Your SlideShare is downloading. ×
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Unit8 : pengarahan (motivasi)

3,407
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,407
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
79
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. MOTIVASI Asas Pengurusan PENGARAHAN ( MOTIVASI ) Objektif Am: Memahami dan mengaitkan teori-teori motivasi di dalam pengurusan perniagaan. Objektif Khusus: Di akhir unit ini, pelajar dapat;• Memberikan definisi motivasi.• Menerangkan teori-teori motivasi.• Mengenalpasti strategi-strategi motivasi dalam pengurusan perniagaan.• Mengenalpasti kepentingan motivasi dalam organisasi.
  • 2. MOTIVASI Asas Pengurusan PENGARAHAN (MOTIVASI)8.0 PengenalanSeseorang pengurus akan sentiasa berusaha memajukan organisasinya samadamengekalkan pencapaian organisasinya atau meningkatkannya kepada tahap yangdapat memuaskan sehinggalah matlamat organisasi tercapai dengan jayanya. Denganitu pengurus tadi perlu memikirkan serta menghasilkan kerjasama dalam kerja-kerjatertentu ke arah pencapaian matlamat tadi. Oleh itu motivasi akan sentiasadiperkenalkan dan diamalkan dalam organisasi supaya mendorong kakitangannya kearah kejayaan tersebut.Motivasi adalah suatu dorongan bagi seseorang untuk mengambil tindakan yang mahudilakukannya. Contohnya pelajar akan diberi ganjaran $20 ringgit sekiranya dapatmenjawab soalan pensyarah dalam satu sesi kuliah. Pasti pelajar tadi merasa terdoronguntuk mendapatkan ganjaran itu dan akan bertindak menjawab soalan pensyarah tadi.Begitu juga dengan manusia di dalam situasi yang berbeza akan merasa tertekan
  • 3. MOTIVASI Asas Pengurusanmelakukan tindakan bagi mencapai sesuatu yang mereka ingini, dan pilihan merekayang positif dalam tindakan ini dinamakan motivasi Apa itu Motivasi….Lagi!!! .8.1 Definisi.Motivasi boleh diertikan sebagai satu proses psikologi yang merangsang danmengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamatorganisasi. Contohnya, ganjaran bagi pekerja yang berjaya menyumbangkan tenagadan idea sehingga meningkatkan produktiviti ataupun keuntungan bagi syarikat. Selain daripada ganjaran sebagai alat motivasi, apakah lagi yang anda dapat fikirkan boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada pekerja-pekerja untuk berkhidmat dengan lebih baik?Motivasi boleh didefinisikan kepada dua iaitu; 8.1.1 Secara am motivasi adalah satu proses dalaman yang mendorong perlakuan untuk mencapai matlamat. 8.2.1 Secara umum pula motivasi adalah satu paksaan yang menyebabkan manusia bertindak dengan cara tertentu ke arah pencapaian matlamat organisasi. Proses motivasi pula suatu proses mencipta keadaan organisasi supaya bertindak sebagai pendorong kepada pekerja supaya berusaha kepada pencapaian matlamat organisasi.Di sini dapatlah kita tahu bahawa tujuan motivasi dalam organisasi adalah untukmenggalakkan kerja di kalangan para pekerja, meningkatkan produktiviti serta
  • 4. MOTIVASI Asas Pengurusanpencapaian matlamat yang segera. Sekiranya tidak ada motivasi yang perkenalkanmaka pekerja merasakan tidak bersemangat, tidak berpuashati seterusnya membuatkerja di tahap yang sama yang boleh menyebabkan produktiviti organisasi di tahap yangsama. Maka pencapaian matlamat juga adalah lambat.Dalam contoh kita tadi, pelajar digerakkan untuk menjawab soalan pensyarah dengankehadiran motivasi iaitu ganjaran. Kita pasti akan melihat pelajar-pelajar bertungkuslumus dan berebut untuk menjawab soalan tadi. Ini bermakna para pelajar mencubasedaya upayanya agar jawapan diberikan adalah tepat dan memenuhi kehendakpensyarah tadi. Jika tidak ada ganjaran tersebut, pelajar mungkin merasa malas untukmenjawab dan bersikap berdiam diri di mana pensyarah tidak akan nampak kemajuandalam diri pelajar dan hasil pengajarannya.8.2 Teori-teori MotivasiKita dapati banyak teori-teori telah dihasilkan berdasarkan para penyelidik yang telahmencuba berbagai-bagai cara untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkanproduktiviti. Teori-teori yang dihasilkan ini berdasarkan hubungan sosial manusia,prinsip hidup manusia dan juga keperluan ekonomi manusia. Dengan itu lahirlahpelbagai teori yang menyokong motivasi dalam organisasi. Di antara teori-teori yangkita akan pelajari adalah: 8.2.1 Teori Keperluan Maslow 8.2.2 Teori Dua Faktor Herzberg dan 8.2.3 Teori X dan Y. Teori Maslow ?!! Apa dia ya?
  • 5. MOTIVASI Asas Pengurusan 8.2.1 Teori Keperluan Maslow Mengikut Maslow, setiap individu akan membawa bersama minatnya, sikap dan keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa manusia mempunyai lima tahap hieraki keinginan yang cuba dipuaskan. Kesempurnaan Diri Penghargaan Sosial Keselamatan Fisiologi Rajah 8.1: Hierarki Keperluan Maslow Tahap I- keinginan fisiologi
  • 6. MOTIVASI Asas Pengurusan Termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks. Tahap 2- keinginan keselamatan/jaminan Termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada bahaya dan ugutan. Tahap 3- keinginan sosial Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta melahirkan perasaan kasih sayang. Tahap 4- penghargaan atau kebanggaan Termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat) Tahap 5- kesedaran diri Termasuk berbagai keinginan terhadap perkembangan dan kemajuan diri, pencapaian diri serta potensi. Dari teori Maslow ini dapat dirumuskan kelakuan manusia adalah; 1. Manusia akan sentiasa cuba memenuhi keinginan pada setiap tahap. Apabila telah dipenuhi kehendak pada tahap 1, mereka akan mencuba memenuhi keinginan pada tahap ke 2 dan seterusnya. 2. Apabila keinginan telah dipuaskan, ianya tidak lagi mendorong kelakuan manusia. Hanya apabila keinginan masih tidak lagi dipenuhi itulah yang akan mendorong manusia untuk bertindak mendapatkan apa ingin diperolehinya. 8.2.2 Teori Dua Faktor Hertzberg Teori yang diperkenalkan oleh Hertzberg ini juga dikenali dengan teori Pendorong atau Kesihatan.
  • 7. MOTIVASI Asas Pengurusan Hasil dari penyelidikan oleh Hertzberg, beliau mengemukakan dua faktor iaitu; a) Faktor-faktor luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya tidak diadakan atau disediakan oleh organisasi, maka akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja. Sekiranya faktor itu disediakan, ia tidak semestinya mendorong pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh motivasi. Faktor-faktor ini dinamakan faktor kesihatan termasuklah perkara- perkara berikut i) jaminan kerja ii) upah iii) keadaan tempat kerja iv) status v) dasar syarikat vi) hubungan ketua dan subordinat vii) lain-lain faedah atau kemudahan b) Faktor-faktor yang sekiranya wujud akan dapat melahirkan motivasi kepada pekerja-pekerja yang mana akan dapat meningkatkan prestasi kerja yang baik. Faktor ini dikenali dengan faktor pendorong atau pemuas. Faktor ini termasuklah; i. penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang ii. pencapaian dalam satu-satu tugas iii. tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran iv. tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas Teori ini boleh diterima oleh ramai pengurus dalam berbagai organisasi, di mana faktor-faktor pendorong ini cuba memotivasi kelakuan manusia membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Walaubagaimanapun hasil yang didapati dari kedua-dua teori ini bukanlah satu- satunya rangka untuk memahami kelakuan yang bermotivasi di dalam organisasi.
  • 8. MOTIVASI Asas Pengurusan Manusia mempunyai keinginan yang berlainan dan terdapat pelbagai lagi faktor kerja yang dapat memberikan tingkat kepuasan kepada individu. 8.2.3 Teori X dan Teori Y Douglas Mc Gregor membuat andaian mengenai manusia dan menamakannya sebagai Teori X dan Teori Y. Andaian Teori X 1. Kebanyakkan manusia semulajadi tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri daripada bekerja. 2. Mereka mesti diarah , dipaksa, dikawal dan diugut supaya bekerja. 3. Tidak suka memegang tanggungjawab, mempunyai minat yang rendah dan mahukan jaminan keselamatan. Andaian Teori Y 1. Bekerja dengan cara fizikal dan mental di dalam menjalankan tugas secara semulajadi. 2. Kawalan luaran dan ugutan bukan merupakan satu cara manusia bekerja kearah mencapai objektif. Manusia akan berusaha untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 3. Kewajipan kepada objektif merupakan fungsi ganjaran berdasarkan pencapaian. 4. Kebanyakkan manusia mempelajari bukan sahaja untuk menerima tetapi juga mencari tanggungjawab.
  • 9. MOTIVASI Asas Pengurusan 5. Keupayaan menggunakan imaginasi, kreativiti dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah organisasi. 6. Di dalam keadaan corak hidup industri yang moden, potensi di peringkat intelek kebanyakkan manusia biasanya tidak digunakan sepenuhnya. Ianya bermaksud daya intelek manusia tidak digunakan sepenuhnya kerana banyak peralatan- peralatan masakini yang membantu kerja-kerja mereka. AKTIVITI 8AUjikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah:Soalan Objektif.8.1 Prestasi ditentukan oleh ____________________. A. Motivasi B. Persekitaran C. Kebolehan D. Semua di atas E. Tiada satu pun di atas.8.2 Keperluan yang tidak tersenarai dalam teori keperluan Maslow ialah_____________ A. Keselamatan B. Pencapaian Hasrat Diri C. Psikologi
  • 10. MOTIVASI Asas Pengurusan D. Kepunyaan E. Kesempurnaan Diri8.3 Gaji dan persekitaran tempat kerja merupakan ciri-ciri factor _______________ A. Kesihatan B. Pencapaian Hasrat Diri C. Motivasi D. Pertumbuhan E. PengukuhanSoalan esei:8.4 Berikan definisi Motivasi.8.5 Apakah yang anda faham mengenai keinginan fisiologi dan keinginan keselamatan atau jaminan yang telah dikemukan oleh Abraham Maslow? MAKLUM BALAS AKTIVITIAKTIVITI 8A Soalan Objektif. 8.1 D 8.2 D 8.3 A Soalan Esei
  • 11. MOTIVASI Asas Pengurusan 8.4 Definisi Motivasi • Ransangan dalaman atau psikologi yang menggerakkan dan mendorong tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat. 8.5 Tahap paling bawah ialah keinginan fisiologi Ini termasuklah keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks. Tahap 2- keinginan keselamatan atau jaminan • Ini termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada bahaya dan ugutan
  • 12. MOTIVASI Asas Pengurusan8.3 Strategi MotivasiPakar-pakar motivasi akan mencadangkan atau mengadakan pelbagai program yangboleh meningkatkan motivasi pekerja di antaranya;a. Ganjaran diberikan bila mereka melakukan kerja dengan baik.b. Pengurusan mengikut objektif iaitu pekerja akan diberi keterangan yang jelas tentang objektif syarikat agar dapat memahami kepentingan diri mereka dalam organisasi sekaligus memperbaiki diri mencapai matlamat organisasi.c. Pengurusan berpenyertaan di mana pekerja akan mengemukakan pendapat dan idea secara berkelompok dan menimbulkan isu yang bermakna serta cuba menyelesaikannya.d. Perluasan Kerja dan Pengayaan Kerja. Perluasan kerja akan dapat menambahkan dan memotivasikan pekerja bekerja. Sebenarnya perluasan kerja dapat mengatasi masalah kebosanan dalam melakukan kerja yang mudah dan khusus. Pada am perluasan kerja dapat membantu kepuasan bekerja berbanding pusingan kerja. Sementara itu, pengayaan kerja akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan .e. Pengubahsuaian Jadual kerja dijalankan dengan dua cara iaitu jam kerja boleh ubah dan perkongsian kerja di mana kedua-dua cara ini akan meningkatkan lagi kualiti kerja.
  • 13. MOTIVASI Asas Pengurusanf. Insentif seperti telah melakukan kerja dan mencapai tahap yang diingini oleh organisasi maka diberikan peluang melancong, kereta mewah dan sebagainya.g. Kenaikan pangkat bermula dari hasil kerja mereka yang mencapai kualiti kerja yang telah ditetapkan.8.4 Tujuan MotivasiMotivasi yang diwujudkan dalam organisasi dengan berbagai tujuan, maka dapatlah kitamengenalpasti secara amnya tujuan motivasi adalah untuk:-a. Memenuhi kepuasan. Pekerja yang berpuashati dan mempunyai semanagat bekerja yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang baik dan kepatuhan serta kesetiaan kepada organisasinya. Oleh itu, kemungkinan berlakunya mogok, sabotaj, ketidakhadiran terhadp operasi organisasi tidak akan berlaku. Ini adalah kerana pekerja tersebut merasa puashati dengan kerja mereka yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka seperti keperluan ekonomi dan keperluan sosial setelah mereka melakukan kerja berkenaan.b. Memotivasikan kelakuan kerja (“work-related behaviour”). Pengurus harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Gelagat-gelagat seperti menyertai sesebuah organisasi, terus berada dan setia di dalam organisasi, sentiasa hadir bekerja, menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang bagi mencapai produktiviti yang tinggi, suka untuk melakukan kerja untuk kepentingan organisasi harus dimotivasikan oleh sesebuah organisasi.c. Melicinkan atau melancarkan tugas. Motivasi dapat menghalang berlakunya perkara- perkara seperti ketidakhadiran, mogok dan sebagainya. Apabila perkara sebegini dapat dielakkan maka, tugas dan beban kerja akan menjadi lancar sekaligus melicinkan perancangan dan kerja yang harus dilaksanakan. Pengurus boleh menyediakan program latihan kepada kakitangan, memberikan kemudahan di pejabat, insentif kehadiran, hadiah tahunan sebagai alat motivasi.
  • 14. MOTIVASI Asas Pengurusand. Merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun dan baik lagi. Kerelaan seseorang pekerja melakukan kerjanya dengan baik akan meningkatkan prestasi kerjayanya. Oleh itu dalam jangka masa panjang, pekerja-pekerja akan bersaing secara sihat di antara satu sama lain untuk meningkatkan prestasi mereka dan sekaligus meningkatkan juga prestasi organisasi mereka.8.5 Kepentingan Motivasi Kepada Organisasi.Motivasi memberi banyak kebaikan kepada organisasi. Ia boleh menghasilkan pekerjayang lebih produktif. Pekerja yagn bermotivasi tinggi dan dimotivasikan dengan carayang betul oleh pengurusnya akan menunjukkan produktiviti yang lebih daripada pekerjayang mempunyai motivasi yang rendah.Motivasi yang tinggi akan membawa kepada tumpuan kepada kualiti. Pekerja yangbermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja yang terbaik. Ini keranamereka mengharapkan kebaikan serta keuntungan yang maksimum kepada organisasidan diri mereka sendiri untuk jangkamasa panjang.Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. Apabilaseseorang pekerja mempunyai motivasi yang tinggi, dia akan sentiasa mencari alternatifterbaik untuk melakukan kerjanya supaya produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan.
  • 15. MOTIVASI Asas Pengurusan AKTIVITI 8BUjikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.Arahan : Bulatkan jawaban yang betul.8.6 Pekerja yang mengadakan mogok kerja atau sabotaj terhadap aktiviti organisasi adalah pekerja yang berpuashati terhadap pekerjanya. (B/S)8.7 Salah satu tujuan motivasi diwujudkan di dalam sesebuah organisasi adalah untuk melicinkan kerja-kerja seseorang. (B/S)8.8 Seseorang yagn bermotivasi tinggi akan lebih menitikberatkan kualiti yang tinggi agar dapat membawa kebaikan dan keuntungan kepada organisasinya. (B/S)Soalan Esei.8.9 Mengapa motivasi penting dalam sesebuah organisasi?
  • 16. MOTIVASI Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITIAKTIVITI 8BBetul / Salah8.6 S8.7 B8.8 BSoalan Esei8.9 Kepentingan Motivasi:- a) Ia boleh menghasilkan pekerja yang lebih produktif. b) Pekerja yang bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja yang terbaik.
  • 17. MOTIVASI Asas Pengurusan c) Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. .Huraian merujuk kepada mukasurat 11 dan 12 daripada unit ini.
  • 18. MOTIVASI Asas Pengurusan PENILAIAN KENDIRI Baik sekarang anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah anda.Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!! Arahan: Isikan Tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. _______________ ialah ransangan dalaman yang membentuk __________ seseorang individu. Dengan adanya motivasi, kebolehan dan factor-faktor persekitaran yang lain dapat meningkatkan __________ individu. 2. Mengikut Teori Maslow individu mempunyai beberapa keperluan bermula daripada, ___________,_________________,_______________,__________ dan _______________. 3. Satu lagi teori yang popular ialah _______________ yang diperkenalkan oleh Herzberg. Teori ini memperkenalkan dua factor iaitu_______________ yang dapat memberikan dorongan kepada pekerja . Diantara factor yang boleh memotivasikan pekerja adalah seperti _______________ dan _____________ manakala factor _______________ pula merupakan factor yang diberikan kepada pekerja untuk memberi kepuasan bukan nya untuk
  • 19. MOTIVASI Asas Pengurusan mendorong. Di antara faktor kepuasan ini ialah _____________ dan _____________ . 4. Individu boleh dipecahkan kepada dua kategori mengikut Teori X dan Y. Pekerja yang malas, perlu dipaksa dan diarah yang tergolong dalam kategori ___________ manakala pekerja yang rajin , kreatif dan mencari tanggunggjawab pula tergolong dalam kategori _________________. Soalan Esei. 1. Bincangkan Teori Keperluan Maslow dan bagaimana pengurus dapat melaksanakan teori tersebut dalam organisasi. 2. Bezakan diantara faktor kesihatan dan faktor motivasi seperti yang dinyatakan oleh Herzberg. 3. Kenapakah pengurus perlu mengenal pasti pekerja tersebut mempunyai cirri- ciri Teori X dan Y. MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRIIsi Tempat Kosong.1. motivasi, tingkahlaku,prestasi2. fisiologi,keselamatan,social,pengiktirafan,kesempurnaan diri
  • 20. MOTIVASI Asas Pengurusan3. Teori 2 faktor, factor motivasi,pencapaian,tanggungjawab, kesihatan, penyeliaan, polisi syarikat, gaji4. X,YSoalan esei1. Dorongan Apa yang Boleh diberi oleh syarikat Fisiologi Gaji, skim pinjaman perumahan dan kenderaan. Jaminan Skim pencen, saran, rawatan perubatan. Gabungan Keahlian kelab, persatuan atau tempat riadah syarikat, Hari Keluarga. Penghormatan Status jawatan ditingkatkan seperti mengubah nama jawatan. Pencapaian peluang untuk terlibat di dalam hasrat diri membuat keputusan. Pencapaian hasrat diri Peluang untuk terlibat di dalam membuat keputusan.2. Faktor Pengekalan atau kesihatan Faktor Motivasi Penyeliaan Pencapaian Polisi syarikat Tanggungjawab Hubungan dengan penyelia Kemajuan Keadaan Tempat Kerja Pertumbuhan Keselamat dan sebagainya. Pengesahan3. i. Pemberian Ganjaran atau hukuman ii. Menyesuaikan dengan gaya pengurusan pengurus iii. Tujuan delegasi