Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
5,688
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
124
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KOMUNIKASI Asas Pengurusan
  • 2. KOMUNIKASI Asas Pengurusan PENGARAHAN (KOMUNIKASI) Objektif Pembelajaran : Mempelajari dan memahami definisi dan proses komunikasi di dalam organisasi. Hasil Pembelajaran: Di akhir pelajaran ini, pelajar dapat:  Mendefinisikan komunikasi  Menghuraikan Proses Komunikasi  Menjelaskan bentuk-bentuk komunikasi di dalam sesebuah oraganisasi  Menerangkan halangan yang wujud di dalam proses komunikasi serta cara mengatasinya.
  • 3. KOMUNIKASI Asas Pengurusan PENGARAHAN (KOMUNIKASI)9.0 PengenalanKomunikasi merupakan perkara yang amat penting di dalam sesebuahorganisasi. Fungsi dan aktiviti para pengurus tidak akan berjalan dengan baikjika tidak adanya komunikasi yang berkesan. Matlamat organisasi pulamungkin tidak akan tercapai jika komunikasi di dalam organisasi tidak baik.Komunikasi dikatakan sebagai nadi yang menghidupkan perjalananorganisasi kerana dengan adanya komunikasi seseorang pengurus bolehmenyampaikan ideanya dalam membuat perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses pengawalan. Kemahiranberkomunikasi adalah sangat penting untuk membolehkan pengurusmenjalankan setiap peranan dengan baik.9.1 Definisi Stoner (1995): Komunikasi sebagai suatu proses bagaimana manusia mencuba untuk berkongsi makna melalui penghantaran pesanan yang simbolik. Di sini 3 perkara utama yang ditekankan oleh Stoner adalah: Komunikasi melibatkan manusia Komunikasi melibatkan perkongsian maksud Komunikasi melibatkan simbol. S. Bernard : Komunikasi didefinisikan sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara personal atau tidak personal melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Terdapat beberapa unsur penting di dalam definisi ini: Tujuan melakukan komunikasi Pertukaran objek komunikasi antara si pengirim dan penerima mestilah berlaku. Isi kandungan komunikasi seperti idea akan membina hubungan. Cara penyampaian maklumat
  • 4. KOMUNIKASI Asas Pengurusan Secara amnya komunikasi adalah satu proses penghantaran maklumat yang melibatkan seorang individu menghantar pesanan kepada seseorang atau beberapa orang lain yang akan menghasilkan kefahaman yang sama untuk semua orang yang terlibat.9.2 Proses Komunikasi Tiga elemen penting yang biasa berlaku di dalam proses komunikasi adalahsumber ( penghantar ), maklumat ( mesej) dan penerima seperti yang digambarkanoleh gambarajah 1 di bawah. Pengirim Mesej PenerimaRajah 9.1: Model Proses komunikasi asas.Sesungguhnya berlakunya komunikasi tidaklah semudah dan seringkasseperti model di atas. Komunikasi yang betul-betul berkesan dalam keadaanyang kompleks melibatkan lagi beberapa elemen lain seperti yang dijelaskandalam gambarajah 2 di bawah.Pengirim Enkod Saluran Dekod Penerima Halangan Maklum balasRajah 9. 2: Model Proses komunikasi kompleks. Pengirim atau sumber merupakan orang yang memulakan komunikasi. Beliau mempunyai maklumat yang perlu dikongsi bersama dengan orang lain. Pengkodan berlaku apabila pengirim menterjemahkan maklumat yang hendak dihantar menjadi sekumpulan simbol yang mewakili idea atau konsep. Simbol-simbol yang dipilih selalunya dalam bentuk perkataan atau isyarat.
  • 5. KOMUNIKASI Asas Pengurusan Saluran merupakan alat yang digunakan untuk menyampaikan dan menyebarkan maklumat kepada penerima. Saluran yang digunakan perlulah bersesuaian dengan pesanan yang dihantar. Sekiranya ingin menerangkan gambarajah atau graf turun naiknya harga saham, telefon bukanlah saluran yang baik untuk berkomunikasi. Percakapan lisan, baik secara lansung maupun tidak langsung ( telefon) adalah saluran yang paling banyak digunakan dalam komunikasi. Saluran yang biasa digunakan sebagai alat berkomunikasi adalah telefon, surat, lapuran, surat khabar, e – mail , television, radio, pita video dan internet serta sebagainya. Dekod adalah proses memberi maksud dan menterjemahkan mesej kepada bentuk yang dapat di fahami oleh sipenerima. Komunikasi dikatakan berkesan jika mesej yang diterjemahkan oleh sipenerima bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan oleh si penghantar mesej . Penerima adalah orang di mana maklumat hendak dikongsi bersama oleh sipengirim. Halangan boleh berlaku pada mana-mana peringkat dalam proses komunikasi. Halangan boleh mengakibatkan maklumat tidak sampai atau tidak jelas. Contohnya kebisingan keadaan boleh mengganggu dan menghalang komunikasi di mana penerima tidak dapat menumpukan pendengaran dengan baik. Maklum balas adalah tindakbalas penerima terhadap pesanan yang dihantar oleh pengirim. Dengan adanya maklum balas, dapatlah diketahui samada maklumat telah diterima dengan baik atau tidak. Berapa segera maklum balas diberi dan di terima bergantung kepada saluran atau kombinasi saluran yang digunakan di dalam proses komunikasi.
  • 6. KOMUNIKASI Asas Pengurusan AKTIVITI 9AUjikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!!Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 9.1 Stoner mendefinisikan komunikasi sebagai 2 atau lebih manusia berkongsi makna melalui penghantaran mesej. (B/S) 9.2 Proses komunikasi yang kompleks adalah: Sumber , mesej dan penerima. (B/S) 9.3 Pengkodan berlaku apabila penerima menterjemah mesej yang diterima. (B/S) 9.4 Saluran yang biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat sekiranya pengirim dan penerima berada ditempat yang jauh adalah telefon. (B/S) 9.5 Dekod adalah pengirim menterjemahkan maklumat yang hendak dihantar kepada simbol yang boleh difahami. (B/S)Soalan esei.
  • 7. KOMUNIKASI Asas Pengurusan 9.6 Lakarkan proses komunikasi kompleks dan jelaskan setiap elemen tersebut.
  • 8. KOMUNIKASI Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITIAKTIVITI 9ABetul/Salah 9.1 B 9.2 S 9.3 S 9.4 B 9.5 SSoalan esei 9.6 Untuk proses komunikasi kompleks rujuk muka surat 3 dan 4.
  • 9. KOMUNIKASI Asas Pengurusan9.3 Jenis dan Bentuk Komunikasi 9.3.1 Jenis Komunikasi Terdapat dua jenis komunikasi iaitu:  Komunikasi verbal Komunikasi berlaku secara lisan di mana si pengirim dan si penerima berkongsi maklumat melalui perkataan samada secara tulisan ataupun percakapan.  Komunikasi non-verbal Iaitu komunikasi yang berlaku tanpa menggunakan perkataan bagi mengkodkan pandangan. Faktor-faktor tidak lisan seperti gerak badan, isyarat atau simbol, mimik muka, “ eye contact”, dan ketinggian suara.9.3.2 Bentuk-bentuk KomunikasiAda beberapa bentuk komunikasi yang dapat digunakan untuk berkomunikasisecara formal iaitu komunikasi dari atas ke bawah, dari bawah ke atas,komunikasi mendatar dan komunikasi silang. Keempat-empat bentukkomunikasi boleh dilakukan samada secara lisan atau tidak lisan. Komunikasi Atas Ke bawah Komunikasi yang datangnya daripada suatu peringkat atasan ke peringkat yang lebih rendah. Komunikasi ini biasanya dilakukan untuk memberi maklumat kepada peringkat bawahan tentang tujuan , matlamat, polisi dan rancangan organisasi baik yang berbentuk kualitatif dan kuantiti. Ini dapat diterangkan berdasarkan Rajah di bawah. Pengurus Pekerja 1 Pekerja 2 Pekerja 3 Pekerja 4 Rajah 9.3: Komunikasi Atas ke Bawah
  • 10. KOMUNIKASI Asas Pengurusan  Komunikasi ke atas Komunikasi ke atas bermula daripada pihak bawahan atau subordinat kepada peringkat yang lebih tinggi. Maklumat yang dikomunikasikan biasanya berbentuk maklum balas, laporan prestasi yang dicapai oleh pekerja bawahan, masalah yang dihadapai dan pendapat yang boleh diterimapakai sekiranya organisasi ada masalah. Rajah 9.2 di bawah menerangkan bagaimana komunikasi tersebut berlaku. PengurusPekerja 1 Pekerja 2 Pekerja 3 Pekerja 4Rajah 9.4: Komunikasi Bawah ke Atas  Komunikasi Mendatar Ia berlaku di peringkat pertengahan dan peringkat bawahan iaitu komunikasi berlaku di antara individu pada peringkat yang sama . Pengurus pengeluaran perlu berkomunikasi dengan pengurus kewangan apabila ia merasakan perlu adanya pembelian mesin baru untuk menggantikan mesin lama yang sering kali rosak dan menggugat pengeluaran. Pengurus pemasaran pula perlu berkomunikasi dengan pengurus pengeluaran mengenai maklum balas pelanggan terhadap produk yang berada di pasaran. Pengurus Besar Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Keluaran Kewangan Pemasaran Sumber
  • 11. KOMUNIKASI Asas Pengurusan Pekerja 1 Pekerja 2 Pekerja 3 Pekerja 4Rajah 9.5: Komunikasi Mendatar  Komunikasi silang Ia berlaku seperti pengurus pemasaran berkomunikasi dengan seorang penyelia di jabatan pengeluaran untuk membincangkan pesanan khas pelanggan baru. Ia terjadi pada peringkat yang berbeza dan pada fungsi yang berbeza seperti dalam rajah di bawah. Pengurus Besar Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Keluaran Kewangan Pemasaran Sumber Pekerja 1 Pekerja 2 Pekerja 3 Pekerja 4Rajah 9.6: Komunikasi Silang9.4 Halangan kepada komunikasiProses komunikasi sememang tidak akan terlepas dari menghadapi halanganatau rintangan yang menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidakmencapai 100 peratus. Apa yang cuba kita sampaikan kadangkala tidaksampai seperti yang kita harapkan. Ini adalah di sebabkan oleh gangguanatau halangan yang menghalang semasa proses komunikasi berlaku.Halangan kepada komunikasi boleh wujud samada daripada individu itusendiri ataupun persekitaran. 9.4.1 Individu Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan halangan kepada komunikasi wujud dari individu itu sendiri; a) Emosi atau persepsi individu.
  • 12. KOMUNIKASI Asas Pengurusan Ia berlaku ketika atau semasa proses komunikasi itu berlaku. Di mana individu biasanya akan menerima mesej dan memahaminya dari apa yang dilihat dan didengar sahaja mengikut keperluan, kehendak, emosi, latar belakang dan ciri-ciri yang berkaitan dengan individu tersebut. Di sini kita boleh lihat, bagaimana seorang pelajar yang datang ke kelas semata-mata ingin mendapatkan ‘clue’ untuk peperiksaan, bukannya untuk mendapatkan seluruh isi kandungan pelajaran tersebut. Maka proses komunikasi yang dilakukan oleh pensyarah tersebut tidak kesampaian . b) Kesilapan memilih saluran komunikasi. Perkara ini sering kali wujud menyebabkan pendengar salah tafsir dan proses tersebut gagal. Sebagai contoh, seorang pelajar yang ingin merayu keatas kegagalan kertas Pengurusan Perniagaannya melalui telefon, dan sepenerimanya kurang mendengar serta rayuan yang telah dikemukakan. Jadi cara yang terbaik untuk pelajar tersebut membuat rayuan adalah secara bersemuka ataupun secara bertulis. c) Masalah semantik Apa yang dimaksudkan dengan semantik adalah maksud sesuatu perkataan dan cara ia digunakan. Kesilapan memilih perkataan akan menjadikan proses komunikasi tidak berkesan. Ini kerana perkataan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Penerima mungkin mentafsirkan perkataan yang terkandung di dalam mesej yang diterima berbeza dari maksud yang cuba dismapaikan oleh sipengirim. Maksud sesuatu perkataan amat berbeza dari segi budaya, dialek, umur serta pemdidikan seseorang itu. Contohnya perkataan “selalu” memberi makna yang berbeza bagi penduduk Pantai Timur dan penduduk Pantai Barat. d) Ketidaktekalan di antara komunikasi lisan dan bukan lisan. Perkara ini wujud sekiranya si penerima berasa keliru dengan mesej yang diterimanya. Comtoh yang dapat kita lihat adalah bagaimana seorang pelajar yang begitu gembira mendapat keputusan Peperiksaan Akhirnya tetapi air muka yang ditunjukkan adalah selamba sahaja. Di sini wujudnya percanggahan di antara percakapan dan airmukanya. 9.4.2 Organisasi Halangan komunikasi bukan sahaja wujud di dalam diri individu tetapi dalam organisasi pun. Halangan komuniskasi di dalam organisasi berlaku disebabkan: a) Perbezaan kuasa dan status. Dalam bentuk komunikasi ke atas, pekerja mungkin rasa berat untuk menyuarakan pendapat atau ketidak puas hati terhadap
  • 13. KOMUNIKASI Asas Pengurusan sesuatu perkara kerana mereka rasa rendah diri. Pekerja rasa mereka perlu menapis dahulu apa-apa yang hendak disampaikan kepada pihak atasan. Ini dapat dilihat dalam sebuah organisasi perkilangan, seorang penyelia hanya menyampaikan tentang kelicinan pekerja di bawahnya dan menyimpan tentang masalah yang timbul. b) Masalah jabatan Setiap jabatan mempunyai masalah, tetapi di antara satu jabatan ahli-ahlinya tidak memahami masalah tersebut kerana masing- masing mempunyai matlamat dan objektif yang berbeza. Maka sekiranya wujudnya perbincangan, masing-masing akan menyatakan bahawa jabatan beliau yang perlu dititikberatkan. Oleh itu proses komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar. c) Kekurangan saluran formal di dalam organisasi Apabila saluran formal berkurangan di dalam organisasi maka halangan mungkin timbul dalam proses komunikasi. Ini dapat di lihat bagaimana sesebuah organisasi yang tidak menyediakan ruang untuk pekerja menyampaikan masalah mereka, maka huru haralah organisasi tersebut. Oleh itu setiap organisasi perlu menyediakan saluran komunikasi yang cukup yang boleh merangkumi pergerakan ke atas, ke bawah dan mendatar bagi membolehkan para pekerjanya berkomunikasi dengan berkesan.9.5 Mengatasi Halangan Komunikasi Sekiranya wujudnya sesuatu halangan, maka kita perlu berfikir bagaimanakah untuk mengatasi halangan tersebut agar komunikasi yang berjalan dapat dicapai dengan berkesan.Halangan Komunikasi Cara atasi Perlu ada kemahiran mendengar dengan aktif, empati.Halangan Individu Contoh: Pelajar hendaklah seringkali menyoal dan pensyarah juga hendaklah menyoal pelajara) Emosi atau Persepsi tersebut untuk menunjukkan beliau menumpukan perhatian terhadap apa yang di ajar.b) Kesilapan saluran Perlu bijak memilih saluran komunikasi,komunikasi bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan. Contoh: Mesej kompleks seperti aduan, perlu menggunakan saluran seperti bertemu muka. Mesej yang rutin , bolehlah menggunakan saluran seperti telefon.c) Masalah semantik Pengirim dan penerima sepatutnya berusaha
  • 14. KOMUNIKASI Asas Pengurusan mempunyai persefahaman dalam masalah bahasa dan simbol. Contoh: Seorang pensyarah pengurusan tidak sepatutnya menggunakan perkataan MBO kepada pendengar-pendengar yang terdiri dari para nelayan di dalam ceramah beliau.d) Ketidaktekalan antara Seseorang itu perlu bergaul dengan lebih ramaikomunikasi lisan dan dan cuba beramah mesra dengan rakanbukan lisan. sejawat. Dengan cara ini mereka tidak akan rasa segan untuk ketawa apabila menyampaikan sesuatu perkara gembira. Mencipta satu suasana terbuka dan salingHalangan Organisasi mempercayai. Dengan cara ini ia akan menggalakkan warga organisasi berkomunikasia) Perbezaan status dan dengan jujur dan terbuka sesama mereka.kuasab) Matlamat yang Wujudkan saluran komunikasi secara formal,berbeza dari semua arah. Elakkan dari wujudnya grapevine yang boleh membawa keburukan kepada organisasi.c) Kekurangan saluran Organisasi perlu memastikan bahawa salurankomunikasi komunikasi yang bersesuai perlu diperbanyakkan.
  • 15. KOMUNIKASI Asas Pengurusan AKTIVITI 9BUjikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!!Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.9.7 Komunikasi non-verbal adalah komunikasi tanpa lisan seperti gerak badan, “eye-contact” dan simbol. (B/S)9.8 Komunikasi yang datangnya dari peringkat bawahan ke peringkat atasan adalah komunikasi ke bawah. (B/S)9.9 Seorang Pengurus Jabatan Pengeluaran berinteraksi dengan seorang penyelia di Jabatan Pemasaran berkenaan dengan barangan yang hendak dipasarkan adalah komunikasi silang. (B/S)9.10 Masalah semantik adalah satu halangan kepada komunikasi iaitu pendengar salah tafsir terhadap sesuatu maklumat yangditerima. (B/S)9.11 Halangan komunikasi juga wujud dalam organisasi disebabkan oleh perbezaan kuasa, masalah jabatan dan kekurangan saluran formal. (B/S)
  • 16. KOMUNIKASI Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 9BBetul/Salah9.7 B9.8 S9.9 B9.10 S9.11 B
  • 17. KOMUNIKASI Asas Pengurusan PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan semuga berjaya.1. Langkah pertama di dalam proses komunikasi ialah : A. Maklum balas B. Enkod C. Saluran D. Dekod E. Pengirim2. Gangguan selalunya berlaku semasa dalam proses KECUALI: A. Dekod B. Saluran C. Maklum balas D. Enkod E. Penerima 3. Mimik muka dan juga pakaian merupakan contoh komunikasi secara: A. Imej B. Isyarat Badan C. Verbal D. Silang E. Atas ke bawah4. Kelakuan yang mempunyai kesan akibat daripada komunikasi ialah: A. Gaya kepimpinan B. Hukuman C. Pengetahuan D. Motivasi E. Sikap
  • 18. KOMUNIKASI Asas PengurusanSoalan esei 1. Huraikan jenis-jenis komunikasi yang telah anda pelajari. 2. Komunikasi memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah organisasi. Anda sebagai seorang pengurus perlu tahu bentuk-bentuk komunikasi yang berlaku didalam organisasi. Jelaskan bentuk-bentuk komunikasi tersebut. 3. Halangan komunikasi terbahagi kepada 2 iaitu halangan individu dan halangan organiasasi. Terangkan halangan organisasi beserta dengan contoh yang sesuai. 4. Jelaskan cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah komunikasi yang wujud disebabkan oleh faktor individu.
  • 19. KOMUNIKASI Asas Pengurusan MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRISoalan Objektif 1. E 2. E 3. B 4. ESoalan Esei. 1. Komunikasi terdiri dari 2 jenis iaitu verbal dan non verbal. Huraian rujuk kepada mukasurat 7. 2. Terdapat 3 bentuk komunikasi iaitu dari atas ke bawah , dari bawah ke atas, mendatar dan silang. Untuk huraian rujuk kepada mukasurat 7, 8 dan 9. 3. Halangan organisasi terdiri daripada perbezaan status dan kuasa, matlamat yang berbeza dan kekurangan saluran komunikasi . Berikan contoh bagi setiap halangan tersebut.Rujuk mukasurat 9 & 10. 4. Halangan individu terdiri daripada emosi, persepsi yang berbeza, kesilapan saluran komunikasi, masalah semantik dan ketidak tekalan antara komunikasi lisan dan bukan lisan. Cara mengatasi malah tersebut ialahHalangan Komunikasi Cara atasi Perlu ada kemahiran mendengar dengan aktif, empti.Halangan Individu Contoh: Pelajar hendaklah seringkali menyoal dan pensyarah juga hendaklah menyoal pelajara) Emosi atau Persepsi tersebut untuk menunjukkan beliau menumpukan perhatian terhadap apa yang di
  • 20. KOMUNIKASI Asas Pengurusan ajar.b) Kesilapan saluran Perlu bijak memilih saluran komunikasi,komunikasi bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan. Contoh: Mesej kompleks seperti aduan, perlu menggunakan saluran seperti bertemu muka. Mesej yang rutin , bolehlah menggunakan saluran seperti telefon.c) Masalah semantik Pengirim dan penerima sepatutnya berusaha mempunyai persefahaman dalam masalah bahasa dan simbol. Contoh: Seorang pensyarah pengurusan tidak sepatutnya menggunakan perkataan MBO kepada pendengar-pendengar yang terdiri dari para nelayan di dalam ceramah beliau.d) Ketidaktekalan antara Sesorang itu perlu bergaul dengan lebih ramaikomunikasi lisan dan dan cuba beramah mesra dengan rakanbukan lisan. sejawat. Dengan cara ini mereka tidak akan rasa segan untuk ketawa apabila menyampaikan sesuatu perkara gembira.