Your SlideShare is downloading. ×
MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKAN
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

MINI KAJIAN TINDAKAN

6,714

Published on

Published in: Education, Business, Technology
2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
6,714
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
179
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

• 1. AKTIVITI 4: TUGASAN 4 MINI KT
CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN MIKRO YAN MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
" WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
PESERTA KAJIAN:
Pelajar tingkatan 4 bagi subjek Perdagangan dan MatematikSETTING KAJIAN:
SMK Jalan Reko
AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KT
TUJUAN GURU (PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN) MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:

Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
• 2. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
• 3. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membanttu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan dan diberikan kuasa untuk membuat keputusan (empowerment)
• 4. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran.
• 5. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.
• 6. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
• 7. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
• 8. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
• 9. Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
• 10. Membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
• 11. Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

MENGAPA ANDA INGIN MELAKUKAN TAJUK YANG DIPILIH UNTUK MINI KAJIAN ANDA?
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN :
" WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
Faktor pemilihan tajuk ini:
1. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Windows movie maker turut berfungsi sebagai video menjadikannya sebagai media penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini secara tidak langsung akan mempermudahkan pemahaman seseorang pelajar dalam memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga boleh belajar secara individu mahupun berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar disamping mereka sepanjang masa. Ianya sangat bersesuaian dengan guru yang kerap melakukan kerja-kerja luar. 2. Memudahkan proses pengulangan dalam pembelajaran. Menerusi cara ini, pengajaran yang melibatkan pengulangan penerangan dapat dilakukan dengan mudah kerana tiada bahagian atau isi yang teritnggal. 3. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti menggunakan perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, mengendalikan alatan dan sebagainya memerlukan tunjuk ajar dan demonstrasi. Dengan adanya video ini pelajar boleh menonton dan mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman pelajar itu sendiri. 4. Memberi kuasa kawalan kepada pelajar. Penggunaan video ini, membolehkan pelajar memainkan video, memberhentikannya atau mengulangkan kembali klip-klip yang berkaitan. Secara tidak langsung membolehkan proses pembelajaran berlaku mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata. 5. Menjimatkan masa dan tenaga. Proses pengajaran menjadi lebih cepat menerusi video yang dipaparkan. Ini kerana proses penerangan yang panjang lebar dan demontrasi yang meleret-leret dapat dielakkan. Hal ini kerana proses penerangan menerusi video telah menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar yang secara tidak langsung memberi penjelasan yang lebih jelas lagi kepada para pelajar.
AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 MINI KT
KEKUATAN PENGAJARAN

PENGALAMAN

REFLEKSI INDIVIDU

Guru memberikan penerangan yang jelas terutamanya penerangan konsep dan definisi. Pembelajaran berpusatkan guru.
• 12. Guru mempunyai pengetahuan yang luas dan pakar dengan bidangnya.
• 13. Pelajar diberikan latih tubi yang banyak untuk memahirkan mereka.

KUMPULAN

Bagi subjek Perdagangan, guru pada masa itu lebih kepada memberi penerangan dan murid hanya mendengar. Memandangkan guru mempunyai perniagaan sendiri, jadi isi pengajaran lebih tertumpu kepada penceritaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Secara tidak langsung, pelajar lebih faham kerana guru menggunakan contoh yang nyata.
• 14. Selain itu, guru menggunakan keratan akhbar yang berkaitan topik yang ingin diajar sebagai bahan bantu mengajar. Sepanjang P&P, wujud interaksi dua hala antara guru dan pelajar.
• 15. Bagi subjek matematik, guru menggunakan konsep mentor mentee. Rakan yang pakar akan membantu rakan yang lain. Kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar tidak malu untuk bertanya sesama rakan sekiranya tidak faham berbanding denga guru yang mungkin menyebabkan pelajar takut dan malu bertanya. Di samping itu juga guru memberikan penerangan yang jelas sehingga pelajar benar-benar faham.
• 16. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)
• 17. Dapat menarik minat pelajar untuk memberi sepenuh perhatian disamping memudahkan untuk mengingat pengajaran guru.
• 18. Pelajar teruja dengan aplikasi teknologi yang digunakan oleh guru dalam proses P&P.
• 19. Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas dengan kaedah pengajaran tradisional.

C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)
AKTIVITI 7: TUGASAN 4 MINI KT
KELEMAHAN PENGAJARAN

PENGALAMAN

REFLEKSI INDIVIDU

Latih tubi yang terlalu banyak membuatkan pelajar jemu dan tidak menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan
• 20. Hanya wujud interaksi satu hala menyebabkan pelajar pasif dan mudah mengantuk.
• 21. Tidak menjana idea pelajar kerana hanya menerima penerangan daripada guru.

KUMPULAN

Bagi subjek perdagangan, pelajar tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru kerana sibuk menyalin nota di papan tulis. Oleh itu penerangan yang diberikan kurang berkesan kepada pelajar.
• 22. Proses P&P hanya berpusatkan kepada guru. Semua maklumat disampaikan oleh guru sahaja tanpa melibatkan penyertaan pelajar.
• 23. Bagi subjek matematik, terlalu banyak latih tubi diberikan selepas sesuatu topik diajar. Bagi pelajar yang tidak minat subjek matematik, mereka tidak akan membuat latihan dan akan meniru rakan yang telah siap. Ini menyebabkan pelajar yang lemah hilang minat dan cepat berasa bosan.
• 24. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)
• 25. Pelajar tidak memberi perhatian jika subjek itu tidak diminatinya.
• 26. Guru menggunakan teknik movie maker yang sama dan menyebabkan pelajar jemu.
• 27. Memerlukan alatan yang lengkap seperti speaker, skrin dan lain-lain.

C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)
AKTIVITI 8: TUGASAN 4 MINI KT
CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN:

INDIVIDU
• 28. Guru memberikan tugasan kepada pelajar membuat kerja lapangan.
• 29. Guru perlu mempelbagaikan kit pengajaran.
• 30. Guru menggunakan teknologi dalam P&P supaya pelajar terdedah dengan ICT.
• 31. PASUKAN
• 32. Menggunakan kaedah yang lebih menarik dan pelbagai supaya pelajar tidak mudah bosan seperti menggunakan kaedah movie maker dalam proses P&P.
• 33. Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar dengan menggunakan pembelajaran berasaskan masalah.
• 34. Mengadakan perbincangan secara berkumpulan menggunakan teknik jigsaw.
• 35. Menggunakan windows movie maker supaya penyampaian guru lebih jelas, menjimatkan masa untuk menyalin nota di papan tulis.
• 36. CADANGAN RAKAN (TEMUBUAL)
• 37. Guru perlu mempelbagaikan video yang menarik dan terkini.
• 38. Adanya penerapan nilai-nilai murni dalam video yang ditunjukkan.
• 39. Tayangan video selari dengan objektif pengajaran yang ingini dicapai.

LITERATURE REVIEW
PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka seringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran tidak begitu berkesan mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian.
AKTIVITI 9: TUGASAN 4 MINI KT
MATLAMAT KAJIAN:

Meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam kelas semasa proses P&P.
• 40. Meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi supaya kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (student centered learning) lebih berkesan.
• 41. Mengubah amalan pengajaran guru supaya lebih berkesan dan berpusatkan pelajar

OBJEKTIF KAJIAN:

Memberbaiki kaedah pengajaran yang sedia ada ke arah yang lebih menarik dan kreatif.
• 42. Meningkatkan kefahaman pelajar.

PERSOALAN KAJIAN:

Adakah penggunaan window movie maker dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
• 43. Adakah penggunaan windows movie maker dapat membantu pelajar mengingat dengan mudah?