Your SlideShare is downloading. ×
Hoki
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Hoki

45,778
views

Published on

Published in: Education

12 Comments
42 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
45,778
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
1,970
Comments
12
Likes
42
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENGENALAN Antara permainan yang terkenal di dunia ialah hoki. Ia telah diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam sukan hoki sejak diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Antara perubahan yang berlaku termasuklah undang-undang permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. 1.1 PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI Seperti yang telah dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di dalam sukan hoki. Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada asalnya menggunakan kayu ash atau kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya ditukarkan kepada kayu kilas (reverse stick). Contoh seterusnya ialah penggunaan bola gabus yang telah ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan seterusnya ditukarkan kepada bola yang berwarna putih. Selain daripada peralatan permainan, padang juga mengalami proses perubahan seiring dengan peredaran zaman. Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebar, namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. 1
  • 2. Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias yang serupa. Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua tiang gol dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain. Selain itu, di kawasan gol juga tidak mempunyai kawasan D. Namun, pada 1890, batang mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan pukulan (striking circle). 1.2 PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA Negara-negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis telah menerima peraturan terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun 1886. Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan antarabangsa. Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan sementara ekoran daripada Perang Dunia Kedua. Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada badan induk dunia yang mengawal permainan ini. Hal ini menyebabkan pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk memanggil negara-negara yang berminat dengan sukan ini untuk tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan antarabangsa bagi permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland tidak menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik. India juga menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama yang menyertainya. Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112 buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa. Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk 2
  • 3. memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya. 1.3 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk mengawal sukan hoki di Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki Malaya dan telah ditubuhkan bersama-sama Singapura. Namun, pada 1953, persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli. Secara ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali. Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian. Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah berlaku. Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara 15 pasukan terbaik dunia. Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja. 3
  • 4. 2.0 PERALATAN SUKAN Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu juga dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat. 2.1 PADANG Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut: i) Berbentuk segi empat bujur. ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk lampiran (a). 4
  • 5. 2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE) Ciri-ciri bulatan jaringan ialah: i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. iii) Dikenali sebagai kawasan D. iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan. 2.3 PINTU GOL Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut: i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang. ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter. iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter. iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m – 7.5 m. v) Semua tiang gol dicat putih. 5
  • 6. 2.4 JARING Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai ‘mesh’ berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi. 2.5 TIANG-TIANG BENDERA Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain. 2.6 BOLA Ciri-ciri bola: i) Keras, pejal atau kosong ii) Permukaan licin iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak) iv) Berat : 156 g (minimum) – 163 g (maksimum) v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum) 6
  • 7. 2.7 KAYU HOKI Sebatang kayu hoki yang baik perlulah: i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan. ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan. iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’. iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu. v) Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya. vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g. 2.8 KASUT i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain. 7
  • 8. 2.9 ALATAN PENJAGA GOL Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: i) Ped kaki - Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut. - Dipasang bersama kickers. - Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki. - Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan. ii) Sarung tangan - Diperbuat daripada kulit dan plastik - Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam. - Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. - Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang. 8
  • 9. iii) Alat-alat lain - pelindung dada - ped-ped bahu - penutup muka - pelindung mulut - seluar berped - pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki) 2.10 PERMUKAAN BERMAIN Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh. 9
  • 10. 3.0 CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini. 3.1 PERATURAN ASAS Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga sukan hoki. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah: i) Komposisi pasukan - Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. - Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. - Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. - Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. - Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan. 10
  • 11. ii) Mengganti pemain - Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. - Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. - Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. - Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang. - Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol. - Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang. iii) Ketua pasukan - Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. - Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. - Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul. 11
  • 12. iv) Pakaian dan peralatan pemain - Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan. - Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. - Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke. - Lain-lain, rujuk 2.0. v) Perlawanan dan keputusannya - Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. - Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. - Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. - Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri. vi) Permulaan permainan - Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang. - Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. - Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. 12
  • 13. - Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan. - Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah. - Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter. vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan - Bermain bola dengan back stick - Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan. - Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki. - Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. - Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol. - Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu. - Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh 13
  • 14. menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. - Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol. - Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti. - Membuang masa dengan sengaja. - Menghalang pemain. - Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. - Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola. - Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil. - Penjaga gol baring di atas bola. - Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan. - Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan. 14
  • 15. 4.0 KEMAHIRAN ASAS Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran- kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1 MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK - Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut menggelecek longgar dibengkokkan. - Mata memandang bola ketika membuat tolakan. - Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. 15
  • 16. - Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah - Pegangan seperti menggelecek longgar. - Badan juga seperti menggelecek longgar - Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan menggelecek rapat bergerak sambil mengkaji situasi padang. - Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki. - Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil menggelecek Indian meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar. 16
  • 17. - Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. - Mata seperti menggelecek rapat. - Badan mengikut pergerakan bola. - Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah. Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR 1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu biji bola. 2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata. 3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus. 4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus. 17
  • 18. 5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut. A --------------10 meter-------------- B 6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir. 7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel. 8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter. 9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar. 10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut. 11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini. 4.2 MEMUKUL 18
  • 19. Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain. MEKANIK MEMUKUL BUTIRAN MENGAJAR - Letakkankepala kayu hoki di atas tanah - Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar Pegangan - Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri. - Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki. - Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Cara berdiri - Kedudukan badan seimbang. - Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu. - Jari kaki kanan bersudut 19
  • 20. tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30° - 40°. - Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan Bola berjarak selesa. - Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak. - Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan Ayunan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul. - Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju. - Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada Badan kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak. - Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas 20
  • 21. jari kaki. - Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi. - Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan Kuasa untuk memukul bola lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki. Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL 21
  • 22. 1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga. 2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari. 3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan. 4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D. 5. Memukul bola yang bergerak dari kanan. a) Secara berempat: A menolak bola ke B B memukul bola ke C C menolak bola ke D D memukul bola ke A Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D. B C A D b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol. 22
  • 23. c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat latihan seperti di (c). 6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol. 4.3 MENGUIT/MENGUIS Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik. Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan. Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan 23
  • 24. menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS 1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding tersebut. 2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan. 3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan. 4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut. 5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu menguit bola. Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti. 5.0 PENUTUP 24
  • 25. Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk memperoleh keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih dahulu selain daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik. Sukan hoki tidaklah terlalu merbahaya sekiranya pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani. Pemain hoki juga perlulah menjaga kesihatan diri mereka dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai dengan diet harian seorang pemain hoki dan melakukan latihan kecergasan supaya dapat mengekalkan kecergasan diri. Kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan juga penting supaya badan kita benar-benar bersedia untuk melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian, setiap pemain atau pelajar perlu memastikan diri mereka telah melakukan aktiviti memanaskan badan dengan menumpukan pada bahagian badan yang digunakan dalam sukan hoki. 6.0 REFLEKSI 25
  • 26. Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pendidikan Jasmani Akademik pada semester kali ini saya telah memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki. Hal ini kerana saya ingin sesuatu kelainan daripada minat saya yang tertumpu kepada sukan dalam gelanggang. Bagi subjek Pendidikan Jasmani Akademik, kami telah dibahagikan kepada 4 kelas dan sukan berlainan untuk mempelajari setiap sukan yang diajar. Setiap kelas mempunyai seorang pensyarah yang akan mengajar teknik setiap jenis sukan. Setiap kelas akan mempelajari setiap jenis sukan, namun kami mengamalkan sistem pusingan agar setiap pelajar menghasilkan hasil yang lebih produktif. Disebabkan saya memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki, saya akan menceritakan pengalaman saya mengenai kelas hoki yang telah dipantau oleh Encik Othman Che Man. Sepanjang berada di dalam kelas beliau, saya dapati bahawa beliau merupakan jurulatih terbaik kerana tidak mengajar kami hanya untuk mengambil peperiksaan, tetapi untuk jatuh cinta dengan sukan hoki. Niat saya bukan untuk memperoleh markah yang tinggi di dalam penulisan kali ini, tetapi begitulah hakikatnya. Beliau sentiasa memastikan setiap pelajar di bawah pantauannya untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dengan betul dan matanya juga cekap mengenal pasti kesilapan kami semua. Saya kembali jatuh cinta dengan sukan hoki selepas 4 tahun saya meninggalkan sukan ini gara-gara kawan baik saya mengalami kecederaan kekal ketika perlawanan persahabatan antara sekolah saya dengan Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas di Stadium Pantai dahulu. Stadium itu menjadi saksi saya mengucapkan kalimah selamat tinggal hoki kepada jurulatih saya waktu itu. Walaupun peristiwa itu masih berlegar di ingatan saya, setelah menghadiri kelas kendalian Encik Othman, saya memperoleh aspirasi untuk terus berada di dalam sukan ini semula. 26
  • 27. Penulisan saya kali ini juga dipengaruhi oleh kelas yang dikendalikan oleh Encik Othman. Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah melalui pengalaman saya sendiri menerusi kelas beliau. Saya juga mencari maklumat di bahagian English di dalam perpustakaan selain bergantung kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk menggunakan kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menulis mengenai hoki ini. Bohonglah sekiranya saya menyatakan bahawa saya tidak kisah dengan markah yang bakal diberikan, namun saya hanya boleh mengatakan bahawa semua keputusan dibuat oleh penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di dalam sukan. Saya sebagai pendatang baru di dalam dunia sukan hanya mampu untuk redha dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Sekian. 7.0 BIBLIOGRAFI 27
  • 28. 1) Sumber rujukan utama: Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006). Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006) 2) Sumber rujukan kedua: Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005). .Human Kinetics 3) Sumber rujukan ketiga: Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4) Sumber rujukan keempat: Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey 5) Sumber rujukan kelima: Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://www.fihockey.org/ 6) Sumber rujukan keenam: Internet. diakses pada 3 Julai – 15 Julai 2009. http://apps.citcat.com/en/translate 28