Kamsiah geografi sek men

4,474 views
4,328 views

Published on

Jornal for Kajian Tindakan

Published in: Education, Technology
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,474
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
210
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kamsiah geografi sek men

  1. 1. KAJIAN TINDAKAN 2007 TAJUKMENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM P&P MATA PELAJARAN GEOGRAFI DISEDIAKAN OLEH: KAMSIAH BINTI MOHD ALI SMK BANDAR PUTRA, KULAI JOHOR
  2. 2. ABSTRAK KAJIANKajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam mengukur bearing sudutandengan menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid Tingkatan 2PK4.Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yangdihadapi oleh sebilangan murid kelas ini dalam menentukan arah mata angin dan mengukurbearing sudutan, pengkaji telah melakukan perancangan tindakan yang ditumpukan kepadamemperkenalkan dan memahirkan murid mengukur bearing sudutan dengan tepat, menarikdan berkesan. Tindakan telah dibuat dengan membawa murid-murid ini ke Dataran Kejatuntuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti iaitu menetukanarah mata angin , menentukan bearing sudutan dan menentukan titik rujukan. Setelahaktiviti ini, mereka telah diberikan satu set soalan ujian pos dan mereka berjaya menjawabsoalan-soalan yang diberikan dengan betul. Begitu juga dengan perubahan sikap murid diakhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiranmereka dalam menentukan arah dan bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid ini jugamenunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian bulanan yang diadakan. Kesimpulannya,kaedah ini secara umumnya dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminatimata pelajaran geografi . Dicadangkan pada masa akan datang, kaedah main peranan inidapat dipraktikkan dalam pengajaran untuk topik mengira waktu tempatan bagimemantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid. 2
  3. 3. REFLEKSI P&P YANG LALU Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagiankemahiran dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemengeografi yang dipelajari. Salah satu daripada elemen kemahiran yang perlu dikuasai olehmurid ialah mengukur bearing. Berdasarkan refleksi P&P yang lalu bagi tajuk ini ke atas murid-murid kelas 2PK4,didapati sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru dalam menentukan arah mata anginterutamanya arah mata angin perantaraan. Mereka juga keliru untuk menentukan dari manabearing itu perlu diukur iaitu sama ada dari arah Utara mengikut pusingan jam atausebaliknya. Begitu juga dalam menentukan titik rujukan sesuatu bearing itu akan diukur.Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengukur bearing dengan tepat seterusnyamenentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta.FOKUS KAJIAN Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, kajianini difokuskan kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibatdalam mengukur bearing sudutan. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapatmeningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah mainperanan dalam pengajaran guru. Kaedah Main Peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran Belajar CaraBelajar yang melibatkan murid mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapatmembayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah lakusecara metakognitif terhadap peranan tersebut. 3
  4. 4. OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.Objektif Am- Membolehkan murid mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakanprotaktor dengan langkah-langkah yang betul.Objektif Khusus 1. Meningkatkan kemahiran murid menentukan arah mata angin.. 2. Meningkatkan kemahiran murid menentukan titik rujukan untuk mengukur bearing 3. Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing sudutan dengan tepat. SUBJEK KAJIAN Subjek kajian ini ialah 10 orang pelajar Tingkatan 2PK4 yang dikenalpasti lemah atau kurang mahir dalam Tema Kemahiran Geografi terutamanya Bab Arah (Mengukur Bearing) . Subjek dipilih berdasarkan ujian pra yang dijalankan ke atas semua murid kelas ini. PELAKSANAAN KAJIAN Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: 1. Ujian pra 2. Aktiviti main peranan 3. Ujian pos 4
  5. 5. UJIAN PRA Murid-murid kelas 2PK4 diberikan satu set soalan mengukur bearing dan merekadiminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang daripada 29 orang murid tidak dapat menjawabsemua soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang murid inilah yang akan menjalaniaktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra bolehdilihat berdasarkan jadual di bawah. JADUAL 1: Bilangan Murid 2PK4 Yang Menjawab Soalan Ujian Pra Dengan Betul dan Salah SOALAN BETUL SALAH JUMLAH Bahagian A Soalan Menentukan Arah 21 8 29 Mata Angin Bahagian B Soalan Mengukur Bearing 19 10 29 Mudah Bahagian C Soalan mengukur Bearing Berdasarkan Peta Lakar 19 10 29 Sumber: Ujian Pra ke atas 29 Murid Kelas 2PK4 Berdasarkan Jadual 1, Murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah murid-murid yang sama iaitu 29 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan salahdalam setiap bahagian soalan merupakan 10 orang murid yang sama. Oleh itu, murid-muridini sahaja yang dipilih untuk menjalani aktiviti ini. 5
  6. 6. AKTIVITI MAIN PERANAN Setelah ujian pra dijalankan, 10 orang murid yang dikenal pasti lemah telah dipilh untukmenjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti yang dijalankan dalan 3masa pengajaran. Aktiviti tersebut ialah aktiviti menentukan arah mata angin, aktivitimenentukan bearing sudutan dan aktiviti menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing.Aktiviti 1- Menentukan Arah Mata Angin Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 8 arah mata angin di atas DataranKejat . Murid-murid dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan ini.Perasaan murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti yangakan dijalankan. 8 orang murid dipilih untuk menjalani aktiviti main peranan sebagai arah mata angin.Setiap murid diberi sekeping kad yang dilabelkan dengan arah mata angin. Kad tersebuttidak dipamerkan sehingga diarahkan oleh guru. Kad-kad tersebut dilabelkan dengan arahUtara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Timur Laut, barat Daya dan Tenggara. Setelah subjek mengambil tempat masing-masing, guru menyebut setiap arah mataangin satu persatu. Murid yang berperanan sebagai arah mata angin tersebut akanmempamerkan kad di tangan mereka. Contohnya, guru menyebutkan arah Utara, makamurid yang memegang kad yang tertulis arah Utara akan mempamerkan kad di tangannya.Guru menyebutkan arah-arah mata angin tersebut secara berulang kali. Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang mengandungisoalan melabel arah mata angin. Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktivitiyang telah dijalankan. Mereka juga dapat melabelkan setiap arah mata angin dengan betul. 6
  7. 7. Aktiviti 2 – Menentukan Bearing Sudutan Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti menentukan bearing sudutan. Dalamaktiviti ini murid-murid diminta menentukan dari arah mana bearing akan diukur. Adakahmengikut pusingan jam atau sebaliknya. Alat yang digunakan dalam aktiviti ini ialahjangka sudut pospek yang telah dibina oleh guru. Jangka sudut ini merupakan jangkasudut yang dibina secara berlapis bagi memudahkan pengukuran sudut sehingga 360 darjah. Dalam aktiviti ini, 8 orang murid yang main peranan sebagai arah mata angin tadimengambil tempat masing-masing sementara 2 orang murid lagi berperanan sebagai titiktengah dan pengukur sudut. Seterusnya, guru meminta murid yang bertugas sebagai pengukur sudut mengukur sudutbagi arah Utara dengan menggunakan jangka sudut pospek yang disediakan. Sudutnya ialah00 . Begitulah seterusnya bagi arah mata angin yang lain iaitu Timur Laut (45 0), Timur(900), Tenggara (1350), Selatan (1800), Barat Daya (2250), Barat (2700), Barat Laut (3150)dan Utara (3600). Bagi mengukuhkan lagi kemahiran murid-murid, Guru meminta murid-murid yangberperanan sebagai arah mata angin tadi bergerak mengikut arah pusingan jam. Muridberperanan sebagai arah Utara bergerak mengikut arah pusingan jam dan berhenti ditengah-tengah antara arah Utara dan Timur Laut. Begitulah juga bagi arah mata angin yanglain iaitu murid berperanan sebagai arah Timur Laut berhenti di tengah-tengah antara arahTimur Laut dan Timur, murid berperanan sebagai arah Timur berhenti di tengah-tengahantara arah Timur dan Tenggara, murid berperanan sebagai arah Tenggara berhenti ditengah-tengah antara arah Tenggara dan Selatan, murid berperanan sebagai arah Selatanberhenti di tengah-tengah antara arah Selatan dan Barat daya, murid berperanan sebagaiarah Barat Daya berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Daya dan Barat, muridberperanan sebagai arah Barat berhenti di tengah-tengah antara arah Barat dan Barat Laut, 7
  8. 8. murid berperanan sebagai arah Barat Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Lautdan Utara. Kemudian mereka mengukur sudut menggunakan jangka sudut pospek. Selepas selesai aktiviti ini, subjek diberikan kertas lembaran yang mengandungi soalanmelabel bearing sudutan bagi setiap mata angin dan point-point yang ditetapkan. Didapatibahawa subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapatmelabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin dengan betul.Aktiviti 3 – Menentukan Titik Rujukan Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk menentukan titik rujukanbagi mengukur bearing sudutan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 3 setpoint, Set 1 dan 2 – point X,Y dan Z dan Set 3 – W, X, Y dan Z di Dataran Kejat. Aktivitiini dijalankan dalam satu waktu pengajaran. Dalam aktiviti ini, subjek sekali lagi dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktivitimain peranan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 terdiri daripada 3orang murid dan Kumpulan 3 terdiri daripada 4 orang murid. Setiap ahli kumpulanmemainkan peranan sebagai point-point yang telah dilukis oleh guru. Seterusnya, guru memberi penerangan ringkas bagaimana untuk menentukan titikrujukan dan membacakan arahan bagi bearing yang akan diukur. Contohnya, guru memintamurid mengukur bearing X dari Y. Murid yang berperanan sebagai Y akan mengangkattangan. Begitulah seterusnya. Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid diberi set soalan mengukur bearing yangmelibatkan banyak titik rujukan. Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, murid-muridyang terlibat dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Mereka juga seronokmenjalani aktiviti tersebut. 8
  9. 9. UJIAN POS Ujian pos telah diberikan kepada subjek sehari selepas aktiviti tersebut dijalankan.Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dalam masa 15 minit.DAPATAN KAJIANAKTIVITI 1 – Menetukan Arah Mata Angin Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti main peranan dijalankan, didapatisemua murid dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angin dengan betul.AKTIVITI 2 – Menentukan Bearing Sudutan Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan soalan melabelkan bearingsudutan bagi setiap arah mata angin. Didapati semua murid dapat mengukur danmelabelkan bearing –bearing tersebut.AKTIVITI 3 –Menentukan Titik Rujukan Soalan-soalan yang diberikan selepas aktiviti ini juga dapat dijawab oleh murid-murid yang terlibat dengan betul. 9
  10. 10. UJIAN POSTJADUAL 1: Keputusan Ujian Post SOALAN BETUL SALAH JUMLAH PERATUS BETUL (%) Soalan Menentukan Arah Mata Angin (a) 10 - 10 (b) 10 - 10 (c) 10 - 10 100 (d) 10 - 10 (e) 10 - 10 Soalan Mengukur Bearing Mudah 1 10 - 2 10 - 90% 3 9 1 4 9 1 Soalan mengukur Bearing Berdasarkan Peta Lakar 1 10 - 2 10 - 90% 3 10 - 4 9 1 5 10 - 6 9 1 7 10 - 8 10 - Sumber: Ujian Post Ke atas 10 orang subjek Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankanke atas 10 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa semua muridyang terlibat dapat menjawab soalan menentukan arah mata angin dengan betul. Manakalabagi soalan mengukur bearing mudah, hanya seorang murid sahaja yang tidak dapatmenjawab soalan dengan betul semuanya iaitu Soalan 3 dan 4. Sementara bagi soalanmengukur bearing berdasarkan peta lakar, juga seorang murid sahaja yang tidak dapatmenjawab kelapan-lapan soalan tersebut dengan betul. Didapati murid tersebut adalahmurid yang sama. 10
  11. 11. Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau mainperanan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalammengukur bearing sudutan dengan tepat.REFLEKSI Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan ataumain peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalammengukur bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktivitiyang dijalankan berbanding kaedah penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan .Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan , murid-murid juga dapat menjawab soalan-soalan menentukan kedudukan dan mengukur bearing dengan betul. Berlaku peningkatandalam peratus kelulusan pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam kajian yang dijalankan.Dalam aktiviti 1, hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat manakala 2 orang murid lagihanya berperanan sebagai pemerhati. Diharapkan pada masa kan datang, semua murid mestiterlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi masa. Aktivitiini memerlukan masa yang agak panjang, jadi pengurusan masa amat dititikberatkan dalammenjalankan aktiviti ini. Tuntasnya, kaedah main peranan adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajardan dicadangkan pada masa akan datang, kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran unutktopik mengira waktu tempatan bagi memantapkan pemahaman dan kemahiran murid-murid. 11
  12. 12. LAMPIRAN 1 PRA –UJIANARAHAN: Jawab semua soalanSoalan 1 berdasarkan rajah di bawah.1. Jika bearing sudutan pasar dari sekolah ialah 110˚, apakah bearing sudutan sekolah dari pasar? _____________________________Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah. 12
  13. 13. 2. Apakah bearing sudutan rumah Ashwini dari rumah Rokiah? _________________________3. Rumah Alice terletak di bearing ______________ dari rumah ___________________.Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah.4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan bearing sudutan Q dari P. ______________________.Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah. 13
  14. 14. 5. Apakah objek yang terletak di bearing sudutan 165˚ dari kolam? ________________.6. Bearing sudutan bank dari restoran ialah _______________.7. Berdasarkan rajah yang diberi, nyatakan bearing sudutan berkenaan. 14
  15. 15. LAMPIRAN 2POST- UJIANARAHAN: Jawab semua soalan 15
  16. 16. LAMPIRAN 3 16
  17. 17. 17

×