• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
82225582 kissm-1a
 

82225582 kissm-1a

on

  • 483 views

 

Statistics

Views

Total Views
483
Views on SlideShare
483
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
2
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    82225582 kissm-1a 82225582 kissm-1a Document Transcript

    • Cikgu Nadia ialah seorang guru yang berdedikasi dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Beliau telah dinaikkan pangkat ke gred DG44 (hakiki) dan ditempatkan di sekolah yang baru iaitu Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu Besut sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Soalan 1A (i) Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut. Soalan 1A (ii) Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia.
    • Soalan 1A (i) Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut. Guru merupakan tonggak kepada kemajuan negara. Negara yang maju semestinya bermula daripada keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, martabat kerjaya sebagai guru di anggap sebagai kerjaya yang professional. Dalam menjayakan misi ini banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk guru-guru dalam perkhidmatan seperti memberi insentif dan kenaikan pangkat supaya guru-guru sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing. Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat seperti Anugerah Guru Cemerlang (APC) adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar- benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi melayakkan Cikgu Nadia untuk memangku Guru Cemerlang , beliau perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu syarat-syarat umum dan syarat- syarat khusus. Antara syarat umum ialah Cikgu Nadia perlu disahkan jawatannya dalam perkhidmatan. Syarat ini amat penting bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP). Cikgu Nadia juga perlu mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 tahun terakhir semasa
    • perkhidmatannya di sekolah tersebut. LPNT ini akan disemak dan diselia oleh Guru Besar dan jemaah nazir yang telah terlibat. Selain itu syarat kenaikan pangkat juga menitikberatkan guru yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan bebas dari tindakan tatatertib. Ini bagi memastikan setiap urusan kenaikan pangkat dibuat secara telus ,adil dan saksama. Justeru penilaian sifat-sifat peribadi Cikgu Nadia termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan guru tersebut dinilai secara adil dengan mendapat kerjasama daripada guru besar dan jemaah nazir. Antara syarat untuk kenaikan pangkat juga ialah Lulus tapisan keutuhan SPRM. Ini bagi mengelakkan guru yang mempunyai kecekapan melaksanakan tugas tanpa penghayatan nilai-nilai murni, tanpa integriti akan mendedahkan kita kepada gejala rasuah dan keruntuhan moral yang akhirnya akan diterjemahkan kepada mutu penyampaian perkhidmatan yang mementingkan imbuhan, ketidak-adilan dan sebagainya. Melalui cara ini akan mengekang kita daripada melakukan sebarang penyelewengan dan pelanggaran peraturan. Guru Besar juga memainkan peranan dalam kenaikan pangkat Cikgu Nadia. Antara peranannya ialah bertanggungjawab membuat semakan bagi setiap permohonan berdasarkan kritiria senarai semak yang disediakan dalam Borang Permohonan kenaikan pangkat. Ini mengesahkan sama ada segala dokumen yang dilampirkan adalah benar dan sahih. Antara syarat khusus yang diperlukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat ialah tempoh perkhidmatan cikgu Nadia hendaklah sekurang-kurang mengajar 5 tahun termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar untuk gred DG 44 (Hakiki). Mengikut teori Peringkat Perkembangan Guru, guru biasanya akan
    • mencapai kemampuan kognitif yang tinggi untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif dan tersendiri kerana mempunyai pengalaman mengajar selama 5 tahun. Kesimpulannya, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan bukan juga sesuatu yang sukar untuk diperolehi sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. Justeru, dengan wujudnya anugerah seperti ini secara tidak langsung meningkatkan semangat untuk mengajar di samping menjadi “role model” serta sumber inspirasi kepada guru-guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
    • Soalan 1A (ii) Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia. Guru memainkan peranan yang penting untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini sebahagian besar adalah hasil sumbangan kejayaan keguruan. Pihak Kementerian sentiasa memikirkan dan melakukan penambahbaikan dalam aspek kemudahan guru-guru misalnya pemberian elaun, kemudahahan rumah guru, biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya lagi. Bagi guru-guru yang menunjukkan khidmat dan prestasi cemerlang pelbagai kemudahan kemudahan elaun disediakan untuk mereka terutamanya yang bertugas di Sabah dan Sarawak mahupan di semenanjung malaysia berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1, 1980. Kebajikan para guru sentiasa dijaga oleh pihak kementerian pelajaran dengan memberikan pelbagai elaun sebagai imbuhan kepada mereka. Merujuk kepada situasi Cikgu Nadia yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG44 (hakiki) dan kemudiannya ditempatkan di sekolah yang baru iaitu Sekolah menengah Bukit Payung beliau layak untuk menikmati Elaun Bertukar /Berpindah Rumah. Elaun- elaun kerana bertukar (242) memperuntukkan seseorang pegawai yang bertukar termasuk pertukaran kerana mendapat jawatan baru yang lain dalam kerajaan.
    • Jika merujuk kepada elaun – elaun kerana bertukar (242) (b), Cikgu Nadia juga berhak memperolehi elaun-elaun lain seperti berikut: i. Perbelanjaan makan dan lojing yang dikeluarkan semasa dalam perjalanan untuk pertukaran itu. ii. Perbelanjaan sebenar mengangkut barang, serta tambang pegawai dan keluarga. iii. Elaun makan dan lojing. iv. Pemberian pindahan. Ini adalah kerana Cikgu Nadia telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan atas arahan bukannya disebabkan atas permintaan mereka sendiri. Tambahan pula, Cikgu Nadia layak menuntut atau menikmati perbelanjaan pengangkutan barang-barang (242) dengan syarat setiap Tuntutan balik perbelanjaan pengangkutan barang-barang hendaklah disertai dengan resit. Dalam masa yang sama beliau juga layak menuntut bayaran sewa hotel semasa bertukar bermula hari perjalanan beliau. Sekiranya perjalanan beliau memerlukan beliau dan keluarga bermalam di hotel, beliau boleh membuat tuntutan tersebut yang disokong dengan resit bayaran seperti yang terkandung dalam Perintah Am 15. Berdasarkan Perintah Am 4, seseorang pegawai yang bertukar boleh dibayar elaun makan bagi diri dan keluarganya pada hari pertama dalam masa perjalanan pertukaran itu, mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sekiranya beliau tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Perintah Am 15(c) pada hari yang sama. Dalam situasi ini, Cikgu Nadia berhak untuk menuntut elaun makanan tanpa menunjukkan resit bayaran kerana perjalanan dari Sekolah menengah Sultan
    • Sulaiman, Kuala Terengganu ke Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu besut tidak mengambil masa lebih daripada sehari. Kesimpulannya, usaha kerajaan yang memberikan pelbagai elaun seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru. Kerajaan dan kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa peka dengan kebajikan guru agar keperluan dan kemudahan guru-guru dapat disediakan sebaik mungkin dalam usaha membantu kelancaran kualiti kerja-kerja guru.
    • Bagi memastikan imej negatif terhadap penjawat awam dapat ditangani, etika perkhidmatan awam telah diperkenalkan oleh kerajaan. Justeru etika ini perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua penjawat awam terutamanya guru baharu yang menyertai perkhidmatan awam. SOALAN 2B (i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan. Soalan 2B (ii) Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.
    • SOALAN 2B (i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan. Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat. Manakala etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan. Kajian menunjukkan bahawa wujud hubung kait antara kecemerlangan dan pengalaman etika yang baik bagi mencapai kejayaan. Faktor penting penyumbang kepada kejayaan ialah kualiti sumber manusia iaitu pekerja dan bagaimana usaha untuk pembentukan kualiti pekerja. Justeru, etika perkhidmatan awam diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan kesedaran di kalangan anggota Perkhidmatan Awam tentang betapa pentingnya pembaharuan dilakukan dari segi budaya kerja, cara operasi, sistem dan prosedur serta teknologi. Pada hakikatnya, kejayaan usaha ini bergantung kepada komitmen dan sokongan semua anggota Perkhidmatan Awam. Kerajaan telah menggariskan panduan kepada kakitangan awam di Malaysia supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Ini selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin mencapai status negara maju pada tahun 2020. Selain itu, ia akan mewujudkan persaingan yang sihat kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam terus meningkat dan akan menghasilkan satu pentadbiran yang cemerlang. Kewujudan etika perkhidmatan ini juga di lihat sebagai usaha kerajaan untuk menyangkal pandangan yang negatif seperti adanya tuduhan,rasa curiga dan syak wasangka tentang kemampuan perkhidmatan awam. Terdapat pelbagai aduan tentang kecekapan perkhidmatan awam sama ada dari segi mutu perkhidmatan, layanan yang diberikan kepada orang ramai mahupun sikap serta tingkah laku penjawat awam itu sendiri. Untuk itu, etika perkhidmatan awam diwujudkan supaya
    • dapat mengurangkan segala teguran dan pandangan negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam seterusnya dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang amanah, jujur dan bertanggungjawab. Adalah menjadi matlamat dan azam kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan awam. Dengan adanya etika ini, tahap kualiti dalam pemberian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pegawai perkhidmatan awam perlu berusaha untuk meningkatkan taraf dirinya. Ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan serta menghadiri seminar atau bengkel. Tambahan pula, etika perkhidmatan ini juga menjadi pemangkin kepada sektor pekhidmatan awam untuk membantu membaik pulih keadaan Negara seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan berlakunya gejala-gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Dalam petikan ucapan ketika melancarkan Panduan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1979, Ketua Setiausaha Negara telah mengatakan bahawa keputusan kerajaan untuk mewujudkan satu etika bagi Perkhidmatan Awam pada asasnya bertujuan untuk menyerapkan kepada semua kakitangan Kerajaan semangat kerja dan dedikasi bagi menentukan supaya mutu prestasi Perkhidmatan Awam dapat ditngkatkan lagi. Kesimpulannya, etika perkhidmatan awam ini diwujudkan adalah untuk menangani beberapa isu di samping memberi penghayatan dan penerapan nilai - nilai murni kepada pekerja sektor perkhidmatan awam. Oleh itu, penjawat awam seperti guru merupakan pasukan pendidik anak-anak bangsa yang inginkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kitalah yang seharusnya terlebih dahulu mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberi perkhidmatan.
    • Soalan 2B (ii) Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut. Secara omongan mudahnya, kerja berkumpulan sepatutnya lebih meriah. Keseronokan lebih mudah dirasai jika semua individu dalam kumpulan memberikan komitmen yang terbaik kepada perjalanan aktiviti kerja. Namun, ada ketikanya sukar untuk mencapai etika perkhidmatan semasa bekerja pada tahap 100% daripada semua. Tiada individu yang boleh memberikan 100% kemahiran, bakat, pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya walaupun menjanjikan sedemikian. Tiada manusia yang sempurna. Kelemahan dan kekurangan seorang individu ditampung dengan kekuatan dan kelebihan individu yang lainnya. Dalam aktiviti kerja berkumpulan ianya boleh dilakukan. Justeru, Ketua kepada organisasi aktiviti kerja perlu memainkan peranan untuk merealisasikan etika perkhidmatan awam kepada pekerjanya. Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat membantu mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan Amalan etika perkhidmatan selain mampu memberi kesan yang berpanjangan. Pihak pengurusan atasan akan memberikan hala tuju dan keputusan-keputusan untuk memastikan etika ini dapat dilaksanakan dalam organisasi dengan baik oleh anggotanya. Contohnya ialah pemberian anugerah penghargaan dalam bentuk pengesyoran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata, pertimbangan untuk kursus-kursus dan lain-lain bagi mereka yang telah memberi perkhidmtan yang cemerlang. Selain itu, Anugerah penghargaan ini perlu dibuat setiap bulan dan tahun bagi merangsang untuk meningkatkan lagi prestasi kakitangan awam. Selain itu, pihak pengurusan membuat penilaian dan tahap kecekapan setiap pekerja supaya sentiasa selari dengan kehendak semasa. Ini kerana Dalam era ICT, maklumat, data, fakta dan pengetahuan menjadi lapuk setiap masa. Manakala kemahiran pula perlu diperbaharui setiap masa untuk membolehkan pengendalian peralatan yang sentiasa berubah dan semakin canggih supaya tidak
    • ketinggalan. Pihak pengurusan yang bertanggungjawab akan memastikan Kursus dan latihan yang sesuai diberikan kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat atau yang dilantik supaya menambahkan kecekapan kerja. Organisasi yang mantap biasanya akan menjaga kebajikan pekerja dan tidak hanya mementingkan kualiti kerja semata – mata. Pihak pengurusan perlu mewujudkan suasana kemesraan antara pekerja dan menanamkan semangat kekitaan seperti mengadakan jawantankuasa Kebajikan dan sosial. Penubuhan jawatankuasa ini dilihat membantu pihak pengurusan untuk mengadakan aktiviti seperti hari keluarga, jamuan tahunan dan aktiviti lain yang boleh mewujudkan suasana kemesraan antara satu sama lain. Sesebuah organisasi boleh mengadakan aktiviti kerohanian seperti menganjurkan tazkirah ringkas mengenai agama pada satu hari yang telah ditetapkan oleh kakitangan yang beragama Islam. Dalam Islam, menimba ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Akhir sekali, sesebuah organisasi perlu sentiasa mengutamakan kualiti dalam prestasi pengurusan perkhidmatan awam akan memberi kesan lansung dan nyata kepada rakyat berikutan dengan pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang berjiwa rakyat untuk melayan dan menunaikan semua permintaan dari aspirasi rakyat di Negara ini. Etika perkhidmatan yang digarapkan oleh kerajaan sememangnya mudah difahami oleh setiap anggota kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Justeru amalan ini dilihat boleh dilaksanakan di semua organisasi kerana ia dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi. Amalan sebegini juga dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat ke arah sistem penyampaian perkhidmatan JPA bertaraf dunia. Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan etika perkhidmatan awam.