Modul rangkaian

6,182 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,182
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
14
Actions
Shares
0
Downloads
239
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Modul rangkaian

  1. 1. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat BAB: RANGKAIAN (NETWORK) BAHAGIAN 1 Pengenalan rangkaian Definisi rangkaian Kebaikan menggunakan rangkaian Sistem rangkaian komputer Jenis-jenis rangkaian Topologi rangkaian Protokol teknologi BAHAGIAN 2 Komponen-komponen rangkaian BAHAGIAN 3 Rangkaian tanpa wayar BAHAGIAN 4 Rangkaian berwayar Jenis-jenis kabel
  2. 2. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat BAHAGIAN 1: PENGENALAN KEPADA SISTEM DAN RANGKAIAN KOMPUTER Definisi rangkaian Sistem yang menyambungkan pc dengan peranti luaran. Peranti penyambungan komunikasi boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan perkakasan dan perisian yang telah ditetapkan cara dan peraturannya. Ia boleh beroperasi samada secara wayar atau tanpa wayar Kebaikan menggunakan rangkaian 1. Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan 2. Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain 3. Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi /perisian 4. Data dapat dimasukkan secara serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data-data tersebut. 5. Perkakasan yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan komputer lain. Sistem rangkaian komputer Terdapat tiga sistem rangkaian komputer : 1. Rangkaian kawasan setempat 2. Rangkaian kawasan metropolitan 3. Rangkaian kawasan luas 1. Rangkaian kawasan setempat - Ia juga dikenali sebagai LAN (local area network) - Jarak rangakain adalah dalam lingkungan kawasan kecil seperti dalam makmal komputer. 2. Rangkaian kawasan metropolitan - ia juga dikenali sebagai MAN (metropolitan area network) - Jarak rangkaian lebih besar daripada LAN
  3. 3. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat - koleksi kepada beberapa LAN tetapi dalam kawasan geografi yang besar seperti bandar. 3. Rangkaian kawasan luas - ia juga dikenali sebagai WAN (wide area network) - jarak rangkaian adalah lebih besar daripada LAN dan MAN - merupakan koleksi kepada LAN dan MAN atau kedua-duanya tetapi dalam kawasangeografi yang sangat besar iaitu global tanpa sempadan /satu dunia. Contoh : Jenis-jenis rangkaian 1. Pengguna dan pelayan 2. Rakan ke rakan 1. Pengguna dan pelayan (client-server) Ia terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain-lain.pelayan tidak memproses, mengubah data . Hanya melaksanakan permintaan sari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. Jenis-jenis server:
  4. 4. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat -Fail server- menyimpan perisian dan data -Database server –menyimpan data sahaja -Print server –mengawal satu atau lebih pencetak -Fax server- menguruskan penghantaran fax -Mail server- menguruskan e-mail. 2. rakan ke rakan (peer to peer) Rangkaian ini juga dikenali sebagai 2p2. Kesemua komputer boleh bertindak sebagai client and server, ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Data dan maklumat berterabur dan tidak melibatkan komputer pelayan. Terdapat dua jenis peer to peer iaitu: i. pc ke switch -banyak digunakan dalam rangkaian untuk penyambungan atau menghubung antara satu sama lain dari segi komunikasi. Penyambungan di antara PC ke switch ini menggunakan straight over cable. ii. pc ke pc hanya terhad kepada penggunaan 2 pc sahaja. Penggunaanya banyak membantu dalam perpindahan file atau data yang tidak mampu di muat oleh alat penyimpanan yang mana mempunyai ruang penyimpanan yang kecil. Ia juga dapat membuat perpindahan file dengan cepat. Penyambungan di antara pc ke pc ini menggunakan cross over cable. Komponen-komponen LAN 1. Komponen Hardware: Worksation / Personal Computer (PC), Server, Kabel , Network Interface Card (NIC), Hub/Switch, Bridge, Repeater, dan Topologi jaringan. 2. Komponen Software: Sistem Operasi Jaringan, Network Adapter Driver, Protokol Jaringan. Topologi rangkaian 1. Bas - semua nod terhubung ke kabel tulang belakang secara bersiri. 2. Bintang - semua nod disambung terus ke hab di pusat rangkaian . 3. Gelang -sambungannya secara bersiri dan kedua-duanya ditemukan bentuk bulatan
  5. 5. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat
  6. 6. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat Protocol rangkaian komputer Protocol rangkaian komputer ialah peraturan untuk membolehkan pertukaran data antara 2 atau lebih komputer. Terdapat beberapa protokol rangkaian komputer: 1.TCP/IP o Ia juga dikenali sebagai IP (Protokol Internet). o Tujuannya adalah untuk membolehkan komputer untuk berkomunikasi melalui rangkaian jarak jauh. o Peraturan data dalam satu rangkaian . Digunakan dalam LAN, MAN, WAN o Setiap PC akan diberi satu nombor IP untuk menghubungkannya di antara satu sama lain . o Fungsi Lapisan Pertama Protokol Kawalan Penghantaran(TCP) adalah menguruskan penghantaran data dimana data ditukar kepada paket melalui internet dan apabila tiba destinasi ditukar semula kebentuk asal. o Fungsi Lapisan Kedua Protokol Internet, mengendalikan bahagian setiap alamat paket supaya ia sampai ke destinasi yang betul. Setiap node/pc mempunyai alamat protokol yang tersendiri. 2. HTTP/HTTPS (Hyper Text Transmission Protocol) o Memindahkan maklumat antara dalam WWW (world Wide Web) 3. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol) o Menerima dan menghantar email 4. FTP (File Transfer Protocol) o Pemindahan fail melalui internet OSI (Open Systems Interconnection Reference Model)
  7. 7. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat Iamerupakan satu model bagi penerangan berlapis abstrak untuk reka bentuk komunikasi dan protokol rangkaian komputer, ia juga dipanggil model tujuh lapis OSI. Tujuan utama OSI adalah menyediakan asas untuk menyambungkan sistem-sistem yang tidak sama untuk tujuan pertukaran maklumat dan komunikasi. Lapisan Nama lapisan Penerangan 7 aplikasi Menyediakan pelayan yang menyokong aplikasi pengguna 6 Persembahan/penyampaian Menterjemah, memaparkan data yang hendak ditrasmisikan oleh aplikasi ke dalam format yang dapat ditrasmisikan melalui rangkaian 5 sesi Mengkoordinat komunikasi diantara sistem 4 pengangkutan Membolehkan data yang dihantar tanpa kesilapan dan tanpa ulanagn 3 rangkaian Mendefinisikan alamat-alamat IP 2 Pautan data Menentukan bit-bit data dikumpulkan menjadi format frame 1 fizikal Menentukan teknik penghantaran yang mana satu akan diguna untuk menghantar data di sepanjang laluan komunikasi Jaringan rangkaian Internet Intranet
  8. 8. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat ekstranet BAHAGIAN 2 KOMPONEN-KOMPONEN RANGKAIAN
  9. 9. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat Terdapat beberapa komponen (software and hardware) rangkaian yang digunakan dalam pembangunan rangkaian komputer,antaranya adalah berikut:- 1. Server (pelayan) Adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis perkhidmatan tertentu didalam sebuah rangkaian komputer.Server disokong dengan pemprosesan RAM yang besar dan sistem pengoperasian yang khusus yang dikenali sebagai sistem operasi rangkaian.Server melaksanakan pelbagai perkhidmatan dalam merentasi satu rangkaian. 2. Hub Adalah alat yang menyambungkan workstation dan alat lain dari LAN. Ia merupakan peralatan yang digunakan untuk membolehkan beberapa komputer digabungkan bersama di dalam satu rangkaian. Hub terbahagi kepada 3 kategori:- i. Hub pasif -isyarat yang diterima tidak kukuh. -hanya membenarkan isyarat yang diterima melepasi satu komputer yang lain tanpa ada perubahan. ii. Hub aktif -mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain. -menguatkan isyarat elektrik yang diterima sebelum memacarkan semula isyarat tersebut iii. Intelligent hub Mempunyai perisian pengurusan (software management) bagi mengesan dan mengasingkan masalah didalam rangkaian.Keupayaan pengurusan tersebut dapat rangkaian dijalan dengan baik. 3. Switch adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan nodes ke kumpulan yang sama supaya boleh berkomunikasi antara satu sama lain (membentuk dalam LAN), fungsinya sama seperti hub tetapi ia lebih baik kerana dapat hantar terus packet tersebut ke destinasinya sahaja .switch juga ia boleh memeriksa packet- packet data serta mampu menentukan alamat dari mana dan destinasipacket tersebut. 4. Workstation (stesen kerja) Adalah komputer-komputer yang disambungkan dan dihubungkan dengan internet. Fungsi pengurusan rangakaian stesen kerja adalah menjalankan tugas- tugas pentadbiran pada stesen kerja tempatan (dekat) ataupun jauh kerja yang dilakukan seperti mengawal operasi, akses pengguna dan perkongsian sumber .
  10. 10. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat 5. Modem Adalah alat menukarkan isyarat digital (perwakilan bit:0&1) dari komputer kepada isyarat analog kepada digital. Singkatan bagi nama modem ialah Modulator- Demodulator. Fungsinya juga ialah menghubungkan 1 komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai „pendail‟ sekiranya telefon di pasangkan pada komputer. 6. Router Berfungsi sebagai penghubung diantara dua atau lebih rangkaian untuk meneruskan data dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain. Antara kebaikkannya ialah: - Menguruskan penghantaran isyarat dengan berkesan - Menghantar maklumat di antara dua rangkaian - Menghantar maklumat di antara topologi LAN, kabel yang berlainan 7. Network interface card (NIC) Merupakan kad rangkaian dan salah satu komponen yang paling asas dalam rangkaian kawasan tempatan (LAN). Kad rangkaian yang dipasang pada komputer akan dihubungkan dengan komputer yang lain di dalam rangkaian menggunakan kabel. 8. Repeater (pengulang) Merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN.Ia mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya (refresh) semula kemudian menghantar kepada LAN.Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen- segmen rangkaian kawasan setempat dengan memperkuatdan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan metropolitan melalui media wayar dan tanpa wayar. Tetapi, jika menggunakan panjang kabel yang melebihi dari standard yang dibenarkan, repeater mungkin akan menyebarkan data yang salah 9. Bridge (jambatan)/gateway Ia digunakan untuk menghubungkan dan menghantar data diantara rangkaian yang menggunakan protokol alamat dan rangkaian yang sama dan antaramuka yang serasi. Gateway Ia digunakan untuk menghubungkan dan menghantar data diantara rangkaian yang menggunakan protokol alamat dan rangkaian yang berbeza dari segi perkakasan dan perisian Ia berupaya menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya.Dengan mendapat mengecam semua lokasi sistem rangkaian. Bridge kemudiannya akan membina satu jadual yang menyenaraikan
  11. 11. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat alamat yang boleh dicapai oleh setiap port. Ia kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk menyelaras aliran data dalam rangkaian 10.Sistem operasi rangkaian (NOS) Ia mempunyai fungsi tambahan yang membenarkan komputer dan peranti berhubung dalam rangkaian dan biasanya terdapat dalam LAN dan WAN. sistem pengendalian sistem komputer yang direka untuk merancang dan mengendalikan semua aktiviti dalam rangkaian. Sistem operasi ini juga merupakan perisian paling penting dalam rangkaian. Contoh NOS:Microsoft windows NT/server, Microsoft windows untuk workgroup Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas: o Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian. o Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation. o Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi) o Mengelola permintaan layanan printer. o Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian. o Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh 11.Perisian aplikasi Perisian versi rangkaian perlu ada untuk penggunaan besama dan memudahkan rangkaian dikawal oleh perisian rangkaian. Antara perisian yang ada adalah berikut:- o Pelayar web (web browser) o Email pelanggan (email client) o Kemudahan rangkaian (network utilities) o Pengurus fail rangkaian (network file manager 1. Pelayar web - Membenarkan pengguna dengan cepat dan mudah mengakses maklumat yang dibekalkan oleh banyak halaman web - Membenarkan Pengguna memapardan berinteraksidengan dokumen html yang datang daripada server web - Teks dan imej dalam web boleh mengandungi hiper rangkai kepada laman web lain atau sama 2. Email pelanggan
  12. 12. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat Aplikasi perisian yang menguruskan komunikasi dalam talian dengan membolehkan pengguna untuk menghantar, menerima,menyimpan dan mengatur emel. Contohnya MS Outlook 3. Kemudahan rangkaian Traceroute adalah kemudahan rangkaian yang digunakan untuk menunjukkan laluan yang diambil oleh paket data melalui rangkaian Protokol Internet (IP). Contoh variasi IPv6 dan traceroute6 yang boleh didapati secara meluas 4. Pengurusan fail rangkaian Sistem yang melaksanakan perkhidmatan fail dan peranti di mana data disimpan. Mereka menyediakan akses yang lebih cepat data, pentadbiran yang lebih mudah, dan konfigurasi daripada pelayan fail yang mudah. Contohnya My Network Places) BAHAGIAN 3
  13. 13. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat RANGKAIAN TANPA WAYAR Kenali teknologi WIFI WI-FI merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity dan juga ia boleh dikenali WLAN. Penggunaannya adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar , titik capaian dan kad wi-fi yang diinstal didalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti LAN biasa. IEEE 802.11n keluarga besar standart dari IEEE 802.11. Sebelumnya ada 802.11 a, 802.11 b dan 802.11 g. Masing-masing mempunyai standart yang berbeza.
  14. 14. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat 3G Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G dan 2G.Ia juga merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit WiMax WiMax (Worldwide Interoperability for Microwave Access) ia merupakan teknologi wayerless terkini yang bersaing sama hebat dengan teknologi 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya bahkan dengan kos yang lebih rendah berbanding 3G.WiMax ia merupakan teknologi yang asalnya dari pengembangan teknologi WiFi IEEE 802.16 (Standarisasi WIMAX) Pada awalnya standard IEEE 802.16 beroperasi pada frekuensi 10 – 66 GHz dan memerlukan tower line of sight, menggunakan frekuensi yang lebih rendah iaitur 2– 11GHz, sehingga mudah diatur.Dan tidak memerlukan line-of-sight.kawasan yang dapat dicoverage sekitar 50km dan kecepatan transfer data=70Mbps. WiMax mampu menangani hingga ribuan pengguna sekaligus. Penghubung rangkaian WIFI/WLAN, WIMAX DAN 3G WIFI WIMax 3G Digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan atau pejabat. Digunakan untuk menghubung rangkaian- rangkaian WIFI di sesuatu kawasan yang luas Menjadi penghubung WIMax ke seluruh negara dan dunia.
  15. 15. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat Di Malaysia teknologi WiMax digunapakai oleh YES 4G dan P1 WiMax, manakala teknologi 3G/ LTE digunapakai oleh maxis, digi, celcom …….. Antara sebab-sebab Yes 4G menggunakan teknologi WiMax -1BESTARINET Satu “Base Station” boleh menyediakan perkhidmatan kepada kawasa sejauh 50KM dengan itu implimentasinya cepat dan murah terutamanya jika melibatkan kawasan luar bandar. Oleh kerana ia wireless, penjimatan dari segi tiada kabel bawah tanah yang perlu ditarik ke bangunan yang hendak dipasangkan internet. Sekali lagi ia menjimatkan kos. Kelajuannya yang tinggi dan konsisten berbanding 3G. Buat masa ini, Yes 4G masih lagi mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan konsistensi. Namun LTE mempunyai kelebihan dari segi sokongan pengeluar telefon pintar serta potensi pelanggan yang sedia ada.Namun dari perkhidmatan WiMax seperti Yes 4G tidak akan hilang kerana ia sangat berguna dalam meningkatkan penembusan internet di kawasan luar bandar. LTE WiMax dibina di atas teknologi WiFi manakala 4G LTE dibina atas teknologi selular menyebabkan kedua-duanya berbeza dari penggunaan peranti.Selain itu teknologi LTE menggunakan MIMO (Multiple Input Multiple Output), teknologi yang memerlukan antena tambahan pada pancaran pangakalan rangkaian untuk transmisi data, maka pengguna perlu membeli mobile device (teknologi baru) untuk menggunakannya Kekurangan yang dimiliki oleh teknologi LTE antara lain adalah biaya untuk infrastruktur jaringan baru realtif mahal. Selain itu jika jaringan harus diperbaharui maka peralatan baru harus diinstal. Perbezaan antara WiMax dan LTE WiMax LTE Asal usul bermula dari rangkaian jalur lebar cth internet Asal usul dari rangkaian telefon bimbit cth celcom Kesambungan teknologi wifi Kesambungan teknologi 3G Pembayaran bill melanggan adalah murah Pembayaran bil melanggan adalah mahal Teknologi yang wujud terlebih dahulu Teknologi yang wujud kemudian Sudah digunakan di 150 buah negara Masih dalam proses tahap pengembangan Dibangunkan dengan menggunakan teknologi lebih murah Dibangunkan dengan menggunakan teknologi mahal Tidak bergantung pada perkembangan teknologi Bergantung pada perkembangan teknologi Permintaan merosot kerana pengguna lebih gemar guna smartphone berbanding jalur lebar Permintaan meningkat kerana keperluan utama pengguan adalah smartphone dan ia menggunakan perkhidmatan LTE
  16. 16. Sinari masa depan anda Kuasai teknologi maklumat

×