• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Perkembangan fizikal
 

Perkembangan fizikal

on

  • 2,830 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,830
Views on SlideShare
2,830
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
0
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Maklumat yang dinyatakan boleh dimantapkan lagi dengan merujuk kepada kajian-kajian yang telah dijalankan.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Perkembangan fizikal Perkembangan fizikal Presentation Transcript

    • DISEDIAKAN OLEH : Anonymous
    •  Perkembangan fzikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota- anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007) Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
    • 1) Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki2) Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar3) Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik4) Aspek berbeza berkembang pada tahap berbeza
    • Fasa pembenihan PrenatalFasa fetal Fasa embrio
    •  Perkembangan organism bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu. Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua ovarinya. Selepas seorang wanita mencapai aki baligh, satu ovum akan mencapai tahapkematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi.
    •  Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia. Persenyawaan berlaku berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di bahagia atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari. Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebagai haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.
    •  Peringkat prenatal ialah selama sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal stage), embrio dan fetal.
    •  Fasa ini bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim. Tempoh fasa ini biasanya selama dua minggu. Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim. Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian sistem saraf, otk, organ dan bahagian lain badan.
    •  Sel-sel baru ini akan menerima salinan gen-gen yang diperturunkan daripada ibubapa. Gen-gen ini mengandungi DNA (Deoxyribonucleic acid) . Aturan-aturan struktur DNA yang banyak akan menyebabkan trait dan baka berbeza. Tidak ada dua individu yang mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada zigot yang sama.
    •  Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa kedua perkembangan prenatal akan bermula. Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu kelapan selepas persenyawaan. Pada fasa ini, organisma yang terbentuk dipanggil embrio. Pada minggu keempat perkembangan otak bermula, mata, telinga dan mulut mula terbentuk. Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki.
    •  Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat. Tali pusat ini juga membawa karbon dioksida dan bahan kumuh daripada embrio kepada ibu untuk dikumuhkan. Perkembangan yang agak pesat berlaku pada fasa ini. Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan dibentuk pada fasa ini.
    •  Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran bayi. Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah mula terbentuk dan isyarat daripada otak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan. Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan keenam agak pesat. Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria- deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi.
    •  Pada bulan ketujuh, sekiranya bayi lahir, ia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah pernafasan. Dengan teknologi hari ini, peluang hidup bayi ini agak tinggi. Pada peringkat ini juga, berat badan dan panjang bayi bertambah. Fetus mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.
    •  Secara purata, berat bayi semasa kelahiran lebih kurang 3.5kg. Pada dua tahun yang pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku pada kadar yang pesat. Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan ketinggian sebanyak 40cm. Saiz dan kompleksiti otak bertambah. Sel-sel neuron dalam otak berkembang namun organisasinya memerlukan pengalaman selepas lahir.
    •  Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6 – 8 bulan) Pertumbuhan gigi bermula pada gusi bawah dahulu kemudian diikuti dengan pertumbuhan gigi pada gusi atas. Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan. Dalam masa yang sama, perkembangan otot-otot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi mencapai, menggenggam dan koordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan. Diakhiri tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks seperti memegang pensil krayon dan melukis.
    •  Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak- kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh belari terlebih dahulu sebelum belajar bergerak menggunakan kasut roda.
    • Umur (tahun) Perkembangan psikomotor 2 Menaiki tangga dengan bantuan Memegang objek-objek besar seperti bola Memanipulasi objek-objek kecil seperti krayon 3 Melambung bola Menunggang basikal tiga roda Membutangkan bajunya dengan sendiri 4 Melompat dan berlari Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan 5 Menggunakan kasut roda Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang mudah.
    •  Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran- kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun.
    •  Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.
    •  Perkembangan oto-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak- kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak.
    •  Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh.
    •  Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh badannya bertambah tegap. Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namum tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.