Your SlideShare is downloading. ×
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Group proposal kpr
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Group proposal kpr

1,382

Published on

for kajian tindakan purposes

for kajian tindakan purposes

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
• terima kasih atas perkongsian maklumat. Banyak pengetahuan baru yang boleh di pelajari terutama cara membuat sesuatu kajian tindakan
Reply
Are you sure you want to  Yes  No
Your message goes here
• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,382
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
66
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

• 1.

Tajuk Kajian

Model Pembelajaran Kooperatif atau ‘Cooperative Learning’ Dalam Meningkatkan Penglibatan Pelajar Di Dalam Kelas Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan Empat

Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan yang terdiri daripada:

Awanis Binti Rohizad
• 2. Nusrah Binti Yasin
• 3. Rosidayu Binti Abdullah
• 4. Rasional Kajian

Rasional utama kajian ini dijalankan kerana matapelajaran Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran yang paling penting pada masa sekarang. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan merupakan medium perantara hubungan antara negara luar. Penekanan menguasai Bahasa Inggeris perlulah bermula dari alam persekolahan lagi dan terus dikembangkan sehingga tamat belajar. Pembelajaran di universiti lebih menekankan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam sesi kuliah. Penguasaan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris amat digalakkan kerana ia merupakan satu kelebihan bagi memohon pekerjaan kelak. Pengambilan pekerja pada masa sekarang lebih menekankan pekerja yang boleh menguasai pelbagai bahasa selaras dengan keperluan perhubungan global.
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana segelintir pelajar kelas 4SC Sekolah Menengah Taman Jelutung tidak menunjukkan kemajuan di dalam ujian bulanan yang diadakan dan sering mengelak untuk melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru. Pencapaian markah ujian Bahasa Inggeris mereka juga lemah. Dengan adanya kajian ini rasionalnya dapat membantu pihak sekolah membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar tentang kepentingan peningkatan pencapaian di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
4.0 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dibuat adalah berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas Bahasa Inggerisnya yang lalu. Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran pada diri guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4SC Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung, Kulim selepas sesi temu bual kami mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi olehnya di dalam kelas. Hasil daripada temu bual bersama kami, guru Bahasa Inggeris ini menyedari bahawa dirinya harus keluar daripada pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapinya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 4SC. Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran murid-murid yang terlibat dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Berikut merupakan tujuan kajian ini dibuat :-
2.1Memperkembangkan minat murid untuk mendengar, memahami dan menyebut perkataan dengan betul semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.
2.2 Meningkatkan kemahiran komunikasi sesama ahli kimpulan koperatif dengan guru dengan memperbetulkan cara sebutan pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.
2.3Menarik minat pelajar-pelajar dengan Bahasa Inggeris agar masalah pasif di dalam kelas dapat diatasi.
Kajian yang akan dijalankan ini memfokuskan kepada pembelajaran secara koperatif atau ‘Cooperative Learning’ di dalam kelas. Kaedah ini digunakan adalah untuk mempelbagaikan lagi kaedah mengajar yang digunakan oleh guru di dalam kelas tersebut. Pembelajaran koperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab keatas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tahap tinggi, sedang dan rendah). Oleh itu pembelajaran koperatif ini sesuai digunakan kerana ianya akan meningkatkan penglibatan semua pelajar dan membantu komunikasi sosial dalam Bahasa Inggeris antara pelajar. Jika sebelum ini pelajar agak pasif di dalam kelas, tetapi melalui kaedah ini akan membantu mengatasi masalah tersebut.
5.0Latarbelakang Masalah
Kelas Tingkatan 4SC merupakan kelas pertama di Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Jelutung. Pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris adalah memuaskan. Hal demikian kerana terdapat segelintir pelajar yang tahap pencapaiannya dalam Bahasa Inggeris adalah lemah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung, markah lulus bagi semua matapelajaran adalah 40 markah keatas. Walaupun semua pelajar Tingkatan 4SC mencapai markah lulus namun demikian guru Bahasa Inggeris kelas tersebut ingin pelajar-pelajarnya mencapai tahap sekurang-kurangnya mendapat C iaitu 50 – 60 markah bagi pelajar yang lemah. Guru tersebut mendapati bahawa murid yang lemah ini kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Didapati juga mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Mereka akan meniru kawan serta tidak cuba menyiapkan kerja yang diberikan. Melalui temubual dengan guru tersebut, beliau menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif untuk mengatasi masalah tersebut. Menurut guru tersebut, pada mulanya beliau merasa ragu-ragu untuk mencuba akan kaedah tersebut. Namun selepas beberapa sesi pembelajaran, pelajar tersebut masih lagi tidak menunjukkan peningkatan akhirnya beliau membuat keputusan untuk menggunakan kaedah ini bagi meningkatkan pembelajaran murid-muridnya.
6.0 Pernyataan Masalah
Berikut adalah beberapa masalah yang telah dikenal pasti di dalam Kelas 4SC tentang perkara ini. Masalahnya ialah :-
6.1Pelajar yang masuk ke tingkatan 4SC adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar pandai di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung. Namun demikian, tidak semua pelajar mendapat cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada pelajar yang masih tidak boleh membaca dengan betul ayat-ayat Bahasa Inggeris. Akibatnya mereka malu dan tidak mahu bercakap dalam bahasa Inggeris.
6.2 Selain daripada itu, pelajar-pelajar ini juga dilihat sering mengelak untuk melakukan aktiviti di dalam kelas. Kebiasaannya pelajar-pelajar yang lemah ini akan menjadi pelajar pasif di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi aktiviti seperti sesi soal jawab atau ‘brainstorming’ bersama guru, pelajar-pelajar ini tidak akan mengambil bahagian atau menyumbangkan idea-idea tetapi lebih kepada berdiam diri dan menjadi pemerhati semasa aktiviti di dalam kelas.
6.3 Guru yang mengajar juga mendapati sukar untuk mengikuti silibus disebabkan masalah ini. Mereka menghadapi dilema sama ada mengikuti silibus atau mementingkan pelajar-pelajar yang lemah ini.
Persoalannya, mungkinkan ini disebabkan oleh masalah semasa di Tingkatan 1, 2 dan 3 ataupun P&P yang dilaksanakan sekarang tidak menarik minat pelajar untuk melibatkan diri didalam kelas. Oleh itu, mungkin diperlukan satu program lain yang lebih sesuai agar pelajaran Bahasa Inggeris lebih seronok untuk dipelajari. Oleh itu, guru Bahasa Inggeris perlu merancang sesuatu program bagi mengalakkan pelajar berminat akan matapelajaran ini sekaligus meningkatkan prestasi pencapaian mereka di dalam subjek Bahasa Inggeris.
7.0Objektif Kajian
Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.
7.1Objektif Am
Meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar Tingkatan 4SC dalam penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung melalui kaedah pembelajaran koperatif.
7.2Objektig Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar :-
7.2.1Menarik minat pelajar di dalam kelas untuk matapelajaran Bahasa Ingeris,
7.2.2Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
7.2.3Meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris murid-murid di dalam kelas
8.0Soalan Penyelidikan
Daripada pernyataan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4SC Sekolah Menengah Taman Jelutung, beberapa soalan penyelidikan telah dibina iaitu :-
8.1Adakah kaedah ‘Cooperative Learning’ dapat meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris?
8.2Adakah keadah ‘Cooperative Learning’ dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dalam Bahasa Inggeris.
8.3Adakah kaedah ‘Cooperative Learning’ di dalam kelas dapat membantu guru untuk mengikuti silibus matapelajaran Bahasa Inggeris.
9.0Tinjauan Literatur
Pada hari ini guru bahasa mula menyedari akan kepentingan dalam meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar. Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-soalan peperiksaan lepas dan lain-lain lagi. Guru-guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelajari strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford&Crookall 1989). Pendapat ini diakui oelh Graham (1997) dalam Lessard-Clouston (1997) dimana hasil kajian mereka dalam bahasa Perancis. Kajian oleh Erhman (1988) dan Oxford (1989) menunjukkan dengan jelas bahawa strategi pembelajaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap strategi pembelajaran yang dipilih oelh pelajar. Dengan kata lain, gaya dan strategi pembelajaran saling mempengaruhi.
10.0Metodologi Kajian
Dalam kajian ini pengkaji merancang untuk menggunakan Model Somekh (1989) untuk menjalan kajian dengan lebih terperinci lagi.
Langkah 1 - Mengenalpasti Masalah / Fokus Yang Diminati
Langkah 2 - Mengumpul data
Langkah 3 - Menganalis data/ Membentuk hipotesis
Langkah 4 - Merancang Pelan Tindakan
Langkah 5 - Mengumpul Data Dan Mengesahkan Perubahan
Langkah 6 - Menganalisis dan menilai
11.0 Sasaran Kajian.
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Teacher Amanina Bt Rohizad dan sebuah kelas 4SC yang terdiri daripada 28 orang pelajar.
12.0 Instrumen kajian
Dalam kajian akan digunakan 3 kaedah pengumpulan data iaitu:

Analisis rekod markah bulanan pelajar – Menganalisis markah bulanan pelajar dan menentukan kumpulan kecil pelajar tersebut. Ahli kumpulan terdiri daripada 3 orang yang memperolehi markah tinggi, sedang dan rendah.
• 5. Pemerhatian – dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris tersebut terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi tindak balas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, tugasan kumpulan dan menjawab soalan objektif.
• 6. Temubual guru Bahasa Inggeris – Guru akan membuat refleksi mengenai keberkesanan kaedah tersebut samada berjaya meningkatkan penglibatan pelajar ataupun tidak.
• 7. Rekod markah bulanan pelajar

GredUjian 1Ujian 2A-6B1418C9-D54E--
Rajah menunjukkan markah yang diperolehi oleh pelajar Tingkatan 4SC bagi ujian bulanan.
13.0 Merancang Pelan Tindakan
Guru tersebut mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif didalam kelas beliau. Pelajar di dalam kelas tersebut di bahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang pelajar untuk satu kumpulan. Guru tersebut menghadkan jumlah pelajar setiap kumpulan supaya setiap pelajar dapat melibatkan diri secara optimum didalam kelas. Guru tersebut menggunakan markah ujian 1 untuk membentuk kumpulan pelajar. Caranya adalah dengan mengkategorikan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Pelajar cemerlang adalah yang memperolehi markah yang tinggi manakala pelajar sederhana adalah kumpulan pelajar yang memperolehi markah pertengahan manakala pelajar lemah adalah pelajar yang memperolehi markah yang rendah. Guru tersebut meletakan setiap kumpulan terdiri daripada pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah.
Kumpulan belajar ini akan berada bersama ketika waktu kelas bahasa inggeris. Ketua bagi setiap kumpulan adalah pelajar cemerlang. Setiap tugasan yang diberikan akan dibentangkan dan pelajar yang akan membentangkan tugasan tersebut adalah pelajar yang lemah. Pelajar yang sederhana pula ditugaskan untuk membuat catitan tugasan tersebut. Melalui kaedah ini, semua pelajar terlibat secara langsung dalam pembelajaran tersebut.
Menurut guru tersebut, pada mulanya agak sukar untuk pelajar ini melibatkan diri terutama sekali pelajar yang lemah kerana selalunya pelajar ini tidak akan melibatkan diri dan menjadi pasif di dalam kelas. Setelah kumpulan koperatif ini diwujudkan pelajar tersebut terpaksa mematuhi arahan yang ditetapkan oleh guru, secara tidak langsung pelajar tersebut perlu bekerjasama dengan ahli kumpulannya untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Setelah dua minggu melakukan pembelajaran koperatif ini, pelajar mula menunjukkan perkembangan positif. Pelajar yang awalnya malu dan tidak ada keyakinan untuk bercakap dan melibatkan diri telah mula menunjukkan minat di dalam kelas. Pelajar cemerlang juga bertindak sebagai pembimbing kepada rakan yang lemah.
14.0Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan kerana kepentingan-kepentingan berikut :-
14.1Dapatan daripada kajian ini akan menjelaskan tentang keberkesanan kaedah ‘cooperative learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini akan dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris dalam merancang strategi pengajaran Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris.
14.2Dapatan daripada kajian ini dapat dikongsi bersama guru-guru dan pihak tertentu seperti kementerian pendidikan yang terlibat dengan penyusunan kurikulum Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah agar dapat memberikan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan memudahkan pencapaian objektif.
14.3Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan atau panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar.
15.0Jangka Masa Kajian
BilPerkaraTarikh Pelaksanaan1Mesyuarat Jawatankuasa10 Aug 20112Merangka kertas cadangan12 Aug 20113Mesyuarat perancangan20 Aug 20114Penbinaan ujian pos30 Aug 20115Perancangan pemerhatian7 Sept 20116Pelaksanaan ujian pos21 Sept 20117Refleksi dan Penilaian29 Sept 20118Penulisan laporan kajian15 0ct 20119 Pembentangan proposal kajian17 Oct 2011
16.0Anggaran Belanjawan
PerkaraKosPercetakan20.00Perjalanan110.00Mesyuarat50.00JUMLAH170.00
17.0Rujukan
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Alias Puteh. (2010). Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Penerbitan Pure Honey Enterprise. Malaysia
LAMPIRAN
KUMPULAN 1NUR WAHIDA BINTI ABDUL JALIL74NUR AIMAN BIN NUR ANUAR60NURUL AINA SYAZWANI BINTI ROSLI58MUHAMMAD SHAMRIEN BIN TALIB48KUMPULAN 2MOHAMAD ILHAM HIDAYAT BIN ABDUL HALIM71NUR SYAHIRAH BINTI MOHD RODZI58MUHAMMAD AZFAR BIN AZHAR48KUMPULAN 3MUHAMMAD DANIAL AMNI BIN BAZLAN71FARAH AIDA BINTI MOHD ROSE ASMI56NOORHANIM BINTI ALI47KUMPULAN 4MOHD LUQMAN NUL HAKIM BIN MOHD HASHIM71NOOR AMALINA BINTI NOR AZAM56NUR SYIFAA BINTI MOHAMAD RIZUAN52KUMPULAN 5NURUL FADZLIANA BINTI MOHAMAD FAUZE67SYED MUHAMMAD AL MAHDALI BIN SYED ALI55NOR SYAHIRA BINTI JAK JAILANI40KUMPULAN 6SITI NUR ATHIRAH BINTI MOHAMAD64NURUL NAJWA BINTI IZAM62MUHAMMAD A'QIL BIN MOHAMMAD KHALIL54KUMPULAN 7AYUNI AMALINA BINTI ABU BAKAR64MUHD ADLI BIN MOHD FATHIL61NUR NAZIHAH BINTI ABDUL RAFAR53KUMPULAN 8NORELIA HAFIZAH BINTI ZULKEFLI62AMIR FIRDAUS BIN MOHD SAIFUL BAHRUN61DARWIS BIN MOHAMMAD HATTA52KUMPULAN 9NOR ATIKAH BINTI SHAHIME62AFIZA NATASYA BINTI ABDUL RAHMAN60MUHD AQMAL BIN ABDUL MANAF46
LAMPIRAN
SOALAN KAJI SELIDIK ‘COOPERATIVE GROUP’
Sila beri tindak balas yang jujur ​​anda untuk setiap pernyataan, 1 rendah dan 5 yang tinggi.
1Saya suka belajar dalam kumpulan semasa kelas Bahasa Inggeris123452Saya merasa yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selepas berbincang dengan rakan dalam kumpulan123453Saya memahami isi pelajaran apabila belajar dalam kumpulan.123454Saya berasa sangat selesa bertanya soalan yang tidak difahami semasa dalam kumpulan.12345512345612345