Your SlideShare is downloading. ×
0
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Pengenalan Perakaunan dalam Islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Pengenalan Perakaunan dalam Islam

8,327

Published on

Published in: Education
1 Comment
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
8,327
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
228
Comments
1
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.my
  • 2. ISI KANDUNGAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A MPengenalan Perakaunan Dalam Islam 1.1 • Definasi perakaunan Islam • Sejarah dan asas ilmu perakaunan dalam 1.2 Islam 1.3 • Objektif perakaunan dalam Islam 2 1.4 • Prinsip perakaunan Islam
  • 3. PENGENALAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Kehidupan adalah ujian dan dugaan daripada Allah swt dan ia hanya sementara, manakala hidup akhirat adalah kekal abadi.• Antara perkara yang akan diuji Allah swt dalam kehidupan kita ialah sejauhmana kita jujur dan amanah dalam kerja-kerja pengiraan termasuklah perakaunan.• Islam adalah agama yang syumul didatangkan oleh Allah swt. Ia mengandungi tiga aspek penting iaitu: • 1. Aqidah ( tauhid, Usuluddin serta perkara yang berkaitan dengan kepercayaan khususnya kepada unsur-unsur ghaib, terkandung di dalamnya elemen-elemen iman). • 2. Syariah ( undang-undang berkaitan dengan muamalat, ibadat , jenayah, munakahat serta perkara yang menyusun kehidupan manusia di muka bumi. Ia yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam semesta) 3 • 3. Akhlak (perkara yang berkaitan dengan tingkah laku manusia )
  • 4. PENGENALAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Apakah matlamat kehidupan manusia di muka bumi? • Segala sesuatu yang dilakukan di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Oleh itu kehidupan manusia akan mengarah kepada ketaatan, ketundukan kepada Allah swt dan hasilnya hidup akan dihiasi dengan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan. Masing-masing akan hidup atas dasar ajaran Islam dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. 4
  • 5. MAQASID SYARIAH M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Tujuan perundang Islam adalah untuk memelihara 5 perkara. 1. Menjaga aqal 2. Keturunan 3. Agama 4. Jiwa 5. Harta• Ilmu perakaunan adalah berada dalam aktiviti muamalat. Di dalamnya terkandung urusan ekonomi, politik, perniagaan, perakaunan dan semua yang berkaitan dengan kehidupan. 5
  • 6. DEFINISI PERAKAUNAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Perakaunan di dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Muhasabah atau al- hisab. Ia bermakna mengira atau menyukat. Al-Quran menyebut hasaba sebanyak 48 kali.• Ilmu perakaunan tidak disimpan dalam bentuk pemikiran. Ia adalah pergerakan dua bahagian ( keluar dan masuk ) wang @ harta dan ia sempurna bila kedua-duanya ditulis dengan teliti di dalam daftar dan disusun rapi.• American Accounting Association (AAA): (1966) • “ Proses mengenalpasti, mengukur, mengkomunikasikan maklumat berbentuk ekonomi untuk membolehkan pertimbangan berpengetahuan dan keputusan dibuat oleh pengguna-pengguna maklumat itu” • “Accounting is the process of identifying, measuring and communicating economic information to permit informed judgements and decisions by the user of information”.• Muhammad Kamal Atiyah mendefinisikan sebagai: • ” satu pengiraan hasil-hasil kerja yang halal menurut kaedah syarak 6 dengan dilaksanakan berdasarkan perbandingan pendapatan dan kos”
  • 7. DEFINISI PERAKAUNAN• Surah al-Infitar 82: 10-12 bermaksud: M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Pada hal bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu, yang mulia di sisi Allah dan yang mencatat pekerjaan-pekerjaanmu itu, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.• Surah al-Qaf 50: 17-18• Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada 7 didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
  • 8. SEJARAH PERKEMBANGAN PERAKAUNANISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Mengalami tiga tahap: 1. ZAMAN KEAGUNGAN 2. ZAMAN KEMEROSOTAN 3. ZAMAN KEBANGKITAN SEMULA 8
  • 9. Zaman Keagungan/ Zaman Awal M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Zaman Rasulullah: • Baginda menyuruh sahabat merekod urusan keluar masuk wang, demikian zaman Abu Bakar. • Baginda telah melaksanakan kewajipan membayar zakat yang menggunakan kaedah perakaunan. • Mata wang yang digunakan mesti mengikut nilaian semasa. Setiap pernyataan itu mesti mempunyai cop. 9
  • 10. Zaman Keagungan/ Zaman Awal M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Zaman Umar al Khatab. • Menubuhkan kementerian khusus yang menguruskan urusan perakaunan. • Pengurusan asset di Baitul Mal direkod dengan jelas. Segala aktiviti kewangan direkod di dalam buku catatan harian • Prinsip keseimbangan atau catatan beregu telah dipraktikkan dengan meluas dalam pengurusan Baitulmal. • Selain itu ketepatan ukuran juga amat dititk beratkan- mewujudkan keadilan dan keharmonian dalam masyarakat. • Menggunakan mata wang semasa. Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelak dari riba dan penindasan. 10
  • 11. Zaman Keagungan/ Zaman Awal M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Zaman Umaiyyah dan Abasiah • Zaman ini Islam berada dipuncak ketamadunan disebabkan oleh Islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahun, perluasan kuasa, kaedah percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan baitulmal yang menjadi faktor kepada berkembangnya perakauanan. Hasilnya terdapat banyak kitab- kitab yang ditulis antara riba, percukaian, kewangan kitab- kitab feqah.• Luca Pacioli muncul abad ke 15. Pada 1494 beliau menulis buku ‘ Summa de arithmatica geometria et proportionalita’. 600 tahun sebelum Luca pacioli dunia Islam sudah menulis tentang 11 matematik, sistem angka.
  • 12. Zaman Kemerosotan M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Faktor mempengaruhi: • Pertengahan abad ke 5 Hijrah, perpecahan empayar dan umat Islam. • Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan di antara satu sama lain, berijtihad untuk menjatuhkan sahabat, pemerintah sering bercakaran manakala ulamak-ulamak hanya mengikut pemerintah tanpa melakukan usaha-usaha ijtihad • Mendakwa pintu ijtihad telah tertutup. Ini menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam, termasuklah perakaunan dan perekonomian. • Berpecahnya negara Islam kepada wilayah-wilayah kecil. 12 • Pengaruh barat terhadap dunia Islam ( lewat abad 18 – 19M)
  • 13. Zaman Kemerosotan M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Kejatuhan kerajaan Islam ke tangan barat • Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh. 1258 Hulagu telah melancarkan serangan ke atas kerajaan Islam di Andalus menyebabkan Islam terus jatuh. • Musnahnya khazanah ilmu Islam apabila Pusat Sumber Baitul Hikmah di Sepanyol dihapuskan. Banyak bahan rujukan penting telah dimusnahkan. • Akibatnya barat mula menguasai segala khazanah ilmu Islam, dan umat Islam hanya menjadi pengikut kepada barat.• Empayar Uthaminiyyah di bawah pemerintahan Kamal Ataturk dipengaruhi barat. Selain itu barat melakukan perluasan kuasa khusus ke negara Islam, Barat mahu mengaut keuntungan 13 ekonomi di negara yang dijajah dan menyebarkan kristian
  • 14. Zaman Kebangkitan Semula M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Abad 20 umat Islam mula bangkit kembali. Pengkajian perakaunan menjadi semakin rancak dan mereka mula sedar telah sekian lama terbelenggu dengan urusan riba. 14
  • 15. Faktor Mempengaruhi PerkembanganPerakaunan M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A MCatatan dan Penulisan ( al-kitabah)Pengiraan (al-hisab)Perkembangan ilmu hisab dan perakaunan(Penggunaan Angka)Pengiraan di zaman RasulullahPengiraan harta di zaman khulafa’ al-RasyidinPengiraan harta di zaman Umaiyyah dan Abasiyyah. 15
  • 16. Catatan Dan Penulisan ( Al-kitabah) M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Ahli feqah mendefinisikan tulisan atau catatan sebagai tanda-tanda yang amat penting untuk difahami. Imam Syafie mengatakan bahawa ilmu itu umpama burung dan tulisan umpama sangkar. Burung atau ilmu yang diperoleh jika tidak disimpan di dalam sangkar atau ditulis, maka ia akan hilang begitu sahaja.• Allah memerintah supaya mencatat segala kegiatan muamalat seperti kontrak, hutang, perjanjian perdagangan, surat menyurat dan lain-lain.• Surah al Nur:33• “ Hendaklah kamu melaksanakan perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada sifat-sifat baik pada diri mereka..”• Di zaman Rasulullah Usman Affan adalah penulis wahyu, Ali bin Abi Talib adalah penulis perjanjian-perjanjian serta urusan-urusan 16 pentadbiran.
  • 17. Pengiraan (Al-hisab) M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Para fuqaha mendefinisikan al-hisab/matematik ialah ilmu yang berasaskan angka-angka. Perkatan al-hisab diulang dalam Quran sebanyak 48 kali. Ini menunjukkan bahawa pengiraan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan.• Al-Qalak Syindi mendefinisikan hisab sebagai rekod catatan harta benda meliputi wang masuk, wang keluar dan segala yang berkaitan dengannya.• Imam Shafie mengatakan bahawa sesiapa yang belajar matematik maka banyaklah ilmunya. 17
  • 18. Perkembangan Ilmu Hisab Dan Perakaunan M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• (Penggunaan Angka)• Kerajaan Abasiyah telah menggunakan angka tertentu dalam urusan jual beli. Dalam pembahagian harta rampasan perang, pembahagian pesaka, mengukur tanah, menyukat, menimbang dan sebagainya. Ia ditulis dalam bentuk perkataan bukan angka. Contohnya empat ratus empat dinar. 404. ditulis TD. T sebagai 400 dan D 4.• Kemudian mereka mengikut sistem angka yang diambil dari India, iaitu angka kosong. Dengan menggunakan 9 angka dan ditambah dengan kosong membolehkan orang Arab menyelesaikan masalah pengiraan, menulis pecahan dan 18 perpuluhan serta sistem persamaan.
  • 19. Pengiraan Harta M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Pengiraan Harta di zaman Rasulullah• Rasulullah menyuruh sahabat memungut zakat dan sedeqah . Harta tersebut dikira dan dicatat.• Pengiraan harta di zaman khulafa’ al-Rasyidin• Di zaman Abu Bakar ia berjalan seperti di zaman Rasulullah. Di zaman Umar al-Khatab beliau mula membuat perincian. Antara harta sahabat yang dikira ialah Saad Abi Waqas. Baitulmal telah menjalankan tugas pengiraan dan perakaunan dengan jelas dan tepat. 19
  • 20. Pengiraan Harta Di ZamanUmaiyyah Dan Abasiyyah M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Zaman ini perakaunan telah mencapai tahap yang tinggi. Beberapa peraturan berkaitan dengan perakaunan telah dibuat antaranya:• Penyata harta benda hendaklah ditulis dengan angka yang ringkas dan jelas dalam menentukan semua kerja-kerja kewangan.• Keterangan penyata itu mestilah tepat dan tulisan angka yang ringkas dan menunjukkan data kemasukan yang jelas bertepatan dengan apa yang dikehendaki.• Setiap penyata perakaunan mestilah disertakan dengan dokumen yang sah• Pengawasan yang rapi ke atas harta benda• Semakan penyata hendaklah berdasarkan dokumen-dokumen yang sah dan urusan pengiraan dari pihak yang berkuasa dan yang ditetapkan oleh perundangan• Semakan itu hendaklah dilakukan oleh orang lain berdasarkan senarai laporan asal seterusnya mengesahkan penyata kira-kira itu. 20
  • 21. CIRI-CIRI PERAKAUNAN ISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Sumber perakaunan adalah daripada al Quran dan Sunnah. Segala kaedah asas perakaunan harta dan disiplin berasaskan kepada Quran dan Sunnah.• Semua aspek perakaunan melibatkan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak• Pengiraan harta adalah berpandukan syarak• Akauntan mestilah seorang yang bertanggungjawab, amanah, dan berakhlak• Perakaunan Islam adalah gabungan antara kerohanian dan kebendaan• Peraturan perakaunan memberi penekanan kepada aspek akhlak dan etika• Larangan melibatkan riba 21• Asas penilaian harta berdasarkan nilaian dan harga semasa.
  • 22. KEPENTINGAN PERAKAUNANISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Syiar Islam• Alternatif kepada sistem perakaunan yang sedia ada• Menyelesaikan masalah di dalam sistem perakaunan konvensional• Prinsip asas berteraskan al-Quran dan Sunnah• Harta adalah hak milik Allah• Perakaunan Islam menekankan aspek kemanusiaan• Menerangkan bahawa perakauanan adalah pergerakan 2 bahagian iaitu keluar dan masuk wang atau harta• Peranan juruaudit dalam mengawal harta• Wang keluar masuk perlu ditulis dengan teliti di dalam daftar perakaunan yang tersusun rapi serta bercorak objektif 22• Allah menggesa supaya kita mempelajari hisab, menulis dan mengira.
  • 23. PRINSIP PERAKAUNAN ISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Seimbang iaitu sama antara wang masuk dan keluar/debit kredit• Ketepatan ukuran• Ukuran kewangan – nilai semasa• Rekod sejarah/rekod urusniaga• Dokumen objektif/bukti yang sahih 23
  • 24. TOKOH-TOKOH PERAKAUNANISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A MAbu Bakar al-KufiIbn al-Bina al-MarakisyiGhiyathuddin al-Kasyi ( 1364 hingga 1424)Abdullah al-Khawarizmial-Qalak SyindiUmar Khayam ( 1045 – 1121) 24Imam al-Ghazali
  • 25. Ghiyathuddin al-Kasyi M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• 1364 hingga 1424• Nama penuh ialah Giyathuddin Jamsid Ibnu Masud al-Kasyi, seorang sarjana Islam berbangsa Turki. Al- Kasyi ialah bapa perpuluhan.• Beliau merupakan orang pertama menulis angka ( 1430 ) nombor perpuluhan seperti sekarang 2.5.• Ia mendahului lebih kurang satu kurun setengah terlebih awal dari bapa perpuluhan barat Vieta dan Stevia. Buku karangan beliau ialah Miftahu al-Hisab yang mengandungi algebra, geometri, ilmu falak dan fizik. 25
  • 26. Abdullah al-Khawarizmi M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Al-Khawarizmi ( 780 M – 850 ) dianggap orang yang bertanggungjawab tentang penemuan system angka yang kita pakai sekarang.• Beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Ahawarizmi, al- Ghowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi, Algorismi.• Khawarizmi patut disanjung kerana kepintarannya mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan symbol yang begitu bersistem terutamanya dengan angka sifar yang berperanan seperti sekarang.• Beliau adalah bapa aritmetik sehingga digelar Algorisma, bapa al Jabar.• Buku karangan beliau mafatih al-Ulum telah menjadi sumber 26 rujukan utama dalam ilmu perakaunan dan telah dialih bahasa ke bahasa latin dan lain-lain bahasa.
  • 27. al-Qalak Syindi M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Beliau adalah tokoh yang banyak memberikan sumbangan yang besar kepada ilmu-ilmu dalam Islam termasuk ilmu math, falak, fizik dan perakaunan.• Beliau telah mendefinisikan mathematic sebagai rekod catatan harta meliputi wang masuk, wang keluar dan segala yang berkaitan dengannya.• Beliau telah memperkenalkan istilah berikut dalam urusan merekod aktiviti baitul mal. Al-Wasil (catatan penjelasan terperinci), al-Hasil (pengeluaran/hasil percukaian), al-Muhdir (asset/wang masuk), al-Mukhrij (asset/wang keluar). 27
  • 28. MATLAMAT PERAKAUNAN ISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Memastikan hak semua yang terlibat dalam aktiviti kewangan terpelihara• Mengawal aktiviti aliran masuk dan keluar wang khususnya di bank• Menguruskan kewangan dengan lebih teratur• Menyediakan penyata kewangan yang akan dirujuk oleh semua yang terlibat 28
  • 29. KEISTIMEWAAN PERAKAUNANISLAM M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Berasaskan wahyu dan pemikiran manusia. Ajarannya datang daripada Allah• Matlamat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. (tiada penyelewengan)• Pengawasannya adalah daripada dalam ( iman) dan luar (manusia dan peraturan)• Aktivitinya adalah ibadat.• Mementingkan kebenaran dan kejujuran sesama manusia/menekankan prinsip akauntabiliti./akhlak 29
  • 30. SISTEM PERAKAUNAN MODEN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Penindasan akibat sistem riba• Berisiko untuk berlakunya penipuan dan penyelewengan• Pengutkuasaan undang-undang yang tidak berkesan - Dalam Islam penguasaan adalah berbentuk dalaman dan luaran• Lahirnya manusia yang tamak haloba. 30
  • 31. PERBEZAAN PERAKUNAN ISLAMDAN KONVENSIONAL M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Berasaskan wahyu dan pemikiran manusia. Ajarannya datang dari Allah• Matlamat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. (tiada penyelewengan)• Pengawasannya adalah dari dalam (iman) dan luar (manusia dan peraturan)• Aktivitinya adalah ibadat.• Mementingkan kebenaran dan kejujuran sesama manusia/menekankan prinsip akauntabiliti./akhlak 31
  • 32. SISTEM PERAKAUNAN MODEN -KELEMAHAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Penindasan akibat sistem riba• Penipuan dan penyelewengan• Pengutkuasaan undang-undang yang tidak berkesan- Dalam Islam penguasaan adalah berbentuk dalaman dan luaran• Lahirnya manusia yang tamak haloba.• Cita-cita adalah bersifat murni iaitu untuk membantu masyarakat. 32
  • 33. KESIMPULAN M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M• Perakaunan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri. Segala kegiatannya tidak boleh terpisah dengan ajaran Islam. Tauhid adalah pengawal kepada segala kegiatan perakaunan. 33
  • 34. TAMAT34 M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

×