Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah

8,783
-1

Published on

1 Comment
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
8,783
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
481
Comments
1
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah

  1. 1. KAJIAN TEKS BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERALIHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM HIKAYAT ABDULLAH
  2. 2. SEPINTAS LALU…Abdullah Munsyi • Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796- 1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. • Dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854.
  3. 3.  Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles.  Menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian (missionary Christian) di Singapura dan Melaka.  Karya beliau banyak mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.
  4. 4. ANALISIS KANDUNGAN KARYA HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI • Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau sezaman dengannya seperti Thufata‟n- Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja. • Pendeta Za‟ba dalam karangannya “ Moden Development” menyatakan bahawa “ kesusasteraan Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir” ( Hassan, 1988:236). Kenyataan ini didasarkan daripada karya-karya Abdullah yang tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib. Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan. Dengan pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi yang penting. Karyanya dicipta sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri sastera baru yang bersifat individualistik.
  5. 5. Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi, imiginasi, dan teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9) menyebut; “Abdullah ialah pemgarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari menceritakan kisah- kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan.” Sesebuah karya bukan hanya sebagai bahan hiburan, tetapi juga sebagai bahan untuk pembaca merenung dan memikir serta mendapatkan panduan dan pengetahuan daripadanya. Pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral ditimbulkan dan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menyentuh hal-hal tersebut.
  6. 6. Contohnya pada halaman 119 Hikayat Abdullah yang menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada waktu itu;
  7. 7. Dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah membuat kesimpulan bahawa adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak cerdik dan tidak menambah ilmu kerana tidak mahu membuang karut-marut. Berbeza dengan adat-adat yang diamalkan orang-orang bukan Melayu yang ditemui semasa belayar ke Judah. Dia hanya menyebut adat itu tanpa memberi sebarang kritikan. Seperti kebiasaan yang dilihatnya (Kassim, (peny.) 1960): Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap orang dalam negeri itu, tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan beratus-ratus dan beribu-ribu semuanya bertelanjang, yakni dengan tiada memakai baju sekali-kali, kuntal-kantil sahaja susunya, baik yang muda yang tua; iaitu semuanya perampuan Hindu.
  8. 8. Dia tidak mengkritik perbuatan tersebut, hanya menceritakan apa yang dilihatnya. Dalam buku yang sama pada halaman 141 pula disebutkan; Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semua orang pergi buang air ketepi laut berbanjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang dengan seorang. Abdullah membuat sedikit ulasan bahawa adat ini sesuatu yang aib dan memalukan. Walaupun persoalan mengutuk dan menganggap bodoh adat dan kepercayaan orang Melayu tidak banyak dikemukakan tetapi ia memberi kesan yang jelas kepada pembaca. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan-kemajuan barat telah meresap ke dalam diri Abdullah lantas membuatkan dia mencela budaya Melayu. Oleh itu dalam karyanya perbandingan antara timur dan barat adalah menjadi persoalan yang penting dan secara tidak lansung mendedahkan kemunduran-kemunduran orang-orang Melayu, antara lain disebabkan oleh kepercayaan dan budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
  9. 9. ASPEK BAHASA DAN TULISAN DALAM HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI • Penulisan Hikayat Abdullah berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( nga ( ga ( nya ( dan ca ( Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. • Penulisan Hikayat Abdullah juga tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya.
  10. 10. Contohnya dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan karya Hikayat Abdullah (halaman 69) seperti dibawah;
  11. 11. Hikayat Abdullah (halaman 119) :
  12. 12. Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang- panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh (halaman 16); Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.
  13. 13. Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan. Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu.
  14. 14. Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan. Hikayat Abdullah, Halaman 119
  15. 15. Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat. (halaman 9)
  16. 16. Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti „maka‟, „beberapa lamanya‟, „maka adalah‟, „akan dia‟ dan „maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.
  17. 17. Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat Abdullah (halaman 5) Hikayat Abdullah (halaman 6) Hikayat Abdullah (halaman 6)
  18. 18. Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, (halaman 4) (halaman 35)
  19. 19. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN • Ahli-ahli bahasa dan sejarah berpendapat bahawa, bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno. • Dikatakan juga bermula pada abad ke- 19 menerusi Abdullah Munshi dalam karyanya berjudul Hikayat Abdullah (1849).
  20. 20. Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Seperti karya cereka, Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak- watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.
  21. 21. Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.

×