Tugasan online kbat noor suziana binti ismail

6,461 views
6,262 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,461
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
45
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan online kbat noor suziana binti ismail

  1. 1. BAHAGIAN A Tugasan 1 : Pendekatan Sosio-Saintifik Mata pelajaran Kelas Masa Bab / tajuk Isu sosio-saintifik/ konteks Scenario masalah : Sains : 3A10 : 12.10 – 1.10 ( 60 minit) : Pembiakan : Penjagaan Pra natal. : Isu – isu berkaitan kesan rokok ke atas janin, rokok jejas kesihatan bayi serta Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat semasa kehamilan. Pendekatan : SSA Tema : Penyenggaraan dan kesinambungan hidup Bidang pembelajaran : Pembiakan Objektif pembelajaran: 4.6 Memahami kepentingan penjagaan pra natal Hasil pembelajaran : di akhir pembelajaran, pelajar dapat i) Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berkhasiat kepada ibu mengandung ii) Menghubungkait kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan. iii) Menerangkan pentingnya mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus. Menerangkan fungsi ginjal iv) Memahami bahaya merokok dan kesannya ke atas bayi Pengetahuan sedia : Merokok dan kesannya ke atas ibu mengandung. KBAT : i) Mengetahui makanan berkhasiat bagi ibu mengandung. ii) menilai kesan pengambilan rokok terhadap kesihatan dan bayi yang dikandung Sikap saintifik & nilai murni : Mengambil makanan berkhasiat dan menjaga kesihatan semasa hamil Sumber PdP (1) Rujukan (2) Alat : : Buku Teks : Komputer, Projektor, Wi-Fi Internet . (3) Bahan : Artikel bertajuk “Merokok Jejas Kesihatan Bayi”, “Rokok ancam janin” Dan “Bakal ibu usah abai asid folik” Artikel Penuh: 1. http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=438 2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 3. http://www.hmetro.com.my/articles/Bakalibuusahabaiasidfolik/Article/
  2. 2. Fasa/ Langkah / Masa Orientasi (5 minit) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru bertanya kepada pelajar cara untuk mendapatkan bayi yang cantik dan sihat. Pencetus idea (5 minit) 2. Pelajar diminta melihat tayangan media dan artikel berkaitan kesan rokok terhadap ibu mengandung Pelajar membaca artikel laman web yang diberi. Komunikasi dan nota Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bayi yang cantik dan sihat. Jawapan: 1.Makan makanan berkhasiat 2. Banyak minum air soya 3. Banyakkan bersenam 4. Makan makanan tambahan Soalan: Mengapakah rokok berbahaya kepada ibu mengandung Jawapan: 1.Ibu mengalami sesak nafas 2. Ibu boleh mendapat penyakit berkaitan rokok. 3.Kesihatan ibu terjejas. Soalan: Apakah kesan rokok kepada bayi Jawapan: 1. Memberi kecacatan kepada bayi 2. Bayi lahir pra natal 3. Bayi tidak sihat Penstrukturan semula idea (20 minit) 3. Pelajar diminta mencari artikel berkaitan dengan ibu mengandung dan rokok 4. Pelajar diminta dan menyertakan satu laman web yang berkaitan makan berkhasiat bagi ibu mengandung Soalan: Mengapakah punca ibu mengandung menghisap rokok Jawapan: 1.Tekanan perasaan 2.Pengaruh suami atau rakan yang menghisap rokok Aplikasi (20 minit) 5. Pelajar diminta membuat perbincangan berkumpulan dan membentangkan di hadapan kelas Soalan : Apakah makanan berkhasiat dan amalan yang perlu dilakukan oleh ibu mengandung untuk memastikan bayi yang dilahirkan cantik dan sihat Jawapan: Pembentangan berkumpulan Refleksi ( 10 minit) 6. Guru merumuskan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya Perbincangan dan Soal jawab Soalan:Apakah contoh makanan berkhasiat bagi ibu mengandung Jawapan: 1.Buah-buahan, sayur-sayuran, susu , makanan tambahan
  3. 3. rokok terhadap ibu yang mengandung dan bayi Nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. LAMPIRAN: Merokok jejas kesihatan bayi Soalan: Saya mempunyai seorang adik ipar wanita yang merokok. Ketika ini dia sedang mengandung tetapi masih lagi merokok? Apakah kesan merokok kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan? Insan simpati, Johor. Syabas. Anda adalah seorang wanita yang amat prihatin. Isu peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik hangat. Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Faktor fizikal merupakan penyebab utama. Alasannya yang tidak munasabah di kalangan wanita yang menganggap bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan. Ada antara mereka percaya bahawa merokok juga boleh mengawal selera makan. Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah dapat menangani perasaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri gundah gulana. Manakala
  4. 4. faktor lain pula ialah faktor persekitaran dan sosial. Golongan muda lebih terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk merokok. Ada juga yang mengikut arus semasa yang berpendapat golongan wanita hari ini mempunyai persamaan taraf dengan golongan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, adalah menjadi suatu kebanggaan dan kehebatan jika seseorang wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh kaum lelaki. Merokok bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada wanita itu sendiri. Malahan ia juga dapat memudaratkan bayi yang dikandung. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil seperti merokok tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar asapdan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal. Bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga ‘mendera’ bayi dalam kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin akan berpanjangan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2kaQo4Fl1 © Utusan Melayu (M) Bhd Rokok ancam janin Oleh: Dr. Mohd Izham Mohd Ibrahim Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 7 Jun, 1997 MASALAH merokok di kalangan wanita di negara ini adalah tidak ketara jika dibandingkan dengan peratusan wanita yang merokok di negara-negara maju. Bagaimanapun tahap permasalahan ini di Malaysia perlu dikenal pasti terutamanya di kalangan wanita yang hamil kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada ibu malah boleh memburukkan keadaan janin dalam kandungannya. Fakta-fakta jelas mengatakan bahawa rokok boleh meracuni dan memudaratkan janin atau bayi yang akan dilahirkan. Tahap kesihatan persekitaran dalam rahim (intrautein) adalahamat penting kepada kesejahteraan bayi dalam kandungan. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil (seperti merokok) tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang mati bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok.
  5. 5. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Nikotin sememangnya bahan racun dan digunakan sebagai agen pembasmi makhluk perosak. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap dari setiap batang rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah, nikotin akan menyebabkan ketagihan, dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Di antara akibat kesan toksik merokok terhadap janin yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian ditunjukkan di dalam jadual di bawah. Jadual 1 : Kesan bahaya rokok terhadap janin • Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta. • Peningkatan kadar kamatian janin (perinatal). • Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate (`cleft lip dan palate') • Peningkatan risiko untuk mengalami sawan. • Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan) • Keguguran • Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm • Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh: strabismus) • Berisiko tinggi untuk mendapat lelah/asma • Sindrom kematian bayi mengejut • Semua kesan di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga `mendera' kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin berpanjangan. Rancangan kaedah pencegahan harus ditumpukan kepada kanak-kanak dan remaja. Proses ini memerlukan kombinasi penyelidikan yang terperinci mengenai masalah merokok di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan kesannya kepada janin serta bayi yang dilahirkan, dan pendidikan yang berkesan kepada masyarakat tentang bahaya merokok. Program penerangan mengenai bahaya merokok perlu dijalankan di awal lawatan prenatal. Setiap wanita yang hamil harus berhenti merokok terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh tahun pertama selepas bayi dilahirkan. Bahaya rokok bukan sahaja memudaratkan si ibu malah turut membahayakan anaknya. Setiap individu dan agensi seperti Kementerian Kesihatan, organisasi bukan kerajaan, dan penduduk tempatan mesti bertanggungjawab serta menggembeling tenaga serta kepakaran untuk mengenal pasti punca masalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Jika
  6. 6. anda mengandung dan masih merokok, berhentilah sekarang! Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang. Artikel Penuh: http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=438 © Utusan Melayu (M) Bhd Bakal ibu usah abai asid folik 84 0 Google + 2 1 0 Cetak Oleh Siti Zarinah Sahib “IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”
  7. 7. Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya. Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil? Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri. Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama. Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan. Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan. Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk. Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air
  8. 8. kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip. Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada baubauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk. Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor. Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung. Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu,
  9. 9. cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin. Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak. Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan. Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi. Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. INFO: Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:  Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  10. 10.  Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.  Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.  Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.  Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit. Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga). Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:  Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.  Berkhasiat untuk kesihatan bayi.  Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.
  11. 11. Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:  Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.  Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.  Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.  Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar. Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/09 Artikel Penuh: http://www.hmetro.com.my/articles/Bakalibuusahabaiasidfolik/Article/

×