh kerana kepesatan Islam berkembang di alam Melayu, maka pihak baratterpaksa mengambil peranan sama untuk menilai keupayaan Islam membentuktamadun Melayu Islam yang telah mengancam gerakan ‘imperialisme’ terhadapnegara-negara Nusantara. Maka itu, pihak barat cuba mengheret golonganintelektual dan para sejarawan tempatan terhadap kedatangan Islam ke alamMelayu sebagai tumpuan perdebatan. Tujuan mereka adalah untuk mengelirukanumat Melayu Islam terhadap peranan Islam, dengan itu mereka mengutarakanbeberapa pandangan tentang kedatangan Islam supaya agenda Islamisasi diNusantara berjalan dengan perlahan.Pandangan BaratAntaranya ialah teori kedatangan Islam ke alam Melayu yang dikemukakan olehEredia Gadinho, di mana beliau mengatakan bahawa Islam telah sampai ke alamMelayu Melalui China, beliau mendakwa bahawa pedagang-pedagang China danArab telah menyebarkan Islam di kepulauan Nusantara. Manakala hujah kedua telahdikemukakan oleh Snouck Hurgronje merupakan seorang sarjana Belanda yangmendakwa bahawa Islam yang ada di alam Melayu pada masa ini telah disebarkanoleh para pedagang India, dan juga seorang sarjana barat lagi iaitu John Crowfordmenyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh parapedagang Arab.Hujah ini cuba memperkecilkan golongan pendakwah sebenar yang telahmenyebarkan Islam dengan harapan pembentukan awal Tamadun Melayu tidakdisandarkan kepada peranan utama Islam dan seterusnya memperlihatkan betaparendahnya intelektual Islam yang hanya disebarkan oleh golongan para pedagang.Secara rasionalnya, apabila pedagang yang menyebarkan Islam, maka pemikiranMelayu Islam amat rendah nilainya, dan hujah ini amat lemah berbanding perananbesar yang dimainkan oleh tokoh-tokoh awal Islam.Pandangan TempatanMenurut Syed Naquib al-Attas seorang sarjana tempatan, menyatakan bahawakedatangan Islam ke alam Melayu adalah dibawa oleh orang Arab sama ada melaluiperdagangan atau juga usaha dakwah yang dibawa oleh para ahli sufi dan ilmuanIslam. Pendapat al-Attas ini cukup kukuh dan utuh untuk menjelaskan kedatangan
  12. 12. Islam sebenar serta juga gerakan Islamisasi yang berlaku di Nusantara. Secara jelasal-Attas menyatakan keupayaan penyebar Islam sebenar seperti Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nurudin ar-Raniri serta lain-lain pendakwah telahberjaya mendidik masyarakat memahami Islam yang syumul.SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAMSejarah kedatangan Islam ini boleh dilihat dlam beberapa catatan dan antaranyaSejarah Melayu, di mana dalam Sejarah Melayu ini menyatakan bahawa Islam telahsampai ke Melaka sekitar tahun 1409, di mana Parameswara selaku Raja Melakapada masa itu telah memeluk Islam dengan membawa gelaran Sultan IskandarSyah. Semasa I-Tsing berkunjung ke Srivijaya beliau juga mendapati bahawa orangMelayu sudah menerima Islam sekitar tahun 671 masihi. Begitu juga di Kelantanturut menerima Islam sekitar 1181, ini dibuktikan dengan wujudnya kerajaan IslamKelantan dan penggunaan wang dinar.Manakala di Filipina menurut Cesar Adib Majul, Islam telah mula bertapak sekitar1400an terutama di kepulauan Sulu, manakala di Mindanao sekitar 1520an apabilaMelaka jatuh kepada Portugis pada tahun 1511. Di Pulau Borneo kedatangan Islamadalah merujuk kepada penerimaan Islam oleh kerajaan Brunei sekitar 1400an.Umumnya kedatangan Islam ke alam Melayu adalah lebih awal daripadapenyebaran agama Kristian dan pada masa Islam datang, agama Hindu sudah punbertapak lebih awal.Apa yang jelas kedatangan Islam telah memberi makna besar terhadap TamadunMelayu Islam di Nusantara. Kewujudan Tamadun Melayu Islam telah merubahperadaban masyarakat Melayu, daripada masyarakat animisme kepada masyarakatMelayu yang mentauhidkan Penciptanya iaitu ALLAH SWT.KESANNYA TERHADAP MASYARAKATSosial dan BudayaIslamisasi yang berlaku di alam Melayu pada ketika itu telah memberi kesan besarterhadap dunia Melayu. Antaranya ialah pembentukan Sosial dan Budaya MelayuIslam. Kedatangan Islam telah banyak merubah budaya dan sosial masyarakatNusantara. Menurut Syed Naquib al-Attas perubahan sosial dan budaya padamasyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-undangkekeluargaan. Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi budaya yangdapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyakberteraskan ajaran Islam.PolitikSelain itu, Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yangmenggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara, cContohnyakerajaan Melaka dan Aceh. Kerajaan Melaka juga telah mengadakan hubungandiplomasi kerajaan China. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang tersohor,
  13. 13. hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja YungLo semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam banyak memainkanperanan dalam pentadbiran. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telahmeluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara dan dilihat oleh baratsebagai halangan utama terhadap cita-cita mereka.EkonomiKedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di manapenggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu,sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyakmerujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Belidan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan terhadap sistem ekonomi yangberlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdaganganantarabangsa. Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskanperniagaan mereka, antaranya China, India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri. Keselamatan di perairan Nusantara juga turutmempengaruhi kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telahmembantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantauNusantara.Alam PemikiranPenyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran masyarakatNusantara. Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan faham agama Hinduyang banyak memasukkan unsur-unsur mistik sebagai anutan. Apabila Islamdatang, segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat dijelaskan dan dirungkai dalampemikiran masyarakat. Melaka dan Aceh telah menjadi pusat keilmuan denganlahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Hamzah Fansuri, Nurudin Ar-Raniri,Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lainnya. Kegiatan parailmuan ini telah mendorong pemikiran masyarakat Melayu Nusantara kepada realitipentauhidan dan kekhalikan Maha Pencipta.Bahasa dan TulisanFaktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu,penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan bagaimanaIslam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang betul. Tulisan jawidigunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi masih berterusan terutama apabilaberhubung dengan raja-raja Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasapenyebaran Islam di alam Melayu atau Nusantara. Kemampuan bahasa Melayusebagai bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara. Di sampingitu, ia juga menjadi bahasa ilmu yang boleh menyesuaikan pelbagai istilah Arabsebagai kata pinjam, contohnya ‘ilmu’, ‘alam’, ‘amal’, ‘ibadat’, ‘zakat’ dansebagainya.PendidikanPerubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu,sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat terutama
  14. 14. faham Hindu dan unsur animisme, tetapi setelah Islam sampai pendidikan lebihkepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak. Pendidikan lebih kepadamemahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti pengenalan ilmu Tauhid, Fekah,Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-kanak mula mempelajari al-Quran sebagaiasas utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam.Surau, Masjid, Rangkang dan Pondok didirikan bagi memberi ruang kepadamasyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi. Peranan institusi pendidikanini juga bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan, tetapi lebih kepada pusatpentadbiran dan perbincangan. Istana turut dijadikan kutab dan medan pembicaraankeilmuan yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu.Semangat jihadjuga turut didedahkan kepada masyarakat, kesannya masyarakat sanggupmempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam.KESIMPULANApa yang jelas, kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa satu perubahanyang besar, bahkan boleh disifatkan kedatangan Islam merupakan pemodenanbudaya, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun adapertikaian berkaitan dakwaan ini, namun al-Attas tetap mempertahankan kewajaranbagaimana Islam merubah dimensi pemikiran serta sifat kerohanian yang amatmendalam. Kehadiran Islam juga telah mengeluarkan masyarakat dari kegelapanpemikiran ortodok yang bersifat kabur dan khayalan kepada realiti hidup yangsebenar.
  15. 15. Faktor Perkembangan Islam Di Alam MelayuFAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DIALAM MELAYUPendahuluanAgama Islam mula berkembang di alam Melayu dalam abad ke 13 Masihi. Menjelang abadke 15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh alam Melayudan menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejakabad ke 15 Masihi.Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke alam Melayu telahmemahami permasalahan budaya yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerahtersebut. Pemikir-pemikir budaya melayu dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspekdari kebudayaan Melayu denga ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradabanMelayu yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal.Dengan keunggulan peradaban Melayu yang bercorak Islam melahirkan suatu masyarakatalam Melayu yang dinamik sehingga terbentuk kuasa-kuasa sahsiah yang kuat. Tetapikekuatan penjajahan Barat yang dibantu oleh teknologi moden dapat mengatasi danmenguasai dunia Islam. Akibatnya umat Islam ketinggalan beberapa abad lamanya dari arusperkembangan tamadun dunia.Apabila dunia Islam bebas dari belenggu penjajahan maka umat Islam menghadapi suatupermasalahan budaya semasa untuk menyesuaikan berbagai-bagai aspek dalam tamadun yangmenguasai kehidupan mereka dengan roh agama. Ini merupakan satu cabaran yangmemerlukan pendekatan yang konkrit bagi memperlihatkan ciri keunggulan yang bolehmenarik sokongan yang mengembalikan kekuatan seperti yang dijanjikan oleh Allah di dalamAl-Quran.Pengenalan Alam MelayuAlam Melayu merupakan kawasan yang turut dikenali sebagai „Nusantara‟. Ia merujukkepada negara-negara Asia Tenggara iaitu kepulauan-kepulauan Indonesia, Malaysia danFilipina. Konsep alam Melayu yang dipakai oleh UNESCO mengambil kira seluruh rumpunMelayu Polonesia dari Pulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di timur, PulauFormosa, Hawaii di utara serta kepulauan Indonesia dan New Zealand di sebelah selatan.Alam Melayu terkenal sebagai „Mutiara Timur‟. Muka buminya subur dengan pelbagai floradan fauna serta menyimpan pelbagai khazanah sumber ekenomi di perut bumi dan di dasarlautnya. Di persadanya pelbagai kelompok etnik manusia hidup bersama. Ini menjadikanalam Melayu sebagai „Taman Kesuma Wicitra‟ atau „Taman Aneka Bunga‟ yang melahirkanfalsafah kepelbagaian budaya dalam satu rumpun Melayu yang besar.Dari perspektif sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambilkira Tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum masihi. Alam melayujuga telah lama membina kebudayaanya yang tersendiri seiring dengan tamadun dunia yanglain. Dalam proses perkembangannya, ia melalui 3 peringkat utama iaitu:a) Tamadun Purba atau Pra-sejarah(sehingga abad ke-3 Masihi)b) Tamadun Hindu iaitu mulai kedatangan pengaruh Hindu(abad ke-3 Masihi & ArabJahiliah, hingga tahun 1200 Masihi)c) Tamadun Moden iaitu selepas kedatangan Islam(1200 Masihi hingga kini)FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYUTerdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu.
  16. 16. Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :1) PerdaganganRamai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melaluiperdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amatpenting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatanperdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatanChina, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan melayu semenjakpertengahan abad ke-7 lagi. Diantara barang-barang tersebut ialah lada, rempah, kemenyandan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagai puncayang membawa orang-orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barangini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di PerairanSemenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selainmenjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapitelah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagimenyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negaraIslam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatandakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-duanegara itu mengikut langkah Melaka.2) Keunggulan IslamFaktor-faktor penyebaran Islam di alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itusendiri. Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yangbertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam,tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum ituyang bertuhankan kepada berhala dan dewa disamping mangamalkan sistem kasta.Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam dikalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan Bandar adalahdipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalammasyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakatlama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan merekadari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesamamanusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.Sesungguhnya sistem-sistem kasta diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapitidaklah benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf dikalanganmasyarakat orang beragama Hindu digugusan kepulauan melayu pada masa itu.3) PerkahwinanRamai saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya.Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan.Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untukdijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri darikalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan
  17. 17. keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaumkerabat mereka sendiri.Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatanuntuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam makaseterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnyabertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteriraja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turutmembantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasaidengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulahjuga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yangakhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.4) Pengislaman PemerintahPengislaman pemerintah merupakan salah satu faktor bagi perkembangan Islam di alamMelayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramaipengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Apabila pemerintah memeluk Islam,nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintahsaudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahajaberdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang-orang yang kaya. dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yangmereka miliki.5) Perlumbaan Penyebaran Agama Islam Dan KristianSatu lagi faktor yang bertanggumgjawab bagi perkembangan agama Islam di rantau inidisebabkan adanya perlumbaan penyebaran agama Islam dan Kristian, terutama di dalamabad ke-15 dan ke-16 yang dianggap ekoran dari Perang Salib. Sejak semenanjung Iberiaditawan oleh kuasa Islam dalam tahun 732 M berlanjutan hingga Peperangan Salib danseterusnya dalam abad ke-15 telah meninggalkan kesan-kesan yang mendalam dan di dalamtulisan-tulisan orientalis Barat selalu mengecil-ngecilkan peranan Islam di samping usaha-usaha melemahkan agama Islam. Persaingan ini menjadi satu sebab Islam telah berkembangdengan pesat di kalangan penduduk Kepulauan Melayu.6) PenaklukanPenaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam diNusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negaraIslam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukanitu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan,ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukanitu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi. Kerajaan Pasai sebagaimana yangditerangkan dalam catitan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerahsekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerahdiTanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri,Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkandengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Kerajaan Acheh yang merupakan sebuahempayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyaijajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam
  18. 18. dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarahAcheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanahjajahannya itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerahyang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telahditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukarmenjadi sebuah negara Islam.7) KesusasteraanKesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara.Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan utama.Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah danlancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini memudahkan paraulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana merekadapat menguasai tulisan jawi.Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantardalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindamtalah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkanmelalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orangmelayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telahmenghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupunterjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat NabiBercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminatioleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang bolehmendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraanIslam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera sepertiHamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama.Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentumembantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara.8) Peranan Ahli Tsawuf dan SufiKegiatan penyebaran Isalm dikebangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufumerupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkanteladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun danbertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang ramai.Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah keranabija dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan par pembesar. Di zamankesultanan Acheh,golongan tasawuf telah diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasapentadbiran Iskandar Muda,seramai 22 orang ulama(ahli tasawuf) telah menganggotai BalaiGadang yang menjadi pusat bagi membicangkan masalah pemarintahan negara dan masalahagama. Antara mereka adalah Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Mereka telahmemberi sumbangan yang besar kepada Acheh dalah kegiatannya sebagai pusat penyebaranIslam di Asia Tenggara.Sementara pada zaman kerajaan Islam Demak, golonhan ini lebih dikenali sebagai WaliSongo. Mereka memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Pulau Jawa. Tokoh-tokoh Sunan Ampel,Sunan Bonang dan Sunan gunung Jati memang tidak asing dalam sejarahperkembangan pengaruh islam di Jawa dan sekitarnya.KesimpulanAgama Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk alam Melayuwalaupun agama Hindu lebih awal bertapak di rantau ini. Islam telah membawa tamadun
  19. 19. yang tinggi dan seba lengkap meliputi semua aspek kehidupan. Asas asas tamadun Islamyang tersebar di nusantara semenjak awal abad ke 15 telah menjadi nilai hidup orang-orangMelayu sehingga kini.

×