SlideShare is now on Android. 15 million presentations at your fingertips.  Get the app

×
  • Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
 

Cara cara diet

by on Apr 12, 2013

  • 341 views

"Bagaimana Mengunakan Pendedahan Diet Wanita Jepun Sebagai Diet Harian Yang Seimbang Bagi Membakar Lemak Anda Dengan Cepat!" ...

"Bagaimana Mengunakan Pendedahan Diet Wanita Jepun Sebagai Diet Harian Yang Seimbang Bagi Membakar Lemak Anda Dengan Cepat!"
Pendedahan Diet Wanita Jepun.
Pada kali ini saya nak ‘share’ dengan anda semua hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.
Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.
Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.
Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.
Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil. Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapanutama.
Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti. Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.
Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.
Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang. Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.
"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.
Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkanmasyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).
Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.
"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.
Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Statistics

Views

Total Views
341
Views on SlideShare
341
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
2
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via SlideShare as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • hanum78 Putri Hanum nice gan 1 month ago
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Cara cara diet Cara cara diet Document Transcript