4028142 pengacaraan-majlis

2,839 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,839
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
121
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

4028142 pengacaraan-majlis

  1. 1. PENGACARAAN MAJLISDisediakan oleh :Nooraifa binti Mohamad Nasir (^,^) Namiha binti yahaya =) Noraziyan binti shamsudin Nik Norazua Akma binti Mustafa Siti Aishah binti Zainudin
  2. 2.  Urutan acara dalam sesuatu majlis dari mula hinggaakhir. Cara membuat atur cara majlis: I. I. Menyenaraikan dahulu acara mengikut urutan II. II. Letakkan masa akhir III. III. Dari waktu akhir ke waktu permulaan letakkan waktunya setelah menentukan jangka masa bagi setiap acara.
  3. 3. Juruacara: Seseorang yang membuat pengumuman mengenai aturcara sesuatu majlis formal atau tidak formal sebagai satu panduan kepada hadirin tentang apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.
  4. 4.  Juruacara tidak boleh menjadi pengerusi majlis tetapipengerusi majlis boleh menjadi juruacara. Teks juruacara ditaip menggunakan kertas separuh A4dan satu muka surat dimuatkan satu pengumumansahaja. Gaya dan teks juruacara bergantung kepada tahapmajlis yang berkaitan sama ada majlis rasmi (formal) danmajlis tidak rasmi (tidak formal).
  5. 5.  Majlis Rasmi: Majlis yang keseluruhannya ditanggung oleh kerajaan Majlis Tidak Rasmi: Majlis yang perbelanjaannya tidak ditanggung oleh kerajaan
  6. 6.  Protokol: peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan tidak rasmi.
  7. 7. MASA : 9.15 pagiCUE : Apabila Pengarah BPG tiba di hadapan pintu masuk Dewan SITC, gamelan dibunyikan. Juruacara pun mengumumumkan :AAN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Guru. (1)MASA : 9.20 pagi.CUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang dikhaskan, Buku Cenderamata IPDS diedarkan. Juruacara memulakan majlis dengan pembukaan:AAN : Assalamualaikum Wr. Wb. Dan selamat pagi, salam bahagia dan selamat datang ke Istiadat Penganugerahan Diploma dan Sijil Institut Perguruan Sultan Idris tahun 1994. yang Berbahagia, Datuk Maphur Baba, Pengarah Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Ali , Yang Dipertua Persatuan Suluh budiman, Yang Berusaha Dr. Hj. Hussien Mahmood, Pengetua Institut Perguruan Sultan Idris, Dif-dif Jemputan, Ketua-ketua Jabatan, para Pensyarah, Ibu-ibu, Bapa-bapa dan para lulusan sekalian. (2)
  8. 8. MASA : 9.22 pagiCUE : Bacaan iftitah oleh Tn. Hj. Daud b. Hj. AhmadANN : Majlis dimulakan dengan menjemput bekas Pensyarah Jabatan Pengajian Islam MPSI Tahun 1955-79, Imam Masjid Tanjong Malim, Tuan Haji Daud bin Ahmad, untuk membacakan iftitah.CUE : Setelah selesai bacaan iftitah, juruacara mengucapkan terima kasih.ANN : Terima kasih. (3)MASA : 9.30 pagiCUE : Ucapan Pengetua IPSIANN : Majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr. Hj. Hussein Mahmood, Pengetua Institut Perguruan Sultan Idris untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terima kasih kepada Pengetua.ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih. (4)
  9. 9. MASA : 9.45 pagiCUE : Ucapan Yang Dipertua Persatuan Suluh Budiman.ANN : Berikut, majlis menjemput Yang Berbahagia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ali, Yang Dipertua , Persatuan Suluh Budiman, untuk menyampaikan sepatah dua kata.CUE : Setelah Prof. Emeritus Tan Sri Ali menyampaikan ucapan, juruacara merakamkan ucapan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. (5)MASA : 10.00 pagiCUE : Ucapan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.ANN : Seterusnya, majlis dengan penuh takzim, menjemput Yang Berbahagia Datuk Mahpur Baba, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Istiadat Penganugerahan Diploma dan Sijil, Institut Perguruan Sultan Idris bagi tahun 1994. Dengan penuh takzim, dipersilakan.CUE : Selesai sahaja Yang Berbahagia Datuk Pengarah BPG menyampaikan ucapan perasmian, juruacara mengucapkan terima kasihANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. (6)
  10. 10. MASA : 10.15 pagiCUE : Pasukan Kelab Koir mengambil tempat di sebelah kiri pentas untuk membuat persembahan.ANN : Majlis kita pada pagi ini, akan diserikan lagi dengan persembahan koir daripada Kelab Koir IPSI. Mereka akan tiga buah lagu berturut-turut duduk. Lagu-lagu tersebut ialah ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’ , ‘Hidup Berbakti’ dan ‘Kesedaran’ . Dipersilakan.CUE : Selesai sahaja persembahan koir, mereka mengambil tempat duduk. Juruacara merakamkan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab Koir IPSI pimpinan Encik Mohd. Redzuan Osman, iringan piano oleh Cik Edna Shamani Wellington. (7)MASA : 10.30 pagiCUE : Penganugerahan Diploma dan SijilANN : Para hadirin sekalian, pada tahun 1993 Institut Perguruan Sultan Idris telah berjaya mendidik seramai 617 orang guru terlatih, 31 orang lulus Diploma Perguruan 137 orang lulus Kursus Perguruan Khas, 130 orang lulus Kursus Lepas Ijazah, dan 331 orang lulus Kursus Perguruan Asas. Pada hari ini, mereka dianugerahkan diploma dan sijil. Bagi menyempurnakan istiadat ini, majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, ke tempat penganugerahan. Dipersilakan. (8)
  11. 11. MASA : 10.35 pagiCUE : Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Datuk Pengarah BPG ke tempat Penganugerahan Diploma dan Sijil.AAN : Mengumumkan nama penerima diploma dan sijil bagi tahun 1994 dengan kehadiran.MASA : 11.35 pagiCUE : Setelah lulusan terakhir menerima sijil, muzik latar diberhentikan. Juruacara mengumumkan:ANN : Saat yang dinantikan sudah tiba untuk mengumumkan penerima hadiah kecemerlangan tahun 1993? (9)MASA : 12.00 tengah hariCUE : Sebaik sahaja penerima terakhir menerima anugerah daripada Yang Berbahagia Datuk Pengarah, juruacara mengucapkan:ANN : Tahniah kepada penerima hadiah dan anugerah. (Berhenti sebentar) Sebagai tanda besar hati dan ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk. Dipersilakan. (10)
  12. 12. MASA : 12.00 tengah hariCUE : Setelah selesai Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk, juruacara berpantun:ANN : Tanjong Malim tanah berbukit, Tempat orang ke tanah Andalas, Budimu tuan bukan sedikit, Sampai ke mati tidak terbalas.MASA : 12.08 tengah hariCUE : Pasukan Koir mengambil tempat di sebelah kanan dewan untuk membuat persembahan.ANN : Bagi mengakhiri majlis, sekali lagi dipersilakan Kumpulan Koir IPSI menyampaikan lagu-lagu: ‘Dirgahayu – Oh Tanah Airku’, ‘Top of the World’ dan Seringgit Sidua Kupang’. (11)
  13. 13. MASA : 12.15 tengah hariCUE : Sebaik sahaja selesai lagu ketiga dinyanyikan, juruacara mengumumkan:ANN : Hadirin sekalian, majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Mahpur Baba, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan semuayang terlibat dalam menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Bagi mengakhiri majlis ini, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan diikuti dengan perarakan keluar.CUE : Muzik gamelan dimainkan. Pembawa keris mengambil semula Keris Istiadat dan bersedia memulakan perarakan keluar.ANN : Mengumumkan, Yang Berbahagia Datuk Pengarah Bahagian Pendidikan Guru meninggalkan dewan. (12)

×