125050578 assignment-psv
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

125050578 assignment-psv

on

  • 3,784 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,784
Views on SlideShare
3,784
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
146
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

125050578 assignment-psv 125050578 assignment-psv Document Transcript

  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 1 PENGHARGAAN Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah ditetapkan.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Seni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Encik Mokhtar bin Adnan yang telah memberi masa dan bimbingan yang diharapkan.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada Puan Asnaniar Hj Alias, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Ali bin Jikri dan Encik Bakar bin Jaidi. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta membuat ulasan berpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan. Perkara ini kelihatan mudah namun memerlukan masa yang sesuai dan perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yang mencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan P&P PSV tersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu Junaidah bt. Ramli dan Cikgu Azizul bin Othman amat membanggakan kerana mereka telah memberikan P&P yang terbaik kepada murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSV ini merupakan subjek elektif namun ia mempunyai teori perkembangannya yang tersendiri dan perlu dititikberatkan untuk perkembangan semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan kajian terhadap aktivitipengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dan pengurusan bilik seni di sekolah ini. Saya juga telah berkongsi beberapa keping gambar bilik seni serta projek yang dijalankan di sekolah saya kepada rakan-rakan yang memerlukannya. Sekian…
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 2 REFLEKSI Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Tugasan yang saya perlu kaji adalah berkenaan sejarah kurikulum perkembangan PSV di Malaysia dan pengurusan bilik PSV dan konsep 5p dalam PSV. Pada peringkat awalnya saya berasa tertekan kerana dengan tugasan PSV ini ditambah pula dengan aktiviti-aktivit isekolah serta aktiviti-aktiviti daripada organisasi-organisasi luar menjadikan masa sesaat begitu penting buat diri saya. Tempoh sebulan untuk menyiapkan tugasan ini adalah suatu tempoh yang cukup lama namun dengan situasi yang saya hadapi tempoh tersebut menjadi amat singkat dan membuatkan kerja saya menjadi kelam kabut. Namun saya akui ia adalah berpunca daripada komitmen saya yang terlalu banyak. Jadual waktu perlaksanaan kerja-kerja harian saya amat perlu untuk disediakan agar semua perkara yang ingin dicapai mahupun disiapkan terlaksana dengan lancar.Tugasan ini dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih berkaliber dimasa hadapan. Ini kerana dengan menjalankan pemantauan dan kajian, banyak perkara yang dapat saya ketahui dan pelajari secara menyeluruh terutamanya semasa meneliti perkembangan PSV sebelum merdeka dan selepas merdeka yang mana semasa saya cuba mengkaji. Kaitan peranan guru PSV agar pembelajaran murid-murid akan menjadi lebih bermakna. Adakalanya kita perlu lebih terperinci dalam menulis objektif pelajaran keranabeberapa aspek penting perlu diambil kira seperti kebolehan murid, pengetahuan sedia adamurid, psikomotor murid dan sebagainya. Kebolehan serta pengetahuan sedia ada murid di tahapsatu dengan tahap dua jauh berbeza dari aspek penguasaan sesuatu kemahiran. Oleh yang demikian saya sebagai guru PSV hendaklah tahu latar belakang semua murid sebelum mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Semua aspek ini merangkumi perkembangan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Semasa membuat laporan berkenaan bilik seni, saya dapati bahawa pengurusan bilik tersebut baru sahaja dimulakan oleh Ketua Panitia PSV yang baru iaitu Cikgu Fauziah Ismal dengan lebih teratur. Ini kerana selama tujuh tahun yang lalu, pengurusan Unit Pendidikan Seni Visual termasuklah bilik PSV oleh Ketua Panitia PSV yang terdahulu kurang teratur kerana masalah kesihatan yang
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 3 dihadapinya. Namun semenjak Cikgu Fauziah mengambil alih Unit PSV sekolah ini, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan di dalambilik seni namun masih banyak perkara yang perlu ditingkatkan agar pengurusan bilik PSV menjadi lebih ceria dan mempunyai pengurusan yang mantap. Sebagai salah seorang guru PSV di tahap satu saya secara langsung terbabit dengan segala program yang dijalankan oleh unit PSV. Sekiranya saya diberi peluang memegang bilik PSV di sekolah ini saya telah mempunya iperancangan tentang pelan kedudukan kerusi meja seperti yang telah saya ilhamkan di dalam pelan lantai bilik PSV seperti mana yang telah diminta oleh soalan tugasan PSV ini. Pada pendapat saya merancang pelan lantai bilik PSV adalah mudah namun tugas perlaksanaannya kadang kala mengalami kepincangan kerana beberapa aspek seperti kengkangan masa, kewangan dan bantuan tenaga dari ahli PSV.Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam kelas PSV dan guru-guru PSV serta pensyarah pembimbing Encik Mokhtar bin Adnan kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan tugasan ini. Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan assignment ini. Kepada Encik Mokhtar bin Adnan, saya memohon maaf sekiranya tugasan ini agak terlewat daripada tarikh penghantarannya .Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini. Sekian, Terima kasih
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 4
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 5 2.0 PERBANDINGAN KLSR , KBSR DAN KSSR 2.1 Perbezaan 2.1.1 Matlamat dan Objektif KLSR KBSR KSSR Memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru ( DEB) -> murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan bagus dan memuaskan. -> meningkatkan penguasaan murid- murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Memperkukuhkan system pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistemati dan selesa kepada para pelajar , meningkatkan taraf pendidikan di seluruh Negara serta melaksanakanpendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa , kaum , mahupun agama . ->Menekan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. ->Tertumpu kepada penggunaan 4M (membaca , menulis , mengira dan menaakul ) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT) , perkembangan sosio emosi , kerohanian , fizikal , kognititif , sikap dan nilai . Murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian .
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 6 2.1.2 Isi Kandungan KLSR KBSR KSSR - Isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan matapelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak . KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi , manusia dan alam keliling dan perkembangan individu . Kurikulum seni visual untuk sekolah rendah ialah menggambar , membuat corak dan rekaan , membentuk dan membuat binaan serta mengeal kraf tradisional . - organisasi kandungan dalam aspek bidang tersebut disusun berasaskan kepada ekped standard kandungan- persepsi estetik , aplikasi seni , ekspresi kreatif , dan apresiasi seni 2.1.3 Pendekatan KLSR KBSR KSSR - kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedahpengajaran yang lebih - cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. - jurang mempraktikkan aktiviti berkumpulan - pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa saja yang disampai oleh guru - dari segi susunan meja , kerusi pelajar disimpan mengikutkaedah berkumpulan . - lebih bersifat berpusatkan pelajaran dan pembelajaran amat digalakkan . - bahan pengajaran dan hasil pembelajaranjuga diletakkan diruang belajar – timbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran - pemerhatian secara aktif - interaktif yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. -apresiasi seni visual secara mudah. - menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan .
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 7 2.2 Persamaan 2.2.1 Matlamat dan Objektif KLSR KBSR KSSR - menggalakkan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa - Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan - memberi tumpuan terhadapp perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial (JERIS) - pelajar yang seimbang dari segi intelek , rohani , jasmani dan emosi - berilmu pengetahuan , berketeramilan , percaya kepada Tuhan , berakhlak mulia dan berkeyakinan. 2.2.2 Isi Kandungan KLSR KBSR KSSR - menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan - menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan - menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan 2.2.3 Pendekatan KLSR KBSR KSSR - guru sebagai pembimbing - guru sebagai pembimbing pelajaran - guru sebagai pembimbing pelajaran
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 8 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 2.1 Pendidikan Sebelum Merdeka Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al- quran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak- anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 9 Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu. Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu. Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan orang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 10 Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1948 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak- corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah „Kitab Rajah-rajah Anyaman‟ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 11 2.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah- sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 12 2.3 Pendidikan Malaysia Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid- murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 13 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual). Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 14 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut : (a)Melukis dan membuat gambar (b)Membuat corak dan rekaan (c)Membentuk dan membuat binaan (d)Mengenal kraf tradisional Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 15 2.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah 1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. 2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. 3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan 4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. 5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 16 Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 17 Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 18 Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. 2.4.1 Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 19 2.4.2 Ciri-ciri bilik darjah KBSR 1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan 2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri 3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif 4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar 5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar 6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif 7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 20 2.4.3 Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid- murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah : Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan. Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 21 2.5 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semu sekolah. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 22 Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 23 2.5.1 Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. Ciri-ciri bilik darjah tradisi: 1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris 2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan 3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. 4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. 5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 24 6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. 2.5.3 Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 25
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 26 2.6 Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR 1 .Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan. 2 .Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira. 3 .Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya. 4 .Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan. 5 .Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 27 6 .Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran 7 .Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral. 8 .Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan. 9. Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 28 2.7 Kekuatan dan Kelemahan KLSR Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:- 1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. 2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid. 3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. 4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 29 2.8 Kekuatan Dan Kelemahan KBSR Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah . Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid- murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur. Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar . KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 30 serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran danpembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan danbekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kirabahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan. Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 31 Kelemahan KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 32 PENGENALAN Kursus PSV 3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi DUA tajuk iaitu Tajuk 1 – Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Sukatan Pelajaran PSV KBSR (Topik 1dan 2 dalam proforma), Tajuk 2 – Huraian Sukatan Pelajaran PSV (Topik 3 dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk yang memerlukan guru membuat persediaan dari aspek pembacaan dan pencarian maklumat . Aktiviti dan latihan tersebut termasuk menganalisa struktur sejarah serta mengupas perkembangan kurikulum PSV semasa zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka. Analisa tersebut bertujuan bagi membantu guru agar dapat memahami corak perkembangan struktur kurikulum PSV yang berubah dari masa hingga ke semasa. Antaranya adalah seperti berikut Laporan Razak, Penyata Barns. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Berbeza dengan modul sebelum ini, latihan lebih menjurus kepada pembelajaran ISL. Guru perlu meneroka maklumat melalui carian laman internet serta rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 33 setiap tajukdalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari. vi AGIHAN TAJUK( TAJUK 1 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL 1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. NISIATOOTIVATPEMUDAHCARPEMBIMBINENGURUS PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISU Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut: 1 Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran; 2 Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009. Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual. Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat; Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 34 mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar; Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan subbudaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009). Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan. Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah; Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 5 yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah; Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 35 bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009). Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 36 pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 6 Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilainilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas. Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan. 2.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 37 Pendidikan Seni Visual. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 7 (iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Pengurus Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru:
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 38 PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 8 (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.” Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan. Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 9 PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 39 10 TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. 2.2 Hasil Pembelajaran 2.2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 2.2.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif. 2.2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok. 2.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 40 11 2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 2.4 KANDUNGAN Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya. http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi Alat : Bahan Bantu: PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 12 Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran. A B C http://images.ask.com/pictures Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 41 - Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman - Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan kebosanan, melibatkan murid secara aktif - Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria - Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru - Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa - Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal - Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 13 Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. Set induksi: Input utama: Pengayaan: Pemulihan: BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR, MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 42 tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu. i) Prosedur penyediaan bahan bantu. - Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran - Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan - Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan - Menentukan bahan dan teknik - Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. - Menghasilkan bahan bantu. - Kemasan ii) Penggunaan bahan bantu. - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 14 perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan. - Mengambil langkah-langkah keselamatan - Mengambil kira bilangan yang mencukupi - Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip. Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini. Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 43 1 2 3 4 5 6 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 15 dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat…….. Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij……. Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja…….. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 44 buku atau layari website. B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya : Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg, jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,…. (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 16 konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya: Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana…………. (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini : Koleksi Khas PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 17 Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 45 yang boleh dipilih sebagai koleksi khas. A http://images.ask.com/pictures B C http://images.ask.com/pictures D PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 18 Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 2 Dimensi 3 Dimensi Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan. Nama Pengkarya : Tajuk : Media : Teknik : Tahun : Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:- 1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. 2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka. 3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 46 dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. 4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 19 termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid. 5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. 6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah. 7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah. Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya. http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 47 PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 20 http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 21 Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat. Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 48 Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.:- - Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan - Membuat inventori dalam buku stok - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 22 Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 49 item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan. Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. 2. Meja guru Meja guru 2 2 13/09/2009 13/09/2010 15/10/2010 Jumlah Item Catatan PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 50 23 Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. 2. Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) 200 dozen 100 dozen 22/09/2009 10/10/2010 Jumlah Item Catatan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 51 Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat. Minyak turpentine kertas lukisan kain linen batik kertas warna berus lukisan cecair tinner Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 24
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 52 Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat 1 Guru perlu membaca label bahan 2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan 3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan 4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu 5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 25
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 53 Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :- Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan. Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 54 prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 26 Aktiviti 2.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok. Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 55 bahan prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan penyimpanan dan rekod stok Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara Contoh-contoh kraf tradisional Kertas lukisan dan warna air Alat-alat membuat ukiran Mesin pembakar seramik
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 56 Rak-rak kayu PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 27 Aktiviti 2.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 57 3.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan, etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid. 3.2 Hasil Pembelajaran 3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. 3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 29 3.4 Kandungan PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID Susun Atur Bilik PSV PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 30 Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 58 sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 31 Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual Zon / Bengkel Mencanting Batik Sudut Pameran Hasil Kraf Tangan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 59 Pintu 2 Pintu 1 Sudut Pameran Hasil Kerja Murid Tingkap Tingkap Meja 2 Meja 1 Meja 4 Meja 3 Meja 6 Meja 5 Meja Guru / Stor Dekstop Papan Putih Papan Info skrin Sudut Buku Rujukan Kabinet Berpintu Peralatan PSV Sinki Dapur Gas Alat Pemadam Peti Kecemasan Pusat Akses
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 60 Sudut ICT LCD PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 32 Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual. Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya. Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Ambil gambar-gambar berikut: 1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 61 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 33 Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001). Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 62 yang akan dipamerkan. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 34 Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 63 yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 35 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 36 3.5 Situasi Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 64 berkata, “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.” Jali bentangkan idea kedua, “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer; Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid? PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 37
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 65 Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV. ntek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan muridmurid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahaja
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 66 menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. ah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan manipulatif, interaktif dan sebagainya. Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 67 dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 38 3.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna. (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual. forum OLL. PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 39 (iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia. * Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 68 menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan. -melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 69 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR 4.0 PERKAITAN KONSEP 5P Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual diperingkat sekolah rendah. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. 4.1 PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesiipengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut: a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar. Prinsip-prinsip penggabungjalinan  Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.  Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 70  Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.  Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan : 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti 4.2 PENYERAPAN Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi. Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan :1. Penggabungjalinan kemahiran2. Penggabungjalinan bahan3. Penggabungjalinan aktiviti
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 71 PENYERAPAN Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsurpengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaranyang diajar. Dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilaitambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi. Tujuan Penyerapan. Aspek ini boleh membantu murid untuk :Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melaluiaktiviti yang dijalankan;Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; danMeluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yanglain mengikut konteks;Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri.Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima olehrakansebaya dan masyarakat Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan seni Visual Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu : i. Ilmu Pengetahuan.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 72 Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, danPendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satumata pelajaran untuk mata pelajaran lain.Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan. ii. Nilai murni. Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dansecara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialahmelalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajarandan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkanmurid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalampengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadimulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain. iv. Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakanpemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dannegara. v. Peraturan sosio-budaya.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 73 Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi pemerhatian secara aktif,interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah danmenghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan vi. Kemahiran Bernilaian Tambah. Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran seni bagi membolehkan pelajardapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilaitambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiranbelajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai PENGAYAAN Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, dayakreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama adakumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktivitipembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjayamenguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman danpengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Aktiviti Pengayaan Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktivitipengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:a. Menggunakan daya usaha sendiri;b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;d. Menggunakan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 74 kaedah dan organisasi yang mudah ubahe. Melibatkan pembacaan luas; danf. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah: Pembelajaran akses kendiri; Kerja projek; Bacaan tambahan; Permainan dan rekreasi; dan Pembelajaran berbantukan komputer. Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapikesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukanuntuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menghargaikeindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.mengenali asas seni
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 75 reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiranasas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur,cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, danbertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakankemudahan teknologi dalam kegiatan, penghasilan seni visual, melibatkan diri dalam kegiatanseni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedahMurid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikutkadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara merekadengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan danperkembangan mental individu;c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial samaada didalam atau di luar bilik darjah;f.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 76 Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari;g. Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaiandengan keperluan masing-masing PENILAIAN Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian danpengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkanmurid mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secaratidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiranberfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program matapelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan diperingkat sekolah. Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyaiakauntabiliti dan penilaian yang adil. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan darisegi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkanpenilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri mur id itu sendiri dari segi gayapembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atauberkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yangmempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.Selain daripada itu, guru juga harus
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 77 merekod pencapaian murid, menganalisa markahtersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaiandalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk dan kandungannya harusmengikut keadaan dan ciri murid. Mur id dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara merekaberfikir dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam PendidikanSeni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedahpemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja.Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenalisebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali danperkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiransosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melaluipemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yangdiperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerjabagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi,kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan mur id terhadap aspek seni melaluiaktiviti yang dijalankan seperti soal jaw ab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual,bercerita, lakonan dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensildan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yangberbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 78 PSV3104 14 atau sebilangan tajuk/tema Pendidikan Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secarapenulisan. PERANAN GURU SEMASA P&P BERLANSUNG1. PENGURUS Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Mengawal kelas/studio Pendidikan Seni Visual.Bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaranMenjalankan aktiviti di luar.Menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.Membuat penilaian dan memberi markah kepada tugasn murid. 2. PEMBIMBING Membimbing murid dengan penuh perhatianMengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran.Melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualitipembelajaran murid. 3. PEMUDAHCARA Melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju.Mengelola aktiviti pembelajaran berpandukan tahap kebolehan murid.Memudahkan pemahaman konsep dengan mengaitkan dengan situasi sebenar kehidupanmurid. 4. MOTIVATOR Menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri murid.Meransang dan menggalakkan muridMembawa perubahan.Memberi dorongan dan bimbingan.Menyelesaikan maslah sosio dan emosi murid. 5. INISIATOR Meransang pemikiran murid yang bercapah.Mengemukakan soalan yang menjana pemikiran kreatif dan kritis.Menyokong aktiviti penyelesaian masalah.Menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 79 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 15 Tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurusTugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang muridtermasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagimengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasilpembelajaran;Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalamkalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satupersekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut,ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksiantara guru-murid, dan murid- murid), Choong 2009.Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri iniboleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkanpengajaran, dan intelektual.Peribadi. Termasuk ciri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadapkebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasimurid; dan cekap mengajar;Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu;serasi dengan norma masyarakat, budaya dan subbudaya; dan mempunyai kesihatanmental yang tinggi (Choong, 2009).Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri- ciri guruyang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Olehdemikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu merekabelajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka bolehberjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 80 minat terhadapmurid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah;Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak bolehhanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya,guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; “Adakah murid -murid sayapembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga- tiga jenis tersebut? PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 17 aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritisdan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakanasas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang(INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakantenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengankata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di sampingitu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengansempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberipenekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professionalmereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut makakini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak DuaBelas.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 81
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 82
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 83 BIBLIOGRAFI 1.Bahagian Pendidikan Guru, Sektor Pembangunan Professionlisme Keguruan,Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul PSV 3104, Pengajian dan PengurusanKurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR, Cetakan November 2009. 2. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran , PenerbitMultimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan. 3. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Bahagian II : Khusus/Fungsional Pengajarandan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan .4.http://www.goggle.com 5.http://www.yahoo.com 6. Kamus dewan edisi keempat, cetakan 2009
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 84 PENGHARGAAN Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepadaTuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah ditetapkan.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah PendidikanSeni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Cik Zalia binti Abdullah yang telah memberi masa danbimbingan yang diharapkan.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanyakepada Puan Asnida Che Rahim, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Aliasan Jikri danEncik Bakau Chabu. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya tidak dapatmenyiapkan tugasan ini.Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi dua orang guru serta membuat ulasanberpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan. Perkara ini kelihatan mudah namunmemerlukan masa yang sesuai dan perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajarandan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yangmencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan P&P PSVtersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu Junaidah bt. Ramli dan CikguAzizul bin Othman amat membanggakan kerana mereka telah memberikan P&P yang terbaik kepada murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSVini merupakan subjek elektif namun ia mempunyai teori perkembangannya yang tersendiri danperlu dititikberatkan untuk perkembangan semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan kajian terhadap aktivitipengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dan pengurusan bilik seni di sekolah AnjungTeduh ini. Saya juga telah berkongsi beberapa keping gambar bilik seni serta projek yangdijalankan di sekolah saya kepada rakan-rakan yang memerlukannya. Sekian…
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 85
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 86 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 48 2) Semua bahan dan peralatan telah disusun di dalam stor dengan membahagikannya kepadadua bahagian iaitu: Bahagian A bagi semua jenis peralatan dan Bahagian B bagi bahanPSV.3) Bahan serta peralatan yang dikeluarkan akan direkodkan di dalam buku stok dan semuaguru PSV akan mendapat sejumlah peralatan dan bahan bagi aktiviti P&P di dalam kelas.Semua peralatan PSV yang boleh diguna pakai seperti berus, warna dan peralatan lainakna dikembalikan ke bilik seni pada akhir tahun.4) Warna cat air, pensil warna, krayon, cat pelaka dan kertas lukisan di simpan di dalam rak di pejabat Ketua Panitia PSV di bilik seni.5) Ketua Panitia telah melabel bahan dan peralatan di dalam stor mahupun di pejabar agarmudah untuk dilihat dan diambil oleh guru-guru seni.6) Buku stok akan sentiasa dikemaskini bagi memudahkan Ketua Panitia membuattempahan baru daripada pekedai.7)
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 87 Ketua Panitia memastikan stok di dalam keadaan yang sempurna dan elok sebelumdigunakan oleh murid-murid. Jadual bertugas mengemaskini stok dibuat oleh KetuaPanitia untuk semua guru PSV.Walaupun demikian bilik Seni di SK. Anjung Teduh ini juga mengalami beberapakekurangan khususnya dari kemudahan di dalam bilik Seni iaitu bekalan air di singki tidak ada dan hanya 2 buah singki sahaja yang boleh digunakan setakat ini. Selain itu paip air dibilik seni juga tidak elok dan sering mengalami kebocoran. Dari aspek peruntukkankewangan pula, adakalanya peruntukkan PCG bgi bilik seni agak lewat dan perkara inimenyukarkan Ketua Panitia untuk memesan bahan dan peralatan yang baru untuk digunakanbagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran PSV. Namun beberapa langkah telah diambilsekiranya masalah ini berlaku antaranya ialah dengan meminta bantuan dari seorang tukangpaip bagi membaiki paid dan singki di bilik seni sekiranya rosak. Bagi P&P pula semua guruPSV dinasihatkan merancang aktiviti P&P dengan menggunakan bahan dan peralatansemulajadi sekiranya pesanan warna dan kertas lukisan berkurangan.Secara keseluruhannya bilik PSV di SK. Anjung Teduh dalam keadaan baik dan sedangdalam pembaikan dan pengurusan fail. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 49 ILUSTRASI BILIK PENDIDIKAN SENI VISUALSK. ANJUNG TEDUH, LAHAD DATUDi Bahagian luar bilik PSV (Mural di lukis di dinding luarbilik PSV) Di Bahagian luar bilik PSV
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 88 Nilai-nilai murni di gantung disepanjang koridor bilik Seni.Papan Kenyataan di letak sebagai papan informasi.Pasu-pasu bunga menceriakankawasan luar bilik PSV. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 50 Di Bahagian luar bilik PSV (Mural dilukis di tangga naik kebilik PSV) Di Bahagian dalam bilik PSV Papan Kenyataan digunakansebagai tempat meletakkanmaklumat.Papan putih dan papan tulisdigunakan untuk P&P.Mural dilukis untuk menceriakan bahagian dalambilik PSV PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 56 Di Bahagian dalam bilik PSV (Hasil kerja murid daripada pelbagaiaktiviti seni)
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 89 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 57 Di Bahagian dalam pejabat KetuaPanitia bilik PSV (Bahan dan alat di susun rapi di dalamrak kayu) PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 71 BUKU STOK (Barang Pembelian) BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL Bil PerkaraTarikhditerimaKuantiti Harga 1. Kertas Lukisan1hb Februari2010(Isnin)10 rimRM500.002.PELAKA (cat mural)- kuning- merah- biru6 botolsaiz besarRM150.003.Marker pen (permanent)- merah- biru- hitam3 kotak RM180.004.Marker pen (Whiteboard)- hitam- biru2 kotak RM120.005.Buku rujukan guruTahun 1 - 612hb Mac2010(Jumaat)6 setRM113.40Catatan :Diterima oleh Encik Azizul Othman pada 1hb Februari 2010 pada jam 8.00 pagiBagi pihak Ketua Panitia PSV.
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 90 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 72 Unit Pendidikan Seni VisualSK. Anjung Teduh BORANG KELUAR MASUK BAHAN DAN PERALATAN PSV Bil Nama Guru Perkara Kuantiti TarikhdikeluarkanTarikhdikembalikanT/tangan 1. Mastika Matahir Berus cat air 10 set 23/2/ 20102. Felix Joseph Kertas lukisan 1 rim 19/4/2010 -3. Azizul BBM (kolaj) 1 set 30/3/2010 29/4/2010Disediakan oleh, Ketua Panitia PSV2010 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUMPENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV3104 73 BIBLIOGRAFI 1. Bahagian Pendidikan Guru, Sektor Pembangunan Professionlisme Keguruan,Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul PSV 3104, Pengajian dan PengurusanKurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR, Cetakan November 2009.2. Mok Soon Sang ,
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 91 Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran , PenerbitMultimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan.3. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Bahagian II : Khusus/Fungsional Pengajarandan Pembelajaran , Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan.4.http://www.goggle.com 5.http://www.yahoo.com 6. Kamus dewan edisi keempat, cetakan 2009