Bab 1 kurikulum
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Bab 1 kurikulum

on

  • 2,383 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,383
Views on SlideShare
2,383
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
156
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bab 1 kurikulum Presentation Transcript

  • 1. KONSEP & MODEL KURIKULUM
  • 2. Pada Akhir Pembelajaran, Anda Akan Dapat :- Menerangkan maksud kurikulum  Membezakan di antara kurikulum sebagai produk dan proses  Membezakan di antara beberapa model pembangunan kurikulum  Menjelaskan kurikulum yang ditulis, diajar dan ditaksir 
  • 3. KONSEP KURIKULUM  Kamus Dwibahasa, “kurikulum” diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah.  Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan “kurikulum”berasal drpd perkataan Latin “curriculum” yg bermaksud ruang tempat di mana pembelajaran berlaku.  Mengikut www.iteawww.org/TAA/Glossary.htm, kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yg guru & murid-murid perlu meliputi dlm proses pembelajaran.  Pakar2 pendidikan :Kerr (1968)pula mendefinisikan kurikulum sebagai “semua jenis pembelajaran yg dirancang &dipandu oleh sekolah sama ada dlm kumpulan @ secara individu, di dlm @ di luar sekolah.”
  • 4. DEFINISI KURIKULUM  Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T. & Magel, C., 2001)  Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah.  Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai : “Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform.’’
  • 5. SAMBUNG…  Hirst(1975)-mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yg mengandungi aktiviti2 pembelajaran & disusun oleh guru utk membolehkan murid2 mencapai objektif yg telah ditentukan.  Tafsiran umum utk kurikulum=aktiviti-aktiviti yg dialami oleh seseorang individu dr peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.  Tafsiran spesifik pula=pelbagai aktiviti pembelajaran yg dijalankan di dlm & luar bilik darjah.  Pengertian kurikulum juga merujuk kpd bidang-bidang mata pelajaran yg diajar di sekolah.
  • 6.  Ringkasnya Definasi kurikulum ialah : Apa pelajar harus mengetahui (pengetahuan atau kandungan),  Apa pelajar harus lakukan (kemahiran),  Bagaimana ia harus diajar (pengajaran),  Bagaimana ia harus diukur atau dinilai (penaksiran),  Bagaimana sistem pendidikan harus disusun (konteks). 
  • 7. MODEL-MODEL KURIKULUM  Dalam pembangunan kurikulum untuk sesuatu mata pelajar, ramai penggubal menggunakan sesuatu model kurikulum sebagai panduan. Model kurikulum menggariskan pendekatan, kaedah dan prosedur pembangunan kurikulum serta pelaksanakan dan penilaian kurikulum. Beberapa model kurikulum telah dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum dan di antaranya ialah oleh Ralph Tyler, dan Hilda Taba.
  • 8. MODEL-MODEL KURIKULUM
  • 9. MODEL KURIKULUM TYLER (1950) 1.Objektif Apakah Objektif yg Dicapai 4. Penilaian (Bagaimana Keberkesanan pengalaman dinilai) 2. Pengalaman Pembelajaran (Bagaimana memilih) Ralph Tyler (1902-1994) 3. Menyusun Pengalaman Pembelajaran untuk Pengajaran (Bagaimana menyusun pengalaman untuk pengajaran berkesan) “kurikulum ialah segala pengalaman yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksnakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan”.
  • 10. KELEMAHAN MODEL TYLER Tidak memberikan perhatian kepada latar belakang dan kebolehan pelajar yang sedia ada.  Kemungkinan Objektif tidak tercapai -murid tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran sedia ada  Kurang jelas; Hakikat belajar mengajar ; pembelajaran terjadi diluar tujuan.  Terlalu menekankan pada hasil pembelajaran yang boleh mengkonkong kreativiti. 
  • 11. MODEL KURIKULUM TABA 1962 Juga menenkan objektif sebgagi platform untuk aktiviti di sekolah –kenali sbg kurikulum  Objektif memandu keputusan kurikulum spt apa yang perlu disampaikan, pa yang perlu ditekankan, pa jenis isi kandungan yang perlu dipilih dan apa jenis penglalaman pembelajaran yang perlu dititikberatkan  Juga dikenali sebagai model pembangunan konsep & mengutamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dlm proses P&P.  Merupakan kaedah yg berkesan utk mengajar kandungan kurikulum dlm bentuk generalisasi & diskriminasi.  Model ini mengesyorkan 4 strategi pengajaran utk menggalakkan pemikiran kritis di kalangan murid.  Model objektif merupakan satu terjemahan kajian pendidikan kepada amalan pendidikan  Digunakan dalam perkembangan kurikulum dan kajian akademik pendidikan 
  • 12. Langkah-langkah dlm Model Kurikulum Taba: Hilda Taba (1902-1967)
  • 13. PERBEZAAN MODEL TABA DAN TYLER  Model Taba   Menitikberatkan pengembangan kurikulum sebagai satu proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum   Pendekatan induktif ;pendapat dan pandangan guru  Fokus kepada iovasi dan kreativiti guru  Model Tyler Arahan atau perskriptif Bersifat deduktif
  • 14. KURIKULUM SEBAGAI KANDUNGAN mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajaran yang merupakan dokumen yang menyenaraiakan topik-topik yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran. Huraian sukatan pelajaran memperincikan topik-topik sesuatu mata pelajaran yang patut diajar. Contohnya, mata pelajaran seperti matematik mungkin terdiri daripada topik-topik seperti nombor, tambahan, tolak, darab, pecahan dan sebagainya. Termasuk dalam topik-topik ini ialah konsep, prinsip dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar.
  • 15. KURIKULUM SEBAGAI PRODUK Kurikulum juga boleh dilihat sebagai ‘produk’ atau ‘hasil’. Iaitu, kebolehan, tingkah laku, sikap, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar (Bobbitt, 1918). Penggubal sesuatu kurikulum hendaklah menurun ke padang, memerhati dan memahami apakah yang diperlukan oleh pelajar apabila mereka keluar bekerja kelak dan berfungsi sebagai ahli masyarakat. Dengan perkataan lain, kurikulum sebagai produk merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat. Tujuan kurikulum ialah membawa perubahan ketara dalam tingkah laku pelajar (Tyler, 1949). Tumpuan pendekatan ini ialah penyenaraian produk atau hasil pembelajaran (learning outcomes) yang ingin dicapai yang seterusnya menentukan kandungan’ yang hendak disampaikan, ‘kaedah mengajar’ yang bersesuaian dan menilai sama ada produk tercapai. Untuk mengukur produk atau hasil pembelajaran; kompetensi dan kemahiran yang perlu dikuasai pelajar perlu diperincikan lagi. Nota:Walau pun ia permudahkan pengukuran, ia boleh menyebabkan guru bertumpu kepada kompetensi dan kemahiran yang agak kecil dan kurang penting. Ia diandaikan seperti satu senarai membeli-belah yang ditandakan untuk menunjukkan pelajar telah lulus atau telah mempelajari sesuatu.
  • 16. KURIKULUM SEBAGAI PROSES Kurikulum sebagai proses ialah interaksi yang berlaku di antara guru, pelajar dan kandungan sesuatu mata pelajaran. Ia adalah tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah seperti soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kepada pelajar, aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar dan sebagainya. kurikulum bukanlah hanya suatu pakej yang terdiri daripada sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran & buku teks yang harus diajar (iaitu pendekatan kurikulum sebagai kandungan) atau hanya senarai tingah laku yang telah ditetapkan dan perlu dicapai oleh semua pelajar (iaitu pendekatan kurikulum sebagai produk). Bilik darjah diandaikan sebagai makmal dimana guru mencuba ideaidea yang dinyatakan dalam kurikulum atau sukatan pelajaran. Guru menterjemahkan idea-idea dalam kurikulum ke dalam bilik darjah.
  • 17. TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO [sumber: Ragnar Müller, (1997) The Treasure Within. UNESCO report for Education for the 21st Century, Berlin: Luchterhand,]
  • 18. 2.1.2 JENIS-JENIS KURIKULUM  -  - Kurikulum bertulis/yang dihasratkan Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulm kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kurikulum sokongan Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya
  • 19. JENIS-JENIS KURIKULUM  -  - Kurikulum yang diajarkan Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru Kurikulum yang diuji Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian Kurikulum yang dialami/dipelajari - Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman persekolahan 
  • 20. JENIS-JENIS KURIKULUM  Kurikulum masa depan - Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan. 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini: 1. kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunkana pelbagai strategi. 2. kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan. 3. bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum. - - -
  • 21. KURIKULUM IDEAL(IDEAL CURRICULUM) Satu kurikulum yg digubal & dibentuk berlandaskan teori-teori ilmu pendidikan.  Mengandungi komponen-komponen seperti: a)Matlamat & tujuan kurikulum b)Sukatan pelajaran & huraiannya c)Bahan-bahan pelajaran(termasuk buku panduan guru, sistem pelaksanaan & penilaian kurikulum)  Biasanya digunakan utk membentuk kurikulum rasmi. 
  • 22. KURIKULUM RASMI/KURIKULUM NYATA (MANIFEST CURRICULUM)  Dibuat oleh pakar-pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia.  2 contoh kurikulum rasmi di Malaysia=KBSR & KBSM.  Kedua-dua ini mengandungi aspek-aspek yg berikut: a)ilmu pengetahuan & kemahiran b)nilai-nilai norma c)unsur-unsur kebudayaan & kepercayaan masyarakat Malaysia.  Ia terdiri drpd kurikulum formal & tak formal.
  • 23. KURIKULUM FORMAL  Merangkumi kurikulum akademik yg dilaksanakan kurikulum pengajaran & kurikulum melalui operasi.  Kurikulum pengajaran=kurikulum formal mengikut pentafsiran guru sendiri.  Kurikulum operasi=kurikulum yg benar-benar dilaksanakan melalui proses P&P di bilik darjah mengikut jadual waktu yg ditetapkan.  Ia terdiri drpd: a)isi P&P b)penilaian di dlm bilik darjah c)aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
  • 24. KURIKULUM TAK FORMAL(SEMBUNYI)  Meliputi segala pengalaman yg dipelajari secara tidak formal.  Ia meliputi pembelajaran yg diperolehi drpd penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru, pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa & budaya sekolah.
  • 25. MODEL KURIKULUM STENHOUSE (1975)          Merupakan model proses kurikulum Membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil berbentuk objektif Menekankan kemungkinan pembentukkan prinsip prosedur untuk pemilihan kandungan kurikulum dan justifikasinya (dari kriterianya bukan objektif) Bermula dari titiktolak – pendidikan membawa implikasi ia proses penyebaran apa yang bernilai untuk dipelajari Pendidikan melibatkan aktiviti dan aktiviti mempunyai nilai standard dan nilai tara kecemerlangan tersendiri Contoh berenang … mengetahui bgm drp mengetahui mengenai Mengikut Stenhouse, kurikulum=satu perantaraan utk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yg menyeluruh. Penekanan proses perkembangan – pendidikan sebgai pengalaman berkembang dan hasil dilihat dari segi perkembangan intelek/kognitif Mementingkan bijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar Stenhouse telah membahagikan pembentukan kurikulum kpd 3 bahagian.
  • 26. (a)Dlm perancangan kurikulum: •Guru mesti menentukan bahan pengajaran yg akan diajar • prinsip-prinsip yg akan dipraktikkan dlm kaedah & teknik P&P. •prinsip-prinsip dlm membuat urutan bahan pembelajaran. • kriteria-kriteria mengenai kekuatan & kelemahan murid-murid. (b)Dlm pembelajaran empirikal: •Guru mesti menentukan apa yg harus dipelajari •oleh murid &cara-cara menilai pencapaian murid •Melihat ‘feasibility’kesesuaian implementasikan kurikulum dlm konteks sekolah & persekitaran yg berlainan. (c)Dlm pembelajaran proses: •Guru mesti memilih isi kandungan dr segi kriteria & tak perlu bergantung kpd objektifnya. •Merancang aktiviti yg membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dlm proses P&P. •Stenhouse menitikberatkan pengajaran guru & menggalakkan peranan tambahan guru sebagai penyelidik dgn tujuan meningkatkan kemahirannya.
  • 27. KURIKULUM TREND TERKINI (EMERGENT CURICULUM) Kurikulum ‘emergent’yg terpaksa diwujudkan mengikut kehendak ,kuasa & trend semasa dlm sistem pendidikan sebuah negara.  Contoh Zaman ICT … Sekolah Bestari  BI … Sains dan Matematik  Menerokai apa yg diperlukan secara sosial & ia amat bermakna kpd kanak-kanak.  Ia adalah pembelajaran yg terdiri drpd interaksi kanak-kanak dgn orang dewasa.  Kanak-kanak diberikan peluang & intiatif utk membuat keputusan dlm kurikulum ‘emergent’.  4 komponen penting – Objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum 
  • 28. SAMBUNG…  Kurikulum ini dipanggil “emergent” kerana ia sentiasa berubah & sentiasa terbuka utk kemungkinankemungkinan baru.  Idea-idea dlm kurikulum “emergent” berasal drpd minat, persoalan-persoalan & isu-isu semasa dlm satu persekitaran & drpd satu kumpulan manusia.  Dlm kurikulum ini, peranan guru =sebagai seorang pemerhati.  Guru mesti menilai kebolehan murid & merancang aktivitiaktiviti utk meningkatkan pemikiran kritis mereka.
  • 29. 2.2 FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN & PERUBAHAN KURIKULUM 1. Faktor-faktor luaran: (a)Keperluan sistem pendidikan semasa & perubahan-perubahan yg berlaku dlm sistem sejagat seperti ledakan teknologi maklumat & globalisasi. (b)Faktor autonomi guru iaitu jika guru diberikan kuasa yg lebih dlm menentukan pendekatanpendekatan dlm proses pengajaran, pembelajaran & penilaian. 2. Faktor keperluan murid-murid di mana sekolah perlu memenuhi semua keperluan mereka seperti keperluan asas(makan,bernafas,membesar), keselamatan, kasih sayang & kesempurnaan kendiri.
  • 30. SAMBUNG… 3. Sistem jadual sekolah, sumber-sumber bahan P&P di sekolah serta polisi-polisi penilaian yg akan digunakan dgn murid-murid. 4. Hasrat kerajaan yg bermatlamat memperkembangkan potensi murid dgn sepenuhnya selaras dgn hasrat kerajaan utk menghasilkan pekerja berilmu. 5. Matlamat seperti meningkatkan penglibatan murid yg tinggi serta peningkatan kemahiran berfikir secara kritis & kreatif dlm proses P&P. 6. Latar belakang budaya & sosial yg hendak distrukturkan utk murid-muridnya.
  • 31.      -  - KERAJAAN Memilih polisi untuk melaksanakan kurikulum MATLAMAT & PRIORITI PROGRAM Tujuan, matlamat dan objektif untuk program pendidikan KANDUNGAN KURIKULUM Pemilihan kandungan KEPERLUAN NEGARA & MASYARAKAT Memperoleh kemahiran asas, konsep & teknik dalam Untuk memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita & ideologi negara KEPERLUAN INDIVIDU minat, kemahiran asas (3M) Untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran sosial, berupaya memahami diri sendiri, mengembangkan minat & potensi, pembentukan perwatakan KEPERLUAN UNIVERSAL Untuk menyebarkan ilmu & latihan kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman dan kerjasama secara universal Penambahbaikan cara hidup masyarakat Menekankan nilai, sentimen, ilmu & kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat motivasi individu & kawalan tingkah laku