• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bab i gani
 

Bab i gani

on

  • 756 views

 

Statistics

Views

Total Views
756
Views on SlideShare
756
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
25
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bab i gani Bab i gani Document Transcript

    • 1 BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Di Malaysia, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pula diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Kedudukan istimewa yang diberikan kepada bahasa Melayu ini berkaitan erat dengan proses pembinaan negara Malaysia sebagai “Negara Baharu”. Proses pembinaan negara ini bermaksud proses pewujudan negara bangsa yang berasaskan jati diri setempat dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Dalam konteks ini, bahasa Melayu dijadikan unsur pembinaan jati diri rakyat Malaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua kaum. Peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat penting dalam memelihara kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai alat untuk menyatu padu dan mengharmonikan hubungan antara pelbagai kaum di negara ini. Hal ini pernah ditegaskan oleh Asmah (1982 : 22):
    • 2 Banyak faktor boleh dinyatakan bagi pembentukan rakyat yang bersatu padu, seperti agama, budaya dan bahasa. Daripada yang tiga ini bahasa adalah dan telah terbukti sebagai faktor yang paling berkesan. Tanpa satu bahasa rasmi yang sama-sama difahami secara jitu dan menyeluruh, perpaduan dalam kalangan rakyat berkemungkinan besar sukar untuk dicapai. Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai wahana komunikasi, tetapi juga sebagai penentu dalam menjamin keharmonian masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, bahasa Melayu yang menjadi wahana perhubungan rakyat sewajarnya dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Kemajuan ekonomi yang telah dan bakal dinikmati akan menjadi hambar dan sia-sia tanpa perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat. Dalam melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, proses pembinaan bahasa dan penggunaannya oleh masyarakat menjadi matlamat terpenting. Bahasa Melayu yang telah dikembangkan tidak bererti apa-apa selagi tidak digunakan oleh ahli masyarakatnya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah perancang bahasa Melayu di Malaysia telah mengadakan usaha yang tegas untuk meluaskan penggunaannya kerana dalam masyarakat yang berbilang bahasa, peranan bahasa Melayu perlu dipermantap lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan. Selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua sekolah kerajaan. Hal ini bermakna bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia selain menjadi satu mata pelajaran tunggal yang diwajibkan
    • 3 lulus untuk mendapat sijil penuh dalam peperiksaan awam. Menyedari hakikat ini, semua pelajar di sekolah menengah perlu menguasai bahasa Melayu supaya mereka lulus mata pelajaran ini pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kegagalan dalam mata pelajaran ini akan menyebabkan calon gagal memperoleh sijil penuh. Sehubungan itu, tidak hairanlah dunia pendidikan di negara ini mengalami perkembangan pesat, terutama dalam era reformasi pendidikan, kemajuan teknologi maklumat, globalisasi, revolusi pengetahuan, revolusi pengurusan, k-ekonomi, dan sebagainya menyebabkan pendekatan bersepadu pendidikan bahasa Melayu dijadikan sebagai terjemahan serta realisasi falsafah pendidikan negara diberi tumpuan utama. Pengurusan pendidikan dan profesion keguruan dalam konteks ini menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan perubahan “mindset,” sikap, dan nilai, pengetahuan dan kemahiran serta kualiti ke arah pembangunan manusia dan bertanggungjawab untuk merealisasikan matlamat serta kehendak negara. Matlamat pendidikan negara telah dijelaskan dalam kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu bagi sekolah rendah dan menengah oleh Bahagian Perancangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum tersebut menggariskan bahawa pengajaran yang lengkap, iaitu aspek kenahuan dan kecekapan berbahasa ditafsir dan diajar sebagai dua aspek kebahasaan yang saling melengkapi. Matlamat program pengajaran bahasa Melayu adalah untuk mewujudkan golongan pelajar yang berketrampilan dalam penggunaan bahasa Melayu, sama ada dari segi kemampuan menghasilkan output bahasa ataupun dari segi ketepatan dalam pemahaman input
    • 4 bahasa ataupun dari segi ketepatan dalam pemahaman input ( Zulkifley Hamid, 2005: 2). Dalam melaksanakan dasar negara, pendidikan dan profesion keguruan memikul tanggungjawab memberi pendidikan berkualiti, membentuk masyarakat berpengetahuan, dan produktif sesuai dengan kemajuan dalam era teknologi maklumat. Justeru, pendidik perlu bersedia mengikuti dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan untuk membolehkan mereka menjalankan peranan sebagai agen perubahan dalam masyarakat yang sedang maju dan berubah. Inovasi dan idea baharu yang kreatif lagi inovatif yang berlaku dalam sistem pendidikan supaya guru dapat mempelajari, mengaplikasi, dan mengembangkannya sebagai asas untuk membina serta mengembangkan potensi minda pelajar. Salah satu aspek yang penting dalam pembelajaran bahasa Melayu adalah kemahiran menulis. Kemahiran ini merupakan salah satu unsur dalam perkembangan bahasa. Selain dari ungkapan verbal bahasa juga disebarkan melalui tulisan. Oleh sebab itu, kemahiran menulis dalam bahasa Melayu dipelajari sejak pra sekolah sehingga kepada peringkat yang paling tinggi kerana masalah menulis berlaku dalam setiap medium usia dan tahap pendidikan. Kajian-kajian tentang penulisan juga turut menyentuh kesalahan-kesalahan penulisan yang dilakukan oleh siswa pengajian tinggi. Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga
    • 5 dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1999). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020. 1.2 Latar Belakang Kajian Kepentingan kemahiran mengarang bukan sahaja untuk untuk tujuan akademik seperti menjawab soalan peperiksaan, menulis laporan, dan tugasan tetapi juga untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian dan profesional di tempat kerja. Dalam usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara industri, guna tenaga mahir amat diperlukan. Penggunaan tenaga mahir ini bukan sahaja dalam konteks sains dan teknologi tetapi juga kemahiran bahasa khususnya kemahiran menulis.. Dengan hal yang demikian, murid sekolah masa kini, harus diberi latihan yang membolehkan mereka mempelajari dan menggunakan kemahiran tersebut sejak awal lagi. Justeru, bentuk pengajaran yang sesuai perlu diamalkan oleh guru agar kemahiran mengarang dapat diajar dengan lebih berkcsan kepada pelajar di sekolah. Di Amerika Syarikat, teori dan amalan pengajaran kemahiran mengarang telah mengalami perubahan dalam tempoh 25 tahun yang lalu. Ekoran daripada dapatan kajian tentang proses mengarang pelajar yang berbentuk rekursif (Emig 1971; Mischel 1974; Stallard 1974) dan bukan linear (Rohman and Wlecke 1964),
    • 6 pendekatan pengajaran juga turut berubah. Peralihan pendekatan pengajaran kemahiran mengarang berlaku iaitu dari yang berfokuskan hasil karangan kepada proses mengarang. Sejak kajian Emig (1971), proses mengarang tidak dilihat sebagai satu proses yang statik dan bergerak dalam bentuk berurutan; langkah demi langkah. Sebaliknya, proses mengarang merupakan satu proses yang dinamik yang memperlihatkan pergerakan berulangan dan bertindanan antara satu proses dengan satu proses yang lain (Flower and Hayes 1980, ]981). Ekoran dari dapatan itu juga, pengajaran kemahiran mengarang disyorkan supaya memberi tumpuan yang lebih kepada proses yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil karangan semata-mata. Dalam pengajaran kemahiran mengarang, proses mengarang yang melibatkan penggunaan strategi dan teknik mengarang menjadi tumpuan guru. Ini menunjukkan kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran guru dengan bentuk proses mengarang di kalangan pelajar. Pengalaman mengajar bahasa Melayu di tahap 2 selama lebih 10 tahun menyedarkan penyelidik bahawa murid yang bermasalah dalam bidang penulisan adalah disebabkan mereka tidak mengetahui cara menulis dan menterjemahkan idea dengan betul. Ada pendapat yang mengaitkan kegagalan seseorang murid itu menulis dengan ketiadaan bakat. Sepanjang pengalaman penyelidik sebagai pendidik, ada murid yang memiliki bakat menulis tetapi keputusan peperiksaannya terutama dalam aspek penulisan agak mengecewakan. Ada juga murid yang tiada bakat menulis tetapi berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi, pelajar terbabit berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Ahmad Khair Mohd. Nor (2005)
    • 7 menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Pada pendapat penyelidik, semua murid boleh menulis dan harus tahu menulis dalam hidup mereka dengan syarat mereka tahu teknik menulis dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk menulis. Kemahiran menulis ini boleh diperoleh jika murid tahu cara-cara yang mudah untuk menulis. Pengetahuan mengenai teknik menulis ini boleh menjadi asas kepada murid untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik menerusi tulisan. Sudah pasti murid yang memiliki bakat menulis mempunyai kelebihan tetapi harus kita sedar bahawa bakat sahaja belum cukup untuk membawa kejayaan dalam aspek penulisan kerana ada pelbagai aspek lain yang turut mempengaruhi kejayaan pelajar dalam penulisannya. Antara aspek lain yang penting untuk memahirkan seseorang itu menulis ialah: (1) Kemahiran untuk memikir secara kritikal sesuatu topik itu. (2) Semangat yang tinggi untuk berlatih menulis. (3) Kesanggupan untuk melakukan kesilapan ketika menulis. (4) Membaca dengan meluas. Murid juga ramai gagal menulis kerana mereka tidak mempunyai keyakinan menulis. Setiap kali murid ingin menulis sudah pasti setiap kali itu juga perasaan tidak yakin akan kemampuan mereka timbul lalu sikap negatif ini menjadi satu kelaziman yang menghalang perkembangan pelajar untuk memahirkan diri mereka menulis dengan baik.
    • 8 Sebenarnya, murid harus menanam keyakinan menulis dalam diri mereka terlebih dahulu. Setiap kali mereka berasa malas atau tidak suka menulis, murid harus meneriakkan kata-kata perangsang yang mendalam dalam jiwa mereka bahawa mereka akan menulis kerana yakin mereka mampu menyiapkan satu karangan dengan sebaiknya. Suara keyakinan inilah yang membentuk jiwa murid untuk meminati penulisan lalu akan menjadi mahir pada suatu masa nanti tanpa mereka sedari. Hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Keadaan ini menyebabkan seseorang murid yang tidak memiliki kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan bukan kerana diri mereka tidak bijak tetapi mereka tidak memiliki kemahiran untuk meluahkan kebijaksanaan mereka itu dalam bentuk tulisan. Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Ia bukan hanya setakat mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja. Apabila kanak-kanak menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif (passive receptors) tetapi berperanan sebagai interaktor aktif (active interactors) yang saling bertindak dengan bahasa yang digunakannya (Allen 1991). Menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya (Tindal &
    • 9 Marston 1990). Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989). Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan ide, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat (Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula memperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan. Menulis adalah satu aktiviti kehidupan harian. Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan. Kemahiran menulis sebenarnya merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.
    • 10 Kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama peringkat prapenulisan, peringkat kedua peringkat mekanis dan peringkat ketiga peringkat pelahiran. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Manakala konsep menulis pula adalah kemahiran menulis yang melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dijelmakan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Peringkat menulis pelahiran merupakan peringkat yang ketiga dalam kemahiran menulis. Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Guru boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian murid boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Murid juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
    • 11 Pendekatan berpandu merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam mempelajari kemahiran menulis peringkat pelahiran. Kaedah ini menekankan kepada pembelajaran menulis yang ditetapkan hasilnya. Berikut merupakan beberapa contoh aktiviti pembelajaran menulis peringkat pelahiran yang menggunakan pendekatan berpandu; 1. Isi karangan telah diberikan oleh guru 2. Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. 3. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. 4. Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. 5. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru. 6. Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid- murid. 7. Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid- murid. 8. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. 9. Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap. Melihat kepada permasalahan menulis dalam kalangan murid dan kepentingan kemahiran menulis dalam pembelajaran maka satu kajian dilakukan dengan tajuk
    • 12 „Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Peringkat Pelahiran (Surat Kiriman Rasmi) Menggunakan Pendekatan Berpandu‟. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan masalah murid dalam penulisan surat rasmi dan mengkaji keberkesanan pendekatan berpandu dalam meningkatkan kemahiran menulis peringkat pelahiran (surat rasmi) dalam kalangan murid tahun lima. 1.3 Masalah Kajian Responden yang dipilih dalam kajian ini merupakan murid dari kelas berpencapaian sederhana. Kebanyakan responden yang dipilih mempunyai pencapaian di antara 40 hingga 60 peratus dalam bidang penulisan. Terdapat juga murid yang tidak tahu membaca dan tidak dapat menulis karangan. Situasi ini akan menyukarkan pengkaji untuk memilih responden yang sesuai. Menurut Hj Abd Razak Dali, Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Pengkaji juga mendapati, perbezaan individu yang ketara dalam kalangan pelajar kelas lima C dan Lima D. Terdapat murid yang aktif dalam pembelajaran dan ada yang terlalu pasif. Selain itu juga pencapaian dalam akademik dalam kalangan mereka mempunyai jurang pencapaian yang ketara terutama di antara murid kelas C dengan murid kelas D. Perbezaan individu yang jauh ini menyebabkan pengkaji menyediakan instrumen pembelajaran yang mengikut tahap kemahiran murid. Menurut Gainen dan Locatelli (1995), pencapaian seseorang pelajar dipengaruhi oleh
    • 13 interaksi antara tiga faktor iaitu ciri pelajar, hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan persekitaran pembelajaran. Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah kumpulan (Santhi Suppiah, 1998; Dunn dan Dunn, 1978). Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar mempunyai kepelbagaian dan kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini mempunyai gaya pembelajaran yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya belajar yang berbeza disesuaikan mengikut persekitaran. Murid tahun lima merupakan pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun berikutnya. Pihak sekolah sudah pasti telah menyediakan rancangan atau jadual program peningkatan pencapaian akademik. Oleh sebab itu, penyelidik mungkin menghadapi kesukaran untuk menentukan masa kajian dijalankan. Penyelidik perlu mengadakan perbincangan dengan pentadbiran sekolah bagi tujuan kajian ini. Untuk menentukan sesuatu kajian mendapat hasil yang baik dan mempunyai kesahkan. Semua responden yang dipilih haruslah terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Sekiranya terdapat responden yang tidak hadir dalam satu-satu kelas pembelajaran, sudah tentu ianya akan mengganggu kesahan data yang diperolehi.
    • 14 Antara faktor yang mempengaruhi minat murid untuk belajar adalah faktor persekitaran kelas yang kondusif. Kelas pembelajaran yang kotor dan usang akan menyebabkan minat murid untuk belajar terhakis. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan pelaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar. Oleh sebab itu, penyelidik perlu memastikan faktor persekitaran tidak mempengaruhi hasil kajian. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengadakan aktiviti yang menarik minat murid mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang diadakan. 1.4 Soalan Kajian. Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut; 1. Apakah kelemahan-kelemahan kemahiran menulis peringkat pelahiran (surat kiriman rasmi) yang dilakukan oleh murid? 2. Adakah murid dapat menulis surat rasmi dengan betul selepas menggunakan pendekatan berpandu?
    • 15 3. Adakah mutu tulisan murid bertambah baik selepas kajian ini? 1.5 Objektif Kajian Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk; 1. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dilakukan oleh murid semasa menulis surat rasmi. 2. Murid dapat menulis surat rasmi dengan betul. 3. Mengukur hasil tulisan murid selepas proses pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpandu. 1.6 Batasan Kajian Kajian ini akan dilakukan di sebuah sekolah yang terletak 7 kilometer dari bandar Tawau. Seramai 30 orang murid akan dipilih sebagai responden. Untuk memilih responden ini, pengkaji tidak melibatkan murid dari kelas yang mempunyai pencapaian yang baik dalam penulisan kerana hasil kajian yang diperolehi akan lebih menjurus kepada input yang baik dan tidak mempunyai kesahan yang tinggi.
    • 16 Responden yang hendak dipilih juga perlu diberikan ujian untuk membolehkan pengkaji memilih responden yang sesuai untuk tujuan ini. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah menjurus kepada penulisan peringkat pelahiran (surat rasmi) kerana kajian ini hanya khusus untuk melihat mutu surat kiriman rasmi yang ditulis oleh responden selepas menggunakan pendekatan berpandu. Pengkaji juga hanya akan melakukan kajian ini selama 3 bulan. Oleh sebab itu, pengkaji perlu merancang aktiviti yang sesuai dengan mengambil kira faktor masa yang dirancang. Sekiranya hasil kajian yang diperolehi tidak mencapai objektif selepas tamat masa kajian penyelidik perlu mengesan kelemahan-kelemahan yang dilakukan semasa kajian. Pengkaji juga hanya akan menggunakan pendekatan pembelajaran yang dipilih. Oleh sebab itu pengkaji perlu merangka dan membina rancangan pengajaran harian yang meggunakan pendekatan berpandu. Sekiranya terdapat masalah yang timbul hasil menggunakan kaedah ini seperti penglibatan murid, penyelidik tidak boleh menggunakan pendekatan yang lain kerana ianya akan menyebabkan hasil kajian tidak menjurus kepada matlamat yang dikaji. Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik juga tertakluk kepada kerjayanya sebagai seorang guru. Oleh sebab itu, penyelidik perlu merancang masa kajian yang sesuai. Penyelidik juga perlu memaklumkan pihak pentadbir tentang tujuan kajian ini.
    • 17 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Surat Kiriman Rasmi Surat kiriman rasmi merupakan karangan yang berbentuk penulisan surat berformat untuk tujuan rasmi seperti surat untuk jabatan dan agensi kerajaan atau pihak yang berkaitan dengan pentadbiran. Surat ini ditulis menggunakan format-format tertentu. Dalam buku Nota Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti keluaran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) surat rasmi dimaksudkan sebagai alat komunikasi yang ditulis aleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi di antara satu sarna lain. 1.7.1 Pendekatan Berpandu Satu pendekatan pembelajaran yang merujuk kepadan menulis karangan berdasarkan panduan guru. Contoh pendekatan ini adalah seperti di bawah. 1. Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. 2. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. 3. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya
    • 18 1.7.2 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Deuel (1995) berpendapat, kemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas 3M. Guru perlu peka terhadap bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh membantu murid bermasalah dalam menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri. Kemahiran menulis sebenarnya merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan. (Hashim Othman,2005) 1.7.3 Peringkat Pelahiran Peringkat pelahiran merupakan peringkat ketiga dalam kemahiran menulis. Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.
    • 19 1.8 Kepentingan Kajian Secara khususnya, hasil kajian ini akan memberikan manfaat kepada murid-murid tahap 2 dalam mempelajari kemahiran menulis surat kiriman rasmi. Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada hasil penilaian penyelidik terhadap pencapaian akademik dalam penulisan bahasa Melayu peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Pendekatan berpandu dipilih berdasarkan pengalaman penyelidik mengajar penulisan bahasa Melayu tahap 2 di sekolah lamanya. Melalui kaedah ini dipercayai akan memberikan peluang kepada murid mempelajari kemahiran penulisan surat rasmi dengan pendekatan yang sesuai. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru bahasa Melayu tahap 2 dalam mengajar penulisan karangan di sekolah. Masalah penulisan karangan bahasa Melayu sememangnya boleh dianggap runcing kerana bahasa Melayu merupakan bahasa pertama dalam konteks negara kita. Guru-guru ada kalanya keliru dalam memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu di sekolah. Keadaan ini berlaku apabila pencapaian kemahiran menulis karangan bahasa Melayu tidak meningkat dan rendah pencapaian. Hasil kajian ini boleh dirujuk sebagai salah satu pendekatan yang rasional sekiranya objektif kajian dapat dicapai. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pengkaji-pengkaji seterusnya terhadap kemahiran menulis karangan. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik menggunakan instrumen-instrumen yang mempunyai kesahan. Pendekatan yang dipilih juga merupakan pendekatan pilihan dalam bidang penulisan.
    • 20 Walaupun begitu, instrumen kajian yang digunakan dalam kajian, dibina berdasarkan kepada faktor murid dalam kelas. Masalah-masalah murid dalam penulisan peringkat pelahiran mungkin tidak sama dengan murid sekolah lain. Oleh itu, pengkaji lain perlulah membina instrumen berdasarkan bedasarkan kepada murid di sekolah yang dipilih. 1.9 Rumusan Dalam bab pengenalan ini, penyelidik telah mengatakan tentang maksud tajuk kajian, latar belakang kajian, masalah kajian, kepentingan kajian, persoalan dan objektif kajian. Berdasarkan kepada kepentingan menulis dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penulisan surat rasmi, maka kajian ini dilakukan dengan harapan masalah penulisan surat rasmi dapat di atasi.
    • 21 BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan keberkesanan pendekatan berpandu dalam mempelajari kemahiran menulis peringkat pelahiran (surat kiriman rasmi). Bab 2 ini akan membincangkan tentang kemahiran menulis, peringkat peringkat kemahiran menulis, tujuan dan kepentingan menulis, pedagogi kemahiran menulis pendekatan berpandu dari segi istilah dan konsep, keberkesanan pendekatan berpandu berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu. 2.2 Sorotan Kajian 2.2.1 Kemahiran Menulis Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang
    • 22 tahun 2020. Abdul Rashid Jamian (2008) mentakrifkan kemahiran menulis sebagai suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri (Roselan Baki, 2003). Selain itu, sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada awal 2003 juga mengandungi tiga bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, berfikir dan nilai. Menurut Abdullah Hassan (2004) sukatan pelajaran lama yang terdahulu tidak memberi tekanan kepada tiga kemahiran baru ini. Murid hanya diajarkan tatabahasa dan terpulanglah kepada murid tersebut menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri. Dalam kurikulum baru, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan
    • 23 suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Yahya Osman (2005) pula mentakrifkan kemahiran menulis sebagai suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Menurut Ann Raimes (1983:3) in Techniquesin Teaching Writing, kemahiran menulis dapat: a. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. b. Memberi peluang kepada pelajaruntuk menerokai bidang bahasa. c. Memperluas pengetahuan kepada pelajar untuk melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran. 2.2.2 Kepentingan Kemahiran Menulis Kepada Murid Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid kerana dalam setiap proses pemmbelajaran murid tidak boleh lari dari menulis. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada
    • 24 juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Pendapat Noorazman Mahat ini turut disokong oleh Suhaimi Yunus (2009) yang mengatakan bahawa “ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid- murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telahpun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd Aziz dalam bukunya, “Penguasaan Kemahiran Menulis” menekankan bahawa kemahiran menulis penting dalam kalangan pelajar kerana mereka bakal menjadi penulis yang akan mengisi khazanah dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah sesuatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada bentuk disiplin diri, ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai.
    • 25 Ishak (1979) pula, menganggap mengarang merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dimiliki murid kerana sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pendapat. Ini bukan sahaja tertumpu kepada mata pelajaran bahasa Melayu bahkan juga dalam semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Menulis karangan adalah teknik pengujian yang paling penting digunakan bagi menguji kemahiran penulisan pelajar. Dalam peperiksaan, menulis karangan merupakan satu tugasan yang menguji buah fikiran, pengetahuan, kebolehan menyampai maklumat pelajar. Oleh yang demikian, pelajar perlu cekap dan mahir dengan teknik-teknik mengarang di samping berkebolehan memahami tajuk atau kehendak soalan supaya isi yang disampaikan itu tepat dan spesifik. 2.2.3 Masalah kemahiran menulis peringkat pelahiran. Isi yang tidak mantap merupakan isu utama dalam penulisan karangan pelajar yang dijadikan subjek kajian. Kegagalan mereka mengembangkan idea berkait rapat dengan konsep pautan atau runtutan yang tidak dikuasai oleh mereka. Menurut Halliday & Hassan (1976), pautan ialah ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sesuatu pengetahuan yang padu atau memperlihatkan pautannya (Wong, 1993: 307). Pelbagai teknik telah
    • 26 diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar menulis karangan yang mempunyai pautan bagi menjadikan sesebuah karangan itu mantap Kegagalan menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid akan mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis akan menghadapi masalah untuk melontarkan pandangan atau ideanya dalam bentuk tulisan. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis juga merupakan murid yang tidak tahu membaca. 2.3 Kajian Tentang Kemahiran Menulis Peringkat Pelahiran Di Amerika Syarikat, teori dan amalan pengajaran kemahiran mengarang telah mengalami perubahan dalam tempoh 25 tahun yang lalu. Ekoran daripada dapatan kajian tentang proses mengarang pelajar yang berbentuk rekursif (Emig 1971; Mischel 1974; Stallard] 974) dan bukan linear (Rohman and Wlecke 1964), pendekatan pengajaran juga turut berubah. Proses mengarang merupakan satu proses yang dinamik yang memperlihatkan pergerakan berulangan dan bertindanan antara satu proses dengan satu proses yang lain (Flower and Hayes 1980, 1981). Ekoran dari dapatan ilU juga, pengajaran kemahiran mengarang disyorkan supaya memberi tumpuan yang lebih kepada proses
    • 27 yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil karangan semata-mata. Dalam pengajaran kemahiran mengarang, proses mengarang yang melibatkan penggunaan strategi dan teknik mengarang menjadi tumpuan guru. Ini menunjukkan kepentingan penyelarasan bentuk pengajaran guru dengan bentuk proses mengarang di kalangan pelajar. Dalam pembelajaran karangan bahasa Melayu, guru-guru di sekolah telah banyak menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Walau bagaimanapun, masalah penulisan karangan dalam kalangan murid masih berlaku terutamanya untuk melontarkan idea. Menurut Nasirah binti Mohd Ghazali (2009) dalam kajian beliau yang bertajuk “Melonjakkan Penguasaan Murid Dalam Aspek Pemikiran Dan Penulisan Melalui Strategi SB3T” beliau mendapati sebahagian besar murid (80%) Tingkatan 4 kurang berminat dan kurang aktif dalam melontarkan dan mengupas idea semasa perbincangan meskipun guru telah memberi pendedahan tentang penggunaan alat-alat bantu berfikir seperti Alat-alat CoRT1, Polisosek (Politik, Sosial dan Ekonomi) dan KEDiMaSNA (Keluarga, Ekonomi, Diri, Masyarakat, Sekolah dan Negara). Hanya segelintir murid sahaja (5%) yang tekun mencatat maklumat hasil daripada perbincangan dan pembentangan rakan walaupun telah beberapa kali diingatkan oleh guru. 2.4 Kajian Tentang Keberkesanan Kaedah Berpandu Kaedah berpandu merupakan kaedah pembelajaran penulisan karangan yang belum pernah dikaji oleh mana-mana pengkaji sebelum ini. Keadaan ini berlaku disebabkan
    • 28 kewujudan kaedah ini berdasarkan kepada salah satu bentuk pengujian kemahiran penulisan karangan iaitu karangan berpandu. Kaedah ini telah digunakan oleh pengkaji dalam kelas pembelajaran yang dijalankannya sebelum ini. Hasil pemerhatian pengkaji, penggunaan kaedah berpandu dalam kelas pembelajaran yang dilakukannya telah berjaya meningkatka kemahiran murid menulis surat kiriman tidak rasmi. Sebelum penggunaan kaedah ini dalam pembelajaran surat kiriman, pengkaji mendapati hasil penulisan murid tidak mempunyai hala tuju, kekurangan isi kandungan, terdapat pengulangan isi, kesalahan format dan tidak mempunyai krolonogi penceritaan maksud. Setelah menggunakan kaedah ini, masalah-masalah hasil penulisan sebelum ini dapat dikurangkan dengan kadar yang tinggi. Kaedah berpandu yang cuba dikaji oleh pengkaji ini mempunyai ciri-ciri dan langkah pengajaran yang khusus mengikut pengamatan pengkaji. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut; 1. Format surat kiraman disediakan sebagai panduan melalui garisan-garisan kosong. 2. Isi surat kiriman dipandu menggunakan soalan-soalan yang tertentu. 3. Penggunaan kartun berdialog untuk panduan pemahaman isi surat. 4. Penyambungan ayat-ayat dalam perenggan 5. Penulisan berperingkat. 6. penyambungan idea seperti melengkapkan cerita. 7. Pemilihan perkataan
    • 29 8. Penggunaan Peta Minda Langkah-langkah pengajaran berpandu mengikut penglaman pengkaji pula adalah seperti berikut; 1. Penerangan guru terhadap soalan 2. Panduan untuk menulis surat kiriman seperti format, gambar, dialog dan pemilihan perkataan hanya digunakan dalam dua aktiviti penulisan. 3 Penuilisan tanpa panduan dilakukan sebanyak dua kali selepas penulisan berpandu untuk melihat kesan penggunaan karangan berpandu. 4. Murid membina panduan penulisan. Corak pembelalajaran kaedah berpandu ini dapat 2.4 Rumusan Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang dilakukan oleh penyelidik- penyelidik tentang kemahiran menulis, dapatlah diketahui bahawa kemhiran menulis merupakan salah satu cabang bahasa yang bersifat kompleks. Kepentingan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid amatlah dititikberatkan kerana semua bentuk ujian bahasa dalam penilaian akademik melibatkan kemahiran menulis.
    • 30 Berdasarkan kepada hasil-hasil kajian ini, penyelidik akan melaksanakan kajian ini berpandukan kepada cara-cara kajian mereka dilakukan terutamanya dalam membina instrumen kajian. BAB III METHODOLOGI KAJIAN
    • 31 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, cara pengumpulan data dan cara data dianalisis. 3.2 Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini berupa eksperimen kuasi. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan untuk melihat pencapaian dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan hasil analisis data melalui skema pemeriksaan karangan. Seramai 20 orang murid dari kelas tahun lima dipilih sebagai responden selepas penyelidik memperolehi keputusan peperiksaan sampel kajian. Penyelidik akan memilih responden berdasarkan pencapaian dalam penulisan bahasa Melayu. Tujuan penyelidik adalah untuk memastikan faktor responden yang dipilih tidak memberikan kesan kepada dapatan kajian. Sebelum kajian dilakukan, penyelidik akan mengedarkan borang maklumat responden bagi tujuan rujukan dan pemfailan. Borang maklumat ini mengandungi beberapa maklumat asas responden seperti nama, kelas, nama ayah dan ibu, nombor telefon dan maklumat pekerjaan ibu bapa. Maklumat-maklumat ini juga penting
    • 32 dalam menjalankan kajian kerana melalui maklumat ini, penyelidik akan mengetahui latar belakang responden. Kedua-dua kumpulan rawatan akan diberikan ujian pra untuk mengenal pasti kemahiran menulis responden sebelum kajian dijalankan. Hasil analisis pencapaian responden dalam kajian ini membolehkan penyelidik merancang aktiviti pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpandu untuk kumpulan rawatan. Responden dari kumpulan kawalan akan mempelajari kemahiran menulis surat rasmi secara pembelajaran biasa. Untuk mengelakkan ralat dalam kajian ini, proses pembelajaran kemahiran kumpulan kawalan akan dilakukan sendiri oleh penyelidik. Kumpulan rawatan pula akan mempelajari kemahiran menulis surat rasmi menggunakan pendekatan berpandu. Sepanjang aktiviti menulis karangan oleh responden, penyelidik akan membuat perhatian dan pertanyaan bagi tujuan mengesan kelemahan murid semasa menulis surat rasmi. Untuk tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan masa pembelajaran penulisan bahasa Melayu selama 2 bulan. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpandu selesai dalam tempoh yang dirancang, penyelidik akan mengadakan ujian pasca bagi membolehkan penyelidik melihat hasil pendekatan pembelajaran yang digunakan.
    • 33 Peringkat terakhir yang dilakukan oleh penyelidik adalah mengedarkan borang kaji selidik untuk melihat respon responden terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Maklum balas responden terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpandu juga merupakan salah satu instrumen untuk menilai keberkesanan pendekatan berpandu dalam mempertingkatkan kemahiran menulis surat rasmi. 3.3 Persampelan Populasi kajian ini merupakan pelajar tahun 5 di sekolah yang dipilih. Sampel pula terdiri dari 56 orang murid dari dua kelas yang dipilih. Markah peperiksaan sampel akan dianalisis mengikut tahap pencapaian. Kumpulan yang berpencapaian sederhana akan dipilih sebagai responden. Tujuan pemilihan cara begini adalah untuk mengelak pengaruh faktor responden terhadap dapatan kajian. Sampel yang mempunyai pencapaian tinggi sudah tentu boleh menulis surat rasmi dengan baik. Responden akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Setiap kumpulan terdiri dari 10 orang responden. 3.4 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, sebanyak 5 instrumen digunakan iaitu borang maklumat murid, set ujian pra, set ujian pasca, borang skema pemarkahan karangan bahasa Melayu, dan borang kaji selidik.
    • 34 Borang maklumat murid merupakan borang yang mengandung maklumat asas responden untuk rujukan dan panduan penyelidik. Maklumat asas murid ini membolehkan penyelidik mengenali latar belakang responden. Set ujian pra dan pasca merupakan satu set ujian penulisan surat kiriman rasmi. Kedua-dua soalan ini terdiri dari 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Dalam bahagian A, responden dikehendaki melengkapkan ayat dalam surat kiriman rasmi. Bahagian B pula, responden dikehendaki menulis surat rasmi dalam format yang disediakan manakala bahagian C pula responden dikehendaki menulis surat rasmi berdasarkan tajuk soalan yang diberi. Borang Skema Pemarkahan Karangan Bahasa Melayu pula merupakan borang yang mengandungi aspek-aspek yang perlu ada dalam karangan, Borang ini menggunakan skala likert sebagai hasil pencapaian responden. Rajah 3.1 menunjukkan contoh borang skema tersebut. Jadual 1: Kandungan Skema Karangan Tahap II Komponen/ Subkomponen Kecekapan a) Sosiolinguistik
    • 35 Tujuan l. Menulis karangan berorientasikan maklumat / pembaca/ penulis 2. Menghuraikan maklumat mengikut konteks dan situasi 3. Menjelaskan idea utama dan idea-idea sokongan 4. Memujuk pembaca dalam helaian 5. Melahirkan perasaan/pengalaman penulis Pembaca 6. Menggunakan kata panggilan yanq sesuai untuk khalayak 7. Memahami latar belakang khalayak 8. Berinteraksi dengan pembaca b) Wacana Pertalian (koheren) 9. Mempunyai idea kawalan 10. Mengembangkan idea berasaskan hubungan sebab-akibat 11. Mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan tajuk 12. Menghurai idea berdasarkan idea kawalan 13. Menggunakan gaya penulisan yang tepat 14. Membuat kesimpulan yang sesuai dengan tajuk Pefiautan (kohesi) 15. Membina pertautan dengan kata hubung yane sesuai 16. Membina pertautan dengan menggunakan perkataan yang sesuai (pengulangan kata, sinonim. antonim dll) 17. Mengglnakan penanda wacana yang sesuai 18. Membina wacana yang sempurna bagi karangan c) Tatabahasa 19. Menggunakan sistem eiaan bahasa Melayu dengan betul 20. Menggunakan tanda baca yang sesuai
    • 36 Mekanis 21. Menggunakan huruf kecil besar dengan betul 22. Memerenggankan karangan dengan rapi 23. Menggunakan format karangan yang betul Morfologi 24. Menggunakan kosa kata yang luas 25. Menggunakan kata dengan betul 26. Menggunakan imbuhan dengan betul 27. Menggunakan rangkai kata/ungkapan densan betul 28. Menggunakan laras bahasa yang sesuai Sintaksis 29. Menggunakan ayat yang betul strukturnva (lengkap) 30. Membina ayat yang.ielas maknanya 31. Menggunakan pelbagai ragam ayat dalam wacana Skala : 1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Sederhana 4 – Baik 5 – Sangat Baik Rajah 1 Borang kaji selidik merupakan borang yang mengandungi 10 soalan berkaitan hasil pembelajaran dan pendekatan yang digunakan. Murid akan menentukan jawapan YA atau TIDAK dalam soalan yang disediakan. 3.5 Kajian Rintis
    • 37 Kajian rintis merupakan satu kajian awal yang dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan. Tujuan kajian rintis adalah untuk menilai instrumen kajian dan cara kajian dilakukan. Kajian ini dilakukan ke atas beberapa murid yang dijadikan sebagai responden. Jumlah responden yang dipilih adalah sedikit bilangannya berbanding kajian sebenar. Walaupun begitu, jumlahnya adalah setara. Dalam menjalankan kajian rintis, semua instrumen kajian akan digunakan. Aktiviti dan program yang dirancang dalam kajian sebenar juga turut diaplikasikan. Melalui kajian rintis ini, penyelidik akan dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan instrumen yang dibina. Selain itu juga, penyelidik juga dapat mengesan kelemahan- kelahan aktiviti atau program yang dijalankan. Semua kelemahan yang dikenal pasti hasil kajian rintis ini akan dibaiki dan dimurnikan untuk memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kesahan yang tinggi. 3.6 Prosedur Pengumpulan Data Proses pengumpulan data dimulakan dengan menganalisis pencapaian sampel dalam penulisan bahasa Melayu tahun lima bagi tujuan pemilihan responden. Markah- markah sampel akan disusun 4 peringkat kumpulan iaitu Kumpulan cemerlang (80 – 100 markah), kumpulan lulus ( 60 – 79 markah), kumpulan sederhana (40 – 59 markah) dan kumpulan lemah( 0 – 39 markah).
    • 38 Peringkat seterusnya, penyelidik akan mengumpul borang maklumat murid dan memproses maklumat tersebut bagi tujuan rujukan latar belakang responden. Ini disebabkan faktor latar belakang juga merupakan faktor yang boleh mempengaruhi hasil kajian. Untuk merancang aktiviti yang sesuai dan berupaya menarik minat murid mengikuti sesi pembelajaran, penyelidik akan menganalisis hasil ujian pra yang dijalankan. Untuk menganalisis instrumen ini, penyelidik akan menggunakan borang skema pemarkahan sebagi menentukan tahap kemahiran responden, Untuk menguji keberkesanan pendekatan yang digunakan, ujian pasca akan dilakukan. Pada peringkat ini semua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan borang skema yang disediakan. Peringkat akhir pengumpulan data ialah menganalisis hasil dapatan borang kaji sedilik. 3.7 Cara Pemprosesan Data Data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pasca akan dianalisis menggunakan skala likert yang terdapat dalam borang skema karangan. Skala 1 menunjukkan pencapaian yang sangat lemah oleh murid, skala 2 menunjukkan pencapaian lemah, skala 3 menunjukkan pencapaian sedehana, skala 4 menunjukkan pencapaian baik dan skala 5 menunjukkan pencapaian yang sangat baik.
    • 39 Hasil tulisan murid akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan dalam borang skema karangan. Setiap kriteria akan mengandungi 5 pilihan tahap oleh pemeriksa. Hasil pilihan tahap ini akan dianalisis menggunakan kiraan peratus untuk menentukan hasil kajian. 3.8 Rumusan Melalui bab ini, penerangan tentang kaedah-kaedah kajian dilakukan dengan menjelaskan reka bentuk kajian, instrumen kajian, persampelan, prosedur pengumpulan data dan cara data diproses.