KASSIM AHMAD
PENDAHULUAN




Islam, din yang syumul yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Ajaran, falsafah dan nilai-nilainya, sumbe...
PENDAHULUAN




Berdasarkan hadith di atas, tidak dapat dinafikan lagi jelas bahawa
kedudukan hadith dalam Islam dan peran...
PENGERTIAN ILMU HADITH



                                     ILMU
         Iaitu pengetahuan tentang hakikat sesuatu ata...
PEMBAHAGIAN ILMU-ILMU HADITH



                                 ILMU-ILMU
                                   HADITH



  ...
HADITH RIWAYAH




Ilmu hadith riwayah juga ialah ilmu yang melengkapkan tentang
petikan kata-kata Nabi, perbuatan-perbuat...
HADITH DIRAYAH




Hadith dirayah ini adalah juga suatu ilmu yang membahaskan
tentang peraturan-peraturan dan kaedah-kaeda...
HADITH DIRAYAH




Al-Karmany mengatakan hadith dirayah itu ialah hadith yang
menjelaskan   ucapan  dan perkataan      Ras...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Di antara peranan Ulumul Hadith adalah untuk membuktikan
keaslian sesuatu hadith...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




                    ILMU-ILMU
                      HADITH


Hadith Riwayah     ...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ilmu Mizan Ar Rijal (‫ )ﻋﻠﻢ ﻣﻴﺰﺍﻥ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ‬atau Ilmu Al-Jarhi Wat Ta`dil

    Iala...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Menurut keterangan Ibnu Adi (365H) dalam Muqaddimah kitab Al-Kamil,
keadaan-kead...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Walaupun pada hakikatnya ilmu ini menyatakan kekurangan dan
kelemahan para peraw...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ma`rifat As-Sahabat (‫)ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ‬

    Ilmu ini mendapat perhatian serius da...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ilmu Tarikh Ar-Ruwah (‫)ﻋﻠﻢ ﺗﺎﺭﻳﺦ ﺍﻟﺮﻭﺍﺓ‬

    Ilmu ini membahas tentang sejarah...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ilmu Ta`wil Musykil Al Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﺗﺄﻭﻳﻞ ﻣﺸﻜﻞ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬

    Ilmu ini juga diseb...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ilmu An-Nasikh Wal Mansukh (‫)ﻋﻠﻢ ﺍﻟﻨﺎﺳﺦ ﻭﺍﻟﻤﻨﺴﻮﺥ‬

    Ilmu ini membahas tentan...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ilmu Gharibul Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﻏﺮﻳﺐ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬

    Ilmu yang membahas lafaz-lafaz had...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Ilmu `Ilalil Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﻋﻠﻞ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬

    Ilmu yang membahas tentang sebab-seb...
KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH




Dengan menggunakan berbagai macam ilmu hadith itu, maka timbullah
berbagai macam...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM



            Hadith
            Sahih




           Martabat
            hadith


  Hadi...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
            Hadith Sahih

 Hadith Sahih dapat dibahagikan kepada dua
jenis :



          ...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
            Hadith Sahih

Sahih Lizatih

• Sanadnya bersambung dari permulaan sampai
  akhi...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
             Hadith Sahih


• Hukum beramal dengan hadith sahih
  adalah wajib.

• Orang ya...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
              Hadith Hasan
• Kedudukannya sama seperti hadith sahih tetapi
  darjat perawin...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
            Hadith Sahih

Sahih Lizatih

• Sanadnya bersambung dari permulaan sampai
  akhi...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
              Hadith Hasan



• Syarat-syarat hadith ini ialah perawinya
  bersifat adil da...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM
             Hadith Da‘if


• Tidak mencukupi syarat-syarat untuk
  menjadi Sahih atau Hasa...
PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM

• Daripada kaedah-kaedah atau aturan-
  aturan ketat yang telah ditetapkan oleh
  para ula...
Definisi Orientalis




•Ilmu yang berhubung dengan dunia timur.
Orientalis

• Melancarkan berbagai serangan terhadap Islam
  dan umatnya dengan berbagai cara.

• Berusaha mencari kelemah...
Orientalis

• Firman Allah SWT surah al-Baqarah, 2:120:


                                     َ َ َ � ُ ْ َ
       ْ‫َو َ...
Orientalis


• Di antara usaha mereka ialah menyerang salah
  satu sumber ajaran Islam, iaitu sunnah atau
  hadith nabi SA...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
          TERHADAP HADITH
• Golongan orientalis barat berminat di dalam
  pengkajian hadith dan i...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
          TERHADAP HADITH

• Salah seorang orientalis yang berusaha
  meragukan hadith Nabi SAW i...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
         TERHADAP HADITH


• Goldziher banyak menulis mengenai keIslaman
  dalam Bahasa Jerman, I...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
        TERHADAP HADITH
                  Tinggal : Hungaria.
Ignaz Goldziher   Bangsa : Yahudi.
...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
        TERHADAP HADITH
Ignaz Goldziher
                   Hadith adalah lahir
                  ...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
          TERHADAP HADITH


• Hadith tidak pernah ditulis dan dibukukan
  sampai pada awal abad k...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
           TERHADAP HADITH
• Hadith pada pandangan Goldziher hanya sebagai
  bahan penting kepada...
TELAHAN ORIENTALIS BARAT
         TERHADAP HADITH

• Bentuk telahan yang digunakan oleh orientalis
  terhadap   hadith   d...
Telahan Terhadap Sanad

•   Mereka beranggapan bahawa hadith yang telah dikumpulkan
    dalam kitab-kitab hadith tidak asl...
Telahan Terhadap Sanad

• A. Spranger berpendapat tulisan-tulisan yang dikirim
  ‘Urwah kepada Abd. Al-Malik Ibn Marwan (7...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Sanad

    Dari sudut sistem isnad yang terdapat padanya. Orientalis
...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Sanad

    Selama lebih 60 tahun selepas kewafatan Nabi pengunaan mat...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Sanad

    Josept Schacht berpendapat, sistem isnad adalah palsu yang...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Sanad

    Kesemua pendapat yang dikemukakan oleh golongan orientalis...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Matan

    Para orientalis mendakwa telahan mereka terhadap matan had...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Matan

    Goldziher pada kritikannya antara lain ditujukan kepada Im...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Matan

    Menurut Goldziher, Abdul Malik bin Marwan, seorang khalifa...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Matan

    Abdul Malik memerintahkan al-Zuhri untuk membuat hadith
  ...
HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS




Telahan Terhadap Matan

    Para oritentalis beranggapan bahawa hadith yang terkandung...
MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS




Pendapat Orientalis Hadith bukan berasal dari Rasulullah SAW bahkan ia
    merupakan reka...
MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS




Periwayatan dan pemelilharaan Hadith Nabi SAW berlangsung
hingga usaha penghimpuan hadith...
MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS




        Pendapat Orientalis Isnad dan Matan adalah palsu




Pada pandangan orientalis ka...
MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS




        Pendapat Orientalis Isnad dan Matan adalah palsu




Setiap hadith-hadith yang be...
MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS



Pendapat Orientalis bahawa tidak ada hadith khususnya dalam hukum Islam yang
             ...
MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS




   Tujuan utama mengkaji dan mempelajari ulumul hadith



Untuk menilai sesebuah hadith d...
KESIMPULAN




Ulumul hadith itu telah membuktikan akan keaslian hadith Rasulullah
SAW sebagi sumber syariat Islam agar te...
KESIMPULAN




Jadi, wujudnya perpaduan dalam Islam juga dapat melahirkan kekuatan
bagi menyerang balik serangan musuh-mus...
SEKIAN
TERIMA KASIH
Sistm Bukti Asli Hadith
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Sistm Bukti Asli Hadith

6,906

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,906
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
12
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sistm Bukti Asli Hadith

  1. 1. KASSIM AHMAD
  2. 2. PENDAHULUAN Islam, din yang syumul yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Ajaran, falsafah dan nilai-nilainya, sumber dan dasarnya adalah wahyu Allah SWT dalam dua bentuk wahyu yang dibaca iaitu al-Quran, dan wahyu yang tidak dibaca iaitu sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : “Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara, tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan kedua- duanya, iaitu Kitab Allah [al-Quran] dan Sunnah RasulNya”. Hadith diriwayatkan oleh Imam Malik
  3. 3. PENDAHULUAN Berdasarkan hadith di atas, tidak dapat dinafikan lagi jelas bahawa kedudukan hadith dalam Islam dan peranan serta pengaruhnya kepada perundangan Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW dan sahabat sehingga zaman para imam mujtahid. Dalam Islam, hadith merupakan sumber kedua kepada penganutnya. Dan bila ia di anggap kedua, orientalis cuba mengambil kesempatan untuk mencelah ditengah-tengahnya dengan harapan semoga telahan mereka dapat menganggu atau mengugat keimanan orang Islam. Kecenderungan awal di kalangan orientalis ialah berusaha membuktikan al-Quran bukannya wahyu Allah SWT, sebaliknya ia adalah ciptaan Nabi Muhammad SAW.
  4. 4. PENGERTIAN ILMU HADITH ILMU Iaitu pengetahuan tentang hakikat sesuatu atau kebenaran sesuatu HADITH Pada bahasa Pada istilah Iaitu yang baru, khabar atau segala apa yang disandarkan berita dan yang dekat atau kepada Nabi baik berupa belum lama lagi. perkataan, perbuatan, sifat tubuh badan atau kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah SAW. ILMU HADITH Iaitu ilmu yang disepakati oleh para Ulama’ hadith tentang sanad, matan, cara hadith disampaikan oleh perawi, cara perawi menerima hadith dan sifat-sifat perawi yang meriwayatkan hadith itu.
  5. 5. PEMBAHAGIAN ILMU-ILMU HADITH ILMU-ILMU HADITH Hadith Riwayah Hadith Dirayah Segala ilmu yang berkaitan dengan sanad dan matan Segala apa yang disandarkan hadith, iaitu tentang kepada Nabi baik berupa sahihnya, hasan, da’if, marfu’, perkataan, perbuataan, sifat mauquf, pendek sanadnya, tubuh badan atau kelakuan, panjang sanadnya, cara ketetapan dan perjalanan menyampaikan, cara hidup Rasulullah SAW. menerimanya, sifat-sifat perawinya dan sebagainya..
  6. 6. HADITH RIWAYAH Ilmu hadith riwayah juga ialah ilmu yang melengkapkan tentang petikan kata-kata Nabi, perbuatan-perbuatannya, periwayat- periwayat hadith, perdhobitannya dan penghuraian lafaz-lafaznya. Semua pemindahan ucapan Rasulullah SAW dan hadith Baginda dengan cara penghuraian yang teliti. Oleh kerana, kajian ilmu hadith riwayah ini adalah hadith Nabi SAW dari segi periwayatan dan pemeliharaannya. Maka hal tersebut mencakupi dua aspek utama iaitu: Cara periwatan hadith, baik dari segi cara penerimaan dan demikian juga dari cara penyampaiannya dari seorang perawi ke perawi lain. Cara pemeliharaan hadith, iaitu dalam bentuk penghafalan, penulisan dan pembukuannya.
  7. 7. HADITH DIRAYAH Hadith dirayah ini adalah juga suatu ilmu yang membahaskan tentang peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dapat membantu kearah pengetahuan mengenai sanad dan matan serta jenis-jenis riwayat, hukum-hukumnya, syarat-syarat perawi dan cara memahami maknanya Menurut Ibnu al-Akfany, hadith dirayah ialah ilmu yang darinya dapat diketahui hakikat riwayah, syarat-syaratnya, hukum- hukumnya, keaadaan perawi hadith, syarat-syarat perawi, sanad, jenis-jenis yang diriwayatkan dan apa saja yang berkaitan dengannya. Syekh ‘Izuddin Ibnu Jama’ah berpendapat bahawa hadith dirayah merupakan ilmu tentang kaedah-kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan hadith. Tujuannya adalah untuk mengetahui hadith yang sahih dan tidak
  8. 8. HADITH DIRAYAH Al-Karmany mengatakan hadith dirayah itu ialah hadith yang menjelaskan ucapan dan perkataan Rasulullah SAW, [perbuatannya dan hal ehwalnya dan kaedaan hadith yang diriwayatkan. Syeikh al-islam al-hafiz Ibnu hajar pula berpendapat : “Kaedah- kaedah yang memperkenalkan keadaan perawi dan yang diriwayatkan”. Pendapat inilah yang digunakan oleh majoriti ahli hadith. Secara umumnya ilmu hadith ini dikenali dengan ulumul hadith, mushthalah al hadith, atau ushul al hadith. Namun tujuannya adalah sama iaitu ilmu yang membahaskan tentang kaedah- kaedah untuk mengetaui keadaan perawi (sanad) dan marwi (matan) suatu hadith, dari segi diterima dan ditolaknya.
  9. 9. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Di antara peranan Ulumul Hadith adalah untuk membuktikan keaslian sesuatu hadith dan menangkis segala telahan yang datang daripada anasir luar. Oleh itu, para ulama hadith telah menjadikan bidang hadith sebagai satu disiplin ilmu yang sangat penting dengan membuat kaedah-kaedah ataupun aturan-aturan tentang syarat-syarat penerimaan dan penyampaian hadith yang dinamakan sebagai ulumul Hadith. Proses ini sebenarnya telah bermula sejak zaman awal Islam lagi dan diteruskan generasi demi genarasi sehinggga mencetuskan suatu bidang ilmu yang semakin mantap.
  10. 10. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH ILMU-ILMU HADITH Hadith Riwayah Hadith Dirayah Berkembang kepada: Ilmu Mizan Ar-Rijal (‫)ﻋﻠﻢ ﻣﻴﺰﺍﻥ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ‬ Ma’rifat As-Sahabat (‫)ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ‬ Ilmu Tarikh Ar-Ruwah (‫)ﻋﻠﻢ ﺗﺎﺭﻳﺦ ﺍﻟﺮﻭﺍﺓ‬ Ilmu Ta’wil Musykil Al-Hadith ( ‫ﻋﻠﻢ ﺗﺄﻭﻳﻞ ﻣﺸﻜﻞ‬ ‫)ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬ Ilmu An-Nasikhi Wal Mansukh ( ‫ﻋﻠﻢ ﺍﻟﻨﺎﺳﺦ‬ ‫)ﻭﺍﻟﻤﻨﺴﻮﺥ‬ Ilmu Gharib Al-Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﻏﺮﻳﺐ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬ Ilmu ‘Ilali Al-Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﻋﻠﻞ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬
  11. 11. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ilmu Mizan Ar Rijal (‫ )ﻋﻠﻢ ﻣﻴﺰﺍﻥ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ‬atau Ilmu Al-Jarhi Wat Ta`dil Ialah ilmu yang membahas tentang kualiti para perawi hadith sama ada seorang yang terpercaya atau lemah atau pendusta dan sebagainya. Ilmu ini sangat penting dipelajari, kerana dengannya dapat mengkategorikan hadith kepada taraf sahih, hassan, dhaif atau mawdhu’. Ilmu ini disebut “Ilmu Mizan Ar-Rijal” kerana ia menilai perawi-perawi hadith dan ia juga disebut sebagai “Ilmu Al- Jarhi Wat Ta’dil “ kerana ia membicarakan tentang perawi-perawi yang cacat dan yang perawi-perawi yang adil. Dr. Muhd Ajjaj al- Khatib memberikan definisi Ilmu al-Jarhi Wat Ta’dil sebagai berikut : “Ilmu yang membahas hal ehwal para perawi hadith dari segi diterima atau ditolak periwayatan hadithnya”.
  12. 12. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Menurut keterangan Ibnu Adi (365H) dalam Muqaddimah kitab Al-Kamil, keadaan-keadaan para perawi telah disebutkan sejak zaman sahabat lagi, cuma pada masa sahabat dan tabi’in masih sedikit perawi hadith yang dipandang lemah atau cacat. Di antara para sahabat yang menyebutkan keadaan perawi-perawi hadith ialah Ibnu Abbas, Ubadah ibnu Shamit dan Anas ibnu Malik. Apabila tiba permulaan abad ke 2 H, barulah terdapat banyak perawi-perawi yang lemah. Kelemahan itu adakalanya kerana mengirsalkan hadith atau merafakan hadith yang sebenarnya mauquf seperti Abu Harun Al-‘Abdari (143H) (Drs. Masjfuk Zuhdi, 1983 :109). Sesudah berakhir zaman tabi’in iaitu pada kira-kira 150 Hijrah, ulama-ulama hadith mulai memberikan perhatian pada urusan menajrih dan mena’dil keadaan-keadaan perawi dengan menyusun kitab-kitab jarah wat ta’dil yang menerangkan keadaan para perawi, yang boleh diterima riwayatnya dan yang ditolak.
  13. 13. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Walaupun pada hakikatnya ilmu ini menyatakan kekurangan dan kelemahan para perawi hadith dengan mengemukakan sifat-sifat buruk yang ada padanya seperti pendusta dan pelupa. Namun ia dibolehkan dalam agama untuk menjaga dan memelihara kemurnian agama, agar hadith yang disampaikan itu benar-benar dari Rasulullah SAW. Adapun sifat-sifat terpuji yang mesti dimiliki perawi itu seperti thiqqah, adil dan dabit.
  14. 14. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ma`rifat As-Sahabat (‫)ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ‬ Ilmu ini mendapat perhatian serius dari para Ulama Hadith, kerana luas pengetahuan tentang sahabat akan dapat mengetahui sesuatu hadith itu muttashil atau mursal. Menurut Ibnu Hajar : “Sahabat ialah orang yang pernah berjumpa dengan Nabi, sedang ia beriman kepadanya dan mati dalam keadaan Islam.” (Drs. Masjfuk Zuhdi, 1983 :112). Masa sahabat itu berakhir pada 110H, sebagaimana sabda Nabi : “Apakah kamu melihat malam ini ? Sesungguhnya sesudah lewat 100 tahun, tiada tinggal lagi seorangpun di atas muka bumi dari orang-orang yang sekarang ini telah ada di atasnya”. (HR Bukhari dan Muslim)
  15. 15. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ilmu Tarikh Ar-Ruwah (‫)ﻋﻠﻢ ﺗﺎﺭﻳﺦ ﺍﻟﺮﻭﺍﺓ‬ Ilmu ini membahas tentang sejarah riwayat hidup para perawi hadith, baik dari sahabat, tabi’in, mahupun dari angkatan sesudahnya. Perkara yang diterangkan adalah seperti tempat lahir, tarikh lahir dan wafatnya, guru- gurunya, aliran mazhabnya, negeri-negeri yang pernah dikunjunginya dan sebagainya. Ia juga disebut Ilmu Rijalul Hadith. Dalam memastikan kesahihan Hadith hendaklah mengenali pembawanya. Ini kerana periwayatan hadith itu ada kalanya dilakukan orang yang wajib kita menerima dan menolak beritanya. Memeriksa kedudukan para perawi sangat penting dalam menentukan kesahihan hadith. Dari satu sudut, ilmu ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada keadaan para perawi. Kata Sufyan al-Thauri: "Apabila para perawi menggunakan dusta dalam periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka. Permulaan ulama yang menyusun kitab riwayat ringkas para sahabat, ialah Al-Bukhari (256 H).
  16. 16. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ilmu Ta`wil Musykil Al Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﺗﺄﻭﻳﻞ ﻣﺸﻜﻞ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬ Ilmu ini juga disebut “Ta’wil Mukhtalfail Hadith” atau “Ilmu Ikhtilafil Hadith”. Ilmu ini membahas cara-cara mengkompromikan dua hadith yang bertentangan. Ulama yang pertama membahas dan menyusun ilmu ini ialah Imam Syafi’I (204H). Diikuti oleh Ibnu Qutaibah, Abu Ja’far Ath-Thohawi dan Ibnu Al-Jauzi. Tujuan ilmu ini adalah untuk menjawab dan memperbetulkan dakwaan anti hadith yang menuduh ahli hadith meriwayatkan hadith-hadith yang bertentangan dan mengandungi kemusykilan. Dalam menghuraikan permasalah hadith musykil dan ikhtilaf, Ibnu Qutaibah menggunakan kaedah menolak hadith yang daif atau kaedah pengharmonian atau kaedah pemansukhan hukum.
  17. 17. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ilmu An-Nasikh Wal Mansukh (‫)ﻋﻠﻢ ﺍﻟﻨﺎﺳﺦ ﻭﺍﻟﻤﻨﺴﻮﺥ‬ Ilmu ini membahas tentang hadith yang datang kemudian yang membawa hukum baru dinamakan nasikh dan hadith yang ditamatkan pemakaiannya dinamakan hadith mansukh. Kepentingannya tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah satu syarat ijtihad. Dengan mempelajari cabang ilmu hadith ini, seseorang itu akan mengetahui sejarah perkembangan hadith dan hukum Islam itu sendiri. Ilmu ini sangat penting terutama ketika berhadapan dengan dua hadith yang saling bercanggah. Jika tarikh sebenar munculnya hadith itu dapat dipastikan, sudah tentu penyelesaiannya akan diperolehi dengan mengatakan hadis yang lebih awal muncul itu tidak lagi diamalkan kerana ada hadis yang menasakhkannya. Seperti perbuatan menziarahi kubur pada permulaan Islam dilarang oleh Rasulullah, tetapi kemudian dibolehkan dengan hadith Nabi “Daripada Buraidah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur. Sekarang kamu ziarahilah. ….”
  18. 18. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ilmu Gharibul Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﻏﺮﻳﺐ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬ Ilmu yang membahas lafaz-lafaz hadith yang sukar difahami maksudnya. Ini berlaku kerana selepas kewafatan Rasulullah, Islam telah berkembang luas diluar jazirah arab. Banyak orang-orang bukan arab memeluk Islam yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa ibunda, maka banyaklah lafaz-lafaz yang sukar mereka fahami dalam matan hadith.
  19. 19. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Ilmu `Ilalil Hadith (‫)ﻋﻠﻢ ﻋﻠﻞ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ‬ Ilmu yang membahas tentang sebab-sebab yang tidak nyata lagi tersembunyi yang dapat mencacatkan suatu hadith seperti menyambung sanad suatu hadith yang sebenarnya munqati, merafakan yang mauquf dan memasukkan satu hadith ke dalam hadith yang lain. Semua ini dapat merosakkan keaslian hadith. Hadith yang terdapat illat dinamakan Hadith Mu’allal atau Ma’lul. Illat itu terdapat pada tiga tempat iaitu :- Pada sanad hadith, Pada matan hadith dan Pada sanad serta matan hadith.
  20. 20. KEPENTINGAN DAN PERANAN ULUMUL HADITH Dengan menggunakan berbagai macam ilmu hadith itu, maka timbullah berbagai macam nama hadith, yang disepakati oleh para ulama, yang sekaligus dapat menunjukkan jenis, sifat, bentuk, dan kualitas dari suatu hadith. Yang paling penting untuk mengetahui pembagian hadith itu atas dasar kualitinya iaitu : Maqbul ( dapat diterima sebagai pedoman ) yang mencakup hadits shahih dan hadith hasan. Mardud ( tidak dapat diterima sebagai pedoman ) yang mencakup hadits dha'if dan hadits maudhu‘.
  21. 21. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Sahih Martabat hadith Hadith Hadith Da’if Hasan
  22. 22. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Sahih  Hadith Sahih dapat dibahagikan kepada dua jenis : Hadith Sahih Sahih Sahih Lizatih Lighairi
  23. 23. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Sahih Sahih Lizatih • Sanadnya bersambung dari permulaan sampai akhir, diriwayatkan oleh orang yang adil, dhobit serta tidak syaz, tercela atau `illat. Sahih Lighairi • Sanadnya bersambung dan perawinya adil serta dhobit, Cuma keadilan dan kedhobitannya kurang sedikit daripada sahih lizatih walaupun sifat taqwa perawinya sama dengan taqwa perawi sahih lizatih dan ulama sepakat menerimanya kerana tiada sebarang illah atau syaz.
  24. 24. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Sahih • Hukum beramal dengan hadith sahih adalah wajib. • Orang yang pertama menyusun hadith-hadit sahih adalah Imam Bukhari diikuti oleh Imam Muslim di dalam kitab mereka sahih al Bukhari dan sahih Muslim.
  25. 25. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Hasan • Kedudukannya sama seperti hadith sahih tetapi darjat perawinya tidak mencapai darjat perawi hadith sahih. • Perbezaannya dengan hadith sahih ialah dari segi dhobit perawinya berkurangan sedikit darjatnya. • Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu; Hadith Hasan Hasan Hasan Lizatih Lighairi
  26. 26. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Sahih Sahih Lizatih • Sanadnya bersambung dari permulaan sampai akhir, diriwayatkan oleh orang yang adil, dhobit serta tidak syaz, tercela atau `illat. Sahih Lighairi • Sanadnya bersambung dan perawinya adil serta dhobit, Cuma keadilan dan kedhobitannya kurang sedikit daripada sahih lizatih walaupun sifat taqwa perawinya sama dengan taqwa perawi sahih lizatih dan ulama sepakat menerimanya kerana tiada sebarang illah atau syaz.
  27. 27. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Hasan • Syarat-syarat hadith ini ialah perawinya bersifat adil dan dhobit, sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat, tidak terdapat sebarang illah dan kejanggalan (syaz) padanya. • Jumhur ulama dan ahli hadith bersepakat mengatakan wajib beramal dan berhujah dengan Hadith Hasan.
  28. 28. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM Hadith Da‘if • Tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi Sahih atau Hasan. • Terdapat illat, periwayatannya kurang dhobit, sanadnya tidak bersambung, dan terdapat kejanggalan (syaz). • Tidak boleh digunakan sebagai dalil di dalam perkara-perkara hukum, lebih- lebih lagi perkara akidah.
  29. 29. PEMBAHAGIAN HADITH SECARA UMUM • Daripada kaedah-kaedah atau aturan- aturan ketat yang telah ditetapkan oleh para ulama hadith dalam penerimaan hadith jelas menunjukkan ulumul hadith tersebut merupakan sistem yang membuktikan keaslian ataupun kesahihan hadith dan sekaligus menangkis telahan orientalis barat. • Di antara kitab himpunan hadith yang terbukti keasliannya daripada Rasulullah ialah “Kitab Sahih Bukhari” yang disusun oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughairah al-Bukhari.
  30. 30. Definisi Orientalis •Ilmu yang berhubung dengan dunia timur.
  31. 31. Orientalis • Melancarkan berbagai serangan terhadap Islam dan umatnya dengan berbagai cara. • Berusaha mencari kelemahan Islam. • Menyerang ideologi Islam . • Menanamkan keraguan ke dalam diri umat Islam.
  32. 32. Orientalis • Firman Allah SWT surah al-Baqarah, 2:120: َ َ َ � ُ ْ َ ْ‫َو َﻠﻦ َﺗ ْﺮﺿﻰ َﻋ ْﻨﻚ اﻠ َﻴ ُﻬﻮد َوﻻ اﻠﻨﺼﺎرى ﺣ �ﺘﻰ َﺗ �ﺘ ِﺒ َﻊ ِﻤ �ﻟ َﺘ ُﻬﻢ‬ َ ْ “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).”
  33. 33. Orientalis • Di antara usaha mereka ialah menyerang salah satu sumber ajaran Islam, iaitu sunnah atau hadith nabi SAW. • Mereka tahu bahawa jika hadith disingkirkan dari umat Islam dengan sendirinya ajaran Islam tidak akan dapat ditegakkan dan dijalankan.
  34. 34. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH • Golongan orientalis barat berminat di dalam pengkajian hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya sejak kurun ke 19-20M. • Di antara yang membuat kajian terhadap hadith ialah A. Sprenger, J. Horovitiz, A. Guillaume, W. Muir, S. Mackensen Ruth, R.A. Nicholson, Nabia Abbott, T.W. Juynboll. • Mereka telah menimbulkan beberapa masalah utama dalam pengajian al-Hadith dan perkembangannya. • A. Sprenger dianggap sebagai pelopor dalam usaha ini dan diikuti oleh William Muir.
  35. 35. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH • Salah seorang orientalis yang berusaha meragukan hadith Nabi SAW ialah Ignaz Goldziher . • Dianggap seorang tokoh orientalis yang paling terkemuka dalam bidang kajian al-Hadith serta paling merbahaya. • Mahir dalam bidang bahasa Arab sehingga beliau dianggap sebagai ‘bapa orientalis’ pada zamannya.
  36. 36. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH • Goldziher banyak menulis mengenai keIslaman dalam Bahasa Jerman, Inggris dan Perancis. • Karyanya adalah ‘Muhammedanische Studien’ (Studie Islam) menjadi rujukan utama kajian hadith di Europa. • Dalam buku tersebut ia berkesimpulan bahawa hadith itu diragukan kesahihannya sebagai sabda Nabi SAW.
  37. 37. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH Tinggal : Hungaria. Ignaz Goldziher Bangsa : Yahudi. Tarikh lahir : 1850 M. Meninggal: 1921 M. Latar belakang : -Belajar di Budapest, Berlin dan Liepzig. -1873, pergi ke Syria, pindah Palestin seterusnya Mesir dan belajar dari ulama- ulama. -Sekembalinya dari al-Azhar, ia diangkat menjadi guru besar di Budapest.
  38. 38. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH Ignaz Goldziher Hadith adalah lahir hasil dari perkembangan semasa dalam agama Islam dari aspek agama, sejarah dan kemasyarakatan pada abad yang pertama dan kedua hijrah.
  39. 39. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH • Hadith tidak pernah ditulis dan dibukukan sampai pada awal abad ke-2 H. waktu yang panjang ini, kedudukan Hadith terabai dan tercicir. • Kebanyakan hadith bukannya sahih datang dari Rasulullah saw, sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam di zaman kecemerlangannya.
  40. 40. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH • Hadith pada pandangan Goldziher hanya sebagai bahan penting kepada keterangan-keterangan sejarah perkembangan pelbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian. • Goldziher telah mengemukakan sekumpulan Hadith yang menyatakan telah wujud beberapa catatan pada zaman Rasulullah saw, tetapi beliau meragui kenyataan itu datangnya dari generasi pertama umat Islam. • Bagi beliau kemunculan riwayat tersebut merupakan ciptaan umat Islam terkemudian dalam usaha mereka membuktikan bahawa al-Hadith telah ditulis oleh generasi pertama umat Islam.
  41. 41. TELAHAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP HADITH • Bentuk telahan yang digunakan oleh orientalis terhadap hadith dibagaikankepada dua bentuk:
  42. 42. Telahan Terhadap Sanad • Mereka beranggapan bahawa hadith yang telah dikumpulkan dalam kitab-kitab hadith tidak asli dari Rasulullah, kerana sanadnya tidak benar, para perawi dipandang palsu kerana dibuat kemudian. • Leone Caetani berpandapat bahawa sistem isnad bukan berasal dari orang arab kerana ianya tidak sesuai sama sekali dengan sifat orang arab yang dipandang primitif, jahil dan tidak bertoleransi sesama mereka. • Beliau berpendapat sistem ini bermula antara zaman ‘Urwah Ibn al-Zubair (w.94H) dan Muhammad Ibn Ishaq (w.151H). • Ini bermakna selama lebih 60 tahun selepas kewafatan Nabi pengunaan ini belum lagi • Beliau mendakwa sebahagian isnad telah direka dan dimasukan oleh ahli Hadith pada abad kedua atau ketiga hijrah.
  43. 43. Telahan Terhadap Sanad • A. Spranger berpendapat tulisan-tulisan yang dikirim ‘Urwah kepada Abd. Al-Malik Ibn Marwan (70-80H) tidak mempunyai isnad pada peringkat permulaan. Oleh kerana itu pendapat yang mengatakan bahawa ‘Urwah menggunakan sanad adalah pendapat orang-orang kemudian. • Joseph Schacht menyatakan bahawa sistem isnad adalah sistem palsu yang direka oleh ahli Hadith terkemudian dan ia seolah-olah satu sistem yang dipaksa dalam menentukan kesahihan dan kewujudan Hadith. • Kesemua pendapat yang dikemukakan oleh golongan orientalis terhadap isnad al-Hadith adalah bertujuan menyatakan bahwa teori sistem isnad dianggap sebagai rekaan para ulama hadith kemudian dan tidak pernah ada pada zaman Nabi atau bahkan para sahabat.
  44. 44. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Sanad Dari sudut sistem isnad yang terdapat padanya. Orientalis beranggapan hadith yang dikumpulkan dalam kitab-kitab hadith tidak asli dari Rasulullah, kerana sanadnya tidak benar, para perawi dipandang palsu kerana dibuat kemudian. Leone Caetani berpandapat sistem isnad bukan berasal dari orang arab kerana ianya tidak sesuai sama sekali dengan sifat orang arab yang dipandang primitif, jahil dan tidak bertoleransi sesama mereka. Sistem ini bermula antara zaman ‘Urwah Ibn al-Zubair (w.94H) dan Muhammad Ibn Ishaq (w.151H).
  45. 45. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Sanad Selama lebih 60 tahun selepas kewafatan Nabi pengunaan matan ini belum lagi wujud dan sekaligus Leone Caetani mendakwa sebahagian isnad direka dan dimasukan oleh ahli al-Hadith pada abad kedua atau ketiga hijrah. A. Spranger berpendapat, tulisan-tulisan yang dikirim ‘Urwah kepada Abd. Al-Malik Ibn Marwan (70-80H) tidak mempunyai isnad pada peringkat permulaan. Oleh kerana itu pendapat yang mengatakan bahawa ‘Urwah menggunakan sanad adalah pendapat orang-orang kemudian.
  46. 46. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Sanad Josept Schacht berpendapat, sistem isnad adalah palsu yang direka oleh ahli Hadith terkemudian dan ia seolah-olah satu sistem yang dipaksa dalam menentukan kesahihan dan kewujudan Hadith. Bagi membuktikan sistem isnad ini palsu, orientalis mengatakan telah berlaku penipuan pada isnad iaitu dengan wujudnya penambahan jumlah perawi dari masa ke semasa. Mereka juga mengatakan terdapat bukti yang jelas tentang pemalsuan isnad dan teks-teks al-Hadith secara meluas.
  47. 47. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Sanad Kesemua pendapat yang dikemukakan oleh golongan orientalis terhadap isnad al-Hadith adalah bertujuan menyatakan teori sistem isnad diangap sebagai rekaan para ulama hadith kemudian dan tidak pernah ada pada zaman Nabi atau bahkan para sahabat. Dengan kata lain, sistem isnad menurut sebagian orientalis adalah a-historis. sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan al- hadith itu sendiri.
  48. 48. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Matan Para orientalis mendakwa telahan mereka terhadap matan hadith. Goldziher mengakui bahawa kritikan terhadap hadith sebenarnya telah dilakukan sejak dahulu, namun menurutnya kritikan tersebut tidak dapat dibuktikan secara ilmiah, hal itu kerana kaedah yang digunakannya lemah. Menurut Goldziher, para ulama terdahulu lebih banyak menggunakan kritikan sanad dan kurang menggunakan kritikan matan. Sebenarnya para ulama telah melakukan kritikan matan tersebut, namun yang dimaksud Goldziher adalah kritikan matan yang menrangkumi pelbagai aspek seperti politik, sains, sosio, kebudayaan dan sebagainya.
  49. 49. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Matan Goldziher pada kritikannya antara lain ditujukan kepada Imam Bukhari. Menurutnya pemilik kitab shahih ini hanya melakukan kritikan sanad dan mengabaikan kritikan matan. Akibatnya setelah dilakukan penelitian oleh Goldziher, salah satu hadith yang ada dalam sahihnya itu ternyata palsu. Hadith yang dimaksud adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Zuhri yang berbunyi: “Tidak diperintahkan pergi kecuali menuju tiga masjid, Masjid al- Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa”
  50. 50. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Matan Menurut Goldziher, Abdul Malik bin Marwan, seorang khalifah dari Dinasti Umaiyyah di Damaskus yang merasa bimbang apabila Abdullah Ibn Zubair yang berada di mekah mengambil kesempatan dengan menyuruh orang-orang Syam yang melakukan ibadah haji di Mekah untuk berpihak kepadanya. Dengan itu, Abdul Malik berusaha agar orang-orang Syam tidak lagi pergi ke Mekah, tetapi cukup hanya pergi ke Qubbah Sakhra di al-Quds yang pada saat itu berada pada wilayah Syam.
  51. 51. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Matan Abdul Malik memerintahkan al-Zuhri untuk membuat hadith sebagaimana di atas. hadith itu adalah hasil ulama (al-Zuhri) meski ia ada dalam Kitab Sahih Bukahri. Menurut Goldziher, bahawa al- Zuhri dipaksa untuk menuliskan hadith yang belum pernah ada pada saat itu. Demikianlah di antara tuduhan Goldziher mengenai hadith.
  52. 52. HADITH DALAM TELAHAN ORIENTALIS Telahan Terhadap Matan Para oritentalis beranggapan bahawa hadith yang terkandung dalam kitab-kitab hadith tidak asli dari Rasulullah, kerana sanadnya tidak benar, para perawi dipandang palsu kerana dibuat kemudian. Selain itu, para orientalis juga telah melontarkan telahan mereka terhadap matan hadith. Telahan yang dilakukan oleh para orientalis terang-terangan menggugat kewujudan hadith sebagai sumber kedua ajaran Islam, Alasan tersebut telah digunakan oleh mereka dengan tujuan agar hadith tidak lagi dapat digunapakai sebagai pedoman dalam kehidupan umat.
  53. 53. MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS Pendapat Orientalis Hadith bukan berasal dari Rasulullah SAW bahkan ia merupakan rekaan ulama pada abad pertama dan kedua Hijrah Pendapat ini adalah salah. Sedangkan jika kita perhatikan perkambangan hadith tersebut ternyata bahawa ianya sudah ada semenjak Nabi saw masih hidup, iaitu bersamaan dengan dimulainya periwayatan dengan hadith itu sendiri sehingga berlangsung usaha penghimpuan hadith secara resmi pada masa pemerintahan Khalifah. Dan membawa kepada perkambangan dalam penghimpunan, penulisan, dan pembukuan hadith secara besar-besaran pada abad ke 3 H yang dilakukan oleh para ulama, seperti Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam al- Tarmidzi, dan lain-lain.
  54. 54. MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS Periwayatan dan pemelilharaan Hadith Nabi SAW berlangsung hingga usaha penghimpuan hadith secara resmi dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (memerintah 99 H/ 717 M – 124 H / 742 M). al-Zuhri dengan usahanya tersebut dipandang sebagai pelopor ilmu hadith riwayah, dan dalam sejarah perkembangan hadith, dia dicatatkan sebagai ulama pertama yang menghimpun Hadith Nabi saw atas perintah Khalifah Umar ibn Abd al-Aziz.
  55. 55. MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS Pendapat Orientalis Isnad dan Matan adalah palsu Pada pandangan orientalis kaum muslimun hanya memberi perhatian kepada kritik isnad, dan kurang memberi perhatian terhadap kritik matan, bukankah ini membuktikan bahwa tidak ada jaminan asli hadith pada saat sekarang, ini juga adalah salah, bahkan dalam ulumul hadith, telah diketahui status hadith itu dengan cara melihat kepada sanad dan matan sesebuah hadith.
  56. 56. MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS Pendapat Orientalis Isnad dan Matan adalah palsu Setiap hadith-hadith yang bertentangan dangan Al-Quran, akal yang sehat, riwayat yang mutawatir dan ijma sudah tentu akan ditolak oleh para ulama hadith. Kerana diantara syarat kesahihan hadith adalah tidak ada syadz dan tidak ada `illat . untuk membantu dalam menentukan keshahihan hadith, maka dibahagikan kepada hadith itu dalam bahagian sahih, hasan dan dhaif. Bahkan dalam meneliti dan mengkritik suatu hadith maka cabang- cabang dalam hadith pun harus dikuasi, seperti ilmu Al jahr wa ta’dil, ilmu Mukhtalaf al-Hadits, ilmu Ilalul-Hadits, ilmu Gharibul- Hadits, ilmu Nasikh Mansukh Hadits dan banyak lagi
  57. 57. MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS Pendapat Orientalis bahawa tidak ada hadith khususnya dalam hukum Islam yang boleh dijadikan pegangan Angapan mereka adalah salah. Ini kerana bagi Islam kedudukan hadith itu sebagai sumbar perundangan.
  58. 58. MENANGKIS TELAHAN ORIENTALIS Tujuan utama mengkaji dan mempelajari ulumul hadith Untuk menilai sesebuah hadith dari segi sanad dan matan sama ada shahih atau tidak. Untuk memahami hadith. Untuk membolehkan kita beramal dengan hadith yang sahih. Untuk membongkar rahsia hadith yang tidak diketahui. Untuk mengetahui cara ulama menilai sesuatu hadith.
  59. 59. KESIMPULAN Ulumul hadith itu telah membuktikan akan keaslian hadith Rasulullah SAW sebagi sumber syariat Islam agar teguh sekalipun cuba dipertikaikan oleh musuh-musuh Islam dimana dimana ketika mereka tidak mampu memusuhi Islam secara terang-terangan, mereka menyerang ideologi Islam secara tidak langsung iaitu dengan cara menanamkan keraguan ke dalam diri umat Islam terhadapa keaslian hadith sebagai salah satu sumber asas kepada syariat Islam. Tetapi ternyata segala keraguan yang ditimbulkan terhadap hadith itu adalah tidak berasas sama sekali. Perkara ini jelas dibuktikan dengan bukti- bukti yang dikemukakan oleh Ulama’ Islam yang menggambarkan bahawa kriteria dan nilaitara periwayatan hadith dan isnad serta perawinya itu adalah semata-mata benar.
  60. 60. KESIMPULAN Jadi, wujudnya perpaduan dalam Islam juga dapat melahirkan kekuatan bagi menyerang balik serangan musuh-musuh Islam terhadap kesahihan hadith. Oleh sebab itulah negara-negara yang minoritinya penduduk Islam, perlulah berhati-hati dengan segala tindak tanduk golongan ini supaya tidak terpengaruh dengan anasir mereka. Jadi adalah tanggungjawab sebagai warga Islam untuk mempelajari dan memahami dan mendalami Ulumul hadith semata-mata bagi mengawal dan memelihara hadith dari dicerobohi segaligus merupakan sebagai system membuktikan keaslian hadith dan menangkis telahan orentalis barat.
  61. 61. SEKIAN TERIMA KASIH

×