Perakaunan Zakat

3,055 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,055
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
20
Actions
Shares
0
Downloads
122
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perakaunan Zakat

  1. 1. MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.my
  2. 2. MUAMALAT&EKONOMIISLAM
  3. 3. MUAMALAT&EKONOMIISLAM PENDAHULUAN • Zakat adalah kewajipan dan merupakan rukun Islam yang ketiga. • Ia berkaitan dengan ekonomi, pengagihan dan pengagihan semula harta. • Zakat adalah tanggungjawab kehartaan dan ibadat kemasyarakatan. • Hubungan soaial antara sesama manusia adalah suatu yang diwajibkan Allah demi kepentingan hidup manusia bersama. • Zakat adalah ibadat tahunan dan berhubung dengan keikhlasan pengelua
  4. 4. MUAMALAT&EKONOMIISLAM PENGERTIAN • Bahasa: • Berkat, tumbuh, bersih dan baik • Istilah: • Pembayaran wajib sebahagian harta kepada golongan yang berhak berdasarkan kaedah dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak • Berdasarkan definisi ini pelbagai perkara perlu difahami antaranya siapa yang wajib membayar zakat, harta yang waib dikeluarkan zakat, kaedah pengiraan,peraturan dan pengagihan zakat.
  5. 5. MUAMALAT&EKONOMIISLAM DALIL-DALIL • Ayat al-Quran: • Terdapat sebanyak 30 kali menyebut zakat, 27 digandingkan dengan mendirikan solat. Ctnya Surah Taubah :11, Surah al- Baqarah :110, Surah Taubah :103 • Dirikan Solat dan bayarlah zakat • (Al-Baqarah: 110) • Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka… • (Al-Taubah: 103) • Firman Allah: Sedekah-sedekah itu hanya untuk orang yang fakir, miskin, amil…. • (Al-Taubah:9)
  6. 6. MUAMALAT&EKONOMIISLAM DALIL-DALIL • Hadis: • Sabda Rasulullah saw: Islam ditegakkan di atas lima dasar: Syahadah bahawa tiada Tuhan selain dari Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang berkemampuan. • (Mutaffak alaih) • Hadis dari Qais bin Said bin Ubadah: Kami diperintah oleh Rasulullah saw untuk membayar zakat fitrah sebelum zakat diwaibkan; setelah itu barulah syariat zakat itu turun. • (Ahmad, Nasai’ dan Ibn Majah) • Sabda Rasulullah saw: Kekayaan tidak akan binasa di darat atau di laut kecuali apabila zakat tidak dikeluarkan. • (Al-Tarani)
  7. 7. MUAMALAT&EKONOMIISLAM PENJELASAN DALIL • Hukum Membayar Zakat: • Wajib pada mereka yang berkelayakan dan cukup syarat adalah wajib dan pasti. • Jika ingkar adalah satu kesalahan dan berdosa besar. • Hukuman terhadap mereka adalah dipenjara, diperangi atau dibunuh. • Manusia diwajibkan untuk mengeluarkan zakat dari sebahagian hartanya apabila telah sampai atau cukup nisab • Allah s.w.t mengancam orang-orang yang mempunyai harta tetapi tidak menafkahkannya pada jalan Allah dengan seksaan yang pedih • Harta-harta yang tidak dizakatkan itu akan menjadi saksi atas perbuatan mereka
  8. 8. MUAMALAT&EKONOMIISLAM KEPENTINGAN ZAKAT 1. Memahami fungsi zakat dalam sistem ekonomi Islam 2. Mengetahui hukum kewajipan zakat 3. Mengetahui kaedah perakaunan dan pengiraan zakat 4. Mengetahui kedudukan diri berhubung dengan zakat 5. Merancang perbelanjaan diri, keluarga dan syarikat 6. Menunaikan kewajipan pembayaran zakat
  9. 9. MUAMALAT&EKONOMIISLAM JENIS-JENIS ZAKAT 1. Zakat fitrah • Pembayaran yang wajib ke atas setiap muslim bermula Ramadhan sehingga 1 Syawal. 2. Zakat harta benda • Satu pembayaran yang wajib dikenakan apabila sesatu harta itu mencapai kadar dan tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak.
  10. 10. MUAMALAT&EKONOMIISLAM SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB ZAKAT 1. Islam • Hanya diwajibkan ke atas orang Islam sahaja dan tidak diwajibkan kepada bukan Islam. 2. Sempurna milik • Milik yang sah dan bertanggungjawab ke atas harta sepenuhnya serta boleh digunakan pada bila-bila masa. Pinjaman, harta wakaf, wang dalam KWSP dan harta haram tidak wajib, tidak tertakluk atau memenuhi syarat ini. 3. Cukup nisab • Kadar atau nilai minima yang menentukan harta itu wajib dikeluarkan zakat atau sebaliknya. Pada umumnya kebanyakan jenis harta diukur berasaskan nilai emas semasa iaitu sebanyak 85gram.
  11. 11. MUAMALAT&EKONOMIISLAM SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB ZAKAT 4. Cukup haul • Setahun mengikut bulan Qamariah iaitu 354 hari. 5. Harta berkembang • Harta yang berpotensi untuk berkembang dan bertambah. Harta itu sendiri tidak dikenakan zakat namun hasil dapatan daripadnya, pemilik mendapat faedah terus, seperti hasil daripada sewaan rumah atau bangunan, hasil daripada pelbagai jenis pengangkutan, hasil daripada ternakan binatang, hasil sampingan seperti susu dari binatang ternakan, hasil daripada pengeluaran madu.
  12. 12. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ASNAF /PENERIMA ZAKAT 1. Fakir • Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungjawabnya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. 2. Miskin • Orang Islam yang mempunyai harta dan pekerjaan yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungnya. 3. Amil • Orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menyelenggarakan hal- hak zakat/ Pengurus zakat 4. Muallaf • Orang yang baru memeluk Islam 5. Hamba yang hendak merdeka/Riqab • Hamba yang ingin memerdekakan diri
  13. 13. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ASNAF /PENERIMA ZAKAT 6. Orang yang mempunyai hutang/Gharimin • Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan: • Orang yang berhutang tidak mampu menjelaskannya • Hutang itu dalam perkara yang taat dan diharuskan syarak • Hutang itu sampai tempoh untuk dijelaskan 7. Orang yang berjuang pada jalan Allah/Fisabililah • Tiap-tiap perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam. 8. Orang musafir • Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat: • ia mengembara daripada negari tempat tinggalnya • Pengembaraan itu diharuskan syarak
  14. 14. MUAMALAT&EKONOMIISLAM SYARAT ASNAF 1. Mestilah seorang yang fakir melainkan amil mereka berhak terhadap dana zakat sekalipun ia sudah kaya. Kewajipan diberikan kepada mereka kerana usaha yang telah mereka lakukan 2. Mengistiharkan tentang harta yang telah wajib dikeluarkan 3. Orang yang berhak menerima dana zakat adalah muslim 4. Bukan daripada keturunan Bani Hasyim
  15. 15. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ASAS PERAKAUNAN ZAKAT 1. Asas penilaian berdasarkan harga semasa 2. Tempoh setahun Qamariah perlu digunakan yang tertakluk kepada tempoh haul – iaitu 354 hari dalam setahun. Tahun Masihi 365 tahun biasa dan tahun lompat 366 hari. Cara pengiraan bermula 1.1.2009 hingga 20 Disember 2009. 3. Tahun hasil pengeluaran 4. Berdasarkan nisab yang telah ditetapkan sama ada 85 gram emas atau 595 gram perak. 5. Dikenakan ke atas pendapatan bersih bukan pendapatan kasar – ditolak semua perbelanjaan 6. Bagi zakat pendapatan perlu ditolak keperluan asasi yang munasabah mengikut perkiraan semasa atau setempat.
  16. 16. MUAMALAT&EKONOMIISLAM KADAR ZAKAT 1. Harta tetap : 5%, 10%, 20% 2. Harta berubah : 1.25%, 2.5%
  17. 17. MUAMALAT&EKONOMIISLAM HARTA YANG WAJIB DIZAKAT 1. Zakat Emas Dan Perak 2. Zakat Perniagaan 3. Zakat Pendapatan 4. Zakat Saham 5. Zakat Wang 6. Zakat Simpanan 7. Zakat Pertanian 8. Zakat Maadin 9. Zakat Ternakan
  18. 18. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT EMAS, PERAK DAN MATA WANG • Zakat emas dan perak ialah 1/40 ( 2.5%) dari nisab harta tersebut. • Apabila jumlah emas atau perak yang dimiliki telah mencukupi nisab selama tempoh setahun, maka perlu dikeluarkan zakat sebanyak 1/40 atau 2.5%. • Namun pada masa kini, pelbagai mata wang telah mengambil alih peranan emas dan perak, maka mata wang yang sama harga nisab bagi emas atau lebih, wajib dikeluarkan zakatnya iaitu 1/40 (2.5%) apabila mencapai tempoh masa setahun.
  19. 19. MUAMALAT&EKONOMIISLAM PENGIRAAN ZAKAT EMAS • Barang kemas yang dipakai tidak dikenakan zakat. Setakat mana? Wilayah Persekutuan memperuntukkan harga dan nilaiannya ialah RM 5000.00 Lebih daripada itu dikenakan zakat. • Permulaan nisab : 85gm x harga semasa. • Contoh: 85 x RM 75 = RM 6375 • Yang dikenakan ialah emas tulin, bukan saduran, bukan kristal, bukan berlian, mutiara • Lelaki yang ada emas diwajibkan membayar zakat. Lelaki hanya dibolehkan memakai emas pada gigi sahaja. Selain daripada gigi adalah haram dan berdosa. Walaubagaimanapun perak boleh dipakai • Syaratnya, cukup setahun, cukup haul, merdeka dan Islam. • Pengiraannya: RM 15,000.00 x 2.5% = RM 375.00
  20. 20. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT EMAS, PERAK DAN MATA WANG • Sabda Nabi: • “ Bila kamu memiliki 200 dirham dan telah sampai setahun, maka wajib dikeluarkan daripadanya 5 dirham. Dan tidaklah wajib atas kamu berzakat hingga kamu memiliki 20 dinar (misqal) dan telah sampai setahun, maka wajib dikeluarkan ½ dinar.” • (HR. Abu Daud)
  21. 21. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT HARTA PERNIAGAAN • Ialah seorang peniaga yang memiliki barang-barang perniagaan yang telah sampai nisabnya dan telah dimilikinya selama tempoh setahun wajib menzakatkan hartanya itu. • Peniaga perlu mengira harga barang-barangnya itu dan mengeluarkan 1/40 atau 2.5% dari harganya. • Firman Allah: • “Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” • (al-Baqarah:267)
  22. 22. MUAMALAT&EKONOMIISLAM PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN • Campurkan semua pendapatan untuk tempoh setahun Hijrah. Ini termasuk gaji, keuntungan, sewaan, hasil perkongsian, bonus, elaun dan apa jua pendapatan yang diterima untuk tempoh berkenaan • Tolakkan keperluan perbelanjaan asasi: • Semua perkara yang melibatkan keperluan Dharuriyyah. Ini termasuk makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, kos keselamatan dan pendidikan. • Ini merangkumi keperluan diri, isteri, nak-anak, ibubapa. Kesemua tanggungan ini tidak terhad bilangannya dan tertakluk kepada hukum syarak • Tolakkan pendapatan daripada pelbagai sumber yang dibenarkan seperti bagi perbelanjaan menunaikan haji yang diwajibkan, iaitu haji yang pertama. Penolakan untuk perbelanjaan mengubati diri dan tanggungan, termasuk juga kedua ibubapa. Jumlah yang tinggal adalah pendapatan bersih.
  23. 23. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT BINATANG TERNAK • Binatang ternak yang wajib dikeluarkan zakat dibahagikan kepada 3 kategori: • Unta • Kambing dan biri-biri • Sapi (lembu dan kerbau)
  24. 24. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT BINATANG TERNAK • Syarat-syarat binatang ternak yang wajib dikeluarkan zakat: • Telah cukup nisab • Telah berlalu tempoh masa setahun • Binatang ternak itu merupakan binatang yang digembalakan iaitu yang memakan rumput yang tidak terlarang dalam sebahagian besar masa setahun itu
  25. 25. MUAMALAT&EKONOMIISLAM 1. ZAKAT UNTA • Tidak wajib zakat jika unta yang dimilikinya kurang dari 5 ekor. • Wajib zakat apabila untanya mencapai 5 ekor dalam tempoh masa setahun pengembalaan.
  26. 26. MUAMALAT&EKONOMIISLAM 2. ZAKAT KAMBING DAN BIRI-BIRI • Tidak wajib zakat sebelum jumlah yang dimilikinya mencapai 40 ekor dalam tempoh masa setahun pengembalaannya.
  27. 27. MUAMALAT&EKONOMIISLAM 3. ZAKAT LEMBU DAN KERBAU • Tidak wajib zakat sebelum jumlah yang dimilikinya mencapai 30 ekor dalam tempoh masa setahun pengembalaannya. • Hendaklah memastikan bahawa binatang yang akan dizakatkan itu sihat, sempurna dan sesuai.
  28. 28. MUAMALAT&EKONOMIISLAM 3. ZAKAT LEMBU DAN KERBAU • Contoh binatang yang tidak boleh dizakatkan: • Binatang yang terlalu tua • Binatang yang buta sebelah matanya • Binatang yang beranak kecil • Binatang yang hamil • Binatang untuk disembelih • Binatang untuk dibawa berjalan
  29. 29. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN • Tanam-tanaman atau buah-buahan yang wajib dizakat sekiranya ia merupakan makanan utama yang boleh disimpan untuk dimakan pada waktu yang tidak ditentukan.
  30. 30. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN • Tanaman yang wajib dikeluarkan zakat: • Gandum • Padi • Jagung • Buah-buahan yang wajib dikeluarkan zakat: • Kurma • Anggur
  31. 31. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN • Nisab bagi tanaman atau buahan yang wajib dizakat ialah apabila beratnya mencapai 5 wasaq (700 kg). • Seperti sabda Nabi: • “Tidak wajib zakat pada barang-barang yang kurang 5 wasaq seperti tamar dan tanaman berbutir-butir (bijiran), maka tidaklah dizakatkan.” • (HR. Bukhari dan Muslim)
  32. 32. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN • Zakat bagi tanaman dan buah-buahan yang ditanam dengan tanpa mengeluarkan belanja ialah 1/10 atau 10% dari nisabnya. • Jika hasil tanaman dan buah-buahan itu memerlukan belanja bagi pengangkutan air dan seumpamanya maka zakatnya ialah 1/20 atau 5% dari nisabnya.
  33. 33. MUAMALAT&EKONOMIISLAM ZAKAT RIKAZ • Rikaz ialah harta simpanan dalam tanah yang telah disembunyikan tanpa biaya dan bersusah payah oleh orang- orang dahulu kala pada zaman zahiliyah. • Rikaz yang wajib dikeluarkan zakatnya ialah yang berupa harta seperti emas, perak, besi, timah dan suasa. • Wajib zakat 1/5 atau 20% dari harta tersebut.

×