Your SlideShare is downloading. ×
0
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

792

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
792
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
14
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SEMINAR PENGHAYATAN KEPIMPINAN 2 UMAR TARIKH : 16 OKTOBER 2011 ( AHAD) TEMPAT :BILIK KULIAH 1, MASJID NEGERI SHAH ALAM ANJURAN : JAIS & WADAH SELANGOR
  • 2. Islah Ijtimai„yy :Menyelami Pendekatan 2 Umar 0leh Prof Madya Dr Ahmad Zaki Hj Abd Latiff
  • 3. Pengenalan Keperluan kepada suatu PerubahanWibawa keperibadian Pendekatan islah yang kully Muhasabah diri Kesimpulan Rujukan
  • 4. Pengenalan• "Allah akan mengutus kepada umat ini pada setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama“ (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)• Ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz (717- 720M)merupakan mujaddid pada kurun tersebut.• Kegemilangan sesebuah ummah amat berkait rapat dengan kualiti pemimpin, peribadi unggul ibarat seperti batu permata @ kasturi
  • 5. Keperluan kepada Suatu Perubahan• Tuntutan Kembali kepada Qur`an dan Sunnah• Pembaikan masyarakat supaya kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar. Jangan ditunggu ratu adil dari langit , ibda bi nafsika wad„u ghairaka• “Aku tidak berkehendak melainkan melakukan islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku akan kembali” (Hud: 88)• Tiga aspek perubahan; I. Daripada Pengabdian sesama Manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah II. Daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam III. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat
  • 6. Tujuan sebenar Islah• ...ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam jantung hati dan jiwa, akidah dan akal...istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikirkan kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah... Antara Nasihat Abul Hasan Ali An- Nadwi kepada pimpinan Ikhwan al-Muslimun
  • 7. Ke mana arah tuju kepimpinan?• Pepatah Cina menyatakan ikan akan rosak bermula dengan kepalanya• Kepimpinan merupakan amanah bukan ghanimah, ia taklif bukan tasyrif• Corporate fraud scandals: from 1986-2010, United States of America tops the list of the highest number of financial and accounting fraud-37 & 3 UK• Causes of crisis: …that the crisis was not a natural disaster, but the result of high risk, complex financial products; undisclosed conflicts of interest; and the failure of regulators…• Apa punca krisis kewangan? Apakah tidak ada sistem kawalan kewangan yang rapi dan canggih? Apakah tidak ada pakar pengurus kewangan? Kepimpinan yang Tiada IMAN dan TAQWA
  • 8. Peribadi unggul• “Umar al-Khattab seorang yang sangat mengetahui keadaan kemahuan rakyat, adil memberi hukuman , tidak ada sifat-sifat: sombong, dengki dan dendam, suka menerima pemberian rakyat walaupun siapa saja; sangat berhati-hati dalam menjalankan yang benar, sangat kasih kepada yang lemah, menyamaratakan antara segala golongan manusia, suka musyawarah dalam segala urusan, suka menerima nasihat walaupun siapa saja, mementingkan urusan rakyat walaupun bukan Islam dan tidak suka memperhambakan sesama manusia.” Kata Muawiyah bin Abi Sufyan
  • 9. Wibawa keperibadian: Umar Abd Aziz• TAQWA• ZUHUD• TAWADUK• WARAK• SANTUN DAN PEMAAF• SABAR DAN TABAH• TEGAS DAN HIKMAH• ADIL• BANYAK BERDOA
  • 10. Taqwa Umar“Demi Allah dia bukan termasuk seorang yang paling banyak solat dan puasa, tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat ada orang yang lebih takut kepada Allah melebihi takut Umar kepada Allah. Suatu malam dia berzikir kepada Allah di tempat tidurnya dan tiba-tiba dia menggigil spr menggigil burung pipit kerana takutnya kpd Allah.” Fatimah Abd Malik
  • 11. Zuhud Umar Abd Aziz dikatakan lebih zuhud daripada Uwais al-Qarni - dengan alasan orang yang pernah memiliki dunia tetapi tidak langsung terpikat dengannya lebih afdal drp orang yang belum pernah memiliki dunia walaupun hatinya memang zuhud terhadapnya.• “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):
  • 12. TawadukRaja‟ bin Haiwah meriwayatkan: “suatu malamaku berada di sisi Umar Abd Aziz berbicaradengannya. Tiba-tiba lampu padam. Aku punlantas bangun untuk memperbaikinya, tetapiUmar menghalang dan mempersilakan aku duduk.Kemudian beliau sendiri bangun memperbaikinya.Apabila Umar kembali duduk di hadapan ku beliauberkata: Apa jua perlakuanku sebentar tadi samaada berdiri atau pun duduk, menggambarkanbahawa aku hanyalah seroang manusia yangbernama Umar Abd Aziz bukannya AmirulMukminin dan adalah satu sikap tercela bagiseseorang apabila ia menggunakan khidmattetamunya.”
  • 13. WarakKata Abu Syaiban, Umarah bin Nusaiy telahmengirim kepada Umar melaluiperantaraanku dua raga tamar mekar yangpertama kali masak. Ketika aku berikan kpdUmar, beliau bertanya, apakah kenderaanyang engkau naiki untuk membawa buahtamar ini? Jawab ku : kenderaan penghantarsurat, kata Umar, kalau begitu, ambil kembalibuah tamar ini dan jualkan.
  • 14. Santun dan PemaafPada suatu malam, Umar telah keluarbersama-sama pengawalnya dan merekamasuk ke dalam sebuah masjid. Dalamkegelapan malam tersebut, tanpa disedaribeliau terpijak seorang lelaki yang sedangtidur semasa melintasinya, lelaki tersebutmengangkat kepalanya dan berkata:”Gilakah engkau.” Jawab Umar : Tidak, dalammasa yg sama pengawalnya meluru kearah lelaki tersebut untuk memukulnya.Kata Umar: Jangan, dia hanyamenanyakan adakah aku ini gila? Lalujawabku: Tidak.
  • 15. Sabar dan tabahDemi Allah, Aku berasa takut sekali untukduduk di atas singgahsana ini, jika memangyang duduk di atas singgahsana ini bukanorang yang layak sama sekali. Jika aku bolehmelepaskan kekuasaan ini, maka sudah akuserahkan kekuasaan ini kepada yang berhakuntuk menerimanya, tetapi aku hanya bolehbersabar hingga Allah menentukan pilihandan ketentuanNya.
  • 16. Tegas dan Hikmah• Ketegasan beliau memecat gabenor serta pegawai kerana menyeleweng dan melakukan kezaliman.• Bertindak penuh hikmah, misalnya ketika berhadapan dengan golongan Khawarij, beliau mengambil pendekatan dailog dan debat ilmiah.
  • 17. AdilSeluruh penguasa dan jabatan diberiperingatan agar melakukan keadilan kepadamasyarakat serta memenuhi janji yangdibuat. Keadilan pada zaman Umar Abd Azizsampai ke puncak gunung dan desa dipendalaman. Beliau disanjung sebagai tokohagung keadilan sepanjang zaman.
  • 18. Pendekatan islah yang kully• Mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri dan keluarga• Mengutamakan orang yang lapar daripada membeli kelambu Kaabah• Berhati-hati dalam menjaga harta negara• Membasmi perbuatan maksiat• Belas kasihan terhadap binatang• Menghapuskan cukai jizyah ke atas kafir zimmi• Menggantikan kata laknat dalam khutbah jumaat kepada Saidina Ali dengan firman Allah Surah An-Nahlu ayat: 90 yang bermaksud sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta membantu kaum keluarga dan melarang drpd perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu agar kamu mengambil peringatan.
  • 19. Perubahan jelas kelihatan• “Pada zaman khalifah al-Walid, masyarakat berbual mengenai bangunan yang tinggi, sesuatu yang indah dan senibina yang cantik. Manakala khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis yang besar-besar, begitulah juga yang menjadi keasyikan rakyat jelata. Tetapi pada zaman Umar Abd Aziz tajuk perbualan umum berkaitan dengan persoalan solat, munajat kepada Allah, persoalan diri dan ibadat, perkara sunat untuk meningkatkan kerohanian diri dan perbincangan mengenai al-Quran.” Abul Hasan Ali An-Nadwi
  • 20. Muhasabah diri• Bersikap terbuka dan menerima nasihat dan peringatan ulama, malah menangis, rasa berdosa• Keperihatinan terhadap tanggung jawab yang besar, bimbang kalau tidak mempunyai sebarang hujah pada Hari Kiamat kelak• Mengakui rasa bodoh dan merasai banyak orang yang lebih mengerti daripada Umar al- Khattab• Peringatan daripada kubur, aku beri salam mereka tak jawab…
  • 21. Pantun: Muhasabah diri Islah itu hijrah-perubahan Bermula dengan niat yang diabadikan Tingkatkan rohani berteraskan iman Menghadap wajah Rabbul Alamin. Islah itu mulai daripada diri Membangun diri dengan pekerti Memperbaiki sampai mati Itulah pejuangan yang sejati.. Islah itu muhasabah Muhasabah diri dengan tabah Mencari kelemahan elak fitnah Agar perjuangan menjadi mudah.. Islah itu ikhtiar-tawakkal Ikhtiar sepenuh akal Mengolah kaedah, uslub yang afdhal Lalu tawakkal kepada yang kekal...
  • 22. Rumusan• Meneladani kezuhudan Umar Abd Aziz• …Sungguhpun di depannya terpampang jelas kenikmatan dunia yang mudah dan banyak yang boleh diraih, namun beliau memilih untuk meninggalkan semuanya demi kebahgiaan akhirat…• Menjaga kemaslahatan umat,• Sesiapa para pemimpin yg menguruskan urusan kaum muslimin kemudian ia tidak bersungguh-sungguh menjaga kemaslahatan mereka dan tidak pula menasihati mereka maka ia tidak akan masuk syurga bersama mereka (Maksud Hadith riwayat Sahih Muslim)• Islah sosial, kembali kepada Sunnah Waljamaah• “Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali asing maka beruntung mereka yang asing. Ditanya baginda: “Siapakah mereka wahai Rasulullah!”. Jawab baginda: “Mereka yang membaiki ketika manusia rosak”. (Riwayat Ahmad, sahih).
  • 23. KesimpulanTransformasi sosial Dua Umar berjayamensejahtera rakyat dan telah berjayamencapai status negara yang makmur dandiampun oleh Tuhan (Baldatun Tayyibatun waRabbun Ghafur). Seluruh umat pada zamankedua-duanya berjaya hidup bahagia,berdikari dan tidak layak menerima zakatlantaran kekayaan yang mereka miliki
  • 24. Rujukan• Rasid Muhamad. 2011.Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz. Shah Alam: Karangkraf• Hasan Ibrahim Hasan. 1987. Sejarah Islam (terj). Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu• Muhammad Nuruddin. 2002. Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz. Pasir Mas: Maahad Tahfiz Repek• Mohd Asri bin Zainul Abidin, Gerakan Islah dan Tajdid: Cabaran dan Keperluan dlm “seminar berpegang kepada al Quran dan as Sunnah 2011”

×