Ilmu Kalam & Pemikiran Islam

  • 10,884 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • Presentation yang bagus utk dikongsi....mohon email ke : ibnadn1977@yahoo.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • mohon emailkn yer..sy memerlukan segera...syukran
    serikandiasiah@gmail.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • mohon kirim ke emel saya acera4741@gmail.com.... amat memerlukan... perkongsian yg bguna..
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • sesama muslim mari berbagi...

    ke sini ya mbak faridharpansa@gmail.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • mohon kirim saya juga : alf-lail-walail@outlook.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
10,884
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
18
Likes
21

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM IU 4201 – ILMU KALAM DAN PEMIKIRAN PENSYARAH PENDAMPING: PROF. MADYA. DR. HAJI SU’AIDI BIN DATO’ HAJI SAFIE PARA PEMBENTANG: 08 B204 08 B208 08 B216 08 B220 08 B210 HAMRINA BINTI SUSYIATI BINTI SUTINI BINTI HAJAH SITI RAHMAH HAJAH SITI MARIAM HAJI HAMDAN HAJI BESAR HAMJAH BINTI HAJI ABDULLAH BINTI HAJI AHMAD KURSUS: SARJANA MUDA SASTERA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TARIKH: 16 MARCH 2010M / 30 RABIULAWAL 1431H
  • 2. salaf khalaf
  • 3. BAHASA Musthafa Abdul Raziq Al-Farabi Syekh Muhammad Abduh Ibnu Khaldun Al-Tahanuwi
  • 4. 1 2
  • 5. DEFINISI SALAF DAN KHALAF SALAF Salaf menurut Istilah  Salaf menurut  ialah suatu tempoh  bahasa ialah   jangkamasa yang  orang‐orang  telah lalu yang hidup  padanya orang‐orang  yang terdahulu yang soleh.
  • 6. TERDAPAT DUA KECENDERUNGAN  TENTANG MAKNA AHLI SALAF AHLI SALAF DIASASKAN  AHLI SALAF DIASASKAN  KEPADA MASA ATAU  KEPADA METODE ZAMAN SALAF ZAMANI SALAF  MANHAJI Mereka terdiri daripada  para sahabat,tabi’in dan  Mereka bukan sahaja  orang‐orang Islam yang  terdiri daripada para  berada pada abad‐abad  sahabat dan tabi’in tetapi  awal selepas wafatnya  termasuk juga orang‐ Rasulullah orang Islam yang beriman 
  • 7. KHALAF Khalaf menurut   Khalaf menurut  Istilah ialah orang‐ bahasa ialah  orang‐ orang yang datang  orang yang  terkemudian  terkemudian (iaitu  daripada kurun yang  pengikut orang yang  disifatkan oleh Nabi  terdahulu) s.a.w.
  • 8. PERBEZAAN ALIRAN SALAF  DAN ALIRAN KHALAF ALIRAN SALAF bersumberkan terus daripada  Al‐Quran dan Hadis untuk mengistinbat  hukum  ALIRAN KHALAF ada empat sumber  pengambilan hukum yang utama.  Pertamanya ialah Al‐Quran, keduanya ialah  Hadis, ketiganya ialah Ijma’ Ulama dan yang  keempat ialah Qias.
  • 9. SEJARAH KEMUNCULAN ALIRAN  SALAF & KHALAF Para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai  sejarah  kemunculan aliran salaf dan khalaf. Ada dua pendapat tentang  kemunculannya:‐ PENDAPAT PERTAMA  PENDAPAT KEDUA PENDAPAT   Aliran Khalaf mula  KETIGA wujud selepas 30o H.  Aliran Khalaf mula  Ini adalah pendapat  Aliran Khalaf mula  wujud selepas 10o H.  yang marjuh (lemah).  muncul selepas 500  Natijahnya ialah, aliran  H. Ini adalah  Salaf mula muncul  menurut pendapat  sebelum jangkamasa di  yang rajih (kukuh) atas, sebelum 300 atau  500 H.
  • 10. TOKOH ATAU MAZHAB YANG   MENGASASKAN ALIRAN SALAF  Imam al‐Qurtubi di dalam kitab tafsirnya “al‐Jaami’ li al‐Ahkan al‐ Qur’an” menjelaskan orang yang mula‐mula mempelopori fahaman  Salaf Hisyam al‐Jawaliki dan golongan al‐Mujassimah  Mendapat tentangan yang hebat oleh para ulama’ Ahli Sunnah  Wal‐Jama’ah Muncul kembali pada kurun ke 7 H.
  • 11. Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya “Tarikh al‐ Mazahib al‐Islami” menjelaskan  Al‐Salaf ialah orang‐orang yang menggelarkan diri mereka  sebagai penganut fahaman al‐Salaf yang lahir pada kurun ke 4  H.  Mereka penganut mazhab Hanbali. Mereka mempertahankan aqidah al‐Salaf  dan memerangi  fahaman lain. Fahaman ini diperbaharui semula pada kurun ke 7 H dan  dihidupkan kembali oleh Syeikh Islam Ibn Taimiyah. 
  • 12. Di antara Ulama Salaf :  Ibrohiem bin Adham  Basyar al‐Hafi  Sahal at‐Tistari  Umar bin Utsman Ibnu Khafief Adi bin Musafir  Abdul Qadier  al‐Jailani  Al‐Fadier bin Iyadh  Dzun Nun al‐Mishri  Sri as‐Saqati  Ma’ruf al‐Karkhi  Abu Yazied al‐Basthami  Al‐Junaid
  • 13. Kemudian fikrah ini lahir di semenanjung Arab pada kurun ke     12 H oleh Muhammad Abdul Wahab. Ramai pengikut‐pengikutnya menyeru kepada fahaman ini. Ada sesetengah ulama’ muslimin yang berang dan tidak berpuas  hati kepadanya.  
  • 14. ANTARA TOKOH ATAU MAZHAB  YANG MENGASASKAN ALIRAN  KHALAF  Di antaranya ialah : Imam Abu Hassan al‐Ash’ari  Imam Abu Mansur al‐Maturidi  Imam Abu Hanifah 
  • 15. PARA-PARA ULAMA
  • 16.  Beliau memberi contoh bagi membuktikan usul atau prinsip ilmu kalam ada di dalam al-Qur’an.  Diantaranya ialah tentang prinsip gerak dan diam, jisim dan jisim yang dibincangkan oleh Ulama Kalam.  Beliau merujuk prinsip berkenaan kepada cerita al-Quran mengenai Nabi Ibrahim a.s dengan memerhatikan pergerakan bintang, bulan dan matahari bahawa yang bergerak dan menghilang itu bukan Allah namun makhluk Allah berkenaan.  Juga pada seorang lelaki yang tidak mengakui bahawa anak yang dilahirkan oleh isterinya itu anaknya disebabkan perbezaan warna kulit anak berkenaan, Rasulullah menetapkan bahawa anak itu adalah anak kandungnya kerana merujuk kepada unta yang kadangkala melahirkan anak yang berlainan warna kulit daripada ibunya.
  • 17. Jawapan Ash’ari berhubung dengan Hujahan penentang Ilmu Kalam • Ash’ari menyatakan bahawa Rasulullah mengetahui mauduk atau persoalan ilmu kalam dan tidak jahil mengenainya, namun tiada peristiwa yang memerlukan baginda berkata atau tidak berkata tentang persoalan itu sekalipun usul atau prinsipnya ada di dalam al-Quran dan Sunnah. • Kalau persoalan al-Qur’an itu makhluk, wujud pada zaman hidup baginda, tentu baginda menjelaskannya sama seperti mana baginda menjelaskan mengenai persoalan hudud, talak dan hukum syariah yang lain dipersoalkan pada masa hayatnya. • Tiada ada hadith yang menyatakan al-Quran itu makhluk atau tidak. Mengapa penentang ilmu kalam ini mengatakannya adalah bukan makhluk? Apakah pernyataan itu bukan bid’ah ? Sedangkan tiada nas dari Rasulullah mengenai al-Quran itu bukan makhluk. • Tiada hadith yang menyuruh seseorang muslim untuk bertawaqquf atau berdiam diri bila ada persoalan tentang al-Qur’an itu makhluk atau tidak. Penentang berdiam diri sahaja, adakah ianya bukan bid’ah, sedangkan tiada nas menyatakan bahawa mereka mesti berdiam diri. • Tiada hadith yang menyatakan hukum sesat dan kafir kepada orang yang mengatakan al-Qur’an itu makhluk atau tidak, sedangkan penentang ilmu ini menghukumkan mereka sesat dan kafir kepada orang yang mengatakan al-Qur’an itu makhluk.
  • 18. • Tiada hadith yang menyuruh seseorang muslim untuk bertawaquf atau berdiam diri bila ada persoalan tentang al-Qur’an itu makhluk atau tidak. Penentang berdiam diri sahaja, adakah ianya bukan bid’ah, sedangkan tiada nas menyatakan bahawa mereka mesti berdiam diri. • Tiada hadith yang menyatakan hukum sesat dan kafir kepada orang yang mengatakan al-Qur’an itu makhluk atau tidak, sedangkan penentang ilmu ini menghukumkan mereka sesat dan kafir kepada orang yang mengatakan al-Qur’an itu makhluk. • Beliau juga mempersoalkan tentang pekerjaan ulama hadith dan Fiqah berkenaan tentang perbincangan wasiat, nazar, pembebasan hamba, penggiraan harta pusaka sebagaimana yang mereka lakukan kerana perkara itu tiada dalam nas sebagaimana mempelajari Ilmu Kalam.
  • 19. MANHAJ IMAM ABU HASAN AL-ASYA’ARI • Beliau menekankan tentang perlunya umat Islam kembali berpegang kepada al-Quran dan Hadith tanpa membuat takwil yang jauh. Menurut Asyaari manhaj ahli salaf merupakan sebaik-baik manhaj bagi umat Islam untuk diikuti. • Walaupun mengajak masyarakat islam kembali kepada manhaj Ahli salaf, beliau juga mengajak masyarakat Islam memberikan perhatian dan tempat kepada peranan akal dalam mengukuhkan aqidah yang dibawa oleh al-Quran dan hadith.
  • 20. • 1. Dengan mengemukakan bukti-bukti dan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith bahawa prinsip dan persoalan ilmu ini ada dalam al-Quran dan hadith. • 2.Mempersoalkan hukum sesat dan bid’ah terhadap ilmu dan ulama kalam kerana ketiadaan nas Rasulullah untuk menolak asas itu dengan mengemukakan dalil al-Quran dan Hadith yang difahaminya yang mana mengandungi prinsip ilmu kalam. • 3. Mengemukakan contoh kebaikkan dan keburukan diantara pemikiran dan amalan ulama Fiqah dan Ulama Hadith dalam menentang ilmu kalam termasuklah juga ulamanya. Konsep bid’ah sedemikian memakan diri ulama Fiqah dan Hadith sendiri kerana tidak semua persoalan yang dibincangkan dalam kitab oleh mereka mempunyai nas dari al-Quran dan Hadith.
  • 21. FAKTOR PENOLAKAN ILMU  KALAM DI KALANGAN ULAMA ‘ SALAF  DAN KHALAF 
  • 22. FAKTOR‐FAKTOR PENOLAKAN ILMU KALAM IA BERCAKAP  BID’AH  MENGENAI  YANG  PERKARA YANG  BESAR DIDIAMKAN  RASULULLAH  S.A.W. MENIMBULKAN  MEMBAWA HASIL  DASARNYA   BANYAK FIRQAH  KERJA SESAT/  PINJAMAN DARI  YANG KELUAR  MERBAHAYA  FILSAFAT YUNANI DARI ISLAM KEPADA UMAT
  • 23. CONTOH KES PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM AMALAN PERBOMOHAN ATAU PERDUKUNAN DI BRUNEI DARUSSALAM Pemujaan terhadap satu-satu objek yang dianggap mempunyai kuasa untuk memberi bantuan dan pertolongan yang dihajati
  • 24.  IMAM ABU HANIFAH: Beliau  berkata:  “Semoga  Allah  melaknat  Amr  bin  Ubaid  yang  telah  membuka  jalan‐jalan bagi manusia untuk mendalami Ilmu Kalam dalam hal‐hal yang tidak  bermanafaat  bagi  mereka  dalam  pembicaraan”. . Beliau berpesan kepada Abu Yusuf:  “Janganlah kamu cuba berbicara tentang  usuluddin  di  hadapan  orang‐orang  awam dengan  memakai  Ilmu  Kalam,  kerana  mereka  akan  talid  (ikut‐ikut)  kepadamu  yang  akhirnya  mereka  akan  sibuk  dengannya”  IMAM MALIK BIN ANAS : Dari Al‐Hirawi mentakhrijkan Dari Ishaq Bin Isa, beliau berkata: “Malik  berkata: “Barangsiapa mencari ad‐Din dengan Ilmu Kalam, bererti ia Zindiq dan  barangsiapa mencari harta dengan kimia, ia pasti bengkrap, serta barangsiapa  mencari  gharibul hadith (hadith‐hadith aneh), maka ia dusta”. Dari Al‐Hirawi mentakhrijkan Dari Asyhab Bin Abdul Aziz, beliau berkata:  “Aku  pernah  mendengar  Malik  berpesan:  “Jauhilah  oleh  kamu  bid’ah”.    Ia  bertanya: “Wahai Abu Abdillah, apa yang kamu maksudkan dengan bid’ah?” Dia  menjawab: “”Ahlu Bid’ah ialah mereka yang memperkatakan (memperdebatkan)  masalah asma’ dan sifat‐sifat Allah, masalah kalam, ilmu dan qudratNya.  Mereka  itu tidak diam dari masalah yang didiamkan oleh para sahabat dan tabi’in yang  mengikuti  mereka  dengan  penuh  ihsan”.
  • 25.  IMAM  MUHAMMAD BIN  IDRIS AL‐SHAFI’I:  Mengikut  beliau,  Ilmu  kalam  adalah  ilmu  bahaya  dan  bahayanya  dibandingkan  dengan  bahaya  seekor  singa  kepada  manusia  dan  menggangap mutakalimin tidak beragama yang wajib dipukul dan diarak  mengelilingi  orang  ramai  kerana  mereka  meninggalkan  al‐Qur’an  dan  Sunah.  Kesilapan  dalam  Ilmu  Kalam  adalah    lebih  buruk  dari  kesilapan  dalam Ilmu Fiqah yang dinisbahkan kepada bid’ah.  Dari  Al‐Hirawi  mentakhrijkan  Dari  Ar‐Rabi’ Bin  Sulaiman,  beliau  berkata:  “Aku  telah  mendengar  Syafi’i  berkata:  “Jika  ada  seseorang  berwasiat  supaya  buku‐bukunya  tentang  ilmu  diberikan  kepada  seseorang,  sedang  diantara  buku‐buku  tersebut  terdapat  buku  tentang  Ilmu  Kalam,  maka  buku  tentang  Ilmu  Kalam  tersebut  tidak  termasuk wasiat yang harus dijalankan itu, kerana ia bukan ilmu”.   Dari  Al‐Hirawi  mentakhrijkan  Dari  Hassan  Azza  Farani,  beliau  berkata:  “Aku  mendengar  Syafi’i  berkata:  “Aku  tidak  pernah  bermunazarah (diskusi dan berdebat) dengan seseorangpun tentang Ilmu  Kalam kecuali sekali, lalu aku beristighfar atas perbuatanku itu”.
  • 26.  IMAM AHMAD BIN HANBAL:  Dari Ibn Baththah mentakhrijkan Dari Abu Bakar AlMuruzi, beliau  berkata: “Aku telah mendengar Abu Abdillah mengatakan: “Barangsiapa  yang  mengambil  dan  mempraktikkan  Ilmu  Kalam,  maka  ia  tidak  beruntung.  Dan barangsiapa yang mengambil dan mempraktikkan Ilmu  Kalam,  maka  ia  tidak  lepas  dari  menjadi  seperti  Jahm  bin  Safwan  (golongan Jahmiyah)”.  Ibnu  Abdil  Barr  menyebutkan  dari  Imam  Ahmad, beliau  berkata:  “Orang  yang  mempuyai  Ilmu  Kalam  selamanya  tidak  akan  beruntung,  dan nyaris tidaklah engkau lihat seseorang ang memandang Ilmu Kalam  melainkan di hatinya terdapat ghill (dengki).   Walau  bagaimanapun,  ada  diantara  pengikut  ketiga  Imam  (Imam  Malik,  Imam  Shafi’I  dan  Imam  Ahmad)  ini  menolak  dan  mementang Ilmu  Kalam  yang  diasaskan  dan  dikembangkan  oleh  Muktailah iaitu yang diasaskan dan dibina oleh Ulama Muslim seperti  Abu Hasan al‐Ash’ari dan Abu Mansur al‐Maturidi.    Manakala Imam Abu Hamid al‐Ghazali (505H / 1111M) pula hanyalah  melarang  bagi  orang  awam    dan  kebanyakkan  untuk  mempelajari  Ilmu Kalam kerana kelemahan dan ketidakmampuan orang awam dalam  memahaminya  sebagaimana  tugasan  yang  dikenakan  kepada  Ulama  Salaf.
  • 27. HUKUMAN TERHADAP AHLUL KALAM  IMAM  Shafi’i  juga  berkata:  “Hukumanku  bagi  ahlul  kalam adalah dipukul dengan pelepah korma dan sandal,  dikelilingkan  ke  kampung‐kampung  dan  diumumkan  di  hadapan manusia: “Inilah balasan bagi orang‐orang yang  meninggalkan kitab dan sunnah dan berpaling pada ilmu  kalam””. 
  • 28. MEMBAWA BID’AH  YANG BESAR
  • 29. CONTOH‐CONTOH BID’AH  YANG PERNAH  DIAMALKAN DI BRUNEI AJARAN SESAT  AJARAN BABIYYAH ATAU BAHAI’YYAH  AJARAN QADIANI (AHMADIAH)  AJARAN AL‐ARQAM  AJARAN TAREKAT ABDUL RAZAK  TARIKAT MUFARRIDIYYAH  AJARAN SILAT LINTAU  PERBOMOHAN ATAU PERDUKUNAN  KEPERCAYAAN KHURAFAT 
  • 30. BERCAKAP MENGENAI PERKARA YANG DIDIAMKAN  RASULULLAH S.A.W. Diantara perkara yang dibicarakan mereka  adalah seperti :‐ Perkara Mutasyabihat Al Qur’an itu makhluk Arasy Kursyi
  • 31. MENIMBULKAN BANYAK  FIRQAH YANG KELUAR DARI ISLAM  Pembahasan  ulama  kalam  telah  menyebabkan  munculnya  banyak firqah yg keluar dari Islam.  Mereka  termasuk  dalam  golongan  yg  disebutkan  oleh  rasulullah saw dalam sabdanya: “Kaum  Yahudi  telah  terpecah  belah  menjadi  tujuh  puluh  satu  golongan,  semuanya  masuk  neraka.  Kaum  muslim  berpecah  belah  menjadi  tujuh  puluh  tiga  golongan,  semuanya juga masuk neraka kecuali satu.  Para sahabat bertanya: siapakah dia, ya Rasulallah? Beliau  menjawab:  golongan  yang  mengikuti  aku  dan  para  sahabatku.” (Sunan  Tirmidzi:  22642‐2643;  Sunan  Abu  Daud 4596‐4597; Musnad Imam Ahmad no. 1024) 
  • 32. DASARNYA  PINJAMAN DARI FILSAFAT YUNANI  Pada  zaman  pemerintahan  Abbasiyah,  banyak  buku‐buku  falsafah  telah  dialih  bahasa  ke  bahasa  Arab.  Pendekatan  yang  sebegini  dinamakan sebagai  Ilmu  Mantiq.  Malangnya  penggantungan  yang  keterlaluan  pada  pendekatan  sebegini  telah  menyebabkan  akal  didahulukan  daripada  nas‐ nas agama.  Pengaruh falsafah Yunani  telah banyak mempengaruhi gaya pemahaman  umat  Islam  terhadap  nas‐nas  agama.  Pertembungan  dunia Islam  dan  falsafah  telah  menyebabkan  para  ilmuan  bertungkus‐lumus   menyesuaikan kedua‐dua  fahaman  ini.   Kesannya,  agama  cuba  difahami  melalui  kaedah  falsafah  yang  telah membawa  kepada  kewujudan  ilmu  baru  yang  disebut  sebagai  ilmu  kalam  atau nama lainnya Ilmu Aqidah, Usuluddin dan Tauhid..
  • 33. MEMBAWA HASIL KERJA SESAT/ MERBAHAYA KEPADA UMAT  Ilmu debat/kalam bukanlah ilmu yang bermanfaat. Bahkan sebaliknya hanya  akan membawa madlarat dan kesesatan, karena ilmu kalam adalah ilmu yang  mengajarkan bagaimana membantah dengan akal dan permainan kata‐kata. Para  ulama telah memperingatkan kita dari bahaya ilmu kalam atau mantiq tersebut.  Allah ta’ala berfirman: َ ْ َ َ ‫َ َ ْ ُ َ ِ ِ ﱠ ُ َ ِ ْ َْ ِ َ ََﱠ‬ ‫ومن يشاقق الرسول من بعد ما تبين لهُ الهُ دى‬ ‫َ َﱠِ ْ َْ َ َِ ِ ْ ُ ْ ِ ِ َ ُ َ ﱢ ِ َ َ َ ﱠ‬ ‫ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله ما تولى‬ ً ِ َ ْ َ َ َ َ‫َ ُ ْ ِ ِ َ َﱠ‬  :‫ونصله جھنم وساءت مصيرا. [ النساء‬ “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan  mengikuti jalan yang bukan jalan orang‐orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa  terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam  Jahannam, dan Jahannam itu seburuk‐buruk tempat kembali.” (an‐Nisaa’: 115)  Berkata Imam Ahmad:  “Janganlah kalian bermajelis dengan ahlul kalam, walaupun ia membela sunnah.  Karena urusannya tidak akan membawa kebaikan Berkata Abdul Harits: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Jika engkau melihat  seseorang menyukai ilmu kalam, maka berhati‐hatilah kalian dengannya”. 
  • 34. MEMBAWA KERAGUAN ,KERAS HATI  SERTA DENGKI   Berkata  Imam  Malik  rahimahullah:  “Perdebatan  hanyalah  akan  membawa  pada  pertikaian  dan  menghilangkan  cahaya  ilmu  dari  dalam  hati,  serta  mengeraskan hati dan melahirkan kedengkian. 
  • 35. Pada  hakikatnya,  semua  fahaman  atau  aliran  tidak  terkeluar  dari Islam.   Oleh itu, tiap orang Islam bebas memilih salah satu dari aliran  teologi  tersebut  mengikut  kesesuaian  dengan  jiwa  dan  pendapatnya.   Hal ini tidak ubah dengan kebebasan tiap orang Islam memilih  mazhab Fiqih bagi mereka.  Seperti kata‐kata hikmat ucapan Rasulullah S.A.W : “Perbezaan faham dikalangan ummatku  membawa rahmat”. Memang  sesuatu  rahmat  yang  besar  jika  masyarakat  dari  pelajar  Ilmu  ini,  menemui  dalam  Islam  aliran  yang  sesuai  dengan  jiwa  dan  pembawaannya  dan  bagi  orang  awam  memperolehi  dalam  aliran  yang  dapat  mengisi  keperluan  rohaninya.
  • 36. Walaupun  Imam  Malik,  Imam  Shafi’i  dan  Imam  Ahmad  menentang  dan  menolak Ilmu Kalam yang diasas dan dikembangkan oleh Muktazilah tetapi  ada  di  kalangan  para  pengikut  kepada  ketiga  imam  itu  meneruskan  penentangan  dan  penolakan  mereka  kepada  ilmu  ini    yang  dibina  dan  diasaskan oleh ulama Muslim seperti Abu Hasan al‐Ash’ari dan Abu Mansur  al‐Maturidi. Tidak munasabah untuk mengatakan bahawa ketiga Imam Fiqah dan Hadith  itu wafat lebih dulu daripada Ash’ari dan Maturidi.  Oleh  itu,  sekiranya  tarikh  hidup  ketiga    imam  berkenaan  dalam  kumpulan  Muslim Ahli Sunnnah WalJamaah itu dijadikan asas dan dasar, maka mereka  bertiga  menentang,  menolak  dan  mengharamkan  Ilmu  Kalam  tajaan  Muktazilah.   Mereka bertiga tidak boleh menolak dan tidak boleh menentang Ilmu Kalam  yang dibina dan dikembangkan oleh Abu Hasan Al‐Ash’ari dan Abu Mansur  Al‐Maturidi kerana tarikh kematian mereka bertiga mendahului kemunculan  Ilmu Kalam yang diasaskan oleh al‐Ash’ari dan al‐Maturidi.
  • 37. Ternyata  punca  dan  bukti  perbezaan  dan  perselisihan  pendapat  antara  Ash’ari  dan  ulama  Muslim  yang  menentang  Ilmu  Kalam  ialah  konsep  bid’ah  (perkara  yang  tidak  berlaku  ketika  hayat  Rasulullah  s.a.w  – yang  diada‐adakan).    Ash’ari  menghukumkan  ilmu  Kalam  tidak  bida’ah  kerana  ia  bersumberkan  al‐Qur’an  dan  Hadith  dari  segi  mauduk dan  metod sedangkan  para  penentang  menghukumkan  bid’ah  kepada  ilmu  ini  kerana  ia  tidak  pernah  wujud pada zaman hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.  Begitu  juga  Ulama  mazhab  Shafi’i  di  alam  Melayu  sekarang  memahami  Ilmu  Kalam  yang  ditentang  oleh  Imam  Shafi’i  ialah  Ilmu  Kalam  yang  dibina  dan  dikembangkan  oleh  Muktazilah,  bukan dari Ilmu Kalam yang yang dibina dan dikembangkan oleh  Ash’ari dan Maturidi. Jadi  tiada  alasan  untuk  ulama  mazhab  Shafi’i  ketika  ini  menentang Ilmu Kalam.
  • 38. Apapun  bentuk  ilmu,  jika  ianya  digunakan  dengan  baik,  maka  baiklah ianya, begitu juga sebaliknya. Hakikatnya  Ilmu  Kalam  ini  dapat  membangkitkan  semangat  orang‐orang  Islam  untuk  menyambung  perjuangan  Rasulullah  S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Dengan  itu,  kita  bersyukur  kerana  berpeluang  untuk  mengenali  Ilmu Kalam ini walaupun sedikit cuma.  Dengan  mempelajari  Ilmu  ini  dengan  baik,  umat  Islam  khasnya,   dapat berhujah menentang kebatilan berpandukan al‐Qur’an dan  Sunah,  memberi  ceramah  dengan  penuh  keyakinan  dan  mantap  serta  tidak  menyeleweng  dari  landasan  agama  Islam  dan  khususnya  bagi  pendidik,  guru‐guru  agama,  penceramah  serta  orang yang terlibat dalam meneruskan syiar Islam.