SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)
4
Bagaimanakah Kaedah Koperatif Dapat Membantu Meningkatkan Kefahaman Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik?
Matematik merupakan sebuah bidang yang sangat luas untuk diterokai
kepentingannya. Ilmu matematik yang dipelajari bukan sahaja digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah ilmu ini turut diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Disebabkan kepentingan mempelajari subjek matematik yang tiada
tolok bandingnya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mendirikan
asas yang kukuh dalam menarik minat murid-murid untuk mempelajari subjek matematik di
peringkat rendah. Pembinaan asas yang kukuh ini mestilah menggunakan kaedah-kaedah
yang mencabar serta dapat melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran matematik, jika tidak murid akan hilang minat dan tumpuan untuk belajar
sepertimana yang dinyatakan oleh Ahmad (1994), pengajaran dan pembelajaran yang
dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di
mana pengajaran tersebut berpusatkan murid. Oleh itu, saya telah memilih kaedah koperatif
sebagai salah satu kaedah yang dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman murid
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas memandangkan kaedah ini
mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Jika diteliti dari segi definisi pembelajaran koperatif yang didefinisikan sebagai suatu
strategi pengajaran dimana murid-murid saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil (Efendi, 1998), dapat disimpulkan bahawa kaedah koperatif mampu
menyediakan suatu ruang kepada murid-murid untuk meluahkan idea dan pendapat mereka
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, kaedah
ini menitikberatkan pembelajaran berstruktur dalam kumpulan kecil untuk memenuhi lima
kriteria, iaitu saling bergantungan positif, kebertanggungjawapan, interaksi bersemuka,
penggunaan kemahiran interpersonal yang bersesuaian dan penilaian kendiri ke atas
matlamat kumpulan yang berterusan sepertimana yang dinyatakan oleh Felder et. al. (2004)
dan Ng Kim Choy (1999). Oleh sebab itu, murid-murid yang kurang memahami sesuatu
topik akan mendapat manfaat melalui bimbingan rakannya yang lebih berpengetahuan
dalam topik tersebut memandangkan kaedah pembelajaran jenis ini memerlukan setiap ahli
kumpulan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Slavin (1990), selain
daripada idea berkerjasama, murid memberi penekanan kepada penggunaan matlamat
kumpulan dan kejayaan kumpulan dan hal ini boleh dicapai apabila semua ahli dalam
kumpulan tersebut memberi komitmen yang diperlukan.
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)
5
Di samping itu, perkara ini dapat dibuktikan keberkesannya apabila saya sendiri telah
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekumpulan murid
Tahun 4 dengan menggunakan kaedah koperatif sebagai salah satu usaha meningkatkan
kefahaman mereka dalam topik matematik yang diajar. Aktiviti yang saya laksanakan
melibatkan pengajaran dan pembelajaran untuk topik pertama iaitu Nombor dan Operasi di
bawah subtopik Wang hingga RM 100 000. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk topik ini, sebanyak dua kumpulan telah dibentuk untuk menyelesaikan satu situasi
yang diberikan kepada setiap kumpulan. Penyelesaian masalah ini memerlukan kerjasama
antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat dan tepat. Tidak
ketinggalan, setiap kumpulan juga mempunyai seorang ketua yang dipilih sebagai wakil bagi
kumpulan tersebut dalam menguruskan sesi perbincangan kumpulan supaya teratur dan
berjalan lancar.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapat lihat bagaimana kerjasama
yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
kepada mereka. Pada masa tersebut, saya perhatikan terdapat seorang ahli kumpulan yang
tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab dengan baik sehingga
meminta bantuan kalkulator daripada saya untuk membantu pengiraannya, tetapi
disebabkan pelaksanaan aktiviti penyelesaian masalah ini dilaksanakan secara koperatif,
ahli kumpulan yang lain telah membantu murid ini bagi menyelesaikan masalah operasi
darab tersebut. Di sini saya dapat lihat bahawa kerjasama antara ahli kumpulan dalam
menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka telah melancarkan sesi pengajaran
dan pembelajaran matematik pada masa tersebut.
Tambahan pula, kaedah koperatif yang digunakan ini juga telah membantu
meningkatkan kefahaman murid dengan lebih cepat memandangkan terdapat perbincangan
kumpulan yang dilaksanakan untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Setiap ahli kumpulan dilihat cuba berkongsi pendapat mereka dalam
memahami kehendak tugasan yang diberikan supaya kesimpulan daripada perbincangan
tersebut dapat mencapai kehendak tugasan. Selain itu, setiap kumpulan juga masing-
masing bersaing antara satu sama lain bagi mempamerkan hasil tugasan yang terbaik
supaya mendapat pengiktirafan atas pencapaian yang ditunjukkan dengan bertungkus-
lumus menyiapkan tugasan dengan kadar cepat selain mengelakkan kesalahan. Hal ini telah
dijelaskan oleh Bonwell dan Eison (1991) yang mengatakan kaedah ini dibuktikan berkesan
kerana ia menghasilkan kesan dorongan, kesan pembangunan kognitif dan kesan perluasan
kognitif yang mendorong kepada sikap yang positif seperti ingin berusaha dengan lebih
gigih, di samping menggalakkan pertumbuhan kognitif di mana cara pemikiran yang lebih
baik boleh dikuasai melalui perkongsian idea antara ahli dalam kumpulan.
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)
6
Tidak ketinggalan, kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Johnson dan Johnson
(2000), Felder et. al (2003) dan Slavin et. al (1985) juga mengatakan kaedah ini telah
berjaya meningkatkan pencapaian murid di samping menggalakkan perkembangan generik
seperti motivasi untuk belajar, berinteraksi dan sikap saling bergantungan yang positif,
menerapkan kemahiran asas seperti kepimpinan, keupayaan membuat keputusan,
memupuk kerjasama, sifat toleransi antara kaum dan kepercayaan di antara murid serta
keupayaan berfikir secara kritikal. Berdasarkan kajian-kajian tersebut serta pengalaman
saya sendiri, dapat saya katakan di sini bahawa penggunaan kaedah koperatif
sememangnya mampu meningkatkan kefahaman murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik memandangkan setiap murid akan lebih mudah mengingati
sesuatu perkara apabila mereka mengajar rakan-rakannya yang lain. Hal ini dapat
dibuktikan apabila kajian yang dijalankan di National Training Laboratories, Bethel, Maine,
purata kadar ingatan pelajar boleh meningkat sehingga 90% jika mereka mengajar sesama
sendiri dan menggunakan pengetahuan itu serta-merta.
Sumber : National Training Laboratories, Bethel, Maine
Rajah 2.0 The Learning Pyramid (Piramid Pembelajaran)
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)
7
Daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan serta pendapat tokoh-tokoh yang
telah dinyatakan, saya sangat yakin jika kaedah ini dapat diaplikasikan dengan baik di dalam
kelas, murid-murid akan lebih berminat dan akan lebih memahami sesuatu topik yang
diajarkan kepada mereka. Melalui pelaksanaan aktiviti secara koperatif, murid-murid akan
lebih selesa dalam meluahkan pandangan dan menonjolkan bakat mereka dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan yang diberikan. Hal ini dapat dibuktikan apabila
murid-murid dilihat lebih selesa belajar dengan rakan seusia mereka berbanding mendapat
bantuan daripada guru yang mungkin disebabkan oleh perasaan malu dan sebagainya.
Menurut Rogers dan Freiberg (1994), murid-murid lebih suka pengajaran yang tidak
terlalu formal dan pembelajaran koperatif ternyata mampu memenuhi syarat ini dalam
mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang santai tetapi penuh dengan manfaat.
Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah yang rumit,
pemilihan kaedah koperatif dilihat mampu menguji tahap kefahaman murid berkaitan tajuk
yang dipelajari selain memudahkan tugas guru dalam memberi penerangan semula kepada
murid yang kurang memahami tajuk tersebut apabila masalah ini dapat diatasi dengan
bantuan ahli kumpulan yang mampu memberikan penerangan semula kepada rakannya
yang kurang memahami topik tersebut.
Walaupun kaedah koperatif yang digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik ini jika dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat
kepada pelajar (Ahmad, 1994), tidak dinafikan terdapat juga beberapa kekangan yang perlu
diberi perhatian agar kaedah ini dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan lagi.
Antaranya adalah aspek kawalan kelas di mana saya lihat pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah koperatif ini akan menyukarkan guru untuk mengawal kelas. Suasana
bising yang diwujudkan oleh setiap kumpulan disebabkan perbincangan yang dilaksanakan
sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid-murid yang berada di kelas lain. Oleh
sebab itu, aspek kawalan kelas perlu diberi perhatian dengan sebaik mungkin sama ada
dengan cara mewujudkan peraturan semasa melakukan aktiviti ataupun dengan cara lain
yang dapat mengurangkan masalah ini.
Selain itu, semasa pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah koperatif ini juga guru perlu prihatin dari segi merangsang minat murid yang pasif
agar mereka turut bersama-sama melaksanakan aktiviti. Kelemahan yang dikenal pasti ini
adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengendalikan sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah ini apabila terdapat murid yang pasif dalam kumpulan
yang dibentuk. Jika guru tidak prihatin dan terus membiarkan murid pasif semasa
pelaksanaan aktiviti menggunakan kaedah koperatif, hal ini akan menjadikan mereka lebih
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)
8
pasif lagi dan minat mereka terhadap subjek matematik juga akan semakin berkurang.
Setidak-tidaknya dengan cara memberi tumpuan dan motivasi kepada murid yang pasif
semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan ini akan membantu merangsang hubungan
interpersonal mereka selain merangsang minat mereka untuk belajar selari dengan
pendapat Chua (2001) yang menyatakan motivasi dan minat serta semangat baru akan
diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit untuk merangsang minda
murid.
Kesimpulannya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk
menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang di mana sistem pendidikan
negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Bertitik tolak daripada hasrat ini, tanggungjawab guru
juga menjadi semakin mencabar dan memerlukan pelbagai usaha dalam membantu setiap
murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Oleh sebab itu, perancangan
pengajaran yang menarik serta mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya adalah ‘pintu’ untuk menemui impian
tersebut. Dan ‘kunci’ yang diperlukan untuk membuka ‘pintu’ tersebut adalah dengan
menggunakan kaedah koperatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana melalui
kaedah ini, kefahaman murid akan lebih meningkat dan kekal lama kerana murid-murid akan
terlibat secara aktif dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama,
mereka memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai pembelajaran masing-
masing (Lie, 2004).
Akhir sekali, saya juga berharap dengan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang
saya peroleh semasa melaksanakan tugasan ini akan membantu saya menjadi seorang
guru yang berkaliber serta mampu mendepani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan.
Tidak ketinggalan, saya juga berharap dengan ilmu yang diperoleh ini ia akan menjadi
sumber rujukan saya dalam usaha mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang memberangsangkan terutamanya dalam mata pelajaran matematik ini dari semasa ke
semasa.
(1 503 patah perkataan)
Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK)
9
RUJUKAN
Ahmad Md. Shariff. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bonwell, C.C. & Eison, J.A. (1991). Active Learning: Creating Excitement in the Classroom.
ASHE-ERIC Higher Education Report No. 1. Washington, D.C.: School of Education
and Human Development, George Washington University.
Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM
Johor. (hlmn 61-64).
Efendi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Felder, R.M., & Brent, R. (2004). The ABC’s Of Engineering Education : ABET, Bloom’s
Taxonomy, Cooperative Learning. American Soviety for Engineering Eduction.
Session 1375.
Felder, R.M., and Brent, R. (2003). Designing And Teaching Courses To Satisfy ABET
Engineering Criteria. Journal on Engineering Education. 92(1), 7 – 25.
Johnson, D.W, dan Johnson, R.T. (2000). Coperative Learning Methods : A Meta- Analysis.
Dicapai pada 25 Februari 2014, daripada http://www.co-operation.org/pages/cl-
methods.html
Lie. A. (2004). Cooperative Learning : Changing Paradigms of College Teaching. Petra
Christian University, Surabaya, Indonesia.
Ng Kim Choy (1999). Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif. Sandakan : Maktab
Perguruan Sabah. Tidak Diterbitkan.
Rogers,C & Freiberg,J. (1994). Freedom to Learn. (3rd ed.). New York : Macmillan.
Slavin, R.E (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Massachussetts:
Simon & Schuster Inc.
Slavin, R.E. & Karweit, N.A. (1985). Effects Of Whole Class, Ability Grouped, And
Individualized Instruction On Mathematics Achievement. American Education
Research Journal. 22(3)., 351 – 367.
Wan Mohd Zahid Wan Nordin (2000). Penekanan Kepada Perkembangan Potensi Individu
Secara Menyeluruh Dan Bersepadu. Berita Harian : m.s 7.

More Related Content

What's hot

Strategi Pembelajaran - Cooperative learning
Strategi Pembelajaran - Cooperative learningStrategi Pembelajaran - Cooperative learning
Strategi Pembelajaran - Cooperative learningNay D Cortney
 
Jenis jenis model pembelajaran kooperatif
Jenis jenis model pembelajaran kooperatifJenis jenis model pembelajaran kooperatif
Jenis jenis model pembelajaran kooperatifZuha Farhana
 
Makalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaranMakalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaranAli Akbar TA
 
Mengembangkan Strategi Pembelajaran
Mengembangkan Strategi PembelajaranMengembangkan Strategi Pembelajaran
Mengembangkan Strategi PembelajaranMAR'AH NAILUL FAROH
 
macam-macam metode pembelajaran
macam-macam metode pembelajaranmacam-macam metode pembelajaran
macam-macam metode pembelajaranreza ediya
 
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiModel-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiDahlia Safarinah
 
Pembelajaran kooperatif .....
Pembelajaran kooperatif .....Pembelajaran kooperatif .....
Pembelajaran kooperatif .....arif08
 
Strategi Pembelajaran Kooperatif
Strategi Pembelajaran KooperatifStrategi Pembelajaran Kooperatif
Strategi Pembelajaran Kooperatiftaufik ikhsan
 
Model pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektifModel pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektifAry Shiddiqi
 
Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)
Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)
Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)Mayawi Karim
 
Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.
Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.
Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.New Mubarok
 
Ppt metode pembelajaran yang menyenangkan
Ppt metode pembelajaran yang menyenangkanPpt metode pembelajaran yang menyenangkan
Ppt metode pembelajaran yang menyenangkanrizka_pratiwi
 

What's hot (19)

Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Karya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut rahaKarya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut raha
 
Strategi Pembelajaran - Cooperative learning
Strategi Pembelajaran - Cooperative learningStrategi Pembelajaran - Cooperative learning
Strategi Pembelajaran - Cooperative learning
 
Jenis jenis model pembelajaran kooperatif
Jenis jenis model pembelajaran kooperatifJenis jenis model pembelajaran kooperatif
Jenis jenis model pembelajaran kooperatif
 
Makalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaranMakalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaran
 
Mengembangkan Strategi Pembelajaran
Mengembangkan Strategi PembelajaranMengembangkan Strategi Pembelajaran
Mengembangkan Strategi Pembelajaran
 
Ppt jigsaw 7
Ppt jigsaw 7Ppt jigsaw 7
Ppt jigsaw 7
 
macam-macam metode pembelajaran
macam-macam metode pembelajaranmacam-macam metode pembelajaran
macam-macam metode pembelajaran
 
Model-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran PresentasiModel-Model Pembelajaran Presentasi
Model-Model Pembelajaran Presentasi
 
Peta konsep
Peta konsepPeta konsep
Peta konsep
 
Pembelajaran kooperatif .....
Pembelajaran kooperatif .....Pembelajaran kooperatif .....
Pembelajaran kooperatif .....
 
Strategi Pembelajaran Kooperatif
Strategi Pembelajaran KooperatifStrategi Pembelajaran Kooperatif
Strategi Pembelajaran Kooperatif
 
Makalah pendidikan
Makalah pendidikanMakalah pendidikan
Makalah pendidikan
 
Makalah pendidikan
Makalah pendidikanMakalah pendidikan
Makalah pendidikan
 
Model pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektifModel pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektif
 
Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)
Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)
Model Model dalam Belajar dan Pembelajaran (Makalah Belajar dan Pembelajaran)
 
Jigsaw
JigsawJigsaw
Jigsaw
 
Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.
Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.
Model-Model Pembelajaran dalam Strategi dan Metode Pembelajaran.
 
Ppt metode pembelajaran yang menyenangkan
Ppt metode pembelajaran yang menyenangkanPpt metode pembelajaran yang menyenangkan
Ppt metode pembelajaran yang menyenangkan
 

Viewers also liked

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)Wan Nor Faezah
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 

Viewers also liked (7)

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 

Similar to Kaedah Koperatif Meningkatkan Pemahaman Matematik

Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"
Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"
Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"Dedy Wiranto
 
Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...
Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...
Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...Dhayu Dayu
 
Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010AnandaOktari
 
Teams games tournament 1
Teams games tournament 1Teams games tournament 1
Teams games tournament 1sintaroyani
 
Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)
Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)
Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)Andi Rafiah S
 
Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran KooperatifPembelajaran Kooperatif
Pembelajaran KooperatifRosmalia Eva
 
Model pembelajaran make a match
Model pembelajaran make a matchModel pembelajaran make a match
Model pembelajaran make a matchAyu Triast
 
Makalah Problematika Matematika
Makalah Problematika MatematikaMakalah Problematika Matematika
Makalah Problematika Matematikahidayanti2013
 
Team teaching
Team teachingTeam teaching
Team teachingarifin
 
Restu Kurikulum
Restu KurikulumRestu Kurikulum
Restu Kurikulum210389
 
Proposal ptk fisika hukum newton
Proposal ptk fisika hukum newtonProposal ptk fisika hukum newton
Proposal ptk fisika hukum newtonEKO SUPRIYADI
 

Similar to Kaedah Koperatif Meningkatkan Pemahaman Matematik (20)

Skripsi NHT (Power Point)
Skripsi NHT (Power Point)Skripsi NHT (Power Point)
Skripsi NHT (Power Point)
 
Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"
Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"
Analisis Dimensi Sosial “Metode Numbered Head Together (NHT)"
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
Peer Tutor
Peer TutorPeer Tutor
Peer Tutor
 
Karya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut rahaKarya ilmiah ut raha
Karya ilmiah ut raha
 
Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...
Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...
Penerapan model pembelajaran group investigation untuk meningkatkan kemampuan...
 
Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010
 
Teams games tournament 1
Teams games tournament 1Teams games tournament 1
Teams games tournament 1
 
Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)
Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)
Model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL)
 
Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran KooperatifPembelajaran Kooperatif
Pembelajaran Kooperatif
 
Model pembelajaran make a match
Model pembelajaran make a matchModel pembelajaran make a match
Model pembelajaran make a match
 
3022 3012-1-pb
3022 3012-1-pb3022 3012-1-pb
3022 3012-1-pb
 
Bab i ii ptk
Bab i ii ptkBab i ii ptk
Bab i ii ptk
 
Makalah Problematika Matematika
Makalah Problematika MatematikaMakalah Problematika Matematika
Makalah Problematika Matematika
 
Team teaching
Team teachingTeam teaching
Team teaching
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Restu Kurikulum
Restu KurikulumRestu Kurikulum
Restu Kurikulum
 
1
11
1
 
Proposal ptk fisika hukum newton
Proposal ptk fisika hukum newtonProposal ptk fisika hukum newton
Proposal ptk fisika hukum newton
 

More from Rafiza Diy

Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPRafiza Diy
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikRafiza Diy
 
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)Rafiza Diy
 
Peta Minda Ayat Aktif
Peta Minda Ayat AktifPeta Minda Ayat Aktif
Peta Minda Ayat AktifRafiza Diy
 
Peta Minda Ayat Pasif
Peta Minda Ayat PasifPeta Minda Ayat Pasif
Peta Minda Ayat PasifRafiza Diy
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5Rafiza Diy
 
Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5Rafiza Diy
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Rafiza Diy
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANRafiza Diy
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)Rafiza Diy
 
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3DLITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3DRafiza Diy
 
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAANPROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAANRafiza Diy
 
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3Rafiza Diy
 
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRISEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRIRafiza Diy
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
ACUAN EKONOMI MALAYSIA
ACUAN EKONOMI MALAYSIAACUAN EKONOMI MALAYSIA
ACUAN EKONOMI MALAYSIARafiza Diy
 
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASATugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASARafiza Diy
 
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
BENGKEL AKTIVITI PRATULISANBENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
BENGKEL AKTIVITI PRATULISANRafiza Diy
 

More from Rafiza Diy (20)

Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPP
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
 
Peta Minda Ayat Aktif
Peta Minda Ayat AktifPeta Minda Ayat Aktif
Peta Minda Ayat Aktif
 
Peta Minda Ayat Pasif
Peta Minda Ayat PasifPeta Minda Ayat Pasif
Peta Minda Ayat Pasif
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
 
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3DLITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
 
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAANPROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
 
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
 
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRISEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
ACUAN EKONOMI MALAYSIA
ACUAN EKONOMI MALAYSIAACUAN EKONOMI MALAYSIA
ACUAN EKONOMI MALAYSIA
 
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASATugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
 
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
BENGKEL AKTIVITI PRATULISANBENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
 

Recently uploaded

materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxCERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxpolianariama40
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsHakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsBismaAdinata
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxKalpanaMoorthy3
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptxHalomoanHutajulu3
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfMateri Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfKamboja16
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfHendroGunawan8
 

Recently uploaded (20)

materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxCERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsHakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfMateri Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
 

Kaedah Koperatif Meningkatkan Pemahaman Matematik

  • 1. Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 4 Bagaimanakah Kaedah Koperatif Dapat Membantu Meningkatkan Kefahaman Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik? Matematik merupakan sebuah bidang yang sangat luas untuk diterokai kepentingannya. Ilmu matematik yang dipelajari bukan sahaja digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah ilmu ini turut diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disebabkan kepentingan mempelajari subjek matematik yang tiada tolok bandingnya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mendirikan asas yang kukuh dalam menarik minat murid-murid untuk mempelajari subjek matematik di peringkat rendah. Pembinaan asas yang kukuh ini mestilah menggunakan kaedah-kaedah yang mencabar serta dapat melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, jika tidak murid akan hilang minat dan tumpuan untuk belajar sepertimana yang dinyatakan oleh Ahmad (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan murid. Oleh itu, saya telah memilih kaedah koperatif sebagai salah satu kaedah yang dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas memandangkan kaedah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika diteliti dari segi definisi pembelajaran koperatif yang didefinisikan sebagai suatu strategi pengajaran dimana murid-murid saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil (Efendi, 1998), dapat disimpulkan bahawa kaedah koperatif mampu menyediakan suatu ruang kepada murid-murid untuk meluahkan idea dan pendapat mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, kaedah ini menitikberatkan pembelajaran berstruktur dalam kumpulan kecil untuk memenuhi lima kriteria, iaitu saling bergantungan positif, kebertanggungjawapan, interaksi bersemuka, penggunaan kemahiran interpersonal yang bersesuaian dan penilaian kendiri ke atas matlamat kumpulan yang berterusan sepertimana yang dinyatakan oleh Felder et. al. (2004) dan Ng Kim Choy (1999). Oleh sebab itu, murid-murid yang kurang memahami sesuatu topik akan mendapat manfaat melalui bimbingan rakannya yang lebih berpengetahuan dalam topik tersebut memandangkan kaedah pembelajaran jenis ini memerlukan setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Slavin (1990), selain daripada idea berkerjasama, murid memberi penekanan kepada penggunaan matlamat kumpulan dan kejayaan kumpulan dan hal ini boleh dicapai apabila semua ahli dalam kumpulan tersebut memberi komitmen yang diperlukan.
  • 2. Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 5 Di samping itu, perkara ini dapat dibuktikan keberkesannya apabila saya sendiri telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekumpulan murid Tahun 4 dengan menggunakan kaedah koperatif sebagai salah satu usaha meningkatkan kefahaman mereka dalam topik matematik yang diajar. Aktiviti yang saya laksanakan melibatkan pengajaran dan pembelajaran untuk topik pertama iaitu Nombor dan Operasi di bawah subtopik Wang hingga RM 100 000. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk topik ini, sebanyak dua kumpulan telah dibentuk untuk menyelesaikan satu situasi yang diberikan kepada setiap kumpulan. Penyelesaian masalah ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat dan tepat. Tidak ketinggalan, setiap kumpulan juga mempunyai seorang ketua yang dipilih sebagai wakil bagi kumpulan tersebut dalam menguruskan sesi perbincangan kumpulan supaya teratur dan berjalan lancar. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapat lihat bagaimana kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka. Pada masa tersebut, saya perhatikan terdapat seorang ahli kumpulan yang tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab dengan baik sehingga meminta bantuan kalkulator daripada saya untuk membantu pengiraannya, tetapi disebabkan pelaksanaan aktiviti penyelesaian masalah ini dilaksanakan secara koperatif, ahli kumpulan yang lain telah membantu murid ini bagi menyelesaikan masalah operasi darab tersebut. Di sini saya dapat lihat bahawa kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka telah melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa tersebut. Tambahan pula, kaedah koperatif yang digunakan ini juga telah membantu meningkatkan kefahaman murid dengan lebih cepat memandangkan terdapat perbincangan kumpulan yang dilaksanakan untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap ahli kumpulan dilihat cuba berkongsi pendapat mereka dalam memahami kehendak tugasan yang diberikan supaya kesimpulan daripada perbincangan tersebut dapat mencapai kehendak tugasan. Selain itu, setiap kumpulan juga masing- masing bersaing antara satu sama lain bagi mempamerkan hasil tugasan yang terbaik supaya mendapat pengiktirafan atas pencapaian yang ditunjukkan dengan bertungkus- lumus menyiapkan tugasan dengan kadar cepat selain mengelakkan kesalahan. Hal ini telah dijelaskan oleh Bonwell dan Eison (1991) yang mengatakan kaedah ini dibuktikan berkesan kerana ia menghasilkan kesan dorongan, kesan pembangunan kognitif dan kesan perluasan kognitif yang mendorong kepada sikap yang positif seperti ingin berusaha dengan lebih gigih, di samping menggalakkan pertumbuhan kognitif di mana cara pemikiran yang lebih baik boleh dikuasai melalui perkongsian idea antara ahli dalam kumpulan.
  • 3. Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 6 Tidak ketinggalan, kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Johnson dan Johnson (2000), Felder et. al (2003) dan Slavin et. al (1985) juga mengatakan kaedah ini telah berjaya meningkatkan pencapaian murid di samping menggalakkan perkembangan generik seperti motivasi untuk belajar, berinteraksi dan sikap saling bergantungan yang positif, menerapkan kemahiran asas seperti kepimpinan, keupayaan membuat keputusan, memupuk kerjasama, sifat toleransi antara kaum dan kepercayaan di antara murid serta keupayaan berfikir secara kritikal. Berdasarkan kajian-kajian tersebut serta pengalaman saya sendiri, dapat saya katakan di sini bahawa penggunaan kaedah koperatif sememangnya mampu meningkatkan kefahaman murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik memandangkan setiap murid akan lebih mudah mengingati sesuatu perkara apabila mereka mengajar rakan-rakannya yang lain. Hal ini dapat dibuktikan apabila kajian yang dijalankan di National Training Laboratories, Bethel, Maine, purata kadar ingatan pelajar boleh meningkat sehingga 90% jika mereka mengajar sesama sendiri dan menggunakan pengetahuan itu serta-merta. Sumber : National Training Laboratories, Bethel, Maine Rajah 2.0 The Learning Pyramid (Piramid Pembelajaran)
  • 4. Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 7 Daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan serta pendapat tokoh-tokoh yang telah dinyatakan, saya sangat yakin jika kaedah ini dapat diaplikasikan dengan baik di dalam kelas, murid-murid akan lebih berminat dan akan lebih memahami sesuatu topik yang diajarkan kepada mereka. Melalui pelaksanaan aktiviti secara koperatif, murid-murid akan lebih selesa dalam meluahkan pandangan dan menonjolkan bakat mereka dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang diberikan. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid-murid dilihat lebih selesa belajar dengan rakan seusia mereka berbanding mendapat bantuan daripada guru yang mungkin disebabkan oleh perasaan malu dan sebagainya. Menurut Rogers dan Freiberg (1994), murid-murid lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif ternyata mampu memenuhi syarat ini dalam mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang santai tetapi penuh dengan manfaat. Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah yang rumit, pemilihan kaedah koperatif dilihat mampu menguji tahap kefahaman murid berkaitan tajuk yang dipelajari selain memudahkan tugas guru dalam memberi penerangan semula kepada murid yang kurang memahami tajuk tersebut apabila masalah ini dapat diatasi dengan bantuan ahli kumpulan yang mampu memberikan penerangan semula kepada rakannya yang kurang memahami topik tersebut. Walaupun kaedah koperatif yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik ini jika dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat kepada pelajar (Ahmad, 1994), tidak dinafikan terdapat juga beberapa kekangan yang perlu diberi perhatian agar kaedah ini dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan lagi. Antaranya adalah aspek kawalan kelas di mana saya lihat pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini akan menyukarkan guru untuk mengawal kelas. Suasana bising yang diwujudkan oleh setiap kumpulan disebabkan perbincangan yang dilaksanakan sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid-murid yang berada di kelas lain. Oleh sebab itu, aspek kawalan kelas perlu diberi perhatian dengan sebaik mungkin sama ada dengan cara mewujudkan peraturan semasa melakukan aktiviti ataupun dengan cara lain yang dapat mengurangkan masalah ini. Selain itu, semasa pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini juga guru perlu prihatin dari segi merangsang minat murid yang pasif agar mereka turut bersama-sama melaksanakan aktiviti. Kelemahan yang dikenal pasti ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini apabila terdapat murid yang pasif dalam kumpulan yang dibentuk. Jika guru tidak prihatin dan terus membiarkan murid pasif semasa pelaksanaan aktiviti menggunakan kaedah koperatif, hal ini akan menjadikan mereka lebih
  • 5. Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 8 pasif lagi dan minat mereka terhadap subjek matematik juga akan semakin berkurang. Setidak-tidaknya dengan cara memberi tumpuan dan motivasi kepada murid yang pasif semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan ini akan membantu merangsang hubungan interpersonal mereka selain merangsang minat mereka untuk belajar selari dengan pendapat Chua (2001) yang menyatakan motivasi dan minat serta semangat baru akan diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit untuk merangsang minda murid. Kesimpulannya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang di mana sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Bertitik tolak daripada hasrat ini, tanggungjawab guru juga menjadi semakin mencabar dan memerlukan pelbagai usaha dalam membantu setiap murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Oleh sebab itu, perancangan pengajaran yang menarik serta mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya adalah ‘pintu’ untuk menemui impian tersebut. Dan ‘kunci’ yang diperlukan untuk membuka ‘pintu’ tersebut adalah dengan menggunakan kaedah koperatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana melalui kaedah ini, kefahaman murid akan lebih meningkat dan kekal lama kerana murid-murid akan terlibat secara aktif dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama, mereka memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai pembelajaran masing- masing (Lie, 2004). Akhir sekali, saya juga berharap dengan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang saya peroleh semasa melaksanakan tugasan ini akan membantu saya menjadi seorang guru yang berkaliber serta mampu mendepani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan. Tidak ketinggalan, saya juga berharap dengan ilmu yang diperoleh ini ia akan menjadi sumber rujukan saya dalam usaha mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan terutamanya dalam mata pelajaran matematik ini dari semasa ke semasa. (1 503 patah perkataan)
  • 6. Disediakan Oleh : Rafiza Darus BM 1 (SK) 9 RUJUKAN Ahmad Md. Shariff. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bonwell, C.C. & Eison, J.A. (1991). Active Learning: Creating Excitement in the Classroom. ASHE-ERIC Higher Education Report No. 1. Washington, D.C.: School of Education and Human Development, George Washington University. Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM Johor. (hlmn 61-64). Efendi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Felder, R.M., & Brent, R. (2004). The ABC’s Of Engineering Education : ABET, Bloom’s Taxonomy, Cooperative Learning. American Soviety for Engineering Eduction. Session 1375. Felder, R.M., and Brent, R. (2003). Designing And Teaching Courses To Satisfy ABET Engineering Criteria. Journal on Engineering Education. 92(1), 7 – 25. Johnson, D.W, dan Johnson, R.T. (2000). Coperative Learning Methods : A Meta- Analysis. Dicapai pada 25 Februari 2014, daripada http://www.co-operation.org/pages/cl- methods.html Lie. A. (2004). Cooperative Learning : Changing Paradigms of College Teaching. Petra Christian University, Surabaya, Indonesia. Ng Kim Choy (1999). Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif. Sandakan : Maktab Perguruan Sabah. Tidak Diterbitkan. Rogers,C & Freiberg,J. (1994). Freedom to Learn. (3rd ed.). New York : Macmillan. Slavin, R.E (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Massachussetts: Simon & Schuster Inc. Slavin, R.E. & Karweit, N.A. (1985). Effects Of Whole Class, Ability Grouped, And Individualized Instruction On Mathematics Achievement. American Education Research Journal. 22(3)., 351 – 367. Wan Mohd Zahid Wan Nordin (2000). Penekanan Kepada Perkembangan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu. Berita Harian : m.s 7.