Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
  • Save
Profesionalisme guru Bahasa Melayu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Profesionalisme guru Bahasa Melayu

  • 3,818 views
Published

Artikel berkaitan profesionalisme guru BM

Artikel berkaitan profesionalisme guru BM

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
3,818
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
7

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DAN KESANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Yahya OthmanTafsiran Wikipedia terhadap profesional ialah pekerja yang perlu memiliki pengetahuanyang luas dari pengajian akademik yang ekstensif (selalunya pengajian tinggi) denganlatihan yang formal. Ini bermaksud profesion ialah pekerjaan yang memerlukanpengetahuan yang tinggi dan kepakaran tertentu. Menurut Sufean Hussin (1996) danMohd. Salleh Lebar (2000), profesion juga dinyatakan dalam bentuk satu set ciri yangmeliputi pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion. Nilai ini perluwujud untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab.Suatu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuhdedikasi dan mementingkan diri sendiri atau suka memilih pekerjaan. Manakala profesional pula ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu,sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya serta memberikanperkhidmatan yang berkualiti. Di samping itu, terdapat beberapa pengertian lainyang membawa maksud profesional. Antaranya seperti yang dinyatakan oleh SufeanHussein (1996) iaitu suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang.Ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yangtinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawabmenjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dan dedikasi ke arah menyediakanperkhidmatan. Profesional juga mempunyai peluang membuat keputusan tentangpekerjaan. Mengisytiharkan monopoli pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.
  • 2. Berdasarkan huraian di atas, persoalan yang sering dikemukakan ialah; Adakahguru Bahasa Melayu (BM) tergolong dalam kalangan profesional? Sejauh manakahmereka mampu menunjukkan ciri tersebut dalam pengajaran di dalam bilik darjah?Adakah halangan yang dihadapi untuk menampilkan diri sebagai pendidik bahasa yangprofesional? Persoalan tersebut diajukan kerana ciri profesionalisme guru BM dapatmencerminkan keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar.Guru BM yang profesional juga dapat meletakkan BM sebagai mata pelajaran yangpenting dalam sistem pendidikan negara. Ciri-ciri umum berkaitan kualiti bagi sesuatu profesion memerlukan semuaahli menjalani latihan secara rasmi dan berkaitan dengan bidang yang akan diajar.Dalam konteks penyediaan guru BM, mereka perlu memiliki kelulusan ikhtisas yangdiiktiraf bagi melayakkan mereka mengajar subjek tersebut. Bagi guru BM, merekapada kebiasaannya menerima latihan perguruan sama ada di Institut Pendidikan Guruataupun di Fakulti Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam seperti di UniversitiPutra Malaysia dan juga di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berdasarkan latihan yangditerima, mereka dianggap berkelayakan untuk mengajar subjek BM di sekolah. Latihanyang diberikan meliputi aspek teori dan amali seperti pengajaran mikro dan latihanmengajar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara perlu diberikan perhatianterhadap aspek latihan perguruan seperti kesesuaian calon, kandungan kursus, kualiti
  • 3. latihan, kesediaan bakal guru serta latihan dalam perkhidmatan. Untuk memastikanprofesionalisme guru BM dapat dipertanggungjawabkan, perlu difikirkan kembali aspektersebut agar sesuai dengan objektif untuk melahirkan guru BM yang profesional.Kandungan kursus yang ditawarkan perlu mengambil kira pertimbangan keutamaanantara teori dan amali. Contohnya, guru BM perlu menguasai ilmu falsafah pendidikan,psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pengujian dan penilaian BM, kaedahmengajar BM, penyelidikan pendidikan BM, reka bentuk kurikulum BM dan kursus teraspendidikan yang lain. Di samping itu, pelajar juga perlu didedahkan dengan kursusberkaitan kemahiran teknikal bahasa seperti pengajaran mendengar dan bertutur,membaca dan menulis, pemilihan bahan, pengajaran KOMSAS, pengajaran pemulihandan pengayaan, aplikasi komputer dalam pengajaran BM, dan kursus elektif yang lain.Guru BM juga perlu berilmu dalam bidang kesusasteraan kerana ini dapat memantapkanlagi aspek keindahan dan kesantunan Penguasaan bahasa yang baik perlu mengambilkira keindahan yang terkandung dalam bahasa Melayu. Untuk tujuan penguasaan ilmubahasa dan linguistik, pelajar perlu didedahkan dengan kursus tatabahasa, sosiolinguistik,psikolinguistik, linguistik am, sejarah BM, serta kursus berkaitan ilmu bahasa yang lain.Gabungan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut sepatutnya mampu melahirkan guruBM yang profesional sama ada dari segi teori mahukan amali. Guru BM yang profesionalperlu mahir menggabungkan aspek teori sama ada yang melibatkan bidang pendidikandan bahasa serta mahir pula untuk melaksanakannya dalam bentuk pengajaran di dalambilik darjah. Oleh itu, sifat profesional ini menekankan perlunya guru BM berilmu dalambidangnya dan penguasaan ilmu tersebut pula tidak terhenti semasa latihan praperkhidmatan tetapi meliputi latihan dalam perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan
  • 4. ini memberi peluang kepada guru BM menimba ilmu dan kemahiran yang baru sertamemantapkan ilmu dan kemahiran yang lalu.Dedikasi ketika menjalankan tugas pula merupakan ciri penting guru BM yangprofesional. Dedikasi dalam Kamus Dewan bermaksud pengabdian diri, masa, danlain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu (contohnya kerjaya). Tidak dapatdisangkal lagi bahawa kecemerlangan seseorang semasa bertugas ditandai dengankesungguhan untuk melakukan sesuatu kerja yang ditugaskan kepadanya. Dalam kontekspengajaran BM, guru BM perlu bersungguh-sungguh semasa mendidik dan menunjukkanpersonaliti guru yang boleh diteladani. Ini termasuklah dengan mementingkan aspekketepatan masa, pengajaran berkualiti, kemahiran interpersonal dalam berkomunikasiyang baik, boleh diharapkan dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan,bersikap proaktif dan sensitif terutama yang berkaitan dengan isu kebahasaan, menjadirujukan dalam masalah dan kekeliruan penggunaan bahasa, dan ciri terpuji yanglain. Semua aspek tersebut dianggap unsur yang akan menunjukkan wujudnya sifatkesungguhan dalam membentuk guru BM yang profesional. Walau bagaimanapun, dedikasi guru BM dalam menjalankan tugasnya seringkali terganggu oleh faktor sikap, persekitaran, dorongan, dan harga diri guru itu sendiri.Tidak dapat dinafikan bahawa guru sering merungut disebabkan bebanan tugas yangdiamanahkan kepadanya. Namun, isu bebanan tugas guru sudah dianggap sesuatu yangbersifat tabii dalam kerjaya pendidikan. Bagi guru BM kekangan yang dihadapi dalampengajaran dapat dilihat jika mereka mengajar dua atau tiga kelas BM. Bebanan guru
  • 5. termasuklah perlu memeriksa buku latihan pelbagai jenis latihan seperti karangan,tatabahasa, rumusan, KOMSAS dan sebagainya. Ini ditambah dengan mata pelajaran lainserta tugas-tugas bukan pengajaran yang guru tidak dapat mengelak untuk menolaknya.Berkurangkah dedikasi guru akibat bebanan tugas tersebut? Sejauh manakah isutersebut mengganggu dedikasi guru? Sebagai jalan keluar, guru boleh melihat bebantugas yang dalam kerangka psikologi yang tidak ada penghujungnya. Pemikiran danpegangan dari segi sikap guru boleh membantu mengurangkan masalah tersebut. Yanglebih penting ialah sejauh manakah bebanan tersebut dilihat dari perspektif yang lebihkomprehensif dan positif sifatnya. Adakah dengan terbebannya guru BM maka usahauntuk meningkatkan kecemerlangan BM terganggu dan tidak dapat dilakukan? Disamping itu, faktor lain seperti persekitaran kerja yang kondusif semasa bertugas jugaperlu diambil kira dalam melahirkan guru BM yang profesional. Ini melibatkan sejauhmana pentadbir sekolah memberikan sokongan dan bimbingan kepada guru BM dalammeningkatkan mutu profesionalisme mereka. Ini termasuklah dorongan yang diberikanagar guru BM menjalankan aktiviti kebahasaan di sekolah serta memberikan insentifyang sesuai dengan usaha guru tersebut. Guru yang profesional memiliki autonomi semasa menjalankan tugas. PengajaranBM memerlukan guru yang mampu menyediakan persediaan mengajar yang memberipeluang kepada guru menyediakan strategi pengajaran, penyediaan bahan, danpenilaian yang ditentukan oleh guru itu sendiri. Ini menuntut kepakaran guru tersebutmenyesuaikan strategi pengajaran yang akan digunakan dengan kumpulan pelajar yangdiajar. Di samping itu, guru juga perlu mengambil kira penilaian yang digunakan dalam
  • 6. pengajaran yang dirancang. Untuk melaksanakan penilaian dalam bilik darjah, guruboleh menentukan bentuk ujian yang ingin diberikan kepada pelajar berasaskan sukatanpelajaran. Kesemua elemen yang digunakan dalam pengajaran memerlukan guru yangmemiliki autonomi dalam ruang yang terhad. Ini terutamanya apabila guru dilihatmasih lagi terikat dengan lingkungan sukatan pelajaran yang disediakan. Di sampingitu, guru juga perlu mengikut panduan huraian sukatan pelajar yang digubal sama adapada peringkat sekolah atau daerah. Walau bagaimanapun, seperti yang dihuraikan diatas, guru BM masih lagi berpeluang menggunakan autonominya secara terhad semasamengajarkan BM. Ciri profesionalisme guru BM juga ditandai oleh keupayaan intelek dalammelaksanakan kerjayanya. Keupayaan intelek guru termasuklah kebolehan merekauntuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang dimiliki dalammelaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru BM mesti memiliki pengetahuanberkaitan tatabahasa dan boleh dijadikan rujukan jika berlaku kekeliruan tentangpenggunaan bahasa. Adalah penting juga kepada guru BM mampu menghuraikan strategipengajaran bahasa dengan mengaitkan dengan teori bahasa dan pembelajaran secarakomprehensif. Keupayaan intelek guru yang tinggi mencerminkan ciri profesional samaada dalam bidang pengkhususan dan pelaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. Namunwujud beberapa situasi yang menunjukkan guru tidak memiliki ciri tersebut seperti masihlagi tidak mampu menguasai ilmu tatabahasa dengan baik. Di samping itu, isu guru yangtidak berupaya menggunakan keupayaan inteleknya dalam mewujudkan pengajaran yangberkesan juga sering diperkatakan. Pelajar tidak berminat belajar BM disebabkan guru
  • 7. yang lemah dalam penguasaan bahasa dan pedagogi. Masalah ini bertambah rumit jikaguru yang mengajar BM bukan dalam kalangan guru pengkhususan BM. Mereka iniakan mengajar mengikut kemampuan yang ada dan memberi kesan terhadap penguasaanbahasa pelajar. Ciri profesional yang lain ialah perlunya guru BM menganggotai organisasiprofesional yang mampu mengawal selia aspek kualiti guru serta memantau isu yangberkaitan dengan perkhidmatan mereka. Dalam konteks Malaysia, belum wujud badanprofesional guru yang benar-benar berfungsi untuk memantau profesion perguruansebagaimana yang terdapat di dalam bidang peguam, arkitek, doktor dan sebagainya.Walau bagaimanapun, wujud persatuan atau kesatuan guru yang menjaga tanggungjawab kebajikan guru. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, peranan SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran berfungsi sebagai dengan urusan pelantikan, pengesahan dalamperkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran tetap perkhidmatan, kawalantatatertib dan rayuan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan AnggotaKumpulan Sokongan. Ini bermaksud pihak suruhanjaya telah menetapkan standarddan kriteria dalam pemilihan guru untuk dilantik ke dalam perkhidmatan pendidikan.Selain itu, bagi guru BM, terdapat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu yang banyakmenganjurkan seminar berkaitan pengajaran BM. Melalui seminar yang diadakandapat membantu meningkatkan lagi mutu profesional guru termasuk pengajaran BM.Walaupun persatuan tersebut masih lagi baru dari segi operasinya, kewujudannya bolehdijadikan sumber rujukan dan medan perbincangan dalam konteks meningkatkan mutuprofesion guru BM. Persatuan Linguistik Malaysia juga boleh disertai oleh guru BM
  • 8. bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam aspek linguistik dan kebahasaan yangmenjadi asas kepada guru BM. Walau bagaimanapun, yang pentingnya ialah guruBM perlu menganggotai persatuan yang boleh membantu mereka meningkatkan tahapprofesionalisme mereka. Satu lagi aspek penting dalam menentukan ciri profesional guru BM ialahperlunya mereka mematuhi etika profesion. Dalam profesion perguruan, semua gurutertakluk kepada etika perguruan yang perlu difahami dan dipatuhi agar segala perlakuandan tindakan guru semasa bertugas dapat mencerminkan hala tuju sebenar pendidikan.Guru sebagai penggerak utama dalam pendidikan perlu menjadikan etika perguruansebagai landasan yang paling sesuai untuk memastikan pengajaran dalam bilik darjahatau pun tingkah laku di luar bilik darjah dapat dicontohi oleh pelajar. Dalam kontekspendidikan di Malaysia, guru BM tidak terkecuali dalam mematuhi etika perguruanyang telah digariskan. Ini ditambah dengan fungsi guru BM yang sering memfokuskanpembinaan jati diri serta keterampilan berkomunikasi pelajar berdasarkan bahanpengajaran yang digunakan. Pelaksanaan pengajaran akan menjadi lebih berkesanjika guru mengambil kira pematuhan terhadap kod etika dapat memperkasakan lagibidang pendidikan yang diceburinya. Walaupun sering terbaca berita tentang guruyang melakukan tindakan yang melampaui batas kod etika profesion perguruan, namunpihak kementerian telah memberi respons yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.Ini dilakukan dengan tujuan untuk menentukan profesion perguruan berfungsi secaraprofesional dan dihormati.
  • 9. Perbincangan di atas menunjukkan bahawa guru BM kini dilihat memiliki ciriprofesionalisme pada tahap yang paling asas dan berperanan secara komprehensif.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian sewajarnyaseperti aspek pemantapan intelektual terutamanya penguasaan ilmu yang melibatkankebahasaan, pedagogi dan isu semasa. Mereka masih perlu diberikan latihan dalamperkhidmatan dan latihan profesional berkaitan dengan bidang yang difikirkan perludipertingkatkan. Dalam menghadapi dunia global, mereka juga perlu mendapatpendedahan yang sewajarnya dalam penguasaan ilmu berkaitan teknologi maklumatdan komunikasi. Kemahiran tersebut dapat diaplikasikan dalam pengajaran danpembelajaran bagi memastikan pelajar mampu menggunakan teknologi tersebutsecara kreatif. Di samping, itu guru BM juga perlu memperluaskan lagi keupayaandalam penguasaan bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris bagi menambahkan lagiilmu terutamanya dalam bidang pedagogi dan memudahkan guru untuk mendapatkanmaklumat terkini terutamanya di dalam internet yang kebanyakan bahannya ditulis dalambahasa Inggeris. Guru BM yang profesional perlu memiliki maklumat terkini bidangpendidikan agar mereka tidak ketinggalan dan kekurangan ini boleh memberi kesanterhadap prestasinya. Kesimpulannya, ciri profesional guru BM dapat dilihat melalui komitmenyang ditunjukkan dalam pengajaran dan tugas yang berkaitan dengannya. Ciri tersebutjuga dapat dicapai jika guru telah menanamkan usaha secara ikhlas dalam dirinya untukmencapai tahap profesional. Jika mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang tidakprofesional maka dikhuatiri mutu penguasaan BM dalam kalangan pelajar turut terjejas