Manual jkkp hcm

  • 7,526 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
7,526
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
1
Comments
0
Likes
6

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG 1
  • 2. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGPENGENALANManual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Changkat Melintang iniditerbitkan untuk digunapakai oleh semua warga HCM. Pengurusan keselamatan dankesihatan pekerjaan di tempat kerja adalah dinamik dan sentiasa berubah. Pendekatanelemen penting seperti dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi,perancangan dan pelaksanaan serta penilaian semula pencapaian dilaksanakan di UPM.Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCM membincangkan dua elemenpengurusan keselamatan merangkumi polisi dan pengaturan (peraturan, prosedur dangaris panduan berkaitan).Objektif Manual ini adalah untuk :i. Menyediakan panduan pengurusan KKP dengan menekankan pelaksanaan JKKP-PTJii. Menerangkan peraturan umum, prosedur dan garis panduan untuk dipatuhiiii. Mengambil langkah yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja dan pelanggan.Manual ini dibuat untuk menggerakkan semua pihak di HCM agar pengurusan KKP disemua unit dapat diselaraskan serta manual ini disediakan mengikut kriteria yang pentingdan akan dianalisis keberkesanannya sepanjang masa.• Peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan boleh digunakan bila-bila masa• Semua pekerja perlu memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing dalam bidang KKP semasa berada di kawasan HCM• Pengguna manual ini hendaklah merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia atau agensi lain yang berkaitan dengan KKP 2
  • 3. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGBAHAGIAN IPengurusan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan Hospital ChangkatMelintang 3
  • 4. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGPOLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGHospital Changkat Melintang akan :Memastikan setiap anggota pejabat ini termasuk pelanggan yang terlibat secara langsungatau tidak langsung dalam aktiviti Kesihatan dan Keselamatan akan mengutamakankeselamatan dan kesihatan diri.Memastikan segala kerja berkaitan dengan aktiviti Kesihatan dan Keselamatandilaksanakan dalam persekitaran yang selesa dan selamat.Dengan adanya polisi ini:-1. Penyediaan dan penyelenggaraan tempat kerja yang baik dengan sejauh mana yangpraktikal dari segi keselesaan dan keselamatan menurut peruntukan undang-undangbertulis yang sediada akan dilaksanakan.2. Pemberian maklumat yang terkini dan latihan kepada semua anggota pejabat initermasuk pelanggan akan diadakan.3. Semua kes kecederaan atau kemalangan nyaris akan disiasat supaya tindakanpencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.4. Penyediaan kemudahan asas kepada semua anggota supaya keselamatan, kesihatan dankebajikan anggota dapat dipertingkatkan dan dipelihara.5. Semua anggota pejabat akan diberi peralatan pelindungan diri untuk digunakan bagimenjamin keselamatan dan kesihatan mereka semasa bertugas.6. Polisi ini akan dikaji semula seberapa kerap yang sesuai dengan keselamatan dankesihatan anggota semasa bekerja dan membawa kepada perhatian semua anggota.Pengarah Hospital Changkat Melintang1. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 4
  • 5. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGDasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepadakeperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatandan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebuttermasuklah;a. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;b. Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;c. Mengkaji semula dasar; dand. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.i. ObjektifObjektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;a. Menyatakan tumpuan dan komitmen HCM dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.b. Menggariskan dasar dan objektif HCM dalam membangun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.ii. Skop PelaksanaanDasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hendaklah dilaksanakan di semuapremis di dalam kawasan Hospital Changkat Melintang.iii. Rujukan NormatifPenyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada kehendak Akta Keselamatan danKesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan-peraturannya dan lain-lain aktayang berkaitan dan tertakluk kepada pindaan atau perubahan terkini (jika ada).Kewajipan menyediakan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerjadiperuntukkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514),Bahagian IV Seksyen 16.iv. Kenyataan Am Dasar 5
  • 6. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG HCM beriltizam untuk menyediakan persekitaran dan menerapkan budaya kerja yang selamat dan sihat melalui perkongsian tanggungjawab antara pihak pengurusan dengan pekerja mengikut kapasiti masing-masing untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Isu-isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan akan diberi kepentingan dan diambil tindakan yang sama statuskepentingannya dengan matlamat utama HCM.Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan dilaksanakan dandisemak semula dari semasa ke semasa untuk memastikan adanyakesinambungan program ke arah pembaikan yang berterusan.v. Tugas dan Tanggungjawab Organisasi Hospital Changkat MelintangMenjelaskan tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan serta jawatankuasayang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan Dasar keselamatan dankesihatan pekerjaan di Hospital Changkat Melintang.Pihak Pengurusan HospitalPihak Pengurusan Hospital bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dankesihatan pekerjaan pegawai, kakitangan dan pelajarnya. Antara tugas dantanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sepertiberikut :a. Untuk menyedia dan menyelenggara premis dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;b. Untuk menyusun langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan sisa dan bahan;c. Untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan semasa bertugas;d. Untuk menyedia dan menyelenggara persekitaran pekerjaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, dengan kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan kakitangan dan pelajar.Ketua PTJ 6
  • 7. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGKetua PTJ bertanggungjawab dalam memantau keselamatan dan kesihatanpekerjaan kakitangan. Antara tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dankesihatan pekerjaan adalah seperti berikut:a. Membantu Pihak Pengurusan Hospital dalam menyelia dan memastikan persekitaran kerja yang selamat;b. Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti latihan, kempen seminar dan sebagainya;c. Menyelia dan menyediakan Alat Lindung Diri (ALD) untuk digunakan oleh kakitangan ;d. Memastikan segala peralatan berada dalam keadaan yang selamat digunakan serta memastikan penggunaan peralatan mengikut Prosedur Kerja Selamat;e. Membuat laporan kepada pejabat PPKKP dan mengambil langkah-langkah yang perlu apabila berlaku kemalangan di tempat kerja.Pegawai dan KakitanganPegawai dan kakitangan HCM bertanggungjawab dalam memastikan keselamatandan kesihatan dirinya dan orang lain ketika menjalankan tugas. Antara tugas dantanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan adalah seperti berikut:a. Untuk memberi perhatian yang munasabah semasa bekerja bagi keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain.b. Untuk bekerjasama dengan pihak Pengurusan Hospital atau orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan di bawah Akta dan Peraturan-peraturannya serta tata amalan industri yang berkaitan.c. Untuk memakai atau menggunakan apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang disediakan.d. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan menurut kehendak Akta dan Peraturan-Peraturannya.e. Memberi laporan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ berkaitan kemalangan atau apa-apa perkara berkaitan KKP di tempat kerja.2. Peranan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di HCM 7
  • 8. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGBuat masa ini, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakanberdasarkan struktur berikut dan peranan setiap entiti berkenaan akan diperjelaskandalam seksyen seterusnya. PENGERUSI (PENGARAH HOSPITAL) SETIAUSAHA (PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN) WAKIL PEKERJA Ketua jururawat Jururawat Terlatih WAKIL WAKIL HSS Jururawat Masyarakat PENGURUSAN Pengurus HSS Pen. Peg. Perub Peg. Perubatan Peg. Keselamatan Pembantu Farmasi Peg. Farmasi HSS Juru X-ray Pen. Peg Tadbir Syarikat Kawalan Peg. Teknologi Makmal Penyelia Jururawat Keselamatan Pemandu Pembantu Perawatan KesihatanA. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Hospital (JKKPHCM) 8
  • 9. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGJawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Hospital . Secara am, Jawatankuasa inibertanggungjawab menguruskan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang terlibat denganpelaksanaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di HCM dan fungsiJKKPHCM adalah seperti berikut:i. Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat.ii. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di HCM.iii. Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan Hospital keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama–sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.iv. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan Hospital bagi penyemakan dasar tersebut tiga (3) tahun sekali).v. Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit KKP yang dikemukakan oleh PPKKP, laporan dan maklumat berkaitan KKP dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkaraperkara berkaitan KKP di HCM.vi. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang terdapat dalam jenis kerja di HCM; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3) bulan.vii. Membentuk suatu jawatankuasa kecil untuk membantu Jawatankuasa dalam melaksanakan fungsinyaviii. Menjalankan pemeriksaan tempat kerjaix. Menjalankan penyiasatan tempat kerjax. Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat hospitalxi. Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan universiti.B. Pejabat Penyelia 9
  • 10. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGAntara fungsi pejabat ini adalah seperti berikut :i. Sebagai penasihat utama kepada JKKP-HCM berkaitan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di HCM.ii. Merancang, melaksanakan dan menyelaraskan aktiviti KKP di HCM.iii. Menjalankan pemeriksaan KKP secara berkala di semua premis iaitu memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menentukan jika terdapat apa- apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja seterusnya membincangkan dan mencadangkan langkah-langkah pemulihan yang perlu dan merekodkan hal keadaan dan cadangan tersebut dalam suatu laporan yang disimpan.iv. Menjalankan pemantauan tentang kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja dan melaporkan kepada JKKP-HCM keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama – sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan.v. Memeriksa tempat kerja dengan seberapa segera yang selamat, selepas kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.vi. Memberi khidmat nasihat dan memberi maklumat kepada PTJ.vii. Menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui program seperti program latihan, kursus, seminar dan juga kempen.viii. Sebagai pusat rujukan dan maklumat KKP kepada PTJ.ix. Menyedia, menyemak dan menganalisis laporan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ.Manual Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanC. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat hospital 10
  • 11. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGAntara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:i. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang terdapat dalam jenis kerja di PTJ; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3) bulanii. Memeriksa tempat kerja secara berkala (6 bulan sekali).iii. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.iv. Memeriksa dan membantu Penyelia Hospital dalam menyiasat sebarang perkara berkaitan KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di PTJ.v. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat kerja.vi. Mengkaji semula tindakan atau amalan KKP dan membuat cadangan pindaan kepada JKKP-HCMvii. Menyimpan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 11
  • 12. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGBAHAGIAN IIPERATURAN-PERATURANKESELAMATAN DAN KESIHATANPEKERJAAN1. PERATURAN KESELAMATAN AM 12
  • 13. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGTUJUANBagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di Hospital Changkat Melintang (HCM)akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh kakitangan, pesakit danpelawat.PENERANGANI. Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di Hospital Changkat Melintang (HCM)II. Laporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaaan tidak selamat yang mana boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan kepada harta benda.III. Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih.IV. Gunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja.V. Sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam kemalangan, laporkan dengan segera serta dapatkan bantuan mula.VI. Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan hanya boleh dilakukan apabila mendapat kebenaran untuk melakukannya.VII. Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.VIII. Jangan bergurau dan elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja.IX. Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan sekiranya perlu.X. Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan HCM.XI. Kelajuan kenderaan di sekeliling HCM ialah 15 km/jam dan hendaklah sentiasa dipatuhi. Pastikan semua jalan sentiasa bebas untuk laluan kecemasan.XII. Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan dan undang-undang HCM.XIII. Kenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan dimana anda berada.2. PERATURAN KESELAMATAN DI PEJABATPENGENALAN 13
  • 14. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGUmumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di ”tempat kerja”. Ini merupakansatu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perludititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapaperaturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalanberterusan.PENERANGANI. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan,perabot, dawai elektrik dan lain-lain.II. Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.III. Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV.IV. Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka.V. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari,meja, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual.Gunakan troli jika perlu.VI. Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman.VII. Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan.VIII. Pastikan alat pemadam api mudah dicapai.IX. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya berlaku kebakaran.X. Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan.3. PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMALTUJUAN 14
  • 15. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGMenjelaskan kepada kakitangan prosedur tentang keselamatan keseluruhannya semasaberada di makmal HCM. Oleh itu, semua kakitangan hendaklah memahami danmematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturan umum ini,pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhiPENERANGANI Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam makmalII. Pakai baju makmal/bengkel (coverall) dan kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada dalam makmalIII Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama sekali dipakai oleh kakitanganIV. Memastikan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang memuaskan .V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan.VI. Sentiasa memastikan makmal dalam keadaan yang bersih dan teratur.VII. Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.IIX. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling makmal dan membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.IX. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.X. Meninggalkan makmal dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.4. PERATURAN KESELAMATAN DI UNIT PENGIMEJAN DAN DIAGNOSTIKTUJUAN 15
  • 16. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGMenjelaskan kepada kakitangan dan pesakit prosedur tentang keselamatankeseluruhannya semasa berada di unit X-ray HCM. Oleh itu, semua kakitangan hendaklahmemahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturanumum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi.PENERANGANI Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam unit X-ray .II. Pakai baju makmal/bengkel (coverall) dan kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada dalam unit.III Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama sekali dipakai oleh kakitanganIV. Memastikan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang memuaskan .V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan.VI. Sentiasa memastikan unit dalam keadaan yang bersih dan teratur.VII. Menyimpan peralatan dan sisa kimia yang telah digunakan di tempat yang disediakan.IIX. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling unitdan membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.IX. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.X. Meninggalkan unit X-ray dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.XI. Pastikan kakitangan yang bertugas memakai lencana khas untuk mengesan pendedahan radiasi sepanjang waktu bertugas.XII Pastikan pelanggan wanita tidak mengandung. Jika ujian X-ray dilakukan untuk pesakit mengandung, mereka harus diberikan perlindungan yang sewajarnya. (gonadal shield)5. PERATURAN KESELAMATAN DI UNIT SAJIANMenjelaskan kepada kakitangan dan pesakit prosedur tentang keselamatankeseluruhannya semasa berada di unit sajian HCM. Oleh itu, semua kakitangan hendaklahmemahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturanumum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi. 16
  • 17. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGPENERANGANI Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam unit sajian.II. Pakai cap/penutup kepala dan kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada dalam unit.III Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama sekali dipakai oleh kakitanganIV. Memastikan segala kelengkapan seperti dapur dan peralatan memasak berada dalam keadaan yang memuaskan .V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan.VI. Sentiasa memastikan unit dalam keadaan yang bersih , keringdan teratur.VII. Menyimpan peralatan dan sisa makanan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.IIX Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman.IX. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling unitdan membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.X. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.XI. Meninggalkan unit X-ray dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.6. PERATURAN KESELAMATAN DI STOR INTEGRASIMenjelaskan kepada kakitangan dan pesakit prosedur tentang keselamatankeseluruhannya semasa berada di stor integrasi HCM. Oleh itu, semua kakitanganhendaklah memahami dan mematuhi segala prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhiperaturan umum ini, pastikan arahan atau peraturan khusus di tempat tertentu jugadipatuhi. 17
  • 18. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGI Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam stor integrasi.II. Pakai kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada dalam unit.IV. Memastikan segala kelengkapan seperti troli berada dalam keadaan yang memuaskan .V. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan.VI. Sentiasa memastikan unit dalam keadaan yang bersih , keringdan teratur.VII. Menyimpan peralatan yang telah digunakan dan stok barangan di tempat yang disediakan.Pastikan laluan kecemasan tidak dihalang oleh stok barang.IIX. Pastikan stok barangan tidak diletakkan terlalu tinggi iaitu sekurang-kurangnya 18 inci dari siling/bumbung.IX. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan stok yang berat seperti tong oksigen, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual.Gunakan troli jika perlu.X. Pastikan alat pemadam api mudah dicapai.XI Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya berlaku kebakaran.XII. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling unitdan membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu.XIII. Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada Ketua unit diikuti laporan bertulis kepada Pejabat Penyelia.XIV Meninggalkan unit ini dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan. 18
  • 19. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGBAHAGIAN IIIPROSEDUR-PROSEDURKESELAMATAN DAN KESIHATANPEKERJAAN1. PROSEDUR KEBERSIHAN TEMPAT KERJAI. OBJEKTIF 19
  • 20. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGObjektif prosedur ini adalah untuk :i. Menjelaskan langkah-langkah tindakan penjagaan kebersihan di HCM.ii. Menetapkan langkah-langkah pengawasan penjagaan kebersihan di HCM.iii. Mewujudkan tabiat membudayakan kerja bersih dan kemas di kalangan pegawai, staf dan kontraktor di HCM.iv. Mencegah berlakunya kemalangan disebabkan faktor pengabaian mengamalkan kebersihan.II. SKOPProsedur ini hendaklah digunapakai semasa menjalankan langkah-langkahpenjagaan kebersihan di semua premis dalam kawasan Hospital Changkat Melintang(HCM).III. TANGGUNGJAWABSemua pegawai, kakitangan dan kontraktor hendaklah bertanggungjawab melaksanakanprosedur ini.IV. PROSEDURAMProsedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penjagaankebersihan di HCM.LALUAN SELAMATKetua Unit / Kontraktor hendaklah :i. Menyediakan laluan selamat di dalam premis yang diawasi.ii. Memastikan laluan selamat yang dibina boleh digunakan sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku keadaan kecemasan atau kecemasan kebakaran.Pegawai, kakitangan dan kontraktor hendaklah :i. Memastikan laluan selamat sentiasa bersih dan bebas daripada halangan-halangan yang 20
  • 21. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG boleh mengganggu lalulintas.ii. Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan di laluan ini adalah dilarang sama sekali.RUANG BEKERJAKetua Unit / Kontraktor hendaklah menyediakan ruang bekerja yang selamat dansecukupnya di dalam premis yang diawasi.Pegawai, kakitangan, pesakit , kontraktor dan kontraktor hendaklah memastikan ruangbekerja bebas daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan.STORPegawai, kakitangan dan kontraktor hendaklah memastikan :i. Stor sentiasa bersih dan kemas.ii. Barang-barang disusun dalam keadaan teratur.iii. Pengalihudaraan dalam keadaan baik atau berfungsi.iv. Tidak merokok di kawasan stor.LANTAIi. Permukaan lantai tempat kerja dalam keadaan baik, bersih , kering dan kemas;ii. Tong sampah disediakan.BANGUNANPegawai, kakitangan, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan :i. Permukaan dinding tempat kerja dalam keadaan bersih dan tidak ada bahan-bahan / perkara yang tidak diperlukan digantung/ditampal.ii. Tingkap dalam keadaan bersih dan elok.iii. Lampu berfungsi dengan baik dan kadar pencerahannya mencukupi.MESIN, PERALATAN DAN PERKAKASANPegawai, kakitangan, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan : 21
  • 22. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGi. Mesin, peralatan dan perkakasan berada dalam kedudukan yang tersusun/teratur.ii. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan.iii. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada tumpahan minyak dan gris.iv. Kawasan persekitaran mesin, peralatan dan perkakasan bebas daripada sampah-sarap dan bahan-bahan yang tidak diperlukan.v. Penyelenggaraan berkala dilakukan untuk peralatan mengikut jadual PPM.vi. Peralatan yang rosak haruslah dilaporkan dengan segera ke pihak konsesi untuk diperbaiki.ALAT PEMADAM APIKetua PTJ adalah bertanggungjawab memastikan semua peralatan pemadam kebakarandiselenggara dan boleh berfungsi dengan baik.PEMERIKSAAN TEMPAT KERJAi. Pejabat Penyelia hendaklah menjalankan pemeriksaan tempat kerja sekurang- kurangnya tiga (3) sekali setahun.ii. Ketua Unit hendaklah mengambil tindakan pembetulan bagi laporan tidak memuaskan.2. PROSEDUR NOTIFIKASI ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN 22
  • 23. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGI. PENGENALANProsedur ini adalah berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya,Keracunan Pekerjaan danPenyakit Pekerjaan) 2004 di bawah kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan1994.II. TUJUANPeruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendakisetiap majikan;a. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.b. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas.c. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.III. TINDAKAN MELAPOR KEMALANGANa. Ketua Unit endaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja masing-masing dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui Pejabat Penyelia hospital.dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP). Laporan tersebut hendaklah dibuat dengan serta merta sebaik sahaja kejadian tersebut dikenalpasti atau berlaku di Jabatan masing-masing dengan menghubungi PPKKP dan menghantar Borang Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya JKKP6 secepat yang praktik sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN 6 dan disalinkan kepada fail Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ masing-masing.b. Semua kemalangan sama ada mengalami kecederaan atau tidak, hendaklah dilaporkan kepada Ketua PTJ dengan segera.c. Butiran kemalangan mestilah direkodkan dalam Borang Laporan MengenaI Kemalangan/Kejadian Berbahaya JKKP 6 oleh pelapor dan borang laporan kemalangan boleh didapati pada setiap bahagian. Borang JKKP6 perlu dihantar ke JKNP dalam tempoh 4 hari selepas kejadian.• Semua bahagian dalam borang tersebut perlu dipenuhi dengan teliti dan terperinci khasnya di bahagian huraian kemalangan.• Borang perlu dihantar kepada PPKKP yang menyelaras semua urusan yang berkaitan dengan kemalangan tersebut 23
  • 24. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGd. Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan bantuan.3. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNANI. OBJEKTIFa. Menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku diHCM.b. Meminimumkan kesan kemalangan ke atas manusia dan harta benda di dalam dan luar kawasan HCM.c. Memusatkan kecemasan di dalam kawasan HCM atau jika boleh membasminya; dand. Memenuhi keperluan undang-undang negara.II. SKOPProsedur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran danpengungsian bangunan dijalankan.III. TANGGUNGJAWABa. Semua unit hendaklah menghantar wakil kakitangan dari unit masing-masing untuktujuan penubuhan Pasukan Kecemasan (Emergency Respone Team)b. Semua pegawai, kakitangan, kontraktor, kakitangan syarikat konsesi, kakitangan syarikat kawalan keselamatan, pelawat dan pelatih hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan.c.Emergency Response Team (ERT) hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan.Manual Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanIV. PROSEDURAMa. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa 24
  • 25. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG mengira masa. Oleh hal yang demikian, adalah wajar setiap staf/kakitangan /pelawat/kontraktor mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Semua staf/kakitangan /kontraktor/pesakitl/pelawat adalah diingatkan supaya bertindak dengan tenang, jangan cemas apabila menghadapi keadaan begini.b. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan kebakaran dan tindakan pengungsian bangunan. Satu salinan hendaklah di pamerkan di papan kenyataan di semua bangunan.TINDAKAN APABILA BERLAKU KEBAKARANTindakan berikut boleh dijadikan prosedur tetap dan garis panduan apabilaberlaku kebakaran.Isyarat KebakaranMembunyikan sistem penggera kebakaran (alarm) dengan memecahkan “breakglass” yang sedia ada di setiap bangunan.TANDA BUNYI KEBAKARAN MENGANDUNGI BUNYI LOCENG YANGBERULANG – ULANGa. Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki bangunan apabila loceng kecemasan dibunyikan. Staf yang menjaga unit akan bertindak sebagai ketua tingkat(floor marsyal) dan melaksanakan aktiviti pengungsian bangunan.b.Ketua Tingkat ditugaskan untuk memberitahu Pengawal Insiden yang bertugas melalui telefonis hospital.c. Keluar Menyelamatkan Diri • Semua staf/kakitangan /kontraktor/pesakit dan pelawat hendaklah diarahkan keluar daripada bangunan dan berkumpul di Tempat Berkumpul yang disediakan mengikut zon masing-masing. Floor marsyal dikehendaki menghubungi Pegawai Pengungsian untuk meminta bantuan jika ada masalah kekurangan staf untuk evakuasi.d. Hitungan kepala (head count)• Ketua tingkat ditugaskan untuk membuat hitungan kepala sebaik sahaja mendengar isyarat kecemasan dan juga di zon berkumpul untuk memastikan semua penghuni telah berjaya dikeluarkan. Jika hitungan kepala tidak betul, Ketua Tingkat dikehendaki 25
  • 26. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG memaklumkan kepada Pegawai Pengungsian/ Pasukan Bomba dan Penyelamat.e. Memadam Kebakaran• Pengawal Insiden dan kakitangan yang terlatih (ERT) sahaja dibenarkan untuk memadamkan kebakaran supaya ianya dapat dikawal.PERHATIAN : o Jika anda memerlukan PANGGILAN KECEMASAN, sila dail 999 dan 112 bagi panggilan menggunakan telefon bimbit. o Sila rujuk pelan kecemasan/ pelan lantai bangunan dan prosedur kebakaran di mana anda menjalankan tugas. Bangunan adalah berbeza diantara satu dengan lain dan ia mungkin memerlukan tindakan kecemasan yang berbeza.PERINGATAN:Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlakukebakaran, semua staf/ /kontraktor/pesakit/ pelawat hendaklah :1. Berhenti kerja atau aktiviti semasa.2. Berhentikan semua mesin/peralatan.3. Matikan semua kuasa elektrik.4. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah.5. Tutup semua tingkap dan pintu.6. Keluar melalui lorong jalan yang mudah .7. Jangan berlari.8. Jangan tolak menolak antara satu sama lain.9. Jangan sengaja buat bising.10. Jangan buat tidak tentu arah dan kelam kabut (panik).11. Jangan berpatah balik kebelakang untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.12. Jangan duduk di dalam tandas atau stor.13. Berikan bekerjasama dan ikut arahan. 26
  • 27. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG14. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkanTINDAKAN KETUA JABATAN/KETUA TINGKAT1. Maklumkan segera kepada pasukan ERT. Arahkan rakan sekerja atau anggota bawahan untuk menutup pintu-pintu dan tingkap.2. Membuat head count sebelum memulakan prosedur pengungsian.3. Arahkan semua penghuni keluar melalui pintu kecemasan sahaja.4. Periksa kehadiran penghuni di zon berkumpul dengan membuat head count untuk kali kedua.5. Maklumkan segera kepada Pengawal Insiden atau Pegawai Pengungsian sekiranya kehadiran tidak mencukupi.PERHATIAN:Semua Ketua Unit/ Pengurus Asrama /Pengurus Kantin dan kakitangan Y/M shif adalahbertanggungjawab mengisi dan mengemaskini SENARAI SEMAKKAKITANGAN/PENGHUNI dari semasa ke semasa.TINDAKAN PASUKAN ERT1. Menyiasat tempat kebakaran.2. Bunyikan “alarm” atau “wisel” (jika “alarm” automatik tidak berbunyi).3. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam keselamatan diri, padamkan segera.4. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut, beri arahan mengosongkan bangunan dan membantu dalam penyeliaan proses pengungsian.5.Hubungi pegawai yang bertugas di pondok pengawal keselamatan untuk bantuan. Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA secara terus.6. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan sahaja. 27
  • 28. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG7. Memberi maklumat kepada Pegawai BOMBA mengenalpasti keadaan di dalam bangunan.TINDAKAN PENGAWAL INSIDEN1. Hubungi pihak BOMBA sebaik sahaja mendapat maklumat daripada Pasukan ERT.2. Sediakan alat memadam kebakaran di premis masing-masing (pastikan ia sentiasa diselenggara)3. Mengenalpasti tempat pili bomba.4. Arahkan Pegawai-pegawai Pasukan ERT memadam kebakaran sebelum pihak BOMBA masuk.5. Arahkan anggota untuk mengawal keadaan lalulintas untuk menyenangkan pihak BOMBA masuk.6. Dapatkan maklumat tentang hitungan kepala (head count) sekiranya ada yang tertinggal di dalam bangunan.7. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN (ASAP)CARA-CARA BERGERAK SEMASA TERPERANGKAP DI DALAM ASAPDi dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahuluiapi, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalanmenyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaranasap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : 28
  • 29. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.3. Jika terperangkap di dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat).4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan pemandangan. Dalam keadaan demikian, gunakan belakang tangan untuk raba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.TERPERANGKAP DI DALAM BANGUNAN TERBAKARJika anda terperangkap di dalam bangunan, semasa berlaku kebakaran anda hendaklahbertindak seperti berikut :1. Dapatkan seberapa banyak pintu bertutup di antara anda dengan api. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda.2. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau sebagainya bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik yang bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan).3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan.4. Buka tingkap sedikit di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk.5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan.6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tidak ada jalan lain lagi.4. PROSEDUR PERTOLONGAN CEMASI. OBJEKTIFObjektif prosedur ini adalah untuk :a. Menjelaskan langkah-langkah tindakan semasa berlakunya kemalangan atau keadaan kecemasan di unit-unit di HCM. 29
  • 30. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGb. Memberikan bantuan awal kecemasan kepada mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan sebelum ketibaan pasukan perubatan.c. Menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan, mengelakkan mangsa kemalangan menjadi lebih teruk serta mendapatkan pertolongan profesional/rawatan.d. Memenuhi kehendak undang-undang yang disyaratkan dalam Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.II. SKOPProsedur ini hendaklah digunapakai semasa menghadapi kemalangan atau keadaankecemasan dan memberikan bantuan awal kecemasan di tempat kejadian.III. TANGGUNGJAWABa. Semua pegawai, kakitangan, kontraktor dan pelawat hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur ini ketika menghadapi kemalangan atau keadaan kecemasan.b. Anggota yang bertugas hendaklah bertanggungjawab memberikan bantuan awal kecemasan kepada mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan.IV. PROSEDURAMa. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu keadaan kecemasan.b. Semua anggota yang bertugas hendaklah memberikan bantuan awal kecemasan kepada semua mangsa kemalangan atau keadaan kecemasan yang berlaku di hospital.c. Ketua Unit hendaklah mempamerkan satu salinan prosedur ini di papan kenyataan jabatan untuk memudahkan kakitangan.LATIHANa. Semua Ketua Unit WAJIB memastikan semua kakitangan di bawah seliaan mereka mendapat latihan CPR sekurang-kurangnya 2 tahun sekali dan Kursus Pertolongan Cemas sekurang-kurangnya 1 kali setahun.b. Dril kecemasan perlu dilakukan oleh setiap unit sekurang-kurangnya 2 kali setahun.PETI PERTOLONGAN CEMAS 30
  • 31. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGa. Pejabat Penyelia adalah bertanggungjawab memastikan Peti Pertolongan Cemas ditempatkan di semua premis di dalam kawasan PTJ.b. Ketua Unit hendaklah memastikan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas sentiasa mencukupi setiap masa.c. Pegawai/kakitangan/pelawat dan kontraktor hendaklah menjaga dan tidak menyalahgunakan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas yang disediakan.PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTOLONGANCEMASPejabat Penyelia adalah bertanggungjawab merancang aktiviti penyelenggaraankemudahan dan peralatan pertolongan cemas.Ketua Unit perlu menyelenggara semua kemudahan dan peralatan pertolongan cemassupaya ”replenish” semula peti kecemasan selepas digunakan.5. SURVEILAN KEPADA ANGGOTA BERUMUR MELEBIHI 40 TAHUNOBJEKTIFObjektif prosedur ini adalah untuk :a) Menggariskan langkah-langkah tindakan untuk memastikan sekurang-kurangnya 70% daripada kakitangan yamg berumur >40 tahun telah dibuat saringan untuk mengesan penyakit kronik dan penyakit pekerjaan. 31
  • 32. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGb) Memastikan pematuhan kepada peraturan dan kehendak Kementerian Kesihatan (KPI).TANGGUNGJAWABa. Semua Ketua Unit wajib untuk memastikan supaya anggota yang berumur >40tahun didaftar untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Klinik Pakar.b. Semua kakitangan pula haruslah memberi kerjasama yang sewajarnya untuk memastikan pemeriksaan perubatan dijalankan.PROSEDUR AMa. Ketua Unit dikehendaki mengenalpasti anggota yang berumur > 40 tahun pada awal setiap bulan dan memberi peringatan kepada anggota tersebut untuk melaksanakan pemeriksaan perubatan.b. Ketua Unit akan memberi senarai nama anggota yang terlibat kepada Jururawat Y/M Klinik Pakar untuk mengatur temujanji untuk pemeriksaan perubatan.c. Jururawat Y/M Klinik Pakar akan mengumpul statistik pemeriksaan perubatan anggota dan dihantar ke Pejabat Penyelia pada 1hb setiap bulan.6. SURVEILAN RADIASI KEPADA ANGGOTA YANG BEKERJA DI UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIKOBJEKTIFObjektif prosedur ini adalah untuk :a) Menggariskan langkah-langkah tindakan untuk memastikan surveilan dijalankan ke atas pekerja yang berpotensi untuk terdedah kepada radiasi.b) Memastikan pematuhan kepada peraturan dan kehendak dalam Akta dan Peraturan 32
  • 33. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.TANGGUNGJAWABKetua Unit bertanggungjawab untuk memastikan semua anggota sentiasa mematuhiarahan keselamatan di unitnya dan menjalani pemeriksaan perubatan tahunan.Ketua PTJ akan memastikan setiap anggota di unit dibekalkan dengan lencana radiasiyang diperbaharui setiap bulan dan anggota yang terdedah akan diberi perhatian danrawatan yang sewajarnya.PROSEDUR AMa. Semua anggota unit pengimejan diagnostik akan dibekalkan dengan lencana radiasi yang diperbaharui setiap bulan. Ketua Unit dikehendaki memastikan anggota mematuhi arahan ini sepanjang waktu bertugas.b. Semua anggota dikehandaki menjalani pemeriksaan perubatan sekali setiap 12 bulan dan semasa penamatan perkhidmatan.7. SURVEILAN NEEDLE STICK INJURYOBJEKTIFObjektif prosedur ini adalah untuk :a) Menggariskan langkah-langkah tindakan untuk memastikan surveilan dan rawatan dijalankan ke atas pekerja yang mengalami kejadian Needle stick Injury.b) Memastikan pematuhan kepada peraturan dan kehendak dalam Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 33
  • 34. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGTANGGUNGJAWABa. Ketua PTJ akan memastikan latihan yang berkaitan diberikan kepada semua kakitangan hospital, kakitangan HSS dan pelatih semasa orientasi dan juga secara berkala .b. Ketua Unit hendaklah memastikan satu salinan tatacara pengurusan kejadian Needle stick injury dipamirkan di papan kenyataan jabatan untuk rujukan anggota.c. Jururawat Kawalan Infeksi bertanggungjawab untuk mengumpul semua maklumat berkatan dengan kejadian untuk disalurkan ke Pejabat Penyelia. Beliau juga dikehendaki memastikan kakitangan yang terlibat rawatan susulan dan tidak berlaku “defaulter”d. Semua kakitangan hospital dan HSS perlu memberi kerjasama yang sewajarnya dengan membuat laporan kepada Ketua Unit dan mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan. 34
  • 35. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGBAHAGIAN IVGARIS PANDUAN KESELAMATANDAN KESIHATAN PEKERJAAN1. GARIS PANDUAN ALAT LINDUNG DIRI (ALD/PPE)PengenalanPenggunaan Alat Lindung Diri (ALD) merupakan salah satu kaedah untuk melindungidiri daripada mendapat kemalangan di tempat kerja dan ia merupakan kaedah terakhiruntuk melindungi diri daripada kecederaan dan penyakit pekerjaan. ALD direkabentukbagi melindungi bahagian tertentu tubuh badan manusia seperti bahagian mata, kepala, 35
  • 36. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGmuka, tangan, telinga, kaki dan sebagainya. ALD ini hendaklah dipilih mengikutkesesuaian hazad/bahaya yang wujud di PTJ masing-masing dan sesuai denganpekerja yang bekerja dengan hazad/bahaya tersebut. Bagi memilih ALD yang sesuaipihak pengurusan PTJ perlulah membuat penilaian risiko dan memililih langkah kawalanyang terbaik.Garis PanduanI. Garis Panduan ALD disediakan untuk memastikan ALD yang digunakan oleh pekerja-pekerja (kakitangan hospital, kakitangan HSS dan kontraktor dan seumpamanya ) yang bekerja atau menggunakan premis HCM adalah memenuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan dan berupaya melindungi pekerja/pengguna daripada hazad/bahaya tertentu.II. Prinsip utama garis panduan ALD ini adalah berasaskan kepada ALD yang diluluskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia JKKPM), mengikut peraturan-peraturan tertentu ATAU ALD yang memenuhi mana-mana piawaian yang diterima-pakai oleh JKKPM bagi kelulusan tersebut.III. Spesifikasi ALD yang berikut untuk kegunaan/pemakaian kakitangan HCM: 1 Pelindung Mata o Jenama, model dan pembuat yang diluluskan oleh JKKPM mengikut Peraturan- Peraturan KKP o Jenama dan model yang bertanda SIRIM atau yang setandingnya. o Digunapakai bila ada risiko kejadian “splash” ke muka kakitangan semasa bekerja. o Jenis pelindung mata yang dibekalkan termasuklah goggle dan face shield. 2. Pelindung Pernafasan(a) Jenis, model, filter/cartridge/canister dan pembuat yang diluluskan oleh JKKPM mengikut Peraturan-Peraturan KKP ATAU(b) Memenuhi mana-mana piawaian yang diterima-pakai oleh JKKPM untuk kelulusan di atas. Jenis perlindung pernafasan yang dibekalkan adalah seperti berikut : 36
  • 37. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG o 3 ply-mask Digunakan dalam keadaan jika kakitangan berisiko untuk pendedahan dengan penyakit transmisi melalui ”droplet” atau kakitangan sendiri mempunyai gejala jangkitan respiratori. o N95 mask Digunakan untuk mengelakkan pendedahan dengan kes-kes risiko tinggi seperti Influenza H1N1, sputum positif tuberkulosis, SARS dan sebagainya. • Kakitangan hospital dan HSS akan diberi latihan secara berkala oleh Jururawat Infeksi untuk memastikan cara penggunaan perlindungan pernafasan yang betul dan berkesan. 3 Sarung Tangan o Jenama dan pembuat yang diluluskan oleh JKKPM mengikut Peraturan-Peraturan KKP. Jenis sarung tangan yang dibekalkan adalah seperti berikut : o Sarung tangan disposable non-steril Digunakan sebagai perlindungan badan semasa melakukan prosedur tidak steril dan semasa kerja-kerja pencucian oleh kakitangan HSS. o Sarung tangan steril Digunakan hanya semasa melakukan prosedur steril dalam kerja perawatan pesakit.4. Apron Digunakan semasa menjalankan prosedur yang mungkin mempunyai risiko ”splash” ke atas pakaian kakitangan.5. Perlindungan kaki(i) Tumpahan/Percikan Bahan Kimia atau Darah Kakitangan dimestikan menggunakan but yang dibekalkan semasa melakukan kerja- 37
  • 38. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG kerja di unit forensik, perlupusan sisa klinikal dan sebagainya.(ii) Hentakan Benda-Benda Berat(a) Mempunyai pelindung besi jari kaki (steel toe-cap) ATAU(b) Memenuhi mana-mana piawaian yang diterima-pakai oleh JKKPM untuk kelulusan di atas. Kakitangan yang bertugas di stor, dapur dan bengkel diwajibkan untuk memakai safety boots yang dibekalkan.2. GARISPANDUAN PENGURUSAN SISA KIMIA DAN RADIOAKTIFI. Tujuan :Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan cara-cara pengurusansisa makmal dan radioaktif di HCM.II. Pengurusan Buangan TerjadualBerdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 38
  • 39. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG1989; [P.U. (A) 139/1989], menetapkan sisa bahan kimia adalah termasuk dalamkategori buangan terjadual.a. Sumber Sisa KimiaBahan kimia yang perlu dilupuskan terdiri daripada:i. Bahan kimia yang tertumpah.ii. Bahan kimia yang tidak berlabel atau yang telah tamat tempoh gunanya.iii. Bahan yang menghasilkan sisa yang reaktif dan beracun hasil tindak balas kimia.iv. Sisa bahan kimia cecair.v. Sisa bahan kimia pepejal.vi. Tumpahan minyak.b. Sumber sisa radioaktifIni termasuk sisa dari pemprosesan X-ray yang mengandungi plumbum dan sisa dariubatan kemoterapi.b. Pengasingan dan Pengumpulan SisaPelupusan sisa kimia bermula dengan pengasingan dan pengumpulannya. Langkah inibermula di peringkat makmal, unit pengimejan diagnostik dan di wad. Pengasingan sisakimia juga membantu mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepertiletupan atau kebakaran ketika kerja pelupusan dilakukan. Sisa kimia yang diisi di dalambotol khas berlabel hendaklah disimpan di tempat yang selamat atau tempat penyimpanansisa yang telah dikenalpasti sehingga langkah pelupusan dijalankan. Sisa kimia perludielakkan daripada terdedah kepada haba atau api.c. Bekas Sisai. Sebarang sisa hendaklah dikumpulkan dalam bekas bersesuaian dan dilabelkan selengkapnya.ii. Sebaik-baiknya sisa hendaklah dikumpulkan dalam bekas asal ataupun di dalam bekas lain yang telah dikenalpasti sebagai bekas primer.iii. Bekas sisa mestilah dalam keadaan baik semasa digunakan dan mestilah diperiksa setiap minggu untuk memastikan tiada kebocoran atau tindak balas antara bekas dan sisa.iv. Jika beg plastik digunakan sebagai bekas sisa primer, beg plastik mestilah dimasukkan ke dalam bekas lain seperti bekas kaca ataupun logam untuk tujuan penyimpanan.v. Pelabelan pada bekas sisa mesti menggunakan nama penuh sisa. 39
  • 40. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGd. Pengkelasan Sisa Bekas yang mengandungi buangan terjadual mestilah dilabel dengan jelas mengikut pengkelasan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.e. Pelupusan Sisa Sisa yang telah diasingkan mengikut kelas perlu dikumpulkan di tempat yang dikhaskan pada hari pelupusan. Ketua Unit dikehendaki untuk menghubungi Syarikat Kualiti Alam untuk tujuan perlupusan.3. GARISPANDUAN PENGURUSAN SISA BIOLOGI/KLINIKALI. Tujuan :Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan cara-cara pengurusansisa klinikal dan biologikal di HCM.a. Sumber sisa klinikali. Pakaian dan linen pesakit yang tercemar.ii. Bahan buangan yang dijana semasa rawatan pesakit seperti kapas, gauze, tuala wanita dan lampin pakai buang.iii. Sisa dari sampel ujian makmal seperti darah, kahak, air kencing dan najis.iv. Bahan buangan yang tajam(sharps) seperti jarum, trokar, cánula, suture, scalpel blade dan sebagainya.b. Pengasingan dan pengumpulan sisa Pengasingan sisa dilakukan oleh pihak pengguna di lokaliti masing-masing. Sisa klinikal dan biologikal HARUS dibuang dalam tong berwarna kuning dan diasingkan daripada sisa domestik.Bahan buangan di dalam kategori “sharps” perlu dimasukkan ke dalam “sharp bin” yang disediakan. Penutup “sharp bin” perlu ditutup oleh pengguna bila ¾ penuh atau bila telah digunakan selama 7 hari. Pengumpulan sisa klinikal dan ”sharp bin” dilakukan oleh kakitangan HSS setiap hari bekerja mengikut laluan yang telah ditentukan supaya kontaminasi tidak berlaku. Sisa klinikal dan ”sharp bin” kemudian akan ditimbang dan disimpan dalam stor sisa 40
  • 41. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG klinikal. Stor klinikal akan dilengkapi dengan sistem penyejukan. Sisa tersebut akan dikutip setiap 7 hari oleh lori khas untuk dilupus di loji perlupusan (incinerator).4. GARISPANDUAN PROGRAM IMUNISASI HEPATITIS B DAN INFLUENZAI. Tujuan Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang perjalanan program imunisasi untuk kakitangan.II. Objektif i. Untuk memastikan semua kakitangan frontliner HCM telah diberi perlindungan yang sewajarnya daripada risiko jangkitan penyakit Hepatitis B dan Influenza semasa menjalankan tugas. ii. Untuk memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.III. Strategi perlaksanaan i. Semua kakitangan frontliner diberi taklimat berkenaan imunisasi Influenza seasonal dan H1N1 dan diminta memberi keizinan untuk prosedur imunisasi. Kakitangan yang menolak juga perlu mengisi Borang Penolakan Vaksin. ii. Semua kakitangan frontliner yang belum menerima imunisasi Hepatitis B akan diberi pilihan untuk program vaksinasi Hepatitis B. Ujian darah akan diambil 1 bulan selepas melengkapkan imunisasi untuk menentukan paras antibodi. Jika tidak imun, mereka akan diberi dos booster dan mengulangi kitaran. iii. Untuk kakitangan yang pernah menerima vaksin Hepatitis B, ujian darah akan dijalankan untuk menentukan aras antibodi dan vaksin diberikan jika perlu. 5. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN JKKP Panduan ini disediakan berdasarkan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.I. Keanggotaan jawatankuasa ; terdiri daripadaPengerusi (Ketua PTJ)Setiausaha (Penyelia hospital yang diberikuasa)Ahli - Wakil Majikan (setiap bahagian/jabatan) 41
  • 42. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG - Wakil Pekerja (setiap bahagian/jabatan)II. Pelantikan Ahlia. surat perlantikan perlu ditandatangani oleh Ketua PTJ atau wakil majikan dan digunapakai dalam tempoh masa tertentu.b. dinyatakan tugas sebagai Pengerusi, Setiausaha, ahli AJK (wakil majikan dan wakil pekerja).c. wakil pekerja dan majikan perlulah dapat mewakili pelbagai seksyen/unit tempat kerja supaya dapat mengekalkan dan mengembangkan minit dalam membentuk sesuatu keadaan kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.III. Fungsi JawatankuasaAntara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:a. Memeriksa tempat kerja secara berkala (3 bulan sekali).b. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.c. Memeriksa dan membantu Pejabat Penyelia dalam menyiasat sebarang perkara berkaitan KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di HCM.d. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat kerja.e. Mengkaji semula tindakan atau amalan KKP dan membuat cadangan pindaan kepada JKKP-HCM.f. Menyimpan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.g. Melaporkan perkara (i) – (v) kepada JKN , Perak secara berkala melalui Pejabat Penyelia.h. Membantu JKKP-HCM dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan dan kesihatan dan aktiviti lain untuk menggalakkan pematuhan perjalanan kerja yang selamat dan sihat. 42
  • 43. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG 43
  • 44. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG LAMPIRANiManual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan96 44
  • 45. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG2009PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DANKESIHATAN PEKERJAAN 45
  • 46. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANGMANUAL KESELAMATAN DANKESIHATAN PEKERJ 46
  • 47. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG 47
  • 48. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG 48
  • 49. MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITALCHANGKAT MELINTANG 49