• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
 

Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh

on

  • 2,772 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,772
Views on SlideShare
2,772
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
62
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh Document Transcript

    • ISI KANDUNGAN___________________________________________________________________________1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH 2 1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan &Huraian/ Keterangan Ayat 2 1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih 4 1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih 62. AYAT-AYAT MUTASYABIH 7 2.1 Pembahagian Mutasyabih 7 2.2 Metodologi Penerangan Ayat Mutasyabih(Ali Imran: 7) : 8 Metodolog Salafi &Metodologi Khalafi 2.3Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih 10 2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih 10 2.5 Hikmat-hikmat Muhkamat 123. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAHKETUHANAN 13MENGIKUTTAKWILAN MAZHAB SALAFI & MAZHAB KHALAFIRUMUSAN 16BIBILIOGRAFI 17 1 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • 1. PENGENALAN : AYAT MUHKAM & MUTASYABIH Allah menurunkan Al-Quran kepada hambaNya sebagai panduan, pegangan danpemberi peringatan semesta alam. Ia juga menggariskan kepada hambaNya akidah yangbenar. Melihat kepada Ulum Al-Quran, mengetahui ayat-ayat Muhkam danMutasyabihmerupakan salah satu daripadabidang nya iaitu mempelajari ayat-ayat Al-Quranadalah terdiri daripada ayat-ayat yang Muhkam dan ayat-ayat yang Mutasyabih. Ayat-ayatyang muhkam adalah ayat-ayat yang jelas dan terang pengertiannya. Manakala ayat-ayatyang Mutasyabih adalah ayat-ayat yang tidak jelas pengertiannya. Pengertiannya hanya dapatdifahami oleh golongan yang mengadakan pengkajian yang mendalam atau punpengertiannya hanya dapat diketahui oleh Allah s.w.t. Ilmu ini menjelaskan mana ayat yangdipandang Muhkam dan mana pula yang dikatakan Mutasyabihat. Kandungan Al-Quran ada yang terdiri daripada ayat yang menunjukkan bahawakesemuanya adalah Muhkam yang mana kesemua ayatnya tidak terdapat kelemahan darisudut lafaz atau kecacatan pada maknanya. Contohnya Surah Hud, ayat 1 : Maksudnya : Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengantetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuaanya. Selain itu, terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya Mutasyabih yang manaia adalah Mutasyabih dari konse ia menyerupai antara satu ayat dengan ayat yang lain dalamsusunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih ayat Al-Quran tersebut sampai ketahap I’jaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehinggakan kita tidak mampumelebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusanmahupun I’jaz. Sebagai contoh Surah al-Zummar, ayat 23 : 2 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya danindahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh keranamendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yangtakut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati merekamenerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah Allah; Allah memberihidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. Manakala dalam ayat-ayat tertentu, terkandung didalamnya sebahagian Muhkam dansebhagiannya Mutasyabih yang mana sebahagian ayat Al-Quran memberi makna petunjukyang jelas mengikut kehendak Allah s.w.t. Manakala sebahagiannya lagi petunjuknyatersembunyi sebagai contoh Surah Ali Imran, ayat 7 :Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan 3 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidakterang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arahkesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkanAllah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmuugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami".Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.1.1 Surah Ali Imran (Ayat 7), Terjemahan & Huraian MaksudMaksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dannyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isiAl-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidakterang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hatimasing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arahkesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencarifitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkanAllah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu 4 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami".Dan tiadalah yang mengambil pelajaran & peringatan melainkan orang-orang yg berfikiran.Huraian/ Keterangan Surah Ali Imran Ayat 7 : Surah Ali Imran ayat 7 adalah menjelaskan tentang pembahagian ayat-ayat Al-Quran.Dalam Tafsir Ibn Kathir, diterangkan bahawa Allah s.w.t. menyatakan di dalam Al-Quranterdapat ayat-ayat Muhkam, yang semuanya merupakan Ummul Kitab, yakni terang dan jelaspengertiannya. Tiada seorang pun yang mempunyai pemahaman yang keliru tentangnya.Manakala bahagian yang lain dari kandungan Al-Quran adalah ayat-ayat Mutasyabih (yangsamar) pengertiannya bagi kebanyakan orang atau sebahagian daripada mereka. Namunsekiranya seseorang itu mengembalikan hal yang Mutasyabih kepada dalil yang jelas dari Al-Quran, serta memutuskan dengan ayat yang Muhkam ke atas ayat yang Mutasyabih, makasesungguhnya orang tersebut mendapat petunjuk. Namun, sekiranya seseorang itumemutuskan yang Mutasyabih ke atas yang Muhkam, maka sesatlah dia. Mengenai ayat yang dikatakan Mutasyabih, maka tidak seorang pun yang mengetahuimaksudnya yang hakiki kecuali Allah s.w.t sahaja mengetahuinya. Manakala orang yangtetap pendirian dan mempunyai pegangan ilmu yang mendalam mereka tetap beriman denganayat Mutasyabih. Namun ada di kalangan manusia sengaja mencari dan mengikut ayat Mutasyabihmengenai agama dengan tujuan menimbulkan fitnah, huru-hara dan mengelirukanpengikutnya. Hal seperti ini terjadi di kalangan masyarakat Nasrani yang memandai-mandaimentafsirkan kalam Allah s.w.t. Mereka mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud :Isa a.s. itu ialah kalimah Allah s.w.t. yang dicampakkan kepada Maryam. Isa a.s. jugamenurutnya adalah ruh kurniaan Allah. Mereka mentafsirkan bahawa Isa a.s. itu anak Allahs.w.t. dan Isa a.s. sebahagian daripada zat Allah s.w.t. Mereka telah meninngalkan ayat-ayatMuhkam yang jelas dan nyata sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Isa a.s. itu hanyalah hamba kami yang telah kami berikan nikmat kepadanya.Jelas kepada kita bahawa ayat ini menyatakan yang Isa a.s. itu hamba Allah s.w..t. danseorang rasul. 5 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • Dalam perkara ini, ayat Mutasyabih yang kemungkinan boleh mengelirukan orangramai, perlulah ditolak kekeliruan itu dengan mencari penjelasan daripada ayat-ayat lain yangmana lebih jelas. Sebaliknya orang yang ada kecenderungan dalam hatinya iaitu ke arahkesesatan sudah tentu akan menolak kebenaran lalu menerima kesesatan. Oleh itu, merekaakan mengikut yang samar-samar tersebut sehingga mengakibatkan mereka sesat. Justeru,Allah s.w.t. berfirman menjelaskan doa orang yang mantap pengetahuannya dan memohonagar tidak terpesong daripada kebenaran. Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) : “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah Ali Imran :8)1.2 Pengertian Muhkam & Mutasyabih Menurut etimologi Muhkam ialah sesuatu hal yang baik atau suatu ungkapan yangmaksudnya tidak mungkin diganti atau diubah. Manakala Mutasyabih menurut etimologi ialah persamaan atau kesamaran yangmengarah kepada kerupaan. Menurut istilah (terminologi) pula, Muhkam adalah ayat-ayat yang boleh diketahuitafsirannya serta difahami maknanya sama ada melalui takwil (metafora) atau tidak. Manakala Mutasyabih menurut istilah (terminologi) ialah maksud sesuatu ayat ituhanya Allah yang mengetahuinya. Contohnya kedatangan hari Kiamat dan huruf-hurufMuqattaa’h. 6 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • 1.3 Perbezaan Antara Ayat Muhkam Dengan Ayat Mutasyabih Terdapat banyak perbezaan pendapat berkenaan dengan pengertian Muhkam danMutasyabih. Berikut adalah senarai pengertian tersebut : i. Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedangkan Mutasyabih hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah Taala sendiri. ii. Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi satu wajah, sedangkan Mutasyabih mengandungi banyak wajah. iii. Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain, sedangkan Mutasyabih memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain.2. AYAT-AYAT MUTASYABIH Secara umumnya berlakunya Mutasyabih adalah disebabkan kesamaran makna dalamlafaz atau kesamaran dalam makna atau kesamaran dalam kedua-dua sekali pada makna danlafaznya.2.1 Pembahagian Mutasyabih Menurut Al-Raghib Mutasyabih terbahagi kepada tiga perkara iaitu pertamanyaperkara yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti waktu berlakunya hari Qiamat,keluar Rabbah dan sebagainya., kedua perkara yang diketahui oleh manusia seperti padalafaz-lafaz yang pelik. Ketiga, perkara yang hanya diketahui oleh ulamak sebagai contoh doaRasulullah s.a.w. kepada Ibn A’bbas seperti berikut : Maksudnya : Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan ajarkannya ilmu ta’wil. 7 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • 2.2 Ayat Mutasyabih (Surah Ali Imran , ayat 7) : Mazhab Salafi& Mazhab Khalafii. Mazhab Salafi Terdapat perselisihan mazhab yang mana ia terbahagi kepada mazhab Salafi danmazhab Khalafitentang terhadap ayat-ayat Mutasyabih antaranya : Mazhab Salafi iaitu ulama yang mempercayai dan mengimani ayat-ayat Mutasyabihdan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Ini merupakan pendekatan TafwidhIlallah. Mereka menyucikan Allah daripada pengertian-pengertian yang bertentangan atauyang mustahil bagi Allah s.w.t. dan sebaliknya mengimani Mutasyabih sebagaimana yangterkandung atau sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran. Selain daripada mazhabSalaf ini, mazhab Ahli al-Sunnah Wal-Jama’ah kalangan Mutakallimin turut berpendapatbahawa nash Mutasyabih tersebut tidak memerlukan tafsiran secara qat’i atau zanni.Sebaliknya mereka hanya menyerahkan pentafsiran ayat Mutasyabih tersebut sepenuhbyakepada Allah s.w.t.. Demikian juga yang dilakukan oleh majoriti Salaf seperti Abu HassanAl-Asy’arid Al-Maturidi telah menyerahkan pengertian/maknanya kepada Allah s.w.t. Iniadalah pendekatan Tafwidh sebagaimana firman Allah s.w.t. : “Tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah”. (Surah Ali Imran :7) Namun terdapat juga ulama Salafi yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’inr.a. yang mengambil langkah untuk mentafsirkannya. Allah s.w.t memberi peluang kepadahambaNya yang memiliki katajaman fikiran, fitrah yang bersih, akal yang cerdas, lughohyang baligh dan memiliki kekuatan mujahadah untuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabihdengan petunjuk daripada Allah s.w.t. sebagaimana Allah berfirman : Maksudnya :Dan tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang rusukh ilmunya”(Surah Ali Imran :7) Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah memberi petunjukNya kepada merekayang dikehendakiNya untuk memahami makna yang layak bagi Allah dan memahami maknayang dikehendaki Allah melalui kaedah takwil. Sebagai contoh Ali, Ibn Mas’ud, Ibn A’bbas 8 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • dan Umm Slamah. Kebanyakan takwil yang mereka lakukan itu adalah bertujuan menjawabsoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dan atas desakan suasana. Takwil tersebut adalahkebanyakan berpandukan kepada Sunnah sebagai rujukan.Sebagaimana kata-kata Umarberikut : “Sesungguhnya pada hari muka, pasti akan lahir segolongan manusia yang akanberdebat dengan kamu tentang Mutasyabih al-Quran. Oleh itu, matikan hujah mereka denganSunnah. Sesungguhnya orang yang paling mengetahui Sunnah lebih mengetahui al-Quran. Jadi, kedua-dua aliranyang dipilih oleh ulama-ulama Salafi iaitu menyerahkanmaknanya sepenuhnya kepada Allah (Tafwidh Ilallah) dan juga ulama-ulama Salafi yanglebih cenderung untuk menta’wilnya dengan izin dan peluang daripada Allah s.w.t. adalahbersepakat untuk mengimani ayat-ayat Mutasyabih tersebut.ii. Mazhab Khalafi Mazhab Khalafi merupakan golongan ulama yang berada pada selepas 3 abad pertamaHijrah. Ulama-ulama Khalafi pula menggunakan pendekatan Takwiliaitu memberikanmaknatertentu kepada ayat-ayat Mutasyabih bagi menyucikan Allah daripada menyerupaisifat makhluk sebagai contoh berlokasi dan beranggota dengan berpandukan nash-nashMuhkam yang lain. Justeru, bagi mereka mengekalkan makna zahir ke atas ayat-ayatMutasyabih adalah mustahil bagi mereka sebaliknya ta’wil atau merubah daripada maknazahir itu adalah wajib bagi mereka. Faktor utama kebangkitan mazhab ini adalah penyebaran Islam dan perkembangannyayang semakin meluas. Pertembungan bahasa-bahasa selain bahas Arab dan juga merosotnyakefasihan berbahasa Arab telah menyebabkan ulama-ulama Khalafi merasa bimbang dengankesesatan atau condong hati ke arah kesesatan di kalangan orang ramai lalu memahami ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang salah. Ia berlaku bukan sahaja di kalangan orang bukanArab (‘Ajam) tetapi turut berlaku di kalangan orang Arab sendiri. Oleh itu, ulama-ulama Khalafi telah memberi makna tertentu ke atas ayat-ayatMutasyabih sebagaimana diantara aliran atau metod yang diaplikasi oleh mazhab Salafi.Dengan berpandukan ayat Muhkam, ualama-ulama Khalafi memberi makna yang bersesuaiankepada Ayat Mutasyabih.Mereka memberi makna yang benar dan boleh diterima sebagai ayatMutasyabih. Namun wujud golongan yang enggan menta’wilkan ayat-ayat Mutashabih. Inikerana mereka berpendapat bahawa perkara ini akan cenderung kapada penjisiman Allah. 9 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • Sungguhpun demikian, ulama-ulama Khalafi sangat berharap dengan adanya kaedahserta skop perbahasan tentang Mutasyabih tersebut mampu membantu uamt Islam untukmemahami ayat-ayat AL-Quran seterusnya mengamati kebesaran Allah s.w.t. Dengan itu kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayat mUtasyabih telahmendorong kepada melusnya perbahasan dalam bidang Mutasyabi ini. Pendekatan Takwilmahupun Tafwidkedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t.2.3Kaedah Rasulullah s.a.w. Mentafsir Ayat Mutasyabih Ketika zaman Rasulullah s.a.w, semua kekeliruan dan persoalan yang berkaitandengan lafaz dan makna yang terkandung dalam Al-Quran adalah dirujuk kepada Rasulullahs.a.w dan ini menyumbang kepada penghayatan makna ayat-ayat Al-Quran yang tinggi, teguhdan jelas. Apabila wujud kesamaran pada makna ayat, Baginda akan mentafsir ayat tersebutdengan ayat al-Quran yang lain. Kemudian barulah baginda beralih kepada Hadis Rasulullahuntuk mentafsirkan ayat-ayat Mutasyabih. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Segala yang diperkatannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya”.(Surah al-Najm :4)2.4 Hikmat-hikmat Mutasyabih Terdapat beberapa hikmah kewujudan ayat-ayat Mutasyabih dalam Al-Quranberdasarkan kajian yang dilakukan oleh para Ulama antaranya : i. Hikmah Mutasyabih untuk perkara yang hanya diketahui Allah s.w.t antaranya ialah rahmat Allah a.w.t. terhadap manusia yang daif, lemah serta tidak mampu mengetahui semua perkara. Sebagai contoh Allah s.w.t telah menyembunyikan bila berlakunya hari Kiamat sebagai rahmat kepada manusia agar sentiasa bersiap sedia menghadapinya. Selain itu sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara- perkara ghaib. Orang yang mendapat petunjuk akan beriman dengannya walaupun tidak mengetahuinya secara tepat. Sebaliknya, orang yang berhati buruk kekal mengingkarinya. Seterusnya mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusia adalah lemah dan jahil walaupun mempunyai ilmu. Mutasyabih juga menjadi bukti 10 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • keesaan kudrat Allah s.w.t. dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Maksudnya : Malikat itu menjawab : “ Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 32)ii. Dengan adanya Mutasyabih, manusia menjalankan kajian dan pembelajaran tentangnya sehingga mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih tersebut.iii. Mutasyabih tersebut hanya diketahui di kalngan ulamak.iv. Sebagai ujian dan dugaan terhadap kekuatan keimanan umat Islam. Sebagaimana Allah berfirman ( Surah Ali Imran : 7) antaranya bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti ayat-ayat yang Mutasyabih untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari- cari takwilnya”.v. Membuktikan kepada manusia akan kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ilmu ilmunya. Sedang manusia tergambar kekurangan dan kedaifannya. Walau hebat sekalipun usaha manusia itu, namun masih terdapat kekurangan dan kelemahan. Sedangkan malaikat pun tidak mengetahuinya. Buktinya dalam Surah AL-Baqarah : 32 yang bermaksud : “Mereka menjawab” Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha bijaksana”.vi. Kewujudan Mutasyabih dapat mendorong uasaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Seterusnya dengan kewujudan Mutasyabih yang mempunyai makna dan pelbagai uslub, ia dapat menggalakkan umat Islam mengkaji pelbagai disiplin ilmu seperti bahan kimia, fizik, astronomi, teknik, geografi kedotoran dan lain-lain lagi. 11 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • vii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli. Mereka yang ingin mengkaji ayat-ayat Mutasyabih akan melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Dengan penggabungan dalil Naqli dan Aqli tersebut, maka akan berkembanglah penafsiran yang lebih baik. viii. Kewujudan Mutasyabih juga menggalakkan I’jaz Al-Quran. Ini menggalakkan manusia membuat kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimat Mutasyabihat tersebut. Sehinnga memasuki bidang ilmu Balaghah iaitu ilmu yang membincangkan ketinggian sastera serta rahsia-rahsianya. Antara perbincangan yang berkaitan dengannya ialah ijaz, itnab, musawah, taqdim, ta’khir, al-dhikr, al- hazf, haqiqah, majaz dan lain-lain lagi.2.5 Hikmat-hikmatMuhkamat Ayat-ayat Muhkamat mempunyai beberapa hikmat atau kekuatan fungsinya iaitumenjadi rahmat kepada umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang tidak mempunyaikemampuan bahasa Arab yang tinggi. Mereka akan mudah memahami sesuatu maksud danpengertian sesuatu ayat. Ini adalah kerana ayat Muhkam mudah, terang dan jelas difahamikehendaknya. Selain itu, umat Islam mudah melaksanakan perintah Allah s.w.t. berdsarkan ayatyang sudah jelas dan nyata makna dan kehendaknya. Demikian juga ayat-ayat Muhkam tersebut mendorong manusia memahami danmenghayati perintah Al-Quran dan dengan kefahaman yang jelas mereka terus mengamalkankandungannya. Seterusnya memudahkan kita mempelajari isi Al-Quran. Dengan maksud ayat yangjelas dan lafaz-lafaznya amat mudah difahami menyebabkan kita sebagai umat Islam tidaklagi menghadapi kesusahan dalam mempelajari isi kandungan Al-Quran. Tidak ketinggalan juga, ayat-ayat Muhkam tersebut memudahkan penafsiran. Parapentafsir tidak perlu bersusah payah untuk mencari takwilan kepada ayat-ayat tersebut ekoran 12 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • jelasnya semua lafaz yang terkandung pada ayat tersebut. Inimemudahkan mereka mentafsiratau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat Al-Quran. Tidak lupa juga kepada para dae’i atau pendakwh dan barisan guru-guru. Ayat-ayatMuhkam membantu mereka menerangkan isi kandungan kitab suci Al-Quran kerana ia telahpun jelas dan terang maknanya. Hikmat seterusnya ialah mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Kefahamana ayat-ayat yang sangat kuatdan ayat-ayat yang mudah difahami sudah tentu akan memudahkanproses hafalan ayat-ayat Al-Quran.3. AYAT MUTASYABIH DALAM BIDANG AKIDAH KETUHANAN MENGIKUT TAKWILAN MAZHAB SALAFI DAN MAZHAB KHALAFI Ayat-ayat Mutasyabih banyak menyentuh kepada bidang akidah antaranya : i. Surah Al-Fajr ayat 22 : Maksudnya : “ dan (perintah) Tuhan mu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah)”. Ulama Salafi : Imam Ahmad mentakwil Surah al-Fajr ayat 22 dengan menyatakan makna “datanglah pahala dari Tuhan.. Manakala Imam Malik pula mentakwilnya dengan rahmat yang Allah turunkan. 13 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • ii. Surah Al-Qalam ayat 42 : Maksudnya: “(Ingatkalah orang-orang yang yidak beriman) akan masa dideahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya”.Ulama Salafi : Ibn Abbas, Mujahid, Ibrahim an-Nakh’I, Qatadah, Sa’id Ibn Jubayr danjumhur Ulama yang lain telah mentakwilkan kalimah sebagai ‘suatu kesulitan’, jadimakna ayat menjadi ‘hari yang penuh ketakutan dan kesulitan’.iii. Surah al-Baqarah ayat 115 : Maksudnya : “dan Allah jualah yang memiliki Timur dab Barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmaynya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui”. Imam Mujahid menyatakan bahawa pada makna membawa maksud Qiblat. 14 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • iv. Surah al-Baqarah : 29 Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Imam Sufyan Al-Thaurin mentakwilkan kalimah dengan maksud ‘berkehendak menciptakan langit. iv. Surah Taha ayat 5 : Maksudnya :Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath al-Bari menyatakan bahawa bermaksud irtifa’ iaitu naik atau meninggi. Manakala menurut pendapat Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud a’la wa irtifaa’ (meninggi dan naik). Ini kerana sifat Allah Yang Maha Tinggi. Mazhab Salafi dan Mazhab Khalafi merupakan mazhab yang benar dan sentiasamembuktikan kebesaran Allah s.w.t dan tidak menyamakan Allah dengan sesuatu yang tidaklayak bagiNya. Mereka mentakwilkan ayat-ayat Mutasyabih dengan makna yang tidakbercanggah dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t sebaliknya ia sesuai dari sudut bahasadan agama Islam. Sebelum ini, ketika zaman Salafi, persoalan tentang ayat Mutasyabih tidakbegitu banyak berbanding ketika zaman Khalafi yang lahir banyak aliran pemikiran sertameluasnya kewujudan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak 15 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • membincangkan ilmu majaz, tasybih dan istia’rah. Tidak hairanlah ketika zaman Khalafitersebut, pentakwilan menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yangdikemukakan oleh mereka yang menentang Islam.RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa ayat-ayat Mutasyabih itu beradapada dua peringkat iaitu Mutasyabih yang tidak boleh diketahui maknanya dengan apa carasekalipun dan ayat-ayat Mutasyabih yang boleh diketahui maknanya oleh Ulama melaluikaedah-kaedah yang tertentu seperti merujuk kepada Sunnah. Mutasyabih boleh dikelaskankepada tiga bahagian iaitu semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan denganzat Allah kerana ianya tersimpan di sisi Allah dan seterusnya manusia hanya mampumencapai dan mengetahuinya melalui kajian dan pembelajaran. Pendekatan Takwil mahupunTafwidkedua-duanya bertujuan membuktikan kebesaran Allah s.w.t. dan tidak menyifatkansesuatu yang tidak layak bagiNya. Kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian ayatmutasyabih telah mendorong kepada meluasnya perbahasan dalam bidang Mutasyabih ini.Ayat Muhkam pula menjadi petunjuk yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Ia juga bolehdiketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil dan ianya memadai tanpamemerlukan keterangan lain. Allah s.w.t menjadikan ayat-ayat Al-Quran itu sebahagiannyaMuhkam dan sebahagiannya Mutasyabih telah memberi ruang kepada setiap mazhab untukberusaha dalam membenarkan mazhab masing-masing. Sesungguhnya golongan yang benar-benar mengambil pelajaran dan peringatan adalah golongan yang beriman dan berfikir. 16 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)
    • BIBILIOGRAFIAbdullah Yusuf Ali. (1991). Al-Quran al-Karim : Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El- muhammady. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.Ahmad Kamarudin Ibrahim et.al. (2011). HBQE1103 Ulum Al-Quran. Open University Malaysia (OUM).Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani. (2002). Fathul Baari Syarah : Sahih Al-Bukhari, Book 6. Jakarta : Pustaka Azzam.Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris. (2003). Mengenal Al-Quran Dan Asas-asas Ulum Al- Quran. Kuala Lumpur : Al-Hidayah PublishersMohd Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran : Pertumbuhan Dan Perkembangan 1 – 150H. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.Sayyid Quthb. (2001). Tafsir Fi Zhilalil Quran, Dibawah Naungan Al-Quran Jilid 2, Terjemahan As’ad Yassin et.al. Jakarta : Gema Insani Press. 17 |TUGASAN KURSUS: ULUM AL-QURAN (HBEQ 1103)