Your SlideShare is downloading. ×
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN

5,444
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,444
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
245
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGA MELAYU, PERKAMUSA TERJEMAHAN NUR AMIRA BT MUHD ASRI NUR FARAHIM ELRIANI BT RAHIMPUDIN NUR SYAHIEDA BT SALLEH
  • 2. Konsep terjemahan • Definisi terjemahan • Matlamat terjemahan • kesilapan dalam terjemahan Kaedah proses terjemahan formal • Kaedah tradisional atau pinjaman • Kaedah peniruan • Kaedah penggantian Kaedah penterjemahan dinamik • • • • Kaedah transposisi Kaedah modulasi Kaedah persamaan Kaedah penyesuaian
  • 3. Konsep terjemahan • Asal perkataan terjemahan – bahasa protosemitik (al-Arab) iaitu al-tarjamah bermaksud mentafsir perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. • Kamus dewan (1986:1247) : terjemahan ialah “..pindahan dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan…”
  • 4. Maksud Penterjemahan • Proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran • Kamus Dewan (1986), penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut.
  • 5. • Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dipecahkan kepada dua : Konsep lama : penterjemah perlu memberi perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa dan lain-lain supaya menyerupai teks asli.
  • 6. Konsep baharu : mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan emosi daripada pembaca diutamakan.
  • 7. J.C.Catford Penggantian bahan tekstual (1965) dalam satu bahasa (bahasa sumber) daripada bahan tekstual yang serupa dalam bahasa lain (bahasa sasaran) Ian F.Finlay Terjemahan boleh didefinisikan (1971) sebagai satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan asalnya.
  • 8. Dostert (1979) Cabang sains gunaan bahasa khususnya berkaitan dengan permasalahan - atau fakta – pemindahan makna dari satu set simbol ke satu set simbol yang lain. Newmark Penterjemahan merupakan satu (1981) kesenian yang terangkum usaha menggantikan mesej dan atau penyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain.
  • 9. G.Van Slype (1983) • Segi tradisional : proses penggantian teks bertulis dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna, semaksimum mungkin. • Segi moden : proses pemindahan mesej yang dilahirkan dalam bahasa sasaran. Ambil kira pemaksimuman persamaan dari segi kandungan mesej, ekspresif, konotatif, metalinguistik, fatik dan puitis.
  • 10. Tujuan penterjemahan Menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa.
  • 11. Perkara-perkara Asas dalam Penterjemahan : pra-syarat menjadi penterjemah.
  • 12. Tahu bahasa sumber baik atau kecekapan dalam bahasa pertama (bahasa sumber) Tahu latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran Tahu teori dan proses terjemahan Tahu bahasa sasaran/ bahasa penerima dengan baik atau kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran) Tahu subjek yang hendak diterjemahkan iaitu pengetahuan tentang bidang
  • 13. 1) Tahu bahasa sumber dengan baik atau kecekapan dalam bahasa pertama (bahasa sumber) • Bukan sekadar tahu selok-belok penggunaan makna perkataan malah tahu penggunaan dan ciri-ciri tertentu sesuatu bahasa. • Tahu ekspresi idiomatik dalam bahasa sumber. • Jika tidak dapat kuasai akan menyebabkan salah terjemaha dan ketaksaan makna.
  • 14. Contoh ayat Salah I’ve to go for good. I’ve got a letter telling me Saya akan pulang. Saya baru menerima surat yang meminta saya harus pergi. Betul Saya terpaksa pulang. Saya telah menerima surat yang meminta saya pulang.
  • 15. • Kelihatan bahawa kata akan dipadankan dengan kata sendi for merupakan padanan yang salah . • Kata sendi for menunjukkan tempoh masa. Oleh itu, for good membawa bermaksud pelaku akan pergi untuk selama-lamanya. • Kata kerja got bermaksud kata kerja yang digunakan untuk menceritakan perbuatan yang lampau. • Kata baru menunjukkan perbuatan kini dan bukan lampau. Oleh itu, unsur nahu dapat menunjukkan padanan perkataan yang digunakan tidak sesuai atau tidak tepat dari segi terjemahannya.
  • 16. 2) Tahu bahasa sasaran/ bahasa penerima dengan baik atau kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran) Contoh ayat Salah Betul I don’t know. I feel dead. Everything in the past is gone. Entahlah. Saya merasakan seakan-akan akan mati. Semuanya tekah hilang. entahlah,. Saya merasakan seakan-akan mati. Semuanya telah tiada lagi.
  • 17. • Kata kerja hilang dipadankan dengan gone. Kata gone menunjukkan semuanya tiada lagi. • Kenyataan ini diperkukuhkan dengan ayat yang sebelumnya, manakala hilang • diterjemahkan secara literal. Dalam konteks bahasa Melayu, kata ini membawa pengertian bahawa sesuatu yang hilang boleh dijumpa semula. Lebih sesuai kata ini dipadankan dengan : Semuanya tiada lagi.
  • 18. 3) Tahu subjek yang hendak diterjemahkan iaitu pengetahuan tentang bidang. • Individu yang tahu dua bahasa belum mencukupi menjadi penterjemah yang baik. • Penterjemah seeloknya tahu bidang yang hendak diterjemahkan pada peringkat asas.
  • 19. Contoh ayat Salah Betul Touching your heart Menyentuh jantung anda Menyentuh jiwa anda Where money lives Di mana wang Wang anda hidup cergas sentiasa
  • 20. • Dua contoh di atas merupakan iklan dan pastinya laras bahasa yang digunakan ialah laras bahasa iklan • Penterjemah yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang iklan supaya terjemahan yang dihasilkan sesuai dan tepat. Pemilihan kata antara jantung atau jiwa bergantung kepada kemahiran penterjemah mentafsir teks asal dan keperluan untuk khalayak. • Sama juga halnya dengan kata hidup dan cergas sentiasa. Terjemahan iklan mestilah memaparkan idea asal kerana iklan merupakan alat komunikasi yang membawa mesej kepada penggunanya. • Seseorang yang tidak biasa dengan laras iklan pasti akan melakukan kesalahan dalam menterjemah iklan tersebut.
  • 21. 4) Tahu teori dan proses terjemahan • Pengetahuan tentang teori dan proses penterjemahan akan memperlengkap lagi seseorang untuk menghasilkan terjemahan yang baik. • Penterjemah perlu tahu prinsip-prinsip terjemahan untuk terjemahan yang bermutu.
  • 22. Contoh Salah Betul With the Maybank esteem card. A card that entitles you to enjoy a range of benefits. Dengan Maybank Esteem Kad. Kad yang menyediakan anda pelbagai kemudahan yang menguntungkan. Kad Maybank Esteem menyediakan pelbagai kemudahan yang menguntungkan
  • 23. • teks sumber diterjemahkan melalui dua pendekatan, iaitu formal dan dinamik. • Seorang penterjemah yang mempunyai pengetahuan tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan dalam membezakan kedua-dua kaedah, dan memilih yang paling sesuai untuk teks tersebut dengan mengambil kira khalayak yang akan membacanya
  • 24. 5) Tahu latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran • Pengetahuan umum tentang subjek lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan tajuk terjemahan. • Norma dan nilai budaya sesuatu bangsa berbeza antara satu dengan yang lain. Contoh “Several summers ago…” Salah “Ketika musim bunga dua tiga tahun lalu…” Betul “Ketika musim panas dua tiga tahun lalu…”
  • 25. Ciri Utama Teori Terjemahan Empirisisme (mestilah dipuji) Determinisme (mestilah boleh diramal) Kehematan (mestilah mudah) Keumuman (mestilah tuntas)
  • 26. Syarat dan keutamaan teori terjemahan Tujuan teks • Penterjemah perlu setia kepada penulis teks asal • Sedar tujuan asal teks tersebut ditulis Tujuan terjemah • Penterjemah perlu kekuatan perasaan dan pujukan dalam teks asal beri kesan sama kepada pembaca Pembaca dan latar teks • Penterjemah perlu kaji pembaca, tahap pendidikan pembaca, latar sosial pembaca dll Mutu karya dan pertanggungjawaban teks • Penterjemah mesti anggap setiap perbezaan makna ditukis penulis mempunyai makna tersendiri lebih diuatamakan
  • 27. • Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspek-aspek bahasa, kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan terjemahan • Teori penterjemahan merupakan satu kaedah yang mendasari kerja-kerja penterjemahan • Teori ini menjadi panduan kepada penterjemah supaya mematuhi peraturan serta mengelakkan melakukan kesilapan dalam penterjemahan
  • 28. •Kaedah tradisional atau pinjaman •Kaedah peniruan •Kaedah penggantian
  • 29. • Kaedah penterjemahan lama menumpukan perhatian terhadap bentuk teks yang diterjemah. • Cuba mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti: – – – – Rima Rentak Bunga bahasa Ciri nahu • Memastikan bahan terjemahan menyerupai bentuk teks sumber.
  • 30. • Terjemahan baharu mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. • Sambutan pembaca teks penterjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber dan juga emosi yang dialaminya. • Kaedah penterjemahan boleh dikategorikan kepada dua iaitu : – Kaedah terjemahan formal – Kaedah terjemahan dinamik
  • 31. Kaedah Proses Terjemahan Formal • Kaedah tradisional atau pinjaman • Kaedah peniruan • Kaedah penggantian
  • 32. Kaedah tradisional atau pinjaman • Peminjaman berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontrak antara dua bahasa yang berbeza. (BM-BI : penjajahan) • Ditulis miring dalam teks dan diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi – Ad hoc, alibi, tort
  • 33. • Kata pinjaman tulen asimilasi lengkap kerana berlaku penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasi ke dalam budaya Melayu sehinga tidak terasa asing dengan lidah Melayu. – Basikal (BI) – Senapang (Belanda) – Pisau (Cina) – Kedai (Tamil) – Dakwah (Arab) – Cukai, pamer (Jawa) – Sekolah (Portugis)
  • 34. • Bloomfield (1933) membahagikan peminjaman kata kepada : – peminjaman budaya – berlaku apabila sempadan setiap komuniti bahasa perhubungan dengan sempada geografi dan politik – Peminjaman intimate - kedua-dua bahasa terlibat digunakan dalam domain politik yang sama – peminjaman dialek – lebih umum kerana angota masyarakat yang berbeza antara satu sama lain
  • 35. • Peminjaman berlaku dalam istilah budaya yang merangkumi organisasi sosial yang berbeza pada tahap dunia (budaya dunia Barat dan Timur) – Memoirs Of A Geisha (Kenang-Kenangan Seorang Geisha) • Penterjemah mengandaikan unsur dalam satu budaya atau bahasa itu sendiri bileh dikomunikasikan secara “borne across”.
  • 36. Kaedah peniruan • Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan. • Dua jenis peniruan : 1) Peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran 2) Peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran
  • 37. Peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran • • • • • Buffet service – servis bufet Green house – rumah hijau Social science – sains sosial Honey moon – bulan madu Over due – lebih masa Peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran • Miso soup – sup miso • Memoirs Of A Gesiha – Kenang-Kenangan seorang Geisha. • Prime minister - perdana menteri • Mini bus – bas mini
  • 38. Kaedah penggantian • Pemindahan warta daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran • Dalam penggantian, persamaan pada peringkat leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan. • Setiap kata dalam bahasa sumber dapat digantikan persamaannya dalam bahasa sasaran dan pada masa sama struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa peribahan besar.
  • 39. • Bagi teks berunsur sains, penggunaan istilah yang dipinjam daripada BI tetapi diubahsuai ikut ejaan Melayu – juga dikatakan penggantian. – I go to market = saya pergi ke pasar • Makanan yang menggunakan konsep budaya inggeris – “sweet rice cake” = lempeng pulut manis bukan kek pulut manis – “rice crackers” = keropok beras
  • 40. • Satu unsur komunikasi silang budaya berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni dalam persamaan konsep sesuatu budaya, terdapat perbezaan ciri walaupun kecil telah memberikan istilah yang berbeza. • Peminjaman konsep berlaku tetapi digantikan dengan istilah bahasa Melayu.
  • 41. KAEDAH TERJEMAHAN DINAMIK Kaedah transposisi Kaedah modulasi Kaedah persamaan Kaedah penyesuaian
  • 42. KAEDAH TRANSPOSISI • Transposisi = berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan. • Perlu ubah atau tukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. • Maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun ada pembaharuan dalam kaedah.
  • 43. Sebab kaedah transposisi perlu digunakan : • Menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja • Menjelaskan kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan.
  • 44. Jenis transposisi • Transposisi wajib – Cara terjemahan paling lazim dan bersahaja dalam bahasa sasaran. We thank you for your cooperation. Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih. After he returns. Selepas dia pulang Selepas kepulangannya Sekembalinya • Transposisi pilihan – Terdapat beberapa cara menterjemahnya dan tetap diterima
  • 45. Non-magic people (more commonly known as Muggles) (1) Manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih dikenali sebagai Muggle) (2) Were particularly afraid of (2) Sangat takut akan ilmu sihir (3) Magic in medieval times, (3) Pada zaman pertengahan, (1) But not very good at recognising it. (4) Tetapi tidak tahu-menahu langsung tentang ilmu itu • Kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat. • Unsur dinaim ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks asal
  • 46. KAEDAH MODULASI • Tujuan : menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. • Terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tidak berubah
  • 47. • Saturday night – malam minggu/Ahad • In either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch. – Dalam kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari kanji. • Harry Potter dan Bilik Rahsia. Perkataan “sorting hat” diterjemah kepada “topi pengisih” – Perubahan makna tidak begitu ketara tetapi perkataan “sorting” digantikan dengan mengisih dalam konteks penceritaan tidak memberikan kesan yang besar.
  • 48. KAEDAH PERSAMAAN • Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan bersahaja. • Persamaan bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa.
  • 49. • Umumnya, tiada dua perkataan yang benarbenar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. • Oleh hal yang demikian, penterjemahan menggunakan persamaan tepat dan paling dekat maknanya.
  • 50. • Persamaan terdekat – Race (sosiology) = ras – National = nasional, negara, kebangsaan • Persamaan bersahaja – Race = bangsa, puak, orang, kaum, keturunan – Big and small = kecil besar • Perbezaan budaya – Ouch! =aduh! – Go to hell = persetankan! Pergi jahanam! • Idiom dan tatabahasa – Live from hand to mouth = hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang – To kill two birds with one stone = sambil menyelam minum air
  • 51. • Nida (1964) : kenal pasti dua jenis persamaan : – Formal = tumpu kepada mesej dalam bentuk dan kandungan. – Dinamik = berasaskan kesan persamaan iaitu hubungan antara oenerima dan mesej bahasa sumber. • Barely alive = nyawa-nyawa ikan. Dalam teks asal tidak menyebut langsung tentang ikan namun dari segi maksud, terjemahan menggunakan kaedah tersebut telah menyampaikan mesej kepada pembaca.
  • 52. • Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak seharusnya mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan tidak mungkin wujud dalam dua versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apatah lagi bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  • 53. KAEDAH PENYESUAIAN • Kaedah ini menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi dan persamaan. Transposisi - kata sifar (ungkapan) Modulasi - perhatian (arahan) Persamaan - struktur berbeza
  • 54. • Kaedah paling banyak di gunakan kerana kebebasan menentukan gaya tersendiri bagi seseorang penterjemah. • Faktor pemilihan: – ringkas atau kompleks sesuatu teks – jenis atau fungsi teks (risalah, am atau teknikal) – bidang teks (sastera, agaman, sains atau teknikal) – peringkat teks (kanak-kanak, SR, SM atau pengajian tinggi)