Unit12 : pembuat keputusan

12,706 views
12,153 views

Published on

1 Comment
8 Likes
Statistics
Notes
  • Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    JazakAllahu Khairan
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
12,706
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
60
Actions
Shares
0
Downloads
306
Comments
1
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Unit12 : pembuat keputusan

  1. 1. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan UNIT 12 : PEMBUATAN KEPUTUSAN Objektif Pembelajarn : Memahami dan mengetahui fungsi pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat: • Mendefinisikan pembuatan keputusan • Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat. • Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan • Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan. • Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan.
  2. 2. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan PEMBUATAN KEPUTUSAN12.0 PengenalanMembuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang individuterutama bagi seorang pengurus. Seorang pengurus tidak dapat lari daripada membuatkeputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks. Keputusan yangdibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau bangunnya sesebuahorganisasi.12.1 Definisi• Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua ( 2 ) atau lebih alternatif yang ada.• Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.12.2 Keperluan Membuat Keputusan• Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga perlu membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi. Disebabkan oleh kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam organisasi maka perlu ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang penting bertanggungjawab dalam membuat keputusan organisasi. Aspek yang dibentuk bergantung kepada dua ( 2 ) faktor iaitu skop keputusan yang hendak dibuat dan tahap pengurusan.
  3. 3. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan• Skop keputusan adalah merujuk kepada peratus bahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan yang mendapat kesan daripada keputusan yang dibuat. Semakin besar bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop sesuatu keputusan.• Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.12.3 Jenis dan Keadaan Dalam Membuat Keputusan. 12.3.1 Jenis Keputusan a) Keputusan Terprogram • Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi masalah yang sama b) Keputusan Tidak Terprogram • Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.
  4. 4. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.3.2 Keadaan Membuat Keputusan a) Kepastian • Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat. Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai sesuatu perkara dan ini membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil yang akan diperolehi bagi setiap alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang akan diperolehi oleh organisasi jika membuat pelaburan dalam bidang kewangan. b) Risiko • Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini adalah kerana pengurus mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan hasil sesuatu keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap. Mempunyai kesan ke atas tindakan yang akan dilakukan samada berjaya atau pun tidak berjaya. Sebagai contoh, pengambilan pekerja baru secara besar-besaran untuk meningkatkan jualan. c) Ketidakpastian • Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat langsung berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan ini biasanya berlaku apabila pengurus tidak mempunyai data atau maklumat langsung berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan Maka pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting dan berupaya untuk berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan organisasi untuk memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.
  5. 5. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.4 Teknik Membuat Keputusan Secara Berkumpulan • “Brainstorming” Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. Teknik ini perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli menyumbangkan sebanyak mungkin alternatif dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan masalah dan mebuat sesuatu keputusan. Daripada alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih dan alternatif yang lain akan diabaikan. • Nominal Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai penglibatan yang sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah: ( a) setiap ahli mencatakan idea tentang satu masalah yang dibincangkan. ( b ) setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh ahli-ahli yang lain. ( c ) setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan. (d) selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan agreggat tertinggi secara senyap. • Delphi Teknik ini merupakan proses membuat keputusan yang melibatkan soal selidik mengenai satu masalah yang khusus di kalangan ahli-ahli kumpulan., berkongsi keputusan dan meneruskan lagi soalselidik tersebut dan memberi maklumbalas sehingga satu persetujuan bersama dicapai. Teknik manakah yang akan anda pilih apabila ingin membuat keputusan berkaitan dengan tajuk projek bagi kumpulan anda?
  6. 6. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan AKTIVITI 12 AUjikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……!!!Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.Arahan : Bulatkan jawapan yang betul:12.1 Keputusan adalah pilihan yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif (B/S)12.2 Semakin luas skop keputusan yang perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut. (B/S)12.3 Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulangkali. (B/S)12.4 Teknik Delphi adalah proses membuat keputusan dalam kumpulan di mana setiap ahli akan mendapat peluang yang sama dalam membuat keputusan. (B/S)12.5 Teknik “Brainstorming” banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah. (B/S)Soalan Esei.
  7. 7. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan12.6 Bezakan di antara keputusan terprogram dan keputusan tidak terprogram.12.7 Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud dalam membuat keputusan MAKLUMBALAS AKTIVITIAKTIVITI 12 ABetul / Salah12.1 B12.2 S12.3 B12.4 S12.5 SSoalan esei.
  8. 8. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan12.6 Keputusan Terprogram.Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan.Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalammenyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuatkeputusan yang sama bagi masalah yang sama.Keputusan Tak Terprogram.Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerluperhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambilsatu-satu keputusan.12. 7 a) Kepastian b) Risiko c) Ketidakpastian
  9. 9. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.5 Proses Membuat Keputusan Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif. Langkah 1: Mengenalpasti Masalah Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku. Apakah penyebab kepada masalah tersebut? Pengurus perlu mengumpulkan maklumat-maklumat penting dan petanda-petanda penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang dihadapi. Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan produk organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebab- sebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi
  10. 10. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Langkah 2: Mewujudkan alternatif Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa kemungkinan alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat- maklumat yang lebih penting diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus perlu melibatkan seramai mungkin pekerja kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak alternatif yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah yang hanya ada satu cara untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teknik “brainstorming” banyak digunakan dalam mencari idea yang bernas dan kreatif. Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi dan meningkatkan kualiti barangan. Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas setiap alternatif dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat
  11. 11. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif bagi mencari yang terbaik. Dalam penilaian ini pengurus perlu menimbangkan 4 perkara:  Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih  Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut  Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.  Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang terbaik untuk dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas. Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk rancangan untuk melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk. Pengurus melihat kemungkinan kesan kepada tindakan–tindakan yang dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik maka peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.
  12. 12. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja mestilah bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih agresif. Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif yang diambil merupakan alternatif yang terbaik. Langkah 5: Menilai Hasil Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil yang diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah dijalankan semula dan mengambil tindakan pembetulan.
  13. 13. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan AKTIVITI 12 BUji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!!Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:12.8 Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah perlaksanaan. (B/S)12.9 Setiap masalah mempunyai hanya satu alternatif penyelesaian. (B/S)12.10 Penyelidik mencadangkan bahawa teknik brainstorming akan menjadi lebih efektif apabila melibatkan seorang individu sahaja. (B/S)12.11 Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu kumpulan alternatif. (B/S)12.12 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah. (B/S)
  14. 14. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas PengurusanSoalan Esei12.13 Jelaskan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian alternatif.12.14 Anda dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan berdasarkan masalah yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian dan terangkan bagaimana penilaian dilakukan terhadap pemilihan alternatif tersebut. MAKLUMBALAS AKTIVITIAKTIVITI 12 BBetul / Salah12.8 S12.9 S12.10 S12.11 B12.12 S
  15. 15. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas PengurusanSoalan eseiSoalan 12.13 • Kelebihan dan kelemahan setiap laternatif yang dipilih • Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi • Kos–faedah apabila memilih alternatif tersebut • Perbandingan setiap alternatif yang dipilihSoalan 12.14  Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih  Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan- kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut  Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.  Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut. PENILAIAN KENDIRI
  16. 16. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas PengurusanAnda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri inidan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda.Selamat Mencuba semoga berjaya!!!!!Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan dibawah. 1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan masalah-masalah rutin dan biasa berlaku. (B/S) 2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat yang hanya mencukupi untuk setiap alternatif yang dipilih. (B/S)Soalan eseiHuraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.
  17. 17. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI1. S2. BSoalan esei 1. Langkah-langkah tersebut adalah; • Mengenalpasti Masalah • Mewujudkan Alternatif • Menilai dan Memilih Alternatif • Melaksanakan Alternatif 2. Huraian setiap langkah Langkah 1: Mengenalpasti Masalah • Lewat ke tempat kerja, terpaksa berebut menaiki bas Langkah 2: Mewujudkan Alternatif • Kereta jenis apa, buatan mana, harga, baru/lama • Tempat pembelian Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif
  18. 18. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan • Menilai setiap alternatif yang dibuat berdasarkan kebaikan/keburukan setiap alternatif yang dipilih. • Kereta baru- kebaikan/keburukan • Kereta lama – kebaikan /keburukan Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan • Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut. • Beli kereta baru

×