B6D2E1
makanan dan amalan
pemakanan
 Kepelbagaian makan makanan berkhasiat
 Mempratikkan amalan pemakanan yang betul
 Merancang satu gizi seimbang
 Mewaja...
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang
tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit ...
 Makanan seimbang ialah pengambilan makanan
yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
memerlukan makanan dan vitami...
Kepentingan
Makanan
Berkhasiat
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna
daripada aspek fizikal.
 Tubuh badan menerima semua keperluan
zat yang diperluka...
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
 Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu
lebih tahan...
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
 Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makana...
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak
terganggu.
 Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh
menjadikan mental seseo...
Makanan Seimbang
Kurangkan Risiko Penyakit
Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas darip...
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan
risiko kanser kolon, perut, paru-paru da...
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan
disarankan...
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak da...
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran
hijau atau asid folik yang diperkaya d...
Kepentingan Makan Makanan Berkhasiat
1.Membantu tumbesaran kanak-kanak
2.Membolehkan manusia bekerja secara produktif dan ...
~
~
Merancang Satu Gizi Seimbang
1. Islam
Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan
meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sa...
Kategory Makan yang Halal dimakan
 Semua jenis buah-buahan yang bersih
 Semua jenis sayur-sayuran yang bersih
 Semua ke...
Kategori makanan yang Haram dimakan
1. Binatang yang mati dengan sendiri
2. Binatang yang mati dalam kemalangan
3. Binatan...
Ketegori Binatang yang haram
dimakan
 Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )
 Binatang yang memburu denga...
 Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging ...
2. Buddha
 Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk
makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidup...
 Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh
mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpula...
 Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia,
bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan ole...
Lembu yang telah dihias cantik
Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu
yang boleh diminum ...
 Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di
hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu
manusia...
3) Hindu
 Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak
dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa ...
 Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu
sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, i...
TERIMA KASIH
B6d2e1
B6d2e1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

B6d2e1

1,172
-1

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,172
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

B6d2e1

  1. 1. B6D2E1 makanan dan amalan pemakanan
  2. 2.  Kepelbagaian makan makanan berkhasiat  Mempratikkan amalan pemakanan yang betul  Merancang satu gizi seimbang  Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan  Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama
  3. 3. Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
  4. 4.  Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
  5. 5. Kepentingan Makanan Berkhasiat
  6. 6. 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.  Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
  7. 7. 2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.  Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
  8. 8. 3. Mampu mengawal kadar obesiti.  Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
  9. 9. 4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.  Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
  10. 10. Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
  11. 11. Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakitberbahaya?
  12. 12. 1. Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
  13. 13. 2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. 3. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
  14. 14. 4. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. 5. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
  15. 15. 6. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spinabifida.
  16. 16. Kepentingan Makan Makanan Berkhasiat 1.Membantu tumbesaran kanak-kanak 2.Membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa 3. Membantu mengurang risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, sebahagian kanser, penyakit kencing manis, strok dan asteoporosis (reput tulang) 4.Mengurang faktor risiko utama bentuk penyaki kronik, kegemukan, tekanan darah tinggi kolestrol dalam darah
  17. 17. ~
  18. 18. ~
  19. 19. Merancang Satu Gizi Seimbang
  20. 20. 1. Islam Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat- sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam. Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.
  21. 21. Kategory Makan yang Halal dimakan  Semua jenis buah-buahan yang bersih  Semua jenis sayur-sayuran yang bersih  Semua kehidupan laut yang tidak beracun  Binatang yang disembelih dengan Nama Allah
  22. 22. Kategori makanan yang Haram dimakan 1. Binatang yang mati dengan sendiri 2. Binatang yang mati dalam kemalangan 3. Binatang yang dibunuh 4. Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor 5. Buah-buahan yang beracun dan kotor
  23. 23. Ketegori Binatang yang haram dimakan  Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )  Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )  Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura , Buaya ).  Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)  Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )  Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )  Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )
  24. 24.  Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  25. 25. 2. Buddha  Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan- kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut. Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.
  26. 26.  Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran. Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.
  27. 27.  Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia. Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.
  28. 28. Lembu yang telah dihias cantik Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.
  29. 29.  Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.
  30. 30. 3) Hindu  Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya.  Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.
  31. 31.  Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar “Mattu Ponggal”. “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.
  32. 32. TERIMA KASIH
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×