Rp h bm asgmnt mac2012

  • 2,229 views
Uploaded on

bm

bm

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
2,229
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
129
Comments
1
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Dr. Faridah Bt. Nazir kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau membantu dari mula sehingga akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana kami banyak bertukar-tukar bahan rujukan, pendapat, dan kami membantu antara satu sama lain dalam menghasilkan kerja kursus ini. Kami belajar erti kerjasama dan berkongsi idea yang bernas dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik. Saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan seterusnya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang proses menyiapkan kerja kursus pendek ini. Semasa membuat tugasan ini saya banyak mendapat input baru tentang sukatan pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah melalui perbandingan antara kemahiran-kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca serta menulis di samping memperoleh pengetahuan baru untuk menyediakan rancangan pelajaran harian. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan dan juga merapatkan jurang komunikasi antara saya dengan pensyarah pembimbing. Akhir sekali, saya berharap tugasan yang telah saya sempurnakan ini mendapat tempat di hati pemeriksa. Melalui tugasan ini, dapat membantu saya untuk menjadi guru yang dapat menjana modal insan yang gemilang pada masa akan datang. Insyaallah. Sekian, terima kasih.
  • 2. 2 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul; ii. mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul; iii. mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat; iv. mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat; v. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul; vi. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; vii. bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan viii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
  • 3. 3 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Objektif Kemahiran Membaca Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul; ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul; iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul; iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul; v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul; vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan vii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.
  • 4. 4 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS Objektif Kemahiran Menulis Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; ii. menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas; iii. menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul; iv. menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas; v. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; vi. menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat; vii. mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan; viii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun; ix. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul; dan x. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
  • 5. 5 BANDING BEZA KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
  • 6. 6
  • 7. 7 BANDING BEZA KONSEP KEMAHIRAN MEMBACA
  • 8. 8
  • 9. 9 BANDING BEZA KONSEP KEMAHIRAN MENULIS
  • 10. 10
  • 11. 11 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan salah satu kemahiran yang menjadi unsur komunikasi yang tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran pertama dan utama yang harus dikuasai oleh murid-murid. Hal ini disebabkan oleh, seseorang itu dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu mengausai kemahiran mambaca dan menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Perkara ini disebabkan oleh seseorang itu telah dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Lebih menarik lagi, seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, semantik dan idiom bahasa, iaitu yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa ( Abdul Aziz Abdul Talib, 1993:65). Oleh yang demikian, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkap- melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis. Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran bertutur pula memberikan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama ketika murid-murid berada di sekolah rendah. Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah untuk mendengar. Oleh itu, murid-murid di sekolah rendah lagi perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya
  • 12. 12 mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. ( Yahya Othman, 2005:26). Penekanan terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan melalui kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea. Kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea turut mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan. Perkara ini disebabkan oleh, kemahiran mengeluarkan idea dan fikiran dengan menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang betul dalam penulisan, bermula dengan proses yang serupa dalam pertuturan terlebih dahulu. Sehubungan itu, Mohd Hilmy Haji Ismail, (1982:68-69) pernah menekankan akan peri pentingnya pengajaran dan kemahiran bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayudi sekolah rendah seperti berikut: Pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis......Gerak kerja lisan memang ada dilakukan guru pada setiap pelajaran bahasa. Namun demikian, ada juga guru yang melangkau aspek penting ini. Bagi memahami jadual kemahiran dan bertutur, penelitian terhadap perkara yang berada dalam jadual perlu dilihat dahulu. Parkara utama yang ada dalam jadual ialah standard kandungan dan standard pembelajaran. Dalam standard kandungan bagi kemahiran mendengar dan bertutur terdapat enam elemen utama yang perlu diberi perhatian oleh guru terhadap sistem penomboran tersebut. Dlam setiap satu elemen pula terdapat sub-sub elemen yang digelar standard pembelajaran menjadi panduan oleh guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian di sekolah. Berikut merupakan huraian bagi setiap elemen :
  • 13. 13 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran 1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul. 1.1.2 Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul. 1.1.3 Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan betul. Jadual merujuk standard kandungan 1.1 i. Bagi elemen pertama dinomborkan sebagai 1.1 dan standard kandungan yang terdapat pada elemen tersebut ialah asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran. Satandard pembelajaran sebanyak tiga sub dilabelkan sebagai 1.1.1, 1.1.2, dan 1.1.3, setiap penomboran yang dilabelkan mempunyai aktiviti tersendiri. Bagi standard pembelajaran bernombor 1.1.1 aktivitinya ialah mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul. 1.1.2 pula ialah mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul dan 1.1.3 melakukan aktiviti mendengar dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan betul.
  • 14. 14 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat. 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat. 1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat. 1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat. 1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat. 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat. Jadual merujuk standard kandungan 1.2
  • 15. 15 ii. Standard kandungan kedua dinomborkaqn sebagai 1.2 iaitu mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Standart pembelejaran pula dinomborkan sebagai 1.2.1, 1.2.2, 1.2.3, 1.2.4, 1.2.5, dan 1.2.6. Aktiviti mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat dinomborkan sebagai 1.2.1, 1.2.2 pula melakukan aktiviti mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat. Mendengar dan menyebut bunyi vocal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat merujuk nombor 1.2.3. Aktiviti mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat bernombor 1.2.4. bagi nombor 1.2.5 pula, aktiviti mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dia atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat. Aktiviti mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat adalah milik nombor 1.2.6.
  • 16. 16 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul. 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu. 1.3.3 Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yang betul. Jadual merujuk standard kandungan 1.3 iii. Perkara yang terdapat dalam standard kandungan bernombor 1.3 ialah mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. Penomboran yang terdapat dalam standard pembelajaran tersebut ialah 1.3.1, 1.3.2, dan 1.3.3. Kandungan pembelajaran yang terdapat dalam setiap penomboran tersebut ialah 1.3.1 aktiviti mendengar, memahami dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul. 1.3.2 malakukan aktiviti mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu. Bagi nombor 1.3.3 aktiviti mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yang betul.
  • 17. 17 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 1.4.1 Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila. 1.4.2 berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Jadual merujuk standard kandungan 1.4
  • 18. 18 iv. Standard kandungan yang terdapat pada nombor 1.4 ialah bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Antara standard pembelajaran yang ada ialah 1.4.1 bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila. 1.4.2 membuat aktiviti bebrbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.3 berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.aktiviti bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila pula bernombor 1..4.4. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal. Jadual merujuk standard kandungan 1.5
  • 19. 19 v. Nombor 1.5 dalam standard kandungan menyatakan tentang bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Standard pembelajaran menyatakan aktiviti yang perlu dilakukan mengikut penomboran. 1.5.1 aktiviti bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. 1.5.2 menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. Jadual merujuk standard kandungan 1.6
  • 20. 20 vi. Standard kandungan bernombor 1.6 menyatakan tentang perkara berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. 1.6.1 murid malakukan aktiviti berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.6.2, berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila dan 1.6.3 pula aktiviti berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. Diharap dengan huraian yang telah diterangkan dapat membantu guru dalam memahami sistem penomboran bagi aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Sekali gus dapat melicinkan proses pembinaan rancangan pengajaran harian.
  • 21. 21 KEMAHIRAN MEMBACA Membaca merupakan asas penting dalam pendidikan dan merupakan kunci kepada kejayaan seseorang. Membaca memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu dalam memenuhi keperluan, menimbulkan kesedaran dan membina perkembangan sosial. Melalui pembacaan, seseorang dapat membuka pemikiran mereka daripada ruang lingkup yang lebih besar, menimbulkan minat, citarasa dan pandangan terhadap orang lain. Membaca mempunyai hubungan yang paling rapat dengan pendidikan. Hal ini disokong oleh ahli falsafah yang menyatakan bahawa kejayaan Kemahiran membaca ialah kebolehan dan keupayaan memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Dengan kata lain, membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungan. Mengajarkan membaca beerti mengajarkan murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. Ini bermakna seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, hal yang demikian disebabkan memahami isi becaan adalah tujuan yang seiring dengan kelancaran membaca. Merujuk kepada huraian sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terbahagi kepada standard kandungan dan standard pembelajaran., dalam kemahiran membaca standard kandungan terbahagi kepada enam bahagian yang dinomborkan bermula 2.1 hingga 2.6. Setiap pecahan standard kandungan mengandungi pecahan untuk standard pembelajaran. Huraian bagi setiap standard kandungan beserta standard pembelajarannya, adalah seperti berikut:
  • 22. 22 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul 2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul. 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul. 2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul. Jadual merujuk standard kadungan 2.1 Berdasarkan standard kandungan 2.1 iaitu asas membaca sebutan yang betul dibahagikan kepada tiga pecahan standard pembelajaran. Pecahan pertama iaitu 2.1.1 ialtu melibatkan membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: 1. Murid ditunjukkan buah duku. 2. Murid juga ditunjukkan sebotol budu. 3. Guru bertanya beberapa soalan Contoh soalan: i. Ini Buah apa? ii. Bolehkah kamu makan buah ini? iii. Di mana kamu boleh dapat buah ini? (dengar respon murid) iv. Apakah yang ada dalam botol itu? (dengar respon murid) Guru mengeluarkan kad perkataan dan murid mengeja dengan sebutan yang betul
  • 23. 23 Pecahan kedua melibatkan 2.1.2 iaitu mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Arahan : Minta murid mengeja dan membatang suku kata terbuka. 1. Mengeja dan membatang suku kata terbuka ba be bi bo bu ja je ji jo ju ka ke ki ko ku Akhir sekali, pecahan 2.1.3 iaitu Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Arahan : Minta murid mengeja dan membatang suku kata tertutup. 1. Mengeja dan membatang suku kata tertutup dik nek mak pal pan yah tuk lah sel gam sel rak jam bar tas STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. 2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
  • 24. 24 digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. 2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Jadual merujuk standard kadungan 2.2 Berdasarkan standard kandungan 2.2 iaitu membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Pecahan pertama iaitu 2.2.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Pecahan kedua melibatkan 2.2.2 iaitu membaca dan memahami frasa yang mmengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Tema: Keluarga Tajuk: Saudara-mara Huda (Mari Berpantun) 1. Membaca perkataan yang terdapat dalam pantun 2. Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul. 3. Bercerita tentang anggota keluarga berdasarkan gambar. 4. Latihan – Melengkapkan pantun dengan perkataan yang sesuai Akhir sekali, pecahan 2.2.3 iaitu membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru memberi teks kepada murid-murid untuk dibaca dan memahami ayat tunggal dalam teks tersebut. Murid-murid juga mencari ayat tunggal yang terdapat dalam teks tersebut.
  • 25. 25 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.2 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. Jadual merujuk standard kadungan 2.3 Berdasarkan standard kandungan 2.3 iaitu membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Pecahan pertama iaitu 2.3.1 ialtu melibatkan membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru memberi teks kepada murid-murid untuk dibaca secara kuat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  • 26. 26 Akhir sekali, pecahan 2.3.2 iaitu membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Melalui teks yang sama, guru memberi teks kepada murid-murid untuk membaca ayat tunggal dan ayat majmuk secara kuat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Sebelum murid diminta membaca teks tersebut, guru meminta murid menyenaraikan terlebih dahulu ayat tunggal dan ayat majmuk.
  • 27. 27 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat. 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan. Jadual merujuk standard kadungan 2.4 Berdasarkan standard kandungan 2.4 iaitu membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. Pecahan pertama iaitu 2.4.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru memberi teks kepada murid-murid untuk dibaca dan difahami. Murid dikehendaki mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Contoh idea utama ialah: banjir akan memusnahkan banyak harta benda akan musnah, binatang ternakan dan tanaman akan mati.
  • 28. 28 Pecahan kedua melibatkan 2.4.2 iaitu membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Melalui teks yang sama, guru memberi teks kepada murid-murid untuk membuat klasifikasi dengan betul. Contohnya, mengelaskan akibat-akibat banjir mengikut urutan dalam teks yang diberikan. Akhir sekali, pecahan 2.4.3 iaitu membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Melalui teks yang sama juga, murid-murid dikehendaki membaca teks tersebut dan memahami segala maklumat yang tersurat dengan tepat. Segala maklumat tersurat hendaklah di tulis di atas kertas.
  • 29. 29 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul. 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul. 2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul. Jadual merujuk standard kadungan 2.5 Berdasarkan standard kandungan 2.5 iaitu membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Pecahan pertama iaitu 2.5.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru menunjukkan kad yang mempunyai baha bacaan. Murid diminta baca dan mencari maklumat. Selepad itu, murid dikehendaki mengumpul tentang maklumat penting. Ini baju baharu Abu Baju baharu ini biru Baju Abu ini ada butang Satu hari baju ini kena keju Abu beri pada ibu untuk cuci
  • 30. 30 Pecahan kedua melibatkan 2.5.2 iaitu membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Melalui kad ini, murid dikehendaki membaca, memahami dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mencari maklumat penting. Akhir sekali, pecahan 2.5.3 iaitu membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul. Selepas aktiviti 2.5.3 dijalankan, murid dikehendaki membuat peta minda berdasarkan maklumat penting yang dikumpul. Ini baju baharu Abu Baju baharu ini biru Baju Abu ini ada butang Satu hari baju ini kena keju Abu beri pada ibu untuk cuci
  • 31. 31 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. 2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata. 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan. Jadual merujuk standard kadungan 2.6 Berdasarkan standard kandungan 2.6 iaitu membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Pecahan pertama iaitu 2.6.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru memberikan lirik lagu kanak-kanak kepada murid-murid untuk menyanyi bersama-sama. Di samping itu, murid dikehendaki memahami lirik lagu tersebut serta memperkaya kosa kata. Baju baharu Abu Warna biru Ada butang Ibu cuci Kena keju
  • 32. 32 Lirik Lagu Tanya Sama Pokok -Lagu Kanak-Kanak Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan. Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang. Akhir sekali, pecahan 2.6.2 iaitu membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan. Aktivti nyanyian yang dilakukan pada pecahan 2.6.1 dilakukan untuk menambahkan pengetahuan murid.
  • 33. 33 KEMAHIRAN MENULIS Menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembac. Menurut pendapat Don Bryne (1979). menulis ialah simbol-simbol grafik yang yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi semasa bercakap. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar dan bertutur serta membaca. Justeru, pengajaran kemahiran menulis harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid- murid dapat menyampaikan idea dengan tepat, jelas dan berkesan. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai disebabkan penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan harian. Merujuk kepada huraian sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terbahagi kepada standard kandungan dan standard pembelajaran., dalam kemahiran menulis standard kandungan terbahagi kepada lapan bahagian yang dinomborkan bermula 3.1 hingga 3.8. Setiap pecahan standard kandungan mengandungi pecahan untuk standard pembelajaran. Huraian bagi setiap standard kandungan beserta standard pembelajarannya, adalah seperti berikut: STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Asas menulis dengan cara yang betul. 3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas. 3.1.2 Membentuk garisan yang menyerupai bentuk huruf dengan kemas dan jelas. Jadual merujuk standard kadungan 3.1
  • 34. 34 Berdasarkan standard kandungan 3.1 iaitu asas menulis dengan cara yang betul. Pecahan pertama iaitu 3.1.1 ialtu melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru melakukan peringkat Pramenulis kepada murid-murid: i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang. ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus. iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas. iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah dan bawah ke atas. v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung dan bulatan arah jarum jam. vi. Melukis garis condong. vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk. viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut. Contoh aktivi pramenulis seperti berikut: i. Latihan menulis dari kiri ke kanan. ii. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
  • 35. 35 iii. Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. iv. Latihan membentuk garis lurus. v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
  • 36. 36 vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Akhir sekali, pecahan 3.1.2 iaitu membentuk garisan yang menyerupai bentuk huruf dengan kemas dan jelas. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Selepas aktiviti 3.1.1, guru memberikan latihan kepada murid-murid untuk melakukan garisan yang menyerupai bentu huruf dengan kemas dan jelas.
  • 37. 37 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. 3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas. 3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 3.2.3 Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong , vokal bergading, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. 3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. 3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas. Jadual merujuk standard kadungan 3.2 Berdasarkan standard kandungan 3.2 iaitu menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Pecahan pertama iaitu 3.2.1 ialtu menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru menunjukkan huruf besar dan huruf kecil dan murid-murid dikehendaki menyalin semula huruf-huruf tersebut.
  • 38. 38 Pecahan kedua melibatkan 3.2.2 iaitu menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru menyediakan kad suku kata dan murid dikehendaki menyali semula suku kata terbuka tersebut. Ka + ki + kaki Da + du = dadu
  • 39. 39 Pecahan ketiga melibatkan 3.2.3 iaitu menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru menyediakan kad suku kata dan murid dikehendaki menyali semula suku kata terbuka tersebut. Pecahan keempat melibatkan 3.2.4 iaitu menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong , vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru menyediakan pantun kepada murid-murid. Melalui pantun tersebut terdapat diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan. Murid dikehendaki menyalin dan menulis semula pantun tersebut. Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Pecahan kelima melibatkan 3.2.5 iaitu menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: A + dik + adik Ne + nek + nenek
  • 40. 40 Melalui pantun yang diberikan oleh guru, murid-murid dikehendaki menulis perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung. Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Contoh perkataan dua suku kata: Hendak, masa Contoh diftong: Pantai, daik, baik Contoh konsonan bergabung: Teluk, hati Akhir sekali, pecahan 3.2.6 iaitu menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru memberikan ayat tunggal kepada murid-murid dan mereka dikehendaki menulis ayat tunggal tersebut dengan tulisan yang kemas.
  • 41. 41 Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini? Contoh: Di dalam almari tali leher ayah Di dalam almari (subjek), tali leher ayah (prediket) STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. 3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas 3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. 3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul. 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Jadual merujuk standard kadungan 3.3 Berdasarkan standard kandungan 3.3 iaitu membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Pecahan pertama iaitu 3.3.1 ialtu membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru memberikan kad suku kata terbuka dan meminta murid membina dan menulis suku kata tersebut dengan betul dan kemas. su + su = susu bu + bu = bubu
  • 42. 42 Pecahan kedua melibatkan 3.3.2 iaitu membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru menyediakan pantun kepada murid-murid. dikehendaki menyalin dan menulis diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan yang terdapat di dalamnya. Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Contoh diftong: Daik, baik Contoh vokal berganding: kancil, setiap Contoh konsonan: Teluk, bawah Pecahan ketiga melibatkan 3.3.3 iaitu membina dan menulis frasa dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru memberikan satu perkataan dan meminta murid menulis frasa dengan betul. Contohnya, perkataan “ kuda” Murid boleh membuat banyak frasa melalui perkataan yag diberikan. Contoh ayat ialah emak membeli seekor kuda untuk diberikan kepada pak cik.
  • 43. 43 Akhir sekali, pecahan 3.3.4 iaitu membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru memberikan teks kepada murid dan murid dikehendaki menulis ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam teks tersebut. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. 3.4.2 Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Jadual merujuk standard kadungan 3.4 Berdasarkan standard kandungan 3.4 iaitu menulis implak dengan tepat. Pecahan pertama iaitu 3.4.1 ialtu Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
  • 44. 44 Guru menyediakan gambar kepada murid dan meminta murid menulis suku kata berdasarkan gambar yang diberikan. Contoh: suku kata terbuka, Ke + re + ta = kereta Akhir sekali, pecahan 3.4.2 iaitu Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru memberika teks kepada murid. Murid menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Latihan implak hendaklah dibuat sekerapnya untuk mengukuhkan kemahiran menulis. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber. 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan daripada pelbagai sumber. Jadual merujuk standard kadungan 3.5 Berdasarkan standard kandungan 3.5 iaitu menulis implak dengan tepat. Pecahan pertama iaitu 3.5.1 ialtu Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru menyediakan kad suku kata kepada murid. Murid pula dikehendaki menulis semula suku kata tersebut dengan tepat.
  • 45. 45 Akhir sekali, pecahan 3.5.2 iaitu Mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan daripada pelbagai sumber. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru menyediakan kad suku kata kepada murid. Murid diminta mencatat maklumat dengan betul dan mengelaskannya dengan membina satu perkataan. Contoh: tembikai, baju, cedawan.
  • 46. 46 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun. 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun. Jadual merujuk standard kadungan 3.6 Berdasarkan standard kandungan 3.6 iaitu menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.. Pecahan pertama iaitu 3.6.1 ialtu Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru menyediakan pantun kanak-kanak kepada murid seterusnya meminta murid menulis pantun kanak-kanak seperti tersebut dengan menggunakan bahasa yang santun. Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji
  • 47. 47 Akhir sekali, pecahan 3.6.2 iaitu Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru menyediakan pantun yang sama seperti pecahan 3.6.2 dan meminta murid menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai. Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul. 3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul. 3.7.2 Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul. Jadual merujuk standard kadungan 3.7 Berdasarkan standard kandungan 3.7 iaitu Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul. Pecahan pertama iaitu 3.7.1 ialtu Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
  • 48. 48 Guru meminta murid menghasilkan penulisan yang berbentuk naratif secara terkawal dengan betul. Contoh penulisan tersebut ialah: Akhir sekali, pecahan 3.7.2 iaitu Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru meminta murid menghasilkan penulisan yang berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan. 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan. Jadual merujuk standard kadungan 3.8 Berdasarkan standard kandungan 3.8 iaitu mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Pecahan pertama iaitu 3.8.1 ialtu Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru menyediakan teks. Murid diminta mengedit dan memurnikan hasil penulisan agar penulisan kelihatan lebih menarik.
  • 49. 49 Akhir sekali, pecahan 3.8.2 iaitu Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah: Guru meminta murid menulis apa-apa bentuk ayat untuk menyampaikan maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun.
  • 50. 50 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA KBSR TAHUN 6 Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh : 28 Jun 2012 Masa : 9.15 - 10.15 pagi (60minit) Tahun : Enam Intelek Bil Murid : 30 orang Tema : Sejarah Tajuk : Kembara Sejarah Fokus Utama : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.. Aras 3 i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis. Fokus Sampingan : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah menarik dan bermakna.
  • 51. 51 Aras 3 i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan menarik Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir P&P murid-murid dapat : i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks. iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan Pengetahuan Sedia Ada : i. Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho. ii. Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun. Sistem Bahasa : i. Sebutan dan intonasi ii. Tatabahasa Kata penguat hadapan Kata penguat belakang
  • 52. 52 Pengisian Kurikulum Kemahiran Bernilai Tambah a) Kemahiran Generik : i. Kemahiran berfikir : Merumus Mengenal pasti idea utama Membanding beza ii. Kemahiran belajar iii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi b) Kecerdasan Pelbagai i. Interpersonal ii. Verbal-linguistik c) Strategi Pengajaran : i. Direktif ii. Mediatif Penekanan Konsep 5P a) Penggabungjalinan Kemahiran : i. Kemahiran mendengar dan bertutur ii. Kemahiran menulis b) Penyerapan : i. Ilmu : Sejarah ii. Nilai Murni :
  • 53. 53 Bekerjasama Hormat-menghormati Patriotisme Bahan Bantu Mengajar : LCD Komputer Riba Teks Video Lembaran Kerja
  • 54. 54 Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set induksi (5 minit) 1. 1. Guru berbual- bual dengan murid tentang perlabuhan negeri Melaka sebagai perlabuhan interpot. 2. 2. Guru Mempertontonkan video gambaran perlabuhan negeri Melaka. 1.1 Guru bertanyakan murid samaada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak. 1.2 Guru menceritakan tentaang keagungan dan kemasyuran Melaka pada suatu ketika dahulu. 1.3 Guru menceritakan lambakan pedagang dari negara asing dan Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca China Portugis Arab 1.4 Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut datang Laksamana Cheng Ho KBT : ICT KP - interpersonal Kontekstual Nilai : Patriotisme Ilmu : Sejarah Melayu Melaka Media : LCD Komputer riba Tayangan video Langkah 1 (10 minit) 1. Guru menggunakan teks dalam buku teks Bahasa Malaysia 1.1 Guru meminta seorang demi seorang murid membaca kuat teks Objektif : іі KBT :
  • 55. 55 Tahun 6 halaman 128 2. Murid menjawab secara lisan dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid. 1.2 Guru meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama. 1.3 Guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca. 1.4 Guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat. sangat amat paling 1.5 Guru meminta murid menyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan. Interpersonal Kemahiran belajar Nilai : Bekerjasama Berusaha Ilmu : Sejarah Media : Buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Langkah 2 10 minit 1. Murid secara berkumpulan menyenaraikan perwatakan 1.1 Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru memberi kertas sebak kepada Objektif : і dan іі KBT : Kemahiran
  • 56. 56 laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut. 2.Secara berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan Laksamana Cheng Ho setiap kumpulan. 1.2 Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh Laksamana Cheng Ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka. 1.3 Guru meminta murid- murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks 1.4 Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas berfikir Nilai : Bekerjasama Hormat- menghormati Ilmu : Sejarah Media : Lembaran kerja Kertas sebak Langkah 3 (20 minit) 1. Membina 3 rangkap pantun bertemakan pelayaran laksaman Cheng 1.1 Guru meminta murid dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun bertemakan Objektif : ііі KBT : Kemahiran
  • 57. 57 Ho laksamana cheng ho di atas kertas warna yang disediakan. 1.2 Pantun hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan berangkai 1.3 Guru menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya. berfikir Nilai : Berkerjasama Patriotisme Ilmu : Bahasa Malaysia Sejarah Media : Kertas warna Pensel warna Penutup (5 minit) 1. Ulasan guru 1.1 Guru mengulas semula tajuk pengajaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah negara yang memperkukuh lagi negara tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa. 1.2 Guru menjelaskan bahawa negara Malaysia mempunyai KBT : Interpersonal Kemahiran berfikir Nilai : Berkerjasama Ilmu : Sejarah
  • 58. 58 khazanah yang berharga dan murid- murid bertanggungjawab menjaga khazanah negara dari di cerobohi. 1.3 Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesama sendiri dan mengamalkan sikap bekerjasama. 1.4 Guru memupuk semangat dalam diri murid-murid untuk melawat negara asing agar bertambah ilmu di dada.
  • 59. 59 REFLEKSI Saya, Ili Izdihar Binti Mohamad dari unit PSV/ PJ/ BM semester 3 ambilan Januari 2011. Pertamanya saya ingin menyatakan rasa kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan limpah-Nya, saya berkesempatan menyiapkan tugasan kerja kursus iaitu Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BBM 3101) ini. Tugasan ini diberikan tempoh selama beberapa minggu untuk disiapkan. Saya menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan mencari bahan dalam internet dan juga melalui pembacaan di perpustakaan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa kesulitan seperti kesukaran memahami kehendak soalan tugasan. Namun begitu, setelah berbincang dan berkolaborasi bersama pensyarah pembimbing dan rakan-rakan, barulah sedikit demi sedikit saya faham akan tugasan tersebut. Walaupun begitu, saya juga mengalami masalah dalam mendapatkan sumber maklumat dan bahan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya kesulitan dalam mendapatkan jurnal yang tepat. Saya dan rakan-rakan kumpulan sukar membuat pemilihan terhadap jurnal pendidikan kerana tidak pasti akan kesahihan kandungannya sama ada bertepatan dengan kehendak soalan ataupun tidak. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan merujuk pensyarah kami iaitu Dr. Faridah Bt. Nazir dan akhirnya kami memperoleh kepastian dan kesahihan terhadap keraguan kami. Di samping itu, saya juga berhadapan dengan kesulitan untuk memahami jurnal pendidikan yang telah dipilih. Hal ini kerana laras bahasa yang terdapat dalam jurnal tersebut agak tinggi dan setiap ayatnya perlu diteliti secara terperinci untuk memahami kandungannya. Secara tidak langsung, proses pemahaman teks dan kandungannya mengambil masa yang agak lama kerana setiap jurnal mempunyai ketebalan yang berbeza. Oleh itu, saya dan rakan-rakan kumpulan bersama-sama bertukar-tukar pendapat, menyatakan pandangan masing-masing terhadap jurnal yang dibaca. Selain itu, saya juga tidak fasih tentang format Rancangan Pengajaran Harian (rph) KBSR. Oleh itu, saya perlu memahami dan mempelajarinya terlebih dahulu berdasarkan buku dan mendapatkannya daripada sumber internet tentang format rph KBSR yang betul. Selain itu, saya juga kerap mengalami masalah dari segi sambungan internet lebih-lebih lagi ketika berada di rumah kerana rumah saya terletak dalam kawasan perkampungan. Saya terpaksa pergi ke bandar jika ingin mencari maklumat
  • 60. 60 berkaitan tugasan ini. Walaupun sukar, tetapi saya berpuas hati kerana saya dapat mencari maklumat yang menepati kehendak tugasan. Saya amat berterima kasih kepada Dr. Faridah kerana beliau telah banyak membantu saya dengan menerangkan tugasan tersebut secara satu persatu sehingga saya dan rakan-rakan benar-benar faham. Walaupun kami kerap bertanya kepada beliau, namun beliau tetap menerangkan kepada saya dan rakan-rakan dengan baik sehingga kami benar-benar faham dan beliau tidak sedikit pun marah terhadap pertanyaan yang diutarakan. Malah beliau lebih bersemangat dalam memberikan penerangan untuk memastikan saya dan rakan-rakan benar-benar faham akan kehendak tugasan kami untuk semester ini. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana beliau sanggup bertolak ansur dengan saya dan rakan-rakan yang lewat menghantar tugasan. Sesungguhnya, tanpa pertolongan dan bantuan daripada Dr. Faridah, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan malah mungkin sehingga hari ini saya masih gagal untuk memahami kehendak dan kriteria yang diperlukan terhadap tugasan ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan menyampaikan sekalung penghargaan buat rakan-rakan yang turut sama menyumbang dengan menerangkan sedikit sebanyak tentang tugasan ini. Mereka tidak lokek meluangkan masa untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada saya tentang masalah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan yang diberikan kepada kami untuk semester ini adalah menyediakan folio dan berkolaborasi bersama rakan-rakan yang membentuk kumpulan dan hendaklah membuat banding beza terhadap konsep- konsep, membuat tafsiran terhadap penomboran kemahiran dan penghuraian hasil pembelajaran untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, saya dan rakan-rakan hendaklah mendapatkan satu jurnal pendidikan, kami dikehendaki membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk keempat-empat kemahiran bahasa tersebut berdasarkan jurnal yang telah dipilih. Manakala, secara individu, saya dan rakan-rakan dikehendaki menulis satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan tepat dengan menjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa yang dipilih.
  • 61. 61 Sepanjang saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini, pelbagai nilai-nilai yang kami pelajari. Pertamanya ialah ketekunan dan kesungguhan terhadap usaha mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan tentang tugasan ini. Selain itu, nilai kesabaran juga jelas kelihatan apabila saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus mendapatkan jurnal pendidikan yang bersesuaian dan mudah difahami. Di samping itu, kesabaran juga dapat dilihat semasa mencari contoh-contoh rph yang tepat dan betul dari segi format rph KBSR yang ditetapkan. Tidak dinafikan bahawa pada awalnya, agak sukar untuk membezakan format rph kerana saya mengalami kekeliruan antara format rph KBSR dengan rph KSSR. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana saya akhirnya dapat menyiapkan folio Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kebaikan dan manfaat yang saya peroleh dengan menyiapkan tugasan ini adalah mendapat pengetahuan tentang cara-cara menyediakan rph yang baik di sekolah kelak dan juga menggalakkan saya supaya rajin membaca bahan-bahan yang berunsur ilmiah seperti jurnal pendidikan. Di samping itu, tugasan pada semester ini sedikit sebanyak mengajar saya supaya sentiasa menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan pada awal waktu supaya dapat menghantarnya tepat pada tarikh yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, saya sekali lagi ingin meluahkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berdoa supaya tugasan saya diterima oleh pensyarah dan menepati kehendak beliau. Walaubagaimanapun, setiap kritikan atau komen pensyarah terhadap tugasan ini, saya terima dengan hati yang terbuka demi membentuk sikap tanggungjawab dan nilai-nilai positif dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Sekian, terima kasih. Yang benar, _________________________ (ILI IZDIHAR BINTI MOHAMAD) 910628-11-5106 PSV/PJ/BM PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2011
  • 62. 62 RUJUKAN a) Melalui pembacaan ilmiah : i. (1995). Jurnal Melewar , 16-23. Yassin, S. H. (2010). Jurnal Semarak Bahasa, Jilid 3 , 44-64. ii. Maimunah Samat dan Radiah Nordin (1992). Kemahiran Bertutur. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. iii. Siti Hajar Abdul Aziz (1999). Aktiviti Lisan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. iv. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. b) Melalui sumber internet : i. http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/kemahiran-lisan.html ii. http://www.slideshare.net/emirahman/bmm-3104-kemahiran- mendengar-dan-bertutur iii. http://bakriahdus.blogspot.com/2012/04/contoh-rph-pengajaran- penulisan-bm.html iv. http://www.slideshare.net/cikgupaklong/contoh-rancangan-harian- bahasa-melayu-tahun-5