Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden

  • 10,075 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terbaik sgat2....t.q
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • byk membantu...
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • best gile
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
10,075
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
3
Likes
12

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KEMAHIRAN MENUKARKAN BM KLASIK KEPADA BM MODEN/STANDARD kursus untuk guru BM Brunei Darussalam 26 Feb 2011 Di SM Saiyidina Abu Bakar Dr. Hj. Yahya bin Hj. Othman Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei darussalam 1 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 2. CONTOHKata sahibul hikayat, ada berapa lama antaranya maka datanglahtodak menyerang Singapura, berlompatan lalu jatuh ke darat; dankebanyakan orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todakitu. Jika kena dada terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang,terus ke sebelah.Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati.Maka gemparkah orang berlarian ke sana sini, semuanyamengatakan, “Todak menyerang kita. Banyak sudah mati orangkita dibunuhnya.” Sejarah Melayu 2 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 3. Bahagian ICIRI BAHASA MELAYU KLASIK 3 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 4. PENGERTIAN BAHASA MELAYU KLASIK(Ismail Hamid, 1987:68) : Tulisan bahasa Melayu Kuno yang tercatat pada batu- batu bersurat yang tersebut pada masa lampau menerangkan kepada kita bahawa bahasa Melayu dewasa itu adalah merupakan satu lanjutan sejarah daripada bahasa Melayu Kuno. Artifak ini membuktikan bahawa bahasa Melayu terus berkembang. Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang statik tetapi adalah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan zaman. 4 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 5.  Mengikut Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik (Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya), pengaruh kebudayaan (Hindu, Islam, dan Barat) atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. 5 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 6. 1.PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT• Untuk memulakan perenggan atau awal ayat dalam perenggan: contoh: syahadan, maka, alkisah, hatta, arakian, kata sahibul hikayat, maka, tatkala, dan adapun.• Maka syahdan, bermula tersebut pula pada perkataan Seri Rama dan Laksamana berjalan mencari Siti Dewi. 6 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 7. 2. STRUKTUR AYAT Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. 7 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 8. Contoh : Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT) Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden. 8 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 9. 3. BENTUK PASIFBentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelakuatau subjek. Sebagai contoh, :a) Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim ……b) Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas….. 9 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 10. 4. PARTIKEL ATAU KATA PENEGAS ‘LAH’ DAN ‘PUN’Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’ ; contoh;adapun, bertitahlah, berebutlah dsb “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55) Batu pun habis berpelantingan, Syahbandar pun turunlah 10 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 11. 5. KOSA KATA BAHASA ARAB, SANSKRIT DAN KLASIK  Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu, bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.  Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll  Sanskrit: dosa, pahala, raja dll  Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb. 11 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 12.  Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…) Unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll. Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. 12 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 13. 6. BAHASA ISTANA Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Hal ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.  Contoh; sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.  Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. 13 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 14. 7. PENGGUNAAN KIASAN, PERBANDINGAN SERTA PENGGUNAAN LARAS BAHASA PUISI Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan. 14 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 15. 8. MORFOLOGI Penggunaan imbuhan Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’ Contoh berlepas, diperbuat 15 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 16. PERANAN BMK Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam Peranan kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara. Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang. 16 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 17. Bahagian IIMEMODENKAN TEKS KLASIK 17 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 18. SOALAN BAHASA MELAYU LAMA Bentuk yang biasa dikemukakan;  Memindahkan bahasa lama kepada bahasa moden  Memberi makna / maksud perkataan atau rangkai kata daripada petikan. Markah: 15-20% daripada markah penuh (30%) bagi soalan 3. Sumber petikan;  Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Raja Muda, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Malim Deman, dan lain-lain.  Petikan naratif dan dialog 18 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 19. SOALAN BAHASA MELAYU LAMA Tujuan soalan adalah untuk menguji;  Kefahaman tentang gaya bahasa Melayu klasik  Kefahaman tentang perbendaharaan kata klasik  Kebolehan memindahkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu Moden. 19 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 20. CARA MENJAWAB SOALAN Sebelum menjawab, baca keseluruhan teks untuk memahami dan mendapatkan jalan cerita. Semasa mengingat jalan cerita, perhatikan juga nama watak dan tempat. Kenal pasti dan sedaya upaya tukarkan perkataan klasik kepada bahasa moden. Untuk menjawab soalan memberi makna/maksud perbendaharaan kata, gunakan BM moden dan sesuai dengan petikan. 20 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 21. CARA MENJAWAB SOALAN Untuk menjawab soalah memindahkan BM klasik, perhatian perlu diberikan kepada perkara berikut;  Jangan pindahkan secara harfiah (perkataan ke perkataan atau ayat demi ayat. Pindahkan dengan cara menceritakan semula.  Jangan gunakan penandan wacana BM klasik.  Ayat songsang ditukarkan kepada ayat biasa.  Maksud asl petikan hendaklah dikekalkan. 21 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 22. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA KLASIK Prosa klasik ditulis menggunakan bahasa klasik yang berbeza sifatnya berbanding dengan bahasa sifatnya moden. Penggunaan bahasa klasik yang bertele-tele dan banyak kosa katanya tidak digunakan lagi. Prosa klasik menceritakan kisah pemerintahan raja pada zaman dahulu, kisah orang dan kejadian, pelajar mestilah mengetahui episodnya dan isi kandungannya. Perhatikan juga watak-watak yang terlibat serta persekitaran kejadian. 22 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 23. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK Fahami petikan terutama jalan cerita, latar masa, tempat dan lain-lain. Perlu juga mengetahui ciri-ciri bahasa klasik yang perlu dibetulkan/digugurkan/dibuang/dikekalkan apabila mengalih bahasa klasik kepada bahasa moden. 23 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 24. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK Antara ciri-ciri bahasa klasik yang perlu dibetulkan ialah  Unsur subjek dalam bahasa klasik perlu digugurkan. Oleh itu subjek tersebut perlu ditulis semula.  Bahasa klasik banyak menggunakan ayat pasif. Ayat ini perlu ditukar kepada ayat aktif. Contoh:  “ …………. telah didengar oleh Maharaja Sukarama akan……..” ditukar menjadi:  “………. Setelah mendengar akan……………” 24 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 25. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK  Bahasa klasik juga banyak menggunakan penanda wacana klasik seperti maka, arakian, syahdan, hatta dan sebagainya. Penanda wacana ini perlu ditukarkan kepada penanda wacana moden.  Contoh  “ ……. Adapun Raja itu memiliki puteri yang……..” ditukar menjadi:  “……. Raja itu memiliki seorang Puteri yang………”  “……..Syahdan adapun Paduka Demang pun masuk…..”  “…….Paduka Demang masuk…….” 25 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 26. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK  Bahasa klasik juga menggunakan penjodoh bilangan yang tidak tepat.  Contoh:  “……..maka ditambangkannya suatu geliga sakti lalu…..” ditukar menjadi:  “………maka ditambangkan sebutir geliga sakti lalu…….” 26 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 27. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK  Perkataan yang sukar difahami dan tidak boleh ditukarkan maksudnya boleh dikekalkan.  Contoh: Ditambangkan (dibaling) Genta (loceng) Cerpu (sejenis lapik kaki)  Walau bagaimanapun, perkataan yang mudah seperti santap, bersiram, cindai, cangkir bolehlah ditukar kepada bahasa moden 27 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 28. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK  Kata ganti diri “nya” juga dirujuk kepada Sultan. Dalam penggunaan bahasa istana kata ganti nama diri “nya” tidak boleh digunakan untuk Sultan. Oleh itu, wajar diperbetulkan.  Contoh:  …. Sultan Mansor Syahpun kembali ke istananya…” ditukar kepada:  “…… Sultan Mansor Syah kembali ke istana baginda” 28 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 29. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK  Dialog hendaklah ditukarkan kepada cakap pindah  Contoh:  “Tahukan tuan hamba sekalian bahawa ini anak hamba?” ditukar kepada:  Seri Nara bertanya sama ada orang yang hadir tahu bahawa itu ialah anaknya. 29 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 30. PANDUAN MENUKARKAN BAHASA PETIKAN KLASIK  Gelaran, jawatan, alat peperangan dan sebagainya hendaklah dikekalkan. Namun frasa “Tuan” (Tuan Puteri Hang Li Po) perlu digugurkan kerana “tuan “ menunjukkan gelaran jantina untuk perempuan pada masa dahulu tetapi tidak pada masa sekarang.  Pelajar tidak boleh menambah idea, meninggalkan sebarang ayat atau isi penting kerana ini akan menjejaskan markah. 30 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 31. LATIHAN 1 Maka gemparlah segala perempuan isi istana itu mendengar bunyi lembing perisai dan tempik sorak orang banyak mengepung istana itu. Maka Hang Jebatpun terkejut daripada tidurnya lalu bangun. Maka Laksamana pun berseru-seru katanya, “Hai, si Jebat derhaka! Tiadakah setiamu kepada tuanmu? Jika engkau berani, marilah engkau bertikam dengan aku sama seorang, kerana akupun lama tiada bertikam. Maka didengar oleh Hang Jebat suara Laksamana sayup-sayup, didengarnya bunyi lembing perisai gemerentak dan bunyi orang yang terlalu gempita. Maka di dalam hatinya berkata, “Rajalah yang datang ini.” Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya. 31 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 32. PERKATAAN SUKAR 32 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 33. WATAK Maka Hang Jebat Laksamana 33 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 34. PERISTIWA 34 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 35. PERENGGAN 1 Maka gemparlah segala perempuan isi istana itu mendengar bunyi lembing perisai dan tempik sorak orang banyak mengepung istana itu. Maka Hang Jebatpun terkejut daripada tidurnya lalu bangun. Semua perempuan di istana terkejut besar kerana terdengar bunyi balingan lembing dan suara orang bertempik sekitar istana. Hang Jebat terkejut daripada tidur lalu bangun. 35 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 36. PERENGGAN 2 Maka Laksamana pun berseru-seru katanya, “Hai, si Jebat derhaka! Tiadakah setiamu kepada tuanmu? Jika engkau berani, marilah engkau bertikam dengan aku sama seorang, kerana akupun lama tiada bertikam. Laksamana menjerit-jerit meminta Hang Jebat yang dianggapnya derhaka turun untuk berlawan pedang dengannya. Laksamana juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tiada bermain pedang. 36 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 37. PERENGGAN 3 Maka didengar oleh Hang Jebat suara Laksamana sayup- sayup, didengarnya bunyi lembing perisai gemerentak dan bunyi orang yang terlalu gempita. Maka di dalam hatinya berkata, “Rajalah yang datang ini.” Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya. Hang Jebat mendengar suara Laksamana yang sayup-sayup kedengaran, diselang-selikan dengan bunyi lembing dan perisai serta bunyi bising . Terdetik dalam hati Hang Jebat bahawa Sultan datang ke istananya, lalu Hang Jebat pun menghunus kerisnya. 37 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 38. JAWAPAN Semua perempuan di istana terkejut besar kerana terdengar bunyi balingan lembing dan suara orang bertempik sekitar istana. Hang Jebat terkejut daripada tidur lalu bangun Laksamana menjerit-jerit meminta Hang Jebat yang dianggapnya derhaka turun untuk berlawan pedang dengannya. Laksamana juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tiada bermain pedang. Hang Jebat mendengar suara Laksamana yang sayup-sayup kedengaran, diselang-selikan dengan bunyi lembing dan perisai serta bunyi bising . Terdetik dalam hati Hang Jebat bahawa Sultan datang ke istananya, lalu Hang Jebat pun menghunus kerisnya. 38 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 39. LATIHAN 2Maka sembah Patik Aria Gajah Mada. “Tuanku, apa mulanyamaka Tuanku tiada keluar tiga hari ini?” Maka titah BetaraMajapahit, “Tubuh beta tiada sedap.”Maka sembah Patih Aria Gajah Mada, ” Pada pemandanganpatik ada juga sesuatu kedukaan tuanku; hendaklah tuankukatakan kepada patik, mudah-mudahan patik dapatmembicarakan.”Maka Titah Betara Majapahit pada Patih Aria Gajah Mada,“Adapun paman, bahawa beta berkata benarlah pada paman,bahawa beta ini bukanlah anak si penyadap. Adapun beta inianak raja Tanjung Pura, daripada cucu raja yang turun dariBukit Siguntang. 39 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 40. PERKATAAN SUKAR 40 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 41. WATAK 41 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 42. PERISTIWA 42 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 43. PERENGGAN 1 Maka sembah Patik Aria Gajah Mada. “Tuanku, apa mulanya maka Tuanku tiada keluar tiga hari ini?” Maka titah Betara Majapahit, “Tubuh beta tiada sedap.” Patih Gajah Mada ingin tahu mengapa Betara Majapahit tidak keluar selama tiga hari. Betara Majapahit menyatakan bahawa baginda kurang sihat. 43 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 44. PERENGGAN 3 Maka sembah Patih Aria Gajah Mada, ” Pada pemandangan patik ada juga sesuatu kedukaan tuanku; hendaklah tuanku katakan kepada patik, mudah-mudahan patik dapat membicarakan.” Patih Aria Gajah Mada menyatakan bahawa pada firasatnya Betara Majapahit sedang dalam kesedihan. Patih Aria Gajah Mada sudi menyelesaikan masalah Betara Majapahit sekiranya baginda menceritakannnya kepada beliau. 44 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 45. PERENGGAN 3 Maka Titah Betara Majapahit pada Patih Aria Gajah Mada, “Adapun paman, bahawa beta berkata benarlah pada paman, bahawa beta ini bukanlah anak si penyadap. Adapun beta ini anak raja Tanjung Pura, daripada cucu raja yang turun dari Bukit Siguntang. Betara Majapahit menerangkan kepada Patih Aria Gajah Mada bahawa baginda bukanlah anak penyadap tetapi baginda merupakan anak Raja Tanjung Pura, keturunan cucu raja yang turun daripada Bukit Siguntang. 45 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 46. JAWAPAN Patih Gajah Mada ingin tahu mengapa Betara Majapahit tidak keluar selama tiga hari. Betara Majapahit menyatakan bahawa baginda kurang sihat. Patih Aria Gajah Mada menyatakan bahawa pada firasatnya Betara Majapahit sedang dalam kesedihan. Patih Aria Gajah Mada sudi menyelesaikan masalah Betara Majapahit sekiranya baginda menceritakannnya kepada beliau. Betara Majapahit menerangkan kepada Patih Aria Gajah Mada bahawa baginda bukanlah anak penyadap tetapi baginda merupakan anak Raja Tanjung Pura, keturunan cucu raja yang turun daripada Bukit Siguntang. 46 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 47. PANDUAN UMUM UNTUK PELAJAR Buat nota tentang ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Di samping itu pelajar mestilah rajin membaca cerita-cerita klasik agar calon biasa dengan laras bahasa klasik. Cuba mahirkan diri awda dengan membetulkan ciri-ciri bahasa klasik melalui latihan dan pembacaan Biasakan diri awda membuat rujukan mennggunakan Glosari Kesusasteraan / Kamus Dewan / Tesaurus untuk mengetahui maksud perkataan yang awda tidak faham. Lebih baik awda catatkan dalam buku nota / latihan perkataan klasik yang biasa diutarakan dalam peperiksaan. Buatlah latihan secara terancang dan hantarkan kepada guru Bahasa Melayu awda. Buat latihan berterusan sehingga awda betul-betul mahir. Awda juga boleh berbincang dengan rakan dan bandingkan jawapan. Selepas membuat latihan, berbincanglah dengan rakan awda untuk mendapatkan jawapan yang tepat. 47 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 48. Bahagian III Kaedah mengajarKemahiran Yang Digunakan Semasa Membaca 48 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 49. Sebelum membaca Menentukan bahan yang akan dibaca Menentukan cara bahan disusun Menentukan perkara yang perlu diingati daripada bahan Tujuan membaca 49 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 50. Semasa membaca Mengenal pasti isi-isi penting Menentukan pembinaan idea Mengenal pasti pola pemikiran penulis Menghubungkan idea-idea Meramal apa yang akan berlaku Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang telah diketahui 50 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 51. Selepas membaca Mengenal pasti tujuan penulis Menganalisis teknik dan bahasa penulis Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis Menyoal soalan kritis 51 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 52. SEMASA MEMBACA TEKS (Mewworter, 1987) Kita tidak perlu membaca semua yang tertulis Tidak semua yang tertulis itu penting Terdapat cara membaca yang senang Boleh menambah kelajuan membaca Bukan semua yang ditulis itu betul 52 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 53. Teknik Membaca SQ3R "You remember more when you are actively involved and understand the content" Robinson (1970) 53 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 54. 1. Sebelum membaca tinjau (survey) bab tersebut  Baca secara keseluruhan dengan menggunakan teknik skimming / survey bagi mendapat idea keseluruhan. Ini dilakukan dengan membaca pendahuluan, isi dan penutup.  Membaca secara seimbas 54 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 55. 2. Kemukakan pertanyaan (question) semasa membuat tinjauan Menukarkan tajuk, subtajuk ke dalam bentuk soalan Membaca soalan setiap akhir bab kepada atau selepas subtajuk Tanya diri sendiri:"Apakah yang guru saya katakan tentang bab ini?" "Apakah yang telah saya ketahui tentang tajuk ini?" 55 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 56. 3. Apabila hendak mula membaca (read) Dalam langkah ini pelajar akan membaca dengan teliti mengikut urutan perenggan.  Lihat kepada jawapan daripada soalan yang ditanyakan.  Menjawab soalan pada permulaan.  Baca semula keterangan gambar, graf dan lain-lain  Catatkan semua perkataan dan frasa yang telah digariskan, italik dan gelapkan.  Kaji bentuk grafik  Tambahkan kelajuan pada petikan yang sukar  Berhenti dan baca semula bahagian yang tidak jelas  Baca hanya satu bahagian pada satu masa 56 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 57. 4. Menerangkan atau menyatakan kembali (recite) selepas membaca  Bertanya soalan secara lisan perkara yang telah dibaca atau ringkaskan dalam ayat sendiri.  Membuat nota dengan ayat sendiri  Gariskan / highlight isi penting yang telah dibaca 57 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 58. 5. Semak semula (review) : proses yang berterusan Cuba meningati bahagian-bahagian yang dibaca Apakah tujuan utama penulis menulis teks tersebut? Apakah isi penting? Apakah rancangan keseluruhan teks yang dibaca? Cuba ingat isi penting 58 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 59. MASALAH CIKGU? 59 Jumaat, 25 Februari 2011
  • 60. TERIMA KASIH 60 Jumaat, 25 Februari 2011