SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
1.0 .PENGENALAN
Tumbangnya Kerajaan Melaka di tanganPortugis pada tanggal 24 Ogos 1511 tidak
menandakan berakhirnya pemerintahan agung Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolaknya,
Johor dikatakan memainkan peranan penting sebagai penyambung warisan Kesultanan
Melayu Melaka kerana Sulltan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 1 dikatakan telah
melarikan diri ke Johor dan membina kerajaannya yang berpusat di Pagoh setelah Melaka
jatuh ke tangan Portugis.1
Sultan Alauddin Riayat Shah II pula merupakan raja pertama yang
membuka Johor Lama pada tahun 1530. Raja-raja yang berketurunan Kesultanan Melayu
Melaka dilihat begitu gah menerajui tampuk pemerintahan Johor walaupun terpaksa
berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada negara luar seperti Portugis di Melaka dan
juga Kerajaan Acheh. Persaingan dari aspek perdagangan, perluasan kuasa terhadap negeri-
negeri vassal dan penyebaran agama dilihat menjadi faktor utama yang membawa kepada
persaingan antara Kerajaan Johor, Melaka dan Acheh.
Realitinya,walaupun Kerajaan Johor dilihat telah menerima tekanan yang hebat
daripada Kerajaan Acheh dan Portugis di Melaka namun kedaulatan Kerajaan johor dibawah
pentadbiran Raja-raja berketurunan Kesultanan Melayu Melaka masih mampu dipertahankan .
Kedaulatan ini dapat dipertahankan sehinggalah pemerintahan Raja terakhir daripada
Keturunan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 2 pada tahun 1699 yang
telah mangkat dijulang. Peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud 2 ini dilihat telah membawa
satu lembaran baru terhadap pensejarahan Negeri Johor yang dicatatkan kronologi
peristiwanya secara lengkap oleh Raja Ali Haji melalui penghasilan karya beliau yang agung
iaitu Tuhfat An-Nafis.2
1
Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5.
2
Raja Ahmad . 1982. Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 44.
2
“Sumpah!Anak Bentan jika menjejak Kota Tinggi kelak muntah darah”, kata-kata
tersebut merupakansumpahan terakhir Sultan Mahmud Syah 2 terhadap Laksamana Bentan
sebelum baginda mangkat dijulang.3
Perihal tragedi ini telah diceritakan secara berterusan,
dari satu generasi ke satu generasi berikutnyasehinggalah ke hari ini. Realitinya, peristiwa ini
bukanlah sekadar sebuah cerita rakyat yang digarap bertujuaan sekadar hiburan kosong
semata-mata namun kisah ini adalah sebuah peristiwa hakiki yang sememangnya telah diakui
kesahihannya oleh para sejarawan luar dan tempatan.
Hakikatnya, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 bukanlah sekadar suatu
peristiwa biasa kerana melalui penganalisaan rapi yang telah dilakukan, saya mendapati
bahawa peristiwa ini telah membawa suatu perubahan besar tehadap pensejarahan Tanah
Melayu amnya,dan pensejarahan Negeri Johor khasnya.Bertunjangkan daripada peristiwa
inilah, dikatakan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah bertukar tangan daripada
pemerintahan raja yang berdarah Kesultanan Melayu Melaka kepada raja yang berketurunan
bendahara.4
Saya akan merungkaikan peristiwa ini dengan lebih mendalam melalui esei ini
dengan memperincikan aspek kajian saya terhadap asal usul Sultan Mahmud 2, faktor-faktor
pembunuhan Sultan Mahmud 2, respon penduduk sekitar dan orang luar berkaitan peristiwa
pembunuhan ini, impak pembunuhan Sultan Mahmud 2, pengambilalihan tampuk
pemerintahan Negeri Johor oleh golongan Bendahara Johor dan penulisan ini juga akan
memperlihatkan adakah golongan bendahara ini mampu mengekalkan kestabilan politik di
Negeri Johor sewaktu pemerintahannya yang bermula pada tahun 1699.
3
Sembilan Nafas Cottage Production .2011.Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.(Dokumentari) ,Retrieved From :
http://www.youtube.com/watch?v=ZySGwlTWqA8.
4
Leonard Y Andaya .1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj), hlm.250.
3
2.0 ISI PERBINCANGAN
2.1Asal usul Sultan Mahmud Syah 2
Sultan Mahmud Syah 2 atau lebih dikenali sebagai Almarhum Mangkat Dijulang
merupakanmerupakan Sultan Johor yang ke-10.Baginda merupakan keturunan terakhir Raja
Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor
Lama pada tahun 1530.5
Baginda telah diangkat menjadi sultanseawal usia 10 tahun bagi
mengantikan ayahandanya Sultan Ibrahim Syahpada bulan Febuari tahun 1685 setelah
kemangkatan ayahandanya akibat diracun oleh bonda Sultan Mahmud 2 sendiri yang
merupakan anak kepada Paduka Raja Abdul Jamil. Walaupun pada dasarnya Sultan Mahmud
Syah 2 dilantik menjadi Sultan Johor yang sah tetapi disebabkan usianya yang terlalu mentah
untuk menerajui kerajaan maka bonda bagindalah yang memangku kerajaan, namun individu
yang sebenarnya menguasai tampuk pentadbiran Kerajaan Johor tatkala itu Paduka Raja
Abdul Jamil.Disebabkan sikap Paduka Raja Abdul Jamil yang dikatakan lebih sudu daripada
kuah mengakibatkan beliau dimusuhi oleh para pembesar Johor terutamanya Bendahara Seri
Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Rentetan daripada permusuhan itu, akhirnya pada tahun
1688 Sultan Mahmud Syah 2 telah diangkat untuk menerajui pentadbiran negeri secara
mutlak setelah Bendahara Seri Maharaja berjaya mengusirPaduka Raja Abdul Jamil dari
Negeri Johor. Sultan Mahmud 2 menjalankan urusan pemerintahan negeri dengan bantuan
daripada Bendahara Seri Maharajayang mahir tentang selok belok pentadbiran Negeri Johor
dan hal ehwal luar kerajaan.
Sejak dari usia remaja hinggalah menginjak dewasa Sultan Mahmud Syah 2 digambarkan
sebagai seorang raja yang mempunyai perilaku ganjil dan sangatlah bengis sikapnya.
Alexander Hamilton, seorang pedagang British yang berkunjung ke Johor Lama pada tahun
5
Leonard Y Andaya . 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 186.
4
1695 dalam karyanya,A New Account Of The East Indies-Eddinburgh 1727 telah
mengambarkan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 sebagai seorang pemerintah yang bengis,
cepat marah, membuat keputusan secara terburu-buru, zalim, mudah murka kepada sesiapa
yang cuba menentangnya.Kekejaman baginda digambarkan oleh Alexander Hamilton melalui
peristiwa pembunuhan seorang hamba yang tidak berdosa oleh baginda Sultan Mahmud 2.
Diriwayatkan bahawa baginda telah dihadiahkan sepucuk pistol oleh Kapten Hamilton dan
untuk melihat sejauh mana peluru pistol tersebut mampu menembusi daging manusia baginda
tanpa sifat keperikemanusiaan terus menembak mati hambanya .6
Selain itu, kapten ini juga
ada menyatakan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 juga tertarik melihat lelaki-lelaki
cantik.Dalam suatu peristiwa, baginda mengarahkan kapten tersebut untuk persembahkan
kepada baginda anak-anak kapal yang kacak untuk dijadikan hamba pemuas nafsu
songsangnya.
Setelah memerintah Kerajaan Johor selama empat belas tahun, akhirnya pada hari Jumaat
Bulan Ogos tahun 1699 telah terjadinya suatu peristiwa bersejarah di Negeri Johor iaitu
berlakunya pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 di kota Tinggi. Kemangkatan Sultan
Mahmud 2 dikaitkan dengan kekejaman dan kebengisan baginda yang akhirnya memakan
diri baginda sendiri.Titik tolaknya, dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah 2, maka
terputuslah salsilah Raja Johor dari Keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang menerajui
tahta Kerajaan Johor. Dalam Hikayat Tuhfat An-Nafis, Raja Ali Haji ada memperihalkan
bahawa Sultan Mahmud Syah 2 tidak mempunyai zuriat kerana baginda sultan telah
beristerikan seorang peri yang berketurunan jin sehinggakan baginda tidak bersendudukan
dengan isteri-isterinya yang lain.7
6
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1984. Sejarah Malaysia , Kuala Lumpur:
Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd, Hlm. 63.
7
Kamarudin Ab. Razak . (1998). Peninggalan Sejarah di Pesisiran Sungai Johor. Selangor: Percetakan Asni Sdn.
Bhd, hlm. 55.
5
2.2 Kronologi pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2
“Kerana seulas nangka, nyawa rakyatnya jadi taruhan”, cerita berkaitan dengan
peristiwa seulas nangka seringkali menjadibuah mulut dan bualan masyarakat setempat
sekitar tahun 1700-an yang menceritakan tentang kekejaman tindakan Sultan Mahmud Syah
2 yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembunuhan baginda yang penuh tragik.
Berdasarkan „Hikayat Siak‟, pengarang menyatakan bahawa punca utama pembunuhan
Sultan Mahmud Syah 2 adalah disebabkan oleh peristiwa seulas nangka. Serangan lanun di
hulu sungai Johor menyebabkan berlakunya gangguan terhadap ekonomi Johor disebabkan
para pedagang takut untuk datang dan singgah di Johor.Rentetan daripada peristiwa itu,
Sultan Mahmud Syah 2 telah mengarahkan Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai
Laksamana Bentan yangmerupakan Laksamana Johor tatkala itu untuk menggalas tugasan
dan tanggungjawabnya bagi menghapuskan serangan lanun-lanun tersebut.
Sepeninggalan Laksamana Bentan, isterinya iaitu Dang Anum yang mengandungkan
anak sulung tatkala itu dikatakan mengidam dan menginginkan seulas nangka , puas orang
suruhannya Awangmencari nangka yang diinginkan di sekitar pelusuk kampung, namun tiada
langsung ditemuinya.8
Secara kebetulan pada ketika itu seorang hulubalang dalam perjalanan
ke istana untuk mempersembahkan nangka sulung milik Sultan Mahmud 2 kepada baginda
melalui hadapan rumah Dang anum, Dang Anum yang sememangnya mengindamkan nangka
telah merayu agar hulubalang istana sudi memberikan kepadanya seulas nangka. Hulubalang
istana yang kasihankan Dang Anum memberikannya seulas nangka dan meminta agar Dang
Anum merahsiakan perkara ini kerana bimbang akan mendatangkan kemurkaan
baginda.Setibanya hulubalang tersebut di istana beliau telah mempersembahkan nangka
tersebut kepada Sultan Mahmud Syah 2 dan baginda sultan menjadi murka apabila mendapati
buah nangka tersebut telah ditebuk. Walaupun hulubalang istana telah menceritakan segala-
8
Muhammad Yusof Hashim (peny) .1992 .Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.107.
6
galanya kepada baginda sultan untuk menagih simpati baginda dan para pembesar turut
menasihati baginda agar mengampunkan Dang Anum namun Sultan Mahmud tetap bertekad
untuk menghukum Dang Anum kerana menganggap bahawa Dang Anum telah merendahkan
martabat baginda dengan memberi sisa buah tersebut kepada baginda.9
Akhirnya tanpa
sebarang rasa bersalah dan perikemanusiaan baginda telah menitahkan Tun Seri Bija Wangsa
agar membelah perut Dang Anum bagi melihat adakah benar dakwaan Dang Anum bahawa
anak di dalam perutnya yang mengidamkan buah nangka. Alangkah terkejutnya baginda
sultan apabila melihat bayi di dalam perutDang Anum yang sedang menjamah nangka
tersebut. Disebabkan bimbang reaksi Laksama Bentan kelak, baginda sultan telah
mengarahkan agar peristiwa pembunuhan Dang Anum dirahsiakan daripada pengetahuan
Laksamana Megat Seri Rama.
Konflik diantara Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Syah 2 bermula apabila
sekembalinya Laksamana Bentan daripada medan perang beliau telah dikhabarkan dengan
berita tentang kematian isterinya yang dibunuh dengan kejam oleh Sultan Mahmud Syah 2.
Tindakan Sultan Mahmud telah mengundang kemarahan Laksamana Bentan lalu beliau
merencanakankan suatu komplot pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2. 10
Beliau telah
menemui Bendahara Abdul Jalil dan menyatakan hasratnya untuk membunuh Sultan kepada
bendahara,beliau turut mengajak bendahara untuk menggulingkan sultan yang zalim tersebut
dan menyatakan bahawa pada ketika itulah masa yang sesuai untuk generasi bendahara
mengambil alih tampuk pemerintahan Johor.Akhirnya setelah berunding dengan kaum
kerabat beliau Bendahara Abdul Jalil bersetuju untuk berkomplot memjatuhkan Sultan
Mahmud Syah 2.Rancangan pertama yang dibuat adalah dengan membunuh Tun Seri Bija
9
R.O Winstedt 1979. A History Of Johore , Kuala Lumpur : Printing Words Sdn. Bhd, hlm. 45.
10
Tun Suzana Tun Hj. Othman . 2002. Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang: Dinasti Bendahara
Johor-Pahang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise, hlm. 32.
7
Wangsa kerana beliau merupakan orang kuat sultan.11
Pada tanggal 24 Ogos 1699 pada hari
Jumaat sewaktu Sultan Mahmud Syah 2 dijulang untuk solat jumaat akhirnya tamatlah
riwayat baginda akibat ditikam oleh Laksamana Bentan. Walaubagaimanapun, pada masa
yang sama sultan yang berada dalam kesakitan sempat melemparkan semula keris mengenai
ibu jari kaki Laksamana Bentan dan beliau telah meninggal dunia pada ketika itu juga kerana
muntah darah akibat terkena tulah sultan. Sultan Mahmud Syah 2 dimakamkan di Kampung
Makam di Kota Tinggi manakala Laksamana Bentan dan isterinya dimakamkan di Kampung
Kelantan di atas tanah yang dikurniakan oleh Sultan atas jasa dan budinya.
2.3 Reaksi pelbagai pihak terhadap peristiwapembunuhan Sultan Mahmud Syah 2
dan impaknya kepada kedaulatan Negeri Johor
Ironinya, berita tentang pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 begitu cepat tersebar ke
sekitar buana sehinggakan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat tempatan dan
juga masyarakat luar.Reaksi yang berbeza ini jelas menunjukkan perbezaan pernilaian dalam
kalangan masyarakat terhadap peristiwa berdarah ini.
Peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 telah memperlihatkan kepada kita
bagaimana berlakunnya perpecahan nyata dalam kalangan para pembesar dan juga rakyat
Negeri Johor sendiri. Perpecahan Ini berlaku kerana perbezaan ideologi antara mereka
apabila para pembesar dan rakyat negeri ini melihat bahawa pengambilalihan tahta kerajaan
Negeri Johor oleh Dinasti bendahara dari dua sudut pandangan yang tidak sama. Perbalahan
timbul kerana adanya golongan yang menyokong dan menentang pengambilalihan tahta
tersebut.Bagi golongan yang menyokong mereka menganggapbahawa Sultan Mahmud
merupakan seorang sultan yang zalim dan selayaknya baginda digulingkan daripada
tahta.Selain daripada itu, mereka juga menganggap bahawa pentadbiran Johor akan lebih
11
Buyong Bin adil .1980. Sejarah Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.
8
maju di bawah pentadbiran bendahara kerana bendahara merupakan individu yang paling
mengetahui hal urusan pentadbiran kerajaan.12
Sekelompok yang lain pula tidak bersetuju
dengan perlantikan bendahara sebagai sultan kerana bagi mereka bendahara bukanlah
berketurunan darah diraja dan sebuah negeri tidak boleh dipimpin oleh seseorang yang tidak
berdarah raja. Kelompok penduduk ini sangat mementingkan konsep daulat, derhaka dan
tulah. Secara tidak langsung, pergolakan demi pergolakan telah berlaku dalam pentadbiran
Johor menyebabkan institusi kerajaan Johor menjadi goyah dan lemah.Keadaan di Negeri
Johor yang kucar kacir pada ketika itu telah membuka peluang kepada pihak luar yang
memandang hal ini sebagai suatu peluang keemasan dan telah merangka strategi politik untuk
turut campur tangan dalam hal ehwal Negeri Johor.
Keadaan ini ternyata berbeza dengan penerimaan orang laut yang menghuni sekitar
persisiran laut Negeri Johor dimana hampir keseluruhan daripada mereka telah menentang
keras penabalan Bendahara Abdul Jalil sebagai Sultan Johor. Umum mengetahui bahawa
orang laut merupakan golongan yang sangat mengagungkan sultan dan berpegang teguh pada
konsep daulat dan derhaka, maka tidak hairanlah mereka menentang penabalan bendahara
sebagai Sultan Johor yang ke-11 kerana bendahara tidak berdarah diraja. Selain itu, golongan
ini turut menolak penabalan bendahara kerana menganggap bahawa bendaharalah yang
menjadi dalang utama dalam merencanakan pembunuhan Sultan Mahmud 2 dan Tun Seri
Bija Wangsa iaitu seorang pembesar dari kalangan orang laut. Kematian Tun Seri Bija
Wangsa sedikit sebanyak menggugat kedudukan orang laut di perairan Johor.Impaknya,
rentetan daripada hal ini, orang laut telah berpindah dari Perairan Johor dan berpaling arah
ketaatannya.Orang laut dikatakan telah berpindah ke negeri-negeri lain di sekitar Johor
seperti Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan sebagainya.Perpindahan ini telah memberi impak
negatif terhadap sistem pertahanan Kerajaan Johor.Hal ini berlaku berikutan hilangnya
12
Leonard Y Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 186.
9
kekuatan orang laut yang selama ini berperanan menjaga perairan Johor daripada kemasukan
kuasa luar dan ancaman lanun-lanun.
Kerajaan Johor sewaktu dibawah pemerintahan Sultan dari keturunan Kesultanan
Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan disegani oleh kerajaan-
kerajaan lain di sekitar Tanah Melayu tatkala itu. Pada ketika itu juga, kerajaan Johor
dikatakan mempunyai beberapa negeri vassal atau dalam erti kata lain negeri-negeri jajahan
seperti Terengganu, Kelantan, Pahang dan lain-lain. Seusai kes pembunuhan Sultan Mahmud
Syah 2, telah berlakunya konflik dalam memilih pengganti sultan dan menyebabkan negeri-
negeri Vassal ini menarik diri daripada menjadi wilayah naungan Johor.Hal ini demikian
kerana, mereka berpandangan bahawa ufti tidak perlu dihantar lagi kerana sultan yang ditabal
sekarang bukanlah berketurunan raja dan Kerajaan Johor dilihat bagaikan telah hilang
daulatnya. 13
Tindakan negeri-negeri vassal yang membebaskan diri daripada cengkaman
Kerajaan Johor telah mengakibatkan sumber pendapatan luarKerajaan Johor telah
berkurangan kerana tiada lagi ufti-ufti daripada negeri-negeri vassal.Disebabkan terlalu
menumpukan perhatian terhadap perebutan tahta kerajaan maka pihak pemerintah Kerajaan
Johor hanya membiarkan sahaja negeri-negeri vassal ini bebas.14
Peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 juga dilihat telah memberi impak
terhadap Institusi Kesultanan Melayu Melaka. Umum mengetahui, bahawa Johor telah
meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka melalui perlantikan para pemerintahnya,
namun kemangkataan Sultan Mahmud Syah 2 telah menamatkan keturunan Kesultanan
Melayu Melaka. Hal ini secara tindak langsung telah memalapkan lagi harapan Kerajaan
Melaka untuk kembali sama seperti zaman kegemilangannya dahulu. Kejatuhan institusi
beraja di Negeri Johor turut sama menarik kejatuhan kuasa politik Orang Melayu di Melaka.
13
Raja Ahmad .1982. Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 94.
14
Dato’ Haji Mohd Sa’id Bin Haji Sulaiman . 1895. Hikayat Johor. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 72.
10
2.4 Kemunculan Dinasti Bendahara
Setelah kemangkataan Sultan Mahmud Syah 2 di tangan Laksamana Bentan, Kerajaan
Johor berada dalam keadaan ketiadaan Sultan untuk mengepalai pentadbiran negeri kerana
almarhum baginda Sultan Mahmud 2 tidak meninggalkan seorangpun waris untuk
menggantikan baginda.15
Setelah mengadakan perbincangan sesama sendiri dalam kalangan
para pembesar Kerajaan Negeri Johor akhirnya tanggal 4 September tahun 1699 para
pembesar sebulat suara berlandaskan suara majoriti berkenan untuk melantik Bendahara
Paduka Raja Abdul Jalil sebagai Sultan Johor yang ke-11dengan gelaran Sultan Abd Jalil
Riayat Syah 4. Kemunculan Dinasti Bendahara di Negeri Johor ini pada tahun 1699
menandakan bahawa telah berlakunya perubahan penting terhadap pensejarahan Negeri Johor
pada ketika itu.Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Sultan dalam kalangan pembesar-
pembesar lain kerana beliau mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang tinggi dalam soal
pentadbiran negeri Johor.16
Hal ini demikian kerana, pentadbiran dan urusan diplomatik
dalaman dan luaran Johor dikendalikan oleh bendahara mengikut persetujuan sultan dan
sultan hanya menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan sesebuah jajahannya sahaja tatkala
pemerintahan sultan-sultan yang berdarah raja sebelum ini.
Tatkala menaiki tahta, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4telah mengambil suatu
pendekatan yang bijak untuk mengukuhkan kedudukan baginda denganmelantik
kebanyakkan ahli keluarganya untuk menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran
Kerajaan Johor bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran seperti jawatan laksamana,
temenggung, penghulu bendahari dan lain-lain jawatan lagi . Seperkara lagi, kemunculan
dinasti Bendahara di Johor juga telah membawa penambahan jawatan dalam Institusi
15
Prof. Muhammad Yamin. 1975. Tata Negara Majapahit,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 112.
16
Shahrom Bin Hussain .1943. Tawarikh Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.
11
Kerajaan Johor iaitu Jawatan Yamtuan Muda.17
Hakikatnya, pentadbiran yang dijalankan oleh
Sultan Abdul Jalil 4 mampu bertahan selama 19 tahun iaitu bermula pada tahun 1699
sehinggalah tahun 1718. Melalui penelitian yang mendalam dapatlah dirumuskan bahawa
bukanlah mudah, tugas yang digalas oleh baginda sepanjang tempoh 19 tahun
pentadbirannya kerana pada ketika ini Kerajaan Johor dilihat berada dalam keadaan yang
sangat meruncing akibat masalah dalaman kerajaan iaitu persengketaan dalam perebutan
tahta disamping tekanan-tekanan yang terpaksa dihadapi dari luar seperti ancaman dari Siak
dan juga Acheh.
2.4 Sejauhmanakah Sultan daripada Keturunan Bendahara dapat Mengekalkan
Kestabilan Politik Negeri Johor
Pokok pangkalnya, sepanjang tempoh 188 tahun Kerajaan Johor berada di bawah
pemerintahan sultan yang berdarah keturunan Raja Melaka dapatlah dikatakan bahawa
Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat. Selain itu, kita juga tidak dapat
menyangkal mengenai kewibawaan sultan-sultan ini dalam membangunkan sebuah kawasan
perairan yang biasa sehinggalah munculnya Kerajaan Johor yang akhirnya menjadi sebuah
kerajaan perdagangan yang hebat pada abad ke-17. Meskipun sepanjang tempoh 1511-1641
kerajaan Johor tepaksa menghadapi dan berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada
Portugis di Melaka, namun Kerajaan Johor dilihat begitu teguh dalam mempertahankan
kedaulatannya.Realitinya, adakah Kerajaan Johor dibawah pemerintahan sultan dari dinasti
bendahara juga mampu mengekalkan kestabilan politik di Negeri Johor sepertimana yang
telah dilaksanakan oleh raja-raja yang terdahulu.
Ironinya, walaupun Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4 dilihat mampu mentadbir
Kerajaan Johor dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 19 tahun namun sebenarnya
17
Raja Haji Ahmad & Raja Ali Haji.1982. Tuhfat Al-Nafis, Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm.134.
12
disebalik semua ini terselit seribu satu cerita yang perlu dirungkaikan. Walaupun Sultan
Abdul Jalil Riayat Syah 4 telah melakukan pelbagai usaha bagi mengekalkan kedudukannya
sebagai pemerintah tertinggi di Johor namun akhirnya pada tanggal 21 mac tahun 1718
baginda sultan terpaksa akur dengan kekalahannya dan menyerahkan tahta kepada Raja
Kechil.18
Kronologi peristiwa ini bermula apabila Raja Kechilmendakwa dirinya sebagai anak
kepada Sultan Mahmud Syah 2 dan datang menuntut Tahta Kerajaan Negeri Johor daripada
bendahara.Raja Kechil dari Siak secara tiba-tiba juga telah menambah kerumitan dalam
Institusi Kerajaan Johor pada ketika itu.Raja Kechil telah membuat beberapa siri serangan
dan telah melakukan komplot dengan orang laut dan orang Belanda untuk menguasai
Johor.Secara tidak langsung perbalahan antara kedua-dua pihak ini telah menyebabkan
terganggunya urusan pentadbiran Kerajaan Johor yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan
politik, serta gangguan terhadap ekonomi Kerajaan Johor juga.
Selain itu, sewaktu Johor di bawah petadbiran sutlan yang berketurunan bendahara
juga kita kita dapat kaitkan bahawa kegagalan sultan dalam mengwujudkan kestabilan politik
telah menarik minat pihak luar seperti Inggeris dan Belanda untuk turut campur tangan dalam
hal ehwal pentadbiran negeri dengan alasan yang licik iaitu ingin membantu mengembalikan
keamanan negeri Johor. Peristiwa pengambilan Singapura oleh Stamford Rafffles dan
pembahagian kerajaan Johor kepada 3 bahagian utama iaitu Johor, Riau dan Singgapura di
bawah blok pentadbiran yang berbeza yang dikuasai oleh pihak Belanda dan Inggeris
menggambarkan kelemahan sistem dalaman Johor sendiri iaitu sultan yang tidak dapat
memainkan peranannya sebagai tunjang kekuatan Johor yang akhirnya mempengaruhi aspek-
aspek lain seperti kelemahan pertahanan Johor khususnya sehingga kuasa-kuasa luar dapat
menyerang masuk ke dalam wilayah Johor.
18
Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 111.
13
3.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, rentetan perjalanan Sejarah Negeri Johor begitu menarik untuk diperhalusi
kerana sepanjang tempoh 1511 sehinggalah tahun 1841 Kerajaan Johor telah diperintah oleh
sultan-sultan daripada 3 keturunan yang berbeza iaitu Sultan Berketurunan Kesultanan
Melayu Melaka, Sultan daripada keturunan bendahara dan yang terakhir ialah sultan
daripada keluarga temenggong. Sepanjang tempoh pertukaran keturunan raja-raja pemerintah
di Negeri Johor ini, dapatlah kita katakan bahawa Orang Melayu Bugis yang berasal dari
Tanah Bugis turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal
pentadbiran politik utama di Negeri Johor. Di samping itu juga, Pihak British dilihat telah
memanipulasikan ketegangan yang berlaku dalam kalangan pemerintah-pemerintah Kerajaan
Johor untuk dijadikan alasan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Negeri Johor di
mana akhirnya mereka berjaya menguasai Pulau Singapura.
Berdasarkan pernilaian menyeluruh terhadap corak pentadbiran Kerajaan Negeri
Johor di bawah 3 dinasti yang berbeza iaitu dinasti berdarah raja, bendahara dan juga
temenggong dapatlah kita rumuskan bahawa konsep daulat derhaka memainkan peranan yang
sangat penting dalam mengwujudkan suasana politik yang harmoni dan stabil. Hal ini
terbukti apabila pentadbiran Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Sultan Berdarah Raja
sepanjang tempoh 1511 sehinggalah 1699 dilihat lebih berkesan dari aspek politik, ekonomi
dan hubungan serantau. Selain itu, kita juga tidak boleh mempertikaikan peranan yang
dimainkan oleh Kerajaan Johor sepanjang tempoh 1511 sehinggalah tahun 1876 kerana
sepanjang tempoh tersebut Johor memainkan peranan penting dalam meneruskan
kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan entrepot, pusat penyebaran agama, pusat
penghasilan karya-karya agung Pensejarahan Melayu dan sebagainya.
14
4.0 BIBLIOGRAFI
Andaya. Leonard Y. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan
Politik (terj) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Buyong Bin adil .Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dato’ Haji Mohd Sa’id Bin Haji Sulaiman .1895 .Hikayat Johor . Kuala Lumpur :
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Muhammad Yusof Hashim (peny). Hikayat Siak . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof. Muhammad Yamin .1975 .Tata Negara Majapahit . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka .
Raja Ahmad.Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Tun Suzana Tun Hj. Othman .Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang:
Dinasti Bendahara Johor-Pahang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise.
Shahrom Bin Hussain .Tawarikh Johor . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka .
Winstedt. R.O . A History Of Johore. Kuala Lumpur : Printing Words Sdn. Bhd .
.

More Related Content

What's hot

2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Rathnaa Wayy
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuNur Fazlin Mohd Naim
 
Kejatuhn melaka
Kejatuhn melakaKejatuhn melaka
Kejatuhn melakafiro HAR
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazalinurAkhma
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUTeh Boon Siang
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docxfiro HAR
 
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)PAKLONG CIKGU
 
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...نور الحناني نورعزمي
 
Tarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional MelayuTarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional MelayuIra Rushdan
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Li Shengshun
 

What's hot (20)

2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Analisis Cerita Jenaka Melayu
Analisis Cerita Jenaka MelayuAnalisis Cerita Jenaka Melayu
Analisis Cerita Jenaka Melayu
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
Kejatuhn melaka
Kejatuhn melakaKejatuhn melaka
Kejatuhn melaka
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 
1. sumber primer
1. sumber primer1. sumber primer
1. sumber primer
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
 
Majapahit
MajapahitMajapahit
Majapahit
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
 
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan ...
 
Tarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional MelayuTarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional Melayu
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
 

Viewers also liked

Viewers also liked (11)

Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraMelaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
 
Senarai semak fizikal
Senarai semak fizikalSenarai semak fizikal
Senarai semak fizikal
 
pengajian malaysia bab 2
pengajian malaysia bab 2pengajian malaysia bab 2
pengajian malaysia bab 2
 
multimedia and computer graphics
multimedia and computer graphicsmultimedia and computer graphics
multimedia and computer graphics
 
Ethics for IT Professionals
Ethics for IT ProfessionalsEthics for IT Professionals
Ethics for IT Professionals
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethics
 
Audio media
Audio mediaAudio media
Audio media
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Multimedia
MultimediaMultimedia
Multimedia
 

Similar to Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanOha Gozaimasu
 
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanangSejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanangHaslin Bahkiar
 
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaBab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaRedwan Haris
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan MelayuChenPl
 
hikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsahikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsaEika Sempoi
 
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAHPEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAHSiti Fazlin
 

Similar to Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (12)

Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
 
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanangSejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
Sejarah melayu ditulis oleh tun sri lanang
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Syahirah
SyahirahSyahirah
Syahirah
 
sejarah
sejarahsejarah
sejarah
 
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaBab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
 
hikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsahikayat merong mahawangsa
hikayat merong mahawangsa
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Kerajaan melayu baru
Kerajaan melayu baruKerajaan melayu baru
Kerajaan melayu baru
 
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAHPEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN : BANDAR TANAH MERAH
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

  • 1. 1 1.0 .PENGENALAN Tumbangnya Kerajaan Melaka di tanganPortugis pada tanggal 24 Ogos 1511 tidak menandakan berakhirnya pemerintahan agung Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolaknya, Johor dikatakan memainkan peranan penting sebagai penyambung warisan Kesultanan Melayu Melaka kerana Sulltan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 1 dikatakan telah melarikan diri ke Johor dan membina kerajaannya yang berpusat di Pagoh setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis.1 Sultan Alauddin Riayat Shah II pula merupakan raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530. Raja-raja yang berketurunan Kesultanan Melayu Melaka dilihat begitu gah menerajui tampuk pemerintahan Johor walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada negara luar seperti Portugis di Melaka dan juga Kerajaan Acheh. Persaingan dari aspek perdagangan, perluasan kuasa terhadap negeri- negeri vassal dan penyebaran agama dilihat menjadi faktor utama yang membawa kepada persaingan antara Kerajaan Johor, Melaka dan Acheh. Realitinya,walaupun Kerajaan Johor dilihat telah menerima tekanan yang hebat daripada Kerajaan Acheh dan Portugis di Melaka namun kedaulatan Kerajaan johor dibawah pentadbiran Raja-raja berketurunan Kesultanan Melayu Melaka masih mampu dipertahankan . Kedaulatan ini dapat dipertahankan sehinggalah pemerintahan Raja terakhir daripada Keturunan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 2 pada tahun 1699 yang telah mangkat dijulang. Peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud 2 ini dilihat telah membawa satu lembaran baru terhadap pensejarahan Negeri Johor yang dicatatkan kronologi peristiwanya secara lengkap oleh Raja Ali Haji melalui penghasilan karya beliau yang agung iaitu Tuhfat An-Nafis.2 1 Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5. 2 Raja Ahmad . 1982. Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 44.
  • 2. 2 “Sumpah!Anak Bentan jika menjejak Kota Tinggi kelak muntah darah”, kata-kata tersebut merupakansumpahan terakhir Sultan Mahmud Syah 2 terhadap Laksamana Bentan sebelum baginda mangkat dijulang.3 Perihal tragedi ini telah diceritakan secara berterusan, dari satu generasi ke satu generasi berikutnyasehinggalah ke hari ini. Realitinya, peristiwa ini bukanlah sekadar sebuah cerita rakyat yang digarap bertujuaan sekadar hiburan kosong semata-mata namun kisah ini adalah sebuah peristiwa hakiki yang sememangnya telah diakui kesahihannya oleh para sejarawan luar dan tempatan. Hakikatnya, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 bukanlah sekadar suatu peristiwa biasa kerana melalui penganalisaan rapi yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa peristiwa ini telah membawa suatu perubahan besar tehadap pensejarahan Tanah Melayu amnya,dan pensejarahan Negeri Johor khasnya.Bertunjangkan daripada peristiwa inilah, dikatakan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah bertukar tangan daripada pemerintahan raja yang berdarah Kesultanan Melayu Melaka kepada raja yang berketurunan bendahara.4 Saya akan merungkaikan peristiwa ini dengan lebih mendalam melalui esei ini dengan memperincikan aspek kajian saya terhadap asal usul Sultan Mahmud 2, faktor-faktor pembunuhan Sultan Mahmud 2, respon penduduk sekitar dan orang luar berkaitan peristiwa pembunuhan ini, impak pembunuhan Sultan Mahmud 2, pengambilalihan tampuk pemerintahan Negeri Johor oleh golongan Bendahara Johor dan penulisan ini juga akan memperlihatkan adakah golongan bendahara ini mampu mengekalkan kestabilan politik di Negeri Johor sewaktu pemerintahannya yang bermula pada tahun 1699. 3 Sembilan Nafas Cottage Production .2011.Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.(Dokumentari) ,Retrieved From : http://www.youtube.com/watch?v=ZySGwlTWqA8. 4 Leonard Y Andaya .1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj), hlm.250.
  • 3. 3 2.0 ISI PERBINCANGAN 2.1Asal usul Sultan Mahmud Syah 2 Sultan Mahmud Syah 2 atau lebih dikenali sebagai Almarhum Mangkat Dijulang merupakanmerupakan Sultan Johor yang ke-10.Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.5 Baginda telah diangkat menjadi sultanseawal usia 10 tahun bagi mengantikan ayahandanya Sultan Ibrahim Syahpada bulan Febuari tahun 1685 setelah kemangkatan ayahandanya akibat diracun oleh bonda Sultan Mahmud 2 sendiri yang merupakan anak kepada Paduka Raja Abdul Jamil. Walaupun pada dasarnya Sultan Mahmud Syah 2 dilantik menjadi Sultan Johor yang sah tetapi disebabkan usianya yang terlalu mentah untuk menerajui kerajaan maka bonda bagindalah yang memangku kerajaan, namun individu yang sebenarnya menguasai tampuk pentadbiran Kerajaan Johor tatkala itu Paduka Raja Abdul Jamil.Disebabkan sikap Paduka Raja Abdul Jamil yang dikatakan lebih sudu daripada kuah mengakibatkan beliau dimusuhi oleh para pembesar Johor terutamanya Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Rentetan daripada permusuhan itu, akhirnya pada tahun 1688 Sultan Mahmud Syah 2 telah diangkat untuk menerajui pentadbiran negeri secara mutlak setelah Bendahara Seri Maharaja berjaya mengusirPaduka Raja Abdul Jamil dari Negeri Johor. Sultan Mahmud 2 menjalankan urusan pemerintahan negeri dengan bantuan daripada Bendahara Seri Maharajayang mahir tentang selok belok pentadbiran Negeri Johor dan hal ehwal luar kerajaan. Sejak dari usia remaja hinggalah menginjak dewasa Sultan Mahmud Syah 2 digambarkan sebagai seorang raja yang mempunyai perilaku ganjil dan sangatlah bengis sikapnya. Alexander Hamilton, seorang pedagang British yang berkunjung ke Johor Lama pada tahun 5 Leonard Y Andaya . 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 186.
  • 4. 4 1695 dalam karyanya,A New Account Of The East Indies-Eddinburgh 1727 telah mengambarkan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 sebagai seorang pemerintah yang bengis, cepat marah, membuat keputusan secara terburu-buru, zalim, mudah murka kepada sesiapa yang cuba menentangnya.Kekejaman baginda digambarkan oleh Alexander Hamilton melalui peristiwa pembunuhan seorang hamba yang tidak berdosa oleh baginda Sultan Mahmud 2. Diriwayatkan bahawa baginda telah dihadiahkan sepucuk pistol oleh Kapten Hamilton dan untuk melihat sejauh mana peluru pistol tersebut mampu menembusi daging manusia baginda tanpa sifat keperikemanusiaan terus menembak mati hambanya .6 Selain itu, kapten ini juga ada menyatakan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 juga tertarik melihat lelaki-lelaki cantik.Dalam suatu peristiwa, baginda mengarahkan kapten tersebut untuk persembahkan kepada baginda anak-anak kapal yang kacak untuk dijadikan hamba pemuas nafsu songsangnya. Setelah memerintah Kerajaan Johor selama empat belas tahun, akhirnya pada hari Jumaat Bulan Ogos tahun 1699 telah terjadinya suatu peristiwa bersejarah di Negeri Johor iaitu berlakunya pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 di kota Tinggi. Kemangkatan Sultan Mahmud 2 dikaitkan dengan kekejaman dan kebengisan baginda yang akhirnya memakan diri baginda sendiri.Titik tolaknya, dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah 2, maka terputuslah salsilah Raja Johor dari Keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang menerajui tahta Kerajaan Johor. Dalam Hikayat Tuhfat An-Nafis, Raja Ali Haji ada memperihalkan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 tidak mempunyai zuriat kerana baginda sultan telah beristerikan seorang peri yang berketurunan jin sehinggakan baginda tidak bersendudukan dengan isteri-isterinya yang lain.7 6 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1984. Sejarah Malaysia , Kuala Lumpur: Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd, Hlm. 63. 7 Kamarudin Ab. Razak . (1998). Peninggalan Sejarah di Pesisiran Sungai Johor. Selangor: Percetakan Asni Sdn. Bhd, hlm. 55.
  • 5. 5 2.2 Kronologi pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 “Kerana seulas nangka, nyawa rakyatnya jadi taruhan”, cerita berkaitan dengan peristiwa seulas nangka seringkali menjadibuah mulut dan bualan masyarakat setempat sekitar tahun 1700-an yang menceritakan tentang kekejaman tindakan Sultan Mahmud Syah 2 yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembunuhan baginda yang penuh tragik. Berdasarkan „Hikayat Siak‟, pengarang menyatakan bahawa punca utama pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 adalah disebabkan oleh peristiwa seulas nangka. Serangan lanun di hulu sungai Johor menyebabkan berlakunya gangguan terhadap ekonomi Johor disebabkan para pedagang takut untuk datang dan singgah di Johor.Rentetan daripada peristiwa itu, Sultan Mahmud Syah 2 telah mengarahkan Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai Laksamana Bentan yangmerupakan Laksamana Johor tatkala itu untuk menggalas tugasan dan tanggungjawabnya bagi menghapuskan serangan lanun-lanun tersebut. Sepeninggalan Laksamana Bentan, isterinya iaitu Dang Anum yang mengandungkan anak sulung tatkala itu dikatakan mengidam dan menginginkan seulas nangka , puas orang suruhannya Awangmencari nangka yang diinginkan di sekitar pelusuk kampung, namun tiada langsung ditemuinya.8 Secara kebetulan pada ketika itu seorang hulubalang dalam perjalanan ke istana untuk mempersembahkan nangka sulung milik Sultan Mahmud 2 kepada baginda melalui hadapan rumah Dang anum, Dang Anum yang sememangnya mengindamkan nangka telah merayu agar hulubalang istana sudi memberikan kepadanya seulas nangka. Hulubalang istana yang kasihankan Dang Anum memberikannya seulas nangka dan meminta agar Dang Anum merahsiakan perkara ini kerana bimbang akan mendatangkan kemurkaan baginda.Setibanya hulubalang tersebut di istana beliau telah mempersembahkan nangka tersebut kepada Sultan Mahmud Syah 2 dan baginda sultan menjadi murka apabila mendapati buah nangka tersebut telah ditebuk. Walaupun hulubalang istana telah menceritakan segala- 8 Muhammad Yusof Hashim (peny) .1992 .Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.107.
  • 6. 6 galanya kepada baginda sultan untuk menagih simpati baginda dan para pembesar turut menasihati baginda agar mengampunkan Dang Anum namun Sultan Mahmud tetap bertekad untuk menghukum Dang Anum kerana menganggap bahawa Dang Anum telah merendahkan martabat baginda dengan memberi sisa buah tersebut kepada baginda.9 Akhirnya tanpa sebarang rasa bersalah dan perikemanusiaan baginda telah menitahkan Tun Seri Bija Wangsa agar membelah perut Dang Anum bagi melihat adakah benar dakwaan Dang Anum bahawa anak di dalam perutnya yang mengidamkan buah nangka. Alangkah terkejutnya baginda sultan apabila melihat bayi di dalam perutDang Anum yang sedang menjamah nangka tersebut. Disebabkan bimbang reaksi Laksama Bentan kelak, baginda sultan telah mengarahkan agar peristiwa pembunuhan Dang Anum dirahsiakan daripada pengetahuan Laksamana Megat Seri Rama. Konflik diantara Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Syah 2 bermula apabila sekembalinya Laksamana Bentan daripada medan perang beliau telah dikhabarkan dengan berita tentang kematian isterinya yang dibunuh dengan kejam oleh Sultan Mahmud Syah 2. Tindakan Sultan Mahmud telah mengundang kemarahan Laksamana Bentan lalu beliau merencanakankan suatu komplot pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2. 10 Beliau telah menemui Bendahara Abdul Jalil dan menyatakan hasratnya untuk membunuh Sultan kepada bendahara,beliau turut mengajak bendahara untuk menggulingkan sultan yang zalim tersebut dan menyatakan bahawa pada ketika itulah masa yang sesuai untuk generasi bendahara mengambil alih tampuk pemerintahan Johor.Akhirnya setelah berunding dengan kaum kerabat beliau Bendahara Abdul Jalil bersetuju untuk berkomplot memjatuhkan Sultan Mahmud Syah 2.Rancangan pertama yang dibuat adalah dengan membunuh Tun Seri Bija 9 R.O Winstedt 1979. A History Of Johore , Kuala Lumpur : Printing Words Sdn. Bhd, hlm. 45. 10 Tun Suzana Tun Hj. Othman . 2002. Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise, hlm. 32.
  • 7. 7 Wangsa kerana beliau merupakan orang kuat sultan.11 Pada tanggal 24 Ogos 1699 pada hari Jumaat sewaktu Sultan Mahmud Syah 2 dijulang untuk solat jumaat akhirnya tamatlah riwayat baginda akibat ditikam oleh Laksamana Bentan. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama sultan yang berada dalam kesakitan sempat melemparkan semula keris mengenai ibu jari kaki Laksamana Bentan dan beliau telah meninggal dunia pada ketika itu juga kerana muntah darah akibat terkena tulah sultan. Sultan Mahmud Syah 2 dimakamkan di Kampung Makam di Kota Tinggi manakala Laksamana Bentan dan isterinya dimakamkan di Kampung Kelantan di atas tanah yang dikurniakan oleh Sultan atas jasa dan budinya. 2.3 Reaksi pelbagai pihak terhadap peristiwapembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 dan impaknya kepada kedaulatan Negeri Johor Ironinya, berita tentang pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 begitu cepat tersebar ke sekitar buana sehinggakan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat tempatan dan juga masyarakat luar.Reaksi yang berbeza ini jelas menunjukkan perbezaan pernilaian dalam kalangan masyarakat terhadap peristiwa berdarah ini. Peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 telah memperlihatkan kepada kita bagaimana berlakunnya perpecahan nyata dalam kalangan para pembesar dan juga rakyat Negeri Johor sendiri. Perpecahan Ini berlaku kerana perbezaan ideologi antara mereka apabila para pembesar dan rakyat negeri ini melihat bahawa pengambilalihan tahta kerajaan Negeri Johor oleh Dinasti bendahara dari dua sudut pandangan yang tidak sama. Perbalahan timbul kerana adanya golongan yang menyokong dan menentang pengambilalihan tahta tersebut.Bagi golongan yang menyokong mereka menganggapbahawa Sultan Mahmud merupakan seorang sultan yang zalim dan selayaknya baginda digulingkan daripada tahta.Selain daripada itu, mereka juga menganggap bahawa pentadbiran Johor akan lebih 11 Buyong Bin adil .1980. Sejarah Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.
  • 8. 8 maju di bawah pentadbiran bendahara kerana bendahara merupakan individu yang paling mengetahui hal urusan pentadbiran kerajaan.12 Sekelompok yang lain pula tidak bersetuju dengan perlantikan bendahara sebagai sultan kerana bagi mereka bendahara bukanlah berketurunan darah diraja dan sebuah negeri tidak boleh dipimpin oleh seseorang yang tidak berdarah raja. Kelompok penduduk ini sangat mementingkan konsep daulat, derhaka dan tulah. Secara tidak langsung, pergolakan demi pergolakan telah berlaku dalam pentadbiran Johor menyebabkan institusi kerajaan Johor menjadi goyah dan lemah.Keadaan di Negeri Johor yang kucar kacir pada ketika itu telah membuka peluang kepada pihak luar yang memandang hal ini sebagai suatu peluang keemasan dan telah merangka strategi politik untuk turut campur tangan dalam hal ehwal Negeri Johor. Keadaan ini ternyata berbeza dengan penerimaan orang laut yang menghuni sekitar persisiran laut Negeri Johor dimana hampir keseluruhan daripada mereka telah menentang keras penabalan Bendahara Abdul Jalil sebagai Sultan Johor. Umum mengetahui bahawa orang laut merupakan golongan yang sangat mengagungkan sultan dan berpegang teguh pada konsep daulat dan derhaka, maka tidak hairanlah mereka menentang penabalan bendahara sebagai Sultan Johor yang ke-11 kerana bendahara tidak berdarah diraja. Selain itu, golongan ini turut menolak penabalan bendahara kerana menganggap bahawa bendaharalah yang menjadi dalang utama dalam merencanakan pembunuhan Sultan Mahmud 2 dan Tun Seri Bija Wangsa iaitu seorang pembesar dari kalangan orang laut. Kematian Tun Seri Bija Wangsa sedikit sebanyak menggugat kedudukan orang laut di perairan Johor.Impaknya, rentetan daripada hal ini, orang laut telah berpindah dari Perairan Johor dan berpaling arah ketaatannya.Orang laut dikatakan telah berpindah ke negeri-negeri lain di sekitar Johor seperti Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan sebagainya.Perpindahan ini telah memberi impak negatif terhadap sistem pertahanan Kerajaan Johor.Hal ini berlaku berikutan hilangnya 12 Leonard Y Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 186.
  • 9. 9 kekuatan orang laut yang selama ini berperanan menjaga perairan Johor daripada kemasukan kuasa luar dan ancaman lanun-lanun. Kerajaan Johor sewaktu dibawah pemerintahan Sultan dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan disegani oleh kerajaan- kerajaan lain di sekitar Tanah Melayu tatkala itu. Pada ketika itu juga, kerajaan Johor dikatakan mempunyai beberapa negeri vassal atau dalam erti kata lain negeri-negeri jajahan seperti Terengganu, Kelantan, Pahang dan lain-lain. Seusai kes pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2, telah berlakunya konflik dalam memilih pengganti sultan dan menyebabkan negeri- negeri Vassal ini menarik diri daripada menjadi wilayah naungan Johor.Hal ini demikian kerana, mereka berpandangan bahawa ufti tidak perlu dihantar lagi kerana sultan yang ditabal sekarang bukanlah berketurunan raja dan Kerajaan Johor dilihat bagaikan telah hilang daulatnya. 13 Tindakan negeri-negeri vassal yang membebaskan diri daripada cengkaman Kerajaan Johor telah mengakibatkan sumber pendapatan luarKerajaan Johor telah berkurangan kerana tiada lagi ufti-ufti daripada negeri-negeri vassal.Disebabkan terlalu menumpukan perhatian terhadap perebutan tahta kerajaan maka pihak pemerintah Kerajaan Johor hanya membiarkan sahaja negeri-negeri vassal ini bebas.14 Peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 juga dilihat telah memberi impak terhadap Institusi Kesultanan Melayu Melaka. Umum mengetahui, bahawa Johor telah meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka melalui perlantikan para pemerintahnya, namun kemangkataan Sultan Mahmud Syah 2 telah menamatkan keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini secara tindak langsung telah memalapkan lagi harapan Kerajaan Melaka untuk kembali sama seperti zaman kegemilangannya dahulu. Kejatuhan institusi beraja di Negeri Johor turut sama menarik kejatuhan kuasa politik Orang Melayu di Melaka. 13 Raja Ahmad .1982. Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 94. 14 Dato’ Haji Mohd Sa’id Bin Haji Sulaiman . 1895. Hikayat Johor. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 72.
  • 10. 10 2.4 Kemunculan Dinasti Bendahara Setelah kemangkataan Sultan Mahmud Syah 2 di tangan Laksamana Bentan, Kerajaan Johor berada dalam keadaan ketiadaan Sultan untuk mengepalai pentadbiran negeri kerana almarhum baginda Sultan Mahmud 2 tidak meninggalkan seorangpun waris untuk menggantikan baginda.15 Setelah mengadakan perbincangan sesama sendiri dalam kalangan para pembesar Kerajaan Negeri Johor akhirnya tanggal 4 September tahun 1699 para pembesar sebulat suara berlandaskan suara majoriti berkenan untuk melantik Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil sebagai Sultan Johor yang ke-11dengan gelaran Sultan Abd Jalil Riayat Syah 4. Kemunculan Dinasti Bendahara di Negeri Johor ini pada tahun 1699 menandakan bahawa telah berlakunya perubahan penting terhadap pensejarahan Negeri Johor pada ketika itu.Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Sultan dalam kalangan pembesar- pembesar lain kerana beliau mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang tinggi dalam soal pentadbiran negeri Johor.16 Hal ini demikian kerana, pentadbiran dan urusan diplomatik dalaman dan luaran Johor dikendalikan oleh bendahara mengikut persetujuan sultan dan sultan hanya menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan sesebuah jajahannya sahaja tatkala pemerintahan sultan-sultan yang berdarah raja sebelum ini. Tatkala menaiki tahta, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4telah mengambil suatu pendekatan yang bijak untuk mengukuhkan kedudukan baginda denganmelantik kebanyakkan ahli keluarganya untuk menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran Kerajaan Johor bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran seperti jawatan laksamana, temenggung, penghulu bendahari dan lain-lain jawatan lagi . Seperkara lagi, kemunculan dinasti Bendahara di Johor juga telah membawa penambahan jawatan dalam Institusi 15 Prof. Muhammad Yamin. 1975. Tata Negara Majapahit,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 112. 16 Shahrom Bin Hussain .1943. Tawarikh Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.
  • 11. 11 Kerajaan Johor iaitu Jawatan Yamtuan Muda.17 Hakikatnya, pentadbiran yang dijalankan oleh Sultan Abdul Jalil 4 mampu bertahan selama 19 tahun iaitu bermula pada tahun 1699 sehinggalah tahun 1718. Melalui penelitian yang mendalam dapatlah dirumuskan bahawa bukanlah mudah, tugas yang digalas oleh baginda sepanjang tempoh 19 tahun pentadbirannya kerana pada ketika ini Kerajaan Johor dilihat berada dalam keadaan yang sangat meruncing akibat masalah dalaman kerajaan iaitu persengketaan dalam perebutan tahta disamping tekanan-tekanan yang terpaksa dihadapi dari luar seperti ancaman dari Siak dan juga Acheh. 2.4 Sejauhmanakah Sultan daripada Keturunan Bendahara dapat Mengekalkan Kestabilan Politik Negeri Johor Pokok pangkalnya, sepanjang tempoh 188 tahun Kerajaan Johor berada di bawah pemerintahan sultan yang berdarah keturunan Raja Melaka dapatlah dikatakan bahawa Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat. Selain itu, kita juga tidak dapat menyangkal mengenai kewibawaan sultan-sultan ini dalam membangunkan sebuah kawasan perairan yang biasa sehinggalah munculnya Kerajaan Johor yang akhirnya menjadi sebuah kerajaan perdagangan yang hebat pada abad ke-17. Meskipun sepanjang tempoh 1511-1641 kerajaan Johor tepaksa menghadapi dan berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada Portugis di Melaka, namun Kerajaan Johor dilihat begitu teguh dalam mempertahankan kedaulatannya.Realitinya, adakah Kerajaan Johor dibawah pemerintahan sultan dari dinasti bendahara juga mampu mengekalkan kestabilan politik di Negeri Johor sepertimana yang telah dilaksanakan oleh raja-raja yang terdahulu. Ironinya, walaupun Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4 dilihat mampu mentadbir Kerajaan Johor dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 19 tahun namun sebenarnya 17 Raja Haji Ahmad & Raja Ali Haji.1982. Tuhfat Al-Nafis, Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm.134.
  • 12. 12 disebalik semua ini terselit seribu satu cerita yang perlu dirungkaikan. Walaupun Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4 telah melakukan pelbagai usaha bagi mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah tertinggi di Johor namun akhirnya pada tanggal 21 mac tahun 1718 baginda sultan terpaksa akur dengan kekalahannya dan menyerahkan tahta kepada Raja Kechil.18 Kronologi peristiwa ini bermula apabila Raja Kechilmendakwa dirinya sebagai anak kepada Sultan Mahmud Syah 2 dan datang menuntut Tahta Kerajaan Negeri Johor daripada bendahara.Raja Kechil dari Siak secara tiba-tiba juga telah menambah kerumitan dalam Institusi Kerajaan Johor pada ketika itu.Raja Kechil telah membuat beberapa siri serangan dan telah melakukan komplot dengan orang laut dan orang Belanda untuk menguasai Johor.Secara tidak langsung perbalahan antara kedua-dua pihak ini telah menyebabkan terganggunya urusan pentadbiran Kerajaan Johor yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik, serta gangguan terhadap ekonomi Kerajaan Johor juga. Selain itu, sewaktu Johor di bawah petadbiran sutlan yang berketurunan bendahara juga kita kita dapat kaitkan bahawa kegagalan sultan dalam mengwujudkan kestabilan politik telah menarik minat pihak luar seperti Inggeris dan Belanda untuk turut campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri dengan alasan yang licik iaitu ingin membantu mengembalikan keamanan negeri Johor. Peristiwa pengambilan Singapura oleh Stamford Rafffles dan pembahagian kerajaan Johor kepada 3 bahagian utama iaitu Johor, Riau dan Singgapura di bawah blok pentadbiran yang berbeza yang dikuasai oleh pihak Belanda dan Inggeris menggambarkan kelemahan sistem dalaman Johor sendiri iaitu sultan yang tidak dapat memainkan peranannya sebagai tunjang kekuatan Johor yang akhirnya mempengaruhi aspek- aspek lain seperti kelemahan pertahanan Johor khususnya sehingga kuasa-kuasa luar dapat menyerang masuk ke dalam wilayah Johor. 18 Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 111.
  • 13. 13 3.0 KESIMPULAN Tuntasnya, rentetan perjalanan Sejarah Negeri Johor begitu menarik untuk diperhalusi kerana sepanjang tempoh 1511 sehinggalah tahun 1841 Kerajaan Johor telah diperintah oleh sultan-sultan daripada 3 keturunan yang berbeza iaitu Sultan Berketurunan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan daripada keturunan bendahara dan yang terakhir ialah sultan daripada keluarga temenggong. Sepanjang tempoh pertukaran keturunan raja-raja pemerintah di Negeri Johor ini, dapatlah kita katakan bahawa Orang Melayu Bugis yang berasal dari Tanah Bugis turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal pentadbiran politik utama di Negeri Johor. Di samping itu juga, Pihak British dilihat telah memanipulasikan ketegangan yang berlaku dalam kalangan pemerintah-pemerintah Kerajaan Johor untuk dijadikan alasan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Negeri Johor di mana akhirnya mereka berjaya menguasai Pulau Singapura. Berdasarkan pernilaian menyeluruh terhadap corak pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di bawah 3 dinasti yang berbeza iaitu dinasti berdarah raja, bendahara dan juga temenggong dapatlah kita rumuskan bahawa konsep daulat derhaka memainkan peranan yang sangat penting dalam mengwujudkan suasana politik yang harmoni dan stabil. Hal ini terbukti apabila pentadbiran Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Sultan Berdarah Raja sepanjang tempoh 1511 sehinggalah 1699 dilihat lebih berkesan dari aspek politik, ekonomi dan hubungan serantau. Selain itu, kita juga tidak boleh mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Johor sepanjang tempoh 1511 sehinggalah tahun 1876 kerana sepanjang tempoh tersebut Johor memainkan peranan penting dalam meneruskan kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan entrepot, pusat penyebaran agama, pusat penghasilan karya-karya agung Pensejarahan Melayu dan sebagainya.
  • 14. 14 4.0 BIBLIOGRAFI Andaya. Leonard Y. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Buyong Bin adil .Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato’ Haji Mohd Sa’id Bin Haji Sulaiman .1895 .Hikayat Johor . Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. Muhammad Yusof Hashim (peny). Hikayat Siak . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Muhammad Yamin .1975 .Tata Negara Majapahit . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Raja Ahmad.Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. Tun Suzana Tun Hj. Othman .Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise. Shahrom Bin Hussain .Tawarikh Johor . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Winstedt. R.O . A History Of Johore. Kuala Lumpur : Printing Words Sdn. Bhd . .