Your SlideShare is downloading. ×
Aku tinggalkan cintaku kerana allah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Aku tinggalkan cintaku kerana allah

1,240
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,240
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allahwww.iLuvislam.comoleh : hidayahislamicSalam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung,mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu sayatergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambilkeputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudimelihat tidak bosan dengan cerita saya.Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yangsaya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluhapatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kitasemua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yangsaya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkansebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama sepertiorang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun,tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencariseorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yangboleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yangamat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akanlahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telahletakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dandialah orangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi diPetaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buatsaya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya keranasaya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung denganseorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelakidan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelakiberasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cintaatau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikansebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, diamenjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yangtelah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentangauratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yangmembuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butirbicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasaberseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpaberteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanyabersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagaiseorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi danatas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuatbersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah
  • 2. wajah sebenar seorang wanita solehah.Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perluberkata-kata walau sepatah.Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu sayaselesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluanguntuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang diarasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah diamemberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebihdalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh sayanampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakapdengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernahberbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mulamenyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauhberibu batu daripadanya.Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakanhasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerimadengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum sayabalik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungankami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkanmesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kamidan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun,sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan
  • 3. kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidakpernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amatsilap.Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal sayadan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang seriussehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masihingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.I havent found any entry in Islam that permit what you are doing right now. Ihavent heard from anyone that love before marriage is permitted. But I knowtheres no relationship between male and female except for what is very importantand official between them. So, may I know what kind of relationship you are havingnow and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have beenlearning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want tobuild a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated aswrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy andblessed family come from Allah, and you dont even have anything to defend it asblessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. Youcant have a happy family if Allah doesnt help you so, and you must know in everyfamily that stands until their dying day, they have Allah on their side. You cantexpect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itusudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu sayasendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yangdipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana,andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allahbenarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah sayapelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yangmenghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidakkuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hatisaya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali darikesilapan saya selama ini.Ummi berkata:Its not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah sayaterangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun airmatanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yangterbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubunganyang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaanyang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiadaapa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya bolehbercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui olehperasaan berdosa.Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kamibetulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kamikejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
  • 4. yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembaliketerlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawangodaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernahlesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuksementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi temanhidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insanseperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amatberharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.tpanjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akankembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upayasaya untuk mengekalkan kesetiaan saya.Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai temandalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kitaakan bertemu dengan insan yang seumpamanya.r1; Siapakah lagi dalam dunia iniyang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yangditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?~Mafraq, Jordan.~p/s: Saya tidak tahu sama ada anda pernah membacanya atau tidak. Kepada yangtelah membacanya saya mohon maaf jika mengulangi kembali article ini. Sayahanya berkongsi article sahaja. kisah benar ini di petik dr www.ukhuwah.com.selamat membaca..:)