Kajian tentang perayaan tahun baru cina

39,960 views

Published on

Kajian mengenai Perayaan Tahun Baru Cina

3 Comments
43 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
39,960
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
18
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
3
Likes
43
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian tentang perayaan tahun baru cina

  1. 1. TAJUK KAJIANPERAYAAN TRADISI KAUM DIMALAYSIA 1
  2. 2. KANDUNGANISI KANDUNGAN Muka SuratKata Penghantar ....................................................... 2Tajuk Kajian ....................................................... 3Isi Kandungan ....................................................... 4Pendahuluan Kajian ....................................................... 5Kaedah Kajian ....................................................... 6Hasil Kajian- Perayaan Tradisi ....................................................... 6- Tarikh Perayaan Mengikut Haiwan ....................................................... 7- Latar Belakang ....................................................... 8- Sejarah Perayaan Tahun Baru Cina ....................................................... 8- Persiapan Perayaan Tahun Baru Cina ....................................................... 10- Ang Pau ....................................................... 11- Pasar Tahun Baru ....................................................... 12- Bunga Api ....................................................... 12- Larangan Mercun ....................................................... 13- Ucapan Semasa Sambutan Tahun Baru Cina ....................................................... 14- Pakaian ....................................................... 15- Hari- Hari Perayaan ....................................................... 15- Simbol ....................................................... 18- Balik Kampung ....................................................... 18- Rumah Terbuka ....................................................... 18- Pantang Larang ....................................................... 19- Kesan Perayaan Tahun Baru Cina ....................................................... 20Kesimpulan ....................................................... 22Rujukan ....................................................... 23Lampiran ....................................................... 24 2
  3. 3. PENDAHULUAN KAJIAN Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus PerkembanganProfesionalisme Keguruan (HBEF2803). Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahuidengan lebih mendalam mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina.Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan sayamengenai sejarah yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina. Sememangnya masyarakat Malaysia kaya dengan kaum, perayaan dan sejarahnyatersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapatmenyedarkan bahawa rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya perayaan di negara kita keranaia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yangberlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat kerjasama,kekeluargaan dan semangat persaudaraan. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma didalam diri saya juga di kalangan generasi masa kini melalui kajian ini. Selain daripada itupengalaman mengkaji kajian ini dapat diterapkan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaranserta kepada pelajar- pelajar sekolah. 3
  4. 4. KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranyaialahseperti berikut:- 1) BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih. 2) INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya. 3) ORANG SUMBER- Saya telah menemubual beberapa orang bangsa Cina dewasa dan kanak- kanak untuk mendapatkan maklumat berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.PERAYAAN TRADISI Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama dalammasyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan,maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakanTahun Baru Cina, etnik yang lain termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu,Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untukmerayakan Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina diraikan dengan penuh meriah. Setiap rumah dihiasi dan dipenuhidengan pelbagai hiasan yang melambangkan kegembiraan, keamanan, kemakmuran dankeberuntungan. Buah limau mandarin (dipanggil kam dalam Bahasa Kantonis yang memberimaksud emas) adalah satu kewajipan pada musim perayaan ini kerana warna keemasannya yangmelambangkan limpahan kekayaan. Begitu juga dengan pomelo (dikenali sebagai bolok dalam Bahasa Kantonis. Lokmembawa maksud (kemakmuran), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) 4
  5. 5. atau nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan peningkatan sepanjang tahun. Kesemuanyadipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan. Di antara perhiasan yangterkenal adalah kuplet musim bunga atau Chunlian. Kuplet ini sangat unik bentuknya danberupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi untuk melepaskantahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-alukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah perkataan- perkataan Cina yang melambangkan tuah, musim bungaatau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas merah. Selain itu, bunga-bungaandan tanglung berwarna merah juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaanTahun Baru. Dalam perayaan TahunBaru, makan besar menjadi satu acara yang pentingtermasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan lebihan), fatt choy(kekayaan) dan sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, Yee Sang (ikan hidup yang melambangkan tahun yangpenuh bertenaga dan member keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Diantara yang dihidangkan termasuklah mee, ikan mentah dan beberapa jenis pembuka selera yanglain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acaramenggaulkan Yee Sang ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis) menjadi simbol tahun yangdipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan pulangan yang baik.TARIKH PERAYAAN MENGIKUT HAIWAN RAJAH 1 : TARIKH PERAYAAN MENGIKUT HAIWAN 5
  6. 6. LATAR BELAKANGNama Perayaan : Tahun Baru CinaNama Lain : Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim BungaDiraikan oleh : Terutamanya Tamadun Asia TimurJenis : China, kebudayaan, agama BuddhaKeutamaan : Hari pertama kalendar Cina (qamari)Tarikh 2010 : 14 FebruariTarikh 2011 : 03 FebruariTarikh 2012 : 23 Januari 2012Tarikh 2013 : 10 Februari 2013Perayaan : Sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.Berkaitan dengan : Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan iniSEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhlukganas yang bernama „Nian‟ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusiahidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhlukini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah keudara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baruCina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-samadengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian „cheongsam‟, ia menjadi simbol tradisikemeriahan masyarakat Cina.Mitos : Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia daripergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitarmusim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Niansukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bungaapi dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada 6
  7. 7. perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud "menyambut tahun baru"membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian". Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalahpermulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekorbinatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawasuatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberipenghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang ituialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat danuntung nasib binatang tersebut.Upacara khusus dalam perayaan Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina.Antaranyaialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahunbarucina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singaakandiadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka danjugamusibah.Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan merekayangtelah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belasmerupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jiéataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan makan bersama-samakeluarga sekali lagi.Individu yang mengetuai upacara khusus Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumahataupunorang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.Tempat khusus sambutan di jalankan Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di desa.Selain itu,sambutan inijugadisambut di sebahagian pekan dan bandar kecil. 7
  8. 8. PERSIAPAN PERAYAAN TAHUN BARU CINASEBELUM : Sebelum perayaan pada hari-hari sebelum Tahun Baru, kaum keluarga Cinamembersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihanini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu sertamenyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habukdisimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak bolehdisapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucapkan kebahagiaan dan kemakmurandalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidanganyang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.Di China Utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladumelambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahliterdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket inisering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dankehormatan.SEMASA : Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untukmenyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka.Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih tuaseperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China jugamenggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewakekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasibbaik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan“datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”. 8
  9. 9. SELEPAS : Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskankembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara mereka. Pada harikelima belas mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasaHokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakanpada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dandihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.ANG PAU Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun BaruCina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin.Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlahwang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angkaganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian . Oleh sebabangka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggapbertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam ang pau. PEMBERIAN ANG PAU 9
  10. 10. PASAR TAHUN BARU Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasarini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaiandansebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atausebagaihiasan rumah. MEMBELI- BELAHBUNGA API Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untukmenghasilkanletupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zamanmoden pula, kaedahini berubah menjadi penggunaanmercunpada musim perayaan. Mercunbiasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkandalam kertas merah keranawarna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.Apabila dibakar, mercunmelepaskan bunyi meletup-letup yangkuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilanganratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yangdipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercunjuga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspekpenting dalam sambutan Tahun Baru Cina. BUNGA API 10
  11. 11. LARANGAN MERCUN Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahunbaru,namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanyalaporanmengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderitaakibatkecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaandan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yangmengharamkansepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebabkeselamatan.• Tanah Besar China : Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namunBeijingmenarik balik larangannya pada tahun2006setelah sedekad, dan undang-undangnyatidak selaludikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramaidan lorong-lorongselalu diliputi warna merah bangkai mercun.•Hong Kong : Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,kerajaankolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bungaapa diPelabuhan Victoriapada hari kedua Tahun Baru Cina.Pertunjukan seumpamanya jugadiadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.•Singapura : Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelahberlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.Inidilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yangmengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cubamenghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun,pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketikakegiatan menyala mercun di Kreta Ayer , tepat pada waktu malam hari pertama Tahun BaruCina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura.Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan ataupertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial. 11
  12. 12. •Malaysia : Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untukmemenuhi kehendak diri mereka.•Indonesia : Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika TahunBaru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukankaum Cinaagar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapakawasan metropolitanseperti Jakarta dan Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.•Amerika Syarikat : Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercunsetelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di ChathamSquare, Chinatown.UCAPAN SEMASA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA Ucapan xin nian kuai le Tulisan Cina ialah Selamat Tahun Baru Cina merupakanucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dariucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China,"guò nián hǎo" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baruantarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialahdapat hidup dalam keadaan yang baik. Selain itu, "Gong xi fa cai” yang diterjemah sebagai"Tahniah dan semoga mendapat rezeki UCAPAN GONG XI FA CHAI 12
  13. 13. PAKAIAN Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakaisepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akanmenakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yangmemakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkanpermulaan baru pada tahun baru.Shou SuiShou Sui (Cina Tradisional: 守歲 ,Cina Ringkas: 守岁)berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama padamalam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahunyang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba.Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akanmemanjangkan usia ibu bapa.HARI- HARI PERAYAANHari Pertama: Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diridaripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan merekaakan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluargaCina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka,biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tariansinga sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka danmusibah dari rumah.Hari Kedua : 13
  14. 14. Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuanyang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuanyang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.Hari Ketiga : Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahisaudara mara.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah", yang bermaksud mudah untuk terlibatdalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam dirumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahunlalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hariketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.Hari Kelima : Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecahlima" . Ini jugamerupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaanbiasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.Hari Ketujuh : Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari yang mana usia setiaporang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila saladikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung saladberwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Inimerupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, sepertiMalaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantautersebut. YEE SANG 14
  15. 15. Hari Kesembilan : Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah MaharajaJed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru"suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkienmenyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu keranatebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapagenerasi lalu. TOKONG MAHARAJA JEDHari Kelima Belas : Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ,atau Chap Goh Mei, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán , bebola pulut manis dalam sup,dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepungpulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudiandimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan boleh dibuat sama ada berisi atautanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagaiPerayaan Tanglung. Tāngyuán 15
  16. 16. SIMBOL Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang ataukepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidakmenyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yangberputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebabyang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini seringkelihatantergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyisamadengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraandankemakmuran.BALIK KAMPUNG Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yangterbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cinaseberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanaksaudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運,CinaRingkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena " balik kampung" sewaktu masyarakatMelayu menyambutAidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balikkampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnyauntuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.RUMAH TERBUKA Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golonganpembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan inidianjurkan oleh pembesar kaum Cina. 16
  17. 17. PANTANG LARANGTuah baik• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puakapembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagipemakannya.• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agarmudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkanperistiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambilkesempatanuntuk ber judipada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambahkekayaan.• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yangbergosip tentang pemakainya.Nasib Malang ("Tuah buruk")• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina keranaperkataan bahasa Kantonisbagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau"sukar".• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataanKantonisbagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinyadengan "kaya".)• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinyadenganhasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalambahasaKantonis".• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihalkebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuahbagi tahun baru.• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal TahunBaruCina kerana ini turut dianggap tidak bagus. 17
  18. 18. • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cinabagi"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".KESAN PERAYAAN TAHUN BARU CINAKesan Kekeluargaan Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengankeluargadengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akanberasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengankeluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembaliberkumpul.Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalamsesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-piutang akandibayar dan dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Golonganmuda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka terhadap golongantua.Kesan Perpaduan Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan diMalaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadapsesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat dinegara ini. Contohnyaseorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang berbangsa Cinaserta membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu. Ini akanmengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.Kesan Pengetahuan Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar,pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini, banyakpengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masihdikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masihmempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu 18
  19. 19. tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia bolehmembuang segala keuntungan yang ada. Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina jugamenyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebihkemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkarayang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.Kesan Pelancongan Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjaditumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. KerajaanMalaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datangpada musim perayaan. 19
  20. 20. KESIMPULAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkantugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyakpengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya perolehi dan dapat dijadikan iktibar. PerayaanTahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa yangterdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan danluar negara untuk menyaksikannya. Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura tetapi keunikan dankeadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarikpelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekaligusdapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini. Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kitahidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musimperayaan, rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun keranasemangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama danmenjalani kehidupan yang berbeza amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dansemangat muhibbah yang tinggi dikalangan rakyat. 3820 patah perkataan tidak termasuk rujukan. 20
  21. 21. RUJUKANINTERNETwww.google.comhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cinawww.scribd.com/kerjakursussejarahhttp://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNYhttp://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190SURAT KHABARUtusan Malaysia. 15 Februari 2010BUKU ILMIAHBuku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3, Abdul Aziz bin AbdulRahman, muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd.Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Vishalache a/p Balakrishnan, Marwiyah Abu Kassim, Muslimin Bin Fadzil.Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Vishalache Balakrishnan, Koo Kee Peng, Mohd Bakri Che Amin 21
  22. 22. LAMPIRAN 22

×