Kertas kerja senaman kalistenik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kertas kerja senaman kalistenik

on

  • 5,063 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,063
Views on SlideShare
5,051
Embed Views
12

Actions

Likes
1
Downloads
67
Comments
0

2 Embeds 12

http://munkyfunky91.blogspot.com 11
http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas kerja senaman kalistenik Kertas kerja senaman kalistenik Document Transcript

  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. KERTAS KERJA SENAMAN KALISTENIK INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN (IPTB) TAHUN 2008 ___________________________________________________________________ 1.0 PENGENALAN Senaman kalistenik peringkat institut merupakan acara yang banyak memberi pengalaman kepada guru pelatih agar dapat mengelolakan acara rasmi semasa berkhidmat di sekolah nanti. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengenali secara lebih mendalam mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil untuk menganjurkan suatu karnival sukan seperti senaman kalistenik. Menerusi penganjuran pertandingan senaman kalistenik ini, hubungan silatulrahim yang utuh juga dapat dibentuk menerusi semangat kerjasama dalam usaha untuk menjayakan pertandingan senaman kalistenik ini. Di samping itu, kerajinan untuk melakukan senaman kalistenik ini juga turut dapat diterapkan dalam diri setiap guru pelatih sejurus melahirkan guru-guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula, pertandingan senaman kalistenik ini dianjurkan agar dapat mengisi masa lapang guru pelatih. Sejurus itu, pengalaman terhadap gaya senaman kalistenik yang dipelajari juga akan dapat diturunkan kepada murid-murid di sekolah ketika berkhidmat. “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 2.0 MATLAMAT Pertandingan senaman kalistenik ini diadakan dengan matlamat untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan guru pelatih. Menerusi pertandingan senaman kalistenik ini, setiap guru pelatih akan tertarik untuk melakukanya kerana senaman kalistenik ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Tambahan pula, pertandingan senaman kalistenik ini juga dalam melahirkan sikap berdaya saing yang sihat di kalangan guru pelatih. Ini amat penting kerana menerusi sikap daya bersaing yang sihat ini, pelbagai gaya kalistenik akan wujud dan setiap guru pelatih dapat mempelajarinya. Lebih-lebih lagi,pertandingan senaman kalistenik ini juga dapat membantu dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal guru-guru pelatih. Ini wujud menerusi latihan-latihan yang di ambil oleh peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih. Selain itu, nilai keyakinan diri juga dapat dibentuk menerusi pertandingan senaman kalistenik ini. Ini adalah sejajar dengan persembahan senaman kalistenik di hadapan orang ramai yang memerlukan keyakinan diri untuk melakukanya. “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 3.0OBJEKTIF Objektif pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan: 3.1 Memberi pendedahan awal kepada pelatih bagi menganjurkan satu pertandingan. 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan semangat juang yang tinggi melalui aktiviti sukan. 3.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan guru pelatih. 3.4 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dikalangan guru-guru pelatih. 3.5 Mengilap bakat-bakat baru guru pelatih dalam bidang ini. 3.6 Memberi pendedahan terperinci kepada guru pelatih untuk cara berorganisasi. 3.7 Mengeratkan ukhwah di antara peserta. 3.8 Menggalakan guru-guru pelatih untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat. 3.9 Mengisi masa terluang guru-guru pelatih. “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 4.0 ANJURAN Pertandingan ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar PPISMP semester 3 opsyen PJK/PI/PM Institut Perguruan Tuanku Bainun, Tahun 2008. 5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN 5.1 Tarikh : 15 Oktober 2008 5.2 Masa : 8.00 pagi 5.3 Tempat : Bilik Tarian Gymnasium Ungku Aziz, IPTB 6.0 JADUAL AKTIVITI Aktiviti Masa Peserta mendaftarkan diri 8.00 pagi Ucapan Perasmian dari Ketua Jabatan 8.20 pagi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pertandingan dimulakan 9.00 pagi Rehat dan kudapan 9.30 pagi Pertandingan diteruskan 10.00 pagi Majlis penutupan dan penyampaian 10.30 pagi hadiah Bersurai 11.00 pagi “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 7.0 JADUAL PERTANDINGAN Kumpulan Masa A 9.00 pagi B 9.15 pagi REHAT 9.30 pagi C 10.00 pagi D 10.15 pagi 8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Penaung : Encik Ahmad Rodzli bin Hashim Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Penasihat : Encik Faisal bin Mohd Japeri Pengerusi : YM Nik Ahmad Syafiq Afham Syah bin YM Nik Mat Naib Pengerusi : Syarifah Nadia binti Syed Manshor Setiausaha : Mohd Afiq Syazwan bin Jame’an Bendahari : Nur Atiyah binti Salleh “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 9.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA Pertandingan : Amir Hamzah bin Abdul Halim Wan Ismayuzi binti Wan Mansor Peralatan : Mohd Zahiruddin bin Abdul Halim Suhaida binti Md Saad Teknikal : Nursyakirah binti Hamidi Zaril Iswan bin Ismail Publisiti : Ammar bin Othman Nur Asyilah binti Musta’ain Hadiah dan Cenderamata : Siti Safina binti Shuhaimi Emira Syazana binti Yusof Pengurusan Tempat : Nurizzati binti Azmi Norazman bin Mohammad Pengerusi Majlis : Nurul Husna binti Ideris Muhammad Afiq bin Tajudin Dokumentasi : Ciffi Faizal bin Zahinor Prabhu A/L Ragawan “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 10.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - Peserta terdiri daripada guru pelatih kumpulan PPISMP semester 3 iaitu PJ/PI/PM. - Setiap pelatih wajib mengambil bahagian mengikut kumpulan masing-masing. - Peserta perlu mendaftar diri di kaunter pendaftaran pada pukul 7.45 pagi di Gymnasium Ungku Aziz. - Setiap pelatih daripada setiap kumpulan diwajibkan untuk mengambil bahagian dan pelatih tidak dibenarkan untuk bertukar kumpulan. - Peserta dinasihatkan menjaga barang-barang berharga dan bertanggungjawab sendiri atas sebarang kehilangan atau kerosakan. Telefon bimbit hendaklah dimatikan dan disimpan di tempat selamat bagi tidak menggangu pertandingan. - Setiap kumpulan dibenarkan untuk memilih lagu mengikut rentak laju dan perlahan serta dibenarkan untuk melakukan pergerakkan mengikut cita rasa kalistenik sendiri. - Setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk membuat persembahan kalistenik antara 5 hingga 10 minit. - Peraturan dan simulasi akan diterangkan oleh AJK sehari sebelum acara dimulakan. - Pengadil berhak memotong mata atas sebab-sebab yang munasabah. - Pengadil berhak menukar urutan acara atau waktu sekiranya perlu. - Keputusan pengadil adalah muktamad. - Semua peserta diminta menjaga keselamatan diri ketika pertandingan. - Jawatankuasa pertandingan berkuasa sepenuhnya dalam pertandingan semasa acara dijalankan. “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM
  • Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. 11.0KESIMPULAN Pertandingan Senaman Kalistenik peringkat Institut Perguruan Tuanku Bainun yang dianjurkan oleh PPISMP semester 3 PJ/PI/PM ini merupakan satu aktiviti yang membawa pelbagai manfaat kepada guru-guru pelatih. Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelatih-pelatih bagi mengelolakan sesuatu pertandingan disamping ingin memupuk semangat kerjasama yang ukuh dan daya juang para pelatih melalui pertandingan ini. Di samping itu, pengalaman senaman kalistenik ini juga menjadi suatu pedoman kepada semua guru- guru pelatih yang boleh diajar kepada murid-murid di sekolah sewaktu berkhidmat di sekolah. Selain itu, kecergasan fizikal para pelatih juga dapat ditingkatkan melalui senaman kalistenik yang amat seronok ini. Akhir sekali, adalah diharapkan agar pertandingan senaman kalistenik peringkat Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi tahun 2008 dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM