KSSR: Kurikulum Standard SekolahRendahby kulanz on 09/01/2011 · 22 commentsJumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat...
Konflik Dalam Organisasi Pendidikanby kulanz on 29/02/2012 · 2 commentsKonflik Dalam Organisasi PendidikanTulisan kali ini...
Dalam konteks sekolah, Corwin (1969) yang mengkaji konflik di kalangan staf dalam 28 buahsekolah awam telah mengenalpasti ...
Mengurus Konflik Dalam OrganisasiPendidikanby kulanz on 01/03/2012 · 4 commentsTulisan kali ini khusus untuk membincangkan...
Borisoff dan Victor (1989) telah mencadangkan satu pendekatan pengurusan konflik yang terdiridaripada lima langkah iaitu p...
Rajah: Teknik Pengurusan Konflik (diubahsuai daripada Moorhead dan rakan-rakan, 2004)
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi diMalaysia 2012by kulanz on 04/02/2012 · 11 commentsSemalam Kementerian Pelajaran Malay...
Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlangdari segi akademik, tetapi juga sahs...
Sub-NKRA 1: Prasekolah7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:       P...
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap       autonomi dan akauntabiliti, membenark...
Ada bezanya antara KBSR dengan KSSRPilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendaknaluri manusia. Begitu...
D. Organisasi KurikulumKBSR :Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan TambahanTahap 11 ( Tahun 4,5 dan ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kssr

1,665

Published on

KSSR

Published in: Education
0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,665
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
86
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Kssr"

  1. 1. KSSR: Kurikulum Standard SekolahRendahby kulanz on 09/01/2011 · 22 commentsJumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat ringkas pelaksanaan Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011.Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan ataupelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahuidan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asastentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahuioleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa.Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuaipada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah padatahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telahdilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan,KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yangholistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum disekolah.Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: StandardKandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahuidan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atauindikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada danmemastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaanpelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan BukuPanduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.
  2. 2. Konflik Dalam Organisasi Pendidikanby kulanz on 29/02/2012 · 2 commentsKonflik Dalam Organisasi PendidikanTulisan kali ini khusus untuk membincangkan punca-punca, jenis dan peringkat konflikkhususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel KenapaWujud Konflik Dalam Organisasi?. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebutuntuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini.Punca Konflik dalam PendidikanBerdasarkan pandangan Hellriegel dan rakan-rakan (2001), konflik merujuk kepada satu prosesdi mana satu pihak mempunyai tanggapan bahawa keinginannya ditentang atau dipengaruhisecara negatif oleh pihak yang lain. Definisi ini menunjukkan bahawa wujud ketidaksepadanandalam pandangan di kalangan manusia yang terlibat dan pertikaian tentang pelbagai isu danperistiwa konflik yang berbeza.Apabila individu-individu atau kumpulan-kumpulan dengan matlamat, nilai dan persepsi yangberbeza bersaing bersama-sama untuk mendapatkan sumber yang tidak mencukupi atau bersainguntuk mencapai matlamat masing-masing, konflik kemungkinan besar akan timbul (Assael,1969). Loewen (1983) telah menjangka lebih kurang sepuluh peratus daripada aktiviti manusiadalam organisasi pendidikan terlibat dalam konflik. Beliau menegaskan bahawa konflik bolehdilihat sebagai satu daya yang diperlukan untuk membentuk aktiviti manusia dalam organisasi.Merujuk kepada konflik dalam organisasi, Roethlisberger (1959) telah menyatakan bahawaamalan pengurusan yang tidak mempertimbangkan sentimen pekerja sering kali didapatibercanggah dengan kehendak pekerja. Ini mengakibatkan perselisihan faham antara kedua-duapihak pengurusan dan pekerja-pekerja. Ruben (1978) pula melihat aspek komunikasi sebagaisatu punca konflik berlaku di mana dikatakan konflik merupakan hasil langsung daripadakomunikasi yang tidak betul atau perselisihan faham. Pendapat ini disokong oleh para penyelidiklain seperti Achoka (1990), Bondesio (1992) dan Robbins (2001) yang juga menyatakan bahawakomunikasi memainkan peranan penting dalam pembentukan konflik. Ketiga-tiga penyelidikberkenaan telah membahagikan punca konflik kepada tiga faktor utama iaitu faktor tingkah lakuperibadi (pembolehubah peribadi), faktor struktur dan faktor komunikasi. Kesemua puncakonflik ini dikatakan merupakan syarat berlakunya konflik dan diletakkan pada peringkatpertama dalam proses konflik yang dicadangkan oleh Robbins (2001) iaitu peringkat ‘PotensiPercanggahan atau Ketidaksepadanan’.Satu penyelidik lain iaitu Pondy (1967) juga berpendapat bahawa halangan fizikal dalamkomunikasi boleh mengakibatkan konflik. Menurut beliau, konflik dalam suatu organisasi adalahdisebabkan oleh keraguan, tanggapan tentang peningkatan perselisihan antara jabatan-jabatan,saling kebergantungan antara jabatan-jabatan untuk mencapai matlamat organisasi di sampingfaktor komunikasi.
  3. 3. Dalam konteks sekolah, Corwin (1969) yang mengkaji konflik di kalangan staf dalam 28 buahsekolah awam telah mengenalpasti lima pembolehubah yang menyebabkan konflik: 1. pembezaan struktur – di mana konflik dikaitkan dengan darjah pembezaan dalam organisasi, pengkhususan staf, dan bilangan peringkat autoriti 2. penyertaan dalam struktur autoriti – di mana konflik adalah akibat daripada desentralisasi dalam proses membuat keputusan 3. prosedur pengawalaturan – konflik dikaitkan dengan darjah kawalan dalam organisasi 4. kestabilan dan kepelbagaian – di mana kepelbagaian staf dikaitkan dengan konflik 5. struktur interpersonal – di mana hubungan interaksi tak formal di kalangan staf juga mempengaruhi tahap ketegangan dan konflik di kalangan mereka
  4. 4. Mengurus Konflik Dalam OrganisasiPendidikanby kulanz on 01/03/2012 · 4 commentsTulisan kali ini khusus untuk membincangkan definisi konsep, pendekatan, teknik, gaya danstrategi pengurusan konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungandaripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi? dan Konflik Dalam OrganisasiPendidikan. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkankefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini.Mengurus Konflik Dalam Organisasi PendidikanKonflik merupakan sebahagian daripada kewujudan manusia (a part of human existence). Iatidak dapat dielakkan selagi ada interaksi sesama manusia. Justeru itu, konflik wujud dalamsemua organisasi. Sekolah sebagai sebuah organisasi juga tidak terasing daripada didedahkandengan konflik. Interaksi yang berlaku di sekolah seperti hubungan antara pelajar-pelajar, guru-guru, guru besar atau pengetua, pegawai pelajaran, ibu bapa mahupun masyarakat, mungkinmencetuskan konflik yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, konflik juga boleh dilihatsebagai sesuatu yang bermanfaat kepada organisasi dan tidak semua konflik yang wujud disekolah mempunyai kesan yang negatif. Pengurusan konflik yang berkesan dapat menjadikankonflik lebih berfaedah dan memberikan kesan yang positif kepada sekolah. Konflik yang diurussecara konstruktif dapat merangsang perkembangan dan perubahan yang diperlukan olehsesebuah sekolah. Di sebaliknya, kelemahan dalam pengurusan konflik boleh mengakibatkanmasalah-masalah lain di sekolah seperti gangguan-gangguan ke atas sistem pentadbiran sekolah,proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya yang mungkin akanmenyukarkan pencapaian matlamat sekolah.Definisi Pengurusan KonflikMenurut Hellriegel dan rakan-rakan (2001), pengurusan konflik mengandungi proses-prosesdiagnostik, gaya-gaya interpersonal, strategi-strategi perundingan, dan kaedah-kaedah lain yangmana direka untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diperlukan dan mengurangkan ataumenyelesaikan konflik yang berlebihan. Kebolehan untuk memahami dan mengdiagnos konflikdengan betul merupakan satu perkara penting untuk mengurus konflik. Robbins (2001) pulamenyatakan pengurusan konflik sebagai penggunaan teknik resolusi dan stimulasi untukmencapai tahap konflik yang diingini.Folberg dan Taylor (1984) pula menyatakan bahawa pengurusan konflik melibatkan pihak-pihakyang terlibat dalam konflik untuk mengasingkan isu, mencari pilihan-pilihan,mempertimbangkan alternatif dan mencapai konsensus yang memuaskan kehendak pihak-pihakterbabit sama ada sesama mereka sendiri atau melalui bantuan pihak ketiga yang neutral.Pendekatan Pengurusan Konflik dalam Pendidikan
  5. 5. Borisoff dan Victor (1989) telah mencadangkan satu pendekatan pengurusan konflik yang terdiridaripada lima langkah iaitu pentaksiran, pengakuan, sikap, tindakan dan analisis. Pengurusankonflik bermula dengan pentaksiran punca-punca konflik, sifat-sifat individu yang terlibat danmatlamat mereka, serta persekitaran komunikasi. Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik perlumengaku atau membenarkan penyuaraan pandangan masing-masing dan mesti mempunyai sikapbekerjasama untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses pengurusan. Tindakan secara lisandan bukan lisan boleh diambil oleh mana-mana pihak terlibat untuk mencapai matlamat mereka.Ciri-ciri tindakan inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konflik.Sepanjang proses pengurusan konflik, analisis perlu dijalankan untuk memastikan konflik diurussecara konstruktif.Mengikut Moorhead dan rakan-rakan (2004), terdapat dua teknik yang boleh digunakan dalampengurusan konflik iaitu : 1. Teknik Penyelesaian / Resolusi Konflik 2. Teknik Perangsangan / Stimulasi KonflikPemilihan teknik bagi mengurus sesuatu konflik adalah bergantung kepada keadaan. Dalamsituasi konflik yang serius dan merugikan, seseorang pengurus harus melibatkan diri dalampenyelesaian konflik. Apabila konflik menjadi destruktif atau membinasa, bukan berfokuskanmatlamat organisasi dan memakan masa yang panjang serta usaha yang sia-sia tanpamemberikan hasil yang produktif, maka teknik resolusi adalah lebih sesuai digunakan untukmengurus konflik. Contoh teknik resolusi konflik yang boleh digunakan adalah penyelesaianmasalah menerusi perbincangan terbuka, pengelakan, kompromi, penambahan sumber dansebagainya.
  6. 6. Rajah: Teknik Pengurusan Konflik (diubahsuai daripada Moorhead dan rakan-rakan, 2004)
  7. 7. Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi diMalaysia 2012by kulanz on 04/02/2012 · 11 commentsSemalam Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)membabitkan 10 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah Kohort 3 tahun ini.Watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas disampaikan sendiri oleh Timbalan PerdanaMenteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Sebagai makluman bersama, pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat sejajardengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melaluipeningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasidalam pengurusan masing-masing. Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajarholistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlangbertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.Baca juga artikel sebelum ini: 1. Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010 – 2011 (Kohot 1 & 2) 2. Sekolah Daif di MalaysiaSekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 3 Tahun 201210 Buah Sekolah Rendah 1. SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu 2. SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu 3. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah 4. SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu 5. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu 6. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang 7. SK Minden Height, Pulau Pinang 8. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang 9. SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah 10. SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor4 Buah Sekolah Menengah 1. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah 2. SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 3. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor 4. SM Sains Johor, Kluang, Johor.
  8. 8. Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlangdari segi akademik, tetapi juga sahsiah moral dan agama di negara ini.Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)by kulanz on 09/11/2010 · 34 commentsBidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya,beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan sayasendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satusub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan.Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaanbeberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerimapertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yangterkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan.Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA.Lebih elok sekiranya buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan Sub-NKRAPendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkankemudian.NKRA – National Key Result Area “The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system” “ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians” “ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PendidikanDalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberitumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti danberkemampuan.
  9. 9. Sub-NKRA 1: Prasekolah7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan: Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah KebangsaanSub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
  10. 10. Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)- Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin SekolahMeningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah diMalaysia:
  11. 11. Ada bezanya antara KBSR dengan KSSRPilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendaknaluri manusia. Begitu jugalah dalam aspek penambahbaikankurikulum. Kurikulum yang lebih baik menjadi keutamaan dalammerealisasikan kehendak masa depan manusia yang berada dalamzamannya. Khalifah Umar pernah menasihatkan agar didiklah anak-anak mu untuk hidup di zamannya. Ya, zaman kita ini adalah untukkita manakala zaman anak cucu cicit kita adalah untuk mereka,maka kitalah yang perlu menunjuk ajar mereka ini sebagaipersediaan buat menghadapi hari depan mereka.Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatifsetiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan daripenambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya.A. Asas Reka Bentuk KurikulumKBSR : Berasaskan 3 Bidangi. Komunikasi2. Manusia dan Alam Sekeliling3. Perkembangan Diri IndividuKSSR : Berasaskan 6 Tunjang1. Komunikasi2. Kerohanian, Sikap dan Nilai3. Kemanusiaan4. Perkembangan fizikal dan estetika5. Sains dan Teknologi6. Keterampilan DiriB. Bahan KurikulumKBSR : Suktan PelajaranKSSR : Dokumen Standard KurikulumC. Jenis Reka Bentuk KurikulumKBSR : LinearKSSR : Modular
  12. 12. D. Organisasi KurikulumKBSR :Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan TambahanTahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan TambahanKSSR :Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema danModul ElektifTahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan ElektifE. ElemenKBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KreatifKSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma &Komunikasi (TMK) secara eksplisitF. FokusKBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan MenaakulKini sudah terang lagi bersuluh... bersama kita jayakan.Anda mungkin juga meminati:

×