• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 

Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)

on

  • 6,259 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,259
Views on SlideShare
6,259
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
286
Comments
3

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

13 of 3 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti) Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti) Document Transcript

    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTERKOD KURSUS EPM233NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGIPROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIANNAMA PELAJAR SIJARA@ZAHARAH BT MOKTINO. MATRIK 690506125566NAMA FASILITATORPUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT |1
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) ISI KANDUNGANPerkara Muka SuratPendahuluan 4Bahagian A : Esei1. Pengenalan 51.1 Definisi Pengajaran 51.2 Definisi Pembelajaran 61.3 Definisi Didik Hibur 61.4 Ciri-ciri Didik Hibur 61.5 Bahan Media Sebagai Sokongan Pengajaran dan pembelajaran 72. Sejauh Mana Pengajaran Di SKLandung Ayang, Kota Belud Masih 7Berpusatkan Guru2.1 Hasil Pemerhatian Terhadap Proses P&P di SK Landung Ayang, Kota Belud 8 2.3 Cadangan Menambahbaik Kelemahan Strategi Pemusatan Guru 93. Strategi Melibatkan Murid “secara aktif dan menyeronokkan dengan 10sokonganpelbagai bahan media yang sesuai” Dalam Proses P&P3.1 Konsep Pengajaran 103.2 Konsep Pembelajaran 103.3 Empat Bidang Kompetensi Guru 113.4 Teori Pembelajaran Gagne (1974, 1977) 113.5 Teori Pembelajaran Ewell (1997) 123.6 Pelbagai Bahan Media Mendorong Penglibatan Murid Secara Aktif Dan 13Menyeronokkan Dalam Proses P&P3.7 Langkah Terbaik Melibatkan Murid Dalam Proses P&P 14“secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagaibahan media yang sesuai” |2
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)4. Penaksiran Yang “Berkonsepkan Didik Hibur” 174.1 Definisi Penaksiran4.2 Objektif Didik Hibur 184.3 Aspek Didik Hibur 184.4 Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur 204.5 Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur 204.6 Konklusi Penaksiran Berkonsepkan Didik Hibur 215. Isu-isu Berkaitan Dengan Pengajaran & Pembelajaran Secara 21 Aktif & Menyeronokkan5.1 Isu-isu Berkaitan P&P Secara Aktif & Menyeronokkan 21 5.2 Cadangan Untuk Mewujudkan P&P Secara Aktif & Menyeronokkan 22Bahagian B : Rancangan Pelajaran Harian 261. RPH Bahasa Melayu KSSR Tahun Satu (Memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif)Rumusan 29Bibiliografi 30 |3
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)Pendahuluan Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atasjunjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya inginmemanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.Tdi atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasanbagi kursus Model & Strategi Pedagogi (EPM233) ini dapat disiapkan sepenuhnya. Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitukebolehan pelajar mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaiansesuatu masalah, menilai dengan kritis dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuaisesuatu yang sedia ada. Tugasan ini terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalahpenjelasan secara terperinci tentang sejauh manakah pengajaran di sekolah (tempat sayabertugas) masih berpusatkan guru; bagaimana guru telah melibatkan murid “secara aktif danmenyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai dalam prosespengajaran dan pembelajaran; bagaimana penaksiran adalah “berkonsepkan didik hibur” danseterusnya membincangkan tentang isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran “secaraaktif dan menyeronokkan”.Manakala Bahagian B mengandungi Rancangan Pelajaran Harianyang memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif (berpusatkan murid). Sayaingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasihkepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepadapihakpensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian.Ucapan ribuan terima kasihjuga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesikolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai. Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri sayaberkaitan model dan strategi pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah supayapengajaran lebih berpusatkan pelajar dan melibatkan murid secara aktif dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalammeneroka dunia ilmu tanpa sempadan.Disediakan oleh :SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI690506125566AEU Kudat(09Mac 2013) |4
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)1. Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mula diperkenalkan dandilaksanakan pada Tahun 2011.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telahditransformasikan kepada KSSR.KSSR ini dilaksanakan khususnya di sekolah rendah dinegara kita dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapanyang mampu berhadapan dengan cabaran semasa juga cabaran abad ke-21.Ini adalah sejajardengan kehendak Teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu„Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran sertamenghayati nilai-nilai murni‟.Dari sudut pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolahrendah, KSSR menekankan pengajaran berkonsepkandidik hibur bagi memberi peluangkepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif danmenyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai. Berikut dikemukakan beberapa penjelasan secara terperinci tentangdefinisipengajaran; definisi didik hibur; pengajaran & pembelajaran secara aktif danmenyeronokkan; definisi pengajaran & pembelajaran berpusatkan murid; definisi pengajaran& pembelajaran berpusatkan guru; seterusnya definisi sokongan pelbagai bahan media.1.1 Definisi Pengajaran Reinhartz dan Beach (1997) menyatakan bahawa pengajaran bermaksud implementasikurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilikdarjah. Menurut Halmos (1994), pengajaran bermaksud suatu perkara daripada segi apa,bagaimana dan mengapa. Berdasarkan Dictionary.com (diterjemah), pengajaran adalah melibatkan aktiviti-aktiviti yang menyampaikan ilmu atau kemahiran. Berdasarkan Answers.com (diterjemah), pengajran adalah suatu perlakuan, proses atauseni menyampaikan ilmu dan kemahiran. Berdasarkan Online Medical Dictionary(diterjemah), pengajaran adalah suatu prosespendidikan tentang mengarah. Berdasarkan TheFreedictionary (diterjemah), pengajaran adalah suatu prosesprofesion untuk mereka yang memberi arahan, terutamanya di sekolah rendah atau menengahatau university. |5
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Manakala di dalam Webster Dictionary (diterjemah), pengajaran adalah perlakuan danperihal mengarah.1.2 Definisi Pembelajaran Marton dan Booth (1997) menjelaskan bahawa pembelajaran adalah berkenaanbagaimana kita menanggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna. Fry danMarshal (2003) menjelaskan pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yangbersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Dengan berlakunyaperubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan, makapembelajaran pun dianggap telah berlaku.1.3 Definisi Didik Hibur Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.Dalam Kamus Dewan (2000)mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar.Manakala hiburbermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaranyang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empatkomponenen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, murid-murid dapatmerasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi pembelajaran telah dirancangdengan sistematik.1.4 Ciri-ciri Didik Hibur Ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran antaranya ialah sesi pembelajaran yangmenyeronokkan dengan kewujudan unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik,lakonan dan sebagainya; mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepadaguru; murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dantertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya; sesi pembelajaranyang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti nyanyian atau lakonan di manamurid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur; objektifaktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian carapersembahan tanpa unsur kalah atau menang, tanpa ganjaran atau denda di samping latihandan penggunaannya menjurus kepada aktiviti P&P; aktiviti didik hibur tidak memberi |6
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)penekanan kepada kesalahan murid sebaliknya menekankan penglibatan murid semaksimamungkin dalam aktiviti yang bersahaja dan santai; cenderung kepada aktiviti berkumpulanatau berpasangan untuk menggalakkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi;murid bebas menyuarakan pendapat atau sebarang idea secara logic dalam keadaan terkawalsupaya menghasilkan persembahan yang menarik; murid; dan akhir sekali lebih banyakmelibatkan komunikasi bahasa tubuh.1.5 Bahan Media Sebagai Sokongan Pengajaran & Pembelajaran Bahan bermaksud segala kelengkapan yang digunakan untuk membantu prosespengajaran. Bahan media datang dalam bentuk media bercetak dan media elektronik.Bahanmedia bercetak contohnya buku, majalah dan surat khabar. Manakalabahan elektronikcontohnya computer, radio, internet dan sebagainya. Media elektronik lazimnya memaparkanatau mengandungi audio visual seperti CD,VCD, atau DVD.Saluran atau media inidigalakkan supaya guru menggunakannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran untukmenyampaikan isi pelajaran. Antara ciri-ciri bahan media sebagai sokongan pengajaran danpembelajaran ialah menarik minat, mudah dibawa, saiz yang bersesuaian dan konsep yangtepat.Kelebihan menggunakan bahan media untuk menyampaikan isi pelajaran antaranyaialah murid dapat pengalaman realistik; merangsang deria rangsangan murid-murid;kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid; pengekalan minat dan tumpuan melaluipelbagai media; peningkatan daya ingatan; peningkatan kemahiran berfikir, motivasi dankreativiti, keseronokkan dalam pembelajaran; kemahiran interpersonal dan intrapersonal;kemahiran psikomotor dan juga lebih efektif.2. Sejauh Mana Pengajaran Di SK Landung Ayang Masih Berpusatkan Guru Dalam KSSR strategi pengajaran berpusatkan gurumerupakan salah satu daripadapelaksanaan pengajaran selain daripada pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskanaktiviti/tugasan.Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran memerlukan kebijaksanaanguru memilih pendekatan, merancang kaedah, menentukan teknik P&P berdasarkan objektifpelajaran yang telah ditentukan. |7
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)2.1 Hasil Pemerhatian Terhadap Proses P&P di SK Landung Ayang, Kota Belud Setelah membuat pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di SKtempat saya bertugas, saya dapati strategi pengajaran berpusatkan guru tidak digunakansepenuhnya oleh guru-guru yang mengajarmata pelajaran Tahun 1yang berorientasikanKSSR seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Saya dapati guru-guru tersebut hanya menggunakan pengajaran berpusatkan guruuntuk langkah P&P yang memerlukan guru memberi pengenalan umum, memberi gambarankeseluruhan sesuatu isi pelajaran, merumus isi pelajaran dan semasa memberi arahanmelakukan sesuatu aktiviti atau tugasan.Contohnya guru membuat penerangantentangcara membina dan menulis ayat. Pengajaran berpusatkan guru mengkehendakiguru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalamsebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas.Manakala interaksi murid dengan muridsukar berlaku.Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepadamurid. Guru-guru tersebut juga meminta semua murid menggunakan bahan bantu mengajaryang sama dan menggunakan papan putih supaya lebih tertumpu untuk membuat catatan ataupenyampaian maklumat. Setelah membuat pemerhatian ke atas proses P&P bagi mata pelajaran teras KSSRTahun1 tersebut, saya dapati pada mulanya murid-murid menunjukkan respon positif.Apabila guru bertanya sama ada paham atau tidak dan boleh buat atau tidak, mereka lantasmenjawab „„Ya, kami paham‟‟, dan “Boleh, kami boleh buat”. Namun hakikatnya, semasamurid diminta untuk membina dan menulis ayat tersebut,terdapat beberapa orang murid tidakdapat melakukannya kerana tidak faham penerangan guru sepenuhnya.Daripada respon muridini, saya dapat membuat rumusan bahawa pengajaran berpusatkan guru tidak membantu guruuntuk menjadikan murid faham sepenuhnya melalui penerangan secara kelas tersebut. Gurusukar untuk menilai sejauh mana murid boleh menerima penerangan yang dibuat secara kelastersebut. Salah satu sebabnya murid merasa takut atau malu untuk bertanya semula kepadaguru tentang penerangan tadi.Hal ini jelas menunjukkan pengajaran berpusatkan gurumenghalang interaksi murid dengan guru dan interaksi murid dengan murid. |8
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)2.3 Cadangan Menambahbaik Kelemahan Strategi Pemusatan Guru Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan ketidakfahaman murid terhadap isipelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antaranya setelah gurumenggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru, sebaiknya guru meminta beberapa orangmurid untuk tampil ke depan kemudian meminta seorang demi seorang menghasilkan apayang diminta oleh guru iaitu membina dan menulis ayat.Kemudian menyemaknya secarakelas supaya murid lebih faham dan lebih jelas untuk membina dan menulis ayat. Setelah itu,bolehlah guru meminta semua murid memulakan aktiviti membina dan menulis ayat masing-masing sama ada secara kumpulan atau individu.Ini dinamakan teknik simulasi.Simulasibermaksud satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yangmemerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagimembuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melaui teknik ini muriddapat menggunakan kemahiran belajar seperti membina jawapan yang betul dan tepat.Inimemberi peluang kepada murid untuk mengalami sendiri situasi atau sesuatu masalah.Dengan itu, sudah tentu murid yang lain dapat mencontohi dan akan bertambah kefahamanmereka terhadap isi pelajaran yang diajar oleg guru. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru boleh digantikandengan pengajaran berpusatkan murid.Dari sudut amalan guru, guru boleh merancangpengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan penglibatan murid.Guru bolehmenggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yangmemerlukan murid memberi respon sepenuhnya contohnya permainan, teka teki, kerjalapangan dan lain-lain lagi. Dari sudut aktiviti pelajar pula, Bickford et al. (2002) menganjurkan „otonamiterikat‟ iaitu guru boleh meminta murid menjalankan tugasan yang diberi dalam batasan bilikdarjah dengan berpusatkan pelajar. Dengan itu, murid berasa mampu untuk membuatpenyiasatan bagi menjawab persoalan tugasan.Secara tidak langsung, wujud kolaborasi antaramurid dengan murid dan antara guru dengan murid. Seterusnya dari sudut tugasan pengajaran, matlamat dan objektif pengajaran adalahditentukan oleh guru kemudian diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuatsepenuhnya oleh murid. Guru boleh menganjurkan tugasan atau aktiviti yang memerlukanmurid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini melibatkan interaksi antara muriddengan murid dan guru dengan murid. |9
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Demikianlah sejauh mana penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaranberpusatkan guru di sekolah tempat saya bertugas.Cadangan dan sumbangan idea tersebutdiharap dapat dijadikan panduan dan menjadi amalan pengajaran di bilik darjah bagimelahirkan murid yang boleh mengamati ilmu pengetahuan diikuti dengan mampumenguasai kemahiran belajar bermula daripada isi pelajaran yang asas sehinggalah topicyang lebih kompleks.3. Strategi / Langkah-langkah Melibatkan Murid “secara aktif dan menyeronokkandengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai” Dalam Proses P&P Menurut Loris Malaguzzi (1994)“Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh „berdiri‟bertentangan sebuah sungai sambil melihat air mengalir, namun perlu „berjalan‟ bersama-sama untuk mengharungi arus sungai tadi. Melalui permuafakatan yang kukuh, pengajaranakan berjaya mengukuhkan pembelajaran”.3.1 Konsep Pengajaran Berdasarkan kenyataan Loris Malaguzzi (1994) menunjukkan bahawapengajaranadalah dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannyadengan kaedah, teknik yang sesuai dengan disokong oleh bahan media dan seterusnyamemotivasi murid supaya mengambil inisiatif untuk untuk belajar demi memperoleh ilmupengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.3.2 Konsep PembelajaranManakala pembelajaranadalah proses pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkahlaku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Perubahan tingkah laku ialah pembelajaransebenar yang berlaku dalam satu persekitaran. Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses yangberterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada seseorang individu padaakhir proses tersebut. Sebagaimana Unisec, Lockhart dan Walters (1990) mendefinisikanpembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibatdaripada pengalaman. | 10
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)3.3 Empat Bidang Kompetensi Guru Menurut Smith (1996) terdapat empat bidang kompetensi guru yang berkesan bagimenghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu pemahaman tingkah lakumanusia dan aplikasinya dalam pembelajaran; pemaparan sikap yang positif terhadap muriddan pengajaran; penguasaan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar; seterusnya penguasaanteknik pengajaran yang memudahcarakan pembelajaran.3.4 Teori Pembelajaran Gagne (1974, 1977) Terdapat beberapa teori pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajarandan pembelajaran di sekolah antaranya teori pembelajaran Gagne dan teori pembelajaranEwell.Kedua-dua teori masing-masing mempunyai konsep tersendiri.Teori pembelajaranGagne menerangkan minda manusia memproses maklumat seperti computer. Mengikut teoriini terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yangdipelajari iaitu peringkat pertama „motivasi‟; peringkat kedua „memberikan perhatian‟;peringkat ketiga dan keempat „perolehan dan ingatan‟; peringkat kelima „ingat kembali danretrieval‟; peringkat keenam „generalisasi‟; peringkat ketujuh „prestasi‟ dan diakhiri denganperingkat kelapan „maklum balas dan peneguhan‟. Antara implikasi proses pembelajaranGagne terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah menarik perhatian murid denganmengarah murid kepada topik pengajaran termasuk set induksi, bahan bantu mengajaryang menarik dan dapat merangsang murid; menyedarkan murid tentang objektifpelajaran dan matlamat pengajaran; merangsang pengetahuan sedia ada dengan menggunakanpelbagai gaya pengajaran sebelum memulakan pengajaran; membimbing pembelajaransupaya murid dapat mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang dengansokongan bahan yang jelas, tepat dan menarik; melaksanakan perlakuan dengan memintamurid melatih kemahiran dan tingkah laku baru dan dengan mengesahkan murid menguasaipengetahuan yang diajar; memberikan maklum balas melalui latihan dalam pelajaran yangdapat mengesan kefahaman murid tentang pembelajaran; menilai perlakuan dan prestasimelalui ujian pelbagai bentuk (formatif atau sumatif) ketika akhir pengajaran guru; dan akhirsekali merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran melalui contoh tambahan danlatihan-latihan bagi menambah baik pemahaman murid terhadap pembelajaran yang telahdikuasai seterusnya memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi baru. | 11
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)3.5 Teori Pembelajaran Ewell (1997) Bagi teori pembelajaran Ewell (1997) pula, beliau lebih cenderung kepada sebuahmodel yang menggambarkan prinsip pembelajaran yang mempengaruhi penguasaanpengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi. Teori ini mementingkan lapanprinsip utama iaitu penglibatan aktif, perkaitan dan corak, pembelajaran informal,pengalaman langsung, situasi mendesak, maklum baalas berterusan, suasana yangmenyeronokkan dan akhir sekali prinsip refleksi.Penglibatan aktif ialah keadaan di manamurid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembalimaklumat dengan berkesan. Ini bermaksud murid seharusnya dapat menyelesaikan masalah,mengemukakan cadangan, memberikan pengertian baru, berkebolehan untukmenghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru. Sebagai contohmewujudkan perbincangan secara kelas. Perkaitan corak pula merujuk kepada adaptasiterhadap konteks pembelajaran baru dan terhadap tugasan dengan mengait, mengorganisasidan menggunakan pengetahuan juga kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baru. Ini bermaksud pemikiran secara kritis diperlukan.Sebagai contoh murid Tahun1 diminta menggambarkan suasana keluarga bahagia dengan melukis gambaran mereka padasehelai kertas putih.Pembelajaran informal pula bermaksud pembelajaran tidak hanya berlakudi dalam bilik darjah atau pun dalam waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana-manasahaja serta pada bila-bila masa. Ini bermaksud murid belajar sepanjang masa bersama guruatau tanpa guru sama ada dilaksanakan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Prinsippengalaman langsung pula ialah proses membina makna berdasarkan pengalaman. Ia adalahmerujuk kepada learning by doing di mana murid akan belajar jika mereka melakukanaktiviti pembelajaran secara langsung. Pembelajaran langsung memberi fokus kepadapembelajaran individu.Ia amat berkesan jika guru mengaplikasi kitaran pembelajaranmenyeluruh iaitu menetukan matlamat, membuat eksperimen, memerhati, menyemak semuladan akhirnya membuat pelan tindakan. Prinsip seterusnya situasi mendesak di mana muridapabila menghadapi masalah yang mencabar seterusnya menarik minat mereka keranapenyelesaian dianggap sebagai mempunyai akibat sebenar, maka motivasi murid danpembelajaran akan berlaku. Ini bermaksud guru boleh menyediakan banyak peluang untukmurid melibatkan diri dalam pelbagai kemahiran.Prinsip seterusnya maklum balas berterusaniaitu maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan dan judarespon.Ia berperanan mempengaruhi proses afektif dan motivasi murid, sebagai pembetulanatau insentif sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan.Seterusnya suasana yang menyeronokkan iaitu suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap, | 12
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah adalahmempengaruhi persekitaran emosi bilik darjah. Jika persekitaran pembelajaran yangmenyeronokkan berjaya diwujudkan maka maklum balas serta pembelajaran berkesan akanberlaku berterusan. Akhir sekali prinsip refleksi iaitu proses memikirkan atau merenungkembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri seseorang. Sebagaimana Knapp (1993)refleksi ialah cara untuk mengimbas kembali pengalaman bagi membina makna tentangpembelajaran, belajar daripada pengalaman dan membentuk pemahaman serta apresiasi baru.3.6 Pelbagai Bahan Media Mendorong Penglibatan Murid Secara Aktif Dan Menyeronokkan Dalam Proses P&P Bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan topik yang diajar akanmendorong penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dalam proses P&P. Bahanmedia berperanan sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran serta nilaiyang terdapat dalam topik yang dipelajari. Variasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akanmelibatkan pelbagai bahan media. Dengan penggunaan pelbagai bahan media tersebutmaka rasa bosan dan cepat jemu dapat dielakkan seterusnya menjadikan pengajarandan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.Ini menunjukkan bahan media sebagaibahan pengajaran dan pembelajaran penting dan perlu diberi penekanan kerana ia sebagaipenggerak proses P&P. Tanpa medium tersebut, penyampaian dalam proses pengajaran danpembelajaran menjadi kurang lancar serta kurang memberi kesan yang diharapkan. Bahan media terbahagi kepada bahan media cetak dan bahan media elektronik.Antara contoh bahan pengajaran dan pembelajaran media bercetak adalah modul,buku teks,buku latihan, aktiviti, buku sumber, surat khabar, majalah, makalah, carta, graf peta,ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan dan juga bahan terbitan berkala. Ia bersifat mudahdidapati dalam pelbagai bentuk dan mudah disediakan. Dalam KSSR modul digunakan dalam pengajaran danpembelajaran.Pembelajaran secara bermodular menggantikan pembelajaran KBSR yangbanyak bergantung kepada buku teks serta buku latihan dan buku aktiviti. Sebagai contohbagi Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2 terdapat lima modul yang diguna pakai oleh murid-murid iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul SeniBahasa dan Modul Tatabahasa . Modul-modul tersebut dibina berasaskan DSK dan DSP yangdisediakan untuk setiap mata pelajaran KSSR. | 13
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Contoh bagi bahan media elektronik pula ialah CD-ROM dan DVD-ROM.Lazimnya bahan seperti ini dikenali dengan audio-video iaitu berasaskan gambar, suara ataubunyi-bunyian.Dalam konteks KSSR, belajar melalui TMK adalah salah satupendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK iaitu Elemen MerentasKurikulum (BPK, 2010). Dalam pendekatan ini penggunaan TMK untuk mengaksesmaklumat dan ilmu pengetahuan adalah menggunakan media TMK seperti CD-ROMdan DVD-ROM.Sejajar dengan KSSR, konseplearning is fun menjadi salah satuperkara yang diberi penegasan. Melalui penggunaan CD-ROM atau DVD-ROM konseptersebut dapat diaplikasikan. CD-ROM buku teks telah diperkenalkan mulai 2001 olehKementerian Pelajaran Malaysia.Ia menyumbang kepada pembelajaran murid lebih seronokdan menarik kerana bersifat interaktif. Kesan audio, video serta penggunaan warna-warnayang menarik juga menyumbang kepada peningkatan minat murid untuk terus belajar. Selainitu, penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga amat dianjurkandi sekolah. Pembelajaran menggunakan internet selaras dengan konsep bringing the world toclassroom.Dalam KSSR, penggunaan internet untuk mengakses maklumat dan ilmupengetahuan adalah satu cara yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK di bawahpendekatan belajar melalui TMK. Ini bermaksud murid-murid boleh mengakses maklumatyang diperlukan dalam pembelajarannya sebagai contoh pembelajaran penyelesaianmasalah.Seterusnya bahan siaran daripada Radio dan TV seperti TV pendidikan kelolaanKementerian Pelajaran Malaysia.Ia bersiaran pada waktu pagi dan ulangannya pada waktupetang. TV IQ di bawah kelolaan televisyen ASTRO juga boleh dimanfaatkan oleh guru danmurid sekolah.3.7 StrategiMelibatkan Murid Dalam Proses P&P “secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai” Penglibatan aktif adalah keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif denganbahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan.Muridseharusnya dapat menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, dan juga memberipengertian baru.Contohnya perbincangan secara berkumpulan. Pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan memerlukan gurumelibatkan pelajar daripada mula sehingga ke penghujung.Beberapa aspek kecilberhubung dengan bilik darjah sehingga aspek atau isu yang lebih kompleks perludiberi penekanan oleh guru. Guru pula hendaklah menghibur dan berwatak kelakar disamping mempamerkan sifat penyayang serta sentiasa menyemai rasa saling sayang | 14
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)menyayangi dan mengambil berat terhadap murid.Semua tindak tanduk guru adalahcenderung kepada menginginkan murid supaya mereka mahu belajar denganbersungguh-sungguh.Secara tidak langsung, apabila berlakunya pengajaran danpembelajaran secara aktif dan menyeronokkan sudah tentu penglibatan aktif murid jugaterserlah. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid merasakan dirinya terlibat dalam aktivitiP&P yang dianjurkan oleh guru dalam bilik darjah.Guru perlu mengelak daripada situasihanya bercakap di hadapan kelas dan murid duduk secara pasif. Pembelajarankemungkinan hanya berlaku dalam tempoh beberapa minit pada awal pengajaran, tetapihanya guru yang menjalankan aktiviti.Talian komunikasi antara guru dengan murid sangatrapuh dan dalam sekelip mata sahaja terputus disebabkan murid kurang berminat.Dalamsituasi pelajaran seperti ini, murid yang dedikasi sekalipun boleh berasa bosan dengan cepatdan mula hilang tumpuan. Bagi mengelak hal ini, guru boleh menggunakan teknik tunjukcara. Tunjuk cara bagi aktiviti yang terlibat dalam suatu mata pelajaran mendahului aktivitiyang sebenarnya. Murid belajar cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk ajar yangdiadakan. Setelah memperoleh maklumat, murid pun ingin segera memulakan kerja atautugasan.Di samping itu, guru digalakkan menggunakan bahan media yang sesuai danmenjadikan murid-murid berasa seronok menjalankan aktiviti P&P. Apabila muridmula aktif, guru boleh menumpukan perhatiannya kepada tugas membimbing individu. Selain itu, guru hendaklah menggunakan bahan media yang sesuai dan menariksebanyak mungkin pancaindera yang ada pada murid-murid supaya prosespembelajaran mereka adalah lebih baik dan membantu. Dengan adanya bahan mediajuga, mudah untuk murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untukkehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalahbersifat kontekstual.Maka guru dianjurkan supaya memilih bahan yang paling relevandengan kehidupan harian murid-murid bagi memudahkan proses pemahaman olehmurid. Apabila guru mengutamakan penggunaan bahan media semasa proses P&P,maka guru mudah memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca,membuat penerokaan,ingin mencuba dan menghargai sesuatu nilai estetika. Guru juga harusmenyedari bahawa dengan sokongan bahan media dapat membangkitkan minat,motivasi, rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama dan disiplin kalangan murid. | 15
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Selain itu, guru digalakkan supaya menggunakan bahan media dalam proses P&Puntuk mengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi denganbercakap-cakap atau berbincang antara satu sama lain. Ini bermaksud murid tidak berasaterkongkong. Guru perlu menyediakan bahan media yang baik supaya dapat melibatkan muriddalam Proses P&Psecara aktif.Ciri-ciri bahan media yang baik untuk gurumenggunakannya ialah bahan media itu sesuai bagi mencapai objektif P&P; praktikal untukdigunakan (mudah dibawa dan mudah dikeluarkan dan mudah disimpan; kosnya murah danmudah diperbaiki jika rosak; bersifat maujud, konkrit dan kontekstual sesuai dengan gayapemikiran murid-murid yang bersifat konkrit; bersifat interaktif kerana penyesuaian dirikepada alam sekitar adalah factor yang penting untuk perkembangan kognitif individu;kepelbagaian bagi mengelak jemu atau bosan dan selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza;jumlah bahan mencukupi jumlah murid supaya disiplin murid sentiasa terkawal; selarasdengan nilai serta budaya yang ada dan mengelak daripada pertembungan budaya yang bolehmenyebabkan konflik. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru boleh digantikandengan pengajaran berpusatkan murid.Dari sudut amalan guru, guru boleh merancangpengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan penglibatan murid.Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yangmemerlukan murid memberi respon sepenuhnya contohnya permainan, teka teki, kerjalapangan dan lain-lain lagi. Dari sudut aktiviti pelajar pula, Bickford et al. (2002) menganjurkan „otonamiterikat‟ iaitu guru boleh meminta murid menjalankan tugasan yang diberi dalam batasan bilikdarjah dengan berpusatkan pelajar. Dengan itu, murid berasa mampu untuk membuatpenyiasatan bagi menjawab persoalan tugasan.Secara tidak langsung, wujud kolaborasi antaramurid dengan murid dan antara guru dengan murid. Seterusnya dari sudut tugasan pengajaran, matlamat dan objektif pengajaran adalahditentukan oleh guru kemudian diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuatsepenuhnya oleh murid. Guru boleh menganjurkan tugasan atau aktiviti yang memerlukanmurid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini melibatkan interaksi antara muriddengan murid dan guru dengan murid. | 16
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Secara ringkas, pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang beupaya mencapaiobjektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan.Beberapa garis panduan boleh difikirkan untukpelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah antara yang bolehdifikir oleh guru dan dilaksanakan. i. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan) ii. Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. iii. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. iv. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid. v. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. vi. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif. vii. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid. viii. Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas. ix. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid x. Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid. xi. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid. xii. Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian. xiii. Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka4. Penaksiran Yang “Berkonsepkan Didik Hibur”4.1 Definisi Penaksiran Penaksiran bermaksud proses pengumpulan, menterjemah, merekod & menggunakanmaklumat mengenai respon murid kepada tugas pendidikan (David Lambert & David Lines,2000). Didik hiburmerupakan kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu. Ia adalah sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkanatau menggirangkan hati. Antara ciri-ciri didik hibur ialah pembelajaran yang seronokdan ceria; meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid; murid bolehberkomunikasi secara verbal dan non verbal; menunjukkan tahap perubahan tingkah laku(tahu, faham, hayati); semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi. | 17
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)4.1 Objektif Didik Hibur Objektif didik hibur ialah mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita;dan akhir sekali mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.4.2 Aspek Didik Hibur Aspek didik hibur ialah nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi.Nyanyianadalah kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara.Ia adalah iringan muzik memberiimpak pada nyanyian. Muzik boleh diganti dengan bunyi bunyian yang direka dan prosesingatan bahasa yang dipelajari adalah melalui nyanyian. Ini bertujuan membantu muridmenguasai kosa kata, sebutan,intonasi, rima, tekanan dan struktur ayat.Prinsip nyanyiandalam didik hibur ialah lagunya hendaklah sesuai dari sudut tata bahasa, maksud dan bahasa.;melodi yang mudah diikuti dan yang hamper dengan pengalaman murid; nyanyian ituhendaklah sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian murid; lagu hendaklah mempunyaijalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi; seronok dan ceria iaitu tidak membebankan gurudan murid; dan akhir sekali ia berkisar dengan persekitaran dan kecenderungan. Kepentingannyanyian dalam P&P ialah mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria; membantumurid mengingati apa-apa yang dipelajari; membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan serta struktur ayat; dan akhir sekali mengukuhkan aspekkefahaman berbahasa.Contoh nyanyian adalah nyanyian lagu Tiga Kupang, Air Pasang Pagidan Lagu Oh bulan. Cerita ialah sesuatu yang dicakap, dibual dan diungkap secara langsung kepadamurid.Kanak-kanak suka mendengar cerita. Guru perlu bersedia dan bercerita secaranatural.Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan menyuburkanimaginasi.Antara ciri-ciri teknik bercerita ialah masa bercerita yang sesuai; ruang dansuasana yang kondusif; peralatan cerita yang menarik digunakan; bentuk dan jenis ceritaharus ringkas; mesej yang jelas serta bermakna; berupaya meningkatkan bahasa dankemahiran asas berbahasa murid; dan akhir sekali penglibatan menyeluruh murid. Terdapatdua jenis cerita iaitu jenis cerita tanpa alat dan jenis cerita menggunakan alat, Jeniscerita tanpa alat ialah memerlukan kekuatan vokal atau bahasa badan atau aksi.Manakalajenis cerita menggunakan alatan ialah cerita yang memerlukan alat seperti tali, boneka,lakaran, kertas atau kain.Prinsip bercerita tanpa alat ialah nada suara dan mimic yang berigambaran watak, suasana dan emosi (sejuk, sayang, takut dan lain-lain); ekspresi muka | 18
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita contohnya marah atau gembiraatau terkejut atau sedih; elak daripada cerita yang sukar digarap oleh kanak-kanak; bahasayang digunakan mudah dan berulang-ulang; wujud hubungan mata antara pencerita denganpendengar; kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isicerita; pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Halangan atau gangguanterhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah di atasi agar tidak berpanjangan; dan akhir sekaliialah melibatkan kanak-kanan dalam penceritaan.Contoh cerita antaranya pemotong kayu dankapaknya. Lakonanialah aktiviti atau pergerkan tubuh badan atau segala perlakuan manusia;dilakukan oleh wataak-watak tertentu yang mencerminkan keadan sebenr atau meniru gayakegiatan manusia dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan (2000), lakonan ialah perihalmemainkan sesuatu drama; sandiwara dan sebagainya.Antara kebaikan lakonan ialahmembolehkan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul;menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul;membolehkan murid-murid bertutur mengunakan bahasa yang kemas dan teratur,membolehkan murid berinteraksi atau berhubung dengan dengan orang lain untukmenyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran nrereka; melatih murid-muridmendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat;menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satukumpulan; mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalanganmurid; mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negative lain; melatihmurid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaansebenar. Antara prinsip lakonan pula ialah menepati objektif pengajaran iaitu untukmempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid; mempunyai temayang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid; dialog dalam lakonan haruslahmenggunakan bahasa yang sesuai, mudah, jelas, ringkas dan senang difahami; mudahdilaksanakan; semua murid diberi peluang ikut kebolehan; dan akhir sekali ialah merangsangkemahiran intelek, emosi dan fizikal. Puisiadalah terdiri daripada nyanyian dan pantun 2 kerat.Teknik penyampaiannyanyian ialah lagu puisi, sajak atau bacaan berirama.Manakala teknik penyampaian pantun 2kerat ialah pantun dan gurindam.Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan masyarakatMelayu.Pantun juga menggambarkan atau merupakan refleksi minda, social, budaya dan | 19
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)kemasyarakat Melayu lama.Pantun juga merupakan puisi berangkap.Terdapat beberapa jenispantun iaitu pantun dua rangkap, pantun empat rangkap, pantun enam rangkap dan lapanrangkap.Prinsip berpantun ialah aktiviti dirancang supaya menepati objektif pengajaranbahasa Maalaysia; pantun sebagai medium untuk memperkembang bakat seni yang adadalam diri murid; memberi peluang kepada semua murid yang terlibat dalam aktivitiberpantun; pilih pantun yang mudah; guru membimbing murid mencipta pantun; gurumemilih pantun yang mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyaimakna khusus; guru membimbing murid mengujar dan mengucapkan pantun dengan sebutanyang jelas dan intonasi yang betul; dan akhir sekali pantun diajar secara didik hibur supayamurid minat mempelajari bahasa Malaysia. Contoh pantun dua kerat ialah : „„Singgah di gerai bersama Amar, Jagalah sungai jangan tercemar‟‟.4.3 Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur Kejayaan sesebuah pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepadakebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajarab yangberkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi iaitu perwatakan guru yangmenarik, kecindan, tidak menakutkan aatau menggerunkan murid; bahasa yang digunakansesuai dengan tahap murid; guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid dikhalayak; guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik; sepatutnya guru bolehmelakonkan pelbagai watak dalampelbagai aktiviti; guru boleh membuat pelbagai suara; guruboleh memberi arahan dengan tepat dan menarik; Seseorang yang prihatin dan peka sertatajam daya pemerhatinnya; guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaianmendadak; dan akhir sekali guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.4.4 Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur Kejayaan didik hibur secara berkesan adalah bergantung kepada aktiviti yangdirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh gurusemasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah iaitu aktiviti perlu disesuaikandengan tahap murid yang hendak diajar; menjalankan aktiviti di mana murid-murid sediaketahui berdasarkan silang budaya yang sama; penyerapan didik hibur memerlukan tempohpelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel;aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalankan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpaada banyak masalah atau halangan; aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan | 20
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)atau konflik antara murid; peraturan aktiviti tersebut adalah jelas, senang, mudah difahamiatau diikuti oleh murid; dan akhir sekali dapat memberi kepuasan kepada murid-murid yangmenyertainya serta boleh disertai seramai mungkin murid yang ada.4.5 Konklusi Penaksiran Berkonsepkan Didik Hibur Secara konklusinya, penyerapan Didik Hibur sudah tidak asing lagi dalam medanpendidikan negara. Didik hibur merupakan komitmen kerajaan penuh kesungguhan ke arahmengaplikasi pendekatan Didik Hibur yang diadaptasikan melalui pendekatan Fun Learningyangkini digunakan secara meluas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di negara kita.5. Isu-isu Berkaitan Dengan Pengajaran & Pembelajaran secara aktif & menyeronokkan5.1 Isu-isu Berkaitan Dengan P&P secara aktif &menyeronokkan Isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkanantaranya ialah kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan atau dengan katalain penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif dan tidakmenyeronokkan merupakan salah satu punca murid tidak meminati sesuatu pelajaranitu .Berdasarkan kajian terdahulu, pencapaian murid meningkat apabila strategi pengajaranberpusatkan murid digunakan oleh guru.Demikian dapatan kajian oleh Affandey Ag.Ghanidalam tesisnya yang bertajuk Persepsi Pelajar terhadap penggunaan buku Teks JawiPendidikan Islam dalam pembelajaran. Satu kajian ke atas pelajar Tinkatan 4 mendapati guruyang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbul rasabosan di kalangan murid terutamanya bg murid yang cergas. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yangberterusan di antara murid dan guru.Proses interaksi ini boleh berpusatkan murid atauguru. Pembelajaran berpusatkan guru mengkehendaki guru supaya bertanggungjawabsepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilihsumber pembelajaran untuk murid. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid,murid adalah autonomousdan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tujuproses pembelajaran. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelasseharusnya melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Sekiranya guru hanya | 21
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)menitikberatkan silibus yang perlu dihabiskan berbanding aspek penguasaan kemahiranbelajar boleh menyebabkan interaksi dua hala antara guru dan murid menjadi hilang focus.Kemudian kesannya murid hilang minat (Atan Long, 1982). Antara dilema yang dihadapi oleh murid masa kini ialah hilangnya suasanapembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.Ini adalah disebabkan kebanyakanpenerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru gagalmewujudkan P&P secara aktif dan menyeronokkan.Punca utama murid menjadi bosanatau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu aktiviti P&P ialah kurangnya penerapanpembelajaran berpusatkan murid sebaliknya lebih kepada pembelajaran berpusatkan guru.Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedahpenerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori atau fakta akan membuatkan murid pasif,bosan dan berasa tidak seronok seterusnya kurang minat untuk menyertai proses P&P. Penggunaan bahan atau sumber pengajaran yang sama setiap kali proses P&Pdijalankan juga menyebabkan murid cepat berasa bosan dan keinginan mereka untukmencuba bahan yang baru akan terhalang. Demikianlah penggunaan buku teks secaratotal tanpa menggunakan bahan atau sumber P&P yang berbeza. Pemilihan bahan atausumber P&P juga mempengaruhi kewujudan pengajaran dan pembelajaran secara aktif danmenyeronokkan.5.2 Cadangan Untuk Mewujudkan P&P Secara Aktif & Menyeronokkan Pembelajaran secara kumpulan merupakan salah satu daripada mod pembelajaranyangdapat membantu mewujudkan P&P secara aktif dan menyeronokkan. Maksudpembelajaransecara kumpulan ialah dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satukumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagimencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR, murid-murid bolehdisatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut:• kebolehan• pencapaian• minat• jantina | 22
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberi bimbingan dan tunjukajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehanyang berbeza pula, guru mengharapkan akan berlaku interaksi antara murid dengan murid dimana murid yang lebih berkebolehan dapat membantu murid yang kurang berkebolehan. Saiz kumpulan yang berdasarkan bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan akanmenentukan darjah penglibatan dan interaksi murid sesama mereka. Kumpulan kecil yangmengandungi ahli terdiri daripada dua hingga empat orang murid lebih bersifat tidakformal.Tidak semestinya melantik seorang ketua untuk menyelaras aktivitikumpulan.Kumpulan kecil begini memberi peluang kepada ahli dalam kumpulan berinteraksisecara maksimum dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kumpulan yang sederhana besar pula terdiri daripada 5 hingga 10 orang ahli.Aktivitidalam kumpulan yang dilakukan secara bersama lebih bersifat formal kerana perlu adaseorang ketua untuk menyelaras aktiviti supaya dapat dilaksana dengan lancar.Kumpulanbesar yang ahlinya terdiri daripada lebih 10 orang murid dalam setiap kumpulan sangatbersifat formal.Seorang ketua kumpulan yang amat berkebolehan.perlu dilantik untukmenyelaras aktiviti kumpulan. Darjah penglibatan setiap murid dalam aktiviti pembelajaranamat terbatas disebabkan bilangan ahli yang terlalu ramai. Oleh itu, Newble dan Cannon (1995) telah menyarankan bahawa pengajaran yangmenggunakan kaedah kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut:• Penglibatan yang aktif di pihak murid.• Pertemuan secara bersemuka.• Aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab. Selain itu, merujuk teori perkembangan kognitif oleh Piaget, pada tahap umur tertentukanak-kanak berfikir secara konkrit. Pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih berkesanjika sesuatu pengetahuan, kemahiran ataupun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentukyang konkrit dan bersifat kurang abstrak. Sehubungan itu bahan bantu belajar yang bersifatkonkrit dapat membantu murid belajar dengan lebih baik lagi. Bahan-bahan maujud ataubahan realia adalah konkrit sifatnya.Manakala replika, gambar, model dan sebagainya adalahsepara konkrit.Simbol-simbol lisan dan perkataan adalah lebih abstrak dan lebih sukardifahami berbanding bahan-bahan yang konkrit dan separa konkrit.Oleh yang demikianpenggunaan bahan-bahan konkrit dalam pengajaran adalah sangat perlu. | 23
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) Berdasarkan teori pembelajaran behaviourisme pula, pembelajaran dikatakanberlangsung jika berlaku perubahan tingkah laku. Dengan adanya bahan-bahan pengajarandan pembelajaran yang sesuai, perubahan tingkah laku lebih mudah berlaku keranakebanyakan pancaindera akan terlibat. Maklumat yang diterima daripada pancainderatersebut seterusnya ditafsir dalam stor ingatan jangka pendek sebelum dihantar dan disimpandalam stor ingatan jangka panjang untuk digunakan sebagai penggerak kepada sesuatutingkah laku atau tindak balas . Dapatan kajian berkaitan keberkesanan pancaindera dalam proses pembelajaran olehpenyelidik sebelum ini mendapati 75% daripada apa yang dipelajari oleh seseorang adalahmelalui penglihatan, 13% daripada pendengaran, 6% daripada sentuhan, 3% daripada apayang dihidu dan 3% lagi ialah daripada apa yang dirasa. Bahan-bahan bergambar membantumurid meluaskan pengetahuan dan pemahaman sebab itu ada kata-kata yang mengatakan „apicture tells thousands words’. Kajian oleh Philips (1950) mendapati murid dapat mengingat50% daripada apa yang didengar dan dilihat berbanding dengan yang hanya dilihat sahajaatau yang didengar sahaja. Sehubungan itu penglibatan sebanyak mungkin pancaindera yang ada pada murid-murid dalam proses pembelajaran mereka adalah lebih baik dan membantu. Bahan-bahanpembelajaran membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yangberguna untuk kehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih olehguru adalah bersifat kontekstual. Guru akan memilih bahan yang paling relevan dengankehidupan harian murid-murid kerana ini akan memudahkan proses pemahaman oleh murid.Penggunaan bahan-bahan berbentuk relia atau model yang bersifat kontekstual sebagaisumber pembelajaran murid adalah selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Bandura.Selain itu bahan-bahan tersebut mudah diperolehi Penggunaan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat memupuknilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca; membuat penerokaan; inginmencuba dan membuat eksperimen; menghargai sesuatu nilai seperti nlai estetika dansebagainya kepada murid-murid.Bahan pengajaran dan pembelajaran juga diyakini dapatmembangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama, dandisiplin dalam kalangan murid. Penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, dapatmengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi denganbercakap-cakap atau berbincang antara satu sama lain dengan rasa kurang terkongkong. | 24
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)Walau bagaimanapun ini sangat bergantung kepada perkara-perkara yang dipelajari dalamsesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara konklusinya, pembelajaran berpusatkan murid dengan menganjurkan aktivitiyang dijalankan secara kumpulan adalah lebih afektif daripada pembelajaran berpusatkanguru atau pembelajaran secara kelas. Sudah tentu P&P secara aktif dan menyeronokkan akanwujud dan dinikmati oleh guru dan murid. Pemilihan dan penggunaan bahan media sebagaisokongan P&P juga tidak boleh diabaikan kjeraana ia sangat menyumbang ke aarahpembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. | 25
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)Bahagian B : Rancangan Pelajaran Harian1. RPH Bahasa Melayu Tahun Satu (Memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif) Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun SatuTema : Hidup selamatTajuk : Berhati-hati di jalan rayaPeringkat Kelas : Tahun 1Masa : 9.00 pagi -9.40 pagi Pada akhir pengajaran, murid dapat :Objektif Pelajaran : i. Membaca dan menyampaikan maklumat untyuk mengenal pasti idea utama dalam bahan yang diberi. ii. Mencatat tiga maklumat yang betul daripada sumber yang diberi dengan menggunakan perkataan sendiri. Standard Pembelajaran :Hasil Pembelajaran : i. Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat. ii. Mencatat maklumat yanmg betul daripada pelbagai sumber. | 26
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)Model/Nilai/Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Model pembelajaran : Pembelajaran kolaboratif Nilai : Berhati-hati & berdisiplin. Ilmu : PKJR KBT : BCB-mendengar dengan teliti KB : Verbal Linguistik TKP : Visual ruang dan verbal linguistic EMK : Kreativiti dan inovatif 1.1 membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat 1.1.1 menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, video, poster, kad huruf, kad perkataan dan lembaran kerjaProsedur atau Langkah-langkah : a) Pembukaan a) Pembukaan Bacaan doa (2 minit) b) Aktiviti Set induksi (3 minit) c) Penyoalan b) Aktiviti d) Penutup Langkah 1 (3 minit) : Permainan bahasa iaitu teka-teki dimana murid diminta meneka tiga jenis bunyi kenderaan yang diperdengarkan. Langkah 2 (15 minit) : Murid diminta menonton tayangan video 1, video 2 dan video 3. Kemudian murid diminta bersoal jawab berdasarkan video yang ditonton. Langkah 3 (10 minit) : Murid diminta membaca ayat berdasarkan gambar (Rujuk buku teks halaman 64), kemudian murid diminta menulis tiga maklumat | 27
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233) yang betul daripada sumber yang diberi menggunakan perisian Microsoft Word. (Kumpulan A dan B menggunakan perkataan sendiri manakala Kumpulan C secara berpandu. c) Penyoalan : Murid-murid diminta menyatakan cara- cara melintas jalan raya dengan selamat berdasarkan gambar. (3 minit) d) Penutup: Guru merumuskan keseluruhan isi pelajaran dan meminta murid mengulanginya. (2 minit)Penilaian : Menjawab Instrumen Bahasa Melayu (2 minit) | 28
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)Rumusan Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran di sekolah tempatsaya bertugas masih berpusatkan guru dan ia dijalankan untuk set induksi, pengenalansesuatu isi pelajaran, penutup P&P, dan untuk menjelaskan arahan bagaimana memulakanaktiviti P&P. Pengajaran Berpusatkan guru mempunyai banyak kelemahan antaranya sukaruntuk guru membuat penilaian ke atas tahap pemahaman murid kerana interaksi muriddengan guru terbatas dan pembelajaran dikawal oleh guru. Pengajaran dan pembelajaranberpusatkan murid dapat menambah baik kelemahan pemusatan guru tersebut.Seterusnyabagi mewujudkan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan, guru hendaklahmenjalankan kaedah dan teknik P&P yang sesuai dan afektif dan dilengkapi dengan bahanmedia yang sesuai dan menarik. Penggunaan bahan media dalam proses P&P dapatmenyumbang ke arah penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan. Dalam KSSR,penaksiran berkonsepkan Didik Hibur adalah menekankan hal mendidik sambil menghibur.Pengisian transformasi KSSR dalam pelajaran Bahasa Melayu adalah melalui kemahiranbahasa ,aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Didik hibur merupakan satu kaedahalternative semasa proses P&P Bahasa Melayu. Manakala isu-isu yang berkaitan dengan P&Pbagi saya ialahpenglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi pasifdan tidak menyeronokkan merupakan salah satu punca murid tidak meminati sesuatupelajaran.Demikian juga isu kurangnya penggunaan bahan media yang menarik dalamproses P&P juga menyumbang kepada penglibatan murid menjadi pasif dan suasaanaP&P tidak menyeronokkan. Pembelajaran berpusatkan murid dengan memilih aktivitiberkumpulan serta penggunaan pelbagai bahan media dalam proses P&P adalah langkahterbaik bagi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. | 29
    • TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI (EPM233)BibiliografiBahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005).Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah : Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan PustakaMok Soon Seng (1992).Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995).Pengajaran Dalam Bilik Darjah,Kaedah&Strategi, Kajang : Masa Enterprise.Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala lumpur : Heinemanm | 30