• Save
Teknologi dan Masalah Penglihatan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teknologi dan Masalah Penglihatan

on

  • 11,783 views

 

Statistics

Views

Total Views
11,783
Slideshare-icon Views on SlideShare
11,715
Embed Views
68

Actions

Likes
10
Downloads
0
Comments
4

4 Embeds 68

http://dayangkuamalinaphm.wordpress.com 43
http://adeeraannur.wordpress.com 14
http://ummusulaim92.wordpress.com 6
https://twitter.com 5

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

14 of 4 Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Teknologi dan Masalah Penglihatan Teknologi dan Masalah Penglihatan Document Transcript

    • TEKNOLOGI PENDIDIKAN GGGE 2153 Tajuk:Tugasan Kumpulan: Teknologi dan Masalah Penglihatan Disediakan oleh: Ummu Sulaim Binti Mohammad A138175 Nurul Nadira Binti Mohd Noor A138195 Dayangku Siti Nur Amalina Binti Pengiran Haji Mahmud A138727 Pensyarah: Encik Md Yussof Bin Daud
    • TEKNOLOGI UNTUK MASALAH PENGLIHATANBrailleBraille ibarat pengganti penglihatan bagi golongan bermasalah penglihatan. PenggunaanBraille ini membolehkan mereka yang tidak dapat melihat boleh membaca, menterjemahimej malah mengira. Braille ini adalah sejenis tulisan sentuh yang di perkenalkan oleh LouisBraille. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat rajin dan beriltizam kuat untukmencipta tulisan yang boleh membantu golongan buta untuk membaca dengan lebih mudah.Beliau telah mengalami kebutaan sejak dari umur 15 tahun. Dari usia ini beliau mengubahsuai tulisan tentera bagi memudahkan tentera membaca dalam gelap. Justeru, sempenapenemuan Louis Braille ini, tulisan ini dinamakan Braille. Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan.Kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf BrailleBahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol(seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secaraterus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku bukuBraille yang lebih nipis dicetak. Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca notamuzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titikmenjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruftersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf-hurufASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini direkodkan dalam standard Unicode. Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di manatitik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakantangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braillejuga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.(sumber wikipedia) . Mesin cetak Braille yang di sambungkan pada komputer, merupakan salah satu carayang dapat membantu penulisan Braille di hasilkan dengan lebih mudah. Perisian TerjemahanBraille Duxbury (DBT), perisian JAWS (boleh mengeluarkan suara) dan mesin pencetaktulisan Braille atau dikenali sebagai embosser , membantu kelancaran penghasilan buku-bukuBraille. Pada permulaanya, buku akan di imbas dari muka surat pertama. Hasil imbasan tadiakan tertera pada komputer menerusi perisian „ text document‟ dalam tulisan rumi.
    • Proses penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan juga boleh dilakukan sendirioleh mereka yang bermasalah penglihatan. Ketika mesin JAWS menjalani prosesnya, ia akanmnegeluarkan suara dan membaca satu persatu ayat yang diimbas dari buku. Oleh itu,mereka yang mengalami masalah penglihatan boleh membuat penyuntingan tanpa bantuanmereka yang celik. Selain daripada itu, perisian JAWS ini selain boleh mengeluarkan suara semasapengimbasan. Ianya juga boleh mengeluarkan suara ketika kursor tetikus nunjukan mana –mana di skrin komputer. Setelah itu, penulisan akan diterjemahkan daripada tulisan rumikepada tulisan Braille. Akhir sekali barulah , penulisan akan di cetak melalui mesin emboss.Dimana, mesin ini akan mencetak dan akan terhasil bahan bacaan daripada tulisan Braille.Kertas yang digunakan untuk mencetak ini di namakan Braillion. Kebiasaanya kertas iniadalah dalam harga RM1 sehelai. Oleh itu, buku Braille kebiasaannya adalah berkali gandalebih mahal daripada buku biasa. Perisian JAWS ini juga boleh menyokong pengguna Windows Vista. Ciri- ciri yangada pada perisian JAWS 9.0 ialah di formatkkan dengan teks , audio , percakapan yangpantas dan mudah. Terdapat juga gabungan 2-multi-lingual speech synthesizers iaituEloquebce and RealSpeak Solo SAPI 5. Perisian JAWS ini telah berpengalaman denganWindows dan telah digunakan oleh 50 buah Negara dalam 23 bahasa yang berbeza.Tambahan lagi, ianya juga di lengkapi bersama perisian MAGic screen magnification. Jika bagi mereka yang celik menggunakan NoteBook sebagai komputer riba yangmudah di bawa kemana-mana, bagi golongan masalah penglihatan pula, menggunakanBrailleNote. Alat ini digunakan oleh golongan cacat penglihatan untuk membacamenggunakan Braille. Alat ini juga mempunyai saiz yang kecil seperti komputer riba dansangat „user friendly‟. Ianya boleh di gunakan bersama pemprosesan perkataan. Dokumenjuga boleh di cetak secara Braille atau juga boleh di hantar pada pengguna lain melalui e-mail. Alat ini juga boleh di sambung dengan moderm untuk membolehkan penggunaberhubung secara dalam bentuk rangkaian dengan pengguna lain. Antara kemudahan lainyang terdapat di BraillesNotes ialah, Bluetooth dan Wifi, penambah Media Player, Memodalam bentuk suara, Kawalan Audio, Web browser, FM radio dan peranti kemasukkanBraille sambungan dengan JAWS untuk windows. Seterusnya, perisian pembesar skrin pula adalah suatu keperluan yang amat pentingbagi golongan yang mengalami rabun teruk. Perisian pembesar skrin ini di gunakan bagi
    • melihat sesuatu teks pada skrin komputer. Ia adalah satu perisaian yang membesarkanbahagian paparan monitor supaya mudah untuk di baca. Teknologi ini membantu pembacaterutama apabila teks adalah kecil. Terdapat pelbagai jenis perisian pembesar skrin yangboleh di perolehi daripada pasaran dengan fungsi yang pelbagai. ZoomText yang terbaru ialah Zoom text 9.1 perisian ini membolehkan melihatsesuatu teks pada skrin yang di besarkan dan membaca teks tersebut dengan lebih jelasberbanding perisaian versi sebelum ini. Sokongan „xFront Magnification Display High-definition Text‟ yang terdapat dalam Zoom Text 9.1 ia dapat mengesan teks dengan lebihmudah. Juga dengan sokongan „ NeoSpeech Synthesizes‟. Semua aplikasi dan pembacaandokumen dapat di baca dengan lebih kuat dan jelas seperti suara manusia biasa. Ciri-ciriterbaru yang terdapat dalam Zomm Text 9.1 ialah boleh membaca dan membesarkan textdalam dua monitor. Ia juga berkebolehan tmeningkatkan mengawal pemfokusan teks yanghendak di baca. Tambahan lagi, ianya menyokong penggunaan untuk Windows Vista,Microsoft Office 2007, Mozila Firefox dan Adobe Acrobat dan Reader. Seterusnya adalah mesin pembaca „ ScannerR‟ . alat ini memberi kemudahan kepadagolongan cacat penglihatan untuk membaca teks. Ia membolehkan penggunaan membacamajalah tanpa menggunakan bantuan komputer. Teks akan diimbas dan di baca. Kemudianalat ini juga boleh di sambung pada BrailleNote dan VoiceNote. Apabila scanner di sambungdengan BrailleNote pengguna akan dapat membaca menggunakan tulisan Braille. Apabilascanner di sambung VoiceNote dengan kemudahan audio , pengguna hanya perlu mendengarteks yang di baca. Alat ini boleh membaca 50000 muka surat dan dapat disimpan dalam satumasa tertentu. Cara penggunaan alat ini ialah pengguna hanya perlu meletakkan dokumen padascanner dan menekan butang. Teks akan mengeluarkan suara. Pengguna juga bolehmenyimpan teks yang dibaca dan mengeluarkan suara. Dengan menekan butang khas danmenyebut nama fail, fail akan tersimpan. Alat ini juga penyokong pelbagai jenis bahasaseperti Spanish. Italain, Franch dan lain-lain. WebAnywhare pula merupakan pembaca skrin yang berasaskan web. Ianyamerupakan boleh digunakan dengan menyambungkan komputer kepada internet dan auputaudio. Apa jua yang tertera di skrin ,dengan adanya web ini , ia akan mengeluarkan suaradan membaca. Oleh itu, perisian ini adalah boleh di gunakan dimana-mana sahaja.WebAnywhere ini juga membantu golongan yang bermasalah penglihatan untuk mencari
    • maklumat tanpa membeli alat pembaca skrin yang mahal. Oleh itu, mereka boleh mengeksesmaklumat dengan percuma di WebAnywhere di mana sahaja. Justeru, kita boleh lihat, pelbagai kemudahan bagi golongan yang bermasalahpenglihatan telah di cipta. Daripada secara manual kepada automatik dan mobiliti. Pihaksekolah dan mana-mana institusi perlulah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan danmenyumbangkan alatan teknologi ini untuk golongan masalah penglihatan. Supaya,pendidikan secara menyeluruh dan sama adil itu boleh di capai. Malah, dengan ini tidakmustahil boleh meningkatkan lagi golongan masalah penglihatan yang boleh berjaya dansetanding dengan mereka yang celik dalam pemerolehan maklumat dan pendidikan.Cermin Mata Cermin mata berfungsi untuk membantu individu yang mengalami rabun untuk melihatdengan lebih jelas. Namun begitu, cermin mata tersebut hanya sebagai hiasan jika tidakdigunakan dengan jenis kanta yang sesuai. Dua jenis kanta yang digunakan untukmembetulkan ralat pembiasan yang sering berlaku pada mata ialah kanta cekung dan kantacembung. Setiap kanta mempunyai ciri- ciri dan fungsi yang khusus.Kanta Cekung Kanta cekung adalah kanta yang mempunyai bahagian tengahnya nipis berbandingdengan bahagian hujung kanta. Sekiranya kuasa kanta cekung adalah tinggi, maka mata yangmemakai kanta ini akan kelihatan lebih kecil dari saiz biasa. Kanta cekung digunakan untuk membetulkan ralat pembiasan yang berlaku pada matayang mengalami rabun jauh atau myopia. Masalah utama bagi mereka yang mempunyaimiopia yang tidak dibetulkan adalah kekaburan pada jarak jauh.
    • Rabun Jauh (myopia) Myopia berlaku apabila imej difokuskan di hadapan retina menyebabkan imej yang terbentuk kurang jelas atau kabur. Individu yang mengalami myopia ini tidak dapat melihat objek pada jarak yang jauh secara jelas, tetapi boleh melihat objek pada jarak yang dekat dengan jelas. Biasanya kejadian rabun jauh ini berlaku dalam kalangan kanak- kanak disebabkan oleh saiz bola mata yanglebih panjang daripada saiz normal. Kejadian myopia boleh dibetulkan dengan penggunaancermin mata kanta cekung. Myopia boleh dikelaskan kepada myopia fisiologi, myopiapatologi, myopia aksial, dan myopia refraktif atau myopia indeks. Myopia fisiologi kerap terjadi kepada pelajar sekolah dan merupakan keadaan yangringan berpunca daripada keadaan fisiologi yang boleh dibetulkan dengan menggunakan alatbantuan penglihatan tertentu seperti kaca mata. Myopia fisiologi juga dikenali sebagaimyopia sekolah. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini ialah berlaku pertambahanpada kelengkungan permukaan kornea atau kanta kristalin. Selain itu, saiz bola matabertambah panjang kerana berlakunya proses pertumbuhan dan perkembangan struktur mata. Myopia patologi berlaku kerana perubahan yang terjadi pada patologi komponenpembiasan. Myopia patologi juga dikenali sebagai myopia degeneratif atau myopia progresifatau myopia malignan. Kebiasaannya, myopia patologi mempunyai kuasa biasan yang sangattinggi dan berkemungkinan besar berasal daripada genetik. Antara ciri myopia patologi ialahberlakunya pertambahan panjang aksial dengan cepat dan adanya atrofi korio-retinal. Selainitu, berlaku kehilangan penglihatan pusat yang melibatkan kawasan makula. Individu yang
    • mengalami myopia patologi berisiko untuk mengalami keadaan retina lekang. Myopiapatologi biasanya tidak dapat dirawat dan penghidapnya akan tergolong dalam golonganberpenglihatan terhad. Myopia aksial ialah rabun jauh yang berlaku kerana saiz bola mata yang panjang.Perubahan saiz bola mata ini berlaku disebabkan oleh sesuatu punca seperti posteriorstafiloma. Manakala, myopia refraktif atau myopia indeks berlaku kerana perubahan refraktif ataubiasan pada kornea atau kanta kristalin sedangkan panjang bola matanya adalah normal.Antara keadaan yaang boleh menyebabkan berlakunya myopia indeks adalah keratokonus,iaitu berlaku pertambahan kuasa biasan, dan sklerosis kanta kristalin atau kornea.Kanta Cembung Kanta cembung memiliki ciri tebal atau cembung dibahagian tengahnya dan nipisdibahagian hujung/tepinya. Sekiranya kuasa kanta cembung yang diperlukan sangat tinggi,cermin mata biasanya kelihatan seperti telur mata kerbau. Mata juga kelihatan besar apabilacermin mata dipakai. Kuasa yang tinggi bagi kanta cembung ini boleh menyebabkan imejyang dilihat adalah lebih besar dari saiz biasa dan kadang kala akan mengelirukan. Olehsebab sedemikian mereka yang mempunyai kuasa hiperopia yang tinggi akan memilih untukmemakai kanta sentuh untuk membaiki ralat refraksi. Bagi kanak-kanak hiperopia, merekadiperlukan untuk memakai cermin mata berkanta cembung untuk semua aktiviti jauh dandekat. Mungkin bila disebut sebagai rabun dekat, ibubapa akan menyuruh anak mereka untukmemakai cermin mata itu hanya apabila melakukan kerja dekat, mereka perlu sedar bahawaini adalah tidak betul dan boleh menyebabkan kerabunan yang lebih teruk pada kanak-kanakini dan juga boleh menyebabkan berlakunya ambliopia ataupun mata malas.
    • Rabun Dekat (hyperopia) Imej terbentuk di belakang titik fokusTanpa cermin mata Imej terbentuk pada titik fokusDengan cermin mata Hyperopia berlaku apabila imej difokuskan di belakang retina. Keadaan ini menyebabkan penglihatan jauh lebih baik daripada penglihatan dekat. Individu yang mengalami hyperopia akanmelihat objek pada jarak yang jauh secara jelas, manakala objek pada jaraak yang dekat akankelihatan tidak jelas atau kabur. Ralat pembiasan ini berlaku disebabkan oleh saiz bola matayang lebih kecil berbanding dengan saiz normal. Individu yang mengalami hyperopia ataurabun dekat ini perlu menggunakan cermin mata kanta cembung. Hyperopia terbahaagikepada hyperopia biasa, hyperopia patologi dan hyperopia kefungsian (functional). Hyperopia biasa berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah garis pusatbola mata terlalu pendek atau saiz bola mata yang kecil berbanding dengan saiz normal.Terdapat juga kes yang disebabkan oleh komponen refraktif mata yang terlalu lemah. Apabilaindeks refraktif atau indeks biasan mengalami keadaan yang tidak normal, contohnya indeksbiasan bagi cecair vitreus tinggi, maka cecair akues akan berkurang. Keadaan inimenyebabkan bahagian korteks kanta kristalis atau kornea bertambah. Kelengkungan korneaberkurang juga boleh menyebabkan hyperopia, terjadi apabila panjang jejari korneabertambah menyebabkan permukaan komponen refraktif tersebut menjadi lebih leper. Selainitu, ruang anterior yang cetek dan umur tua juga boleh mencetuskan hyperopia. Hyperopia patologi pula merujuk kepada keadaan abnormal kongenital atau akibatdaripada unsur tertentu seperti barah atau ketumbuhan. Perubahan bentuk bola mata yangmenyebabkan panjang aksial bola mata terlalu pendek atau saiz bola mata kecil berbandingsaiz normal. Keadaan ini disebabkan oleh barah di orbit mata, mikroftalmus, edema atauperubahan akibat kecederaan tertentu pada mata. Masalah pada kelengkungan kornea yang
    • merupakan komponen refraktif, seperti permukaan kornea menjadi lebih leper akibatdaripada ulser pada permukaannya. Perubahan metabolisma boleh meningkatkan indeksbiasan cecair vitreus, mengurangkan indeks biasan cecair akuess, atau meningkatkan indeksbiasan pada korteks kanta kristalin atau kornea. Ketiadaan elemen tertentu pada mata jugamenyumbang kepada hyperopia patologi seperti ketiadaan kanta kristalin menyebabkankeadaan afakia. Selain itu, kedudukan kornea yang tidak pada tempatnya juga bolehmencetuskan keadaan hyperopia. Contohnya, kedudukan kornea yang terkebelakang, iaitu kearah posterior. Hyperopia kefungsian atau functional adalah disebabkan oleh pengaruh akomodasi.Penguncupan otot siliari semasa proses akomodasi akan meningkatkan kuasa biasan korneayang sedikit sebanyak boleh membetulkan sejumlah tertentu darjah hyperopia yang wujud.Hyperopia kefungsian boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan akomodasitersebut, iaitu hyperopia yang terpendam (latent) dan hyperopia yang dinyatakan sebagaihyperopia pilihan (fakultatif) dan hyperopia mutlak. Hiperopia terpendam boleh dihilangkansecara fisiologi oleh otot siliari, samada secara penguncupan atau pengembangan. Manakalahyperopia pilihan pula dapat dihilangkan dengan keupayaan akomodasi. Berbeza denganhyperopia mutlak yang tidak dapat diatasi melalui proses akomodasi.Kanta Lekap Kanta lekap ialah kanta yang dipakai terus pada mata utuk membetulkan kecacatanrefarktif atau kecacatan pembiasan. Secara amnya, terdapat tiga jenis kanta lekap, iaitu keras,separa keras dan lembut. Bagi kanta lekap keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satulapisan cecair air mata, manakala bagi kanta lekap lembut, ia hamper bersentuhan ataumelekap pada lapisan epitelium kornea mata. Kanta lekap digunakan terutamanya untuk menggantikan cermin mata bagimemperbaiki kecacatan, tetapi ia mungkin juga digunakan untuk perlindungan bagi beberapajenis penyakit kornea. Memang tidak dinafikan bahawa kewujudan kanta lekap telah banyakmembantu dalam meningkatkan ketajaman mata, selain penggunaannya memberi keselesaankepada pemakai.
    • Orang Buta Akan Mampu Melihat Dulu teknologi ini hanya dikembangkan dalam filem- filem Fiksyen. Dalam Filem StarTrek: The Next Generation, diceritakan bahawa seorang juruteknik pesawat Enterprisebernama Jordy LaForge, yang mengalami kebutaan sejak lahir, namun tetap boleh melihatdengan menggunakan sebuah gadget atau alat bantu pengelihatan virtual alias visioner yangdipasang seperti cermin mata Stevie Wonders. Namun teknologi yang terdapat dalam filem fiksyen tersebut kini nampaknya akanmenjadi kenyataan. Sebuah kumpulan dari Hebrew University Yerusalem yang dipimpin olehDr. Amir Amedi telah mengembangkan teknologi yang sebenarnya telah diciptakan 20 tahunlalu oleh peneliti Belanda, Dr. Peter Meijer. Dalam peringkat yang diberi nama SensorySubstitution Device (Alat pengganti sensor), Dr. Peter Meijer menggunakan teknik algoritmadengan sistem gelombang untuk menterjemahkan posisi dan bentuk dari suatu objek dengannada-nada tertentu, yang membuat orang yang mengalami kebutaan mampu mengetahuibentuk dan posisi suatu benda. Hasil penelitian oleh Dr. Meijer tersebut, kumpulan Hebrew University sekarangsedang mengembangkan teknologi yang menakjubkan, iaitu menciptakan alat yang akanmembuat korteks visual orang yang buta sejak lahir mampu menangkap isyarat- isyarat yangboleh diterjemahkan oleh otak sebagai bentuk dan posisi, atau bahasa singkatnya : alat untukmembantu orang buta mampu melihat. Dr. Amedi menulis dalam jurnal Cerebral Cortex bahawa hasil penelitiannyamenemukan bahawa korteks visual pada mata mengatur data yang terbahagi kepada dua jalur.Jalur pertama disebut occipito-temporal ventral, yang berfungsi mengalirkan informasiberkaitan dengan bentuk, identiti, dan warna ke otak. Jalur ke dua disebut dorsal occipitoparietal yang berfungsi mengirimkan data tentang lokasi objek dan mengkoordinasikan datavisual dengan fungsi motorik.
    • Dengan teori tersebut, kumpulan dari Herbew University tersebut mampu menciptakansebuah alat seperti cermin mata yang membuat orang buta "benar-benar" boleh melihat. Hasilimbasan MRI menunjukkan bahawa orang buta yang menggunakan alat tersebut mampumemiliki pengelihatan seperti orang normal. Dari hasil penelitan tersebut, Dr. Amedi berpendapat bahawa :"Otak bukanlah mesinsensorik, namun lebih merupakan sebuah mesin Tugas / Task Machine." Pada masa hadapan, alat ini akan dikembangkan untuk membantu orang yangmengalami kebutaan untuk mampu melihat dunia yang indah, melihat bunga-bunga yangmempesona, dan membaca kata kata mutiara yang tertulis.Latihan Orientasi dan MobilitiLatihan orientasi dan mobiliti merupakan pengajaran yang sangat penting kepada kanak-kanak Cerebral Palsy terutamanya yang buta. Pengajaran orientasi dan mobiliti ini adalahbertujuan untuk membantu kanak-kanak cerebral palsy untuk bergerak dengan bebas didalampersekitaran menggunakan teknik yang betul dan selamat. Kemampuan untuk bergerak bebastanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain membolehkan kanak-kanak cerebrap palsyini berdikari dan dapat berinteraksi dengan alam sekeliling. Mereka akan bertambah yakindengan kemampuan diri dan tidak takut untuk bergerak secarabersendirian. Latihan orientasidan mobiliti ini perlu dilakukan seawal mungkin. Disekolah, latihan orientasi kawasansekolah dapat menyediakan pengalaman dan pengetahuan kepada kanak-kanak cerebral palsyyang buta ttentang persekitaran kawasan sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah pendekatandan teknik dalam pengajaran orientasi mobiliti dan prasarana yang digunakan untuk latihanorientasi dan mobiliti ini.
    • Teknik Pengiring CelikTeknik ini menggunakan orang yang celik sebagai pengiring atau pemandu kepada kanak-kanak yang buta. Biasanya orang yang celik akan menawarkan diri untuk menjadi pemanduatau pengiring. Untuk mengiringi kanak-kanak buta, kanak-kanak itu akan memegang padalengan pengiring iaitu pada bahagian siku. Pengiring akan memandu kanak-kanak tersebutbergerak pada kedudukan satu langkah dihadapan. Teknik pengiring celik ini mudahdilaksanakan oleh orang ramai untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalahpenglihatan terutama sekali yang buta untuk bergerak. Namun begitu, teknik ini tidakmenggalakkan individu yang cacat penglihatan bergerak bersendirian tanpa mengharapkanbantuan orang lain. Mereka tidak mampu berdikari sekiranya tiada sesiapa yang menawarkandiri untuk menjadi pemandu. Teknik pengiring celik ini adalah salah satu diantara teknologiyang ada. Manusia adalah salah satu contoh teknologi untuk membantu manusia yang lain.Selain dari ini teknik menggunakan teknologi lain untuk orientasi dan mobiliti ini juga ada.Tongkat PanjangTongkat adalah salah satu contoh teknologi. Tongkat ini sangat penting dan memainkanperanan yang utama untuk pergerakan orientasi dan mobile bagi individu yang mempunyamasalah penglihatan yakni buta. Tongkat panjang merupakan symbol “kebutaan”. Tongkatatau tongkat panjang digunakan dengan meluas oleh kebanyakan orang buta diseluruh dunia.Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tongkat yang terdapat dalam pasaran dan digunakan olehorang buta. Antaranya ialah tongkat putih yang diperbuat daripada aluminium, tongkat kayu,tongkat yang diperbuat daripada rotan, tongkat fiber, tongkat buluh dan pelbagai jenis tongkatlagi. Tiga kegunaan tongkat kepada individu masalah penglihatan khususnya yang buta ialah: 1) Memberikan perlindungan daripada sebarang halangan yang terletak dibahagian paras pinggang. 2) Mengesan langkah/anak tangga/bendul/batas dan benda lain yang tidak sekata seperti batu, longkang dan lain-lain. 3) Memberi maklum balas deria mengenai keadaan sesuatu permukaan. Kemahiran menggunakan tongkat panjang memerlukan latihan daripada jurulatih atauguru pendidikan khas yang terlatih dalam orientasi dan mobility. Penggunaan teknik tongkatyang betul, membantu individu buta berdikari dan bergerak bebas di dalam persekitaran.
    • Selain itu, penggunaan tongkat juga dapat menngelakkan daripada berlakunya kemalanganakibat salah langkah.Anjing PengiringAnjing juga merupakan salah satu teknologi untuk orientasi dan mobiliti ini. Kaedah inibanyak digunakan diluar negara terutama sekali dinegara barat. Penggunaan anjing pengiringini adalah sebagai alat untuk membantu pergerakan atau perjalanan orang buta.Walaubagaimanapun, anjing yang digunakan adalah anjing terlatih. Anjing yang dipilihsebagai orang buta biasanya telah mendapat latihan dari organisasi yang bertanggungjawabuntuk melatih anjing pengiring ini. Mereka dilatih oleh jurulatih professional dan yangmempunyai kemahiran yang lebih tinggi. Mungkin ramai yang menyoal kenapa anjing dipilihuntuk sebagai pengiring orang buta. Ini adalah kerana anjing merupakan binatang yangmempunyai deria yang sangat sensitive. Selain itu, anjing juga mudah dilatih dan agak bijakberbanding haiwan yang lain. Anjing pengiring biasanya digunakan oleh orang dewasa danorang tua kerana mereka perlu bertanggungjawab kepada anjing tersebut dari segikeselamatan, kesihatan dan keperluan makan dan minum. Penggunaan anjing pengiring lebihefektif kepada orang buta yang masih mempunyai sedikit penglihatan kerana merekamerupakan penjaga kepada anjing tersebut dan juga perlu bertanggungjawab keatasnya.Prasarana Berteknologi Bagi Masalah Penglihatan (Orientasi dan Mobiliti)Selain dari kemudahan teknologi yang disebutkan diatas tadi, kemudahan-kemudahanprasarana lain ynag berteknologi juga terdapat ditempat awam. Dalam erti kata lain,kemudahan teknologi untuk orang-orang berkeperluan khas secara umumnya dan masalahpenglihatan secara amnya juga tidak ketinggalan. Antaranya adalah: 1) “Ramp” Ramp adalah salah satu kemudahan untuk laluan orang kurang upaya sebagai ganti kepada tangga. Ramp ini membolehkan pengguna berkerusi roda dan pengguna-pengguna berkeperluan khas yang lain untuk lebih memudahkan mereka untuk mengakses
    • bangunan dan memudahkan pergerakan mobiliti mereka. Ramp ini juga boleh dibuatsecara kekal, separuh kekal ataupun boleh dibuat secara mudah alih. Ramp yang dibuatsecara kekal dan separuh kekal diperbuat daripada bahan aluminium, konkrit atau kayu.2) “Railing” atau “handrail”“Handrail” adalah susur tangan yang direka untuk pemegang tangan untuk memberikankestabilan atau sokongan ketika menaiki dan menuruni tangga ataupun ketika beradadimana sahaja yang terdapat susur tangan ini. Ini adalah antara kemudahan teknologiuntuk individu yang mempunyai masalah penglihatan supaya mereka berjalan lebihselamat. Kemudahan ini biasanya digunkan untuk menaiki dan menuruni anak tangga daneskalator untuk mengelakkan dari jatuh yang memudaratkan. Susur tangan ini biasanyadisokong oleh tiang atau dipasang terus pada dinding.3) Sistem Kawalan LifKebanyakan bangunan pada masa kini banyak menggunakan lif sebagai akses kemudahanyang ada untuk orang awam. Kebanyakan orang menggunakan lif untuk bergerak darisatu paras ke paras yang lain. Namun, bagaimanakah sekiranya indvidu buta itu tidakmengetahui di tingkat mana beliau berada? Penggunaan tanda Braille telah diberikanmandat oleh undang-undang. Dengan cara ini ianya boleh membantu pengguna-penggunalif yang buta untuk bergerak dan menekan di tingkat mana mereka harus tuju.Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang mempunyai kecacatan penglihatan tahumembaca tulisan Braille ini. Satu pelarasan kecil boleh membuat lif mudah untukdigunakan untuk pengguna-pengguna yang kehilangan daya penglihatan. Keperluanteknologi dari masa ke semasa amatlah penting bagi meningkatkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan orang cacat penglihatan ini bolehbergerak dengan mudah (Darren, 2005)
    • Kajian Lepas (Literature Review)Satu kajian telah dibuat di negara luar mengenai teknologi baru untuk masalah penglihataniaitu tongkat elektronik bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan. Kajian itumenyatakan, walaupun terdapat pelbagai jenis alat bantuan mobiliti elektronik untuk individuyang mempunyai masalah penglihatan dibuat sebagai salah satu alternatif kepada tongkatputih akan tetapi masih terdapat pengguna yang mempunyai keraguan terhadap penggunaankeberkesanan dan kebolehgunaan alat yang baru diperkenalkan ini. Untuk mengenal pasticara-cara untuk meningkatkan kepercayaan kebolehgunaan dan keberkesanan tongkatelektronik adalah dengan mengadakan satu kajian kes dijalankan untuk mengkaji tahapkebolehgunaan dan keberkesanannya. Tongkat elektronik yang digunakan untuk bahan kajian ini mempunyai sensor (infra-merah, laser dan ultrasonic). Fungsi sensor ini adalah untuk memmberikan informasi kepadapengguna mengenai sekelilingnya. Tongkat elektronik ini di inovasikan untuk mengesanhalangan-halangan yang berada di paras lutut dan pada jarak 2 meter. 20 orang informan masalah penglihatan yang mempunyai pengalaman menggunakantongkat putih dan tidak mempunyai pengalaman menggunakan tongkat putih dikaji yangmana mereka menggunakan 2 jenis tongkat yang berbeza iaitu tongkat putih dan tongkatelektronik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tongkat elektronik adalah lebih berkesandalam mengelak halangan-halangan daripada tongkat putih untuk kedua-dua pengguna yangberpengalaman dan tidak berpengalaman dalam menggunakan tongkat. Walaubagaimanapun,dari pengalaman sebelumnya, didapati bahawa pengguna yang menggunakan tongkat putihdidapati mempunyai manfaat untuk menyiapkan tugas tepat pada masanya (Sung Yeon Kimet.al, 2012).RumusanSemua kanak-kanak merupakan aset yang berharga kepada negara. Potensi mereka dapatdibangunkan untuk memberi sumbangan bagi memajukan dan memakmurkan negara. Initermasuklah individu yang berkeperluan khas masalah penglihatan. Kecacatan yang dialamitidak boleh dijadikan sebagai batasan dan alas an yang menyekat perkembangan diri dan
    • potensi mereka seperti mana kanak-kanak tipikal yang lain. Mereka perlu dibantu untukmendapatkan pendidikan yang diperlukan supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengansempurna. Selain menyediakan peluang pendidikan, kesihatan kanak-kanak yangmmempunyai masalah penglihatanjuga perlu diberikan perhatian. Rawatan dan pemulihandapat membantu mereka menjalani kehidupan seperti individu yang lain. Selain itu sokonganperalatan seperti penggunaan alat-alat teknologi perlu disediakan supaya pendekatannormalisasi dan “least restrictive” dapat direalisasikan. Perhatian juga perlu diberikan kepadakanak-kanak yang cerebral palsy yang bukan sahaja mengalami masalah penglihatan, tetapijuga yang mengalami masalah dalam pembelajaran dan juga yang mengalami kecacatansampingan yang lain. Mereka ini memerlukan bantuan dan sokongan yang khusus dari segiteknologi. Batasan mereka bukan semata-mata ketidakupayaan penglihatan bahkan juga dariaspek ketidakupayaan yang lain.
    • Rujukan:Zalizan Mohd Jelas, 2012, Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Konsep danAmalan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Burton,Darren., 2005, Need A Lift? Accessibility and the New Elevator Control System,Technology and People Who Are Blind And Visually Impaired, Volume 6, No. 5.Kim, Sung Yeon., Kim, Joon Ki., Sundar, S. Shyam., & Biocca, Frank., 2012, ElectronicCane For Visually Impaired Persons: Empirical Examination of Its Usability andEffectiveness, Human Centric Technology and Service in Smart Space Lecture Notes inElectrical Engineering, Volume 182, Page 71-76.