Tugasan kaedah penyelidikan oum
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tugasan kaedah penyelidikan oum

on

  • 9,374 views

 

Statistics

Views

Total Views
9,374
Views on SlideShare
9,374
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
638
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan kaedah penyelidikan oum Tugasan kaedah penyelidikan oum Document Transcript

  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Pendahuluan 2 Abstrak 3 1. BAB 1 : PENGENALAN 4 1.1 Penyataan Masalah Kajian 5 1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian 5 1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian 5 1.4 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian 6 1.5 Batasan Penyelidikan atau Kajian 7 1.6 Rumusan 7 2. Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 8 2.1 Pendahuluan 8 2.2 Definisi Istilah 8 2.3 Literatur-literatur Berkaitan Peta Minda 9 2.4 Pengajaran Berbantukan Komputer 11 2.5 Teori-teori Berkaitan Peta Minda 12 2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda 13 2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran 15 Di Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal 2.8 Rumusan 17 3. Bab 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN 18 3.1 Pendahuluan 18 3.2 Rekabentuk Kajian 18 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 19 3.4 Instrumen Kajian 20 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 20 3.6 Analisis Data 21 3.7 Rumusan 21 RUJUKAN 22
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2 Pendahuluan Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda. Saya amat bersyukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (HBEF 2503) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.Cadangan penyelidikan ini adalah berkaitan dengan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu. Tajuk penyelidikan untuk kertas cadangan ini ialah‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-ciri Inovasi’.Cadangan penyelidikan ini dimulai dengan ‘Abstrak’ dan diikuti dengan tiga bab utama iaitu Pengenalan, Tinjauan Literatur dan Metodologi Penyelidikan. Seterusnya diakhiri dengan ‘Rumusan’. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini iaitu Pn Jauyah Binti Hj Amit, di atas tunjuk ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ia dijadikan salah satu sumber rujukan penuntut lain. Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh kemahiran menghasilkan cadangan penyelidikan berkaitan inovasi dalam P&P. Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan. Disediakan oleh : NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM 720402125160001 (Fakulti Pendidikan & Bahasa)
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3 CADANGAN PENYELIDIKAN Tajuk : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR KE ATAS PENGGUNAAN KATA SENDI MENGGUNAKAN PETA MINDA KATA SENDI NAMA BERBANTUKAN KOMPUTER YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI INOVASI’ Penyelidik : Norisah@Anisah Bt. Hj. Anam No. Matrikulasi : 720402125160001 Fakulti Pendidikan Dan Bahasa Abstrak Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri- Ciri Inovasi’ ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafaldan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar.Kajian ini ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 75 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah.Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama, Kumpulan terebut terbahagi kepada pelajar aras lemah dan pelajar aras sederhana. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, Kumpulan aras lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra dan ujian pasca..
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4 BAB 1 : PENGENALAN Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidangiaitu Morfologi dan Sintaksis.Morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan, manakala Sintaksis pula merupakan kajian tentang pembentukan ayat.Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara topik yang terkandung dalam bidang Morfologi ialah Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Manakala topic yang terkandung dalam bidang Sintaksis pula ialah Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat dan Susunan Ayat. Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Manakala tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain, membolehkan pelajar memahami makna sesuatu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya, membolehkan pelajar menentukan sesuatu ayat sama ada betul atau salah mengikut kaedah Bahasa Melayu sebenar. Pendek kata, guru Bahasa Melayu perlu mengambil sikap terbuka. Mereka perlu memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa (sama ada lisan mahupun tulisan) bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam konteks lingkungan yang lebih luas. Kata sendi adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab Kata Tugas. Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke, dari, daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai. Penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata sendi nama yang tepat perlulah diberi penekanan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Peta minda berbantukan computer boleh memainkan peranan sebagai nota rujukan yang sarat dengan maklumat kata sendi nama. Iamerupakan satu nota tatabahasa yang moden dan unik.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5 Saiznya yang praktikal tidak tebal seperti sebuah buku menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana di samping fleksibiliti mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu memudahkan pelajar untuk mengingat setiap formula atau rumus kata sendi nama tersebut. Peta minda kata sendi nama berbantukan komputer inimenyamai sebuah buku tatabahasabertajuk „Kata Sendi Nama‟ yang lengkap. Ia berkeupayaan membantu pelajar menghafal, mengingati dan rumus kata sendi nama apabila berada dalam sesuatu ayat. 1.1 PernyataanMasalah Kajian Penguasaan pelajar Tahap II SK Pekan Tuaran ke atas penggunaan kata sendi yang betul dalam sesuatu ayat bahasa Melayu masih belum memuaskan kerana pelajar sering melakukan kesalahan dalam membina ayat berpunca daripada pemilihan kata sendi yang salah. 1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian i. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat, antara kumpulan pelajar menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi dengan kumpulan yang belajar secara konvensional? ii. Adakah wujud jurang perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat, antara kumpulan pelajar yang menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer dengan kumpulan pelajar yang belajar secara konvensional? 1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian Objektif penyelidikan ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6 1.4Kepentingan Penyelidikan atau Kajian Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran „Kata Sendi Nama‟ ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian. Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian pasti akan menarikperhatian pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakankata sendi di dalam sesuatu ayat. Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik.Kata kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola.Selanjutnya kajian ini juga dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah.Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut bolehlah dijadikan bahan „hard copy‟ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Dengan ini, pelajar akan cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7 Selain itu, hasil kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak pentadbiran sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer. 1.5 Batasan Penyelidikan atau Kajian Kajian ini melibatkan 75 orang pelajar daripada dua buah kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah.Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana- mana kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan empat buah petikan yang terkandung dalam Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4.Petikan tersebut akan diajar untuk tempoh masa empat minggu. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajar aras lemah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Langkah ini mungkin akan memberi kesan ke atas keputusan kajian. 1.6 Rumusan Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting dalam penyelidikan ini.Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tentang penggunaan„Kata Sendi Nama‟ dalam sesuatu ayat.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8 Bab 2 :TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat. Pengkaji menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan tatabahasa bertajuk „Kata Sendi Nama‟ yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur-literatur berkaitan mengenai peta minda, teori-teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai peta minda dan pembelajaran berbantukan komputer. 2.2 Definisi Istilah Definisi Istilah Tujuan adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang berbeza sesuai dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di bawah ini, antaranya ialah : Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan. Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya. Kumpulan pelajar aras rendahialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan kaedah peta minda. Kumpulan murid aras sederhana ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9 Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin, berbantukan komputer dan Liquid Crystal Display (LCD). Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Inovasi menurut Nichols (1983:4) “ Idea, subject or practice as new by an individual or individuals, which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is fundamental in nature and which is planned and deliberate.” Inovasi lebih kepada idea, objek atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekelompok orang yang bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan. Perubahan Nichols (1983:4), perubahan merujuk kepada “continuous reapraisal and improvement of existing practice which can be regarded as part of the normal activity….” Bermaksud perubahan mengacu kepada kelangsungan penilaian, penafsiran dan pengharapan kembali dalam perbaikan pelaksanaan pendidikan yang ada yang diangap sebagai bagian aktivitas yang biasa. 2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang. Peta minda merupakan kaedah yang berkesanuntuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10 merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas.Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat learn more, remember more, use less paper, invest less effort yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang.Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati. Penggunaan peta minda boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut.Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11 Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC.Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat.Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-katapuitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad.Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif. 2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid- murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran. Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12 mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah : (i) Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar, (ii) Kecanggihan bahan grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti pelajar dan memperbaiki kemahiran penulisan murid, (iii) Terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang mendorong kepada kemahiran berfikir di kalangan murid, (iv) Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya dari segi isi pelajaran, (v) Pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f) komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau persembahan. Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zorain Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang diharapkan. 2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13 manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi. David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini.Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan.Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli. 2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14 pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta Sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar- pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2. Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok.Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota.Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%.Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra.Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca.Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan. Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15 memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan komputer. Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding 47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara. 2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah. Sebagaimana yang ditulis dalam buku Panduan KBSR sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah. Abd.Aziz (2000) pernah menyebut bahawa guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal.Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran.Selain itu, mereka perlu peka dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik darjah. Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16 chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point, flash, movie maker dan lain-lain lagi. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, malamat yang disasarkan agak sukar dicapai.Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri.Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun.Apa yang tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar.Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi.Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, perubatan, sains
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17 komputer dan undang-undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar dimana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang telah menggunakannya. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer sebagai satu wadah untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBL sebagai the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.Margetson (1991) pula menganggap PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang terletak dibawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran. Dengan menggunakan pendekatan PBL ini, pelajar akan bekerja secara koperatif dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran untuk menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar akan membina kebolehan berfikir secara kritis dan berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima (Gallagher, 1997). 2.8 Rumusan Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18 BAB 3 : KAEDAH KAJIAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer dalam bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Kata Sendi Nama”. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data. 3.2 Reka Bentuk Penyelidikan Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah kelas tahun empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama empat minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatifuntuk mengumpul data- data yang dikaji hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh pengkaji. Untuk menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan memilih dua buah kelas yang telah sedia ada, di mana kumpulan pelajar aras rendah menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer, sementara kumpulan pelajar aras rendah akan menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah konvensional. Pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajara tersebut. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan oleh pengkaji.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19 Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajararas rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Di dalam kajian ini, terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa yang diukur. Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan.Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang hampir sama. 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah.Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas Tahun 4menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 75 orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 40 orang lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20 3.4 Instrumen Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan jawapan yang berkaitan dengan penggunaan „Kata Sendi Nama‟.Semua item ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KBSR Tahun 4.Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka.Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai. 3.5Proses Pengumpulan Data Kajian Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah melibatkan 75 sampel yang dibahagikan kepada kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan aras sederhana. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua-dua kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar aras rendah diajar menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan aras sederhana menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21 3.6 Analisis Data Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows Release 14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan dapatan kajian hasil daripada instrument berbentuk ujian pra dan juga ujian pasca. 3.8 Rumusan Kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan dua kumpulan pelajar sebagai sampel kajian iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Sampel kajian terdiri daripada 75 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah. Kedua-dua kumpulan tersebut akan menduduki ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca pula di akhir kajian. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan kemudian akan dianalisis. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas data yang diperolehi, pengkaji akan mendapati keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer yang mempunyai ciri- ciri inovasi tersebut berkesan atau sebaliknya dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22 RUJUKAN Abdullah Hassan (1993). Tatabahasa Pedagogi,Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Hamid Mahmood (1992). Ayat Pasif Bahasa Melayu,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awang Sariyan (1986). Kunci Bahasa Malaysia,Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd. Ab. Fatah Hassan (1994). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Nizar (1997). Sejauhmanakah Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Dalam Operasi Asas Matematik Murid-MuridTahun 5 Sek.Keb.Jabi Dari Aspek Minat Dan Pencapaian. Altablig Ali (2006). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta Sejarah, Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan.Jabatan PendidikanPerak. Hlm, 87 – 99. Asma Ishak (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan Murid Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru.Institut Perguruan Perlis : 133-145. Azizi Yahaya Et. Al. (2007).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur :PTS Professional. Ismail Zain (2005). „Belajar Berkesan Dengan Peta Minda‟. Kuala Lumpur :Utusan Malaysia.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23 Kam Foo Kong (2006). Meningkatkan Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan 1L Kepada Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Melalui Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan.Jabatan Pendidikan Perak.Hlm,110 – 125. Kanagambal (1997).Keberkesanan PPBK Dalam Matematik.Kertas Projek KSPK Institut Perguruan Darulaman. Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006).Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah Dan Menengah.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ramlan Hamzah &Lily Mastura Harun (2006).Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Shahbudin Hashim, Mahani Razali &Ramlah Jantan (2007).Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :PTS Professional. Sim Ah Hock, Dr. Et. Al. (1997).Kesan Strategi Pemetaan Konsep Terhadap Pemprosesan Maklumat Sains Dalam Tutorial Pembelajaran Berbantukan Komputer.Jurnal Penyelidikan Pendidikan 1997.Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Hlm, 124 – 141. Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan Peta Minda Sebagai Satu Strategi Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu.Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan.
  • KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 24 FakultiPendidikan UKM. Tetty Henny dan Nik Zafri (2006).Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan Malaysia. Tony Buzan(2006). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity AndTranform Your Life. England :BBC Active Zoraini Wati Abas (1992).Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :Fajar Bakti. Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka