• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam
 

kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam

on

  • 9,997 views

 

Statistics

Views

Total Views
9,997
Views on SlideShare
9,997
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
290
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam kepentingan penjagaan alam sekitar menurut islam Presentation Transcript

  •  
  • Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia di dunia ini. Menurut Islam, “ invironmentalisme ” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.
  • Alam sekitar ialah meliputi keseluruhan kawasan yang didiami oleh manusia. Alam sekitar juga adalah suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa.
    • Sebagai bukti ketaatan kepada Allah S.W.T
    • Sebagai kelangsungan manfaat kepada manusia
    • Tempat untuk Tadabbur Dan Tafakkur
    • Kemudahan manusia untuk beramal
    • Sebagai bukti ketaatan kepada Allah S.W.T
    Manusia sebagai pemegang amanah Allah S.W.T diberi pilihan untuk mentaati atau mengingkari suruhan dan perintahNya. Ganjaran sedia menunggu untuk diterima di akhirat kelak. Selain itu, kepatuhan manusia juga terhadap perintah penjagaan hak milik Allah yang di amanahkan ketaatan mereka terhadap Allah.
  • Berdasarkan kepada ayat di atas maka agama adalah perintah untuk beriman dan bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk. Sudah pasti alam sekitar adalah sebahagian daripada ciptaanNya. Dengan itu melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.” (Surah al-A’raf 7:56)
  • ii. Sebagai kelangsungan manfaat kepada manusia Allah menciptakan alam sekitar dengan fungsinya yang tertentu untuk kesejahteraan manusia. Segala isi alam patuh kepada perintah Allah untuk kemudahan manusia. Antara contohnya seperti air, udara, sumber asli, tanah dan sebagainya. Air mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Tanah yang sesuai untuk tanaman. Sekiranya Allah menjadikan semua tanah gurun atau pasir ataupun semua emas, sudah pasti manusia tidak boleh bercucuk tanam dengannya.
  • iii. Tempat untuk Tadabbur Dan Tafakkur Kejadian alam yang unik dan komplek mengandungi tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T sebagai pencipta. Renungan dan pengamatan tentang kejadian alam dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia. Al-Quran ada menggambarkan keberkesanan daripada tadabbur dan tafakkur kepada manusia.
  • “ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta peralihan malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : “ ya Tuhan kami tiadalah Engkau mencipta semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka ” . ( Ali Imran: 190-191)
  • iv. Kemudahan manusia untuk beramal Penciptaan alam semesta juga adalah untuk memudahkan manusia melakukan pengabdian kepada Allah. Sebagai contoh, Allah menurunkan air supaya dapat digunakan oleh manusia untuk bersuci dalam proses melakukan ibadat kepadanya. Di samping memberi kemudahan kepada manusia untuk beribadah, seluruh alam semesta sendiri turut beribadat dengan berzikir memuji Allah. Persekitaran yang bersih juga diperlukan untuk manusia menyedut udara segar bagi menghasilkan kesihatan yang baik. Selain itu, tanah juga digunakan untuk tanaman bagi membolehkan mereka berzakat dan boleh digunakan sebagai pengganti air iaitu tayammum sekiranya tidak tercemar.
  • Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan.
    • Damanhuri Djamil (1985), Kesatupaduan Manusia dan Alam. Bandung : Penerbit Pustaka
    • Khadim al Haramain asy Syarifin (1971), Al-Qur’an dan Terjemahannya. Jakarta : Maret
    • file:///C:/Users/Userz/Desktop/preview.php.htm
    • ( 19 Jun 2011)
    • file:///C:/Users/Userz/Desktop/Manusia-dan-Alam-Sekitar.htm (19 Jun 2011)
  •