• Like
Analisis ayat
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Analisis ayat

  • 2,177 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • Terima kasih, atas sumbangan ini. Sangat membantu dalam pdp
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
2,177
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
72
Comments
1
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. ANALISIS AYAT (JENIS-JENIS AYAT) JENIS-JENIS AYAT Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat Penyata 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. 3. Ayat contoh: a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan. Ayat Tanya 1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. 3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan. (i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?). 3. Ayat contoh: a) Adik masih belum makan? b) Pemuda itu malas? c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan? d) Erra penyanyi yang popular? e) Bas itu sudah bertolak? (ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya 1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya. 2. Ayat contoh: a) Barang itu apa? b) Pemain piano itu siapa? c) Hari jadi kamu bila? d) Pejabat pos di mana? e) Keadaan nenek kamu bagaimana?
  • 2. 3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat. 4. Ayat contoh: a) Apakah barang itu? b) Siapakah pemain piano itu? c) Bilakah hari jadi kamu? d) Di manakah pejabat pos? e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu? Ayat Perintah 1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. 2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu: a) Ayat suruhan b) Ayat larangan c) Ayat silaan d) Ayat permintaan Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah Ayat Perintah Penggunaan Ayat Contoh Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu. 1. Minumlah teh ini dahulu. 2. siapkan kerja sekolah ini. 3. Fikirkanlah sebelum bertindak. Ayat Larangan Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah. 1. Jangan petik bunga itu. 2. Usah bermain di tepi jalan. 3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya. Ayat Silaan Menjemput atau mempersilakan seseorang Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput. 1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas. 2. Silalah pakai topi keledar. 3. Jemput makan bersama-sama. 4. Jemputlah datang ke rumah saya. Ayat Permintaan Memohon permintaan dan pertolongan. Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong. 1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing. 2. Minta anda semua bersabar. 3. Tolong ambilkan saya secawan air. 4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.
  • 3. Ayat Seruan 1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. 3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya. 4. Ayat contoh: a) Amboi, cantiknya gadis itu! b) Wah, mahalnya baju ini! c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini! d) Cis, berani kamu pukul saya! e) Syabas, kamu telah menang! SUSUNAN AYAT 1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. 2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di belakang ayat. 3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang. Ayat Biasa = Subjek + Predikat Ayat Songsang = Predikat + Subjek Ayat contoh: 1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa) Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang) 2. Itu rumah saya.(Ayat Biasa) Rumah saya itulah.(Ayat Songsang) 3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa) Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang) 4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa) Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang) 5. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa) Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang) * Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya) digunakan untuk memberi penekanan kepada predikat dalam ayat.
  • 4. 5. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu: a) Pendepanan seluruh predikat b) Pendepanan sebahagian daripada predikat (a) Pendepanan Seluruh Predikat Ayat Biasa Ayat Songsang 1. Masakan ibu lazat sekali. 1. Lazat sekali masakan ibu. 2. Baju itu dijahit oleh ibu. 2. Dijahit oleh ibu baju itu. 3. Abangnya seorang pensyarah. 3. Seorang pensyarah abangnya. (b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat Ayat Biasa Ayat Songsang 1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa) 1. Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat Songsang) 2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa) 2. Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang) 3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa) 3. Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat Songsang) AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat Seruan 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat Tunggal = 1 Subjek + 1 Predikat 2. Ayat contoh: a) Bee Hong seorang jururawat. b) Kucing itu sedang mengejar seekor tikus. c) Malaysia aman damai. d) See Ling ke Pulau Langkawi pagi tadi.
  • 5. Ayat Majmuk 1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. 2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu: a) Ayat majmuk gabungan b) Ayat majmuk pancangan c) Ayat majmuk campuran (a) Ayat Majmuk Gabungan 1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. 2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya. Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama. b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama. Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama. a) Erina seorang pelajar yang cerdik. b) Erina seorang pelajar yang malas. Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas. a) Kok Loong masuk ke dalam bilik. b) Kok Loong tidur. Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur. a) Abang memandang saya. b) Abang ketawa. Abang memandang saya sambil ketawa. a) Awak nak minum kopi? b) Awak nak minum teh? Awak nak minum kopi atau teh? (b) Ayat Majmuk Pancangan 1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk
  • 6. dengan menggunakan kata hubung pancangan. 2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu: i) Ayat majmuk pancangan relatif ii) Ayat majmuk pancangan komplemen iii) Ayat majmuk pancangan keterangan (i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang". Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif Ayat induk : Saya membaca majalah itu. Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai. 1. Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu. Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku. Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya. 2. Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya. Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju. Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru. 3. Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru. Ayat induk : Emak membeli kain sutera. Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah. 4. Emak membeli kain sutera yang berwarna merah. Ayat induk : Bas itu bas sekolah. Ayat kecil : Abang saya menaiki bas. 5. Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah. (ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen 1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk". Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji. Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. Kata hubung : bahawa 1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. Ayat induk : Ibu pergi ke pasar. Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran. Kata hubung : untuk
  • 7. 2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan. 2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu: Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga Keterangan cara -->dengan Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang. Ayat kecil : Hari hujan. Kata hubung : kerana 1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan. Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak. Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya. Kata hubung : apabila 2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya. Ayat induk : Ibu menghiris bawang. Ayat kecil : Dia menggunakan pisau. Kata hubung : dengan 3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau. Ayat induk : Mazli berdoa. Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh. Kata hubung : agar 4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh. Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.
  • 8. Ayat kecil : Hari sudah lewat malam. Kata hubung : walaupun 5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam. Ayat induk : Adik rajin berusaha. Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan. Kata hubung : jika 6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan. (c) Ayat Majmuk Campuran 1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk. Pembentukan Ayat Majmuk Campuran Ayat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar. Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah. 1. Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah. Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting. Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat keterangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit. 2. Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit. Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil. Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu. 3. Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang itu. Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi. Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola. 4. Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi bermain bola. Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran. Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan. 5. Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan. AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF 1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek. 2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
  • 9. 3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek. Ayat Aktif --Ayat Pasif 1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF) 1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF) 2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF) 2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF) 3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF) 3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF) 4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF) 4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF) 5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF) 5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF) *Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan. AYAT AKTIF Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) Ayat aktif transitif (b) Ayat aktif tak transitif (a) Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya. 1. Saya mengelap tingkap. 2. Ibu menggoreng ikan. 3. Kami menghormati guru. 4. Beliau merasmikan majlis itu. 5. Merokok membahayakan kesihatan. 6. Bersukan menyihatkan badan. 7. Adik bermain bola. (b) Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif,
  • 10. iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. 1. Adik menangis. 2. Kakak tidur. 3. Amran melukis. 4. Lydia bernyanyi. 5. Kami berehat. 6. Emak memasak. 7. Adik mandi. *Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek. AYAT PASIF Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena" (a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. 2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga. 3. Ayat contoh: (i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia. (ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng. (iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi. (iv) Batu itu tersepak oleh Helen. (b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua 1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-. 2. Ayat contoh: (i) Masalah itu akan saya selesaikan. (ii) Bilik itu patut kamu kemaskan. (iii) Titah tuanku akan patik junjung. (iv) Keamanan negara harus kita kekalkan. (c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena" 1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. 2. Ayat contoh: (i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu. (ii) Dia kena culik oleh pengganas itu. (iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya. (iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.
  • 11. Sintaksis- Menganalisis Jenis-jenis Ayat Majmuk. Soalan:- Anda diminta untuk MENGANALISIS JENIS-JENIS AYAT MAJMUK dalam rencana akhbar. Pengenalan:- Analisis yang dibuat adalah berhubung kait tentang jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam rencana. Ia merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Analisis ayat yang dibuat bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan-perkataan disusun dalam ayat. Ayat pula ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat majmuk ialah salah satu ayat yang dibina dengan mencantumkan dari dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Jenis-jenis Ayat Majmuk Ayat majmuk terbahagi kepada empat iaitu: - Ayat majmuk gabungan - Ayat majmuk pancangan - Ayat majmuk Campuran - Ayat majmuk pasif Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya seperti contoh berikut; 2. Contoh: -1. Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisiplin. 2. Ibu memasak, ayah membaca surat khabar dan abang mendengar radio. Adakala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali misalnya; 3. Adik ke sekolah, ayah ke pejabat. Ayat majmuk gabungan terdiri daripada:- - Ayat majmuk gabungan berurutan - Ayat majmuk gabungan bertentangan
  • 12. Contoh ayat: 4. Murid-murid bernyanyi sambil menari. – ayat majmuk gabungan berurutan 5. Abu gemuk tetapi adiknya kurus. - ayat majmuk gabungan bertentangan Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih baik.....daripada, apakah......ataupun, adakah...atau(pun), sama ada...atau, dan sebagainya. Contohnya; 6. Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti. 7. Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti yang, 3. bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Ada tiga jenis ayat pancangan dalam bahasa Melayu iaitu; i. Ayat relatif ii. Ayat komplemen iii. Ayat keterangan a. Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh berikut: 8. Saya membeli baju biru yang berwarna merah. 9. Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres. 10. Yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera. b. Ayat komplemen mengandungi tiga jenis ayat komplemen: i. Ayat komplemen frasa nama Contoh ayat: 11. Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas. (ayat komplemen frasa nama subjek) 12. Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah. (ayat komplemen frasa nama subjek) 13. Agak sukar untuk Dato’ Azmi memenangi pilihan raya kecil itu.
  • 13. (ayat komplemen frasa nama subjek songsang) 14. Pemuda itu menyatakan bahawa semua penumpang terselamat. (ayat komplemen frasa nama objek tepat) 4. 15. Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat. (ayat komplemen frasa nama objek tepat) ii. Ayat komplemen frasa kerja Contoh ayat: a. Dia berasa bahawa nasihat gurunya itu benar. b. Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima. c. Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus meningkat. iii. Ayat komplemen frasa adjektif Contoh ayat: i. Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif. ii. Saya yakin bahawa dia akan berjaya. c. Ayat keterangan Ayat majmuk keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini. Ada 9 jenis ayat keterangan. i. Keterangan musabah Contoh;- Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. ii. Keterangan akibat Contoh;- Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. iii. Keterangan syarat Contoh;- Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya. iv. Keterangan waktu Contoh;- Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah. 5. v. Keterangan harapan Contoh;- Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. vi. Keterangan cara
  • 14. Contoh;- Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. vii. Keterangan tujuan Contoh;- Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. viii. Keterangan perbandingan Contoh ayat;- Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung. xi. Keterangan pertentangan Contoh;- Sekalipun sudah berumur , dia masih ingin belajar juga. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh ayat: Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat Majmuk Pasif i. Ayat majmuk gabungan 6. Contoh ayat; Aktif- Saya minum kopi dan adik makan biskut. Pasif- Kopi saya minum dan biskut dimakan oleh adik. ii. Ayat majmuk relatif Contoh ayat; Aktif – Mereka menonton cerita yang sedih itu. Pasif - Cerita yang sedih itu ditonton oleh mereka. iii. Ayat majmuk komplemen : Komplomen Objek Contoh ayat; Aktif – Akhbar tempatan melaporkan bahawa wabak denggi telah merebak di negara itu. Pasif – Bahawa wabak denggi telah merebak di negara itu dilaporkan oleh akhbar tempatan. iv. Ayat majmuk keterangan Contoh ayat: Aktif – Abu akan membeli buku itu kalau ibu membenarkannya. Pasif - Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ibu membenarkannya.
  • 15. Analisis penggunaan ayat Analisis penggunaan ayat yang terdapat dalam rencana keratan sebuah akhbar Berita Harian pada halaman 26 dan halaman 27 iaitu 25 Mac 2013 bertajuk “Lambakan ubat haram tidak terkawal”.(penulis: Felo di Institut Pengajian Kewartawanan, UiTM). Dalam artikel beliau, terdapat penggunaan kata hubung dan telah diselitkan antara ayat untuk menggabungkan dua ayat atau lebih dijadikan satu ayat majmuk gabungan. Penulis mengharapkan agar apa yang ingin disampaikan membolehkan pembaca memahami dan mendapat maklumat yang 7. diperoleh dengan jelas. Antara contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam artikel adalah seperti berikut:  Bayangkan, segala bentuk ubat-ubatan mahupun kapsul, pil, cecair dan krim adalah bahan penting bagi pesakit.  Ia terdapat di Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan serta dalam kuantiti yang besar.  Berat badan semakin susut dan tiada lagi perut buncit.  Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga gejala ubat tiruan.  Terdapat ketidakseimbangan pengedaran ubat-ubatan berkenaan, pilih kasih dan harga tidak adil kepada pengguna.  Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga gejala ubat tiruan.  Tanggungjawab pengusaha farmaseutikal ke atas pengguna mengenai mutu ubat-ubatan, harga, pelabelan dan pembungkusan.  Pengguna tidak lagi menanam bahan makanan mereka sendiri, mendirikan rumah sendiri dan membancuh bahan perubatan mereka sendiri.  Bagi mereka yang dijangkiti atau diserang penyakit serius dan kronik, ubat adalah pelindung daripada keadaan lebih teruk atau maut. Terdapat juga penggunaan ayat majmuk campuran dengan susunan biasa atau susunan songsang agar ayat tersebut menjadi lebih gramatis. Banyak ayat majmuk campuran digarapkan dalam karya penulisan oleh penulis tersebut. Kepelbagaian ayat majmuk yang gramatis mencerminkan kemahiran dalam menyampaikan maklumat penulisan untuk mengutarakan kemusykilannya atau memberi gambaran yang sebenar. Ada contoh-contoh 8. ayat yang relevan agar penjelasan yang lebih tepat dapat diutarakan. Oleh sebab itu penggunaan ayat campuran menjadikan ayat tersebut menjadi ayat yang lebih kompleks. Kebanyakkan ayat
  • 16. yang dibina juga biasanya panjang. Berikut beberapa contoh ayat yang diambil dari petikan rencana berbentuk ayat majmuk campuran yang terdiri daripada berbagai-bagai bentuk ayat yang digabungkan iaitu; i. ayat keterangan + ayat gabungan ii. ayat gabungan + ayat relatif iii. ayat relatif + ayat keterangan iv. ayat keterangan + ayat relatif v. ayat relatif + ayat gabungan  Cara pengedaran dan pemasaran industri ubat-ubatan negara ini semakin bercelaru dan luar kawalan.  Sudah tiba masanya pihak yang berkaitan di Kementerian Kesihatan mengambil tindakan proaktif dan segera untuk mengelak masalah yang lebih besar berlaku dalam masyarakat.(ayat gabungan dan ayat relatif)  Oleh itu, ubat wajib dipromosikan dengan telus, jujur dan ditawarkan kepada seramai rakyat negara ini yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. (ayat gabungan + ayat relatif)  Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, seperti dilaporkan oleh akhbar pada 31 Januari lalu, menyerbu 35 permis dan stokis di lima negeri secara serentak dan merampas 6,283 botol ubat peransang seks. (ayat keterangan + ayat gabungan)  Apa yang memeranjatkan ialah produk itu amat berbahaya kerana mengandungi bahan ‘sildenafil’ atau ‘viagra’ dalam dos yang tidak dibenarkan dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.( ayat keterangan + ayat gabungan ) 9.  Kajian rambang yang dilakukan penulis menunjukkan permintaan ke atas ubat-ubatan seperti ini dipromosikan melalui iklan yang meragukan, terutama ubat-ubatan untuk melangsingkan badan wanita supaya penggunanya lebih berahi dilihat.(ayat relatif + ayat keterangan)  Adalah dipercayai industri farmaseutikal negara ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku di negara yang boleh dianggap sosioekonominya lebih rendah dari Malaysia.(ayat keterangan + ayat relatif)  Dalam satu laporan sebuah akhbar tempatan awal Januari lalu, beberapa doktor swasta tidak bermoral telah meraih keuntungan dengan menjual semula ubat yang telah mereka beli dengan harga murah daripada syarikat farmaseutikal kepada orang tengah dengan harga lebih tinggi. (ayat keterangan + ayat relatif)
  • 17.  Orang tengah ini kemudian menjual ubat itu kepada peruncit farmasi, dan ia dijual dengan harga lebih tinggi lagi kepada orang ramai yang memerlukannya. (ayat gabungan + ayat relatif)  Kedai-kedai farmasi tidak dapat ubat-ubatan itu secara terus kerana sebilangan besar syarikat farmaseutikal menjual bahan pengeluaran mereka mengikut struktur harga yang memilih dan berdiskriminasi. (ayat keterangan + ayat gabungan)  Ada doktor di klinik swasta yang dipilih mendapat harga jauh lebih rendah dan ubatan eksklusif untuk mereka. (ayat relatif + ayat gabungan)  Pertubuhan Farmaseutikal Malaysia baru-baru ini telah mendesak syarikat pengeluar ubat supaya berhenti menawarkan harga diskriminasi dan produk mereka patut diedarkan kepada semua kategori peramal profesional kesihatan dengan harga yang adil dan saksama. ( ayat keterangan + ayat gabungan)  Menurut rencana dalam sebuah akhbar tempatan 14 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menegaskan pembuat dan pembekal yang 10. mengetahui ubat-ubatan itu adalah ubat tiruan, namun dengan sengaja mengedarkannya akan dianggap oleh masyarakat sebagai melakukan perbuatan keji yang dikira sebagai pembunuh.(ayat gabungan + ayat keterangan)  Terdapat dua agensi kerajaan yang boleh bertindak menghindar aktiviti tidak berperikemanusian ini iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Bahagian Farmaseutikal di Kementerian Kesihatan melalui Dasar Perubatan Kebangsaan. (ayat relatif + ayat gabungan)  Kedua-dua badan ini perlu bergabung tenaga dan menyelaraskan aktiviti kawalan untuk menghindar gejala yang hanya menanti untuk menjadi masalah yang lebih besar. ( ayat gabungan + ayat relatif)  Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu bekerjasama dengan Lembaga Piawaian Pengiklanan (ASAM) agar penguatkuasaan yang lebih rapi dapat diadakan. (ayat keterangan + ayat relatif)  Penipuan dan teknik pengiklanan yang dicurigai dari segi etika yang digunakan dalam pengiklanan ubat. (ayat gabungan dan ayat relatif)  Persoalan antara ‘pengguna yang peka’ dan ‘pengguna yang jahil’ sebagai asas untuk menentukan iklan yang menipu. (ayat gabungan + ayat relatif)  Pada zaman moden ini yang bercirikan ekonomi kompleks, pengkhususan yang mendalam, dan kepadatan kawasan bandar, pengguna bergantung kepada pembuat barangan untuk keperluan mereka. ( ayat gabungan + ayat keterangan)
  • 18.  Ekonomi yang kompleks hari ini telah membuat pengguna lebih bergantung kepada pengusaha perdagangan bagi kesinambungan dan peningkatan nilai hidup mereka. ( ayat relatif + ayat gabungan)  Keperluan ubat-ubatan mereka boleh datang dari kilang yang beribu batu jauh dan dicipta dengan bahan bancuhan kimia dan peralatan teknikal yang penggunanya 11. sendiri tidak tahu.( ayat gabungan + ayat relatif)  Di Filipina, ubat yang dianggap mustahak mempunyai harga siling bagi menentukan harga runcitan adalah yang mampu dibeli rakyatnya.(ayat relatif + ayat keterangan) Masih terdapat ayat dalam artikel mengandungi ayat yang masih tidak gramatis penggunaan ayatnya walaupun kata hubung telah dimasukkan dalam ayat tersebut untuk membentuk ayat majmuk. Contoh ayat:-  Bagi ubat yang dianggap mustahak untuk menyekat atau menghindar penyakit serius, ia tidak ditawarkan secara meluas dan dengan harga yang munasabah. (ayat tidak gramatis dan didapati mengandungi 2 kata sendi dan dengan yang serentak digabungkan dalam ayat tersebut.)  Keselamatan ubat-ubatan – tanggungjawab moral dan perundangan oleh pembuat dan pembekal serta kebaikan dan kelemahan kawalan kendiri dan kerajaan bagi melindungi pengguna. (ayat tidak gramatis)  Perlu diingatkan, terdapat iklan ubat-ubatan yang menggunakan istilah perubatan atau kimia yang mana seseorang pengguna biasa tidak faham pun. (ayat tidak gramatis) KESIMPULAN:- Rumusan boleh dibuat bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai- bagai bentuk. Dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen, keterangan atau ayat majmuk campuran. Ayat bahasa Melayu sebenarnya dibentuk melalui proses pemajmukan, mengikut cara yang ingin dibincangkan atau disampaikan sesuatu maklumat. Sebagai penutur atau penulis yang mahir berkarya dan dapat mengusai 12. penggunaan bentuk ayat dalam penulisannya haruslah bijak memilih penggunaan jenis-jenis ayat yang ingin digabungkan agar tidak terpesong, dan jelas maksudnya. Ayat majmuk yang dibentuk haruslah bersesuaian penggunaan jenisnya dan kata hubungnya agar ayat nampak gramatis. Di dalam keratan akhbar yang dipilih, banyak ayat yang dibina dan dibentuk
  • 19. mengandungi pelbagai jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk campuran. Secara keseluruhannya, penulis banyak menggunakan pelbagai jenis ayat majmuk bagi memaklumkan kepada pembaca tentang maklumat-maklumat penting berkaitan tempat, benda, individu, badan-badan tertentu menjadi isi utama serta pokok perbincangan dalam tulisannya. Penggunaan jenis ayat majmuk yang dibina sangat bersesuaian dalam segala bidang fakta yang ingin disampaikan adalah menjadi fokus utama sesebuah artikel yang ditulis. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3110 KERJA KURSUS PROJEK Menghasilkan kerja Kursus Projek untuk memahami dan menganalisis unsur binaan ayat Bahasa Melayu yang terdapat dalam sesuatu teks atau prosa yang dipilih. 1.0 Pengenalan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. 2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat. 2.1. Subjek Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek
  • 20. ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan. 2.1.1.Binaan Subjek Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak. Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia. 2.1.1.(i) Kata Nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata nama khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 : Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama khas hidup manusia. Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am hidup manusia. 2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana. Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku mengangguk. Aku tersenyum. 2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
  • 21. Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang subjeknya kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir muka surat 94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir. 2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4 muka surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata adjektif selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat. Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan ke- ..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku. 2.2. Predikat Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa sifat dan frasa sendi. 2.2.1 Binaan Predikat Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. 2.2.1.(i) Predikat Frasa Nama Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama khas,dan kata nama terbitan.
  • 22. 2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah “Mak Timah bagaikan ibu kepadaku”. 2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan dalam cerpen Mak Timah ialah “ Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung” 2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah ialah “ Aku berlari kebilikku....” 2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek.Setelah meneliti ayat –ayat yang digunakan oleh penulis, didapati ada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja. a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94) b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq. c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 ) d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 ) e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 ) f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96) 2.2.1(ii)d.Kata Bantu
  • 23. Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi. Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah, didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut : g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 ) h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 ) i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja. ( Muka surat 94 ). j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94) k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96) l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 ) 2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ; a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91) b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 ) c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96) d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami ( Muka surat 96 ) e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 ) 2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter- yang membawa maksud “paling”. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat banyak
  • 24. penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang berikut : a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka surat 92) b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 ) c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92) d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95) 2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama.Kata sendi nama adalah seperti di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan sebagainya.Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama. a) Afiq lain sedikit daripada Idah b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah 3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu. Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. 3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. 3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang. Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama. Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah: i) Inti + penerang nama jenis. Frasa Nama
  • 25. Inti Penerang Nama Jenis baju kurung ii) Inti + penerang milik Frasa Nama Inti Penerang Milik Pakaian Idah Susu Afiq Bilik ku Orang nya 3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan nama. i)Penentu Hadapan Frasa Nama Penentu Hadapan Inti Bilangan Penjodoh Bilangan Semua - barang kemas ii) Penentu belakang Frasa Nama Inti Penentu belakang petang itu waktu itu iii) Inti + penerang kata adjektif Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif suara garau suara langsing iii) Inti + penerang frasa sendi nama Frasa Nama Inti Penerang Frasa Sendi Nama Sendi Nama Frasa Nama Aku dari sekolah Ayah di dapur
  • 26. 3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama. Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah Frasa Nama Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang) Pakaian Idah Susu Afiq Baju kurung 4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu. Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. 4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut : a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama Ayah bangun dari tidurnya Mak Timah datang bekerja di rumah Aku berlari ke bilik ii) Kata nama sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
  • 27. Ayah cium pipi Idah iii) kata Adjektif sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif Dadku menjadi sebak b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja Kata Kerja Penerang Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu 4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Afiq menggunakan pampers Aku cuba mencari hujah Aku menggelengkan kepala b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi Mak Timah memberitahu ku satu berita Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku. 4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-
  • 28. dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja. a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah. Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku Afiq sedang tidur di biliknya (penerang) Ayah akan mendukung Afiq b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja ii. Aku boleh menjaga mereka. iii. Aku tak mahu kata –kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi. iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami. v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku. vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku? vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab 4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen. Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen akan digunakan iaitu “bahawa dan untuk” yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen. a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq. b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya. d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah. 4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja ii) Keterangan waktu a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang iii) Keterangan cara a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya. iv) Keterangan tujuan a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami. v) Keterangan alat
  • 29. a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung. vi) Keterangan bagai a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku. b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri. 4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai. 5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakang. 5.1 Binaan Satu Perkataan Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah. I. Terganggu oleh suara langsing Afiq II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum. Kata adjektif “langsing dan garau” merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang terdiri dariapda satu kata dasar. 5.2 Binaan Dua Perkataan Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama. a) Binaan kata adjektif + kata adjektif Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh daripada cerpen Mak Timah seperti berikut : a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna • lemah lembut. b) Binaan kata adjektif + kata nama Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata adjektif
  • 30. jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. 5.3 Frasa Adjektif dan Penguat. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah a) Penguat hadapan Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata bantu.Contoh ayat ialah “Pampersnya sudah terlalu berat”. AYAT Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif Pampersnya sudah terlalu berat 5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif AYAT Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama Aku sudah pandai membuat susunya 5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak Timah. a) Frasa Adjektif sebagai Predikat Ayat Subjek Predikat 1) Pampersnya sudah terlalu berat 2) Dia larat untuk menjaga Idah 3) Dia juga pandai memasak 4) Aku sudah pandai membuat susunya b) Frasa Adjektif sebagai keterangan Ayat Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif ) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya
  • 31. c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama Frasa Nama Kata Nama Kata Adjektif 1) Mak Timah baik 2) Barang kemas 5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang berikut: Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen. 6.0 Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Sendi Nama Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Aku dari sekolah 6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu. i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di dalam jadual dibawah: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama dari sekolah Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama di rumah daripada Mak Timah ke rumahnya dari mulutku ke dapur di bandar
  • 32. di pusat rekreasi ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa nama arah. Frasa Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah Frasa Nama di - rumah di - bilik di atas tilam Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah. iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan. Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan Kata Nama Arah Frasa Nama di - bilikku pada waktu malamnya. ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku di - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang “simple” sahaja. 6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat. i) Predikat Frasa Sendi Nama Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contoh ayat: • Ayah di dapur • Ayah ke dapur Ayat Subjek Predikat Ayah di dapur Ayah ke dapur Aku dari sekolah ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja
  • 33. 1) Kami berempat bersiar-siar di bandar. 2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq 3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami 4) Mak Timah balik ke rumahnya. 5) Aku berlari ke bilikku 6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang 7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami. 6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja. 7.0 Rumusan Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa –frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen. Soalan 1 : Pada minggu depan, kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang separa pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi 1 subjek dan 1 prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada “Kampung kami” manakala prediketnya pula adalah “akandikunjungi pemimpin parti tersebut pada minggu depan.” Pola ayat ini ialah FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada Kata nama “kampung” dan kata ganti nama diri pertama iaitu “kami” yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama “kampung”. Frasa kerja pasif sebagai prediket pula terdiri daripada kata bantu “akan”, kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu“dikunjungi” dan pelaku diri ketiga “pemimpin parti” serta kata penentu “tersebut”. “Pemimpin” adalah merupakan kata nama manakala “parti” tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin. Dalam frasa kerja sebagai predikat pula terdapat frasa sendi nama “pada minggu depan” yang berfungsi sebagai keterangan waktu kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama “pada minggu depan” terdapat kata sendi nama “pada”, kata nama“minggu”, dan kata nama arah “depan” yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “minggu”. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan”.
  • 34. Soalan 2 : Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu. Analisis : Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada “Hasil padinya” manakala prediket ayatnya pula adalah“berguni-guni di dalam kepuk itu” Pola ayat ini terdiri daripada FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “hasil” dan kata “padi” ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “hasil”serta kata ganti nama diri ketiga “-nya” yang dirapatkan dengan kata“padi” kerana unsur klitik. Frasa kerja sebagai prediket pula adalah terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif yang dibentuk oleh kata nama ganda seluruh iaitu “guni-guni” yang menerima imbuhan awalan ber_ iaitu “berguni-guni”. Frasa sendi nama pula berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja tak transitif “berguni- guni” yang terdiri daripada kata sendi nama “di”, kata nama arah “dalam”, kata nama “kepuk” dan kata penentu “itu” Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seluruh prediket seperti yang berikut : “Berguni-guni di dalam kepuk itu hasil padinya”. Soalan 3 : Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu. Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh prediket pelaku diri pertama. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada kata “perintah yang kami terima itu”manakala prediket ayat pula ialah “kami laksanakan dengan segeranya” Pola ayat ini terdiri daripada Frasa nama + Frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “perintah”, kata sandang “yang” yang berfungsi sebagai kata nama, kata ganti nama diri pertama “kami”, kata kerja “terima” dan kata penentu “itu”.Kata “yang kami terima itu” merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “perintah”. Frasa kerja sebagai prediket pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama. Frasa kerja pasif terdiri daripada kata ganti nama diri pertama “kami” dan diikuti dengan kata keja pasif berimbuhan akhiran _kan iaitu “laksanakan”, manakala frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “dengan”, kata keterangan masa “segera” dan kata ganti nama diri ketiga “-nya”.Frasa sendi nama “dengan segeranya” berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja pasif “laksanakan”. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya”. Soalan 4 : Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak. Analisis : Ayat ini ialah ayat aktif transitif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada kata “orang” manakala prediket ayatnya pula adalah “sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara”.
  • 35. Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama +frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “orang”. Frasa kerja sebagai prediket ayat pula terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi. Frasa kerja terdiri daripada frasa adjektif “sibuk” yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja transitif berimbuhan apitan memper_kan iaitu “memperkatakan”, kata nama berimbuhan apitan ke_an iaitu “kenaikan”, kata nama “harga” dan kata nama“minyak”. “kenaikan harga minyak” adalah merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif“memperkatakan”. “Harga minyak” berfungsi sebagai penerang kata nama “kenaikan” manakala kata nama “minyak” juga berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “harga”. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “di”, kata bilangan tak tentu“seluruh” yang bertindak sebagai kata bantu kepada kata “negara”dan kata nama “negara”. Frasa sendi nama “di seluruh negara”berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama “kenaikan harga minyak”. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara”. Soalan 5 : Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis. Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada “pengedar dadah itu” manakala prediketnya pula terdiri daripada “terus diburu polis ke mana-mana sahaja”. Pola ayat ii terdiri daripada frasa nama + frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama “pengedar”, kata nama “dadah” dan kata penentu “itu”. Kata nama “dadah”berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pengedar”. Frasa kerja pasif sebagai prediket pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama. Frasa kerja pasif terdiri daripada kata “terus” yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu kata “diburu” dan kata nama “polis” yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja pasif “diburu”. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “ke”, diikuti dengan kata ganti tak tentu “mana-mana” dan kata nama “sahaja”. Kata “ke mana-mana sahaja” bertugas sebagai penerang kepada kata nama“polis”. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja”. Soalan 6 : Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh prediket pelaku diri pertama dengan klausa sebagai subjek. Subjek ayat terdiri daripada klausa “bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya” manakala prediket ayat ialah “saya jelaskan kepadanya”. Klausa sebagai subjek terdiri daripada subjek “pemimpin itu” dan prediketnya terdiri daripada “tidak amanah terhadap rakyatnya” dan kata “bahawa” adalah merupakan kata hubung. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama “pemimpin itu”.Kata “pemimpin” ialah merupakan golongan kata nama dan “itu”ialah kata penentu. Prediket klausa terdiri daripada frasa adjektif yang terbina daripada kata nafi “tidak”, kata adjektif “amanah” dan frasa sendi nama “terhadap rakyatnya”. Frasa
  • 36. sendi nama terdiri daripada kata sendi nama “terhadap”, kata nama “rakyat” dan kata ganti nama diri ketiga “-nya”. Prediket ayat pasif pelaku diri pertama ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku diri petama “saya jelaskan” dan frasa sendi nama“kepadanya”. Frasa kerja pasif pelaku diri pertama terikat dengan hukum aneksi persona iaitu antara kata ganti nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh hadir perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama “kepada” dan kata ganti nama diri ketiga “-nya”. Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif susunan biasa seperti yang berikut : “Saya menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya kepadanya.” Soalan 7 : Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya? Analisis : Ayat ini ialah ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa dengan klausa sebagai prediket. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama iaitu “kawasan kediamannya itu” manakala prediket ayat adalah “bagaimana keadaannya”. Predikat ayat ini terdiri daripada klausa yang terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam klausa ini, susunan subjek dan predikat disongsangkan seperti yang berikut : “bagaimana keadaannya”. Klausa sebagai prediket terdiri daripada subjek“keadaannya” dan prediket terdiri daripada kata “bagaimana”. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama “keadaannya”.“Keadaannya” ialah golongan kata nama dan “-nya” ialah kata ganti nama diri pertama dan diikuti dengan tanda tanya (?). Prediket klausa pula terdiri daripada kata tanya “bagaimana”. Subjek ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa dengan klausa sebagai prediket ini terdiri daripada frasa nama “kawasan kediamannya itu”. Kata “kawasan” adalah golongan kata nama, kata “kediamannya” juga ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata “kawasan” dan kata “itu” ialah kata penentu. Kata nama “kediaman” diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga “-nya” dalam keadaan kedua-dua kata ini dirapatkan antara satu sama lain kerana unsur klitik. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat tanya susunan songsang sepenuhnya seperti yang berikut : “Bagaimanakah keadaannya kawasan kediamannya itu?” Soalan 8 : Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Analisis : Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa dengan klausa sebagai objek. Subjek ayat terdiri daripada “pihak polis” manakala prediket ayat pula terdiri daripada kata “menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri”. Klausa sebagai objek terdiri daripada “bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri”. Subjek ayatnya ialah kata“pendatang asing itu” dan prediketnya pula adalah “telah melarikan diri” dan kata “bahawa” pula ialah kata hubung. Klausa sebagai objek ini hadir selepas kata kerja transitif berimbuhan apitan men_kan iaitu kata “menerangkan”. Jadi, klausa “bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri” merupakan klausa objek kerana hadir selepas kata kerja transitif “menerangkan”. Subjek dalam ayat ini terdiri daripada frasa nama “pendatang asing itu”.“Pendatang” ialah kata nama manakala “asing” juga ialah kata nama yang bertindak sebagai penerang kepada kata “pendatang”dan kata “itu” pula ialah kata penentu yang menjadi penentu
  • 37. kepada subjek. Prediket klausa pula adalah teridiri daripada frasa kerja yang terbina daripada kata bantu “telah”, kata kerja transitif berimbuhan apitan me_kan iaitu “melarikan” dan kata nama “diri”. Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek. Subjek ayat aktif transitif susunan biasa ini dengan klausa sebagai objek ini terdiri daripada frasa nama pelaku diri ketiga iaitu“pihak polis”. “Pihak” ialah kata nama manakala “polis” juga adalah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama“pihak”. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa dengan klausa sebagai subjek seperti yang berikut : “Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis”. Soalan 9 : Penduduk disitu berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat. Analisis : Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap. Subjek ayat terdiri daripada kata“penduduk di situ” manakala prediket ayat pula adalah“berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat”. Klausa sebagai pelengkap terdiri daripada “bahawa kediaman mereka tidak selamat”. Subjek ayat iaitu “kediaman mereka” manakala prediket ayat adalah “tidak selamat” dan kata“bahawa” pula adalah merupakan kata hubung. Klausa sebagai objek ini pula wujud selepas kata kerja tak transitif berimbuhan awalan ber_ iaitu “berpendapat”. Jadi klausa “bahawa kediaman mereka tidak selamat” merupakan klausa pelengkap kerana hadir selepas kata kerja tak transitif “berpendapat” yang bertugas sebagai pelengkap dalam ayat tersebut. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama “kediaman mereka”. “Kediaman” ialah kata nama dan“mereka” ialah kata ganti nama diri ketiga yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama “kediaman”. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi “tidak” dan kata nama “selamat”. Subjek ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap ini terdiri daripada kata nama “penduduk” dan frasa sendi nama “di situ” yang terdiri daripada kat sendi nama “di”dan kata tunjuk “situ” yang berfungsi sebagai kata ganti tempat. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat aktif tak transitif songsang seluruh pradiket dengan klausa sebagai pelengkap seperti yang berikut : “Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamatlah oleh penduduk di situ”. Soalan 10 : Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Analisis : Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang. Subjek ayat terdiri daripada kata “kakitangan pejabat itu” manakala prediket ayatnya pula ialah terdiri daripada “mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan”. Klausa sebagai penerang terdiri daripada subjek “pengarah baharu itu” manakala prediket ayat pula terdiri daripada kata “bukan orang tempatan” dan kata “bahawa” ialah kata hubung. Klausa sebagai penerang iaitu kata “bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan” hadir selepas kata nama berimbuhan apitan penge_an iatu kata “pengesahan”. Kata “pengesahan” pula wujud selepas kata kerja transitif berimbuhan awalan men_ iaitu kata“mendapat”. Maka
  • 38. kata “pengesahan” bertindak sebagai penerang kepada kata kerja “mendapat”. Oleh yang demikian, klausa “bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan”merupakan klausa penerang kerana hadir selepas kata nama“pengesahan” yang bertugas sebagai penerang dalam ayat tersebut. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama “pengarah baharu itu”. “Pengarah ialah kata nama manakala “baharu” pula ialah kata adjektif yang menjadi penerang kepada kata nama “pengarah” dan kata “itu” ialah kata penentu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi “bukan”, kata nama“orang” dan kata nama “tempatan” yang bertugas sebagai penerang kepada “pengarah baharu itu”. Subjek ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang ini terdiri daripada frasa nama“kakitangan pejabat itu”. “Kakitangan” ialah kata nama manakala kata “pejabat” juga ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pejabat” dan kata “itu” ialah kata penentu. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang seperti yang berikut :“Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.” Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk - Sintaksis catatan daripada monazman.blogspot.com bertarikh 23/6/2013 1.0. PENGENALAN Pengkajian pembinaan ayat atau sintaksis adalah proses mengkaji bagaimana serangkaian perkataan yang disusun menjadi frasa seterusnya membentuk klausa sebelum menjadi sebuah ayat yang lengkap. Ayat yang lengkap akan menghasilkan makna yang membolehkan kelangsungan komunikasi di dalam sesebuah masyarakat. Aspek kajian sintaksis dilakukan dengan melihat unsur-unsur sintaksis berpadu menjadi frasa dan ayat. Juga binaan sintaksis dianalisis dengan melihat bagaimana pola-pola sintaksis dibangunkan bersama fungsinya. 2.0. OBJEKTIF Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat sama ada dari ayat tunggal dan ayat majmuk dan memahami fungsi dan jenis-jenis pola tersebut. Tujuannya agar dapat meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada akhinya akan menentukan identiti bahasa itu sendiri. 3.0. RANAH KAJIAN Kajian akan memokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berasaskan analisis ayat tunggal, ayat majmuk dan subjenis yang terdapat di dalamnya. 4.0. BAHAN Teks diperolehi daripada tulisan Zul Fikri Zamir Mohamad Munir bertajuk Blog Remaja Mendepani Era Masa kini yang tersiar di ruangan Fokus majalah Dewan Siswa edisi Februari 2013 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Khalayaknya adalah pembaca yang tahu berbahasa Melayu. 5.0. KAEDAH
  • 39. Kajian akan dilakukan dengan menyaring keluar ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat tersebut yang ditemui di dalam teks kajian. Ia akan dicerakin dan direkodkan di dalam tiga jadual jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Jadual Analisis Ayat Majmuk dan pendetailan subjenis serta peratusan masing-masing. 6.0. KONSEP Ayat tunggal secara umumnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar. Kedua-duannya mempunyai elemen satu klausa yang ketara iaitu satu subjek dan satu predikat. Bagaimanapun, ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar dengan kebolehannya menerima kehadiran unsur keterangan pada pahabgian subjek atau predikatnya. Selain daripada itu, ayat tunggal boleh disongsangkan kedudukan subjek dan predikatnya. Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman(2006) menyatakan ayat tunggal dan ayat dasar adalah satu perkara yang sama kerana ia dibentuk berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas dan semestinya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Abdullah Hassan di dalam buku Linguistik Am (2007) membariskan definisi ayat dasar oleh para ilmuwan bahasa seperti Arbak Othman dan Asmah Hj Omar serta penggarisan konsep ayat dasar oleh Tatabahasa Dewan. Arbak Othman mengelaskan ayat dasar kepada beberapa bahagian seperti di bawah: a) Subjek nama + predikat nama (FN + FN) b) Subjek nama + predikat sifat (FN + FAdj) c) Subjek nama + predikat kopula (FN + FPemeri) d) Subjek nama + predikat rangkai kata depan (FN + FSn) e) Subjek nama + predikat kata kerja tak transitif (FN + FKttr) f) Subjek nama + predikat kata kerja transitif (FN + Ftr) Asmah Hj Omar pula mencatatkan di dalam Nahu Melayu Mutakhir edisi ke-4 meringkaskan ayat dasar kepada dua pola sahaja iaitu: a) Frasa benda + frasa benda b) Frasa benda + frasa karyaan Manakala Tatabahasa Dewan 1981 menggariskan pola ayat dasar iaitu a) Frasa nama + frasa nama b) Frasa nama + frasa adjektif c) Frasa nama + frasa kerja d) Frasa nama + frasa sendi nama Ayat majmuk pula adalah rangkuman ayat-ayat tunggal sehingga menghasilkan ayat-ayat baru yang terdiri daripada dua atau lebih klausa. Secara amnya, ayat majmuk dapat difahami sebagai gabungan dua ayat tunggal yang lengkap dan disatukan menjadi sebuah ayat yang bermakna. Jika ayat tunggal didefinisikan sebagai ayat yang mempunyai satu klausa iaitu satu predikat dan satu subjek, maka ayat majmuk akan mempunyai lebih daripada dua klausa, sekurang-kurangnya. Za’aba atau Zainal Abidin bin Ahmad (2000: 279) menggunakan istilah ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur untuk sebagai definisi ayat majmuk.
  • 40. Asmah Hj Omar (1973 : 58) pula mendefinisikan ayat majmuk sebagai klausa kompleks yang terbahagi kepada dua iaitu klausa kompleks yang terbentuk daripada penggabungan dan pelapisan. Beliau kemudiannya membahagikannya sebagai klausa kompleks tak setara dan klausa kompleks setara. Abdullah Hassan (1993 : 201) memecahkan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat. Manakala Arbak Othman (1989 : 172) membahagikan ayat majmuk kepada ayat berlapis dan ayat berkait. Bagaimanapun diringkaskan oleh Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) juga dipersetujui oleh Nik Safiah Karim bahawa ayat majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 6.1. Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah pencantuman dua ayat atau lebih dengan susunan tertentu sehingga terbentuknya satu ayat yang baharu. Ayat-ayat ini dihubungkan dengan penggunaan kata hubung tertuntu ataupun hanya dengan tanda koma. Ayat-ayat yang tercantum itu mestilah mempunyai kedudukan yang setara iaitu kedua-duanya boleh berdiri sendiri. Mudah kata, ayat majmuk gabungan adalah gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Untuk melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat yang gramatis, penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat haruslah digunakan. Diperturunkan di bawah ini makna dan contoh kata hubung sebagai alternatif kepada penggunaan parataksis di dalam ayat. Makna Contoh Kata Hubung Penjumlahan …dan, serta, juga, Pilihan …atau Urutan …lalu, lantas, terus Penambahan …dan, serta, tambahan pula Penyertaan …sambil, serta, seraya Pertentangan …tetapi, namun, melainkan Peluasan …tambahan pula, dan, serta Bagaimanapun, terdapat kelonggaran di dalam penghasilan ayat majmuk gabungan iaitu seandainya ia melibatkan dua unsur yang sama di dalam pembinaan ayat tersebut maka unsur yang sama digugurkan dan sekiranya unsur yang berbeza digunakan, maka unsur yang sedia ada tidak dibuang. Begitupun, ia masih juga tertakluk keadaan hubungan semantic dan makna yang logic untuk membetuk ayat yang gramatis dan serta saling berkaitan. 6.2. Ayat Majmuk Pancangan
  • 41. Nik Safiah Karim (2008) mendefinisikan ayat majmuk pancangan adalah ayat yang mengandungi satu ayat induk yang bergabung dengan satu atau lebih ayat kecil lain yang dipancangan kepada atau ayat induk. Ayat kecil ini juga boleh menjadi sebahagian daripada ayat induk. Abdullah Hassan (2008) mentakrifkan ayat majmuk pancangan berlaku apabila kedapatan dua atau lebih klausa tak setara. Ini kerana ayat majmuk pancangan terdiri daripada klausa utama dan klausa bukan utama. Klausa bukan utama ini akan diselit masuk ke dalam klausa utama. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu: 6.2.1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat Majmuk Pancangan Relatif dikenali dengan kata penghubung yang (Nik SafiahKarim et. Al. 2008) . Abdullah Hassan (2008) menegaskan ayat relatif ini dapat dikesan apabila terdapat kelahiran klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata nama tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat. Klausa relatife hanya menerangkan frasa nama, dan tidak berkait dengan unsur lain di dalam ayat dan dihubungkan dengan kata ganti nama hubung relatif yang (Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006 : 58) Unsur penerangan kata nama ini pula dibantu oleh empat jenis peluasan yang dipanggil peluasan frasa nama oleh klausa relatif yang boleh berlaku kepada empat bahagian ayat iatu: a) Peluasan subjek b) Peluasan predikat c) Peluasan objek d) Peluasan keterangan 6.2.2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat majmuk jenis ini dikesan dengan kehadiran klausa komplemen dan klausa ini dipancangakan kepada klausa utama untuk menjadikan klausa tersebut lengkap (Abdullah Hassan, 2008) Ia terbentuk dengan dua kata hubung komplemen bahasa Melayu iaitu bahawadan untuk. Nik Safiah Karim mensyaratkan pula kata hubung komplemen bahawa hanya boleh digunakan pada bahagian subjek atau predikat ayat tetapi kata hubung komplemen untuk hanya terpakai pada bahagian subjek sahaja. Ayat komplemen juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu a) Ayat komplemen frasa nama – boleh digunakan dalam dua posisi iaitu subjek dan predikat b) Ayat komplemen frasa kerja c) Ayat komplemen frasa adjektif 6.2.3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
  • 42. Ayat majmuk jenis ini jelas kelihatan apabila terdapat satu ayat induk tergabung dengan satu atau lebih ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat kecil ini pula bertindak sebagai keterangan kepada predikat. Kebiasaannya, frasa kerja digunakan di dalam predikat tersebut dan terdapat huraian lanjut oleh ayat kecil atau huraian oleh klausa keterangan. Kata hubung keterangan berfungsi menikahkan kedua-dua ayat induk dan ayat kecil ini untuk membina ayat majmuk pancangan keterangan. Nik Safiah Karim et. al (2008) menggariskan sembilan jenis ayat majmuk keterangan yang beserta contoh-contohnya. Kata Keterangan Contoh musabab Kerana, Akibat Hingga, sehingga Syarat Sekiranya, andai kata, jikalau, kalau Waktu Sejak, setelah, sewaktu, sementara pertentangan Biarpun, walaupun, kendatipun, sedangkan, harapan Supaya, agar, semoga Cara Dengan Tujuan Untuk, perbandingan Seperti, macam, seolah-olah 6.3.Ayat Majmuk Campuran Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) menggariskan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran. Nama lainnya ialah ayat kompleks. Ahmad Khair Mohd Nor (2003) mendefinisikan ayat majmuk campuran adalah apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara. 7.0.Analisis Hasil analisis diperturunkan sepenuhnya seperti di dalam beberapa jadual yang terdapat di dalam lampiran. Analisis tersebut telah mengekstrak ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenisnya di dalam teks tersebut. Sebagai pengitlakan daripada analisis ini didapati terdapat sejumlah 5 ayat majmuk (100.00%) dan tiada ayat tunggal, 0 (100.00%). Maka dapatlah dikatakan bahawa hanya ayat majmuk dan suubjenisnya yang kedapatan untuk dikaji di dalam teks ini. Contoh-contoh ayat majmuk: 7.1. Di Malaysia, fenomena blog berkembang dan menjadi trend bermula pada awal tahun 2000. 7.2. Dengan capaian yang lebih muda, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat. 7.3. Remaja mula menulis mengenai isu semasa, politik serta agama yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian mereka.
  • 43. 7.4. Untuk remaja yang mempunyai minat dan kecenderungan menulis, blog digunakan untuk melatih diri dan menajamkan kemahiran menulis pada usia yang muda. 7.5.Perkembangan teknologi yang semakin pantas juga menyebabkan fenomena blog semakin penting kerana blog kini menjadi sebahagian daripada sumber perkongsian maklumat yang penting. Daripada lima contoh ayat yang diperturunkan, terdapat pelbagai jenis ayat majmuk dan subjenisnya seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk campuran. Jadual Analisis Ayat Majmuk berdasarkan tiga jenis ayat majmuk iaitu Ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Hasil yang diperolehi ialah Jadual Analisisi Ayat Majmuk mencatatkan kehadiran 1 ( 20.00%) ayat majmuk gabungan dan 4 (80.00%) ayat majmuk campuran. Sebuah lagi jadual menunjukkan bahawa ayat majmuk pancangan relatif menguasai 80.00% iaitu 4 ayat di dalam rangkuman ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pancangan keterangan mencatat 20.00% iaitu 1. Di dalam analisis ayat majmuk campuran. Contoh ayat majmuk gabungan ialah : 1. Di Malaysia, fenomena blog berkembang dan menjadi trend bermula pada awal tahun 2000 Contoh ayat majmuk campuran 1. Dengan capaian yang lebih mudah, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat. 2. Remaja mula menulis mengenai isu semasa, politik serta agama yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian mereka. 3. Untuk remaja yang mempunyai minat dan kecenderungan menulis, blog digunakan untuk melatih diri dan menajamkan kemahiran menulis pada usia yang muda. 4. Perkembangan teknologi yang semakin pantas juga menyebabkan fenomena blog semakin penting kerana blog kini menjadi sebahagian daripada sumber perkongsian maklumat yang penting. 8.0. Penutup Daripada analisis didapati kajian dan perbandingan ini menemukan beberapa jenis ayat majmuk tetapi tidak kedapatan ayat tunggal di dalam teks ini. Ayat majmuk yang wujud kebanyakannya adalah ayat majmuk campuran sebanyak 60.00% dan ayat majmuk gabungan sebanyak 40.00%. Kajian ini juga memberi kefahaman tentang variasi ayat-ayat majmuk di dalam bahasa Melayu yang memungkinkan penggunaan bahasa yang lebih tuntas dan bersistem. Bibliografi
  • 44. __________(2011)BML 3063 Sintaksis, Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) Sintaksis SIri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn Bhd Abdullah Hassan, (2008) Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn Bhd Asmah Haji Omar (2008) Nahu Kemas Kini, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn Bhd Abdullah Hassan, (2007) Linguistik Am, SIri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor, PTS Professional Publishing Sdn Bhd Ayat Majmuk, Abdul Ghalib Yunus – Munsyi Dewan Rabu 31 Mac 2010 diperolehi pada 14 April 2013 daripada agy7500.blogspot.com/2010/03/siri-370-binaan-ayat