Your SlideShare is downloading. ×
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)

224
views

Published on


0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
224
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. http://www.slideshare.net/etysue/tugasan-3-kpt-6044-28690806 PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK (KPT 6044) TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI SEKOLAH PENSYARAH: PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR NAMA PELAJAR: NOOR SUZIANA ISMAIL M20122001290
  • 2. PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI SEKOLAH Noor Suziana Binti Ismail Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Abstrak Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting pada zaman era teknologi maklumat. Inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran di kalangan guru sains di sekolah menengah. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dan komputer dalam P&P Sains, kelemahan penggunaan ICT dan komputer dalam P&P Sains dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru sekolah menengah dalam menggunakan ICT dan komputer dalam P&P Sains. Sampel kajian terdiri daripada lima belas orang guru sains yang mengajar sebuah sekolah menengah di Jinjang, Kepong. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru Sains di SMK Jinjang. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru Sains kurang meggunakan ICT dan komputer dalam P&P Sains. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan dan komputer ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia selain faktor pelajar yang kurang pendedahan dengan ICT dan komputer. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru Sains dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dan komputer dalam P&P Sains.
  • 3. Abstract Knowledge and skill in using computers is an important agenda in the era of information technology. Initiatives to integrate ICT and computers in teaching and learning is very timely . The purpose of this research is to study the use of ICT and computers in the teaching of science teachers in secondary schools . Three aspects have been investigated in this study the advantages of using ICT and computers in teaching and learning science , the disadvantages of using ICT and computers in teaching and learning science and the problems faced by secondary school teachers in using ICT and computers in teaching and learning science . The sample consisted of fifteen science teachers who teach a secondary school in Jinjang , Kepong. The study used two survey techniques such as interviews and observations of science teachers at SMK Jinjang . Data analysis is done by using qualitative analysis . The results showed that science teachers less use of ICT and computers in teaching and learning science . This is caused by external factors such as inadequate ICT facilities and unsuitable content has been available. In addition to teaching the students a factor of less exposure to ICT and computers. Several proposals have been submitted to the parties involved that talent , science teachers and the school to enhance the use of ICT and computers in teaching and learning science . Katakunci: ICT, Komputer, Guru sains, pelajar, Pengajaran dan Pembelajaran.
  • 4. PENGENALAN Permulaan era teknologi maklumat memberi banyak cabaran kepada sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang pendedahan ICT atau komputer. Di Malaysia, Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan satu mekanisme baru dan sedang diberikan perhatian khas dalam bidang pendidikan era abad ke-21 bagi membantu mewujudkan golongan pelajar dan masyarakat yang berpengetahuan (k-ekonomi) dan celik IT. Malaysia juga mahu menjadikan sistem pendidikan negara ini ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia. Dengan itu, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita atas pentas) kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini juga telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor Azan. 2000). Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer sebagai penggunaan
  • 5. komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. ICT membolehkan guru mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran harian. Ia merupakan satu usaha untuk mengukuhkan penglibatan aktif pelajar dalam pendidikan mereka sendiri. ICT menjadikan kandungan pendidikan dan kaedah pengajaran berinovatif, berkesan dan berkualiti Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dalam dua aspek, iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Penyataan Masalah Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dan computer dalam proses P&P di sekolah sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi dan masalah yang yang timbul mengenai penggunaannya terutama di kalangan guru-guru lama yang sudah terbiasa dengan proses P&P berasaskan papan hitam dan kapur di samping masalah pelajar yang kurang pengetahuan ICT dan komputer. Selain itu, sekolah juga menghadapi masalah kemudahan prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang kurang baik serta maslah makmal-makmal komputer. Pihak yang berkaitan perlu mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru sains dan mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT dan computer dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti sejauh mana guru Sains mengaplikasikan penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di sekolah. Adakah penggunaan ICT dan komputer ini dapat membantu para pendidik dan pelajar dalam proses P&P ?
  • 6. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan berasaskan objektif kajian seperti berikut : i. Mengenalpasti penerimaan guru sains terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). ii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Sains terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). iii. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang diperolehi dalam penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). iv. Untuk meninjau dan mengenalpasti tahap penggunaan ICT dan computer di kalangan guru sains dalam P&P. v. Mengenalpasti kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar dan guru yang belajar berteraskan ICT dan computer dalam membantu mencapai kejayaan. Soalan-soalan Kajian Berikut adalah soalan soalan kajian berdasarkan objektif-objektif kajian di atas: i. Bagaimanakah penerimaan guru sains terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? ii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Sains terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • 7. iii. Apakah kelebihan dan kelemahan yang diperolehi dalam penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)? iv. Sejauh manakah tahap penggunaan ICT dan computer di kalangan guru sains dalam P&P? v. Apakah kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar dan guru yang belajar berteraskan ICT dan computer dalam membantu mencapai kejayaan? Objektif kajian ini ialah ingin mengetahui penggunaan ICT dan computer dikalangan guru Sains dalam P&P Sains. Penggunaan ICT ini dipercayai mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi guru Sains dalam menggunakan ICT dalam P&P Sains. Kepentingan Kajian i. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna. ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran Sains. iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan ICT dan computer seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dan komputerdalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.
  • 8. Skop dan Batasan Kajian Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru yang mengajar matapelajaran Sains. Lima belas orang guru Sains akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dan computer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di kalangan guru-guru Sains. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual. Di samping itu, kekangan masa juga agak terhad kerana penglibatan guru dengan pelbai aktiviti-aktiviti sekolah selain P&P sedikit sebanyak membataskan kajian yang dijalankan. METODOLOGI Populasi dan Sampel Kajian Populasi dan sampel kajian bagi kajian ini adalah dipilih daripada lima orang guru yang mengajar matapelajaran Sains di sekolah. Sampel kajian penting dalam menjalankan penyelidikan ini untuk mengetahui tahap penggunaan ICT dan komputer yang perlu dikaji dan jumlah data yang perlu dikumpulkan. Seramai 15 responden sampel akan digunakan bagi menjalankan kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah pensampelan rawak mudah. Sampel ini amat sesuai dipilih kerana kedudukan sekolah yang strategik secara tidak langsung ia dapat mewakili populasi sekolah yang berada di sekitarnya. Penyelidik turut menemubual 15 orang guru Sains yang dipilih secara rawak dari beberapa buah sekolah yang terlibat dengan kajian ini untuk menjawab dengan lebih jelas soalan-soalan berkaitan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Satu set soal selidik telah digunakan untuk tujuan pungutan data kajian, iaitu soal selidik kajian tentang penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sains di sekolah. Pengkaji telah menemubual beberapa orang guru yang mempunyai banyak pengalaman
  • 9. serta pengetahuan mendalam berkenaan topik kajian ini. Temubual ini dilakukan untuk memberi sokongan terhadap dapatan yang diperolehi daripada soal selidik dan dokumen-dokumen seperti buku, artikel, jurnal dan juga akhbar. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan bagi mengumpul data-data ialah melalui kaedah set soalan-soalan kaji selidik. Kaedah ini dipilih berdasarkan kesesuaian kajian dan bertujuan mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan kukuh. Selain itu, kaedah soal selidik juga lebih mudah digunakan kerana kaedah ini lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden dan dapat menghasilkan item-item yang konsisten serta boleh dipercayai. Kaedah ini juga dapat menampung bilangan responden yang ramai di samping boleh meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Menurut Mohd Najib ( M.Najib, 1999) yang menyatakan instrumen berbentuk soal selidik dan temubual adalah dua cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat. Menurut Mohd Majid (M.Majid,1993) mengatakan bahawa soal selidik dapat meningkat ketepatan dan kebenaran derak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Kenyataan beliau telah disokong oleh Mohd Najib (1999) yang menyatakan bahawa soal selidik dapat meningkatkan keputusan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi. Gerak balas atau jawapan yang diberikan oleh subjek tidak akan sesekali dipengaruhi oleh personaliti dan tingkahlaku penyelidik. Kaedah soal selidik ini juga dipilih berdasarkan beberapa kebaikan seperti yang telah dinyatak oleh Ee Ah Meng (1989) iaitu:
  • 10. a) Tidak memerlukan kakitangan yang ramai untuk menguruskannya, cukuplah 1-20 orang digunakan. b) Menjimatkan masa. c) Maklumat boleh dikutip sekaligus dalam satu kumpulan yang ramai. d) Soal selidik boleh dilakukan kajian rintis untuk menentukan sama ada responden dapat menjawab soalan dengan mudah atau tidak. Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang responden (Mulhern, 1989). Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam, terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh responden. Terdapat dua jenis temubual, iaitu temubual berstruktur dan temubual separuh berstruktur. Namun dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan temubual separuh berstruktur yang merupakan temubual temubual yang melibatkan soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada responden untuk mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak disediakan dan segala kemungkinan jawapan daripada responden diterima. Penyelidik memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksible. (Azizi, 2007 ). Penemubual berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan jawapan. Melalui kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih daripada responden apabila jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan. Ini akan memudahkan penyelidik
  • 11. untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihan dan kelemahan penggunaan ICT serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam P&P Sains. Kaedah pemerhatian turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dalam kajian ini, menerusi proses pemerhatian, maklumat dalam konteks yang lebih luas dapat diperoleh. Pemerhatian yang telah dijalankan merupakan pemerhatian yang tidak melibatkan diri dan ianya telah dilaksanakan berdasarkan jadual tinjauan guru pelatih semasa mengajar. Jadual tinjauan disediakan bagi memudahkan kerja semasa menjalankan proses pemerhatian. Di bahagian akhir jadual tinjauan, dapatan baru atau komen akan ditulis oleh penyelidik sendiri selepas menjalankan pemerhatian. Dalam kajian ini kesahan dan kebolehpercayaan soalan temubual turut diberi perhatian. Menurut Merriam (2001), kajian kualitatif mementingkan huraian yang realistik bagi kes yang dikaji. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan pula, beberapa teknik digunakan bagi memastikan keputusan boleh dipercayai. Pertama adalah dengan menerangkan anggapan dan teori yang menyokong kajian, kedudukan pengkaji berkenaan kumpulan yang dikaji, asas untuk memilih huraian tentang sampel serta konteks sosial bagi lokasi pengumpulan data (Merriam, 2002). Teknik kedua pula adalah dengan menyemak pemerhatian dengan sumber data lain untuk mengetahui sama ada semua data tersebut selaras dengan konteks keseluruhan (Neuman, 1991). Teknik terakhir ialah, untuk ditemubual, pengkaji menilai konsistensi respon dari sampel dengan menyoal mereka soalan-soalan yang sama dalam bentuk yang berbeza beberapa kali (Best dan Kahn, 1998).
  • 12. DAPATAN KAJIAN Responden A • Pemahaman ICT : ICT adalah Internet, komputer, teknologi dan sumber-sumber ICT yang selalu digunakan adalah Internet, komputer, teknologi. • Penggunaan ICT dan P&P dalam Sains : Responden tidak selalu menggunakan kemudahan • ICT sepanjang menjalani latihan mengajar disekolah tersebut, responden hanya menggunakan ICT untuk sesetengah topik yang dirasakan perlu sahaja. • Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains: Power point, LCD, CD. • Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Responden B • Pemahaman mengenai ICT dan sumber-sumber ICT yang diketahui : ICT adalah komputer, ohp dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknologi. • Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains : komputer, LCD, CD dan Courseware. • Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P Sains, namun bukan semua topik sesuai untuk diakplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Responden C • Pemahaman ICT : Komputer, LCD dan internet.
  • 13. • Penggunaan ICT dalam P&P Sains : Mengaplikasikan penggunaaan ICT dalam P&PSains. • Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains : Komputer, LCD projector dan CD-Rom. • Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan. Responden D • Pemahaman ICT : Teknologi yang memudahkan manusia dalam menjalani urusan harian. • Penggunaan ICT dalam P&P Sains : Kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana masalah kekurangan komputer. • Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains : Komputer. • Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi pelajar. Responden E • Pemahaman ICT : Mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan komputer. • Penggunaan ICT dalam P&P Sains : Menggunakan ICT dalam P&P Sains • Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Sains: CD rom • Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Sains : Tidak semua tajuk yang diajarkan memerlukan penggunaan ICT.
  • 14. PERBICANGAN Berdasarkan kajian kes yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di kalangan guru sains adalah rendah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di kalangan guru sains ICT sebagai Alat Komunikasi Aspek-aspek komunikasi peralatan ICT hanya dihasilkan apabila sumber Sains, guru dan pelajar boleh menerima, menghantar dan berkongsi bahan Sains di lokasi yang berbeza. Komunikasi dibuat dalam bentuk komputer peribadi atau personal computer (PC), computer riba dan telefon bimbit. Perbezaan dari segi jarak antara sumber, guru dan pelajar boleh diatasi dengan merentasi sempadan negara dan sempadan masa. Bahan dikongsi boleh wujud dalam bentuk (Intel Education, 2007): 1. Teks 2. Graf 3. Audio 4. Video 5. Mod gabungan yang pelbagai Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Menurut responden B contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan harian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer dan LCD. Jadi, pelajar boleh mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan menggunakan ICT,
  • 15. contoh-contoh penggunaan Sains dalam kehidupan seharian dapat ditunjukkan dengan lebih menarik. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang bermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran dan akan merasakan keseronokan mempelajari Sains. Untuk memberi respon terhadap petikan di atas Douglas mengatakan komputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis pembelajaran Sains yang bermakna. Penggunaan ICT dan komputer mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains. Ini kerana menurut responden A dan C, penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Dengan menggunakan ICT pelajar-pelajar sangat-sangat memberi perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan. Ini di sokong oleh (Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe, 2004) yang menyatakan bahawa teknologi memberi kuasa kepada pelajar untuk meningkatkan gaya pembelajaran mereka dan dapat membuat konsep yang menarik dan mudah difahami. Dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Melalui temuramah yang dijalankan, responden C menyatakan bahawa kelemahan dalam menggunakan ICT adalah penggunaan CD yang disediakan adalah objektif yang ingin dicapai dan objektif yang terdapat dalam CD yang disediakan tidak selari. Untuk sesetengah tajuk, CD
  • 16. yang disediakan mempunyai banyak objektif yang ingin dicapai, jadi isi kandungan CD tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran kerana objektif yang ingin dicapai pada sesi pengajaran tersebut kurang arasnya berbanding dengan isi kandungan pengajaran CD tersebut. Perisian pengajaran yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar untuk dibangunkan (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias, 1996). Berdasarkan analisis data dalam bab 4, pengkaji mendapati bahawa walaupun kebanyakan guru Sains bersetuju proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan dengan menggunakan ICT, namun menurut responden ini hanya untuk sesetengah tajuk sahaja. Majoriti responden berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talk lebih berkesan berbanding penggunaan ICT. Ada topik dimana penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk yang memerlukan penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan melalui kaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah responden menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam. Responden menerangkan mengenai isi pengajaran dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCD projektor. Pelajar juga lebih suka jika guru menggunakan kaedah chalk and talk. Ini kerana perisian kursus yang bermutu tinggi amat susah untuk dihasilkan. Beratus-ratus jam tenaga mahir diperlukan bagi tujuan ini. Tenaga pengajar yang mahir mengendalikan komputer sukar didapati. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus yang bermutu tinggi sukar untuk dihasilkan. (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias, 1996). Menurutnya lagi, ia memerlukan pengetahuan kecerdasan buatan dan merupakan bidang yang masih baharu. Penggunaannya masih terhad kepada sesuatu bidang sahaja sehingga kini, banyak usaha sedang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggunakan konsep kecerdasan buatan
  • 17. dalam pembelajaran. Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains Masa guru adalah sentiasa pada premium, dan kajian Becta menekankan bahawa perkara ini penting untuk penangguhan masa depan. Ini membuktikan bahawa betapa berharganya masa bagi seorang guru. Guru memerlukan lebih masa flexible agar guru dapat menggunakan software dalam apa jua keadaan yang berisiko serta menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peralatan yang disediakan pada masa yang telah ditetapkan tanpa perlu adanya penangguhan masa pengajaran dan pembelajaran ( Peter D.Jones dan Steve Wheeler,2008 Ini kerana masalah utama penggunaan ICT adalah masalah dari segi kekangan masa. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini, masa pengajaran yang sebenarnya akan berkurang. Guru-guru Sains didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P. i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang.
  • 18. ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas. Responden A dan B hanya perlu memasang peralatan-peralatan iaitu komputer dan LCD projector sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana peralatan-peralatan ini telah disediakan didalam kelas. Tetapi responden perlu mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit masa pengajaran. Responden C pula perlu membawa peralatan-peralatan yang ingin digunakan ke kelas yang berkenaan kerana peralatan-peralatan tersebut tidak disediakan di dalam kelas tersebut. Manakala responden D dan E pula perlu menunggu kehadiran semua pelajar untuk ke bilik komputer. Sistem sekarang tidak memberi guru dan pelajar peluang untuk menanam minat yang lebih mendalam mengenai subjek yang diajar kerana masalah masa (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias, 1996). Mereka juga kurang menggemari menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana tiada kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan. Hasil dapatan ini disokong oleh Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008 dalam petikannya iaitu : Terdapat pelbagai halangan eksploitasi terhadap pendidikan teknologi wujud, termasuk kekangan teknologi seperti masalah had jalur lebar dan kekurangan peralatan. Menurut laporan Becta dalam Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008, sekolah perlu mempunyai staf yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran. Sekolah juga perlu mempertimbangkan pelantikan pembelajaran teknologi di sekolah-kakitangan yang mempunyai kedua-dua kepakaran teknikal dan pendedahan pedagogi untuk
  • 19. membangunkan dan memberi sokongan. Masalah lain yang dihadapi oleh responden adalah masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. Penggunaan teknologi maklumat (ICT) secara langsung boleh menyebabkan etika baru serta virus komputer (yang boleh merosakkan dan memadam programprogram atau kehilangan data pada komputer tanpa disedari oleh pengguna komputer (Cleborne D. Maddux, D.lamont Johnson dan Jerry W. Willis,2003) KESIMPULAN Secara keseluruhan melalui penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa penggunaan ICT dan komputer di kalangan guru Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah yang bergantung kepada kemudahan yang disediakan disekolah. Guru-guru Sains didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P. Untuk memulakan pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan. Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan.
  • 20. Penggunaan ICT oleh guru Sains ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar. . RUJUKAN Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan : Teori, Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & Bacon. Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson and Jerry W. Willis (2001), Educational Computing Learning With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon. Criswell, J.R., 1989, ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43. Faharol Razi Shaari, 1998, ''Psikologi kognitif dalam pembinaan bahan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer'', Jurnal IPDA, 5: 38–44. Intel Education. (2007). Intel Brings ICT for Education Initiative To Malaysia. School Adoption project: 1 : 1 e-Learning on April 24, 2007 1. Kuala Lumpur: Intel Malaysia John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future. Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork. Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education, Revised and Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass Publisher. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.